Friday, September 23, 2016

Perkenalkan Hudud & RUU355 Kepada Orang Cina -Abdul Hadi.


Hasil carian imej untuk a.hadi awang
Sempoi TG Hadi Awang!!~ "Tazkirahkan" orang Cina tentang HUDUD & RUU355



Pindaan RUU 355, Setiap Islam Wajib Sokong. -Abd Hadi (Video)

Hasil carian imej untuk abd hadi awang

Pindaan RUU 355 Wajib Disokong Oleh Setiap Orang Islam


(IH)

Guan Eng Persoal Ambiga Kerja Sama Dr M Tapi Kit Siang Boleh..


Photo published for Agenda Daily - Pelik...bila Guan Eng persoal Ambiga kenapa nak kerja dengan Dr Mahathir | Agenda...

INI mungkin satu andaian.

Siapa tahu kalau kalau Lim Guan Eng tengah berserabut bila PKR senang senang saja lawan tauke berkeras tolak kehendak DAP untuk adakan pilihanraya mengejut di Selangor.

Sebagai parti yang mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri terbanyak di Selangor tentu agak mengganggu fikiran terpaksa tunduk pada yang kurang yakni PKR.

Sebelum ini PKR juga sudah bikin rosak program DAP nak buat pilihanraya mengejut di Pulau Pinang untuk test market selepas Guan Eng kena masuk mahkamah didakwa kes rasuah dan salah guna kuasa.

Apakah ini kes untuk lepas geram.... tembak sana untuk sindir sini ?

Semua orang tahu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR kebelakangan ini cukup kamcen dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khamis,gelagat Guan Eng dilihat lain macam bila beliau tiba-tiba telah mempersoalkan langsung kepada bekas bos Bersih dan bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan mengapa beliau sanggup kerjasama dengan Dr Mahathir.

Katanya ini kerana bekas Perdana Menteri itu dilihat sebagai punca masalah negara ini.

"Kamu berkerja dengan Mahathir.Kenapa anda buat begitu ?Adakah anda memaafkan dia pada apa yang telah dilakukannya?” tanya Guan Eng pada Ambiga.

Kejadian berlaku semasa sesi soal jawab di Sidang Undang-undang Antarabangsa di Kuala Lumpur.

Siapa yang tidak terkejut hal itu timbul kerana pada waktu sama satu dunia tahu bapanya Lim Kit Siang kebelakangan ini juga ' cukup mesra ' dengan bekas Perdana Menteri itu sejak mereka bergabung dalam gerakan Deklarasi Rakyat.

Tidak mungkin Setiausaha Agung DAP itu tiba-tiba alami sakit hilang ingatan.
Malah dalam responnya Ambiga sendiri kata bapa Guan Eng ...Kit Siang boleh kerja dengan Dr Mahathir.

Katanya sekalipun boleh kerja dengan bekas Perdana Menteri itu soal memaafkannya tidak timbul.

Ambiga beri alasan segalanya tolak sebelah dan kerjasama itu adalah untuk mencapai matlamat yang lebih besar.

Baginya ini adalah realiti politik yang memerlukan penyesuaian diri.

Untuk menguatkan hujahnya Ambiga kata malah Kit Siang yang jalani tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( pada zaman Dr Mahathir) dapat mengenepikan perbalahan dan begitu juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelik memang agak pelik dengan perubahan nada Guan Eng terhadap Dr Mahathir.

Kata orang tidak ada angin masakan pokok bergoyang.Apa agaknya?- AD 22/9/2016

Bisnes Urut Tapi Jilat. Islamkan Bisnes Itu!

Hasil carian imej untuk tukang urut malaysia

SEORANG tukang urut tradisional ditahan kerana telah melakukan kelucahan melampau terhadap seorang pelancong wanita dari Jerman di premis perniagaannya di Banda Hilir, Melaka, baru-baru ini.

Lapor Blog Mynewshub.

Pada mulanya, mangsa hanya mengambil pakej mengurut badan selama 70 minit dan terbaring dengan hanya memakai seluar dalam.
Namun secara tiba-tiba suspek menarik tuala yang menutup kemaluannya dan bertanyakan adakah dia mahukan perkhidmatan ‘istimewa’ yang ditawarkan itu.
Menurut mangsa, suspek pada ketika itu turut berkata, dia baharu sahaja memberikan perkhidmatan ‘tambahan’ itu kepada pelanggan yang datang  sebelum mangsa.
Bengang dengan insiden itu, mangsa kemudiannya telah melaporkan hal itu kepada pihak polis dan kini suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Komen Weblog Ibnu HasyimBagaimana penyelesaiannya? Islamkan bisnes urut. 

Bagaimana perlaksanaannya? Jangan jadi pemimpin negara umat Islam kalau tak tahu memerintah? 
(IH)


Thursday, September 22, 2016

Melakar Peta Berdarah (SYKES-PICOT Baru) -Abdul Hadi Awang



NEGARA kuasa besar khususnya Barat, adalah yang paling lantang menyuarakan kebebasan, keamanan, keselamatan, hak asasi manusia, keadilan, ketelusan dan sebagainya. 

Pembaharuan "road map" Dilakar Dengan Darah 

Namun mereka pula boleh melakukan apa sahaja demi kepentingan mereka semata-mata, khususnya terhadap umat Islam yang dikira pencabar paling merbahaya. Mereka bertindak bukan kerana hujah yang sebenar, tanpa disedari umat Islam, mereka juga menjadi mangsa pihak  ketiga yang memperalatkan pertembungan sesama umat Islam, yang kalahnya menjadi abu dan menangnya menjadi arang. Mereka boleh  melakukan apa sahaja terhadap umat Islam, peristiwa di Afghanistan, Iraq, Syria, Yaman, Afrika Tengah dan negara-negara yang menunggu giliran menjadi mangsanya. 

Bahkan kemenangan mana-mana kumpulan Islam secara demokrasi pilihan raya pun tidak diktiraf seperti kemenangan Partai Islam Indonesia (Masyumi) 1955, selepasnya FIS di Algeria pada tahun 1991, Parti Refah yang berjaya menang pilihan raya Turki Tahun 1996 dan pada 1998 diharamkan apabila pemimpinnya Profesor Najmuddin Erbakan berjaya mencadangkan D8 (organisasi antarbangsa gabungan lapan negara umat Islam) dalam merintis kerjasama politik, ekonomi dan hubungan antarabangsa. 

Begitu juga tindakan terhadap Ikhwan Mesir pada 2012 yang berjaya melantik Presiden Muhammad Mursi, namun akhirnya diguling dan dihukum oleh drama mahkamah yang dilakonkan. Peristiwa terkini pada 15 Julai 2016 usaha rampasan kuasa di Turki kerana demokrasinya membuka jalan bebas menyebut Islam dan aktiviti-aktiviti Islam yang dilarang sejak Mustafa Kamal Ataturk, walaupun Parti AK mengisytiharkan sekularismenya.

Tidak cukup umat Islam dibelasah dengan Deklarasi Balfour (1917) Perjanjian Sykes-Picot (1916) dan Lausanne (1923). Malangnya tarikh pelaksanaannya dijadikan hari kebangsaan oleh keseluruhan negara arab yang menjadikan Kerajaan Uthmaniyah adalah penjajah. Ada pun negara-negara  penjajah Barat yang terlibat adalah sahabat akrab yang diberi wala yang tidak berbelah bahagi.

Membenarkan pangkalan tentera dan ekonomi asing itu bertapak dengan sekuat-kuatnya, sehingga kemasukan warga Barat dimudahkan, adapun saudara seIslam dipayahkan, khususnya terhadap rakyat lemah dan miskin yang dipaksa menjadi pelarian kerana kekacauan yang dicetuskan, sehingga hanyut di laut atau menjadi peminta sedekah di Eropah atau mangsa dimurtadkan di negara Barat  atau menunggu kematian.

Negara Iran pula dianggap musuh yang lebih bahaya daripada Israel kerana mazhab Syiahnya. Ada pun negara yang menubuhkan Israel atau bersahabat dengan Israel itu dianggap sahabat. Sudah tentu negara Arab dan Islam yang melaksanakan polisi ini,   bersekongkol dengan negara Zionis dan Barat yang menubuhkan Israel.

Dalam memahami senario pergolakan politik antarabangsa, khususnya para ulama dan umara yang setia kepada Islam dan umatnya,  perlu  mempelajari politik Islam yang tidak dipisahkan daripada Islam yang menyeluruh dan mengetahui sejarah Islam dan kerajaanya yang berjaya memimpin  dunia bersama Rahmat Allah yang datang daripada Islam yang dilaksanakan dengan betul. 

Wajib mengerti dan mengenali musuh yang menjatuhkan kerajaannya yang berjaya. Semua musuh yang bermusuh terhadap Islam itu bersatu menentang kebangkitan semula kuasa pemerintah Islam. Mereka boleh bertukar menjadi kuasa besar dunia asalkan tidak beralih kepada Islam. Dalam permainan politik terkini kumpulan Yahudi Freemason dan Zionis sedang berhempas pulas berjuang supaya kalangan mereka yang berpusat di negara haram Israel akan mengambil alih peranan kuasa besar dunia. 

Mereka bukan sahaja memusnahkan ekonomi yang telah menjadi punca krisis global dan krisis moral dan pemikiran melalui media yang sudah tidak ada sempadan. Sedarlah betapa terkini umat Islam menjadi  sasaran. Teori takfir dan melagakan mazhab, khususnya Sunni dan Syiah sedang dinyalakan. Banyak dalil menunjukkan betapa kekacauan yang berlaku di rantau Asia Barat terkini adalah pembaharuan "road map" yang dilakar dengan darah yang sengaja ditumpahkan demi melaksanakan perancangan baru. 

Objektifnya ialah  bagi menjamin keutuhan pangaruh penjajah dan Zionis yang berterusan. Maka, sebarang perubahan yang  berlaku dan yang menunjukkan boleh kembali kepada Islam, yang dikira  berkemungkinan kepada perubahan yang bersifat negatif terhadap Israel dan Zionisnya akan ditentang habis- habisan.

Hasil carian imej untuk parti pas

Lima Perkara.
Semuanya dicipta oleh kumpulan Zionis yang telah berjaya menggabungkan Yahudi dan Kristian, sangat mempengaruhi politik antarabangsa, khususnya negara Barat dan termasuk juga negara Arab dan Islam yang bernaung di bawahnya, tujuannya adalah :
[1] Bagi menjamin keamanan dan keselamatan negara haram Israel  dengan apa sahaja pengorbanan dan sumbangan, termasuk memejam mata terhadap senjata pemusnah yang dimiliki negara haram itu dan mendiamkan diri terhadap langkah-langkah yang haram mengikut undang-undang antarabangsa, serta menyekat segala keputusan mengutuknya. Negara haram Israel dikuatkan kedudukannya, bukan sahaja dengan segala senjata, bahkan diperkuatkan dengan kemasukkan bangsa Yahudi Zionis yang dikerah daripada seluruh pelusuk dunia, bersama dengan penempatan secara meroboh rumah-rumah kediaman dan merampas perkampungan, pusat perniagaan dan tanah pertanian milik rakyat Palestin.

[2] Menguasai sepenuhnya terhadap sumber tenaga seperti petrol dan gas serta menjaga laluannya ke negara Barat, mengawal pasaran dan pelaburannya demi menjamin segala keperluan dan strategi  politik, ekonomi, keselamatan dan pertahanan mereka semata-mata.
[3] Menjaga keselamatan laluan perdagangan antarabangsa melalui perairan dan udara. Mengadakan pangkalan tentera laut, udara dan darat, demi mengawal segala laluan saperti kawasan Teluk melalui Selat Hormuz ke Laut Merah melalui Bab al-Mandab (Yaman dan Afrika Utara), Terusan Suez (Mesir dan Libya) sehingga ke laut Hitam (Turki) dan Selat Gibraltar (Algeria dan Maghribi) dan seterusnya.
[4] Mendokong negara yang ada kepentingan bagi mereka, dengan menguatkan pengaruh terhadap kerajaannya dengan segala cara, walaupun bercanggah dengan konsep demokrasi yang dimuliakan oleh mereka laksana menjadi Tuhan Yang Maha Suci di negara mereka, tetapi melindungi diktator di negara umat Islam, yang melakukan segala yang haram mengikut segala agama dan sifat kemanusiaan sejagat.
[5] Menjaga kedudukan mereka dengan benteng pertahanan yang menyekat segala campur tangan kuasa besar lain yang dikira menjadi saingan atau ancaman kepada kepentingan mereka semata-mata. Walau pun membunuh rakyat tempatan yang sudah mencecah angka juta.
Cukup menjadi alasan perkara tersebut di atas, daripada campur tangan asing di Afghanistan dan Iraq,  yang menimbulkan kacau bilau yang menjadikan rakyat lemah sebagai mangsa yang berpanjangan. Seterusnya mengheret kekacauan  di Syria, Yaman, Libya, Selatan Sudan dan Afrika Tengah. Termasuk penglibatan dalam usaha rampasan kuasa yang gagal di Turki.
Seterusnya berusaha supaya memanjangkan krisis dengan lakonan mencari penyelesaian berlesenkan PBB, dengan cara-cara  yang tidak menunjukkan penyelesaiannya. Di samping sengaja melemahkan negara-negara serantau supaya sentiasa bergantung kemajuannya dengan mereka, tanpa memanfaatkan sumber yang kaya kerana rela dicuri dan dirompak, dengan mengekalkan para pemimpin negara yang dimewahkan, rasuah dan berkuasa dengan menundukkan rakyat kerana zalimnya, bukannya dihormati kerana adilnya.
Melakar perpecahan rakyat dengan sebab kaum, kabilah, mazhab dan ideologi dengan membekalkan senjata dan kemudahan yang diperniagakan kepada semua pihak yang bersedia diperalatkan. Bertujuan melakar peta baru menggantikan Sykes-Picot yang usang ketinggalan zaman yang telah berlalu sejak seratus tahun dahulu. Perjanjian dan program yang telah melakukan pembahagian penguasaan  dalam kalangan penjajah Barat dan melantik pemimpin yang berjasa menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah.
Ada pun pembahagian peta rancangan terkini  dengan mengambil ruang sebab perbezaan kaum Arab, Kurdis, Turkuman dan Barbar. Dan perbezaan agama Islam, Kristian dan Yazidiyah, juga perbezaan mazhab Sunni, Syiah, Ibadi, termasuk perbezaan sesama Sunni dan Syiah dalam perkara furuk.
Kuasa besar bekenaan menangani krisis secara bijak (smart management of crisis) tanpa menunjukkan matlamat bermusuh terhadap dunia Islam dalam menguasai negara Arab dan sekelilingnya tanpa mengira Sunni atau Syiah. Walaupun parti apa dan siapa calon presiden dan Kongres Amerika atau perdana menteri England atau presiden Perancis yang menang pilihan raya, walaupun pendekatannya berbeza keras dan lembut namun berada di bawah perancangan yang sama. Negara serantau dan kerajaannya khususnya di Asia Barat pula terus mengapikan rakyat masing-masing dengan semangat fanatik mazhab dan kaum.

Dalam masa yang sama semua musuh Islam itu menyekat segala perancangan memajukan negara yang menjadi sasarannya, supaya sentiasa bergantung segala keperluannya dengan pihak kuasa besar Zionis itu. Segala pencapaian kemajuan sains dan teknologi daripada pertanian keperluan asasi untuk kehidupan diri sehinggalah persejataan untuk mempertahankan diri oleh mana-mana negara Islam tidak diiktiraf mengikut piawayaan antara bangsa yang dimonopoli oleh kalangan mereka sahaja. 

Pendekatan ini dilakukan terhadap Iran dan Turki apabila menunjukkan pendirian yang tersendiri tanpa pergantungan kepada kuasa asing. Negara Arab pula cukup dengan kaya duitnya yang lebih banyak dilaburkan dengan muamalat haram di negara asing, tetapi papa kedana jati dirinya.
Allah mengajar umat Islam supaya berjati diri dengan keyakinan mereka kepada kuasa Allah mengatasi seluruh alam,  dengan berusaha dan berjuang  mengikut hidayah-Nya, bukannya mengikut kehendak pihak bukan Islam. Berbeza dengan negara-negara Arab yang sentiasa berwala kepada penjajah itu sehingga kekayaan harta dan tenaga manusia tidak dimanfaatkan, sebaliknya dikorbankan kepada pihak asing demi mempertahan takhta dan harta, diri dan keluarga.
Kemuliaan umat Islam hanya dengan kembali kepada asas dan asal usul mereka di atas aqidah Islam, jati diri umat dan keikhlasan para pemimpinnya membawa rakyat.
Akhirnya..
Akhirnya fahamilah firman Allah SWT:

  • "Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."


Sah bahawa firman Allah mengena terhadap mana-mana negara Arab dan Islam serta pemimpinnya yang bergabung dengan Zionis Yahudi dan Kristian, sehingga melupakan maruah agama, bangsa, tanah air, persaudaraan iman  dan khususnya tanah suci Palestin dan Masjid al-Aqsa. Akhirnya melakukan bencana. Amaran Rasulullah s.a.w. dalam Khutbah Haji Wadaa :

  • "Jangan kamu menyeleweng menjadi kufur selepas aku wafat , sehingga memancug leher sesama kamu (bunuh membunuh sesama sendiri)."
Krisis Iraq, Syria, Libya dan Yaman cukup menjadi kenyataan. Ada pula para ulama yang malang memberi fatwa mengikut kerajaannya selepas mendapat fatwa daripada pemimipin Zionis yang bersedia untuk membantu bagi Sunni memerangi Syiah atau Syiah memerangi Sunni dan berlakulah jihad dengan bantuan musuh untuk bunuh membunuh kerana hukum takfir dengan mudah dalam umat yang satu al-Quran, Rasul dan satu kiblatnya.


 "Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS 

20 Zulhijjah 1437H / 22 September 2016M

2 Tahun Rakyat Dilatih Gagalkan Rampaskuasa Turki. Ini Videonya..


TURKI, sebelum rampasan kuasa tentera berlaku Julai lalu, Erdogan telah mengeluarkan video bagaimana seharusnya rakyat Turki bertindak jika ada pihak yang ingin menjatuhkan negara itu.

Entah mempunyai firasat akan berlaku rampasan kuasa atau bagaimana, yang pasti Erdogan sudah melihat usaha-usaha konspirasi terhadap Turki yang telah mencapai kemajuan pesat selama dipimpin oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). 

Oleh itu pada 30 Mac 2014, menjelang pilihan raya presiden 2014, Erdogan mengeluarkan video iklan yang menggambarkan adanya usaha pihak yang menghendaki Turki jatuh.


Ini videonya...

Dalam video berdurasi 1 minit 20 saat ini, digambarkan seseorang menjatuhkan bendera Turki yang telah berkibar tinggi. Melihat bendera negaranya akan jatuh, sontak seluruh rakyat dari pelbagai elemen berlari menuju tiang bendera gergasi itu guna menyelamatkan bendera agar tidak sampai jatuh ke tanah.

Gelombang rakyat berlari secepat-cepatnya menuju tiang bendera. 

Meninggalkan segala aktivitinya. Demi segera tiba, tidak sedikit yang melompat ke sungai untuk menyeberang. Lalu mereka bersatu padu membentuk tangga raksasa sehingga dapat meraih tali bendera dan kembali mengibarkannya.

sumber http://www.tarbiyah.net/

Shah Rukh Khan Mengamuk, Tumbuk? Suka Peminat 25 Tahun Ke Bawah..

shah-rukh-khan

HALAMAN HIBURAN

MESKIPUN berstatus sebagai bintang berprofil tinggi, namun Shah Rukh Khan (SRK) juga dikenali sebagai seorang yang mesra dan sentiasa bersedia melayani peminatnya. 

Namun baru-baru ini timbul isu mendakwa, raja Bollywood ini didakwa menyerang seorang peminat gara-gara diajak berselfie.

Kejadian tersebut berlaku ketika aktor berusia 50 tahun ini tiba di bandar Amsterdam bagi menjalani penggambaran terbaharunya, filem The Ring.

Menerusi rakaman sebuah vodeo menunjukkan, sebaik saja melihat kelibat idola pujaan ramai ini, peminat mula menjerit dan masing-masing mahu mengambil peluang bergambar dan berselfie dengan bintang Diwale itu. Tiba-tiba seorang peminat bertindak kasar kerana menarik leher SRK dan terus mahu merakamkan gambar selfie. 

Bagaimanapun SRK pantas menolak tangan peminat itu dengan reaksi wajah marah sambil seolah-olah mahu menumbuk peminat berkenaan. Sejurus itu, beberapa pengawal peribadi pelakon itu pantas memengang dan cuba peminat tersebut dari SRK. 

SRK kelihatan kembali tenang dan terus berjalan ke hadapan sambil sesekali berhenti dan melayani peminat lain yang mahu berselfie dan bergambar bersamanya.

Menurut laporan India Today, ini bukan kali pertama Shah Rukh terbabit dengan insiden didakwa berkelakuan buruk di khalayak ramai.

Sebelum ini, SRK pernah menerima teguran daripada Persatuan Kriket Mumbai (MCA) ekoran insiden pergaduhan antara beliau dengan pengawal keselamatan serta beberapa pegawai MCA di Stadium Wankhede pada tahun 2012 ketika berlangsungnya Kejohanan Antarabangsa Premiere League (IPL). 

Akibatnya SRK diharamkan menjejakkan kaki ke stadium tersebut selama tiga tahun.

Laporan The Times of India menyatakan, larangan itu sepatutnya dikenakan selama lima tahun, tetapi pihak MCA bersetuju untuk mengurangkan tempoh tersebut.

“Sudah tiga tahun sejak pihak kami mengharamkan beliau. Jawatankuasa pengurusan sebulat suara berpendapat bahawa larangan terhadap beliau ditarik balik. Shah Rukh kini amat dialu-alukan untuk datang dan menonton perlawanan di Stadium Wankhede, “kata Setiausaha MCA PV Shetty, pada ketika itu.

Sementara itu, menerusi satu temubual lain, SRK menjelaskan sebab sebenar mengapa beliau bertindak dan bersikap dingin sewaktu berhadapan dengan peminat di Amsterdam sehingga insiden itu mencetuskan isu.

Shahrukh_Khan
Di Mumbai, pernah berlaku seorang wanita di India bertindak meminum cuka sebagai tanda protes terhadap suaminya yang tidak mahu menonton filem lakonan aktor Shah Rukh Khan berjudul Happy New Year. Wanita yang dikenali sebagai Neha itu tidak dapat diselamatkan doktor apabila keseluruhan organ dalamannya rosak dan terbakar akibat cecair berasid itu.

SRK mengakui bahawa dia sebenarnya lebih senang melayani peminat yang terdiri daripada lingkungan usia di bawah 25 tahun malah bersedia melakukan dan memenuhi permintaan mereka, tetapi jika berdepan dengan peminat yang lebih tua daripada itu, ia tentunya berisiko. .

“Saya mempunyai peraturan yang mudah. Saya telah memberitahu pengawal peribadi saya bahawa mana-mana peminat yang berumur di bawah 25 tahun mempunyai hak bersikap ‘nakal’ dan kebudak-budakkan. Tiada siapa yang akan berkata apa-apa kepada mereka.

“Saya mempunyai anak-anak yang berusia 16 tahun dan 18 tahun dan mereka melakukan perkara-perkara yang tidak boleh membuatkan anda marah mereka. Sehingga mereka berusia 25 tahun, mereka boleh berbuat baik, salah, berkelakuan baik atau buruk. ”

Barangkali jika peminat di Amsterdam itu lebih muda malah sekalipun lebih berusia tetapi jika dia tidak berkelakuan biadap, tentu dia berpeluang mendapat layanan daripada SRK. (IH)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails