Wednesday, August 03, 2016

Tanjung Balai: Amuk Warga 11 Rumah Ibadat, Panti Sosial Jadi Korban.


Aksi pembakaran dimulai menjelang tengah malam, berlangsung secara cepat. FACEBOOK ALAM ZHU l ANTO 

IBNU HASYIM/Tanjung BalaiBerikut daftar rumah ibadah dan panti sosial yang menjadi korban amuk warga dalam kerusuhan di Tanjungbalai, Jumat (29/7/2016) malam, menyebabkan satu vihara dan empat kelenteng hangus terbakar.

1. Vihara Tri Ratna di Jalan Asahan, Kelurahan Indra Sakti, Kecamatan Tanjung Balai Selatan.
2. Vihara Avalokitesvara di Jalan Imam Bonjol, Kelurahan Indra Sakti, Kecamatan Tanjung Balai Selatan.
3. Kelenteng Dewi Samudra di Jalan Asahan, Kelurahan Indra Sakti, Kecamatan Tanjung Balai Selatan.
4. Kelenteng Ong Ya Kong di Jalan Asahan, Kelurahan Indra Sakti, Kecamatan Tanjung Balai Selatan.
5. Kelenteng Tua Pek Kong di Jalan Asahan, Kelurahan Indra Sakti, Kecamatan Tanjung Balai Selatan.
6. Kelenteng Tiau Hau Biao di Jalan Asahan, Kelurahan Indra Sakti, Kecamatan Tanjung Balai Selatan.
7. Kelenteng Depan Kantor Pengadaian di Jalan Sudirman, Kelurahan Perwira, Kecamatan Tanjung Balai Selatan.
8. Kelenteng di Jalan MT Haryono, Kelurahan Perwira, Kecamatan Tanjung Balai Selatan.
9. Kelenteng Huat Cu Keng di Jalan Juanda, Kelurahan TB Kota I, Kecamatan Tanjung Balai Selatan.
10. Kelenteng di Jalan Juanda, Kelurahan TB Kota I, Kecamatan Tanjung Balai Selatan.
11. Yayasan Sosial di Jalan Mesjid, Kelurahan Indra Sakti, Kecamatan Tanjung Balai Selatan.
Hasil carian imej untuk rusuhan di tanjung balai

Hasil carian imej untuk rusuhan di tanjung balai






Pasca bentrok, situasi di Tanjungbalai, Sumatera Utara, terus membaik. Ratusan warga Tanjungbalai bergotong-royong membersihkan bangunan terdampak .

Kronologi

Persoalan bermula dari adanya keluhan seorang warga etnis tionghoa bernama Meliana (41), warga Jalan Karya Kelurahan Tanjungbalai Kota I,  terhadap suara azan yang dikumandangkan di Masjid Al Maksum di dekat rumahnya.

Meliana mendatangi nazir masjid dan menyampaikan keluhan. Ia merasa terganggu dengan suara azan yang dikumandangkan pihak masjid.

“Setelah oknum tadi menyampaikan keluhan, pihak masjid kemudian mendatangi kediaman wanita bernama Meliana (setelah salat Isya). Lalu, karena timbul keributan, pihak kepala lingkungan dan kelurahan setempat yang kooperatif kemudian membawa masing-masing pihak ke polsek setempat untuk dimediasi,” kata Kabid Humas Polda Sumut, Kombes Rina Sari Ginting, Sabtu (30/7/2016).

Di tengah mediasi, warga yang mendapat informasi lantas berkumpul di depan polsek. Jumlah warga semakin bertambah dan bergerak ke Vihara Juanda yang berjarak sekitar 500 meter dari Jalan Karya dan kemudian melakukan pengerusakan.

“Dari informasi sementara, vihara di Pantai Amor terbakar. Kemudian, turut dibakar tiga unit kelenteng serta tiga unit mobil dan tiga unit sepeda motor,” kata Rina.

Selain itu, sambung Rina, ratusan warga turut merusak barang-barang di dalam kelenteng Jalan Sudirman. Kemudian, di Jalan Hamdoko barang di dalam kelenteng dirusak dan praktek pengobatan tionghoa dihancurkan serta satu unit motor nyaris dibakar.

Di Jalan KS Tubun, massa merusak barang-barang yang ada dalam klenteng dan satu unit bangunan milik Yayasan Putra Esa di Jalan Nuri. Di Jalan Imam Bonjol masyarakat membakar barang-barang yang ada dalam satu vihara.

Kemudian, di Jalan WR Supratman massa merusak isi bangunan yayasan sosial dan merusak tiga unit mobil. Di Jalan Ahmad Yani, massa merusak pagar vihara. Serta di Jalan Ade Irma, massa membakar barang-barang yang ada dalam satu unit klenteng. (IH)


Matang Dan Sejahtera. Itulah Politik PAS.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah mata rantai Harakah Islah dan Tajdid, kumpulan Islam yang wajib diwujudkan mengikut  perintah Al-Quran dan wasiat Rasulullah SAW dengan syarat, rukun dan ciri-ciri yang tetap teguh dan anjal bersama situasi semasa dan setempat.
Keimanannya tetap bersama Islam yang tidak mungkin dipadamkan cahayanya walaupun dihumban sehingga kedasar bumi. Maka, pendekatan PAS dalam politiknya dari aspek prinsip dan matlamat Islamnya sama dengan semua kumpulan Islam yang ditubuhkan daripada Gerakan Islah dan Tajdid di seluruh dunia Islam, namun terdapat perbezaan masa, tempat, situasi dan realiti, menjadikannya mempunyai perbezaan dengan kumpulan Islam yang ditubuhkan dengan semangat semata-mata, bersama kejahilan tanpa "Tafaqquh Fid Din" sehingga mencalarkan imej Islam yang sangat murni, yang sepatutnya membawa rahmat ke seluruh alam.
Kehebatan Islam, bukan kerana senjata dan peperangan tetapi kerana adil, hikmah dan kematangan yang membawa sejahtera, rahmat, aman dan kematangan.
Berbeza dengan ideologi yang tidak sempurna aspek fitrahnya, tanpa roh dan tidak berwawasan akhirat, tidak seimbang di antara kepentingan individu dan masyarakat.
Tegasnya, parti yang dasarnya, teras dan matlamatnya adalah  Islam, tidak boleh menjadi penumpang dalam perjalanannya tetapi menerima penumpang yang setia dan berakhlak.
Islam mencipta sejarah, ada negeri yang didatangi Islam secara peperangan kerana dipaksa begitu dan rakyatnya juga menjadi mangsa kezaliman kerajaanya sendiri, tetapi  Islam diterima rakyatnya menjadi penyelamat, bukannya musuh atau penjajah, kerana peperangannya mengikut sempadan Fiqh Jihad.
Banyak negeri pula yang menerima Islam kerana pendakwah dan para mujahidin yang mendalami ilmu agama. Hanya dalam tempoh 80 tahun sahaja Islam menguasai sempadan sehingga keperbatasan China meredah Asia Tengah, seterusnya turun Ke Asia Tenggara. Mara ke Utara dan Tengah Afrika dan menyeberang ke Eropah apabila pengaruhnya memerintah Andalusia (Sepanyol dan Portugal). 
Adapun kedatangan Islam dirantau ini melalui dakwah para pedagangnya, maka pendekatan dakwah dan politiknya dirantau ini tidak sama dengan kumpulan Islam di negara lain.
Maka,  PAS bukan seperti Ikhwan Muslimin di negara Arab, bukan Jamaat Islami di Pakistan, bukan Jemaah Tabligh India, bukan Parti Saadat dan Adalat Turki, jauh sekali seperti Al-Qaeda atau Daish yang berjenamakan jihad tanpa ilmu dan bertafaqquh dalam perkara Islam, sehingga menjadikan semua ajaran Islam itu disalah faham,  tidak dilihat murni dan  mulia, tidak seperti zaman awalnya, sangat dihormati sehingga masuk ke dalam akal manusia dengan cara yang lebih berkesan dan tajam daripada senjata.
Bukannya  mengisytiharkan  perang dengan fatwa takfirnya tanpa penjelasan dan hujah batas-batas iman dan kufur yang sentiasa wajib berwaspada kerana konsepnya menyelamat manusia seberapa banyaknya, bukannya berperang membunuh sebanyak mungkin, jauh sekali berperang di tengah-tengah umat Islam yang tenggelam dalam kejahilan dalam tanahair dan umatnya sendiri, mengebom tanah air dan umatnya sendiri sehingga ke dalam masjid.
Padahal, Al-Quran dan Sunnah mengharamkan melampau terhadap musuh 
"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.(Al-Baqarah: ayat 190)
PAS berada di bumi Malaysia di mana umat Islamnya masih terkesan dengan warisan penjajahan, bersama masyarakat majmuk bersama bukan Islam yang semuanya menjadi mangsa penjajahan.
PAS yang ditubuhkan dengan asas Akidah Islam dan konsep syariatnya yang sempurna wajib meneruskan pendekatannya mengikut mukjizat ilmu Al-Quran dan kebijaksanaan Rasulullah SAW dengan istiqamah bersama akidah dan kaedah yang matang, berdakwah dan berijtihad dalam isu semasa yang berbeza dan berubah dengan mengetahui pendekatan yang boleh diubah, serta ketegasan dalam perkara dasar, matlamat dunia dan wawasan akhirat yang tetap, haram diubah.
Oleh itu, PAS dengan Islamnya mampu menghadapi adanya perbezaan tempat, keadaan dan masa. Maka, PAS tidak boleh terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang tidak selaras dengan situasi dan realiti daripada luarnya dan terus beristiqamah bersama Islamnya. Menjadikan PAS  tidak terpesona dengan Revolusi Mesir 1952 dan terkini 'Arab Spring' yang hampir menenggelamkan Ikhwan, PAS juga tidak terpengaruh dengan Revolusi Iran menghadapi kediktatoran Shah Iran yang mengganas  dan Mazhab Syiah Imamiyyah majoriti rakyatnya, PAS tidak terpengaruh dengan keadaan di Turki kerana tenteranya dijadikan pelindung sekularisme yang hanya menentang Islam sahaja supaya memerangi rakyat Turki yang berhasrat menjadikan agama Islam berdaulat di negaranya.
Namun, hubungan perpaduan ummah tetap diteguhkan dengan pangkalan yang berbeza. PAS berada di Malaysia yang masih wujud demokrasinya walaupun menipu dan salah laku yang mewajibkan kebijaksanaan dan kesabaran.
Perlembagaan Malaysia menjadikan Islam agama negara tanpa tafsiran, namun membolehkan perubahan kepada Islam dengan mendapat kuasa politik. Mengamalkan konsep demokrasi yang tetap wujud, bermakna memberi ruang kepada umat Islam menafsirkannya sendiri, bukannya meneruskan tafsiran warisan penjajah, atau mengikut kehendak bukan Islam.
PAS mampu menghadapi semua cabaran, berpengalaman di zaman penjajah, selepas merdeka sanggup menjadi pembangkang, pernah pula di awal 60an menerima hakikat kemerdekaan serta penubuhan Malaysia dengan berbeza konsep dengan Parti Perikatan yang memerintah dan mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Negara, Sosialis dan lain lagi.
Namun PAS tidak boleh diheret bersama Sukarno bersama Komunis di Indonesia, walaupun pemimpin utamanya Dr Burhanuddin menjadi mangsa tahanan ISA sehingga meninggal dunia.
PAS pernah bersendirian dalam pilihanraya negeri 1959 dan 1960. Bertahaluf bersama Parti Negara di Terengganu 1960 dalam kerajaan negeri dan piliharaya parlimen dan menyertai Kerajaan Campuran bersama Umno selepas peristiwa 13 Mei 1969, setelah bersendirian dalam PRU, mengadakan kerjasama dengan pihak lain sehingga merungkai Gabungan Perikatan kepada bersama menubuhkan Barisan Nasional pada tahun 1974 sehingga 1979.
PAS kemudiannya bersendirian, dan seterusnya bertahaluf bersama Parti Melayu Semangat 46 ditahun 1990 dan Barisan Alternatif 1999 dan Pakatan Rakyat 2004.
Dalam semua langkah, PAS tetap beristiqamah di atas Islamnya yang tetap menjadi sempadan yang haram dilangkah tanpa perhitungan akidah, syariat dan akhlaknya.
Risalahnya ialah menyelamatkan manusia bersama Islam yang memimpin dan memerintah negara, sama ada menganut Islam tanpa paksaan atau wajib  menerima Islam menjadi pemimpin dan pemandu yang benar-benar menunaikan amanah dan berwawasan yang luas dan jauh, daripada dunia sehingga akhirat, tegas menyampaikan rislahnya, berpandukan arahan Allah:
"Dan katakanlah (wahai Muhammad SAW) kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.(Al-Kahfi: ayat 29)
Maka PAS akan boleh  bersama dan bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat, menerima konsep Islam memimpin dan memerintah, dan PAS juga tetap berpisah dengan semua pihak yang tidak menghormati sempadan ini, walaupun betapa hebat cabarannya dan jauh perjalanannya.
Mereka yang tidak bertahan dalam menghadapi gelombang politik beristiqamah bersama konsep Islamnya, pasti keluar atau dikeluarkan daripada bahtera PAS.
Sebabnya kerana ahli PAS yang setia mehukan dua kemenangan janji Allah:
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "'Adn". Itulah kemenangan yang besar(di alam akhirat). Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di alam dunia ini) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.(As-Saff: ayat 12-13)
Kedua-dua kemenangan yang dijanjikan ini hanya kepada sesiapa yang beristiqamah memuliakan  Islam mengatasi segala yang lain. Dinyatakan dalam bai'ah dan perjuangan secara amali oleh ahli jemaah Islam.
Adapun bertahaluf dengan pihak lain dengan berjanji seperti kenyataan seorang bukan Islam kepada Rasulullah SAW :
"Aku tidak mahu menganut Islam), tetapi aku berjanji tidak menentang mu dan tidak bersama dengan kaum yang menentang mu)."
Terus beristiqamah menyampaikan risalah Islam dengan bersama mereka yang menerima Islam atau tidak bermusuh terhadap Islam, menarik manusia secara model yang ditegaskan Allah :
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Fussilat: ayat 33-36)
PAS wajib menjadikan Rasulullah SAW contoh terbaik yang menafsirkan wahyu tersebut, apabila bersikap memaaf dan mengampun musuhnya; khususnya apabila berkuasa  mencapai kemenangan. Caranya sangat berbeza dengan pihak lain yang menjadikan kemenangannya untuk melepas geram dan membalas dendam, sehingga diisytiharkan hasratnya yang melampau sebelum mencapai kemenangan.
Ingatkan diri dengan pesanan Allah :
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."(Ali-Imran: ayat 133-135)
Inilah objektif politik  Islam yang matang dan sejahtera.

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

28 Syawal 1437H / 02 Ogos 2016M

Bermula Dengan Bantah Suara Azan, Tercetus Rusuhan Di Tanjung Balai, Sumatera Utara.

Warga etnis Cina arogan, kerusuhan bernuansa SARA pecah di Tanjungbalai
Suasana rusuhan di Tanjung Balai..

TANJUNGBALAI: Rusuhan bernuansa suku, agama, ras dan antargolongan (SARA) telah pecah berlaku di Kota Tanjung Balai, Sumatera Utara, Sabtu (30/7/2016) dini hari.

Kekecohan bermula apabila seorang wanita warga etnik Cina, Meliana, warga Jalan Karya Tanjung Balai, mengamuk ketika mendengar suara azan di masjid Al Maksum Jl. Karya Tanjung Balai tepatnya di depan rumahnya sendiri.

Warga yang tidak terima dengan sikap warga etnik Cina tersebut akhirnya marah, dan maklumat tersebut beredar di media sosial mencetuskan kemarahan yang meluas sehingga terjadi sejumlah pembakaran Vihara.

"Dari maklumat masyarakat bahawa warga tersebut membuat kekecohan di masjid dan memaki imam yang sedang azan di masjid kerana tidak senang akan adanya adzan di masjid hingga menyebabkan umat Islam menjadi marah," bunyi status yang beredar di media sosial, dikutip dari dnaberita.com.

Polda Sumatera Utara melalui Kabid Humas Polda Sumut Kombes Pol Rina Sari Ginting, menyampaikan kronologi terjadinya peristiwa tersebut.

"Kejadian ini berawal dari adanya permintaan seorang warga Tionghoa, M (41), warga Jalan Karya Tanjungbalai Dewan yang menegur nazir Masjid Al Makhsum yang ada di Jalan Karya dengan maksud agar mengurangkan kelantangan mikrofon yang ada di masjid, di mana menurut nazir masjid bahawa hal tersebut telah didedahkan beberapa kali, "jelas, Sabtu (30/7) siang.

Kira-kira pukul 20.00 Wib, selepas selesai solat Isyak, jemaah dan nazir masjid menjumpai M ke rumahnya. Kepala persekitaran mengamankan M dan suaminya ke pejabat lurah. Kerana suasana pada masa itu sudah agak panas, maka M dan suaminya diamankan ke Polsek Tanjungbalai Selatan.

Setibanya di Polsek lalu dilakukan pertemuan dengan melibatkan Ketua MUI, Ketua FPI, camat, kepling dan tokoh masyarakat setempat. Pada saat bersamaan massa mulai banyak berkumpul yang dipimpin kumpulan elemen mahasiswa dan melakukan orasi. Seterusnya massa yang diimbau sempat membubarkan diri.

Pukul 22.30 Wib massa kembali berkumpul kerana didakwa telah mendapat maklumat melalui media sosial (Facebook) yang diposkan salah seorang warga. Seterusnya massa kembali mendatangi rumah M di Jalan Karya. Mereka hendak membakar namun dilarang warga sekitar.

Kerana massa sudah semakin banyak dan semakin emosi, selanjutnya massa bergerak menuju Vihara Juanda yg berjarak kira-kira 500 meter dari Jalan Karya. Usaha pembakaran dihadang personel Polres Tanjungbalai, namun terjadi pelemparan menggunakan batu sehingga vihara mengalami kerosakan.

Seterusnya massa bergerak melakukan tindakan pembakaran dan pengerusakan di sejumlah vihara dan klenteng di Tanjung Balai. Massa melakukan pembakaran terhadap 1 unit Vihara dan 3 unit klenteng 3 unit mobil, 3 unit motosikal dan 1 unit betor di Pantai Amor; merosakkan barang-barang 1 unit klenteng di Jalan Sudirman.

Selain itu, massa juga merosakkan barang-barang sat unit klenteng dan 1 tempat amalan perubatan China, serta 1 unit motosikal di Jalan Hamdoko. Pemusnahan lain berlaku di Jalan KS Tubun, massa merosakkan barang-barang 1 unit klenteng dan 1 unit bangunan milik Yayasan Putra Esa di Jalan Nuri.

Massa juga membakar barang-barang dalam 1 unit vihara di Jalan Imam Bonjol, merosakkan isi bangunan Yayasan Sosial dan merosakkan 3 unit kereta di Jalan WR Supratman, merosakkan pagar vihara di Jalan Ahmad Yani, membakar barang-barang yang ada dalam 1 unit klenteng di Jalan ade Irma.

"Jenis barang-barang yang dibakar mahupun yang dirosakkan massa di dalam vihara dan Kelenteng itu berupa peralatan sembahyang seperti kemenyan, gaharu, lilin, minyak dan kertas, meja, kerusi, lampu, tanglung, patung Buddha, dan gong," sebut Rina.

Polis kemudian mengambil sejumlah langkah untuk mengawal keadaan. Mereka berkoordinasi dengan aparat keamanan yang berkaitan termasuk dengan Polres terdekat. Mereka juga berkoordinasi dengan Muspida, tokoh agama dan tokoh masyarakat.

"Kita juga menyampaikan imbauan dan menghalau massa untuk membubarkan diri. Melakukan penjagaan dan keselamatan di lokasi vihara dan kuil, "jelasnya.

(IH/arrahmah.com)

Ibnu Hayim di perkampungan Batak di Pulau Samosir.

Lihat sebelum ini..


Ibnu Hasyim: Tanjung Balai, Kota Mafia Menuju Kamatian..

www.ibnuhasyim.com/2008/06/tanjung-balai-kota-mafia-menuju.html

8 Jun 2008 - Tanjung Balai, Kota Mafia Menuju Kamatian.. Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan. AZAN solat Isyak bergema melalui puncak menara masjid.


Ibnu Hasyim: E-Buku IH-8: Medan-Tanjung Balai

www.ibnuhasyim.com/2010/09/e-buku-ih-8-medan-tanjung-balai.html

20 Sep 2010 - E-Buku IH-8: Medan-Tanjung Balai. E-Buku IH-8 Catatan Perjalanan.'Medan-Tanjung Balai'. Bab I. Wanita Muda Kehausan. Bab II.

Ibnu Hasyim: Misteri Khemah Ini.. Pelacuran Macam Jual ...

www.ibnuhasyim.com/2010/12/misteri-khemah-ini-pelacuran-macam-jual.html

17 Dis 2010 - "Bapak kenal aku nggak?" katanya kepadaku yang sedang jalan-jalan santai, malam itu di jantung kota kecil Tanjung Balai Asahan, Medan.

Ibnu Hasyim

www.ibnuhasyim.com/

18 minit lalu - Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah budaya dalam negara sekular yang tiada asas-asas agama dalam ..... Ibnu Hasyim Medan-Tanjung Balai ...

Ini, Tiada Larangan Bersetubuh Di Depan Ramai, Idola Negara Sekular?

AKIBAT tidak dapat menahan nafsu seksual kononnya, atau mungkin ingin berseronok, pasangan muda ini tergamak melakukan hubungan intim di sebuah taman awam.

Walaupun perbuatan ini dikatakan tidak patut dicontohi, namun ini menjadi tontotan hangat pada khalayak ramai. Malah ketika didatangi dan dirakam oleh orang ramai, pasangan ini masih lagi tidak menghentikan aksinya itu.
Mereka berdua malah dilihat tetap degil waima ada menerima sesuatu daripada khalayak yang melihatnya.
Akhbar Mirror melaporkan, pasangan itu melakukan hubungan seksual tepat di bawah pokok besar sebuah taman di Berlin, Jerman.
Pada awalnya, seorang yang menggunakan basikal datang bersebelahan pasangan itu, dan merakamnya.
Tidak berselang lama kemudian, sejumlah pengunjung lain mengikuti berdekatan untuk merakam adegan yang tidak masuk akal tersebut.
Video yang dimuat naik ke liveleak itu telah ditonton lebih daripada 110,000 kali dalam beberapa jam. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Itulah budaya dalam negara sekular yang tiada asas-asas agama dalam perundangannya. Malaysia yang sekandang dengan negara-negara sekular lainnya juga akan hadapi masalah itu. 
Jangan hairan ianya berlaku, kalau parti yang bukan berdasarkan Islam memerintah sesebuah negara.

Tuesday, August 02, 2016

LGE Batal PRN Mengejut PP, "Saya Faham" -Wan Azizah.


AIDCNews – 2/8/16 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaku terkejut dengan alasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membatalkan cadangan untuk mengadakan pilihanraya negeri (PRN) mengejut di negeri itu.
“Huh (reaksi terkejut), sebenarnya benda ini sudah selesai. Kami akan teruskan sahaja seperti biasa. Saya faham apa yang telah dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang (Guan Eng).
“Perhubungan dalam Pakatan Harapan akan terus dihargai termasuk pada masa-masa akan datang, yang penting masalah ini sudah selesai sekarang,” katanya kepada pemberita di Bangunan Annex SUK Selangor, semalam.
Wan Azizah berkata demikian ketika menjawab ketika ditanya pemberita bahawa PKR telah meminta satu atau dua’ kerusi DAP di kawasan pengundi majoriti Cina sebagai syarat untuk bersetuju PRN mengejut di negeri itu.
Sebelum ini, Guan Eng dalam sidang media pada Ahad mendakwa alasan PRN mengejut di negeri itu tidak diteruskan kerana tidak bersetuju dengan permintaan PKR yang menuntut satu atau dua kerusi yang sebelum ini milik PKR.
“Memang kami faham bahawa PKR menghadapi risiko kehilangan kerusi lebih daripada DAP.
“Apa-apa pilihan raya kita semua menghadapi risiko hilang kerusi ataupun tambah kerusi. Tapi PKR rasa risiko mereka lebih tinggi. Ini memang kita faham tentang keresahan mereka.
Sumber memaklumkan PKR menuntut kerusi di kawasan pulau yang merupakan pengundi majoriti Cina kerana bimbang parti itu akan tewas di kawasan majoriti pengundi Melayu dan campuran.
“Mereka (PKR) ada buat cadangan bahawa DAP memberikan satu atau dua kerusi yang sedia ada di Pulau Pinang diberikan kepada PKR untuk menjadikan syor PRN Pulau Pinang lebih mudah dipersetujui oleh PKR.
“Kami (DAP) dengan tegas menyatakan (perkara) ini tidak boleh dipersetujui,”kata Guan Eng.

Eropah Beri Tekanan Pada Belia Mudah Dikuasai Pelampau. -Pope Francis


AFP - POPE Francis bercakap dengan pemberita pada sidang akhbar di dalam pesawat selepas lawatannya ke Poland sempena Hari Belia Sedunia kelmarin.

VATICAN CITY, Itali – Ketua gereja Roman Katolik, Pope Francis kelmarin berkata, Islam tidak boleh disamakan dengan keganasan dan memberi amaran bahawa Eropah memberikan tekanan kepada belia sehingga golongan itu mudah dikuasai pelampau.
“Adalah tidak benar dan tidak betul untuk menyatakan Islam ialah keganasan. Saya tidak fikir Islam boleh disamakan dengan keganasan,” katanya kepada wartawan di dalam pesawatnya semasa penerbangan pulang dari lawatan ke Poland.
Menjawab soalan wartawan, Pope Francis turut mempertahankan keputusannya untuk tidak menamakan Islam semasa mengutuk pembunuhan kejam seorang paderi Katolik di Perancis oleh kumpulan militan Islamic State baru-baru ini.
“Hampir dalam setiap agama, pasti ada segelintir pelampau. Kita juga mempunyai puak sebegini. Jika saya perlu bercakap mengenai keganasan Islam, saya juga perlu bercakap tentang keganasan Kristian.
“Setiap hari di akhbar saya melihat keganasan di Itali, ada yang membunuh teman wani­tanya, ada juga yang membunuh ibu mertuanya dan mereka ini penganut Katolik,” katanya.
Ketua gereja Katolik itu berkata demikian selepas orang Islam menghadiri perhimpunan gereja Katolik di sekitar Perancis kelmarin bagi menunjukkan penyatuan susulan pembunuhan paderi itu.
Mengulangi kenyataan yang dibuat semasa lawatan lima harinya ke Poland, Pope Francis berkata, agama bukan punca keganasan.
“Lidah manusia boleh membunuh sama seperti pisau,” katanya merujuk kepada pe­ningkatan parti bersifat populis yang menyemarakkan api perkauman dan fahaman xenofobia iaitu bencikan orang asing. – AFP

Friday, July 29, 2016

Berita Baik Untuk Warga Indo Yang Ingin Kerja Di Australia..


 Australia tawarkan 36.000 lowongan kerja untuk Indonesia Menteri Perdagangan Thomas Lembong. (ANTARA FOTO/Puspa Perwitasari/foc/16)


| 47.018 Views


Australia tawarkan 36.000 lowongan kerja untuk Indonesia

Jakarta (ANTARA News) - Menteri Perdagangan Thomas Trikasih Lembong mengungkapkan bahwa Australia menyediakan 36.000 lowongan pekerjaan di bidang pariwisata dan perhotelan bagi tenaga kerja Indonesia.

"Menteri Perdagangan dan Investasi Australia Steve Ciobo datang ke saya dan mengatakan hal tersebut," tutur Lembong di Hotel Intercontinental, Melbourne, Australia, Kamis (17/3), demikian pernyataan yang diterima di Jakarta, Jumat.

Menteri mengatakan, menurut Ciobo, besarnya jumlah lowongan pekerjaan tersebut karena nilai mata uang Australia melemah akibat kebijakan devaluasi nilai mata uang Yuan, China. Saat ini, nilai tukar dolar Australia sudah melemah 30 persen.

"Sektor pariwisata mereka melejit, namun kekurangan tenaga kerja. Dan Steve Ciobo tertarik sekali dengan tenaga kerja Indonesia untuk mengisi lowongan pekerjaan tersebut," ujar Lembong.

Ketertarikan tersebut, katanya, karena letak geografis Indonesia dan Australia yang relative dekat, serta pekerjaan tersebut dapat dikategorikan sebagai pekerjaan musiman atau hanya 3-4 bulan. Artinya, pekerja Indonesia dapat kembali ke Tanah Air tanpa menunggu habisnya waktu kontrak kerja yang lama.

"Hal tersebut tidak mungkin dipenuhi oleh mitra dagang yang jauh dari Australia, seperti Timur Tengah atau Eropa," ujar Lembong.

Ia mengharapkan, tenaga kerja Indonesia yang dapat bekerja di Negeri Kangguru tersebut dapat menjadi salah satu penguat tonggak hubungan ekonomi Indonesia dan Australia.

Lebih lanjut, Lembong mengungkapkan, Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan TKI (BNP2TKI) mencatat uang yang dikirimkan Tenaga Kerja Indonesia ke tanah air pada 2015 mencapai US$10 miliar.

"Jika kiriman tersebut dapat digolongkan sebagai sektor jasa, maka bisa menjadi devisa non migas nomor 3, setelah kelapa sawit nomor 1 yang menyumbang US$20 miliar per tahun dan tekstil di urutan ke dua," terangnya.

Lembong menegaskan bahwa di era modern ini sektor perdagangan bukan hanya kegiatan ekspor impor buah-buahan atau daging sapi, melainkan pula tenaga kerja.

"Pada pola pikir yang modern, perdagangan itu juga mencakup jual beli jasa atau ekspor impor jasa. Oleh sebab itu, kita harus memperluas wawasan," tegasnya.


MAAF, saya Ibnu Hasyim masih berada di luar negara. Insya Allah pengisian blog ini akan diteruskan.
 (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails