Sunday, September 04, 2016

Filem Terbaik Nasional FFM28, ‘Munafik’ Arahan Syamsul Yusuf

shamsul
HALAMAN HIBURAN

MUNAFIK;  sebuah filem arahan Syamsul Yusuf telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik Nasional di Festival Malaysia ke 28 (FFM28) yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.


Kemenangan itu menewaskan filem Mat Moto yang merupakan saingan terhebat dan membolehkan Munafik membawa pulang trofi FFM28. Munafik juga memenangi trofi Pengarah Filem Terbaik, Penyunting Terbaik dan Nabila Huda memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Pada Malam Perasmian yang diakan pada Khamis lalu, Munafik turut mendapat anugerah Penyata Bunyi Terbaik. Filem Tamil, Jagat juga meraih anugerah Filem Terbaik Malaysia menewaskan sembilan filem lain termasuk MunafikOla Bola dan The Kid From The Big Apple.

Shanjhey Kumar Perumal turut memenangi anugerah Pengarah Baharu Terbaik menerusi JagatMat Moto pula mendapat tiga anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Pekin Ibrahim, Cerita Asal Terbaik dan Felisha Crossley sebagai Pelakon Wanita Baharu Terbaik.

Berikut merupakan senarai pemenang malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-28:

ANUGERAH FILEM TERBAIK NASIONAL FFM28 – MUNAFIK
ANUGERAH FILEM TERBAIK MALAYSIA FFM28 – JAGAT
ANUGERAH LAKONLAYAR TERBAIK – NOTA
PENGARAH TERBAIK FFM28 -SYAMSUL YUSOF / MUNAFIK
PENGARAH BAHARU TERBAIK – SHANJHEY KUMAR PERUMAL / JAGAT
PELAKON WANITA TERBAIK – NABILA HUDA / MUNAFIK
PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK – FALISHA CROSLEY / MAT MOTO
PELAKON LELAKI TERBAIK -PEKIN IBRAHIM / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK – ADAM SHAHZ / JUVANA 2

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK – FAUZIAH DATO’ AHMAD DAUD / LANGIT CINTA
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK -HUSHAIRI HUSAIN / POLIS EVO
PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK-TAN QIN LIN / THE KID FROM THE BIG APPLE
CERITA ASAL TERBAIK- MAT MOTO
SINEMATOGRAFI TERBAIK – POLIS EVO
PENYUNTING TERBAIK – SYAMSUL YUSOF (MUNAFIK)
FILEM CEREKA ANIMASI TERBAIK – BOBOI BOY THE MOVIE
FILEM BOX OFFICE – POLIS EVO
ANUGERAH KHAS JURI – OLA BOLA, POLIS EVO & THE KID FROM THE BIG APPLE
KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN – TUAN HAJI DEDDY M BORHAN
Para pemenang menerima sebuah trofi yang terdapat kepingan emas 916.

Dadah, Jual Tubuh, Gaul Bebas.. Brunei Larang Filem ‘Pekak’

pekak_movie

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR — Tayangan filem Pekak tidak diluluskan di negara jiran Brunei atas alasan ia tidak mengandungi unsur pendidikan dan mempunyai pengaruh buruk.

Filem itu memberi pengaruh tidak baik kerana memaparkan babak menghisap dan menjual dadah, pergaulan bebas, keganasan dan wanita menghisap rokok, kata Brunei.

“Ia mengecewakan kerana ‘Pekak’ berpotensi dan diterima di negara lain tetapi tidak di negara jiran,” kata seorang pengurus besar Primeworks Distribution seperti dilapor Harian Metro.

Marini Ramlan berkata walaupun kecewa pihaknya tetap akur dengan keputusan Brunei. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei menyatakan alasan itu dalam suratnya, 23 Ogos.

“Kami terpanggil memberi kenyataan berikutan ada peminat dari negara itu bertanyakan mengapa filem ‘Pekak’ sepatutnya ditayangkan semalam [Khamis] tidak ada di pawagam,” jelas Marini lagi.

Tambahnya, pihaknya masih berusaha memastikan ‘Pekak’, mengisahkan nasib orang kelainan upaya (OKU) pekak, dapat ditayangkan di Brunei kerana ia boleh menjejaskan kutipan tiket.

Pada masa sama beliau berharap filem arahan Khairul Azri Mohd Noor, lebih dikenali Kroll Azry, dapat ditayangkan di Singapura. Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan Lightbulb Pictures dibintangi Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, dan Sharifah Sakinah.

Ia mengisahkan Uda (Zahiril), seorang pekak, yang terjerumus dalam dunia dadah dan masalah sosial bagi menampung kos pembedahan koklea agar dapat mendengar semula. Pada masa sama Uda jatuh cinta kepada Dara, remaja yang mendambakan kasih sayang ibu bapa, lakonan Sharifah Amani.

“Pekak” baru-baru ini menang dua anugerah Festival Filem Antarabangsa Motivasi di Rostov-on-Don, Russia. Kroll Azry memenangi anugerah skrip terbaik, manakala Zahiril memenangi pelakon lelaki terbaik. – MalayMail

Serang Pasar Malam 14 Terkorban, Abu Sayyafkah?

Hasil carian imej untuk Abu Sayyaf serang pasar malam KELIHATAN sebilangan mayat bergelimpangan akibat serangan bom di sebuah pasar malam di Davao, Filipina malam kelmarin. - REUTERS

DAVAO, Filipina – Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan militan Abu Sayyaf menjadi dalang dalam serangan bom ke atas sebuah pasar malam di sini yang mengorbankan sekurang-kurang­nya 14 orang.
Sejenis bahan letupan yang telah diubah suai dipercayai dilemparkan kepada pengunjung pasar malam berkenaan yang terletak di tengah-tengah bandar Davao serta berdekatan dengan beberapa hotel terkemuka.
Serangan itu berlaku kira-kira pukul 11 malam (waktu tempatan) kelmarin.
Pihak berkuasa berkata, militan Abu Sayyaf yang telah mengisytiharkan menyokong kumpulan Daesh dipercayai melancarkan serangan itu sebagai membalas dendam terhadap pasukan tentera yang me­lakukan serangan ke kubu mereka minggu lalu.
“Pejabat Presiden mengesahkan bahawa itu adalah satu tindak balas oleh Abu Sayyaf. Oleh itu, kita sedang menyiasat lanjut kaitan dengan tindakan kumpulan itu kepada tentera,” kata Datuk Bandar Davao, Sara Duterte.
Beliau merupakan anak perempuan kepada Presi­den Manila, Rodrigo Duterte.
Duterte yang turut berada di bandar Davao ketika serangan berlaku pula berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas beliau mengumumkan untuk mengerahkan anggota tentera tambahan ke kubu Abu Sayyaf.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh, manakala 67 yang lain cedera dalam letupan itu. Seramai 16 orang yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal, kata seorang pengarah hospital tempatan.
Davao merupakan bandar terbesar di selatan Filipina dan terletak kira-kira 1,500 kilometer dari ibu kota Manila dengan kira-kira dua juta penduduk.
Ia yang merupakan sebahagian daripada Pulau Mindanao dengan sejarah pemberontakan kumpulan pemisah yang menyebabkan lebih 120,000 nyawa terkorban.
Hasil carian imej untuk Abu Sayyaf serang pasar malam Buru Abu Sayyaf Siang dan Malam Filipina Kerahkan Pasukan Elite Tambahan
Kumpulan Abu Sayyaf yang merupakan kumpulan lebih kecil sebelum ini lebih cenderung menculik warga asing untuk mendapatkan wang tebusan, manakala Duterte baru-baru ini mengerahkan beribu-ribu anggota tentera ke beberapa pulau kecil dan pulau terpencil di Jolo untuk ‘memusnahkan’ kumpulan berkenaan. – AFP

GRO Bangladesh Pula Dicekup. M'sia Jadi Tong Sampah Pembuangan Pelacur Asing?

GRO Bangladesh Dicekup Polis Dalam Ops Noda

TIGA buah pusat hiburan yang ‘dikuasai’ warga Bangladesh di sekitar Kuala Lumpur, telah diserbu oleh pihak polis dalam Ops Noda, awal pagi tadi.

Dalam tiga serbuan berbeza yang dilakukan bermula jam 1 pagi hingga 3 pagi itu, pihak polis telah menahan 25 individu.
Serbuan terhadap pusat hiburan yang menawarkan khidmat wanita rakyat Bangladesh sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ini dilakukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, dalam serbuan pertama di Jalan Doraisamy, polis menahan 11 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan yang merupakan pekerja pusat hiburan berkenaan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki bekerja sebagai pelayan, tiga wanita pelayan pelanggan (GRO) dan tiga lelaki dipercayai pelanggan, selain seorang lelaki tempatan bekerja sebagai penjaga premis.
“Dalam serbuan di pusat hiburan kedua di Jalan Doraisamy, polis menahan 10 individu terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita warga Bangladesh terdiri daripada GRO, pekerja dan pelanggan serta seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis,” katanya.
Tambahnya lagi, dalam serbuan ketiga di Jalan Yap Ah Shak, pihaknya telah menahan wanita warga Nepal dan lelaki warga India yang juga penari pusat hiburan itu, selain seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis.
Susulan itu, kesemua mereka ditahan kerana melanggar kesalahan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B dan Peraturan 11 (7) akta yang sama. 
Apakah Malaysia sudah jadi tong sampah tempat pembuangan pelacur-pelacur asing?

'Bapa Ayam' Pelacur Gadis Kolej 19 Tahun Ini Ada Kaitan Dengan Polis?


Gambar hiasan.

MELAKA: Gadis kolej seawal usia 19 tahun telah menawarkan perkhidmatan seks di hotel-hotel bajet di sini pada harga antara RM165 hingga RM300.

Dua adik-beradik yang dikatakan menjadi 'bapa ayam' mereka turut didakwa mempunyai kaitan dengan seorang anggota polis. Bagaimanapun, aktiviti pelacuran itu berjaya dihentikan apabila pasukan polis di Melaka melakukan penyamaran untuk mengesan perniagaan haram ini.

Menurut sumber, beberapa detektif telah bertindak sebagai pelanggan dengan cara berbual dengan bapa ayam terbabit melalui aplikasi WeChat. Hasil perbualan, mereka mendapati bahawa pelajar kolej tempatan, pelajar Thai dan Vietnam telah menawarkan khidmat seks melalui tempahan dalam talian.

Setiap sesi dikenakan bayaran antara RM250 RM300 bagi gadis tempatan, manakala warga asing dikenakan bayaran antara RM165 dan RM200. Tempat pertemuan adalah di hotel-hotel bajet yang terletak di sini.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din pada Jumaat berkata beliau telah meletakkan tumpuan khas dalam melakukan tindakan terhadap sindiket pelacuran dan pusat perjudian haram.

Dalam satu sidang akhbar di Balai Polis Banda Hilir di sini, Ramli mendedahkan bahawa polis berjaya menyelamatkan tiga pelajar kolej berusia antara 19 dan 21 tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, pada 26 Ogos lalu. Beliau berkata dua adik-beradik bapa ayam, yang berumur 24 dan 26 tahun juga telah ditangkap dan kini ditahan reman.

"Kami telah merampas semua bukti, termasuk kondom, di sebuah hotel yang digunakan oleh bapa ayam terbabit.
"Berdasarkan siasatan awal, rangkaian pelacuran ini telah aktif di sini selama sebulan," katanya, Jumaat.

Ramli berkata dalam tindakan susulan jam 1 pagi pada Selasa, polis menahan dua lelaki berusia 37 dan 40 tahun, juga kerana melacurkan tiga wanita warga asing berusia antara 25 dan 29 tahun. Sindiket kedua itu juga menggunakan media sosial untuk mempromosikan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Ramli berkata, mangsa telah dihantar ke rumah perlindungan di Johor dan polis kini sedang memburu sindiket lain yang menjalankan kegiatan seperti ini. Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie) memuji tindakan polis melumpuhkan rangkaian pelacuran melibatkan pelajar kolej.

Chee Kin dalam satu temu bual di sini berkata, rangkaian itu telah wujud untuk beberapa ketika tetapi sukar untuk dikesan kerana mereka menggunakan aplikasi di telefon.

"Sebelum ini, kami menerima banyak panggilan daripada ibu bapa yang telah mendengar tentang sindiket melibatkan pelajar kolej.
"Tindakan tegas polis akan menghalang ahli-ahli sindiket lain daripada mengeksploitasi pelajar kolej," kata Chee Kin. (IH/mStar)

Saturday, September 03, 2016

Inikah Perjuangan Parti Amanah, Husam, Wan Rahim Di K'tan?

Datuk Husam bergambar bersama penduduk Banggol Setul selepas minum pagi bersama mereka Datuk Husam bergambar bersama penduduk Banggol Setul selepas minum pagi bersama mereka
MALAYSIA Dateline melaporkan..
Parti Amanah Negara (Amanah) menawarkan pentadbiran Islam lebih baik dan memfokus untuk menyelesaikan isu-isu rakyat bila diberi peluang menjadi kerajaan di Kelantan.
Adun Salor, Datuk Husam Musa yang kini Adun Amanah tunggal di Kelantan berkata rakyat Kelantan perlu memilih satu kerajaan yang meneruskan cara Tok Guru Nik Aziz jika mahu negeri itu maju dan selamat pada masa depan.
"Asas kerajaan arwah Tok Guru adalah Islam yang mengutamakan rakyat miskin dan mereka yang kekurangan keperluan asas, bukan mengejar taukey besar untuk dapat habuan segera.
"Arwah kalau ada orang miskin datang jumpa cukup sensitif dan saya sentiasa risau semasa bekerja bersamanya," kata beliau di majlis ramah mesra di kedai kopi Pok Ya, simpang Gebeng, Banggol Setul dalam Dun Meranti semalam.
Amanah kata beliau akan berusaha keras bagi membawa Islam yang mencari penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi termasuk masalah air, sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan menaikkan taraf hidup rakyat di kampung-kampung.
"Sekolah YIK ni kita telah berjaya mengubahnya daripada keadaan daif semasa kita ambil alih tahun 1990 menjadi begitu baik sekarang.
"Jasa awrah Ustaz Yahya Othman dalam hal ini amat besar walaupun nampaknya tiada siapa mahu mengenangnya," kata beliau.
Sepatutnya kata beliau tidak berlaku pemilihan secara salah proses guru-guru YIK naik pangkat ke jawatan tetap.
"Semua orang tahu ada guru-guru YIK yang lama dan patut dinaikkan pangkat disishkan untuk diberi laluan kepada isteri orang besar atau mereka yang ada hubungan dengan wakil rakyat," katanya.
Kalau Amanah diberi kuasa menurut beliau, salah satu usaha terpenting adalah menjadikan semua guru YIK adalah tetap dan berpencen.
Sementara itu malam tadi ketika mengahdiri majlis ramah mesra di kampung Cherang dalam kawasan Kota Bharu berkata bukan Pas sahaja yang memperjuangkan Islam, malah Amanah turut memperjuangkan Islam.
"Islam menganjurkan "Fastabiqul khoirat” yang bermaksud “Boleh berlumba-lumba dalam membuat kebajikan” dengan syarat memang kita ingin kepada Islam yang gagah," katanya.
Menjawab satu soalan hadirin, beliau berkata tujuan Amanah ditubuhkan serta hala tuju parti Amanah berlandaskan dasar Islam yang diterjemahkan dengan bijaksana seseuai di keadaan Malaysia.

"Misalnya, di tempat kita terdapat ada bangsa Cina, india dan Melayu, jika kita memperjuangkan hanya dasar bangsa melayu semata-mata, Islam tidak akan dapat naik untuk memerintah," katanya.
Beliau jmembawa kisah Nabi Sulaiman yang berdoa kepada Allah untuk memberi kerajaan yang paling besar kepada baginda
"Dalam siyasah kita perlulah bijak dalam menangani sebarang perbezaan supaya mendapat kekuatan," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inikah perjuangan Amanah di Kelantan? Parti Islamkah Amanah? Atau ianya seperti PKR, UMNO, DAP dan sekandang dengannya yang kononnya perjuangkan Islam tapi bukan parti Islam?

Mufti WP Sokong RUU 355. Tidak Ada Sebab Yang Mengaku Islam Menolaknnya.

Hasil carian imej untuk Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
KL: Weblog Ibnu Hasyim juga merakamkan penghargaan kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri (gambar atas) berikutan sokongan dan gesaan beliau terhadap Ahli Parlimen Islam supaya wajib menyokong Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata, beliau berharap langkah yang diambil oleh Dr Zulkifli itu menyemarakkan lagi usaha dalam memberi kefahaman kepada masyarakat umum berkenaan RUU 355.
Malah katanya, parti itu yakin bahawa semua mufti di negara ini menyokong kepada pelaksanaan RUU 355, sebagai usaha memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia.
“Alangkah baiknya kalau semua mufti mengeluarkan gesaan yang sama kepada semua Ahli Parlimen,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan, hari ini.
tuan-ibrahim-man “Alangkah baiknya kalau semua mufti mengeluarkan gesaan yang sama kepada semua Ahli Parlimen,” kata Tuan dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, beliau mahu supaya tiada pihak yang berterusan mempolitikkan isu tersebut berikutan ia adalah sebagai tanggungjawab kepada semua umat Islam.
“Bahkan, isu ini tidak perlu dipolemikkan oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan terjejasnya hubungan baik yang sedia ada dan sikap saling hormat-menghormati antara agama yang sudah sedia terjalin.
“Dalam suasana negara menyambut kemerdekaan yang ke 59, negara perlu berganjak kepada suasana lebih baik dari yang ada, bukan sahaja dari aspek ekonomi bahkan hubungan antara agama dan kaum. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama,” katanya.
Hasil carian imej untuk gambar ibnu hasyim
Maka menurut Weblog Ibnu Hasyim, 
"Tidak ada sebab bagi orang yang mengucap kalimah 'La ilaha illAllah' menolak tuntutan praktikal dari kalimah tersebut. 
"Antara tuntutan praktikal dari kalimah tersebut ialah melaksanakan Islam secara syumul, termasuk perundangannya, seperti yang dipersembahkan oleh PAS.
"Tidak ada sebab bagi yang mengaku beragama Islam menolaknnya!" Jelas editornya Hj Mohd Hasyim yang masih berada di luar negara.
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails