Friday, October 07, 2016

Gerakan Boikot Israel Adalah 'Terorisme'. -Menteri Hakim Israel.


Menteri Kehakiman Israel Sebut Gerakan Boikot Bentu “Terorisme”
Menteri Kehakiman Israel Ayelet Shaked (gambar) menyebut gerakan Boikot, Divestasi dan Sekatan (BDS) sebuah bentuk dari "keganasan", dalam kenyataan yang dibuat kelmarin.

Bercakap pada persidangan Jewis National Fund (Dana Nasional Yahudi / JNF) di New York, menteri itu membandingkan kempen BDS dengan terowong-terowong di bawah pagar sempadan Gaza.

"Kadang-kadang gerakan BDS membiayai sumber-sumber yang serupa dengan mereka yang membiayai organisasi pengganas," tuduh Shaked.

Dia menambah, "Ini merupakan wajah baru keganasan," ujar Ayelet Shaked dikutip middleeastmonitor.com belum lama ini.

Gereja Persatuan Methodist bergabung dengan gerakan BDS

Menteri itu berpendapat "kritisme terhadap Israel itu sah", sedangkan kritisme "yang berupaya untuk merosakkan hak wujud Israel tidaklah sah (tidak sesuai undang-undang)."

BDS, Gerakan Boikot yang mula mendunia.

Bercakap di depan hadirin Yahudi Amerika, Shaked menyesali bahawa "terdapat juga para Yahudi liberal muda yang bingung dan disesatkan oleh gerakan ini."

"Mereka menelan kehobongan yang propaganda Palestin sebarkan. Mereka telah jatuh ke dalam jaring dan mereka bahkan tidak menyedari tentang fakta bahawa mekanisme menarik tali itu merupakan pengganas dari Islam radikal. "

The Boikot, Divestasi dan Sekatan (BDS) terhadap rejim Israel bermula pada Julai 2005 yang disokong lebih daripada 170 organisasi Palestin. 

Gerakan awalnya lahir guna menamatkan aparteid di Afrika Selatan ini, kini makin berkembang sangat cepat dan mencari momentumnya tatkala serangan penjajah Israel menyerang Gaza pada bulan Julai 2014. (IH)

'Jangan Percaya Dibohongi Guna Surat Al-Maidah..' Gubernur DKI Jakarta Hina Islam?

Ahok Dikecam Bilang “Jangan Percaya Dibohongi Pakai Surat Al-Maidah”
Ahok, GAbernur DKI Jakarta, seorang Cina Kristian hina Islam?

JAKARTA: Ucapan Gubernur DKI Jakarta Basuki Thahaja Purnama alias Ahok kembali menuai kecaman rakyat. Gara-garanya adalah pernyataan Ahok yang menyinggung soal al-Qur'an Surat Al-Maidah ayat 51.

Pada mulanya, pada sebuah acara di Kabupaten Administratif Kepulauan Seribu, DKI Jakarta, Ahok membincangkan tentang pelan suatu program. Ahok lalu mengaitkan rancangan itu dengan agenda Pilkada DKI Jakarta 2017 dan kedudukan dirinya sebagai petahana non-Muslim.

Kepada warga Indonesia Ahok berkata, "Jadi, jangan percaya sama orang, boleh aja dalam hati kecil bapak ibu nggak boleh pilih saya. ... Dibohongi pakai Surat Al-Maidah (ayat) 51 macem-macem itu. Itu hak bapak-ibu ya! "

Kenyataan Ahok tersebut ditayangkan dalam video yang diunggah akaun rasmi Pemprov DKI ke laman Youtube bertarikh 28 September 2016. Acara itu berlangsung sehari sebelumnya, Selasa (27/09/2016).

Gabenor yang pernah menyebut kotoran makhluk hidup dalam tayangan langsung sebuah stesen TV ini pun berkata, "Jadi kalau bapak ibu perasaan 'tidak boleh pilih (Ahok) nih kerana saya takut masuk neraka', dibodohin gitu ya, tidak apa-apa. Kerana ini, kan, panggilan peribadi bapak ibu. "

Seperti diketahui, Surat Al-Maidah ayat 51 selama ini dijadikan sebagai salah satu dalil bagi umat Islam yang menolak menjadikan orang non-Muslim sebagai pemimpin.

Menjadi Viral

Video tersebut belakangan ini merebak ke pelbagai jejaring sosial (mem-viral). Baik di Facebook, kumpulan-kumpulan WhatsApp, pun Twitter.

Para netizen melontarkan kecamannya atas kenyataan Ahok yang dinilai telah menyinggung perasaan umat Islam.

"INI ORANG SUDAH SENTIMEN SARA. Bilang pada dibohongi Surat Al Maidah 51. Untung orang Islam tak menyakiti fizikalnya, "kicau akaun Twitter Mustofa Nahra @TofaLemon.

Netizen dengan akaun Tendang Ahox @Andi_darek mengatakan, "Ini gangguan udah keterlaluan pada Islam, Ahok bilang pada dibohongi Surat Al Maidah 51."

Ketua Umum PP Pemuda Muhammadiyah, Dahnil A Wong, turut mengecam kenyataan Ahok tersebut.

"Pak @basuki_btp mengatakan dibodoh-bodohi Surat Al-Maidah, terang penghinaan terhadap kepelbagaian dan Pancasila, bukan cuma umat Islam," ujarnya melalui akaun @Dahnilanzar, Kamis (06/10/2016) sambil menandakan akaun Ahok.

"Saya menghormati bila anda (Ahok. Red) terus mengekalkan komitmen antikorupsi misalnya, tetapi @basuki_btp ucapan 'dibodohi Surat Al Maidah' sangat mengganggu," lanjut Dahnil berkicau.

Kicauan "Al Maidah" ​​pun menjadi tema paling sering atau menjadi trend dibincangkan di ranah Twitter (trending topic).

Sementara itu, baru-baru ini muncul sebuah petisyen yang berjudul "Ahok! JANGAN lecehkan AYAT AL QUR'AN".  (Hidayatullah.com/IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah kata-kata begini menghina Islam? Wajarkah ia sebagai pemimpin negara umat Islam terbesar di dunia (yang berbangsa Cina beragama Kristian) mengapi-apikan perkauman agama di negaranya sendiri?

Ingat, umat Islam di dunia cubit paha kanan paha kiri pun terasa juga!

Londeh Baju Penyanyi Di Pentas. Ini Trend Hiburan Dunia Yang M'sia Ikut?

Peminat Tarik Zip Baju Penyanyi Ketika Persembahan

HALAMAN HIBURAN

Penyanyi terkenal Mexico. Thalia berdepan dengan peminat yang telah membuka zip belakang bajunya ketika dia dijulang oleh mereka sewaktu membuat persembahan sempena Latina Live Tour di Miami. 

Thalia, 45, atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda terpaksa memegang bajunya bagi mengelakkan ia terlondeh. Ketika itu Thalia memakai gaun pendek. Beberapa hari lepas Thalia berdepan dengan kecaman selepas dia menyuruh peminatnya turun dari pentas.

thalia
Thalia meminta maaf kepada peminatnya menerusi akaun instagramnya dan menyatakan bahawa mereka amat bererti kepadanya. Thalia boleh menyanyi lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Sepanyol, English, Filipina, Perancis dan Portugis. Dia turut berlakon dalam drama opera termasuk Maria Mercedes atau Rosalinda. 
Begitu antara cara publisiti artis-artis dan konsert hiburan masa kini. Trend artis Malaysia yang disogok pemerintah pun begitu juga.. Itukah tarbiah negara sekular yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuannya?
Butakah pemimpin-pemimpin yang mengaku Islam di negara ini dalam menilainya? Rakyat pula terus dibutakan sehingga memilih mereka lagi dalam tiap kali pilihan raya?
Kerana itu sokonglah RUU 355 bagi meninggikan taraf Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Presiden parti yang memerintah negeri Kelantan sekarang. (IH)

Thursday, October 06, 2016

10 Minit Iklan Filem Lucah Jepun, Dia Telah Ditangkap.

Hasil carian imej untuk Suspek siar filem lucah di papan iklan ditangkap
JAKARTA – Seorang lelaki Indonesia yang ditangkap kerana menggodam sebuah papan iklan elektronik dan menyiarkan filem lucah semasa waktu puncak di Jakarta kini berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun, kata polis semalam.
Filem porno Jepun itu disiarkan selama 10 minit di skrin iklan itu di sebuah persimpangan utama di Jakarta pada Jumaat lalu. Ramai pengguna jalan raya terkejut dengan kejadian itu dan tidak kurang pula yang menganggapnya sebagai lucu.
Sebahagian mereka sempat merakam aksi panas tersebut dan memuat naiknya di media sosial sebelum bekalan elektrik ke papan iklan itu dipotong.
Polis dan pakar-pakar jenayah siber me­lancarkan siasatan untuk memburu penggodam tersebut dan menangkap seorang penganalisis teknologi maklumat berumur 24 tahun di pejabatnya kelmarin.
Ketua Polis Jakarta, Mochamad Iriawan berkata, lelaki yang ditangkap dan tidak didedahkan identitinya itu mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu.
“Dia melakukan ‘jenaka’ ini selepas me­lihat maklumat log masuk yang dipaparkan di papan iklan tersebut.
“Suspek mendakwa dia melakukan semua ini bersendirian,” kata Mochamad kepada wartawan.
“Namun, kami masih menyiasat sama ada suspek melakukan jenayah ini bersendirian atau sama ada dia mempunyai motif tertentu atau sama ada dia cuba berjenaka,” tambahnya. – AFP

Bebaskan Rakyat M'sia Ditahan Israel, 3 Krew, 10 Anak Kapal. Takziah Kepada Keluarga Mereka!

Dr Fauziah Mohd Hasan
Dr Fauziah, antara yang ditahan.

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri kini sedang berusaha untuk membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim Israel, pada Rabu.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak Kementerian sudah menghubungi beberapa pihak untuk memastikan rakyat Malaysia yang ditahan itu berada dalam keadaan selamat.

"Kita buat masa ini sedang memantau perkembangan itu," petik kenyataan Kementerian Luar Negeri.

Terdahulu, aktivis dan juga wakil tunggal dari Malaysia iaitu Dr Fauziah Mohd Hasan yang mengikuti pelayaran kapal Zaytouna-Oliva dalam misi ke Gaza ditawan Israel.

Kapal layar berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal telah ditawan oleh tentera Israel kira-kira 8.58 malam pada Rabu.
Kapal Zaytouna yang dalam misi #WomensBoatToGaza (WBG) itu dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju ke pelabuhan Ashdod.

Weblog Ibnu Hasyim ucap takziah kepada keluarga mereka. (IH)

Ini, Rogol Melalui WhapsAPP, Bagaimana?

Hasil carian imej untuk rogol melalui wasap

JOHOR BAHRU – Seorang remaja pe­rempuan berusia 15 tahun nyaris dirogol oleh dua lelaki yang baru dua hari dikenalinya menerusi aplikasi WhatsApp selepas dia dikurung di sebuah rumah di Taman Nusantara, Gelang Patah dekat sini pada Sabtu lalu.
Mangsa dikatakan sanggup keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga untuk mengikuti kedua-dua suspek berusia 20-an pergi makan di sebuah restoran di kawasan Bukit Indah di sini sebelum ke rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, setiba di rumah suspek, pelajar itu masuk ke dalam bilik dan kedua-dua suspek kemudian meraba dan mencium­nya bergilir-gilir.
“Pelajar itu cuba melawan, namun ditampar. Salah seorang suspek turut cuba me­lakukan hubu­ngan seks dengan mangsa, namun tidak berjaya kerana dia dalam keadaan haid,” katanya ketika dihubungi semalam. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa? Kerana remaja dididik tanpa ilmu Islam. Contoh, remaja keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga dalam masyarakat yang mengaktifkan budaya sesat 'najis pergaulan bebas'. Ini padahnya! (IH)

Saiful Apek, Sorang Lagi Anak Seni Berubah Ke Arah Kebaikan.Al-hamdulillah, Tahniah!

Saiful Apek Dalami Islam Selepas Dipanggil Berceramah

HALAMAN HIBURAN

PELAWAK Saiful Apek memberitahu dia dapat menggalakkan dirinya lebih dekat kepada Islam selepas kerap kali dijemput berceramah dalam forum agama di surau dan masjid sekitar ibu kota.

Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 47, berkata, perkara tersebut secara tidak langsung memberinya peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
“Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur.
“Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni, tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi.
“Alhamdulillah mungkin juga ada sebab saya dapat peluang itu, sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang ilmu agama,” ujarnya kepada mStar Online.
Saiful ditemui pada majlis memperkenalkan peserta program Lawak Solo yang diadakan di The Apartment, Suria KLCC, di ibu negara pada Rabu.
“Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu drastik.Dalam pada itu, pelakon filem Cicak Man ini berkata, dia sudah lama mempunyai niat untuk berubah ke arah tersebut, namun lebih mengambil pendekatan secara perlahan-lahan.
“Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah di masjid dapat juga menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama mendalami agama Islam,”ujarnya.
Selain itu, Saiful berkata, dia kini banyak melakukan sesuatu yang baharu dalam kehidupannya termasuklah mendapat tawaran membawakan watak antagonis.
Dia juga terlibat dalam filem KL Vampire dan Ajib Is Back sebagai watak penjahat.
Imej terbaharu Saiful Apek. FOTO: Ibrahim Mokhtar
“Sampai satu tahap saya rasa dah puas melakukan semua benda yang sama sahaja, sebab itu pada usia ini saya ingin cuba sesuatu yang baharu.
“Selain menghadiri forum agama, saya juga bersyukur diberi peluang membawakan watak-watak antagonis yang pernah saya idamkan suatu masa dulu,” ujarnya.
Saiful bakal menjadi juri dalam program realiti Lawak Solo yang bersiaran setiap Jumaat, bermula 21 Oktober ini, pukul 10 malam di Astro Warna (Saluran 132). –mStar Online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails