Sunday, July 03, 2016

Eh Seronoknya Raba-raba Begini, Menteri Wanita Pun Suka Juga?

Remaja Bangga Kongsi Gambar Diraba Teman Lelaki

REALITI anak muda zaman sekarang bercinta sanggup mengenepikan halal dan haram dalam perhubungan. Malah kadang-kadang aksi kemesraan yang dipamerkan mengalahkan pasangan yang sudah halal statusnya.

Beberapa keping foto seorang wanita berbaju putih dan kelabu sedang berbaring di atas paha teman lelakinya yang berbaju biru di dalam sebuah kereta tersebar di laman sosial.
Tambah menjijikkan lagi ialah aksi intim yang dilakukan oleh pasangan ini.
Remaja Bangga Kongsi Gambar Diraba Teman Lelaki
Jelas terpapar melalui gambar itu si teman lelaki sedang meraba te*** wanita itu sedangkan si perempuan hanya mampu memuncungkan mulut seolah-olah ‘sedap’ dengan perbuatan teman lelakinya itu.
Sungguh memalukan dan sedih dengan tindakan wanita berkenaan kerana merelakan dirinya diperlakukan sedemikian rupa.
Kementerian wanita, mengapa tidak ambil berat hal ini? Konon membela kaum wanita. Adakah menteri wanita pun merasa seronok juga melihat hal-hal seperti berlaku di kalangan remaja negara ini? Inilah pemerintahan kerajaan sekular BN!

Masjid Di Bakar Di Hancurkan, Muslim Rohingnya Solat Tarawih Di Bawah Hujan Lebat



Muslim Rohingnya mereka melaksanakan solat Tarawih dibawah hujan lebat setelah masjid mereka dibakar dan dihancurkan oleh orang-orang Kapir. Ya Allah berikanlah pertolongan kepada mereka terimalah solat dan ibadah mereka dibulan suci Ramadan ini.

Yaa Allah Segerakan Pertolonganmu Melalui Tangan-tangan Kami dengan Berdirinya Kepemimpinan Ummat Islam di Bawah Seorang Khalifah... agar kami mampu berlindung dan Berperang di Belakangnya... (TKO) 

Urustadbir Felda, Jelaskan Bayaran Sebelum Peneroka Sambut Syawal.. Selamat HariRaya.


KENYATAAN MEDIA

Felda Perlu Jelaskan Segera Bayaran Hasil Tertangguh Sebelum Peneroka Sambut Syawal.

SEJAK beberapa minggu lalu banyak aduan dari pihak peneroka Felda mendakwa pihak pengurusan Tanah Rancangan gagal membuat bayaran pendaluhuan hasil terutama di tanah rancangan Felda di Terengganu.

Menurut maklumat, lima daripada 21 tanah rancangan belum menerima lagi pendahuluan hasil seperti lazimnya. Antara tanah rancangan yang dimaklumkan menghadapi masalah ini ialah Felda Tersat di Hulu Terengganu, Felda Seberang Tayur, Felda Kerteh 5, Felda Neram 1 di Kemaman dan Felda Kertih 1 di Dungun sudah terlewat hampir 4 minggu dari tarikh sepatutnya bayaran dibuat.

Peneroka Felda yang setia menghantar hasil mereka kepada Kilang dan melalui pengurusan biasanya di bayar seminggu selepas slip timbangan Buah Tandan Segar diserahkan kepada pihak pengurusan.

Begitu juga dengan Peneroka Felda yang menyerahkan pengurusan urus tadbir ladang mereka kepada Felda atau Felda Technoplant, mereka akan dibayar pendahuluan hasil pada setiap awal bulan.

Sebelum ini masalah ini tidak berlaku di Terengganu, hanya berlaku di Pahang dan beberapa negeri lagi, kali ini masalah ini sudah berjangkit ke Terengganu. 

Saya difahamkan masalah ini sudah dibawa kepada pihak Pengurusan Wilayah oleh wakil peneroka Felda, tetapi tiada jalan penyelesaian dan ini akan memberi kesan besar untuk peneroka terbabit menyambut hari lembaran.

Lebih membimbangkan lagi jika perkara ini berterusan, kepercayaan peneroka Felda terhadap pihak pengurusan akan terjejas dan juga dibimbangi mereka akan memilih jalan pintas dengan menjual sendiri hasil mereka kepada pihak lain. Jika ini berlaku akan memberi masalah lain kepada kedua pihak.

Apakah dakwaan Felda sedang menghadapi aliran tunai betul-betul berlaku? Kebimbangan peneroka Felda ini mulai berasas dan sangat memberi kesan dengan kesetiaan mereka selama ini terhadap Felda.

Justeru itu Unit Hal Ehwal Felda PAS Pusat, mendesak pihak Felda menyelesaikan segera masalah pembayaran kepada peneroka Felda seluruh negara agar mereka mampu menyambut hari lembaran ini dengan sedikit keselesaan hasil dari tuaian mereka.


Sekian.

Naraza Muda 

Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
30hb Jun 2016

Hentikan Candu Hiburan! Petani, Penoreh Yang Sukar, Selamat Hari Raya..


LAJNAH Asas Tani dan Alam Sekitar PAS (LATAS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat yang sedang menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini.


Meskipun hari raya adalah saat untuk kita bergembira, suasana itu wajib dijalani dengan pedoman syariat. Harus disedari bahawa kita menyambut hari raya pada tahun ini dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, harga komoditi pertanian terlalu murah, dan kegiatan perniagaan berjalan suram mungkin berlarutan beberapa tahun mendatang.



Raya tahun ini, para petani, khususnya penoreh dan keluarga mereka tentunya menghadapi suasana yang sukar, menambahkan jumlah rakyat miskin yang menjadi dhaif di negara kita.

Walaupun kerajaan memberikan pelbagai alasan dan jaminan kepada masa depan sektor pertanian, mengumumkan bantuan one-off dan mengumumkan insentif khas dalam belanjawan negara, keadaan petani terutama penoreh tidak bertambah baik. 


Semakin lama, jaminan dan program kerajaan kelihatan mempunyai tujuan lain, bukannya bermaksud memperbaiki kedudukan harga dan meningkatkan taraf sektor pertanian. Warga petani kian terhimpit.



Suasana seperti ini haruslah menjadikan kita warga Malaysia sentiasa berwaspada dan peka dengan masyarakat di persekitaran kita. Apakah kegembiraan berhari raya tahun ini dapat dinikmati oleh semua, ataupun sebahagian daripada kita sedang terasing dalam kesempitan.






Berhari raya secara berlebihan dalam semua aspek harus dihentikan. Persediaan hari raya sama ada jamuan, pakaian, hiburan dalam acara-acara individu, pertubuhan, jabatan kerajaan dan pemimpin negara patut mengambilkira Aidilfitri ini turut disambut oleh warga petani yang serba kekurangan. Keinsafan menjalani Ramadhan sewajarnya membuahkan perubahan, natijahnya adalah taqwa.


Perlu diinsafi bahawa, Aidilfitri adalah satu ibadat ummat Islam yang dipandu oleh syariat, bukanlah satu acara komersial atau pesta kebudayaan.

Pihak media terutama stesen TV tidak patut menghidangkan candu hiburan berlebihan untuk rakyat melupakan maksud sebenar hari raya.

LATAS mengajak semua pihak yang terbabit dan bertanggungjawab dalam sektor pertanian- Menteri, pegawai kementerian, agensi kerajaan, badan berkanun, GLC, pengilang dan penguasa dalam industri, supaya menyedari dan bertindak menghasilkan penyelesaian memperbaiki kesuraman hidup rakyat yang bergantung kepada komoditi pertanian.

Senario ini dikatakan berpunca daripada kemerosotan harga di pasaran antarabangsa, tetapi mungkin juga turut disumbangkan oleh faktor lain - kepincangan keputusan pemimpin negara, kesilapan meletakkan keutamaan kerajaan, kehilangan kecekapan pelaksana dasar, kemerosotan prestasi pihak berkuasa dalam melaksanakan tanggungjawab dan ketamakan taukeh-taukeh besar dalam industri.

Sepanjang krisis harga getah dan komoditi pertanian ini terjadi, belum ada pengilang dan pengeksport terpaksa gulung tikar, belum ada agensi kerajaan maupun GLC yang terbabit dengan pertanian komoditi tidak bergaji, malah mendapat bonus tahunan dan bonus raya. 

Sedangkan di medan sebenar, kehidupan rakyat sebagai pengeluar semakin hari semakin dhaif dan terperosok. Bukankah ini satu petunjuk yang jelas untuk kita semua pertimbangkan semasak-masaknya.

Kepada jutaan warga petani, penoreh dan pekebun kecil, marilah kita menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan penuh kesederhanaan, hari raya yang menyuburkan kesedaran dan keinsafan. 

Negara kita ini perlukan perubahan, masa depan kita dalam sektor ini juga boleh diubah. Kitalah agen perubahan itu. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi 
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS 

Kerana G/Eng, 3 Pemimpin Ini Lidah Bercabang..


Tony Pua Minta Guan Eng Bercuti

My Nation News – Pada 22 Mac lalu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua dengan tegas menyatakan sesiapa yang disiasat tidak perlu mengambil cuti dari jawatannya.

Sebaliknya, kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, seseorang itu perlu melepaskan jawatannya dengan mengambil cuti apabila sudah didakwa di mahkamah.

Ia sebagai reaksinya kepada pertanyaan wartawan, perlukah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengambil cuti ketika disiasat, namun dengan tegas menyatakan, cuti perlu diambil sebaik didakwa di mahkamah.

Hari ini, Pua bertukar nada. Sama seperti Lim Kit Siang, sama seperti Mohamad Sabu, tidak pernah konsisten dengan apa yang mereka katakan.
Hari ini, Pua menyatakan pula, Guan Eng tidak perlu ambil cuti. Kita semua ditipu Tony Pua.

DAP 2 Lim, Kini Menuju Kehancuran.. -Hajihassanomar.blogspot



Kita masih tidak lupa semasa Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang November 2015 dicemari oleh sekumpulan lebih kurang 20 lelaki yang membuat demonstrasi di hadapan sebuah hotel di Bukit Jambul di tempat konvensyen berkenaan sedang berlangsung.

Kumpulan memberi sokongan kepada Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow supaya menggantikan jawatan Ketua Menteri yang disandang oleh Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng.

Mereka berkumpul dengan memegang sepanduk yang menyokong Chow antaranya bertulis 'Chow Kon Yeow Chief Minister of Penang, We Want You', 'Anak Negeri Pulau Pinang Sokong Chow Kon Yeow Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang' dan 'Lim Guan Eng Balik Melaka.'





Kumpulan yang sama dipercayai juga berkumpul di Kompleks Tun Razak petang Sabtu sebelum itu untuk memberi sokongan kepada Chow dan membantah kepimpinan Guan Eng.

Bagaimanapun, Chow dalam ucapan konvensyen pada hari itu menyatakan sokongan parti DAP kepada Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang memimpin Pulau Pinang sejak 2008. 

Bibit awal bantahan kepada  2 Lim makin ketara, bila mereka dikatakan cuba mengawal DAP seolah-olah parti anak beranak. Kawalan ini makin ketara mengikut sumber setelah Karpal Singh meninggal dunia.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai wujud gerakan terancang dalam DAP Pulau Pinang yang ingin menyingkirkan Lim Guan Eng dari Pulau Pinang. 


Jadi tidak hairanlah maklumat sulit mengenai pembelian banglo di jalan PinHorn dan beberapa maklumat rahsia lain telah dibocorkan kepada Parti Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng.

Dulu 8 Mac 2008 di Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Lim Guan Eng semasa mengambil jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya diberi kepada Chow Kon Yeow dengan beberapa penjajian antaranya Lim akan menjawat selama sepenggal sahaja.

Selepas penggal pertama, Lim Guan Eng masih juga tidak menyerah jawapan kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang maka menyebab ramai pimpinan DAP P. Pinang tak puas hati.

Teh Yee Cheu Adun DAP Tanjung Bunga antara pimpinan DAP Pulau Pinang yang lantang menyerang Lim Guan Eng dan dia telah membuat satu cadangan supaya penggal khidmat seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal sahaja pada perhimpunan DAP tahun lalu.

Akibat cadangan itu, Teh mendapat tekanan daripada 2 Lim dan ramai mengetahui Teh Yee Cheu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang 3 hari sebelum Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang bermula.

Sebab itu apabila isu patut atau tidak Lim Guan Eng melepas jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, DAP berkocak lagi. DAP seluruh negara terbahagi kepada 2 satu sokong Lim Guan Eng dan satu kelompok lagi sokong kumpulan yang menentang Lim Guan Eng.

Hari ini Lim Kit Siang berkata, beliau sendiri akan menjelajah ke seluruh negara bagi meninjau pendapat sama ada Lim Guan Eng patut bercuti atau meletakkan jawatan selaku ketua menteri Pulau Pinang susulan proses pendakwaan yang didepani pada masa ini.

"Saya akan mengadakan lawatan ke seluruh negara untuk mendengar pandangan sama ada Guan Eng perlu meletak jawatan atau atau mengambil cuti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang."Katanya.

Walaupun Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan DAP Pulau Pinang telah membuat keputusan bahawa Guan tidak perlu meletakkan jawatan, beliau masih mahu mendengar pandangan luar, ujar Kit Siang.

Tapi sebenarnya Lim Kit Siang cuba turun ke seluruh negara untuk membuat tinjauan sejauh mana "PEMBERONTAKAN" dalam DAP. Memang 2 Lim ini hebat dalam manipulasi keadaan supaya semua orang nampak DAP hebat sedangkan DAP kini menuju kehancuran.

Tiada Degree, Diploma Tak Boleh Beli Rumah? DAP PP Makin Melampau,

Tiada Degree, Diploma Tak Boleh Beli Rumah Di P.Pinang?

KEPIMPINAN pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang nampaknya semakin lama semakin melampau! Kali ini, kerajaan negeri memperkenalkan syarat pembelian rumah paling bodoh dan tidak masuk akal pernah kami dengar!

Bayangkanlah, sesiapa yang tidak mempunyai ijazah sarjana muda atau diploma tidak layak untuk membeli rumah yang terletak di Pulau Pinang. Syarat itu dikenakan untuk sebuah projek perumahan yang dikenali sebagai Mutiara Jesselton.

Pelaksanaan syarat yang langsung tidak releven itu jelas membuktikan kedangkalan pentadbiran pakatan pembangkang tersebut. Mana tidaknya, pelaksanaan syarat tersebut seolah-olah menindas orang yang tidak dapat pendidikan tinggi sekali gus menyebabkan ketidakseragaman dalam kalangan penduduk khususnya yang berpendapatan rendah.

Tambahan pula, pendidikan yang tinggi langsung tidak melambangkan pendapatan individu. Dek kerana itu, ramai menyelar syarat yang dikenakan kerajaan negeri itu menerusi laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails