Saturday, March 26, 2016
PAS: Tentang DAP Perintah Negara.. UMNO, Kembalilah Pada Islam.
Selagi ada DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan, usahlah gabungan pembangkang itu bermimpi untuk Pas kembali menyertai mereka demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Seperti kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk bertaut memang tidak mungkin malah Pas akan menentang DAP habis-habisan yang bercita-cita untuk memerintah negara ini.
"Itu memang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan kami tidak akan sama sekali bersekongkol dengan puak-puak itu sebaliknya akan menggagalkan usaha mereka.
"DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman facebook miliknya.
Ujar Hadi, untuk menggagalkan cita-cita DAP, umat Islam di negara ini diseru bersatu kerana hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.
"Suka juga Pas nak ingatkan UMNO supaya kembali kepada Islam demi penyatuan dan kekuatan ummah kerana memulihkan agenda politik merupakan satu sumbangan yang besar.
"Biarlah PAN dengan PKR mengikut kehendak DAP dalam memperjuangkan agenda politik dinegara ini tetapi persoalannya, apa peranan kedua-dua parti tersebut?" soalnya.
Tambahnya Abdul Hadi, orang Islam harus buka mata dan sedar daripada terus besekongkol dengan DAP.
"Kita akan tubuhkan unit tertentu seperti NGO untuk memantau orang Islam yang bersekongkol dengan DAP agar calon yang diletakkan itu tidak menang pada pilihan raya umum akan datang. Perjuangan kita merupakan satu perjuangan yang berterusan," ujarnya. - MalaysiaGazette
Guan Eng, Serah Kembali Tanah Milik Rakyat! -Demo.
GEORGE TOWN – Kira-kira 200 penduduk berkumpul di Taman Manggis di sini selepas solat Jumaat, bagi membantah kezaliman Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tanah tersebut yang terletak di Jalan Zainal Abidin.
Kumpulan berkenaan yang diketuai Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut membawa pelbagai sepanduk yang mengecam pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Antara gesaan dilaungkan dalam perhimpunan secara aman itu adalah menuntut agar tanah berkenaan segera dimajukan untuk projek perumahan awam bagi golongan miskin berbanding membina hospital dan hotel mewah.
Mereka turut membawa pelbagai sepanduk yang mengecam keras pentadbiran Guan Eng tidak sejajar konsep cekap, akauntabiliti dan telus sambil melaungan slogan anti-DAP serta mengibarkan sepanduk masing-masing.
Turut hadir Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim; Ketua Pemuda BN negeri, H’ng Chee Way, Ketua Gerakan Merah Malaysia, Ali Baharom atau dikenali Ali Tinju dan Ketua Pemuda PERKASA negeri, Rizuad Azzudin.
Antara mesej luahan rakyat ditindas kerajaan DAP Pulau Pinang itu dapat dilihat pada kain rentang kumpulan berkenaan termasuk “Lim Guan Eng perampas tanah rakyat termiskin” dan “Lim Guan Eng wajib berehat”.
Mereka malah mendesak Guan Eng bercuti sementara siasatan dijalankan ke atas skandal banglo miliknya di Jalan Pinhorn berharga RM2.8 juta yang di bawah harga pasaran dan ada kaitan projek di tanah Taman Manggis.
Bekas pemilik banglo, seorang ahli perniagaan tempatan, Phang Li Koon sebelum ini membuat akuan bersumpah bahawa penjualan rumah mewah tersebut konon adalah dilakukan secara rela hati tanpa unsur paksaan.
Wanita misteri itu juga menafikan sebarang kaitan dengan sebuah syarikat yang mempunyai urusan dengan kerajaan negeri mengenai sebuah projek di Taman Manggis.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pelik..
- Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang bukan sahaja tidak tahu harga rumahnya sendiri, tetapi lebih ajaib dianggap jahil congak matematik mudah darjah satu!
- Tentu ramai masih lagi ingat bagaimana beliau mengumumkan ralat kos terowong dasar laut yang bakal hubung bahagian pulau dan tanah besar apabila mengakui berlaku kesilapan pengiraan bajet projek mega kontroversi itu.
- Tidak cukup itu, sekali lagi Guan Eng buat pembetulan semula kos projek tambakan tanah laut selepas menyedari putar belit beliau dengan membandingkan situasi zaman pemerintahan BN dapat ‘dibaca’ rakyat.
- Tidak hairanlah Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Cheah Soon Hai mendesak Guan Eng henti perbodohkan rakyat negeri itu dengan kata konon tidak tahu lot tanah Taman Manggis adalah untuk projek flat kos rendah.
- Dan banyak lagi.
Friday, March 25, 2016
Sunatkan Anak Perempuan Dihukum Penjenayah. Forum G25, Komen Anda?
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meluluskan usul supaya kerajaan mengisytiharkan kumpulan G25 sebagai kumpulan sesat.
Pengerusi Jawatankuasa Usulnya, Hassan Basri berkata, keputusan itu dibuat susulan terlalu banyak penyerapan fahaman sesat liberalisme dan pluralisme yang semakin berleluasa sehingga mengancam akidah umat Islam.
Menurutnya, kerajaan perlu mengambil tindakan kepada mereka yang bertindak melanggar Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan.
“Perkasa mengecam keras kebiadaban kumpulan G25 dan mendesak supaya kerajaan bertegas, mengengkang fahaman ini dengan memfatwakan kumpulan G25 sebagai kumpulan sesat.
“Persidangan kali ini turut mendesak kerajaan bertegas dan mengambil tindakan mahkamah untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang ada kepentingan,” katanya kepada pemberita sempena Persidangan Agung Perkasa ke-6, di sini, hari ini.
Semalam, polis dilaporkan akan memanggil Jurucakap Bekas Penjawat Awam (G25), Datuk Noor Farida Ariffin dalam masa terdekat bagi mendapatkan kenyataan berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Polis akan panggil Noor Farida]
Noor Farida pada sidang medianya awal bulan ini berkata, enakmen kesalahan jenayah syariah yang ‘menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat’ harus dikaji semula, manakala serbuan khalwat oleh pihak berkuasa agama perlu dihentikan. (SH/20 DISEMBER 2015)
Kisah Dia Yang Dianggap Pengemis, Tetapi...
Ikhwan OKU sedang shalat berjama'ah di atas kursi rodanya, dekat tangga Masjid Bulat, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. (Foto: BAS)
TULISAN ini diangkat dari Arrahmah.com (Blog Indonesia) walaupun kisahnya berlaku di Malaysia bertajuk ' Pria berkursi roda ini dianggap pengemis, ternyata dia adalah...'
SELANGOR: Ada kisah menarik terjadi di Masjid Tun Abdul Aziz atau biasa disebut Masjid Bulat yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Kisah ini diceritakan langsung oleh admin Fan Page BAS yang Arrahmah kutip pada Sabtu (4/7/2015).
OKU di Masjid Bulat
Admin BAS masih ingat beberapa tahun lalu pernah di-PHK karena perusahaan melakukan pengurangan tenaga kerja secara bertahap.
Sambil menunggu diterima bekerja di perusahaan lain, admin mendaftar untuk kursus mempelajari SAP yang ketika itu baru diperkenalkan di Malaysia. Admin diarahkan untuk mengikuti pendidikan singkat itu di Petaling Jaya.
Singkat cerita, Admin sering singgah untuk shalat di Masjid Bulat yang berdekatan dengan lokasi admin kursus waktu itu, tepatnya di Seksi 14, di antara Jalan Semangat and Jalan Datuk Abdul Aziz.
Selepas membuka sepatu, orang pertama yang admin jumpai adalah seorang OKU (Orang Kurang Upaya atau bahasa Indonesianya Orang Berkebutuhan Khusus, red.) ini.
Terlintas di pikiran admin beliau mungkin peminta sedekah menunggu di ‘hotspot’ lalu-lalangnya jamaah yang keluar masuk. Mungkin lebih banyak recehan yang akan bisa dia dapat jika pandai memilih lokasi strategis.
Setelah beberapa hari admin berulang kali ke Masjid Bulat, akhirnya admin mengobrol juga dengan OKU ini. Admin pun sudah lupa siapa namanya. Beliau yang tidak dapat mengangkat tangannya hanya bisa tersenyum kepada jamaah yang hadir. Dan disebabkan sikapnya itu admin juga tidak segan untuk bertegur sapa dengan beliau.
Ketika sedang ngobrol, ada juga beberapa orang jamaah yang datang dan keluar lalu menyapa OKU. Ini tandanya beliau memang sudah dikenali di Masjid Bulat.
OKU di Masjid Bulat
Admin BAS masih ingat beberapa tahun lalu pernah di-PHK karena perusahaan melakukan pengurangan tenaga kerja secara bertahap.
Sambil menunggu diterima bekerja di perusahaan lain, admin mendaftar untuk kursus mempelajari SAP yang ketika itu baru diperkenalkan di Malaysia. Admin diarahkan untuk mengikuti pendidikan singkat itu di Petaling Jaya.
Singkat cerita, Admin sering singgah untuk shalat di Masjid Bulat yang berdekatan dengan lokasi admin kursus waktu itu, tepatnya di Seksi 14, di antara Jalan Semangat and Jalan Datuk Abdul Aziz.
Selepas membuka sepatu, orang pertama yang admin jumpai adalah seorang OKU (Orang Kurang Upaya atau bahasa Indonesianya Orang Berkebutuhan Khusus, red.) ini.
Terlintas di pikiran admin beliau mungkin peminta sedekah menunggu di ‘hotspot’ lalu-lalangnya jamaah yang keluar masuk. Mungkin lebih banyak recehan yang akan bisa dia dapat jika pandai memilih lokasi strategis.
Setelah beberapa hari admin berulang kali ke Masjid Bulat, akhirnya admin mengobrol juga dengan OKU ini. Admin pun sudah lupa siapa namanya. Beliau yang tidak dapat mengangkat tangannya hanya bisa tersenyum kepada jamaah yang hadir. Dan disebabkan sikapnya itu admin juga tidak segan untuk bertegur sapa dengan beliau.
Ketika sedang ngobrol, ada juga beberapa orang jamaah yang datang dan keluar lalu menyapa OKU. Ini tandanya beliau memang sudah dikenali di Masjid Bulat.
Beliau sempat menunjukkan ‘rumah’ beliau di bawah tangga saat admin bertanya beliau tinggal di mana. Admin menjenguk ke dalam rumahnya itu, yang menurut admin sebenarnya itu mungkin ruang kosong yang dibuat untuk meletakan barang seperti toko kecil. Dalam hati admin terbersit, “Kasihannya.”
Pernah sekali admin datang agak terlambat dan shalat berjamaah sudah dimulai. Seperti biasa admin membuka sepatu dan menyapa orang pertama yang admin jumpai yaitu OKU ini tetapi beliau tidak menyahut. Rupa-rupanya beliau sedang bershalat di atas kursi rodanya di ujung tangga seperti di dalam gambar.Pernah sekali admin datang agak terlambat dan shalat berjamaah sudah dimulai. Seperti biasa admin membuka sepatu dan menyapa orang pertama yang admin jumpai yaitu OKU ini tetapi beliau tidak menyahut. Rupa-rupanya beliau sedang bershalat di atas kursi rodanya di ujung tangga seperti di dalam gambar.
Pernah sekali admin datang agak terlambat dan shalat berjamaah sudah dimulai. Seperti biasa admin membuka sepatu dan menyapa orang pertama yang admin jumpai yaitu OKU ini tetapi beliau tidak menyahut. Rupa-rupanya beliau sedang bershalat di atas kursi rodanya di ujung tangga seperti di dalam gambar.Pernah sekali admin datang agak terlambat dan shalat berjamaah sudah dimulai. Seperti biasa admin membuka sepatu dan menyapa orang pertama yang admin jumpai yaitu OKU ini tetapi beliau tidak menyahut. Rupa-rupanya beliau sedang bershalat di atas kursi rodanya di ujung tangga seperti di dalam gambar.
Masaya Allah, beliau shalat. Bukan. Lebih tepatnya beliau sedang shalat berjamaah. Terasa hina diri ini apabila melihat hamba Allah yang serba kekurangan itu masih gigih melaksanakan shalat berjamaah.
Admin mendapat kabar, bahwa sebelum ini beliau mendapati musibah dan menetap di rumah abang atau abang iparnya yang berdekatan. Beliau kerap pergi-pulang ke masjid. Namun beliau memilih untuk menetap di bawah tangga masjid selepas abang/abang iparnya pindah rumah ke tempat lain.
Apa pun kisah kehidupannya sebelum itu admin serahkan kepada Allah. Yang pasti, OKU ini memilih kehidupan selepas itu untuk tinggal di bawah tangga masjid dan salah satunya mungkin kerana memudahkannya untuk melaksanakan shalat berjamaah. Robbana….
Timbul keinsyafan di dalam diri admin. Terasa betapa kerdil diri ini jika dibandingkan dengan OKU ini yang lebih tabah dari admin.
Bagaimana makan minumnya? Bagaimana pakaiannya? Bagaimana beliau mencari uang? Bagaimana kehidupan berkerluarganya? Apakah beliau pernah menikah? Adakah beliau pernah merasakan bagaimana mempunyai anak? Sekarang ini bulan Ramadhan, bagaimana Idul Fitri nanti? Beliau berlebaran dengan siapa?
Pelbagai taya timbul di benak admin. Kasihan bercampur sedih. Seketika itu juga kesusahan yang admin rasakan karena di-PHK terus lenyap begitu saja.
Begitulah Allah mengajarkan hamba-Nya dengan melihat orang yang di bawahnya, sebagimana sabda Rasulullah pada hadits riwayat berikut.
“Kekasihku yakni Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memerintah tujuh perkara padaku, (di antaranya):1. Beliau memerintahkanku agar mencintai orang miskin dan dekat dengan mereka,
2. Beliau memerintahkanku agar melihat orang yang berada di bawahku (dalam masalah harta dan dunia), juga supaya aku tidak memperhatikan orang yang berada di atasku. …” (HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Selama admin mengenal beliau, mengobrol dengan beliau, admin tidak pernah mendengar beliau mengeluh dengan kekurangan diri beliau. Admin bersangka mungkin beliau pernah mengeluh, tetapi mungkin itu dahulu dan mungkin sekarang beliau sudah terbiasa dengan keadaan beliau yang demikian. Beliau tidak kaya. Tetapi sebenarnya beliau kaya, sebagaimana Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam sabdakan,
“Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang selalu merasa cukup.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Alhamdulillah, Allah juga mengajari kita melalui sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bahwa jika kita diberi makan untuk hari itu, yang mana kita tidak tahu pada hari esok apa yang kita akan makan, baik kita dapat makan atau tidak dapat makan, kita adalah orang yang paling beruntung;
“Barangsiapa di antara kalian merasa aman di tempat tinggalnya, diberikan kesihatan badan, dan diberi makanan untuk hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki dunia seluruhnya.” (HR. Tirmidzi).
Mengenangkan kisah ini admin mendapat beberapa pelajaran yang dapat kita renungkan bersama, yakni:
- Di-PHK bukanlah satu masalah yang besar.
- Kehilangan anak mungkin musibah tetapi tidak mampu mempunyai anak ujiannya lebih besar. Lihatlah orang di bawah anda.
- Shalat adalah tiang agama. Malulah dengan OKU ini yang “menebalkan mukanya” berdiam di tangga masjid untuk melaksanakan shalat sedangkan ada yang beralasan sudah ma’rifat (bahkan ingat Allahsaja sudah cukup, red.) untuk meninggalkan shalat.
- OKU ini tidak berputus asa dengan kehidupannya dan menetapkan iman dan akidahnya dengan tidak mengikuti ajaran sesat.
- Jangan tunggu jadi OKU baru mau mendekatkan diri kepada Allah. Mulailah dari sekarang! Tunaikanlah shalat!
Semoga admin, OKU ini dan para pembaca yang budiman Allah beri taufiq dan hidayah, serta ditetapkan iman dan akidahnya pada jalan Allah.
Ya Allah, jadikanlah tantangan dan ujian yang menimpa kami sebagai penebus dosa dan tetapkanlah kami pada agama-Mu. Kembalikanlah kami kepada agama-Mu andanya kami tersesat dari jalan-Mu. Aammiin.
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (yakni dengan taubat). Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sebarkan!
Salahkah Orang Islam Pakai Pakaian Agama Lain?
Seorang rakyat Indonesia berpakaian Santa Claus sambil membawa kanak-kanak tempatan menjelang sambutan Krismas. - Foto AFP
JAKARTA - INDONESIA. Usaha Majlis Ulama Indonesia (MUI) bakal melarang umat Islam berpakaian melambangkan agama lain bertujuan memelihara kesucian agama tersebut yang dianuti kira-kira 88 peratus populasi penduduk di negara itu.
Menurut ketua bahagian fatwa Huzaemah Tahido Yanggo, pertubuhan Islam itu kini sedang menyediakan fatwa untuk mewajarkan larangan tersebut, yang dijangka diumumkan bulan depan.
Katanya, pasukan MUI telah menemui hadis sahih yang boleh digunakan sebagai asas undang-undang untuk inisiatif tersebut.
"Hadis berkenaan diperiksa MUI dan ia mengesahkan bahawa umat Islam diharamkan untuk memakai sebarang jenis pakaian memaparkan simbol agama lain seperti pekerja runcit yang menyarung kostum Santa Claus untuk sambutan Hari Natal.
"Hadis menyebut; untuk kamu, agama kamu dan untuk saya, agama saya. Ia adalah asas undang yang membuktikan orang Islam tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan agama mereka," katanya.
MUI berkata, memakai pakaian agama lain terutamanya menjelang perayaan agama berkenaan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada kepercayaan mereka. - Jakarta Post
Pelakon Dipaksa Buka Tudung, Masalah Penerbit Tidak Peka Tetapi Pekak...
HALAMAN HIBURAN
PELAKON kanak-kanak Mia Sara Nasuha meminta agar pihak penerbit menghormati pelakon yang sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya.
Bintang cilik itu menyuarakan pendapat demikian kerana menyedari sesetengah pelakon terpaksa mengikut kehendak produksi yang menghadkan tawaran lakonan kepada pelakon yang berhijab.
“Bagi saya bukan salah pelakon sepenuhnya apabila mereka terpaksa membuka tudung untuk melakonkan watak yang diberi. Orang yang suruh mereka berbuat begitu juga patut dipersalahkan.
“Saya berharap dalam isu ini, pihak berkaitan perlu lebih terbuka. Pelakon harus diterima seadanya dan hanya dinilai mengikut bakat lakonan. Jangan ubah penampilan mereka jika sudah berhijab.
“Kita bertudung kerana Allah bukan untuk kepuasan orang lain. Kenapa perlu ikut cakap mereka?
“Saya memakai tudung sebab ia datang dari hati dan atas kerelaan diri sendiri. Saya jadi tidak selesa apabila terpaksa membuka aurat,” ujar Mia Sara yang kedengaran lebih matang apabila mengulas isu ini berbanding sesetengah pelakon yang jauh lebih berusia daripadanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini adalah rintihan dan luahan perasaan seorang pencinta seni bintang cilik muslimah. Tetapi pihak penerbit yang tidak cilik, tetap tidak menghormati pelakon yang sudah berhijrah atau mengenakan hijab sepenuhnya menurut agama bagi negara ini..
Namun penerbit tetap tidak peka, bahkan pekak terhadap persoalan tersebut. (IH)
Video: Mia Sara Nasuha - Tawaran Berlakon Kurang Selepas Berhijab
Thursday, March 24, 2016
Konsert Mariah Carey: Ini, Kesan Dari Serangan Bom..
HALAMAN HIBURAN
PENYANYI terkenal Mariah Carey dinasihatkan untuk tidak meneruskan konsertnya yang bakal diadakan di Brussels, Belgium dan dijadualkan berlangsung Ahad ini.
Ini gara-gara serangan bom di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Zaventam pagi Selasa yang telah mengorbankan lebih 30 orang awam dan puluhan lain cedera.
Mariah bakal mengadakan konsert untuk peminatnya di negara Eropah itu sekali gus meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-46 tahun.
Memetik laporan TMZ, pihak pengurusan Mariah melarang diva popular itu daripada meneruskan rancangan konsert istimewa tersebut.
Ia berikutan timbul kekhuatiran dengan kemungkinan besar akan berlaku serangan pengganas untuk kali kedua di lokasi yang sama. Namun sehingga kini, difahamkan Mariah masih akan meneruskan konsert dan tidak berhasrat akan membatalkannya.
Pihak pengurusannya masih menunggu kebenaran dari Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Belgium sama ada selamat atau tidak keadaan di sana untuk mereka meneruskan konsert tersebut.
Sementara itu di Brussels, pihak polis Belgium telah berjaya menahan Najim Laachraoui, suspek utama dalam serangan bom yang menggegarkan lapangan terbang Brussels baru-baru ini.
Difahamkan suspek mempunyai kaitan dengan suspek utama dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di Perancis yang berlaku pada November lalu, lapor media tempatan Belgium.
Laporan dari Akhbar La Derniere Huere berkata, suspek ditahan di daerah Anderlecht di Brussels. Selain itu, laporan itu juga menyebut suspek adalah orang yang ketiga gambarnya dikesan dalam rakaman CCTV di lapangan terbang bersama dua pengebom berani mati yang meletupkan diri mereka pada Selasa.
(IH)
Sementara itu di Brussels, pihak polis Belgium telah berjaya menahan Najim Laachraoui, suspek utama dalam serangan bom yang menggegarkan lapangan terbang Brussels baru-baru ini.
Difahamkan suspek mempunyai kaitan dengan suspek utama dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di Perancis yang berlaku pada November lalu, lapor media tempatan Belgium.
Laporan dari Akhbar La Derniere Huere berkata, suspek ditahan di daerah Anderlecht di Brussels. Selain itu, laporan itu juga menyebut suspek adalah orang yang ketiga gambarnya dikesan dalam rakaman CCTV di lapangan terbang bersama dua pengebom berani mati yang meletupkan diri mereka pada Selasa.
(IH)
Subscribe to:
Posts (Atom)