Friday, June 03, 2016

Pembicaraan Lelaki British Cabul 23 Kanak-kanak KL (2006-2014). Bagaimana Boleh Tiada Maklumat Di M'sia?

_89855085_89855084
KES seorang pembantu pengajar English bernama Richard Huckle, 30, yang didakwa merogol kanak-kanak dan melakukan penderaan seksual ke atas puluhan kanak-kanak Malaysia dan Kemboja, benar-benar mengejutkan dunia.
Tambah menjelikkan, pedofilia British mengaku berniat mahu ‘mengahwini’ salah seorang kanak-kanak yang dicabulnya dan menubuhkan pusat jagaan anak angkat, agar dia punyai lebih ramai mangsa untuk dicabulnya.
Kenyataan itu dibongkarkan ketika perbicaraan Huckle sedang berlangsung, lapor Daily Mail.
Richard-Huckle-m_2903705a
Huckle yang disifatkan sebagai kes pedofilia paling teruk di Britain turut membuat posting berkenaan di laman web yang dikenali sebagai ‘Love Zon’.
“Cita-cita saya bila berkahwin, keluarga kita akan jadi seperti penjaga angkat kepada kanak-kanak, buat sementara waktu atau jangka panjang..saya suka kanak-kanak sentiasa ada keluar masuk di rumah saya,” tulisnya.
Menerusi laman web itu lah, Huckle memuat naik gambar-gambar dan video menunjukkan kanak-kanak didera secara seksual.
Perbuatan tidak bermoral Huckle terbongkar setelah pihak berkuasa Australia menemui laman web gelap tersebut.
Richard ditangkap mempunyai lebih 20,000 gambar kanak-kanak mangsa jenayah seksual tetapi diberikan ikat jamin sementara polis membongkar perbuatan seksnya terhadap kira-kira 200 kanak-kanak.
Sementara itu, ibu bapa Huckle turut menghubungi pihak polis untuk menangkap anaknya kembali di rumah mereka Ashform, Kent, setelah kecewa mendengar pengakuan anak mereka yang telah diikat jamin, sebelum didakwa di mahkamah atas kesalahan itu.
Huckle dilaporkan mengaku kepada ibunya, Christina yang dia melakukan aktiviti seksual dengan kanak-kanak seawal umur tiga hingga 13 tahun.
Atas kesalahannya itu, Huckle kini berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup.
Untuk makluman, Huckle dikatakan pergi ke Malaysia pada tahun 2005 untuk mengajar dan sangat dikenali sebagai penganut Kristian ‘alim’.
Huckle berdepan 91 pertuduhan iaitu termasuk mencabul terhadap 23 kanak-kanak lelaki dan perempuan di Kuala Lumpur, antara tahun 2006 hingga 2014. (

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana boleh kes besar begini tiada berita dan maklumat di Malaysia? (IH)

Pembunuhan Muslim Gujerat: India Hanya Hukum 24 Orang.



NEW DELHI: Sebuah mahkamah di India telah menjatuhkan hukuman pada 24 orang atas pembunuhan 69 Muslim selama rusuhan agama di negara bahagian Gujarat, barat India pada 2002. Sementara 36 suspek lain dibebaskan kerana tidak cukup bukti.

Aljazirah melaporkan, pada Khamis (2/6), hakim PB Desai menjatuhkan hukuman pada 24 orang atas pembunuhan Muslim Gujarat. Ia membebaskan 36 lain kerana kurang bukti. NDTV berkata, mahkamah akan membacakan hukuman mereka pada 6 Jun.


Peguam yang mewakili para korban Teesta Setalvad mengatakan kepada Aljazirah, ada pelbagai reaksi atas putusan tersebut. Menurutnya, mereka tidak sepenuhnya puas dengan putusan, sebab banyak orang-orang berpengaruh seperti Inspektor KG Erda dibebaskan dari tuduhan. 


"Kami pasti akan memfailkan rayuan atas keputusan itu," katanya. 



Hasil carian imej untuk India Hukum 24 orang Hindu Terkait Pembantaian Muslim Gujarat






Sejak Februari-Mac 2002 sampai sekarang, Program anti-Muslim di negara bahagian India Gujarat terus berlanjut, bahkan, hingga kini ..


Salah satu keluarga korban mengaku senang 24 defendan itu dihukum, meski ia kecewa 36 yang lain dibebaskan. Menurut Zakia Jafri yang suaminya ikut jadi korban tewas, mahkamah masih kurang adil dan ia akan berjuang sampai akhir. Peguam berkata, mereka sedang mengajukan tuntutan hukuman penjara seumur hidup bagi semua defendan. 

Pada insiden pembunuhan Muslim di Gujarat, massa Hindu menyerbu kompleks komuniti Masyarakat Gulbarg yang merupakan bangunan perumahan Muslim. Mereka melakukan pembakaran dan penikaman hingga mengorbankan 69 Muslim yang bersembunyi di sana.

Dalam beberapa konflik antar agama terburuk di India sejak kemerdekaan pada tahun 1947, kira-kira 2 ribu orang tewas dalam satu gelombang keganasan anti-Muslim. Ini dicetuskan oleh pembakaran hidup-hidup 60 jemaah Hindu yang berada di kereta api.


Pada bulan November 2011, 31 orang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas pembunuhan 33 Muslim di satu rumah selama rusuhan. (IH)

Hidup Melayu Takkan Janji Islam Selamat. Tak Perlu Jadi 'Islam' Bila Bersama PAS. -Dr G. Balachandran.

Post Pic
PENGKALAN CHEPAHidup Melayu takkan janji Islam selamat, tapi hidup Islam kita semua selamat. Kata Dr G. Balachandran, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ketika mengulas mengapa beliau bersama PAS semasa perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-62, di sini, semalam seperti dilaporkan Antarapos.

"Kenapa kita bersama PAS?" katanya. "Kita bersama PAS sebab akidah perjuangan PAS berteraskan agama, bukan perkauman. Hidup Melayu takkan janji Islam selamat, tapi hidup Islam kita semua selamat," 

Tambahnya, orang bukan Islam tidak perlu menjadi 'Islam' apabila bersama PAS. Sebaliknya kata wakil berbangsa India itu, apabila bersama PAS, seseorang itu ditarbiahkan menjadi insan yang lebih baik. 

"Kita tak perlu jadi orang Islam dalam PAS. Menjadi seorang Islam atau tidak, itu adalah hak Allah. Yang penting kita ditarbiahkan menjadi insan yang baik. Nilai kita sebagai Hindu, Buddha dan Kristian, kita jadi seorang yang lebih baik. Itu yg penting. Bila kita baik tiada tempat untuk kejahatan," katanya lagi.

Menyentuh soal pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian, kata beliau, pihaknya memahami bahawa ia adalah untuk meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau dalam pada itu mengkritik tindakan segelintir pihak yang menolak pembentangan pindaan akta berkenaan, kerana menyifatkan golongan berkenaan tidak memahami tujuan pembentangan RUU itu.  

"Walaupun sukar nak faham Islam, boleh panggil kita, kita boleh ajar dia.Sebab itu penting untuk kita diperkasakan," katanya. 

Sebahagian orang bukan Islam memilih untuk menyertai PAS menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).  (IH)

PRK KK: Laluan Sukar BN, Calon Wajib Turun Padang.. -Datuk Hamidah Osman

Datuk Hamidah Osman
Datuk Hamidah Osman

IPOH - BN dijangka berdepan kesukaran untuk memenangi PRK Parlimen Kuala Kangsar kerana kegagalan memilih calon yang sesuai.

Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata, perkara itu jelas kerana pergerakan dan penglibatan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid yang terbatas sepanjang kempen berlangsung.

“Kalau kita keluar (berkempen) pun orang susah nak bagi undi inikan pula kalau keadaan sebaliknya. Bagi saya, walaupun kita berada dalam dunia teknologi yang serba canggih namun, setiap calon wajib turun padang bertemu, bersua muka dengan rakyat. Jelaskan visi dan misi yang ingin dibawa,” katanya.

Menurutnya, pemilihan Mastura selaku calon juga menimbulkan tanda tanya bukan hanya kepada dirinya bahkan banyak pihak termasuk ahli BN sendiri.

“Saya sendiri pun memang tak faham apa kriteria-kriteria yang menyebabkan beliau dipilih oleh BN untuk bertanding sedangkan kita tahu kedudukannya,” katanya.

Ditanya mengenai kesahihan sama ada beliau bertanding di PRK tersebut sebagai calon bebas, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita Umno Gopeng enggan mengulas lanjut.

Katanya, sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam senario politik negara pada ketika ini. (SH)

2 PRK: Bentang RUU M/Syariah Tak Beri Kesan Pada BN Raih Sokongan Bukan Melayu -Shahrizat Jalil

Post Pic
KUALA LUMPUR: Pembentangan usul Rang Undang-undang Persendirian berkaitan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam dua pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun ini.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan Wanita Umno akan turun padang untuk memberikan penjelasan mengenai RUU tersebut kepada pengundi sewaktu berkempen di PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor.

"RUU ini mungkin akan menjadi isu tetapi kita akan memberi penjelasan. RUU tersebut sebenarnya bukan hudud seperti yang digempar-gemburkan oleh pihak pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Festival India Global 2016 semalam.

RUU itu dibentang oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, di Dewan Rakyat, Khamis lepas.

Shahrizat turut merayu kepada pengundi agar terus memberikan mandat kepada calon BN bagi kedua-dua pilihan raya itu.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Datin Mastura Mohd Yazid merupakan calon BN di Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi, calon BN di Sungai Besar. (IH)

Al-Shabaab Tawan Hotel Lagi.. 10 Terbunuh.













BEBERAPA lelaki membawa mayat seorang mangsa yang terbunuh dalam serangan itu. - AFP
MOGADISHU – Sekumpulan lelaki bersenjata menawan sebuah hotel di tengah ibu negara Somalia, Mogadishu selama lebih 12 jam dalam serangan terbaharu kumpulan militan Al-Shabaab kelmarin yang mengakibatkan se­kurang-kurangnya 10 orang terbunuh.
Satu serangan bom kereta berlaku di hadapan Hotel Ambassador setinggi enam tingkat di Mogadishu yang menandakan permulaan sera­ngan itu petang kelmarin.
Ia disusuli kejadian berbalas tembakan yang berterusan hingga pagi semalam apabila Kementerian Ke­selamatan Somalia mengisytiharkan serangan itu telah berakhir.
“Semua lelaki bersenjata ini telah dibunuh oleh pasukan keselamatan. Setakat ini, lebih 10 orang disahkan mati dan ramai mangsa lain cedera,” kata Menteri Keselamatan Somalia, Abdirizak Omar Mohamed.
Menurutnya, anggota-anggota penyelamat masih mencari mangsa-mangsa yang terselamat dan mayat di dalam bangunan hotel itu yang rosak teruk.
Sumber keselamatan dan perubatan memberitahu lewat kelmarin bahawa sekitar 40 orang diketahui cedera dalam kejadian itu.
Kumpulan militan Al-Shabaab mengakui bertanggungjawab mela­kukan serangan itu. Al-Shabab sebelum ini kerap menyasarkan hotel yang popular dalam kalangan kakitangan kerajaan dan hartawan Somalia.
Tentera Misi Kesatuan Afrika di Somalia(AMISOM) pula menyatakan, dua anggota Parlimen Somalia, Mohamud Mohamed dan Abdullahi Jamac merupakan antara mereka yang terbunuh.
AMISOM berada di Somalia untuk melindungi kerajaan yang disokong masyarakat antarabangsa dan membantu memerangi Al-Shabaab.
Beberapa saksi kejadian berkata, letupan itu dipercayai dilakukan oleh seorang pengebom bunuh diri dengan merempuh kenderaannya ke dalam hotel itu.
“Letupan besar memusnahkan seluruh kawasan itu,” kata seorang saksi, Mohamed Elmi.
Sebilangan lelaki bersenjata kemudian memasuki Hotel Ambassador sebelum kejadian berbalas tembakan tercetus. Al-Shabab yang beroperasi sejak 2012 berjuang untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Somalia – AFP

Bekas Pensyarah UTM Calon PAN PRK K/Kangsar

Post Pic
KUALA KANGSAR: Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, dipilih sebagai calon Parti Amanah Negara (PAN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Pengumuman calon dibuat Presidennya, Mohamad Sabu pada Majlis Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan di Kota Lama Kanan berhampiran Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta kepimpinan PAN, PKR dan DAP Pusat.

Ahmad Termizi berumur 61 tahun yang juga anak kelahiran Kampung Suak Petai, Manong Kuala Kangsar yang juga memegang jawatan Naib Ketua PAN Kuala Kangsar, Ahli Jawatankuasa PAN Nasional dan Pengerusi Biro Politik PAN Perak.

Mendapat pendidikan awal di Bagan Serai beliau kemudian menyambung pengajian di Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi seterusnya melanjutkan pengajian ke University of Leeds, United Kingdom (UK) dan memperoleh Sarjana Muda Sains (Fizik) dengan kepujian.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di University of Salford dan memperoleh Sarjana Sains Kesihatan dan Keselamatan Radiology seterusnya menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (Phd) di University of Swansea, Wales dan memperoleh Phd dalam Fizik Perubatan dan Diploma Fizik Pengionan.

Ahmad Termizi ketika berucap selepas diperkenalkan berkata, beliau bersyukur kerana diberikan kepercayaan dipilih sebagai calon.

"Dengan kepercayaan yang diberikan kepimpinan Pakatan Harapan ia adalah satu tanggungjawab yang tidak terpikul untuk membawa titik sejarah baharu yang akan merubah negara dan ia satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan" katanya.  (Antarapos)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails