Sunday, May 22, 2016

Bantuan SAR/Tahfiz RM40,500. Sedangkan SJKC/Mubaligh RM328,000, Sek Tamil RM289,000.

lge-tahfizAIDCNews – 21/5/16 –”Akhirnya terbongkar juga,” dedah Che Murad Abdullah sambil melampirkan poster dan keterangan di atas berkenaan propaganda DAP menipu umat Islam di Malaysia.
Dalam poster di atas, media DAP sengaja memilih untuk menghebahkan peruntukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tahfiz yang berjumlah RM40,500.
Tetapi tidak menghebahkan peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Mubaligh yang berjumlah RM328.00 dan peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berjumlah RM289,00.
“Bagus dan bijaknya DAP bodohkan umat Islam..
“DAP merancang tapi Allah jua merancang. Terbongkar jua dengan izin Allah..
“Moga tiada lagi yang terpedaya dengan tipu muslihat DAP, ” ulas Zubaidi Udin
Pendapat yang sama turut dikongsi Abu Hanzalah.
“Bagus ni bagi puak-puak cai yang suka sangat backup DAP yang terang-terang anti-Islam yang suka guna gambar tahfiz ni sekeping.
“Padahal memang patut pun dia bagi duit untuk bantu Islam yang merupakan Agama Persekutuan. Memang KEWAJIPAN dia,”katanya.

Kalau Nak Berbaik, Takkan Ugut Dan Hina Orang. - Dr Salawati Mat Basir.

Post Pic
SHAH ALAM: PAS sudah boleh bersedia untuk PKR tidak lagi menjadi rakan politiknya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir.

Pandangannya itu bersandarkan sikap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang semakin berani menyindir dan mengugut kepimpinan PAS secara terang-terangan.

Azmin pada Jumaat dilaporkan menyatakan rasa simpatinya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana 'tidak tahu apa-apa' yang berlaku dalam parti dan tidak diberikan maklumat yang secukupnya oleh orang kanannya berhubung rundingan agihan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Jun ini.

Azmin juga didedahkan Ketua Penerangan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali sebagai sah memberi kata dua kepada tiga Exco PAS supaya meletakkan jawatannya jika parti Islam itu tetap mahu bertanding di kerusi berkenaan.

"Kalau kita nak berbaik dengan seseorang, kita tak akan ugut dan tak hina orang yang kita nak berbaik. Kita takkan tuduh orang tu tak tahu apa-apa pasal parti. Ia mengguris hati. Pada saya, Azmin tak patut cakap macam itu. Nampaknya dia sudah terlepas cakap.
"Saya nampak mereka cuba untuk bersatu semula demi kejayaan tapi susah sebab PAS rasa tertekan dan terhina dengan tindakan DAP (bekas rakan politik) dan PKR sebelum ini," ujar Dr Salawati ketika dihubungi Antarapos.

PAS, PKR dan DAP sebelum ini mengadakan tahaluf siyasi menerusi Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 yang menyaksikan pembangkang menang besar pada PRU ke-12.

Gandingan tiga parti itu pada awalnya menggerunkan Umno Barisan Nasional (BN). Namun ternyata keutuhan gabungan itu hanya bersifat sementara.
Tidak sampai dua penggal bersama, PAS tidak dijemput untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) selepas parti itu dan DAP putus hubungan hanya kerana tidak sependapat bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Namun hubungan politik PAS dan PKR masih berjalan hingga kini demi memastikan kerajaan negeri pimpinan Azmin di Selangor tidak tumbang. 
Mengulas lanjut, Dr Salawati berkata, sikap Azmin yang semakin kritikal kepada PAS bukan sesuatu yang mengejutkan. 

"Saya sudah pernah beritahu Azmin adalah ahli politik yang sangat licik. Azmin akan sentiasa mahu dilihat suci dan mulia di pandangan orang dan saya rasa dia tak mahu memburukkan situasi walaupun dia telah beri kata dua kepada (Exco PAS Selangor) tetapi dia menafikan depan wartawan. Tapi bila PAS sendiri bukak ceria jadi dia tak boleh lari. 
"Kita boleh nampak org macam Azmin ini susuah juga sebab dia pentingkan matlamat politik dan parti. kalau perlu dia bunuh orang lain, dia akan bunuh. Sebab itu saya kata dia diam, tapi dia tahu bagaimana nak ambil kesempatan. Kadang-kadang orang lupa dia, tapi di belakang...dia sangat menjalar," ujarnya.

Dr Salawati dalam pada itu memberitahu, sentimen pengundi Parlimen Sungai Besar masih condong kepada Umno BN.

Justeru katanya, jika Umno BN ingin mempertahankan kerusitersebut parti itu perlu meletakkan calon yang setanding dengan penyandangnya, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.

PRK Sungau Besar akan diadakan serentak dengan Parlimen Kuala Kangsar.
Dua PRK ini terpaksa diadakan selepas Noriah dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, 5 Mei lalu.(IH/Antarapos)

Muktamad! PAS Bertanding PRK Sg Besar -Iskandar

SHAH ALAM – Keputusan PAS bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini adalah muktamad dan tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak, kata Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad.
Beliau berkata ini kerana kerusi Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan parti itu tetap akan meletakkan wakil walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa rundingan berkaitan calon masih berjalan.
“Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan keputusan PAS untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa.
“Saya yakin jentera dan anggota PAS akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRK ini dan tidak akan melayani isu-isu yang bertujuan untuk mengganggu tumpuan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gotong-royong perdana dan insentif penjimatan air Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Kampung Baru Hicom di sini, Sabtu.
Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk berjumpa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan isu calon PRK Sungai Besar.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Exco PAS di Selangor perlu meletakkan jawatan sekiranya parti itu berkeras mahu bertanding PRK itu, Iskandar berkata apa yang penting Mohamad Azmin yang juga Menteri Besar Selangor telah membuat keputusan bahawa Exco PAS akan kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika ditemui pemberita menegaskan masih terlalu awal untuk mana-mana parti sama ada DAP, Parti Amanah Negara atau PAS untuk mengumumkan keputusan mahu meletakkan calon di PRK itu memandangkan ia masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan.
“Semua orang boleh umumkan macam itu (letak calon bertanding di PRK Sungai Besar), tetapi, keputusan akhirnya akan ditentukan kemudian.
“Buat masa ini, kita masih mengadakan perbincangan, kita bincang dengan PAS,” katanya – BERNAMA

Ini Kisah Gadis Rimba, Kalimantan Selatan, Cantik & Hebuh Dunia Maya.

Cantiknya ‘Gadis Rimba’! Gemerlap Jakarta Tak Membuatnya Melupakan Adat Istiadat di Kalimantan

SURYAMALANG.COM, HULU SUNGAI DALAM – Media sosial, Facebook, baru saja dikejutkan dengan kemunculan foto ‘gadis rimba’ nan cantik yang sedang beraktivitas di rumah sederhana.
Foto ini diunggah Donny Sophandi di akun Facebook-nya, 2 Maret 2016.
Meskipun baru sehari lamanya, namun foto ini banyak menarik respon dari netizen.
Setidaknya, hingga Kamis (3/3/2016) sore, foto ini sudah disukai lebih dari 500 kali, dibagikan lebih dari 600 kali, dan dikomentari lebih dari 124 kali.
Dalam foto ini, si gadis ‘diceritakan’ dalam sebuah mozaik berbingkai.
Bagian atas foto adalah fotonya saat masih kecil, sedangkan bagian bawah foto adalah fotonya yang terbaru.
(IH)

Sah, Azmin Ali Ugut Exco PAS. Maaf ‘kecelaruan fikiran' Azmin?


Tiga EXCO PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.

Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.

“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar,” katanya kepada FMT.

Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendakwa Azmin bertindak seperti itu kerana ditekan oleh pimpinan Pakatan Harapan yang mahu meletakkan calon mereka.

“Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia ‘melibas’ semua orang termasuk Presiden PAS,” katanya.

Khairuddin melahirkan rasa kesal atas kenyataan terbaharu Azmin yang kelihatan menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

Kenyataan seolah sindiran itu merupakan jawapan Azmin kepada Hadi yang menyangkal adanya rundingan rasmi pengagihan kerusi PRK antara PAS dan PKR.

Menurut Azmin rundingan dilakukan dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan setiausaha politik kepada Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

PAS mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Azmin, malah memahami stuasi yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu.

“Kita maafkan Azmin atas ‘kecelaruan’ fikiran dia akhir-akhir ini,” katanya. (IH)

Jom Ke Aceh (1): Tempat Pelancongan Halal Selain M'sia & Jepun. -PKBAM

Batik Air siap mengantar Anda menuju Banda Aceh, kota memukau yang berhasil move on dari masa lalu.
Batik Air siap mengantar Anda menuju Banda Aceh, kota memukau yang berhasil move on dari masa lalu

KEMENTERIAN Pelancongan awal bulan lalu mencanangkan Daerah Istimewa Aceh dan Sumatera Barat menjadi destinasi 'pelancongan halal' pada 2016. Pencanangan ini menyusul Lombok yang telah dilantik menjadi destinasi pelancongan halal di Indonesia.
Asisten Deputi Tata Urus Destinasi dan Pemberdayaan Masyarakat Kementerian Pelancongan Indonesia Oneng Setya Harini berkata, kewujudan destinasi pelancongan halal di Indonesia perlu dipertingkatkan. Lantaran majoriti penduduk beragama Islam, Indonesia punya potensi besar menjadi kawasan pelancongan yang ramah bagi pelancong muslim dunia.

"Kita sedang menggalakkan Aceh dan Sumatera Barat. Kalau kita mau itu kan harus optimis. Apalagi kalau melihat dari daya tariknya, kan jauh lebih bagus dan berbeza-beza," ujar dia di Jakarta, Rabu (6/4/2016).
Dia menjelaskan, destinasi pelancongan halal sudah berkembang di beberapa negara seperti Malaysia dan Jepun. Bahkan destinasi ini mampu berkembang pesat di Negeri Jiran Malaysia. Melihat hal tersebut, Indonesia juga seharusnya tidak kalah dengan Malaysia. Apalagi Indonesia punya sejumlah wilayah yang mempunyai kekayaan budaya bernuansa Islam seperti di Daerah Istimewa Aceh.

"Kita perlu menang dari Malaysia. Kenapa pillih Aceh? Kerana tentu saja budaya, kerana kan Baharu itu budaya Islamnya kuat. Kemudian potensi alam juga boleh. Orang-orang luar datang ke Indonesia kerana budayanya," jelas Oneng.
Oneng menyatakan, Kementerian Pelancongan mensasarkan pembangunan destinasi wisata halal di Aceh dan Sumatera Barat boleh berjalan mulai tahun ini. Dengan demikian, diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong asing dari negara-negara Islam di dunia.
"Mudah-mudahan 2016 boleh tercapai. Kita akan mendorong pasaran-pasaran Malaysia boleh diarahkan ke sana (Aceh dan Sumatera Barat)," kata dia.
Konsep Pelancongan Halal Di Lombok.Wisatawan menikmati keindahan sunset di Pantai Sengigi, NTB (13/10/2015). Pulau Lombok terpilih sebagai pemenang dalam ajang internasional World’s Best Halal Travel Summit di Abu Dhabi, Uni Emirate Arab (UEA).(Liputan6.com/Gempur M Surya)Pelancong menikmati keindahan sunset di Pantai Sengigi, NTB (13/10/2015). Pulau Lombok terpilih sebagai pemenang dalam ajang antarabangsa World 's Best Halal Travel Summit di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
MUI atau Majelis Ulama Indonesia Nusa Tenggara Barat mengeluarkan perakuan kepada lebih daripada 600 produk-produk pelancongan halal baik berupa makanan, ataupun cenderahati tempatan. Tujuannya agar pelancong muslim yang berkunjung ke Lombok tidak bimbang apabila membeli oleh-oleh.
"Pensijilan itu sebagai bentuk sokongan akan menarik halal, agar pelancong muslim asal Timur Tengah merasa aman ketika mengambil makanan atau membeli oleh-oleh di Lombok," kata Ketua MUI NTB Mustamiudin Ibrahim Mac lalu. 

Kemenangan pulau Lombok pada World 's Halal Tourism Award 2015 yang diadakan di Abu Dhabi (UAE), undian bakal mencetuskan kedatangan wisatwan luar negara khususnya pelancong asal Timur Tengah.
Pemprov NTB meyakini angka kunjungan pelancong ke pulau Lombok dan Sumbawa pada tahun 2016 ini mencapai sasaran 3 juta pelancong.

Pelancongan Halal Di Jepun.
Wisata JepangPelancongan di Jepun.
Jakarta Badan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) pernah mengungkap, kunjungan pelancong Indonesia ke Jepun sepanjang 2015 meningkat 23.5% dari tahun sebelumnya. Hal ini membuktikan, Jepun menjadi salah satu negara yang digemari dan menjadi destinasi pelancongan luar negara kegemaran orang Indonesia. 
Bagi yang muslim, anda memerlukan persiapan khusus ketika ingin berkunjung ke Jepun. Pasalnya Islam di Jepun bukanlah agama majoriti, sehingga tempat ibadah dan makanan yang disahkan halal masih sangat terhad. Panduan pelancongan halal ke Jepun juga dikeluarkan oleh Indonesia Research Institute Japan dan Nippon Asia Halal Association, Selasa (5/4/2016).
Beberapa menu makanan khas Jepun memang relatif aman dikonsumsi, misalnya sushi, sashimi, soba, udon, dan tempura. Namun demikian, bagi anda yang tidak mengambil alkohol, elakkan penggunaan sausnya, kerana umumnya mengandungi sake dan mirin. Beberapa menu makanan tersebut mudah didapati di Jepun.
Perhatikan makanan Jepun yang menggunakan babi sebagai bahan mentah utama, seperti ramen, tonkatsu, gyoza, okonomiyaki, dan beberapa jenis kari. Bagi anda yang tidak berselera dengan makanan khas Jepun, anda boleh datang ke restoran Arab, Pakistan, Turki, dan Malaysia. Tidak perlu bimbang dengan makanan halal, pada masa ini di bandar-bandar besar Jepun, banyak restoran yang menyediakan menu makanan halal bagi pelancong muslim.
Cari Penginapan yang tepat.  Kerajaan Jepun bekerjasama dengan beberapa organisasi bukan keuntungan berasaskan Islam, berupaya mengajak hotel-hotel dan restoran di Jepun untuk menyediakan perkhidmatan yang mesra bagi pelancong muslim. Salah satu hotel yang diperakui halal di Jepun adalah Hotel Springs yang terletak tidak jauh dari Tokyo Disneyland.
Yang menarik, meski tidak seorang pun kakitangan hotel beragama muslim, namun hotel ini telah menyediakan pelbagai perkhidmatan khusus bagi pelancong muslim, termasuk pada penyajian makanan halal, dan ketersediaan kelengkapan ibadah di bilik hotel. Tempat Ibadah di Jepun, terdapat dua masjid terbesar di Jepun, iaitu masjid Camii Tokyo terletak di dekat stesen Yoyogi Uehara, Tokyo, dan Masjid Kobe. 
Kesimpulan:

Maka kerana itu Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM) bersetuju sangat dengan cadangan kementerian perlancongan Indonesia mewujudkan  dan mencanangkan Daerah Istimewa Aceh menjadi destinasi 'pelancongan halal' pada 2016.
Pihak Aceh pula perlu membuat persiapan menyediakan tempat-tempat lawatan yang sesuai dengan 'pelancongan halal'. Contohnya..

  • Kesan-kesan thunami. (sudah disediakan).
  • Tempat bersejarah perlaksanaan pemerintahan Islam di Aceh, batu bersurat, kuburan, tempat perlaksanaaan hukum hudud di zaman pemerintahan Kesultanan Islam Aceh (Penulis artikel ini sudah kenal pasti  tempat (tapak) dilaksanakan hukum tersebut).
  • Kisah sejarah kumpulan penjajah Portugis menganut agama yang dijajah di Aceh. Hingga terkenal dengan kisah 'pesona mata biru'.
  • Kisah sejarah angkatan perang muslamat Aceh menentang penjajah Belanda, yang belum ada seperti itu dalam sejarah dunia.
  • Salsilah keluarga penyanyi P.Ramlee, atau Sharifah Aini di Aceh, kubur Cina Islam dan lain-lain.
Dan banyak lagi, insya Allah akan kita akan cuba bongkarkan.  Jom melawat Aceh!
Bahagian PeneranganPersatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM)Kuala Lumpur.20 Mei 2016
Lihat sebelum ini.E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

PERHATIAN

PKBAM akan menyumbangkan derma kepada 50 golongan fakir miskin di Kl/Selangor bagi menyambut Ramadhan tahun ini. 

Kepada sesiapa  yang ingin menderma sila hubungi..

PKBAM,
Pengerusi Tgk Mansur Din   01123832209
S/Usaha  Tgk Adnan             01121156911

'Rasuah Perempuan' Di S'gor: Rafizi Jawab Azmin.

Post Pic
Wakil rakyat, penjawat awam di Selangor tak terlibat dakwaan rasuah wang, wanita - Rafizi

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengesahkan pernah menerima aduan berhubung rasuah wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan Selangor seperti yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Namun ujarnya, tuduhan itu ditujukan khusus kepada individu tertentu, bukannya melibatkan wakil rakyat ataupun penjawat awam di Selangor.

“Tuduhan itu bukan terhadap individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara, sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah kerajaan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, nama Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang dinyatakan dalam mesej itu tidak boleh disalahertikan sebagai tuduhan terhadap Ketua Wanita PKR itu atau mana-mana pimpinan parti berkenaan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya merujuk kepada YB Zuraida Kamaruddin di dalam mesej yang dibocorkan itu.
“Rujukan itu adalah dalam nada dan niat yang baik kerana saya pernah meluahkan kebimbangan saya kepada beliau di dalam komunikasi WhatsApp lebih sebulan lalu bahawa kita (pimpinan PKR) sepatutnya lebih peka dan sensitif kepada apa-apa tuduhan rasuah atau salah laku melibatkan anggota kita, terutamanya di peringkat bawah dan tidak menolak mentah-mentah tuduhan sebegitu.
“Zuraida Kamaruddin adalah Timbalan Pengerusi PKR Selangor dan lebih rapat dengan akar umbi parti di Selangor, sebab itu pandangan saya diluahkan secara peribadi kepada beliau lebih sebulan lalu,” katanya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, laporan berhubung dakwaan khusus itu akan diserahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut daripadanya.

Perbualan kumpulan WhatsApp ‘SOLIDARITY FOR ANWAR’ itu mula tersebar sejak semalam, Rafizi dikatakan sedang mengumpul maklumat berkaitan dakwaan itu.

Exco Selangor, Amirudin Shari yang ditemui dalam sebuah program semalam turut menafikan dakwaan rasuah membabitkan wang dan “permintaan perempuan” ketika berurusan dengan kerajaan negeri itu.
AZMIN ALI_SELANGOR_MB

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tuduhan kerajaan Selangor meminta habuan wang dan perempuan untuk memudahkan sesuatu urusan adalah kempen fitnah terancang yang menjijikkan.

Beliau berkata, orang yang menuduh itu telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri kerana melakukan serangan jahat dan semberono. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bahawa ada ‘bona fide’ datang kepadanya dengan aduan bahawa selain wang, kerajaan negeri meminta perempuan, dan beliau kini sedang mengumpul semua maklumat dan bukti.

Lapor Antarapos. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails