Monday, September 05, 2016

Ke Arah Usahaternak Belut, Sumatera-M'sia..

Hasil carian imej untuk belut

CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM, Batubara 4

Sebelum ini..
Hasil carian imej untuk tanjung tiram batubara

HARI ini, aku berada di sebuah tanjung.. Tanjung Tiram adalah sebuah kecamatan di Kabupaten Batu Bara, Sumatera Urara Indonesia. Sebahagian besar wilayahnya ini berada dipinggiran laut, dan kerana itu nelayan menjadi mata pencarian utama, disamping pertanian dan perkebunan. 
Tanjung Tiram, Geliat Ekonomi di Pesisir Batubara

Kantor ibukota kecamatan ini terletak hanya beberapa ratus meter dari pinggiran laut yang langsung menghadap selat Malaka. Wilayah ini mempunyai Dermaga dan TPI (Tempat Penjualan Ikan) yang dikenal sebagai "BOM". Nama BOM ini mengacu pada sejarah ketika Jepun masuk ke Sumatera Timur melalui dermaga ini yang memuluskan jalan masuknya.  

Reruntuhan dan puing-puing bekas "pengeboman", berupa pancang-pancang bangunan terbuat dari beton yang dicor besi menjorok ke laut masih dapat dilihat sampai sekarang. Secara tradisional laut menjadi penghubung antara wilayah ini dengan negara jiran, Malaysia.

Masa lalu dua penduduk dari dua wilayah perbatasan negara ini bebas saling berkunjung bermesra, namun sekarang ketika manajemen moden, ianya sudah tiada lagi. Hanya tinggal laguna yang indah, namun seiring dengan terjadingan penambangan pasir laguna dan pasir kuarsa putih. Itupun sekarang sudah rosak dan tinggal sisa-sisa saja.

Teringat aku ketika sebulan berlalu, (Lihat 3 tajuk di atas sebelum ini) perbincangan aku dengan Mad Yani Pak Lurah atau pengulu bergaji tetap bagi Pangkalan Dodek Baru Medang Deras, juga dari Kebupaten Batu Bara. Beliau, seorang pemimpin masyarakat yang ganjil dan sentiasa bersama rakyat, menjawat jawatan itu atas pilihan penduduk. 

Dikhabarkan, dia idak pakai mobil. Berjanji segala khidmat dari Kantor Lurahnya untuk rakyat, yang dulunya kena bayaran sekarang 'gratis' atau percuma tiada bayaran. 

Beliau tanya aku.. "Sebelum bapak pulang ke Malaysia, boleh bapak tinggalkan sedikit ole-ole untuk panduan saya berbakti kepada masyarakat setempat di sini?"

"Oh terlalu banyak peluang untuk berbakti kepada rakyat. Maaf Pak, ole-ole saya berbentuk ide. Bukan untuk mengajar bebek (itik) berenang, tetapi secara ringkasnya saya akan cambahkan ide bagaimana cara untuk melatih dan menjadikan rakyat setempat ini sebagai usahawan atau wira swasta.
Budidaya Belut

"Saya ingin cadangkan di sini, 3 perkara. 

"Pertama, bagaimana menjadi usahawan belut? 

"Perkara ini pernah saya cadangkan kepada wakil rakyat Bireuen di Aceh semasa mula Partai Aceh (GAM) mengambil alih pemerintahan dulu. Sempat saya melawat lokasi penternakan dan beliau bersetuju, tetapi akhirnya tak jadi kerana beliau meninggal dunia.

"Mengapa saya cadangkan projek belut ini?


1. Kerana projek ini mudah disertai oleh penduduk desa tanpa memerlukan modal kewangan yang besar. Jika ada kesempatan saya akan bentangkan kertaskerja mengenainya yang hanya penternak perlu menyediakan tapak dan kolam sahaja, dengan konsep '1 keluarga 10 kolam ternak.'


2. Projek ini mempunyai masa depan pasaran yang tinggi hingga dari peringkat tempatan ke antarabangsa. Jadi, melihat lokasi dan kesesuaian tempat, tidak hairan kalau Indonesia berpotensi menjadi pengeluar terbesar permakanan belut di dunia. Setakat ini keperluan belut dunia terhadap Indonesia (26 Mei 2014 -Liputan 6) seperti berikut:
 Negara Tujuan 
 Keperluan (Ton/minggu)
 Jepun
 1000
 Hongkong
 350
 China
 300
 Malaysia
 80
 Taiwan
 20
 Korea
 10
 Singapura
 5

3. Saya sendiri sebelum datang ke sini mendapat pesanan belut Indonesia dari seorang peniaga di Kuala Lumpur mahukan kira-kira 1 ton seminggu, sekurang-kurangnya, diimport masuk untuknya di Malaysia.
"Oleh itu sangat perlu digembelingkan tenaga ke arah melahirkan usahawan belut di kalangan penduduk desa. Inilah sedikit ole-ole panduan bagaimana berbakti kepada masyarakat setempat atau khidmat masyarakat di sini secara lebih berkesan.Jelas saya kepada Mad Yani Pak Lurah Pangkalan Dodek Baru Medang Deras itu.

Begitulah juga, mengenai cadangan menjadi usahawan pada perkara kedua dan ketiga dalam cadangan di atas. Saya akan huraikan mengenainya kemudian jika ada kesempatan. 

Tetapi, apabila saya ceritakan hal mengenai projek belut ini kepada seorang usahawan muda yang saya temui di Tanjung Tiram Batu Bara, beliau menyambut baik. Katanya..

"Itu kesempatan baik Pak! Saya ingin sambut cabaran bapak!" Sambutnya serius. "Saya akan cuba bekalkan belut melalui bapak di sana."

Dia antara pengusaha dan pengeksport 'daging kepiting' atau isi ketam beku ke Amerika Syarikat, juga pernah mengeksport obor-obor laut ke Jepun dan kepelbagaian jenis ikan ke luar negara. 

Tepat rasanya saya bertemu dengan usahawan muda ini. Al-hamdulillah!
Hasil carian imej untuk daging kepiting beku
Hasil carian imej untuk daging kepiting beku
Isi ketam beku.
Hasil carian imej untuk obor-obor
Obor-obor laut yang beracun dieksport ke Jepun.

Kami pun merancang pengumpulan dan pengeksportan ikan belut itu ke Malaysia. Banyak tempat-tempat penternakan di Sumatera bahkan ke Jakarta yang kami lawati dan teliti, kami bincang harga, cara pengiriman serta bayaran. Beberapa masalah yang mungkin timbul akan diselesaikan bersama. Saya menghubungi pihak pembeli di Malaysia, semuanya akan berjalan lancar.. insya Allah!


 Ibnu Hasyim (kanan) bersama rakannya (kiri) sedang makan hidangan siput 'banderang' yang lazat manis di atas jambatan sekitar pelabuhan Tanjung Tiram, Batubara malam itu.

Akhirnya dia berkesimpulan.. 

"Dua minggu dari tarikh sekarang, aku akan kirim segera ikan belut itu ke Malaysia tiap minggu. Mungkin awalnya tidak cukup 1 ton, tetapi akan tercapai pada pengiriman seterusnya. 

"Kalau perkara ini berjalan lancar, aku akan langsung realisasikan penternakan atau budidaya belut seperti yang tertera dalam kertaskerja berkonsep '1 keluarga 10 kolam ternak' tersebut, di tempatku Batubara ini sendiri. Aku akan pastikan kiriman barang tidak putus, bahkan terus bertambah. Insya Allah!"



Berternak belut.

Demikian catatan perjalanan kali ini, semoga pembaca-pembaca beroleh manfaat darinya.. 

Insya Allah, bersambung.


Ibnu Hasyim cuba merasa sup belut di sebuah gerai di kota Medan, Indonesia.


Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan Batu Bara 4.
ibnuhasyim@gmail.com 
Tanjung Tiram Kabupaten Batu Bara, 
Sumatera Utara, Indonesia.

Kepada sesiapa yang ingin maklumat mengenai penternakan, pemasaran, penjualan dan pembelian belut boleh hubungi..

Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Tel 014 222 5865 (KL)      

Masih Wujud, Orang Yang Baik Jujur Seperti Woralop Ini -Niity.

Hasil carian imej untuk Hidup berubah selepas pulangkan dompet
WORALOP kini merupakan salah seorang pekerja di kilang besi milik Niity.

NIITY PONGKRIANGYOS, 30, berjalan laju meninggalkan sebuah kedai di Bangkok, Thailand selepas selesai semua urusannya pada hari tersebut.
Usahawan itu sedikit pun tidak menyedari bahawa dompet jenama Hermes miliknya yang berat berisi wang tunai sejumlah 20,000 Baht (RM2,362) telah tercicir.
Woralop, 44, yang merupakan seorang gelandangan terlihat kejadian tersebut lalu bingkas bangun dari tempat dia sedang berbaring kerana mahu segera mengejar Niity untuk memulangkan dompetnya.
Biarpun hanya memiliki wang berjumlah 9 Baht (RM1.06) dalam poketnya pada ketika itu, tidak terdetik sedikit pun di hatinya untuk mengambil wang dan beberapa keping kad kredit dari dalam dompet tersebut.
Begitu pun, Niity begitu pantas hilang dari pandangan Warolap. Lelaki itu terus pergi ke sebuah balai polis berhampiran dan menyerahkan dompet tersebut kepada pegawai polis bertugas.
Tidak sedar
Pegawai tersebut kemudian menghubungi Niity dan memaklumkan bahawa beg duit berjenamanya telah tercicir dan ia kini berada bersama pihak polis.
Terkejut, lelaki muda itu memberitahu bahawa dia langsung tidak sedar dompetnya telah tercicir sehinggalah dihubungi polis.
Hasil carian imej untuk Hidup berubah selepas pulangkan dompet WORALOP (kiri) sewaktu memulangkan dompet milik Niity di sebuah balai polis di Bangkok, Thailand.

Saya terus bergegas ke balai polis tersebut dan setibanya di sana, saya memeriksa wang saya dan kad-kad kredit dan amat terkejut apabila mendapati bahawa tiada satu benda pun yang hilang” katanya.
Lelaki itu menambah, dia turut terkejut apabila mengetahui orang yang telah memulangkan dompet jenama Hermes miliknya itu merupakan seorang gelandangan.
“Selepas diberitahu tentang Woralop, saya tidak dapat menyembunyikan rasa terperanjat saya.
“Sejujurnya, sekiranya saya berada dalam situasi tersebut di mana saya merupakan seorang gelandangan yang langsung tidak mempunyai wang, sudah semestinya saya akan mengambil sahaja wang dan kad-kad kredit di dalamnya untuk kegunaan peribadi,” ujar Niity.
Ganjaran
Jumlah wang tersebut boleh digunakan Woralop untuk membeli bekalan makanan selama berbulan-bulan lamanya, namun lelaki jujur itu bertindak untuk memulangkan dompet itu kepada pemiliknya.
Tindakan itu nyata mengubah hidup lelaki bertubuh kurus itu. Mengagumi kejujuran Woralop, Niity menawarkan lelaki itu pekerjaan dengan gaji 11,000 Baht (RM1,297) di kilangnya yang terletak di Bangkok. Niity turut menghadiahkan sebuah rumah sewa yang cukup selesa untuk didiami gelandangan tersebut.
“Sebagai majikan, saya amat memerlukan insan jujur seperti Woralop untuk bekerja di kilang saya,” ujar Niity.
Woralop terlalu gembira setelah ditawarkan pekerjaan dan tidak menyangka dia diberi peluang kedua untuk mengubah hidupnya.
“Kini saya mempunyai katil yang bersih sebagai tempat tidur. Itu sahaja sudah amat menggembirakan saya,” kata Woralop yang mengakui amat berterima kasih dengan Niity yang begitu baik terhadapnya.
Nitty bersama teman wanitanya, Tarika menyifatkan bahawa mereka tidak menyangka orang yang baik dan jujur seperti Woralop masih wujud.
Mereka menambah, perbuatan baik sememangnya akan dibalas dengan kebaikan dan itulah apa yang mereka lakukan kepada Woralop. (Kosmo!)

Tragedi Penari Bogel, Haramjadahnya Kelab Malam!

Pergi Kelab Malam Bersuka Ria Malah Kantoi Jumpa Pasangan

ANTARA banyak cara lelaki mencari hiburan ialah dengan mengunjungi kelab malam. Namun apa yang terjadi apabila seorang lelaki yang telah berkahwin jika bertemu dengan pasangannya sendiri?

Sebuah video yang tersebar luas menerusi Facebook berjaya merakamkan insiden memalukan itu. Ia dikatakan dirakam di Filipina, dan dalam video tersebut seorang lelaki dipanggil untuk naik ke atas pentas oleh penari.

Sebelum penari itu menyuruh lelaki itu duduk di kerusi, si wanita penari muncul menggodanya dengan aksi manja melenggok-lenggok badannya di hadapan lelaki tersebut.

Namun, pada saat penari sedang mengangkat bajunya, tiba-tiba datang pula seorang perempuan lain naik ke atas pentas dan menolak penari bogel tadi hingga penari itu terjatuh.

Wanita yang bergaun itu didakwa sebagai isteri si lelaki tersebut. Bukan setakat itu, selepas menolak jatuh penari bogel, dia juga bertindak menarik suaminya dari atas pentas.

Video tersebut berakhir dengan sorakan daripada orang sekeliling yang berada di situ. Rakaman video tersebut telah ditonton lebih daripada dua juta kali.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah durjananya kelab malam. Kerajaan Malaysia masih mempertahankan pusat maksiat tersebut bertopengkan pusat hiburan, walaupun jelas menunjukkan ianya suatu kegiatan tidak sihat yang merosakkan negara. 

Apa lagi, kalau dipandang dari sudut Islam agama bagi Persekutuan ini. Namun puak-puak tu masih pura-pura bengong!

E-Buku IH-110: Perjalanan & Kekaguman Batubara, Medan.


E-Buku IH-110: Perjalanan & Kekaguman Batubara, Medan.

Bab 1

Sunday, September 04, 2016

1 Maut 3 Cedera, Bom Keretapi Di Pattani.

Serangan Bom Keretapi Di Pattani: Seorang Maut, 3 Cedera
PATTANI (selatan Thailand) – Seorang pekerja keretapi maut manakala tiga rakan kerja lain cedera apabila keretapi yang dikendalikan mereka terkena letupan bom selepas melepasi stesen Nikom Khokpo di sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, keretapi enam-gerabak dengan 100 penumpang itu dalam perjalanan dari Sungai Golok ke Hatyai terkena bom seberat 20kg yang ditanam di landasan keretapi di stesen berkenaan.
Bagaimanapun, kesemua penumpang tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Pattani, Mej.Jen. Thanongsak Wangsupa berkata mangsa yang terkorban, Chavalit Khonpan, 53, dan tiga pekerja termasuk seorang wanita itu menaiki gerabak terakhir tanpa penumpang.
Beliau berkata keretapi itu singgah di stesen berkenaan dan mula bergerak apabila bom tersebut meletup di bahagian akhir keretapi berkenaan sehingga gerabak terakhir itu terputus dua.
“Salah seorang daripada tiga yang cedera itu adalah kakitangan wanita yang mengalami kecederaan parah. Mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala yang cedera dihantar ke Hospital Pattani untuk rawatan,” katanya kepada pemberita di sini.
Letupan bom telah meninggalkan lubang sedalam satu meter dan sebesar dua meter, kata Thanongsak dan menambah, polis sedang menyiasat mereka yang mendalangi serangan itu. – BERNAMA

Lagi Usir Penduduk, Firma Singapura Beli 200 Hartanah Warisan.

Hasil carian imej untuk Firma Singapura Beli 200 Hartanah Warisan Pulau Pinang, Usir Penduduk

Aktivis warisan dan penduduk tempatan melahirkan kebimbangan mereka berhubung tindakan sebuah firma hartanah Singapura yang membeli sebahagian besar bangunan warisan di George Town.
Daerah berkenaan adalah di Lorong Bertam dan Lebuh Noordin yang terletak di tapak Warisan Dunia George Town.
Seramai 26 penduduk telah diberikan notis pengusiran sejak 24 Ogos lalu, dan diarahkan supaya mengosongkan premis mereka sebelum 30 September ini.
Hock Seong Choon, pemilik kedai kopi Wang Teng Kok merayu lebih banyak masa diberikan supaya beliau boleh mencari tapak alternatif untuk menjalankan perniagaannya.
"Sekurang-kurangnya berikan kita kira-kira enam bulan untuk merancang kehidupan kita, kita hanya diberikan sebulan atau lebih untuk kosongkan kedai," kata Wang, 65, ketika ditemui di Jalan Penang, di mana kedainya terletak.
"Saya berasa sangat sedih untuk meninggalkan kedai ini kerana lokasinya yang strategik bagi penduduk tempatan dan pelancong, kami juga terkenal kerana mempunyai antara gerai nasi ayam Hainan yang terbaik," katanya.
"Dengan pengusiran ini, saya jangkakan kerugian sebanyak RM5,000 sebulan untuk diri sendiri manakala sembilan pekerja di sini akan kehilangan pekerjaan mereka," katanya
Jurucakap Warisan George Town, Mark Lay berkata tanpa mengira penduduk asing atau tempatan, firma itu memaksa banyak keluarga untuk berpindah.
Bercakap pada sidang akhbar di kedai kopi Wang, Lay berkata, sebuah syarikat Singapura - World Class Land - telah membeli 20 buah rumah kedai di Jalan Bertam.
Menurutnya, syarikat yang sama juga membeli enam buah rumah kedai dengan perdagangan komersial di sepanjang Jalan Penang. 
Hasil carian imej untuk Firma Singapura Beli 200 Hartanah Warisan Pulau Pinang, Usir Penduduk
"26 unit ini telah dibeli oleh World Class Land di bawah dua syarikat.
"Model dan strategi firma itu adalah untuk membeli, mengusir penyewa, mengubahsuai, membina dan secara drastik meningkatkan kadar sewa di luar kemampuan kebanyakan rakyat tempatan Pulau Pinang," kata Lay. (Malaysiakini)

Sept 2016, Bulan RUU 355 -PAS Isyhtihar


USUL persendirian YB Marang, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi meminda Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) adalah satu detik penting di dalam usaha memperkasakan mahkamah syariah di Malaysia. 

PAS mengharapkan agar pindaan ini akhirnya dapat diwartakan. Maka tumpuannya kini adalah menggalakkan pemahaman terhadap usul pindaan ini, dapat didebatkan secara wajar di Parlimen serta mengumpul sokongan khususnya dari kalangan ahli-ahli Parlimen untuk membolehkan pindaan ini diluluskan.

Maka PAS memutuskan mengisytiharkan bulan September 2016 sebagai Bulan RUU 355. Tujuan utamanya adalah untuk menggembeling kesatuan umat bagi seterusnya meyakinkan ahli-ahli parlimen untuk menyokong usul pindaan ini.

Usaha memperkasa institusi mahkamah syariah adalah agenda yang melangkaui kepentingan politik partisan. Sekiranya 135 ahli parlimen Muslim di dalam Dewan Rakyat mengundi sebagai satu kaukus, maka usul pindaan ini dapat diluluskan dengan majoriti mudah. 

Ianya juga sebagai satu referendum bagi umat Islam di negara ini untuk menunjukkan kebersamaannya di dalam urusan yang khusus bersangkutan dengan ehwal Islam. Itulah pendirian PAS kira-kira.. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails