Monday, August 22, 2016

Rasuah: Reman Pengarah JKR Melaka Disambung.



MELAKA - Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Datuk Khalid Omar disambung reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan pe­ngubahan wang haram.
Perintah reman sehingga Khamis ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi.
Terdahulu, Khalid, 56, yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan selama seminggu yang berakhir hari ini tiba di Kompleks Mahkamah Melaka pada pukul 9.10 pagi dan meninggalkan mahkamah kira-kira sejam kemudian.
Permohonan reman ke atas pegawai kanan itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pada 16 Ogos lalu, akhbar melaporkan SPRM membekukan akaun simpanan berjumlah lebih RM13 juta milik tiga penjawat awam termasuk dua daripadanya yang berpangkat Datuk dan Datuk Seri.
Mereka yang berusia lingkungan 50-an ditahan dalam operasi serentak di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan. - K! ONLINE

Sweden, Sebuah Negara Rogol, Miliki Kes Rogol Tertinggi Di Dunia.


AFP - SEORANG lelaki berjalan bersebelahan sebuah papan iklan di Lapangan Terbang Ataturk yang memaparkan mesej mengecam Sweden di Istanbul kelmarin.

ISTANBUL – Sebuah papan iklan di Lapangan Terbang Istanbul mendakwa Sweden memiliki purata kes rogol tertinggi di dunia, menurut media rasmi Turki kelmarin, beberapa hari selepas Stockholm menuduh Ankara menghalalkan hubungan seks dengan kanak-kanak.
Iklan bergambar dalam bahasa Inggeris dan Turki itu dipamerkan di Balai Berlepas Antarabangsa di Lapangan Terbang Ataturk dengan iklan teks tulisan:
“Amaran Melancong! Tahukah anda Sweden mempunyai kadar kes rogol tertinggi di dunia?,” lapor agensi berita Anadolu.
Berserta iklan itu adalah salinan muka hadapan akhbar rasmi prokerajaan, Gunes dengan tajuk berita: “Sweden, sebuah negara rogol.”
 Klinik Khas Mangsa Rogol Lelaki Di Sweden
 Kat bawah neh luahan rakan seuniversiti ibu bapa yang ditangkap baru2 di Sweden atas kes pukul anak ditangan. Sekarang neh mereka2 yang tinggal di Sweden ..
 Jenayah rogol dan penderaan seksual semakin serius di negara ini.
 SHOCK Rhodes: Rogol wanita muda di lima bintang tandas
 Sweden adalah negara kedua dengan bilangan kes rogol paling tertinggi di dunia.
Seorang pegawai kerajaan Turki yang enggan namanya disiarkan berkata: “Ia adalah iklan untuk surat khabar Gunes dan bukannya notis rasmi kerajaan.”
Anadolu pula melaporkan, papan iklan di lapangan terbang itu dikendalikan sebuah syarikat swasta.
Iklan itu dilihat sebagai tindakan balas dendam selepas Menteri Luar Sweden, Margot Wallstrom mencetuskan kontroversi melalui mesej dalam akaun Twitternya yang menyatakan:
“Tindakan Turki membenarkan seks dengan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah perlu dihentikan” ekoran keputusan kontroversi mahkamah perlembagaan Turki.
Rakan sejawatnya dari Turki, Mevlut Cavusoglu membidas kenyataan itu dengan menyatakan ia suatu yang tidak boleh diterima dan menyatakan Wallstrom seharusnya lebih bertanggungjawab. – AFP

Sunday, August 21, 2016

AS$6 Trilion: Akaun Tentera AS Tiris Atau Sengaja Tingkat Bajet Pertahanan?



WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) dituduh memanipulasi akaunnya dengan menjadikannya mustahil untuk mengesan wang berjumlah beberapa trilion dolar yang digunakan untuk melancarkan perang di seluruh dunia.
Ketua Inspektor Jabatan Pertahanan (IG) dalam laporan pada Jun lepas menyatakan, Tentera AS melakukan pemalsuan akaun mencecah AS$2.8 trilion (RM11.2 trilion) pada suku kewangan pertama pada 2015 dan AS$6.5 trilion (RM21.6 trilion) bagi tahun berkenaan.
Di sebalik perubahan perakaunan yang tidak dibenarkan itu, kata IG, Tentera AS tiada resit dan invois yang mencukupi bagi menyokong angka tersebut atau sengaja mereka-reka perbelanjaannya.
Justeru, penyata kewangan muktamad Tentera AS bagi 2015 adalah tidak tepat, demikian menurut laporan pejabat IG yang bertanggungjawab mengaudit Jabatan Pertahanan AS.
Pendedahan tentang manipulasi itu adalah contoh terbaru masalah perakaunan serius yang membelenggu Jabatan Pertahanan selama beberapa dekad.
Laporan itu mengesahkan kembali pendedahan oleh agensi berita Reuters pada 2013 tentang bagaimana Jabatan Pertahanan melakukan pemalsuan akaun besar-besaran ketika ia berusaha menutup akaun kewangannya.
Perbuatan itu menyebabkan mustahil untuk mengetahui bagaimana jabatan berkenaan membelanjakan wang rakyat.
Jabatan Negara menerima peruntukan terbesar dalam bajet AS.
Laporan berita itu tertumpu kepada Dana Besar Tentera, akaun utama tentera AS yang memiliki aset berjumlah AS$282.6 bilion (RM1.1 trilion) pada 2015.
Tentera AS hilang atau tidak menyimpan data yang diperlukan, manakala kebanyakan data miliknya adalah tidak tepat, kata IG.
“Ke mana semua wang ini hilang? Tiada siapa tahu,” kata seorang penganalisis tentera bersara, Franklin Spinney yang juga pengkritik perancangan Jabatan Pertahanan.
Masalah perakaunan ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan tentang kelemahan simpan kira Tentera AS, kata Spinney.
Menurutnya, dua calon Presiden iaitu Donald Trump dan Hillary Clinton menggesa supaya bajet pertahanan ditingkatkan berikutan situasi global masa kini yang tegang. – Reuters

Pembangkang & Parti Muhyiddin, Apa Kata Ahli MT UMNO?




ALOR GAJAH: Ahli Majis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata akan berlaku banyak pergeseren dan ketidaksehaluan antara pakatan pembangkang dengan parti baharu yang didaftarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam bahawa tiada keperluan untuk melantik Muhyiddin sebagai ketua pembangkang baharu.

Abdul Rahman yang juga pengarah strategi dan komunikasi Barisan Nasional (BN) berkata perkara tersebut adalah dalam jangkaan dan membayangkan parti baharu itu dan pihak pembangkang tidak akan menemui kata sepakat.

"Saya lega sebenarnya apabila Muhyiddin hendak tubuhkan parti baharu kerana beliau perlu memperjelaskan kepada rakyat hala tuju dan dasar parti itu tentang hubungan kaum, kepentingan Bumiputera, dasar ekonomi, dasar luar negara dan sosialnya sama ada mirip kepada Umno atau pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Masjid Tanah di sini, Sabtu.

Turut hadir Ketua Puteri Umno merangkap anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Setiausaha Kerja Umno merangkap Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah Datuk Ab Rauf Yusoh.

Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata anggota Umno perlu yakin pada kekuatan parti keramat itu yang masih lagi merupakan sebuah parti yang dominan di negara ini dan mempunyai hala tuju jelas serta masa hadapan yang cerah. (mStar)

Jerman Fanatik, Cadang Larangan Purdah Di Beberapa Tempat.

0,,19439682_303,00
BERLIN, Sabtu – Menteri Dalam Negeri Jerman mencadangkan larangan ke atas purdah susulan perbahasan awam mengenai integrasi masyarakat Muslim di negara itu.
Thomas de Maiziere berkata, burqa ataupun purdah tidak tergolong dalam budaya masyarakat Jerman.
“Kami menolak tudung muka, bukan sahaja burqa, tetapi juga bentuk lain yang menutup muka secara penuh, yang hanya menunjukkan mata. Ini adalah pendirian kami.
“Ia tidak sesuai dengan masyarakat kami yang terbuka. Menunjukkan muka seseorang adalah penting untuk kehidupan kita bersama-sama, untuk perpaduan kami. Oleh itu, kami menyeru supaya semua orang untuk menunjukkan muka mereka,” katanya dalam satu sidang media, semalam.
Menteri itu berkata, larangan itu akan dilaksanakan di beberapa tempat di mana perlunya identifikasi termasuk pejabat-pejabat kerajaan, sekolah dan universiti, mahkamah dan ketika memandu kenderaan.
Thomas menyifatkan cadangan larangan itu sebagai “langkah berjaga-jaga”.
Dalam masa yang sama, beliau memberitahu pemberita bahawa larangan yang dicadangkan bukanlah kerana isu keselamatan tetapi isu integrasi.
Cadangan larangan itu muncul selepas Canselor Jerman, Angela Merkel cuba untuk menangani kebimbangan awam terhadap kemasukan hampir 1.1 juta pendatang dan pelarian yang sebahagian besarnya datang dari negara Islam.
Umat Islam di Jerman kini seramai lebih 4 juta orang. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebuah lagi contoh negara fanatik di Eropah.

Lapor L/Langsung Olimpik, Tapi Tarakam Hubungan Seks Di Pantai..

Terakam Pasangan Lakukan Seks Ketika Lintas Langsung

SUKAN

OLIMPIK Rio sememangnya mempunyai banyak cerita menarik. Selain laporan harian mengenai acara sukan, terdapat juga beberapa cerita sampingan yang tidak kurang menarik, memalukan dan mengejutkan.

Salah satu daripadanya ialah ketika penyampai BBC, Dan Walker sedang mengulas mengenai sukan berkenaan secara langsung. Menariknya bukan Walker yang menjadi tumpuan sebaliknya sepasang kekasih di belakangnya.
Pasangan berkenaan sedang melakukan seks di pantai di Rio dengan salah seorang berada di atas badan pasangannya.
Walker cuba memberitahu penonton bahawa pasangan itu sedang membaca buku, namun tiada siapa yang percaya.
“Dan kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang berlaku di belakang sana….kami tidak akan zoom lebih dekat, tapi percayalah, bukan itu…..ia hanya pelukan.
“Mereka sedang membaca buku, malangnya mereka membaca buku dalam posisi yang pelik,’’ katanya yang cuba mengawal keadaan dan dalam keadaan tersipu-sipu. (IH)


Berita Terkini Dari Atlet M'sia, Berpakaian Tapi Bogel. Tiada Pingat Dari Pandelela.



SUKAN

BEGINI bunyi beritanya..  

Tiada Pingat Daripada Pandelela, Dhabitah Dalam Acara 10m Platfor

RIO DE JANEIRO: Kecederaan berterusan yang dialaminya menghalang Pandelela Rinong ke podium sekali lagi dalam acara 10 meter platfrom individu dan hanya mampu menduduki tempat ke-11 dalam pusingan akhir di Sukan Olimpik Rio di sini pada Khamis.

Peserta Olimpik Malaysia paling muda di Rio, Nur Dhabitah Sabri, 17, lebih menyerlah mengatasi pemenang pingat perak berusia 23 tahun itu, apabila menduduki tempat kesembilan mengatasi Pandelela yang berada di tempat kedua akhir.

Nur Dhabitah mencatat 338.00 mata sementara Pandelela, pemegang pingat gangsa dalam acara ini di Sukan Olimpik London 2012, mengutip 330.45 mata.





China mengutip pingat emas dan perak dalam acara ini masing-masing melalui Ren Qian (439.25) dan Si Yajie (419.40).
Peserta Kanada Meaghan Benfeito mengumpul 389.20 mata untuk memenangi pingat gangsa.

Pandelela bagaimanapun telah berjaya mengubah kilauan warna pingat yang dikutipnya kali ini di Rio apabila memungut pingat perak, yang pertama untuk atlet Malaysia di sini, dalam acara 10 meter platform seirama dengan Cheong Jun Hoong.

Dijangkakan untuk mengutip satu lagi pingat dalam acara terjun, Pandelela memulakan cabaran dengan menduduki tempat keenam sementara Nur Dhabitah pada kedudukan ke-11 dalam pusingan separuh akhir enam jam sebelum itu.

Dalam pusingan akhir, kecederaan yang berulang menjejaskan peluang anak Sarawak itu yang mendapat sokongan moral daripada ibu, bapa dan abangnya yang datang dari jauh untuk bersama-sama melihat dia beraksi.

"Semangat itu ada tapi kekuatan tiada," kata Pandelela yang mengakui ini bukan hari terbaiknya.

Kecederaan menghantuinya pada bahu, belakang dan pinggang sejak dua bulan sebelum Sukan Olimpik berlangsung.
"Saya telah mencuba yang terbaik walaupun tidak cukup sihat secara fizikal untuk pertandingan yang sengit sebegini. Ini bukan alasan," katanya.

Ditanya sama ada dia mahu berehat untuk kembali cemerlang, Pandelela berkata rehat yang lama akan menjejaskan prestasinya.

Sementara itu, Nur Dhabitah, gadis manis yang kaya dengan senyuman hinggakan menarik komen pengulas acara itu mengenainya, berkata dia berpuas hati kerana dapat bersaing hingga ke pusingan akhir dalam penyertaan sulungnya dalam Sukan Olimpik.

"Saya bersyukur dan bertuah dapat beraksi di gelanggang kejohanan peringkat dunia dan tidak menyangka dapat mengatasi Pandelela dalam pusingan akhir," katanya.

"Saya hanya mahu mengikut jejak langkah peserta senior dalam pasukan negara," kata Dhabitah yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

"Saya senyum untuk menghilangkan tekanan," katanya yang terus menguntum senyuman ketika ditemu bual.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramai yang mengkritik, bila ada kegiatan sukan, asyik-asyik gambar separuh bogel ini yang disiarkan oleh weblog ini. Seolah-olah editor blog ini ketagih gambar lucah. Ada yang sudah benci dan muak melihat, kononnya.
Itu baru gambar, mereka sudah muak. 
  • Bagaimana orang yang 'berpakaian tapi bogel' seketul keluar bukan lagi gambar, tiap tahun bila sebut pasal sukan? Mengapa tiada ramai yang kritik?
  • Bagaimana pula tv Malaysia hari-hari siarkan gambar 'pakaian tapi bogel', paksakan penonton-penonton Islam melihatnya. Pak Mufti dan keluarganya pun terpaksa melihatnya, walaupun kalau hanya mahu menonton berita?
  • Mengapa tidak marah kepada penerbit atau kerajaan pimpinan UMNO (yang kononnya Kerajaan Islam) yang berkongsi peranan dalam melaksanakan 'maksiat tersebut'?
  • Belum lagi kita bicarakan pemimpin dan keluarga pemimpin negara itu tidak menutup aurat, berpakaian tapi telanjang, menari goyang punggung, dan lain-lain.
Harap maklum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails