Tuesday, June 07, 2016

Kali Ini Mat Sabu Pula, PAN Tipu Lagi?



Mohamad Sabu

KUALA KANGSAR – Lazimnya bagi seseorang yang pernah berpengalaman berada di sesuatu kawasan dalam tempoh agak lama, sudah pasti individu tersebut mampu menyebut nama tempat itu dengan begitu lancar sekali.

Malangnya ironi berlaku terhadap Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu tersasul menyebut nama kawasan ketika menyampaikan ceramah politik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di sini lewat Isnin.
Agak lucu apabila dalam program tersebut yang hanya dihadiri 50 orang; sebahagian besar ialah petugas media, beliau mesra disebut Mat Sabu mendakwa konon pernah lebih tiga dekad sering memberi ceramah di kawasan itu.
Ia bermula selepas beliau menyertai PAS pada 1978 susulan kejatuhan kerajaan negeri Kelantan dikuasai parti itu kepada Barisan Nasional (BN) sehingga tahun lalu apabila Mat Sabu keluar daripada PAS menubuhkan PAN pula.
“Saya selalu bagi ceramah di Lembah Sayong selama lebih 30 tahun sewaktu masih bersama PAS,” kata Mat Sabu selamba menyebabkan ramai hadirin terpinga-pinga kerana nama kampung itu sebenarnya ialah Sayong Lembah.
Kesilapan sama itu malah diulang berkali-kali dalam ceramah beliau bermula pukul 11.07 malam dan berakhir 23 minit kemudian apabila Mat Sabu dengan penuh yakin mengubah nama kampung itu menjadi Lembah Sayong.
Ceramahnya bahkan terganggu seketika apabila calon PAN, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli muncul pukul 11.23 malam menyebabkan pengamal media ‘berebut’ mengerumuni saintis nuklear pro-projek kontroversi Lynas itu.
Menyedari ceramahnya kurang diberi perhatian, Mat Sabu cuba menarik minat puluhan hadirin dengan membuat kelakar apabila mendakwa konon kadar rasuah di Malaysia antara terburuk di dunia waima di rantau Asia tenggara.
Beliau memberi contoh kejayaan Indonesia menerusi Komisi Pemberantasan Korupsi Republik Indonesia (KPK) konon berjaya menaikkan indeks di bawah Transparency International (TI) lebih baik mengatasi Malaysia sendiri.
Lucunya sekali lagi Mat Sabu membuat kesilapan fakta dengan mengubah sejarah konon KPK ditubuhkan selepas kejatuhan rejim Presiden Mohamad Suharto yang digantikan pula oleh Bacharuddin Jusuf Habibie pada 1998 lalu.
Untuk rekod, KPK diwujudkan pada 2002 ketika zaman pentadbiran Megawati Sukarnoputri dan berdasarkan ranking TI tahun lalu, Indonesia berada di tangga ke-88 berbanding Malaysia masih stabil di kedudukan ke-54.
Kecuali Singapura pada posisi kelapan, senario indeks rasuah Malaysia dalam kalangan 10 negara ASEAN secara umum adalah lebih baik dibandingkan dengan Thailand (76), Filipina (95), Myanmar (147) dan Kemboja (150).
Entah apa lagi ‘mimpi’ Mat Sabu apabila beliau dalam ceramah itu mempergunakan pula namaRadio Australia konon pernah menyatakan bahawa Malaysia sebagai negara paling korup di dunia yang sebenarnya tidak benar!
Berdasarkan rujukan stesen antarabangsa Perbadanan Penyiaran Australia milik kerajaan negara kanggaru itu, tiada sebarang kenyataan siaran mengenai dakwaan rasuah di Malaysia sebagaimana tohmahan oleh Mat Sabu tersebut.
Kesimpulannya, ceramah Mat Sabu berjaya menghiburkan audiens dengan segala temberang lucu, namun beliau mungkin perlu banyak latihan ‘baca’ fakta pengetahuan am agar tidak diketawakan penonton selepas ini. – Mynewshub
Lihat sebelum ini..

#PRKKUALAKANGSRA

BN S'wak Paksa APnya Tolak RUU Tinggikan M/Syariah. Apa Kata PAS?

Post Pic
SHAH ALAM: PAS berpendapat adalah tidak wajar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak mengeluarkan arahan supaya kesemua ahli Parlimennya menolak usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentang parti itu dalam parlimen hujung Mei lalu.

Ini kerana jelas Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad, usul berkenaan tidak mempunyai kaitan langsung dengan masyarakat bukan Islam, justeru ahli Parlimen BN di Sarawak khususnya beragama Islam tiada sebab kukuh untuk menolak RUU berkenaan. 

Malah tegasnya lagi RUU berkenaan hanya untuk memperkasakan Akta Mahkamah Syariah, dan menyentuh isu hukuman ke atas penganut agama Islam sahaja.

"Ia langsung tidak menyentuh masyarakat bukan Islam. Oleh itu tidak ada sebab kenapa ahli Parlimen BN (Sarawak) tidak boleh menyokong RUU itu," katanya melalui kiriman aplikasi WhatsApp kepada Antarapos.
Tan Sri Adenan Satem mengarahkan kesemua 25 ahli Parlimen Sarawak supaya menolak RUU berkenaan.

Sebelum ini, Adenan turut berulang kali menegaskan keputusan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menolak hukum hudud dan ia turut dinyatakan dalam 53 inisiatif pemerintahannya.

RUU berkenaan akan dibentangkan untuk dibahaskan dalam sesi Dewan Rakyat pada Oktober depan, selepas ia ditangguhkan bagi memberi masa kepada semua ahli Parlimen untuk meneliti RUU berkenaan sebelum apa-apa keputusan dibuat.

Tambah Iskandar lagi, usaha PAS ini adalah untuk umat Islam dalam memperkasakan hukum mengikut syarak. 

"Yang penting PAS telah berusaha untk menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah parti Islam. PAS berpendirian RUU ini penting kerana ia memperkasa Mahkamah Syariah," jelas Pesuruhjaya PAS Selangor itu. (Antarapos)

Selamat Berbuka Puasa, Ini Juga Kena Ambil Tahu..


Obesiti menyerang tanpa mengira peringkat usia dan jika seseorang itu mengalami masalah obesiti, secara tak langsung, mereka berhadapan dengan penyakit yang ...

PERUBATAN

PUTRAJAYA – Hampir 20 juta rakyat dalam kalangan penduduk berumur 18 tahun dan ke atas di negara ini mengalami risiko penyakit tidak berjangkit berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, daripada jumlah itu seramai 3.5 juta orang me­ngalami diabetes, 6.1 juta menghidap hipertensi dan 9.6 juta mempu­nyai paras kolesterol dalam darah yang tinggi.


Bagaimanapun, apa yang membimbangkan katanya, lebih daripada separuh penghidap diabetes dan hipertensi tidak mengetahui penyakit yang dihidap manakala empat daripada lima orang tidak mengetahui paras kolesterol mereka tinggi.
“Prevalens obesiti juga meningkat berbanding kajian NHMS yang lepas. Sebanyak 17.7 peratus (3.3 juta orang) penduduk dewasa di Malaysia adalah obes manakala seorang daripada tiga orang mempunyai berat badan berlebihan.
“Prevalens perokok juga masih tinggi iaitu 22.8 peratus (5 juta orang) bagi penduduk 15 tahun dan ke atas. Masalah ini begitu ketara dalam kalangan lelaki dengan prevalens sebanyak 43.0 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. (Kosmo!)

Lihat sebelum ini..

Kuliah Ramadzan, Siri 1 Hingga 3

Kuliah Ramadzan, Siri 1 Hingga 3
E-Buku IH-58: Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 2014

Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3.

Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.


Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3

Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014

Ini Perogol Yang Merogol Lelaki Belum Cukup Umur, Sampai Ia Mengandung?



SEORANG guru wanita di Texas, Amerika Syarikat ditahan pihak polis dan didakwa atas kesalahan melakukan penderaan seksual ke atas seorang pelajar lelakinya, berusia 13 tahun.

Hasil hubungan seks dengan pelajarnya itu, Alexandria Vera, 24, kini sedang hamil. Alexandria berkata dia mula menjalin hubungan seks dengan pelajarnya itu sejak September lalu.

Mengikut undang-undang Texas, melakukan hubungan seks dengan individu berusia bawah 17 tahun adalah satu kesalahan merogol bawah umur melainkan kedua-duanya mempunyai jarak usia tidak kurang dari tiga tahun di antara satu sama lain.

Alexandria menyerah diri kepada polis dan kini ditahan di Penjara Negeri Montgomery. Dalam keterangannya Alexandria berkata, ibu bapa pelajar terbabit mengetahui tentang hubungan mereka dan memberikan sokongan.

Menurut Alexandria dia berkenalan dengan pelajar terbabit ketika persekolahan musim panas tahun lalu. Dia menyifatkan pelajarnya itu sebagai seorang yang nakal dan mengoratnya terlebih dahulu meskipun diminta Alexandria supaya berhenti mengganggunya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Undang-undang gila.. Penzina-penzina yang sudah 'baligh' atau 'cukup umur' mampu melakukan hubungan seks sukarela, suka sama suka, bersetubuh berkali-kali sampai mengandung pun masih dianggap rogol. 

Apalagi perogolnya adalah wanita. Bagaimana, kalau lelaki yang dirogol itu belum cukup umur, tidak bersedia atau tidak mampu berhubungan seks, kerana masih kanak-kanak lagi? Boleh ke gadis perogol itu mengandung?

Sebenarnya takrif 'cukup umur' itu perlu diperbetulkan. Takrif Islam 'baligh' itu lebih tepat! (IH)

Monday, June 06, 2016

Ini, Awal-awal Lagi PAN Tipu Pengundi..

kuale1

KUALA KANGSAR: Awal-awal lagi PAN tipu pengundi? Menurut tinjauan Blog Mynewshub, sesuatu yang agak lucu pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang dapat dirasai apabila Parti Amanah Negara (PAN) bijak memilih isu untuk diberitahu kepada rakyat.

Mynewshub mengiringi calon PAN, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak di sini hari ini mendapati, antara isu paling ketara konon PAN baru kali pertama menyertai pilihan raya.
Ini ditegaskan banyak pemimpin PAN di samping DAP dan PKR ketika berceramah dari atas trak pacuan empat roda dekat dengan dewan tersebut bahawa ini konon penampilan sulung parti komponen Pakatan Harapan itu.
Justeru, mereka mendakwa kejayaan PAN pada PRK di Bandar Diraja Perak itu selain di Sungai Besar, Selangor berlangsung serentak konon bakal memberi ‘isyarat’ penolakan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Blog Mynewshub bertanya secara fakta, betulkah PAN tidak pernah bertanding mana-mana pilihan raya? 

Sesuatu yang tidak didedahkan PAN sebenarnya telah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak pada 7 Mei lalu dan kalah amat teruk. Mungkin bagi yang masih lagi ingat, PAN dengan angkuh mendakwa konon selepas dilancarkan pada 16 September 2015, PRN Sarawak menjadi ‘pentas’ kali pertama mereka menumbangkan BN bermula di negeri Bumi Kenyalang.
Berbekalkan 13 calon berbanding musuhnya PAS hanya 11 calon, mereka tumbang kepada BN waima lima kerusi berlaku pertindihan calon dengan PAS iaitu di Sadong Jaya, Sebuyau, Samariang, Muara Tuang dan Beting Maro.
Untuk rekod, PAS, DAP dan PKR juga bertindih calon sesama sendiri di 12 kerusi lain sekali gus menyaksikan BN mampu menang besar 72 daripada 82 kerusi manakala DAP hanya kekal di tujuh kerusi dan PKR pula tiga kerusi.
Hakikatnya Sarawak yang dianggap medan terbaik PAN membina pengaruh pun mereka tumbang teruk apabila hanya menerima 8,445 undi atau 1.1 peratus daripada keseluruhan undi dibuang oleh lebih sejuta rakyat negeri itu.
Sekadar perbandingan jika undi popular mahu dijadikan ukuran penerimaan rakyat, PAS lebih baik daripada PAN dengan 13,176 undi (1.7 peratus), PKR pula 76,003 undi (10 peratus) dan DAP meraih 145,875 undi (19 peratus).

Post Pic

Jadi, untuk PRK Kuala Kangsar kali ini, Datin Mastura Mohd. Yazid mewakili BN ditentang Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr. Najihatussalehah Ahmad dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary selain PAN sendiri.

Malangnya, mukaddimah PAN untuk PRK ini, dimulai dengan menipu pengundi? (IH)

Presiden Pas Berdialog Dengan Masyarakat Cina. Tak Semua Cina Sokong DAP..



Presiden Pas berdialog dengan masyarakat cina Restoren Kak Nab Tom Yam di Taman Jerlun, Manong, Kuala kangsar.

Kredit
Naraza Muda 

(Diangkat dari TKO)

Wanita Sambut Ramadhan, Lihat Gambar Ini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails