
Jenice Lee berkata demikian ketika merujuk kepada satu insiden dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ketika beliau berkempen untuk calon bebas DUN Pujut, Fong Pau Teck.
“Malam ini apabila kita berceramah di pentas calon bebas Fong Pau Teck ahli-ahli DAP sengaja datang pasang baner besar dalam jarak 40 meter demi menghalang penduduk mendengar dan melihat muka Fong Pau Teck.
“Kita cakap baik-baik dengan mereka tetapi mereka tidak peduli.
“Dulu BN pun tak pernah buat begitu. Sangat sedih dimanakah quality ahlinya?,”katanya sambil melampir gambar di bawah.

Jenice Lee sedia berkempen untuk Fong yang bertanding sebagai calon bebas di DUN Pujut kerana nasib yang menimpa mereka hampir sama iaitu dipecat daripada DAP tanpa diberi peluang membela diri.
Fong merupakan wakil rakyat DAP di DUN Pujut pada PRN Sarawak 2011, namun beliau dipecat keahlian parti pada tahun 2013 kerana enggan membayar sumbangan bulanan kepada parti.
Pada PRN 2016, Fong sekali lagi bertanding sebagai calon bebas untuk mempertahankankan DUN Pujut yang pernah diwakilinya dengan menentang tiga calon lain iaitu Ting Tiong Choon (DAP), Datuk Hii King Chiong (BN) dan Jofri Jarainee (PAS).

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..