Sunday, November 13, 2016

Trump/Hillary Menari Tanding Presiden AS, Sesuaikah Dalam Politik Islam?

Video parodi aksi lucu Trump, Clinton
Video parodi aksi sepanjang kempen pemilihan calon Presiden Amerika Syarikat ke-45 antara Donald Trump dan Hillary Clinton, kini menjadi viral dan berjaya meredakan keriuhan seketika di Amerika Syarikat.


Video yang berdurasi lebih 1 minit 37 saat itu, sehingga kini telah ditonton lebih dari 8 juta pelayar mendapat pelbagai respon rakyat AS.

Menurut Gabrielle Simpson, dia berterima kasih dengan tayangan video itu kerana meredakan seketika suasana panas yang melanda AS kini selepas Trump dipilih menjadi presiden ke-45.

"Terima kasih kerana membawa cahaya kepada kami, selepas berlakunya hari yang malap buat kebanyakan daripada kami semua," katanya.
Sementara menurut Sheree Bonneville, video itu membuatkan dia tersenyum.
"Kita perlukan sedikit gembira (merujuk kepada keadaan sekarang), terima kasih!," katanya.

Dalam paparan video yang ditayangkan di program bual bicara popular Ellen itu menunjukkan aksi Hillary dan Trump dalam pelbagai ragam.
Ada ketikanya memaparkan Trump dan Hillary menari dan berjoget ketika mereka berbahas dan pelbagai lagi aksi lain yang mencuit hati.

Sesuaikah cara begini kalau berpolitik gaya Islam?


Trump and Hillary Clinton Dance KALINKA

Benar Ke? PAS Perlu Belajar Dari DAP Cara Tadbir Negeri..

PAS PERLU BELAJAR DENGAN DAP CARA MENTADBIR NEGERI... (Diangkat dari http://naimnikmat.blogspot.my)


Ini, Donald Trump Bertarung, Bergumpal Di Gelanggang Gusti..

[Video] Saat Donald Trump hajar pegulat bebas di ajang smackdown


[Video] ketika Donald Trump hajar pegusti bebas di pertandingan Smackdown Donald trump di acara wrestle mania. © YouTube

Rakyat AS mungkin tak pernah bermimpi akan memiliki presiden seperti Donald Trump. Tapi hasil pemilihan tiga hari lalu mengejutkan banyak orang bahkan seluruh dunia. Trump terpilih menjadi presiden AS ke-45 setelah mengalahkan kandidat dari Partai Demokrat Hillary Clinton.

Banyak kalangan menilai Trump tidak sesuai menduduki jabatan presiden AS itu. Tak kurang Presiden Obama sendiri dalam kempen sokong buat Clinton pernah mengatakan Trump adalah sosok yang tidak layak menjadi presiden AS.

Bagi warga dunia mungkin banyak yang tidak menyangka Donald Trump kini adalah presiden terpilih AS ke-45 yang pernah beraksi di panggung gulat bebas terkenal wrestle Mania. Acara itu tentu saja bukan gulat atau pertarungan betulan, tetapi pertunjukan yang tidak membuat para pelakunya cedera serius. 

Para pemain dalam acara itu semua berlakon seolah-olah pergulatan di dalam tayangan itu adalah betul. Dari segala teknik pukulan, bantingan, dan kuncian dalam acara itu semua adalah hanya sekadar akting yang tidak melukai atau menyakiti lawan.

Di Indonesia, acara yang lebih dikenal dengan sebutan 'smackdown' itu pernah di tayangkan di salah satu televisyen swasta dan sempat membuat heboh lantaran banyak anak-anak meniru gerakan berbahaya dalam acara itu sampai menyebabkan timbul korban maut.

Dalam video yang diunggah ke YouTube pada Ogos tahun lalu Trump terlihat membanting seorang yang berperanan sebagai musuhnya sampai terjatuh lalu memukulinya. Setelah itu dia di atas panggung, Trump mencukur habis rambut musuhnya itu dengan pisau cukur untuk mempermalukannya.

Rasanya sungguh sulit dipercaya, Trump yang baru saja dinyatakan sebagai presiden AS terpilih pernah melakukan aksi brutal seperti di pertandingan wrestle Mania. Tapi peristiwa itu benar-benar terjadi.

Sumber: Merdeka.com

donald trump di acara wrestle mania YouTube

      • 1 day ago
      • 1 view
      Donald Trump SMACKDOWN Donald Trump SMACKDOWN.
      • NEW


    1. SALVARE LA VITA A DONALD TRUMP!

      • 3 weeks ago
      • 1,097,293 views
      Pagina Facebook Favij: ➜http://www.facebook.com/favijtv.


    2. Donald Trump, the Decline of an Empire

      • 4 days ago
      • 960 views
      Donald Trump's views, policies and rhetoric have raised concerns among Americans. This documentary elaborates on Trump's ...
      • NEW

Bentuk Pakatan Baru.. Terdiri PAS (G/Sejahtera), PKR, BERSATU & WARISAN -Hj Hassan Omar.


9 November 2016, Mursyidur Am PAS Tuan Guru Haji Hashim Jasin telah mengeluarkan satu kenyataan tentang bertanpa perlunya pembangkang bersatu untuk satu lawan satu bagi menjatuhkan kerajaan UMNO @ BN yang zalim dan rakus.

Mursyidur Am dalam kenyataan menyebut  bahawa penyatuan tersebut adalah demi kepentingan Islam dan Melayu menjadi tonggak kepada perpaduan di Malaysia dalam masyarakat berbilang kaum.

Beliau menyeru kumpulan-kumpulan NGO dan parti politik bersatu dan menjadikan Islam sebagai asas penyatuan mereka.

PAS berusaha dalam penyatuan ini dengan menubuhkan GAGASAN SEJAHTERA yang kini didokong oleh IKATAN dan BERJASA.

Dalam masa yang sama PAS masih menjalankan kerjasama tahaluf dengan PKR dan kini giat berunding dengan BERSATU dan WARISAN.



DAP menyedari bahawa BERSATU dan PKR lebih minat untuk bersama dengan PAS daripada bersama dengan DAP. DAP yang bersifat mereka TUAN, yang lain hamba! dan PAN sekadar barua DAP yang akan mengundi DAP dalam apa-apa keputusan dengan keputusan 2 lawan 1 sebagaimana PAS pernah alami, membuatkan PKR berfikir dua kali.

Yang sangat jelas BERSATU, Tan Sri Muhyiddin lebih mengenali UMNO daripada PAN dan DAP mengetahui bahawa PAS bukan nak UG dengan UMNO pasal itu BERSATU lebih mirip ingin bersama PAS bagi menawan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kenyataan ini telah disebut oleh Tun Mahathir bahawa negerii-negeri ini hanya memerlukan pengalihan pengundi yang kecil sahaja UMNO pasti akan tumbang.

Kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya perjanjian kerjasama antara pakatan harapan yang perlu ditandatangani pada konvensyen hari ini, ditangguhkan sudah cukup kita memahami bahawa BERSATU lebih minat bergabung dengan PAS dan PKR daripada Pakatan Harapan.


Memetik portal The Star sebagai berkata, Muhyiddin meminta penangguhan itu berikutan menginginkan tempoh untuk berfikir mengenai rancangan kerjasama tersebut.


Beliau juga menuntut banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pakatan harapan mengenai hubungan mereka dengan parti rasis dan cauvinis, DAP serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).

Dikatakan Muhyiddin juga tidak selesa dengan perkembangan di Johor dimana dilihat PAN lebih bermesra (boleh disebut barua atau dedak) dengan DAP dan jika negeri berkenaan jatuh kepada pembangkang sudah pasti DAP akan menguasainya yang lain sekadar boneka aje. Sudah pasti Bersatu dan ahli-ahlinya yang masih berjiwa UMNO tidak senang dengan ketuanan DAP dalam Pakatan Pembangkang.

Konvensyen Pakatan Harapan hari sangat mengecewakan setelah jemputan kepada PAS 'lastminute' ditolak kemudian diikuti dengan WARISAN juga menolak untuk hadir. BERSATU menjadi macam delema, tetapi Tun Mahathir hadir.




Kalau anda lihat gambar di atas, anda sudah parti melihat hampir dua pertiga dewan dipenuhi oleh puak-puak PAN. Nasib juga PAN guna baju oren boleh kita melihat dengan jelas dan itu belum termasuk lagi yang menggunakan baju warna lain.

Mana pergi pimpinan PKR? BERSATU? DAP pun tak hadir.

Kenapa PAN beriya-iya nak menjayakan konnesyen ini? Saya sudah menulis dalam artikel "PAN Tersempit Untuk Survival Politik Malaysia" PAN tidak ada hala tuju dan tersempit dalam kebangkitan pembangkang. Kalau kehadiran parti-parti lain membantu pembangkang tetapi kehadiran PAN menyebabkan pembangkang menjadi tak tentu hala. PAN bukan menarik ahli UMNO tetapi merosakkan PAS dan PKR sahaja.

Jika GAGASAN SEJAHTERA boleh menjadi satu blok politik pembangkang yang baru sudah parti PAN akan hilang dalam arus politik tanah air. 


Terbongkar Lagi, Adik G/Eng Ganti KM PP?



Pengumuman DAP Pulau Pinang menggunakan alasan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) bagi melantik adik perempuan Lim Guan Eng sebagai Ketua Jawatankuasa Kempen Pilihanraya adalah muslihat bagi menyediakan wanita itu sebagai pengganti Ketua Menteri.
Guan Eng yang sudah didakwa di mahkamah kerana jenayah rasuah mengenepikan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, seorang anak tempatan bagi menjadi penggantinya.

Biarpun pengumuman dibuat Kon Yeow ketika Konvensyen DAP Pulau Pinang dan bukannya Guan Eng sendiri, menurut sumber DAP yang turut hadir di perhimpunan itu, ia adalah alasan bagi mengelak spekulasi di kalangan perwakilan.

“Perlantikan adik Guan Eng itu sebagai persiapan bagi menyediakan wanita itu menggantikan Guan Eng kerana tidak mahu teraju pentadbiran Pulau Pinang digantikan oleh ‘orang luar.’

“Kon Yeow tahu kedudukannya biarpun sebagai Pengerusi DAP negeri, ia tetap tidak menjamin laluannya ke Komtar (pejabat Ketua Menteri),” kata sumber itu kepada My Nation News.

Katanya, apabila adik perempuan Guan Eng lebih kerap turun padang bertemu jentera berbanding Kon Yeow melalui perlantikan jawatankuasa itu, ia akan dijadikan alasan untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri.

Adik perempuan Guan Eng dilantik mengetuai satu jawatankuasa bagi jentera sosial media atau dikenali sebagai RBA.

DAP akan turut menyalurkan lebih banyak sumber ke dalam ‘jawatankuasa’ itu, kata Kon Yeow seperti dipetik The Star Online baru-baru ini.

Sumber AIDCNews


BERSATU Tangguh Perjanjian Dengan HARAPAN, Mengapa Pula?



Seperti hanya selangkah lagi untuk menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN) namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meminta sedikit masa tambahan sebelum memuktamadkan penyertaan mereka ke dalam gabungan berkenaan. (Lihat aje LKS nampak macam tak mahu lihat muka TSMY pasal tak nak tt)
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata masa itu diperlukan untuk mereka meneliti keseluruhan perjanjian berkenaan.

"Minta maaf, perjanjian ditangguhkan hari ini. Minta maaf," katanya semasa memberikan ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Kata bekas timbalan presiden Umno yang dipecat itu BERSATU berasakan masa secukupnya diperlukan terutama membabitkan hal sepenting itu.

"Dalam urusan dan hal-hal penting seperti perjanjian pertama yang kami akan tandatangani, saya dah minta tangguh untuk beri masa secukupnya kepada pemimpin BERSATU dan Pakatan Harapan berbincang dengan lebih lanjut," katanya.

Bagaimanapun mengulas lanjut, Muhyiddin berkata BERSATU secara dasarnya bersetuju dengan sebahagian perjanjian tersebut.

"Ada pihak kata, saya tarik diri daripada tandatangani perjanjian dengan HARAPAN, tetapi sebenarnya saya tidak berundur, saya amat serius.
"Pada dasarnya saya setuju dengan sebahagian besar perjanjian tersebut termasuk kedudukan Sabah dan Sarawak, hal kedudukan agama Islam dan agama kaum-kaum lain, bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kemuliaan dan institusi raja Melayu," kata Muhyiddin.

Sementara itu, mengulas apakah penangguhan pemeteraian perjanjian kerjasama dengan HARAPAN oleh BERSATU dibuat ekoran perbincangan mereka dengan PAS, ini jawab Muhyiddin: "Bukan kerana itu, tapi saya sengaja minta (lebih masa) kerana mahu beri peluang kepada kepimpinan BERSATU mengadakan pertemuan pertama kali dengan pucuk pimpinan HARAPAN yang belum dibuat sebelum ini."

Perlu pertemuan pakar

Awal November lalu PAS mengesahkan bahawa parti itu berbincang dengan Muhyiddin mengenai jalinan kerjasama untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Aziz menjelaskan bentuk kerjasama itu masih belum dimuktamadkan dan memerlukan masa serta penelitian daripada kedua-dua belah pihak.

Terdahulu semasa berucap dalam Konvensyen Pakatan harapan pagi tadi Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir berharap parti yang dinaunginya itu bersetuju untuk memeterai perjanjian kerjasama dengan HARAPAN.

Kata Dr Mahathir lagi adalah tidak benar Muhyiddin menentang penyertaan parti berkenaan ke dalam HARAPAN.

Sebaliknya kata Dr Mahathir, Muhyiddin dan beliau bersependapat untuk menyertai gagasan berkenaan secara langsung kerana berkongsi pandangan bahawa negara ini perlu dibebaskan daripada kepimpinan Najib.

Menurut Muhyiddin beliau juga turut mencadangkan satu perjumpaan bersama pakar mewakili kesemua parti kompenan HARAPAN.

"Saya mahu keputusan mengadakan kerjasama dibuat secara komprehensif (dan) ini memerlukan proses perbincangan yang luas.

"Saya juga telah meminta sekreteriat HARAPAN untuk tentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk perbincangan tersebut dan apabila semua capai (kata sepakat) baru kita akan tandatangani," kata Muhyiddin. (TKO)

Bermalam Di Desa Cimanggu, Ole-ole Ke Malaya.. Boleh Tumpang!

Hasil carian imej untuk manggis di desa cimanggu
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim, Jakarta Ke Tasikmalaya (3)  

DARI stesyen bas di Tasik Malaya, sebuah kereta datang menjemput. Saya dibawa ke Desa Cimanggu. 

Menurut kawan yang menjemput kami itu, Desa Cimanggu ada di pertengahan antara sungai Cipanojer sebelah utaranya, dan sungai Cilonggan selatannya. 

"Sekitar tahun 1978 Desa Cimanggu, dimekarkan menjadi dua Desa iaitu Desa Cimanggu sekarang dan Desa Luyubakti, Desa Baru. Diceritakan, nama Desa Cimangggu diambil dari suatu riwayat iaitu , bahawa di blok Cimanggu  persil 49 tepatnya pada tanah milik Bapak Zainal Solihin sekarang, ada sebuah mata air yang keluar dari bawah pohon manggis." Kata kawan kami yang sedang memandu kereta kami itu.


Perjalanan menuju ke Desa Cimanggu.







Menurutnya lagi, perkataan manggis dalam bahasa sunda disebut 'manggu', sehingga dengan berdirinya desa itu, diberi nama Desa Cimanggu. Desa Cimanggu mulai didirikan pada tahun 1917 Masehi. 

Desa Cimanggu mulai diresmikan pada 24 Mei 1980 terdiri dari 5 kedusunan dan 16 Rukun Tetangga (RT) dengan jumlah penduduk ± 2,700 dan yang menjadi Kepala Desanya Bapak Zaenal Solihin (alm) Periode 1979 s/d 1987.

"Terdapat banyak pokok manggis. Buah manggis di sini dikatakan sangat enak rasanya. Bahkan dieksport keluar negara." Katanya.

Hasil carian imej untuk manggis di desa cimanggu

Aku bermalam di Desa Cimanggu. Di rumah kawanku yang membesar di situ. Kini dia sudah berkahwin dan tinggal sekitar Jakarta. Aku, kini bersamanya di rumah itu. Ayahnya masih ada, berumur 80an lebih, tetapi masih kuat ke ladang, jalan kaki di pergunungan berkilometer tiap hari. Ibunya berusia 60an lebih, nampaknya, lebih kuat dari aku sekarang.


Beberapa hari tinggal di sana, aku dijamu makanan 'alami'. Makan pelbagai jenis ubi atau singkong, dan pepucuk daunan tumbuhan asli dari gunung, di situ.


"Ini, aku ada ole-ole untuk dibawa ke Malaya (Malaysia)." Kata kawanku pada suatu pagi, bila melihat aku kurang lancar berjalan kaki.


"Dua bulan sebelum ini, aku tidak dapat berjalan langsung. Nak ke bilik air pun terpaksa mengesot. Aku diserang penyakit 'asam urat'. Atau sakit urat saraf. Tak mampu buat apa-apa lagi. Kaum keluargaku memberikan ubat dengan petua ini. 


"Tepat sebulan aku mengamalnya, keadaanku pulih seperti biasa. Mujarab sungguh! Lihat sudah sebulan aku sihat. Al-hamdulillah!" Katanya, sambil menunjuk tapak tangan, kaki, pegerakan, yang sudah sihat.


Aku tak sabar nak tahu petuanya, "Apa dia?".


"Begini!" Katanya.


"Rawatannya hanya30 hari, boleh buat percubaan. Dapatkan daun durian belanda. 

Hasil carian imej untuk buah dan daun durian belanda
Daun durian belanda, (gambar bawah) buahnya, sedap dimakan..Hasil carian imej untuk buah dan daun durian belanda

Satu:

Siapkan 50 helai pertama daun tersebut untuk kegunaan 10 hari. 5 helai direbus dengan air 3 gelas, sehingga tinggal segelas. Yang tinggal segelas itu diminum 3 kali satu hari. Amalkan hingga 10 hari.

Dua:

Siapkan 70 helai kedua daun tersebut, untuk kegunaan 10 hari. 7 helai direbus dengan air 3 gelas, sehingga tinggal segelas. Yang tinggal segelas itu diminum 3 kali satu hari. Amalkan hingga 10 hari.

Tiga:

Siapkan 100 helai ketiga daun tersebut untuk kegunaan 10 hari. 10 helai direbus dengan air 3 gelas, sehingga tinggal segelas. Yang tinggal segelas itu diminum 3 kali satu hari. Amalkan hingga 10 hari.

Tapi ingat, jangan guna periuk alumanum, baik guna periuk tanah. Boleh juga kalau guna periuk stainless steel..


Semasa aku mengamalnya, selepas 10 hari pertama, sudah mula menampakkan perubahan yang baik. Begitu juga 10 hari kedua, makin baik. Selepas 10 hari ketiga, terus baik. Aku pun terkejut, Al-hamdulillah!" 


Demikian petua sakit urat atau 'asam urat' dari kawanku itu. 


Andapun sakit urat? Nak cuba, boleh cuba! Inilah ole-ole dari Desa Cimanggu kecamatan Puspahiang. Puspahiang adalah kecamatan yang berkembang sangat pesat dibandingkan dengan kecamatan lainya di Kabupaten Tasikmalaya. Jumlah penduduk di Desa Puspahiang sekitar 90,000 jiwa, sedangkan jumlah penduduk di Desa Cimanggu hanya sekitar 5,000.



Insya Allah, perjalanan diteruskan. Bersambung.

Sejarah tasikmalaya


Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim, Jakarta Ke Tasikmalaya (3)
ibnuhasyim@gmail.com 
Desa Cimanggu, Puspahiang, 
Tasikmalaya 29 Okto 2016.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails