Monday, October 03, 2016
Muhyiddin Hadir Di Pentas PAS.. Apa Kata Idris Ahmad?
KUALA LUMPUR: Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin berceramah di atas pentas PAS pada Himpunan PAS Harapan Semua (Harap 3.4) di Kemasik, Kemaman adalah bukti PAS hendak menggantikan Umno, bukannya bekerjasama dengan Umno.
“Dia hentam Umno, kitapun hentam Umno, diapun hentam Najib, kitapun hentam Najib. Jadi kerja-kerja jahat mengatakan PAS berbaik dengan Umno terjawablah, PAS Ganti Umno (PGU) bukannya PAS bekerjasama dengan Umno (PBU),” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah sepentas dengan bekas Timbalan Presiden Umno itu, malam tadi.
”Seperti PAS, Bersatu juga ingin menjatuhkan Najib menerusi proses demokrasi iaitu mengambil pendekatan pilihan raya, demokrasi.
“Di Malaysia ini, dalam konteks lain, memang tak sesuai, bukan budaya kita,” katanya dipetik Buletin Online.
Menurutnya, setakat ini tiada keputusan yang tepat daripada PAS berhubung kerjasama dengan Bersatu.
Mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan parti yang mahu menjadikan PAS sebagai anak tangga, beliau berkata kenyataan tersebut ditujukan kepada DAP.
“Di Malaysia ini, kerana teras politik Malaysia ialah Melayu Islam, kalau boleh macam di Perak, DAP dah dapat 18 kerusi, ‘solid’ tetapi dia tidak boleh memerintah juga.
“Sebab itu, sewaktu kita bersama Pakatan dahulu orang kata DAP akan memerintah, tidak logik. Yang boleh ‘challenge’ untuk runtuhkan pukat Umno ni, PAS sahaja yang mampu ‘challenge’ dengan Umno,” kata beliau. (Hrkh)
Sunday, October 02, 2016
Pelajar Rogol Pelajar Di Sekolah. Sistem Pendidikan Gagal..
MELAKA: Dua pelajar senior didakwa merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun di dalam kawasan sekolah di Jasin dekat sini.
Pelajar perempuan tingkatan satu itu mendakwa diheret masuk ke dalam bilik stor oleh dua pelajar senior kira-kira pukul 2.30 petang Selasa. Sebaik berada di bilik itu, kedua-dua pelajar senior itu didakwa menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.
Seorang kakitangan pentadbiran yang melalui kawasan kejadian, terdengar bunyi teriakan dan bergegas masuk ke dalam bilik stor itu untuk melakukan pemeriksaan. Terkejut dengan kehadirannya, dua pelajar lelaki itu melarikan diri dan pelajar perempuan itu dibawa ke pejabat pengetua.
Semasa di bilik pengetua, pelajar wanita itu menceritakan bagaimana dia diheret masuk ke dalam bilik stor dan dibogelkan sebelum dirogol. Difahamkan salah seorang pelajar lelaki mengaku melakukan perbuatan itu ketika disoal siasat pada keesokan harinya.
Namun dia mendakwa pelajar perempuan itu membenarkan perbuatan seksual tersebut. Satu laporan polis dibuat di balai polis Jasin pada Khamis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata polis menahan dua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun untuk membantu siasatan kes tersebut.
"Kami sudah menghantar gadis itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan rogol statutori," katanya.
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin mengakui amat terkejut dan tidak percaya insiden seperti itu berlaku.
"Perbuatan itu berlaku di dalam kawasan sekolah pada waktu siang. Sudah tiba masanya pihak sekolah memperketatkan kawalan keselamatan," katanya. (http://kachipemas.blogspot.my/)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukti lagi, sistem pendidikan di Malaysia gagal, tidak mampu melahirkan manusia pembangun negara yang bertakwa kepada Allah SWT.
PKR Sabah Akan Tutup.. Bungkus?
AIDCNews – 01/10/16 –Selepas Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking membuat pengumuman keluar parti baru-baru itu, PKR Sabah semakin bergelora apabila pengerusi parti negeri, Datuk Lajim Ukin sendiri juga bakal keluar parti.
FMT yang memetik sumber China Press melaporkan bukan sahaja Lajim, malah timbalannya, Christina Liew juga hangat diperkatakan akan keluar parti.
Spekulasi mengatakan Lajim bakal menubuhkan parti baharu, manakala Liew tidak pasti akan mengikut jejak Lajim atau menyertai parti baharu pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sepertimana yang dilakukan oleh Leiking.
Lapor China Press, Lajim telah menemui Shafie dan ahli Parlimen Semporna itu mengalu-alukan penyertaan beliau, tetapi tidak menjamin akan melantiknya sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, kerana parti itu hendak melatih lebih ramai calon muka baharu.
Lajim ketika itu menjawab, beliau terpaksa menubuhkan parti baharu.
Sebelum ini The Star melaporkan seorang lagi ADUN PKR yang bakal mengumumkan keluar parti adalah ADUN Moyog, Terrence Siambun.
Siambun dipercayai bakal mengikut jejak Leiking menyertai parti Shafie.
Ketika dihubungi The Star, Siambun memaklumkan beliau akan membuat pengumuman pada waktu yang sesuai.
Difahamkan, PKR Pusat sedang berusaha memujuk beberapa wakil rakyatnya itu dan jika gagal, PKR Sabah hanya mempunyai Dr. Roland Chia yang juga ADUN Inanam sebagai wakil tunggal mereka dalam DUN Sabah.
Pada 22 September lalu, Leiking, dalam surat kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR Sabah sudah tidak dapat diselamatkan lagi kerana dirosakkan dengan begitu teruk oleh Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
Perkasa & Martabatkan Undang-undang Islam, Cabaran PAS Tahun Baru..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Firman Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Firman Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
- Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Baqarah: 218)
Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada Allah SWT kerana masih diberikan peluang untuk bertemu dengan tahun baru 1438H. Peluang yang Allah berikan pastinya menuntut tanggungjawab dan amanah yang besar buat Islam dan ummah seluruhnya
Ambang 1438H dibuka dengan lembaran harapan penghayatan kepada semangat hijrah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammmad SAW dan para sahabat Baginda. Semangat persaudaraan Islam sebenar yang berjaya membina sebuah negara contoh yang menjadi model negara terbaik.
Ambang 1438H juga menuntut semangat pengorbanan umat Islam dan pemimpinnya dalam menjelmakan semula semangat hijrah, iaitu pengorbanan ke arah tauhid yang sebenar kepada Allah SWT yang menjadi asas kepada pembinaan jati diri ummah yang tulen seterusnya membina masyarkat yang beriman dan berakhlak dan seterusnya negara yang aman dan sejahtera.
Lembaran 1438H dibuka dalam suasana yang sangat mencabar buat umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia yang tercinta ini, kita menyambut tahun baru hijrah dengan usaha untuk memperkasa dan memartabatkan undang-undang Islam.
Usaha murni yang dipelopori oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat. Sokongan padu dan usaha kuat yang ditunjukkan oleh organisasi-organisasi Islam, NGO-NGO Islam dan masyarakat Islam untuk menjayakan usaha murni ini sangat mengujakan.
Keadaan ini memberikan satu harapan besar ke arah penyatuan ummah setelah sekian lama dipecahkan oleh blok-blok politik dan pemikiran yang pelbagai yang ditinggalkan oleh penjajah.
Saya mewakili seluruh kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1438H.
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
1 Muharram 1438 /2 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 2/10/2016
Saya mewakili seluruh kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1438H.
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
1 Muharram 1438 /2 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 2/10/2016
Perubahan Undi Melayu Beri Kelebihan Kepada PAS. -P'jaya Perak.
PADANG RENGAS: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata perubahan sedikit daripada undi orang Melayu boleh memberi kemenangan lebih daripada 30 kerusi kepada PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) majoriti Melayu.
Sehubungan itu, beliau menyasarkan untuk memenangi 30 daripada 59 kerusi Dun di negeri ini pada pilihan raya akan datang.
"Jika perubahan ini berlaku PAS mampu membentuk kerajaan dan sekali gus boleh melenyapkan pesepsi negatif yang dibina musuh selama ini seperti PAS sudah lari dari dasar perjuangan, PAS hendak bergabung dengan Umno, PAS boneka DAP dan PAS bertanding tidak cukup kerusi untuk memerintah Perak," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Ijtimak Jentera Pilihan raya PAS Perak yang diadakan di Musolla Al Ehsan Paya Renggam, dekat sini, hari ini.
Ijtimak tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan.
Ijtimak ini juga mencatat sejarah dengan kehadiran melebihi 5,000 orang petugas dan jentera pilihan raya PAS negeri dari semua peringkat.
Ijtimak berakhir pada jam 4.30 petang dengan lafaz baiah setia perjuangan oleh semua jentera yang hadir. - HARAKAHDAILY 1/10/2016
Pakistan Boikot Bollywood Protes Serangan India
HALAMAN HIBURAN
ISLAMABAD – Sebahagian besar pawagam Pakistan serentak memulaukan filem Bollywood susulan tindakan tentera India menggempur pasukan keselamatan Pakistan di wilayah bergolak Kashmir.
Rangkaian pawagam negara tersebut menyatakan, langkah pemboikotan penayangan filem-filem India akan dilakukan setidak-tidaknya selama dua minggu sehingga hubungan antara kedua-dua negara kembali normal.
Setakat ini pemulauan filem-filem India dilaporkan berlaku di pawagam-pawagam sekitar Lahore, Karachi dan ibu kota Islamabad, serta dilakukan atas dasar solidariti dan perasaan patriotisme terhadap pihak tentera Pakistan.
Menurut stesen penyiaran antarabangsa BBC, filem India di Pakistan sangat popular waima industri filem Pakistan sendiri mulai mengalami kebangkitan, namun dibandingkan dengan industri Bollywood, ia masih jauh lebih kecil.
Bagaimanapun, keputusan tegas pemboikotan filem-filem India, seperti diakui pengusaha pawagam tempatan dijangka membuatkan mereka sendiri boleh mengalami kerugian dari segi pendapatan hasil kutipan jualan tiket.
Dalam pada itu, bentuk sokongan serupa ditunjukkan para pembuat filem India menerusi Persatuan Produser Filem India dengan menerapkan larangan terhadap pelakon berasal dari Pakistan untuk tampil dalam filem Bollywood.
REUTERS - POSTER iklan filem yang dibintangi pelakon India kelihatan dipaparkan di luar sebuah panggung wayang sebelum ditanggalkan di Karachi, Pakistan ...
Susulan perkara itu, seorang tokoh politik sayap kanan di Pakistan bertindak balas dengan menyarankan agar semua aktor dan aktres Pakistan untuk segera keluar dari India sebagai protes dan membantu pihak produksi Pakistan.
Kawasan Kashmir sejak sekian lama menjadi wilayah yang sering meletus sengketa antara pasukan tentera India dan Pakistan selama bertahun-tahun malah dua negara itu sempat berperang dua kali untuk berebutkan Kashmir.
Ketegangan terkini bagaimanapun dipicu oleh serangan militan Pakistan terhadap sebuah markas tentera di Uri, kawasan Kashmir berada di bawah pentadbiran India pada 18 September lalu. Akibat serangan itu, 18 askar maut.
India kemudian melancarkan serangan balas dendam di sepanjang perbatasan de facto dengan Pakistan. Serangan itu, menurut Kementerian Pertahanan India terpaksa dilakukan untuk mengusir kumpulan pengganas dari Pakistan.
Namun, Islamabad menepis keras alasan New Delhi tersebut bahkan menyatakan bahawa dua tenteranya turut dilaporkan terbunuh akibat serangan daripada pasukan keselamatan India. – Agensi
LGE Undur! 3,000 Baju Merah Tawan Gurney Drive..
GEORGE TOWN – Ketika puluhan aktivis Bersih 5 berarak lesu buat kecoh di Teluk Intan, Perak, pada masa sama lebih 3,000 peserta Baju Merah berhimpun aman di Pulau Pinang petang Sabtu.
Perhimpunan jalanan terbesar di negeri berkenaan anjuran Pemuda UMNO Pulau Pinang dilakukan untuk mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal rasuah supaya segera meletak jawatan.
Ia turut diadakan bagi menyatakan sokongan secara terbuka kepada kepimpinan UMNO negeri dan Barisan Nasional Pulau Pinang yang membuat tuntutan supaya pemimpin DAP itu melepaskan jawatan disandangnya.
Ribuan peserta kelihatan berbaju merah dan menunggang motosikal sebelum berkumpul dalam program yang dinamakan sebagai Himpunan Bangkit Pulau Pinang 2016 di Bulatan Persiaran Gurney sejak jam 2 petang.
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata, ia turut bertujuan menggesa polis tidak memberi permit kepada himpunan haram Bersih yang dijangka diadakan di Pulau Pinang pada 19 November nanti.
"Hari ini kita berhimpun di sini untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa jika Bersih diadakan di sini, ramai peniaga terganggu dan aktiviti orang awam terjejas. Ini baru 3,000 orang, kita dah nampak ia ganggu orang ramai.
“Oleh itu, kita tentang habis-habisan perhimpunan Bersih di Pulau Pinang. Selain itu, kita juga gesa Guan Eng undur kerana kes rasuahnya yang sudah dibawa ke mahkamah,” katanya ketika berucap semasa himpunan tersebut.
Untuk rekod, Guan Eng didakwa di mahkamah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn dengan tawaran harga lebih murah daripada pasaran.
Mengikut pertuduhan kes, Guan Eng juga didakwa sebagai penjawat awam menyalahgunakan kuasa Ketua Menteri berhubung pengezonan semula tanah lot kepada Magnificient Emblem Sdn. Bhd. pada 18 Julai 2014.
Walaupun didesak berkali-kali untuk letak jawatan atau bercuti demi kepentingan rakyat terutama puluhan saksi kes tersebut, namun Guan Eng masih enggan berbuat demikian. – Agensi.
Subscribe to:
Posts (Atom)