RIO DE JANEIRO – Sukan Olimpik 2016 menjadi kesempatan bagi masyarakat Brazil, khususnya daripada semua sektor bergerak menyambut pelancong yang datang, termasuk bisnes pelacuran.
Bukan hanya peniaga barangan kecil atau pemilik hotel bajet, temasya Olimpik musim panas kali ini juga dimanfaatkan ribuan wanita pekerja seks tempatan untuk meningkatkan pendapatan masing-masing.
Media tempatan melaporkan, seorang pekerja seks di Rio de Janeiro dikenali sebagai Juliana berkata, kadar caj servis mencecah 415 real Brazil (kira-kira RM530) per jam. Kadar tersebut lebih tinggi berbanding hari-hari biasa.
Wanita berusia 23 tahun itu turut cuba memanfaatkan kehadiran ratusan ribu pelancong luar negara semasa Sukan Olimpik. Dianggarkan 400,000 pelancong hadir sepanjang temasya terbesar empat tahun sekali itu.
“Saya gembira dengan kehidupan seperti ini. Saya malah mempunyai kereta dan pangsapuri. Kalau tidak begini, saya mungkin cuma mempunyai handphone,” kata Juliana dengan penuh bangga.
Di Brazil kegiatan pelacuran adalah dihalalkan. Ini membuatkan Juliana sama sekali tidak takut dengan tindakan penguatkuasaan dan dengan tenang mencari wang lebih untuk meneruskan gaya hidupnya yang mewah.
“Kenapa saya harus takut kepada polis? Mereka juga pelanggan saya. Pelacuran diterima oleh siapa pun di sini. Ini jalan mudah mendapatkan wang pada masa sekarang,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seolah-olah Olimpik atau sukan, dan pelacuran tidak dapat dipisahkan. Hidup Olimpik hidup pelacur, hidup pelacur hidup olimpik. Itulah yang Islam dan kemanusiaan tidak mahu. Sukan ada ciri-cirinya yang normal. (IH)
CHONG WEI mengetuai kontinjen negara pada majlis perasmian Sukan Olimpik di Stadium Maracana semalam.
SEORANG 'Anonymous' memberi komen dalam blog ini..
Anonymoussaid...
Puteri UMNU gila berjoget hiburan hedonistik berlandaskan nafsu serakah di hadapan pemimpin-pemimpin UMNU. Dahulu mereka gila berjoget tarian zumba dan poco-poco yang telah diharamkan oleh mufti-mufti. Sekarang mereka berjoget gelek power di hadapan pemimpin-pemimpin jantan UMNU yang boleh merangsang nafsu serakah jantan ke arah zina. Soalan: Bagaimana wanita yang lengkap menutup aurat menari dikhalayak ramai? Jawapan: Berdasarkan mazhab Syafie jelas ianya haram kerana ia terdapat gerakan lemah gemalai dan menggerakkan anggota yang menimbulkan fitnah seperti punggung. Jabir ibn Abdillah r.a.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Ka'ab ibn 'Ajrah, "Semoga Allah melindunginya dari kepemimpinan orang bodoh, wahai Kaab. "Ka'ab lantas bertanya," Apakah yang dimaksudkan kepemimpinan orang-orang bodoh, wahai Rasulullah? "Nabi menjawab," Sepeninggalanku nanti, akan muncul para pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku dan tidak pula mengambil sunnah-sunnahku. Barangsiapa membenarkan kedustaan mereka serta menyokong kezaliman mereka, maka mereka itu bukan termasuk golonganku dan aku pun bukan bagian dari mereka. Mereka tidak akan dapat mendekati telagaku. Barangsiapa tidak membenarkan kedustaan mereka dan tidak emndukung kezaliman mereka, maka mereka termasuk golonganku dan aku pun merupakan sebahagian dari mereka, dan mereka akan mendapat bahagian dari telagaku. Wahai Ka'ab ibn 'Ajrah, puasa adalah perisai, sedekah dapat menghapuskan kesalahan, dan solat merupakan kedekatan atau manual. Wahai Ka'ab ibn 'Ajrah, daging yang tumbuh dari barang haram tidak akan masuk syurga, dan neraka lebih utama untuknya. Wahai Ka'ab ibn 'Ajrah, manusia ada dua, ada yang menyerahkan jiwanya (kepada Allah) dan ada yang membiarkannya atau membinasakannya. "(HR. Ahmad dan Bazzar) Puteri UMNU dan pemimpin UMNU tidak layak menjadi pemimpin umat Islam.
August 7, 2016 at 10:13 AM
Demikian komennya.
Benarkah ada 'Gelek Punggung Arab Puteri, Di Mesyuarat Puteri Umno Kota Bharu?
Lihat berita ini!
Yang atas pentas bukan main tersenyum. Ni ke yang dikatakan membela agama bangsa dan negara? Gelek ni dihidangkan semasa perasmian mesyuarat puteri umno kota bharu. Motif apa puteri ni? Patut la ada laporan mengatakan sekadar memuaskan 'nafsu' pemimpin atasan. Maaf la kasar. (Diangkat dari Kerabu Bersuara) Cuba-cubalah renungkan, sila beri komen..
BEBERAPA remaja dirakam bermain permainan Pokemon Go di Taman Mellat, Teheran pada Rabu lalu meskipun telah diharamkan oleh pihak berkuasa. - AFP
TEHERAN – Golongan belia di sini didapati tidak menghiraukan pengharaman permainan Pokemon Go oleh pihak berkuasa apabila meneruskan aktiviti menangkap raksasa maya di negara ini.
Selain permainan yang menjadi kegilaan orang ramai itu, Iran sebelum ini turut menyekat beberapa agensi berita dunia termasuk media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Negara berkenaan mengambil tindakan mengharamkan Pokemon Go hanya beberapa hari selepas dilancarkan pada Julai lalu kerana bimbang terhadap keselamatan negara.
“Permainan ini bercampur alam maya dan dunia sebenar sekali gus boleh menimbulkan pelbagai masalah ke atas negara dan rakyat dari segi keselamatan,” kata Timbalan Peguam Negara, Abdulsamad Khoram Abadi.
Beliau turut mengesahkan Pokemon Go telah diharamkan oleh Majlis Tinggi Siber dengan keputusan sebulat suara.
Bagaimanapun, larangan itu dilihat tidak mampu menghentikan rakyat di negara berkenaan daripada terus memburu makhluk Pokemon Go.
Golongan belia di negara itu dikatakan memintas penapisan internet pada setiap hari dengan menggunakan Perkhidmatan Rangkaian Peribadi Maya (VPN) yang mampu meyembunyikan lokasi telefon pintar dan komputer.
Kebanyakan kedai telefon di Iran dipercayai menjual kad VPN yang turut tertera logo pengharaman beberapa media sosial seperti Facebook dan laman perkongsian video, YouTube. – AFP Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tapi adakahh macam Malaysia juga? Rakyar Malaysia tidak hiraukan amaran Muftinya? Lihat berita ini..
Seorang pemain Pokemon Go mencari watak raksasa Pokemon berhampiran tangga bergerak sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur semalam. - Suriya Bonma KUALA LUMPUR – Permainan siber Pokemon Go yang mencetuskan kontroversi ekoran fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengharamkannya kelmarin mula dimuat turun oleh beribu-ribu peminat di Malaysia bermula semalam.
Syarikat yang membangunkan aplikasi itu, Niantic Labs dari Amerika Syarikat menerusi satu kenyataan dalam laman webnya semalam mengumumkan pelancaran serentak permainan itu di 15 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Kemboja, Filipina dan Thailand.
Tinjauan Kosmo! di beberapa pusat beli-belah di Kuala Lumpur mendapati, rata-rata pemain Pokemon Go sedang asyik menjejaki watak tersebut.
IPOH – Jurugambar New Strait Times Press (NSTP) Supian Ahmad, cedera di muka dan tangan selepas diserang penyokong bola sepak Johor Darul Takzim (Johor DT) selepas tamat perlawanan bola sepak saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.
Selain mengalami kecederaan, kamera jenis Canon 1DX yang digunakan oleh mangsa sewaktu bertugas dianggarkan bernilai lebih RM30,000 turut hilang dicuri penyokong pasukan terbabit.
Kejadian berlaku apabila penyokong Johor DT diarahkan oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis untuk masuk ke tengah padang selepas tercetus pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan sebelum itu.
Menurut Supian, 36, segelintir penyokong Johor DT bertindak menyerbu ke arah jurukamera yang berada di belakang pintu gol.
“Pada mulanya, salah seorang daripada mereka menarik saya sehingga jatuh dan memukul bahagian muka sebelum memijak belakang leher.
“Saya tidak sempat untuk mengelak serangannya.
“Ketika itu, saya menyedari kamera dan lensa sudah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.
Insiden tersebut menyebabkan kedua-dua mata dan leher Supian bengkak.
Jelasnya, dia mengesyaki penyokong yang menyerangnya itu berada dalam pengaruh alkohol berikutan bau daripada mulut salah seorang daripada mereka yang menyerangnya. – BH
Pemain JDT Pereyra Diaz (dua,kanan) berjaya menjaringkan gol untuk JDT dalam perlawanan Liga Super di antara Perak dengan JDT di Stadium Perak malam Sabtu. Foto Bernama
SUKAN
TERKINI IPOH - Sekurang-kurangnya lima cedera termasuk dua pegawai polis akibat kekecohan yang berlaku melibatkan penyokong pasukan bola sepak selepas tamat perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Perak sebentar tadi.
Kekecohan dipercayai berpunca daripada provokasi antara kedua-dua pasukan selepas Johor DT berjaya membenam Perak 1-0.
Susulan daripada itu, lebih kurang 1,000 orang penyokong JDT dibawa berkumpul ke tengah padang bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang.
Dalam pada itu, seorang jurukamera News Straits Time Press (NSTP), Supian Ahmad kehilangan kamera selepas dipukul oleh penyokong selain turut mengalami kecederaan. (IH)
PERMAINAN Pokemon Go sudah boleh dimainkan di Malaysia dan ia merupakan khabar gembira buat peminat-peminat permainan peranti pintar itu dan ‘bakal-bakal pelatih Pokemon’.
Meskipun tiada pengumuman rasmi di Malaysia, permainan itu dilihat sudah boleh dimuat turun oleh pengguna pengguna iOS masing-masing menerusi Google Play Store dan Apple App Store sejak pagi tadi.
Perkara tersebut turut diumumkan pagi tadi oleh pentadbir akaun TwitterPokemonGoApp yang berkata bahawa pemain-pemain Pokemon Go sudah berada di 15 buah negara di Asia.
Negara-negara tersebut adalah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Solomon Islands, Federated States of Micronesia dan Palau.
Pengguna Facebook menerusi halaman ‘Pokemon Go Malaysia’ telah berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik paparan skrin mereka bermain permainan tersebut sejak seawal jam 8.00 pagi.
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengumumkan bahawa Jatawankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Perseketuan tidak membenarkan umat Islam bermain permainan video itu atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata bahawa kerajaan persekutuan tidak membantah dan tidak akan menyekat pelepasan permainan di sini.
“Walaupun beberapa negara boleh menyekat , tetapi kita di Malaysia … kita belum mencapai tahap itu,” katanya kepada Bernama pada 25 Julai lalu.
Rupanya Pokemon Go lebih hebat dan berkuasa dari Mufti, mengapa? Itulah nasib Agama dalam negara sekular, seperti Malaysia. (IH)