Saturday, August 13, 2016

Jom Selamatkan Gajah Tenggelam Di Kolam. Sungguh Dramatik..

Sempat mengamuk, gajah berbobot empat ton itu akhirnya berhasil diselamatkan dengan menariknya menggunakan tali.
Orang ramai berusaha menyelamatkan seekor gajah betina yang tenggelam di sebuah kolam 'di daerah Jamalpur, sekitar 150 km utara Dhaka, Bangladesh, Khamis (11/8). Gajah tersebut diyakini terpisah dari kawanannya dan berjalan sejauh 1,000 km dari kawasan Assam, India.

Sempat mengamuk, gajah berbobot empat ton itu akhirnya berhasil diselamatkan dengan menariknya menggunakan tali.
Gajah tersebut sempat mengamuk ketika ditembak dengan panah ubat bius. Tak lama setelah itu, warga mendekat dan memasang tali di tubuh gajah. Gajah pun kemudian di tarik ke darat.

Sempat mengamuk, gajah berbobot empat ton itu akhirnya berhasil diselamatkan dengan menariknya menggunakan tali.
Gajah tergolek lemas setelah berjaya diselamatkan dari kolam itu. Menyelamatkan gajah tenggelam yang berlangsung dramatis ini menjadi tontonan ratusan orang ramai.. (IH)

Gagasan Sejahtera Nama Blok Baharu PAS-Ikatan

pas-ikatan-2

SEKIRANYA dahulu mereka hanya dipanggil sebagai Blok Ketiga; hanya semata-mata untuk membezakan kumpulan siasah kecil ini daripada Barisan Naisonal (BN) dan Pakatan Harapan yang sebelum itu digelar Pakatan Rakyat.

Namun kini gabungan PAS dan sekutunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan bekas tokoh veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir secara rasmi diberi nama baharu yang lebih bertenaga iaitu ‘Gagasan Sejahtera’ atau nama ringkasnya Gagasan.
Perkara tersebut yang tidak dijangka pelbagai pihak khasnya penganalisis politik diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar khas di ibu pejabat parti berkenaan di Kuala Lumpur pada Sabtu yang diturut dihadiri Abdul Kadir sendiri.
Kata beliau, Gagasan merupakan wadah ‘jalan tengah’ terutama bagi golongan pengundi atas pagar yang tidak dapat menerima konsep gabungan komponen 14 buah parti dalam BN atau tiga parti pembangkang ‘cacamarba’ yang membentuk Pakatan Harapan.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang malah menambah, gabungan ketiga tersebut optimis sedia bekerjasama rapat dengan mana-mana pihak berkepentingan di negara ini yang secara kebetulan sealiran dalam agenda perjuangan dan dasar siasah mereka.
pas-ikatan
Gagasan ujar beliau mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera serta menjadikan perjuangan membela rakyat sebagai keutamaan sekali gus bakal menjadi platform baharu kepada pengundi tempatan untuk mewarnai dunia siasah tanah air secara lebih berkesan.
Dalam pada itu, apabila ditanya pemberita tentang kemungkinan Gagasan sedia bekerjasama dengan parti baharu serpihan UMNO yang diberi nama sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Abdul Hadi berkata buat masa ini masih terlalu awal membincangkan hal tersebut.
“Parti itu belum didaftar secara rasmi pun lagi. Kita tunggu dan lihat dahulu,” kata beliau yang secara tidak langsung bertentangan pendapat dengan Abdul Kadir kerana pada 5 Ogos lalu menyatakan Ikatan menolak kerjasama dengan parti ciptaan Tun Mahathir Mohamad itu.
PAS dan Ikatan mula menjalinkan kerjasama politik pada 16 Mac lalu selepas parti berslogan Bersatu Maju Adil Bahagia yang diasaskan sejak 2012 itu gagal bergabung dengan Pakatan Rakyat atas sebab tidak jelas diketahui. – Agensi


 KENYATAAN AKHBAR PAS
 PENGISYTIHARAN NAMA, PENDEKATAN DAN TERAS PERJUANGAN

Jawatankuasa Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) telah bersidang pada 2 Ogos 2016, di PejabatAgung PAS telah dengan sebulat suara bersetuju bagi perkara-perkara berikut:
  • NAMA:
  • Nama bagi Blok Persefahaman Politik ini adalah GAGASAN SEJAHTERA.
  • Persefahaman Politik (political understanding) ini menjadi satu gagasan baru kepada lanskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.
  • Justeru rakyat tidak perlu lagi terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu Blok UMNO/BN; dan satu lagi jalur politik yang menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat.
  • Rakyat perlu menolak kedua-dua budaya politik yang merosakkan negara tersebut. Gagasan Sejahtera mengajak rakyat membuat pilihan dengan sebuah Gagasan Politik yang Sejahtera bersama-sama GAGASAN SEJAHTERA
  • PENDEKATAN GAGASAN SEJAHTERA
  • Pendekatan yang diambil oleh GAGASAN SEJAHTERA adalah pendekatan BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA (BPMS)
  • Pendekatan ini membawa budaya berpolitik yang menjadikan :
  • Agenda perjuangan serta kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok kepartian tertentu
  • Menyokong kebaikan semua pihak secara matang, serta menolak keburukan mana-mana pihak juga secara matang
  • Politik berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata
  • Politik Damai dan Diplomasi yang mana pertentangan idelogi perjuangan tidak boleh membawa kepada pertentangan fizikal, pergaduhan dan seumpamanya 
  • Politik berasaskan penyelesaian bukan politik berasaskan permasalahan di mana objektif GAGASAN SEJAHTERA adalah membawa penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi rakyat, bukan menyembunyikan masalah seperti dilakukan UMNO/BN; dan bukan sekadar menimbulkan isu dan mempermainkan sentimen rakyat seperti dilakukan PH.
  • Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera ini memberi pilihan kepada rakyat yang telah bosan dengan budaya politik melampau sedia ada yang membawa kepada permusuhan dan ketidak stabilan sosial dan ekonomi.
  • TERAS PERJUANGAN GAGASAN SEJAHTERA
GAGASAN SEJAHTERA menjadikan perkara berikut sebagai Teras Perjuangan bersama:
  • Mempertahankan Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsipnya;
  • Mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Negara dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi, Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan Negara
  • Mempertahankan Prinsip Raja Berperlembagaan
  • Mempertahankan dan meningkatkan kedaulatan serta keselamatan negara dan rakyat 
  • Memperkasakan keberkesanan Sistem Pendidikan Negara yang menekankan pembangunan nilai bagi melahirkan insan yang bermotivasi, kompetitif, berilmu dan berkemahiran tinggi
  • Mempertahan dan memperkasakan prinsip Federalisma yang adil dalam kesemua aspeknya
  • Meningkatkan toleransi dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama sambil memperkasakan jatidiri setiap kaum menjadikan kepelbagaian sebagai aset serta kekuatan rakyat
  • Mengangkat integriti, ketelusan, kecekapan dan mesra-rakyat dalam sistem pentadbiran negara, sekaligus menghapuskan unsur negatif seperti salahguna kuasa, kronism, nepotism dan rasuah
  • Memartabatkan negara sebagai sebuah kuasa ekonomi yang kompetetif dan disegani di peringkat tempatan dan dunia melalui prinsip keadilan sosial dan ekonomi berasas
  • kan kepada pembangunan nilai insan, keupayaan sains, teknologi dan inovasi, serta pengupayaan sumber tempatan.
GAGASAN SEJAHTERA dengan ini mengajak seluruh rakyat bersama-sama membawa Budaya Politik Baru yang matang; seterusnya membentuk masyarakat dan negara yang lebih sejahtera serta menolak budaya politik yang menekankan budaya korup dan tidak berintegriti, mahupun budaya politik berasaskan mainan sentimen, persepsi palsu dan permusuhan.
Marilah bersama-sama GAGASAN SEJAHTERA.
 
DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI HAJI AWANG
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ABDUL KADIR HAJI SHEIKH FADZIR
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)

Bertarikh pada: 13 Ogos 2016

Bertempat di Kuala Lumpur.

11 Letupan Di 5 Daerah Thai Tempuh Kurang 24 Jam. 4 Maut 36 Cedera.


BANGKOK, Sabtu – Lima daerah di Thailand digegarkan oleh 11 letupan bom dalam tempoh kurang 24 jam. Empat maut manakala 36 lain cedera termasuk 10 pelancong asing.


Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dan hubung kait antara semua kejadian letupan itu masih belum jelas. Polis Thailand berkata tiada bukti mengaitkan serangan itu dengan keganasan antarabangsa.
 Dua mangsa yang cedera akibat letupan bom di Hua Hin diberi rawatan kecemasan. - Foto REUTERS
“Insiden ini berbeza dengan serangan pengganas. Ia lebih bersifat sabotaj terhadap beberapa lokasi dan daerah,” kata polis dalam satu sidang media semalam.
Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha dalam kenyataannya menghulurkan simpati kepada pihak keluarga mangsa.
“Pihak kerajaan akan menyiasat perkara ini dan akan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.
Siri letupan itu berlaku di Trang pada 3 petang Khamis. Dua letupan pula berlaku di sebuah resort dekat Hua Hin pada jam 10.15 malam dan di sebuah bar pada jam 11 malam. Lapan bom lagi meletup pada pagi Jumaat juga di kawasan Hua Hin iaitu di Surat Thani, Trang, Phang-nga dan sebuah resort di Phuket. – Agensi

Pokemon Jadi Hantu, Merogol Wanita Rusia Ini?



SEORANG wanita telah membuat laporan polis bahawa dia dirogol oleh Pokemon di rumahnya di Moscow, Rusia. Wanita berkenaan mendakwa sebelum tidur dia telah bermain Pokemon Go dan apabila terjaga dia mendapati terdapat Pokemon besar sedang menghempap badannya.
Pokemon itu, katanya hilang sebaik sahaja dia bangun dari katil namun dalam aplikasi Pokemon Go di telefon bimbitnya, dia masih dapat mengesan kehadiran karakter berkenaan secara maya di katilnya.
Wanita Dakwa Dirogol Pokemon
Dia kemudian mengejutkan suaminya namun lelaki itu memberitahu polis, dia tidak percaya cerita isterinya dan meminta wanita itu berjumpa psikiatrik.
Polis juga dalam masa yang sama tidak mempercayai laporan wanita terbabit dan memberitahunya bahawa mereka tidak dapat menolongnya.
Dalam pada itu, rakan wanita terbabit, Ivan Makarov berkata wanita itu memaklumkan terdapat banyak Pokemon di rumahnya dan anjing juga boleh mengesannya malah anjingnya akan menyalak tatkala dia bermain permainan terbabit.
Menurut Makarov, rakannya itu menerima nasihat suaminya dan telah membuat temujanji dengan psikiatrik.
Begitu, Pokemon menjadi 'hantu' dalam ingatan pemain-pemainnya. Kepelbagaian rasa dan lamunan bersarang di dalam pemikiran yang lemah, terus menghantui penggila-penggilanya. (IH)


Friday, August 12, 2016

Datuk Bandar Manila Nafi Usir Orang Islam

 BEBERAPA wanita berbual di sebuah kawasan perumahan di Bandar Urdaneta baru-baru ini. - Agensi
MANILA – Datuk Bandar Urdaneta, Amadeo Gregorio Perez menafikan beliau mengeluarkan arahan supaya orang Islam keluar dari bandar itu, lapor portal berita Philstar Global baru-baru ini.
Menurut laporan stesen radio tempatan, dzBB, Perez berkata, laporan mengenainya oleh akhbar Manila Times pada 8 Ogos lalu adalah tidak benar.
“Tiada kebenaran da­lam laporan ini,” katanya.
Laporan sama turut menyebut bahawa Perez juga meminta pihak berkuasa tempatan membuat peraturan melarang orang Islam daripada berpindah ke bandar itu di wilayah Pangasinan.
Pada 8 Ogos lalu, beliau dikatakan telah mengarahkan semua orang Islam supaya keluar dari Urda­neta.
Arahan itu dibuat selepas ucapan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang menamakan 150 pegawai sebagai terlibat dengan pengedaran dadah.
Menurut stesen tele­visyen CNN, seramai 18 datuk bandar dan 31 anggota polis menyerah diri tidak lama selepas Duterte berucap dalam tindakan yang dilihat mengesahkan dakwaan Duterte.
Perez pula mengumumkan rancangan baharu untuk membantu perang menentang dadah di Urdaneta dengan memberikan masa tiga minggu kepada penduduk Islam supaya mengosongkan bandar itu, lapor akhbar Manila Times.
Menurut laporan polis oleh Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina, sekitar 84 peratus penduduk beragama Islam berusia lebih 12 tahun di Urdaneta didakwa terlibat dalam pengedaran dadah.
Laporan itu turut mendakwa bahawa jenayah lain seperti membunuh, mencuri, dan rogol berlaku disebabkan oleh pengaruh dadah yang dijual oleh pengedar beragama Islam di bandar itu.
Bertindak atas laporan itu, Perez telah mengarahkan ketua kampung dan pegawai polis untuk me­nguatkuasakan perintah itu dengan memaklumkan kepada semua tuan tanah supaya memberi notis pengusiran kepada penduduk beragama Islam.
Lebih 5,000 penduduk beragama Islam mene­tap di Bandar Urdaneta. – Agensi

Neelofa Guna Visa Haji S/Swasta, Swasta Itu Dapat Visa Dari Mana?

Neelofa
KOTA BHARU – Tabung Haji (TH) tidak pernah memberi keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melangkau giliran bagi menunaikan haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi memastikan proses giliran secara telus, TH turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya tiada istilah kuota menteri atau timbalan menteri atau sesiapa sahaja bagi mendapatkan giliran dengan  melangkaui giliran untuk menunaikan haji.

“Tidak ada istilah kuota menteri atau timbalan menteri kerana Tabung Haji sentiasa memastikan proses ini dijalankan secara telus dan dipantau secara terus oleh SPRM sendiri.

“Jadi tidak timbul isu (seperti yang) dimainkan di media sosial seolah-olah ada pilih kasih atau keistimewaan tertentu diberikan pihak tertentu. Itu tidak betul,” ujar beliau.

Beliau juga turut menyangkal dakwaan TH memberikan keistimewaan atau laluan kepada pelakon, Neelofa untuk menunaikan haji selepas sebulan mendaftar.

Sebaliknya kelulusan visa tersebut diberikan oleh syarikat swasta dan bukannya melalui TH.

Seramai 1,600 jemaah haji dari Kelantan akan menunaikan Rukun Islam kelima itu pada musim haji kali ini.

Dr Asyraf Wajdi seterusnya berkata, 76,000 rayuan dibuat oleh pendaftar TH untuk menunaikan haji tahun ini namun kekosongan yang ada hanyalah 3,695.

Katanya, kekosongan itu kerana terdapat pendaftar yang menolak untuk menunaikan haji pada tahun ini atas pelbagai faktor.

Tambah beliau, tidak pernah seseorang itu dikeluarkan daripada giliran, setelah diberikan giliran bagi tahun tertentu.

Kita nak tanya, syarikat swasta itu dapat visa haji dari mana, apakah tiada kena mengena dengan TH dan peruntukan kepada rakyat Malaysia mengikut giliran?

Apakah TH beri melalui syarikat swasta? 2x5 saja!

Jom Lihat Kaabah 130 Tahun Lalu.

Makkah 130 T - Pelabuhan Wajhu

KAABAH dibangunkan sejak zaman Nabi Ibrahim Alaihi Salam bersama anaknya Nabi Ismail Alaihi Salam, Yayasan King Abdulaziz baru saja menerbitkan foto-foto dokumentasi Masjidil Haram, Ka’bah dan kota Madinah Al Munawwarah yang diambil hampir 130 tahun lalu. (Alarabiya/Ram)

Bagaimana bentuk Masjidil Haram pada 130 tahun yang lalu? 

Berikut dokumentasinya untuk anda:

Foto Ka’bah tahun 1885 Masehi atau 1303 Hijiryah diambil oleh Sayyid Abdul Ghaffar Baghdadi saat umat Islam menunaikan ibadah shalat berjamaah di siang hari. 

Tampak dalam gambar tersebut umat Islam yang lain juga sesak memenuhi  sekeliling ka’bah untuk melakukan ibadah tawaf. 
Makkah 130 T - Ka'bah

Foto kedua ada pasar Qatif yang diambil tahun 1371 H / 1952 M oleh Daniel van der Meulen.
Makkah 130 T - Pasar Qutaif

Foto ketiga ada jalan tempat Sai, tepatnya di jalan menuju bukit Marwa, di tahun 1366 H / 1947 M. 
Makkah 130 T - Jalan Ke Marwa

Di foto keempat ada gambar dokumentasi kota Madinah Al Munawwarah di tahun 1317 H / 1908 M.
Makkah 130 T - Kota Madinah

Lalu di foto kelima ada Istana Barzan yang diambil pada bulan Mac tahun 1914 M / 1332 H.

Makkah 130 T - Istana Barzan

(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails