Monday, September 26, 2016

Bergelek 1/2 Bogel Depan Masjid. Macam Puteri UMNO?

Penari Gelek Dikecam, Bergelek Depan Masjid


SEORANG penghibur wanita, Rezeda Ganiullina telah mencetuskan kemarahan umat Islam di Rusia selepas dia menari tarian gelek dengan memakai pakaian menjolok mata di depan sebuah masjid.
Klip video berkenaan telah tersebar luas dan rakamannya memaparkan Rezeda memakai bra berwarna merah dan skirt sambil menari gelek di luar Masjid Putih.
Polis kini sedang menyiasat klip video terbabit sementara Rezeda yang juga seorang Muslim, telah memohon maaf menerusi media sosial.
““Saya berada di kedudukan profesional selama lebih sepuluh tahun dan melakukan sebaik mungkin untuk memperbaikinya.
“Saya telah mengunjungi Emiriyah Arab Bersatu, Mesir dan Turki untuk mempelajarinya (tarian gelek) dan turut mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan di sana. Ini adalah gaya saya, ciri saya,’’ katanya
Klip video terbabit turut mendapat perhatian Mufti Republik Tatarstan, Kamil Samigullin.
“Masjid bukannya tempat untuk menari,’’ kata Kamil yang turut menjemput Rezeda ke masjid bagi membersihkan jiwanya. 
“Masjid bukannya tempat untuk menari,’’ kata Kamil yang turut menjemput Rezeda ke masjid bagi membersihkan jiwanya. 
Barangkali ini yang ditiru atau dilatih Puteri UMNO?




RUU 355 Pemangkin Transformasi Mahkamah Syariah -Presiden Persatuan Peguam Syarie .


tuan musa
TITAH Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada pembukaan Parlimen ke-13, Penggal ke-4 pada tanggal 7 Mac 2016 lalu menggesa supaya memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan mahkamah syariah.

Persoalannya, bagaimanakah hendak memperkasakan kedudukan mahkamah syariah sekiranya ia masih di bawah belenggu bidangkuasa yang kecil dan minimum? Bidangkuasa jenayah mahkamah syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman maksimum denda RM5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau sebatan (syariah) tidak melebihi 6 kali sebatan.

Apakah yang menjadi rantai yang mengikat mahkamah syariah daripada memperkasakan bidangkuasanya? Jawapannya ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355. Akta inilah yang menjadi tali kekang kepada mahkamah syariah selama lebih tiga dekad untuk dipacu lebih jauh, dan menghadkan mahkamah syariah dalam bidangkuasa yang masih di takuk lama.

Dengan cadangan pindaan kepada Akta 355 (RUU355), ia bukan sahaja memberi peningkatan kepada bidangkuasa jenayah di mahkamah syariah, tetapi pada masa yang sama kelompangan-kelompangan yang terdapat dalam pentadbiran perundangan mahkamah syariah dapat diisi dari semasa ke semasa.

Mempertingkatkan bidangkuasa mahkamah syariah bermakna akan mempertingkatkan hierarki mahkamah syariah yang ada hari ini yang hanya ada tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah, berbanding mahkamah sivil ada lima peringkat, iaitu masing-masing Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Cadangan mempertingkatkan bidangkuasa mahkamah syariah melalui RUU355 berkenaan akan membantu mempertingkatkan taraf perjawatan hakim mahkamah syariah dan pegawai-pegawainya yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan perjawatan di mahkamah sivil.


Hakim-hakim mahkamah syariah hari ini di bawah skim perkhidmatan gunasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), atau di bawah penjawat awam negeri bagi negeri yang tidak menyertai skim gunasama berkenaan, dan jaminan perjawatan hakim mahkamah syariah tertakluk kepada prosedur perkhidmatan awam.

Berbeza dengan pelantikan hakim mahkamah sivil, dilantik di bawah suatu akta peringkat persekutuan iaitu Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dan jaminan perjawatan hakim mahkamah sivil tertakluk di bawah Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45). Bukanlah suatu yang mustahil suatu masa nanti hakim-hakim mahkamah syariah juga boleh dilantik mengikut suatu akta peringkat persekutuan dan mempunyai tingkatan gaji dan saraan sama seperti di mahkamah sivil.

Apabila cadangan RUU355 berkenaan diluluskan oleh Parlimen, maka sudah pasti akan berlaku peningkatan jumlah pendaftaran kes-kes jenayah syariah akan bertambah, memandangkan kadar hukuman yang telah dipertingkatkan. Maka, secara tidak langsung akan menjadi pemangkin kepada perkembangan institusi penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah di negara ini.

Bilangan tenaga dan perjawatan di kalangan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) yang lebih cekap dan efisien akan berlaku pertambahan dari semasa ke semasa, sesuai dengan nisbah pertambahan penduduk Melayu beragama Islam, terutama di negeri-negeri yang mempunyai kepadatan penduduk termasuk warga negara asing yang beragama Islam.

Dari sudut perlakuan jenayah syariah yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam, walaupun pelaku bukan Islam tidak akan dikenakan dakwaan mengikut enakmen kesalahan jenayah syariah, akan tetapi, pelaku di kalangan orang Islam yang berhasrat melakukan kesalahan jenayah syariah dengan bukan Islam sudah tentu akan berfikir dua atau tiga kali sebelum melakukan jenayah, lantaran kadar hukuman yang telah dipertingkatkan berbanding kadar hukuman yang sedia ada hari ini.

Sebagai seorang peguam syarie, usul pindaan RUU355 ini adalah suatu lonjakan yang akan turut memperkasakan bidang profesional peguam syarie. Dengan had hukuman denda bagi kesalahan jenayah syariah yang tidak melebihi RM5000.00, pelaku jenayah syariah lebih rela membayar denda yang rendah berbanding melantik peguam syarie untuk membela dirinya, walau pun bukti menunjukkan dia tidak bersalah.

Mereka sanggup mengaku bersalah disebabkan bersedia membayar denda yang sedikit, bukan kerana mereka betul-betul bersalah. Maka prinsip mencari keadilan sebenar yang diajar oleh Islam tidak dapat dimanifestasikan dan prinsip perundangan jenayah syariah yang pernah dibahaskan oleh para ulama terdahulu menjadi terbantut perkembangannya.

Usul pindaan RUU355 sudah pasti tidak akan menjadi tongkat sakti atau magik yang akan dapat menyelesaikan segala masalah dan kelompangan sedia ada dalam sekelip mata, tetapi setidak-tidaknya ia akan menjadi pemangkin kepada memperkukuhkan institusi mahkamah syariah, agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam di negara ini.

Secara peribadi, saya berpandangan bahawa pihak-pihak yang tidak menyokong RUU355 ini sebenarnya tidak mahu atau khuatir melihat institusi mahkamah syariah dan institusi lain disekitarnya, diperkasakan. Jika anda tidak berfikiran sedemikian, kenapa anda tidak menyokong RUU355 ini, sedangkan usul tersebut bukanlah suatu perkara yang buruk atau merosakkan atau membawa bencana kepada masyarakat Islam.

Tuan Musa Awang
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Pembangkang Kalah Di S'gor Tanpa PAS - Analisis Parti PKR

Hasil carian imej untuk pembangkang kalah di selangor

ANALISIS yang dilakukan PKR mendapati pembangkang mungkin kecundang di Selangor tidak kira pilihan raya negeri diawalkan atau sebaliknya. Keadaan itu akan berlaku jika pembangkang gagal mencapai persefahaman dengan Pas di Selangor.

Penganalisis daripada PKR, Chan Ming Kai meramalkan PKR akan kehilangan tiga kerusi di Selangor, DAP (dua kerusi), Amanah (tiga kerusi) dan Pas (11 kerusi) jika pilihan raya di Selangor diawalkan. PKR mungkin kehilangan kerusi Ijok, Batu Tiga dan Kota Andalas manakala DAP berdepan laluan sukar di Sungai Pelek dan Kuala Kubu Baru.

Selain Bangi yang mana Pas dilihat berpeluang menang, parti pembangkang itu berdepan kemungkinan kehilangan 11 kerusi berisiko tinggi yang lain. Kawasan yang diintai Amanah seperti Seri Serdang, Cempaka dan Templer Park juga mungkin dirampas oleh Barisan Nasional (BN).

Ming Kai berkata, kejayaan pembangkang di Selangor pada 2008 dan 2013 didorong oleh taburan pengundi Cina di kawasan berlainan selain sokongan daripada pengundi bukan Cina.

"Pada 2008, cuma terdapat dua kawasan yang mempunyai lebih daripada 70 peratus pengundi Cina iaitu Seri Kembangan dan Damansara.
"Bukit Gasing dan Sungai Pinang pula mempunyai pengundi Cina yang menghampiri 70 peratus iaitu masing-masing 69 peratus dan 61 peratus," katanya.

Menurutnya, kejayaan Pas pada 2008 adalah banyak didorong oleh kejayaannya mendapat sokongan 50 peratus pengundi Cina.
"Pada 2013 pula, kerusi Pas melonjak daripada tujuh kepada 15 selepas mendapat sokongan kira-kira 40 peratus pengundi Cina," katanya.

Menurutnya lagi, persempadanan semula akan menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kerusi pembangkang mengalami penurunan jumlah pengundi Cina.

Katanya, keadaan itu berlaku kerana pengundi Cina akan dipindahkan ke dalam kawasan DAP. Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, Biro Politik PKR telah menolak cadangan DAP untuk mengawalkan pilihan raya negeri.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah menjelaskan perkara itu kepada ahli parti dan ia diterima sebulat suara oleh Biro Politik PKR.
Antara penjelasan Azmin ialah keperluan perbincangan dengan Pas bagi mengelakkan pertarungan tiga penjuru. (IH)


Sunday, September 25, 2016

“Can Liberalisme Save M'sia?" PKR Wakili 'liberalisme'..

Dari kiri: Khalid Jaafar, Suri Kempe (SIS), Dr Hazlin Chong (Isma) dan Patricia Tan.
Dari kiri: Khalid Jaafar, Suri Kempe (SIS), Dr Hazlin Chong (Isma) dan Patricia Tan.
Oleh Norhidayah Ismail
Aktivis Wanita ISMA


Khalid Jaafar, yang merupakan salah seorang pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang biasanya bergaya dengan kot kali ini berpenampilan ala Gus Dur. Hampir-hampir tidak mengenalinya apabila beliau mengenakan songkok dan baju batik.
Di sebuah acara anjuran IDEAS yang bertemakan “Can Liberalisme Save Malaysia?” (Bolehkah Liberalisme Menyelamatkan Malaysia?), sebuah forum diadakan turut diada. 
Forum ini bertujuan mencari jawapan adakah liberalisme sesuai dengan negara yang mempunyai rakyat pelbagai budaya dan latar agama.
Khalid Jaafar menyebut dalam ucaptamanya dengan bangga, “Saya pada hari ini, mewakili pendakwah liberalisme. Segala komunikasi saya, saya akan gunakan Bahasa Melayu. Ini kerana banyak bahan liberalisme menggubakan bahasa Inggeris, jadi kebanyakan rakyat Malaysia tidak faham agenda liberalisme. Jadi saya ingin berucap menggunakan bahasa Melayu sebagai langkah strategik mendakwahkan liberalisme.”
Khalid Jaafar memang tidak pernah segan dalam mempertahankan ke’totok’an fahaman liberalisme dirinya.
Beliau menyebut kalau ingin faham jati diri negara ini, kita perlu melihat dokuman asas negara ini iaitu Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 yang dibacakan Tuanku Abdul Rahman pada hari kemerdekaan. Khalid Jaafar dengan bangga berkata bahawa Deklarasi Kemerdekaan 1957 ini adalah DNA identiti negara.
Khalid Jaafar berkata kita akan hilang punca kalau kita tidak ada sumber rujukan untuk memahami asas negara ini. Khalid Jaafar mendakwa bahawa fahaman liberalisme memang anutan Tuanku Abdul Rahman. Katanya lagi, itu sebabnya dalam deklarasi kemerdekaan itu tersebut tema-tema liberalisme ditekankan, iaitu soal kebebasan, kebajikan, keamanan dan kebahagiam antara rakyat berbilang bangsa. Dakwa Khalid Jaafar lagi, ia selari dan bertepatan dengan Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat yang dibawa Thomas Jefferson.
Khalid Jaafar juga menyebut dalam deklarasi kemerdekaan memanggil rakyat sebagai “ummat Tanah Melayu”, dan bukannya orang Melayu sahaja. Perlinya, tapi orang Islam ingat perkataan ummat ini merujuk kepada diri mereka sahaja.
Menggelitik hati saya melihat Khalid Jaafar yang begitu yakin membuat tafsiran terhadap keserasian identiti negara ini dengan fahaman liberalisme.
Sempat saya bertanya Khalid Jaafar selepas forum tersebut untuk mendapat kepastian lanjut.
Saya bertanya, “adakah terdapat dokumen lain selain Deklarasi Kemerdekaan Tuanku Abdul Rahman yang membentuk identiti negara? Dia jawab ya, sudah tentu ada, ada banyak dokumen rujukan lain.
Kemudian saya berkata, “jadi Deklarasi Kemerdekaan 1957 tidak perlu jadi satu-satunya dokumen yang perlu jadi DNA kepada identiti negara.”
Perlembagaan kita juga yang meletakkan Islam dalam Perkara 3(1) sebagai agama persekutuan perlu dijadikan DNA. Begitu juga lafaz pelantikan Yang Dipertuan Agong bahawa baginda sebagai Ketua Negara akan memberi komitmen memperkasakan Islam. (Dan begitu juga Kontrak Sosial).
Khalid Jaafar tersengih dan menjawab, “saya tidak tolak semua itu. Dokumen-dokumen ini sentiasa terbuka kepada penafsiran. Dan saya mentafsir dokumen ini selaras dengan liberalisme.”
Sikap Khalid Jaafar yang terlalu simplistik menafsir dokumen-dokumen berkait identiti negara sebenarnya merendahkan kredibiliti beliau sebagai seorang pengkaji di Institut Kajian Dasar (IKD). Beliau menggunakan kaedah “contextualization”, untuk mengaitkan apa sahaja perkara supaya selari dengan fahaman liberalisme beliau. Ini teknik yang sama digunakan Evangelis Kristian iaitu kontekstualisasi apa sahaja perkara supaya nampak sesuai dengan agama mereka.
Khalid Jaafar yang bersifat oportunis apabila menghina Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik dengan menyebut,
“Tahun lepas saya debat dengan Ustaz Lah di acara yang sama. Mula-mula Ustaz Lah  menentang betul-betul liberalisme. Selepas berforum dengan saya separuh jalan 40%, dia dah jadi liberal. Kalau tiap-tiap hari dia minum kopi dengan saya mesti dia jadi liberal totok."
Sedangkan kalau kita lihat rakaman forum antara Ustaz Abdullah Zaik dan Khalid Jaafar anjuran Malaysiakini tahun 2015, Ustaz Abdullah Zaik begitu konsisten memberi pandangannya mengenai liberalisme mengikut perspektif Islam sedangkan Khalid Jaafar lah yang terawang-awang masih mencari apakah definasi liberal.
Pada forum semalam, Khalid Jaafar juga keliru, sekejap rujuk Amerika, sekejap rujuk Britain, sekejap rujuk Quran sekejap cakap Perancis bukan negara liberal (sedangkan siapa yang menghadiahkan Statue of Liberty simbol liberalisme kepada Amerika Syarikat).
Boleh tonton dan baca, dan nilai hujah Khalid Jaafar tahun lepas di pautanhttps://www.evernote.com/shard/s316/sh/d3ee0525-83ab-44d5-84b0-82c4c2cf7e82/0bf7aa78db1ee53b2082992400b47f54
Khalid Jaafar dengan bangga menyebut “liberalisme adalah masa depan dunia”, walaupun panelis dari ISMA, Dr Hazlin Chong telah membawa kajian-kajian bahawa negara-negara model liberalisme telah menuju kepada sifat autoritarian.
Khalid Jaafar juga memberi contoh simplistik bahawa di negara-negara liberal seperti Amerika dan Britain tidak pernah melarang ummat Islam mengamalkan agama Islam. Sedangkan kebenaran tersebut hanyalah untuk Islam yang telah disekularkan bukan Islam yang syumul. Khalid Jaafar juga mungkin terlupa membaca laporan RAND, ‘Building Muslim Moderate Network’, bahawa jenis Muslim yang diterima oleh negara liberal hanyalah yang bersifat sekular, iaitu mengambil Islam terhad pada aspek ibadah peribadi sahaja.
Khalid aafar juga sempat menghentam negara-negara Muslim yang lain, katanya apabila Muslim ingin mendirikan negara Islam, mereka akan menuju kegagalan. Lihatlah apa yang jadi pada Pakistan dan Bangladesh. Sedangkan Khalid Jaafar gagal memahami sejarah geopolitik tanah air ummat Islam dan bagaimana negara-negara Barat yang diagung-agungkannya lah yang telah mencampurtangan, menjajah, merobek, merompak dan merosakkan negara-negara Islam. Sedangkan semuanya baik-baik sahaja dan maju gemilang di bawah khilafah Islam sama ada Umayyah, Abasiyyah mahupun Turki Uthmaniyyah.
Akhirnya, Khalid Jaafar sebenarnya tidak berjaya membawa jawapan konkrit adakah liberalisme mampu menyatukan manusia yang berbilang bangsa dan agama.
Apa yang telah berjaya dilakukan oleh Khalid Jaafar adalah terus membodohkan lagi pentaksub liberalisme yang berada di dalam forum anjuran IDEAS semalam, bahkan menghina Islam seolah-olah Islam bukan solusi kepada masyarakat dan negara.
Apa-apa pun saya bersyukur, kerana terdapat salah seorang peserta forum semalam, yang mungkin sepanjang hayatnya bergaul dengan puak liberal dan hanya mendengar tentang liberalisme, mengakui kepada kami bahawa beliau menjumpai hujah yang begitu baru mengenai Islam yang telah dibawakan oleh panelis ISMA, dan mula terbuka kepada kebobrokan sebenar liberalisme.

Norhidayah Ismail
Aktivis Wanita ISMA
(Sumber: Portal Islam & Melayu)

Kad Khas Bagi Bayi Menyusu Dari Wanita Bukan Ibu Kandung – Mufti WP

dr-zulkifli

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mencadangkan supaya diwujudkan kad khas bagi bayi yang menyusu daripada wanita yang bukan ibu kandungnya.

Beliau berkata ini bertujuan menyatakan hubungan ibu dan anak susuan (nasab) kerana pada masa ini terdapat wanita yang menyusukan anak orang lain tetapi tidak mengetahui pertalian itu.
“Bagi saya ia amat baik kerana akan memudahkan – contohnya, ketika (seseorang anak) hendak berkahwin… apabila dibuat selidikan, rupa-rupanya dia (orang yang hendak dikahwini) adalah juga anak kepada ibu susuan. Itu adalah seperti adik-beradik yang tidak diizinkan berkahwin,” kata Zulkifli.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membincangkan topik ‘Ibu Susuan: Antara Hukum, Nasab, Hak dan Tanggungjawab’ sempena minggu penyusuan susu ibu peringkat Kuala Lumpur & Putrajaya, di Auditorium Perpustakaan Negara, di sini hari ini.
Zulkifli bagaimanapun tidak menjelas lanjut pihak manakah yang perlu mengeluarkan kad berkenaan, namun berkata cadangan itu akan dibincangkan dengan beberapa pihak berkaitan termasuk hospital yang turut mempunyai peranan penting.
Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata perbincangan bersama Kementerian Kesihatan mengenai wanita hamil yang dijangkiti virus Zika sama ada dibolehkan menggugurkan kandungan mereka akan diadakan hujung bulan ini.
Beliau berkata perkara itu semakin mendapat perhatian untuk diteliti dengan lebih lanjut dan cadangan pengguguran itu hanyalah pendapat umum.
Katanya, ia adalah berdasarkan pendapat ahli ilmu fiqah yang lama yang seterusnya dikemukakan ramai ulama dan pihak berkuasa.
Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kementerian akan berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pandangan beberapa orang mufti bahawa wanita hamil yang dijangkiti virus Zika dibolehkan menggugurkan janin yang belum mencapai usia 120 hari. – BERNAMA


Sambal Ikan Nasi Kerabu Ular Sawa, Ada Sijil Halal.

Viral Sambal Ikan Nasi Kerabu Ada Daging Ular Sawa
PENGGUNA
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan agar pengguna tidak menggunakan sambal ikan nasi kerabu segera dalam paket keluaran negara asing.
Ini kerana, sambal ikan nasi kerabu segera yang dijual dalam paket tersebut diperbuat daripada daging ular sawa.
JAKIM mengesahkan bahawa produk berkenaan pernah mendapat pensijilan halal dari The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT) pada tahun 2012.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM, pihaknya mengesahkan bahawa  produk tersebut bukan lagi pemegang Sijil Halal CICOT dan tindakan mahkamah telah diambil kerana pengalahgunaan logo halal.
“Walau bagaimanapun, produk berkenaan bukan lagi pemegang Sijil Halal CITOT. Isu ini masih di bawah tindakan Mahkamah Negara Thailand atas isu penggunakan logo halal yang telah tamat tempoh,” tulis JAKIM dalam kenyataan berikut.
JAKIM juga meminta netizen agar sentiasa menyemak status produk yang diragui kehalalannya terutama jika membeli produk keluaran negara asing di laman web www.halal.gov atau muat turun aplikasi telefon pintar, myjakim untuk mendapatkan kepastian. (IH)


Sejarah Fitnah Dalam Politik Islam. -Kuliah Jumaat Abd Hadi 16 Sept 2016

Hasil carian imej untuk perang dalam sejarah islam

Video -03/37: Kuliah Jumaat 14 Zulhijjah 1437 / 16 September 2016
Kuliah Jumaat di Masjid di Rusila, Terengganu.

Ikutilah seterusnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails