Monday, November 14, 2016

Dia Akan Menuntun D/Trump Pada Islam. Lisa A.Shanklin, Pengikut Kempen Trump Masuk Islam.

Hasil carian imej untuk Lisa A. Shanklin
ALLAH Maha Perancang. Allah merupakan perencana yang paling hebat. Donald Trump dan penyokongnya selama setahun terakhir telah menyebarkan sentimen Islamophobia di media massa..


Tetapi apa yang tidak pernah mereka bayangkan ialah seorang warga Amerika, yang menghadiri kempen Trump, akan menuntunnya pada Islam. Lisa A. Shanklin menulis kisahnya di sebuah postingan Facebook, pada hari Donald Trump menjadi presiden.

Hasil carian imej untuk Lisa A. Shanklin

Dan posting itu menjadi viral bagaimana kisah ini  mendorongnya untuk membaca al-Quran.

“Retorik kebencian Trump lah yang setahun lalu mendorongku untuk mengambil al-Quran (Aku tidak membacanya sejak pelajaran perbandingan agama di universiti dan mempelajarinya secara tertutup,” kata Lisa dikutip laman Muslimcouncil.org.hk, Jumaat (11/11/2016).

Selain itu, mengenal dan mendengar para Muslim merupakan kunci kedua.

“Ini membuatku mulai berinteraksi dengan Muslim, dan akhirnya memeluk Islam kerana kemahuanku sendiri. Untuk itu aku sangat bersyukur.”

Sebagai seorang Muslimah, dia tidak akan menghindar dari kewajibannya menggenakan Hijab, sebaliknya dia dengan bangga akan memperlihatkan keislamannya.

“Aku telah memutuskan bahawa pada Hari Pelantikan (Presiden AS) pada 20 Januari, 2017; aku akan mulai menggenakan hijab di tempat umum setiap saat.”
“Aku dengan Bangga akan menggenakan hijab dan aku akan memanggil orang-orang keluar dari bigotri mereka tentang segala hal yang bersifat peribadi dan umum!”

Kisah inspiratif seperti itu dapat ditemukan di setiap peristiwa yang dianggap buruk. Iya, retorik Islamophobia terus menghantui kita semua, tetapi ketahuilah terdapat cahaya yang bersinar di setiapnya. 

Semoga Allah terus memberi petunjuk pada mereka yang sungguh-sungguh mencari kebenaran. (IH)

Peta Baru Trump, M'sia/Indonesia Negara Teroris, Eropah 'Makkah Baru'.

Peta dunia 'menurut Donald Trump', Indonesia negara teroris


KEMENANGAN Donald Trump dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat Rabu lalu mengejutkan dunia. Orang-orang sebelumnya banyak berharap Hillary Clinton yang akan memenangkan Pilihan Raya di negara yang kononnya mengamalkan demokrasi itu.

Seperti yang pernah dikatakan Presiden Barack Obama dan Clinton, sosok seperti Trump sebetulnya tidak pantas menjadi presiden AS dan banyak orang mengaminnya setelah melihat jejak rekam dia selama ini.

Tidak lama setelah lelaki 70 tahun itu dinyatakan sebagai presiden terpilih, demo besar-besaran terjadi di sejumlah negara bahagian AS. Kerusuhan menyebar diiringi bakar-bakaran. Polis sampai melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk meredam massa yang memprotes kemenangan Trump.

Sosok Trump memang dikenal dengan omongnya yang terkadang kasar. The Independent, Sabtu (12/11), seniman asal Bulgaria Yanko Tsetkov baru-baru ini membuat sebuah peta dunia yang menurut dia sesuai dengan anggapan Trump. Wajar saja, sebagai presiden AS ke-45, dia dikira akan menjadi sosok terkuat di muka bumi.

Lihat peta di atas..

Benua Amerika Latin, menurut Trump, adalah benua tempat tanah subur ratu cantik dunia Miss Universe. Amerika Latin memang selama ini sudah sering meraih gelar Miss Universe, ajang kontes kecantikan yang dibuat oleh Trump.

Bagaimana dengan teroris? Peta dunia menurut Trump dengan mudah akan mengarahkan telunjuknya ke Timur Tengah dan Afrika Utara. Dalam peta buatan Tsetkov, daerah Timur Tengah sampai Afrika Utara dan termasuk Indonesia dan Malaysia berwarna hitam.

Sedangkan benua Eropah disebut sebagai 'Makkah Baru', seiring kedatangan pelarian Syria kerana konflik di negaranya. Bagaimana Trump melihat Rusia Dalam peta itu Negeri Beruang Merah disebut sebagai Pembantai ISIS.

Kemudian sebahagian benua Afrika dikatakan sebagai kampung halaman Obama. Namun tentu saja peta dunia itu hanyalah peta versi anggapan Tsetkov yang bukan benar-benar berasal dari Trump. (IH)

Lwn 3 Penjuru, PAS Hilang K'tan.. -Husam Musa.

Datuk Husam Musa ketika bercakap dalam forum malam tadi menegaskan Amanah Kelantan bersedia bertanding di semua kerusi yang ditandingi Pas di negeri itu.-Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan Salleh. Datuk Husam Musa ketika bercakap dalam forum malam tadi menegaskan Amanah Kelantan bersedia bertanding di semua kerusi yang ditandingi Pas di negeri itu.-Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan Salleh.
Pendirian Pas untuk tidak bersama Pakatan Harapan akan mewujudkan pertandingan tiga penjuru dijangka membawa kekalahan teruk parti itu di Kelantan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang, kata bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa..
Beliau berkata sekiranya Pas enggan bekerjasama  Amanah ujarnya, akan bertanding di semua kerusi yang pernah dimenangi Pas di negeri itu dalam pilihan raya umum yang lalu.
Justeru pada masa ini  pimpinan Pas ujarnya, harus memikirkan menimbang semula kewajaran  parti itu tidak  mahu menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Amanah dalam menghadapi pilihan raya.
" Apa yang saya boleh kata...apa yang Pas boleh faham jika tiga penjuru maknanya Pas akan kehilangan kerajaannya di Kelantan kerana Amanah pasti akan berada di situ bersedia untuk tiga penjuru.
"Jika itu berlaku baru Pas akan berunding sama ada mahu meneruskan dengan Pakatan Harapan atau Umno kelak.
"Hari ini Pas dengan Umno macam kulit bawang... jangan ingat sama macam dulu tetapi bukan sekarang, zaman sudah berubah...kalau Pas kata mahu lawan tiga penjuru di Kelantan, Pas perlu bersedia," ujarnya yang berkata telah mendapat mandat dari Amanah pusat untuk bersedia menentang Pas di Kelantan.
Sebelum ini Pas dalam satu kenyataan Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pernah berkata, tidak akan memberikan kerusi tradisi yang pernah ditandingi Pas kepada Amanah pada PRU14 sebaliknya Tuan Ibrahim dipetik berkata, mencadangkan supaya Amanah bertanding di kerusi yang tradisinya ditandingi DAP jika Amanah ingin menang dalam pilihan raya itu nanti.
'Husam yang juga Adun Salor yang dipecat Pas kemudian menyertai Amanah menegaskan lagi hanya, formula 'satu lawan satu' adalah paling efektif untuk mengalahkan Umno-Barisan Nasional (BN).
" Satu lawan satu konsep yang kita kira paling efektif tetapi nak mencapainya ada halangan... halangannya bukan DAP, Amanah, PKR atau PPBM kita nak Pas bersama.
"Tetapi Pas hari ini bukan Pas dahulu...kita tiada masalah mana-mana pimpinan yang boleh berunding dengan Pas, tetapi kita perlu ada 'contingency plan' untuk mengatasi masalah itu jika ia berlaku," ujarnya yang mahukan satu pelan tindakan difikirkan bersama antara Pakatan Harapan dan PPBM dalam usaha merealisasikan matlamat untuk menumbangkan Umno-BN sekiranya tanpa penyertaan Pas.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan salah seorang hadirin sejauh mana kerjasama yang dapat dilaksanakan oleh Pakatan Harapan dan PPBM untuk merealisasikan matlamat 'satu lawan satu' sedangkan Pas tidak memberikan kerjasama.
Dalam Forum Khas anjuran PPBM bertajuk: Bersatu Meneroka Masa Depan turut  menjadi panelis Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan moderator Datuk A Kadir Jasin di Bukit Jelutong malam tadi.
Menjawab soalan yang sama   Muhyiddin menjelaskan partinya sedia berunding dengan semua parti sama ada dalam Pakatan Harapan mahupun Pas.
"Matlamat PPBM hanya untuk mengalahkan Umno-BN dan menjatuhkan Datuk Seri Najib dalam PRU akan datang.
"Jika Pas bersedia 'satu lawan satu' bagi parti Pribumi kita menawarkan diri untuk bertanding dikerusi yang mana Pas pernah ditewaskan Umno dalam PRU13 lalu. Bagi kita pula lawan dengan Umno.
"Jika dengan Pakatan Harapan kita juga perlukan kerusi yang sedia diberikan kepada PPBM untuk menentang Umno," ujar Ahli Parlimen Pagoh ini. (MD)
Forum diadakan itu turut dihadiri lebih kurang 1,000 penyokong parti PPBM  malam tadi yang mengajukan pelbagai persoalan berkaitan perkembangan terkini politik tanahair.Forum diadakan itu turut dihadiri lebih kurang 1,000 penyokong parti PPBM malam tadi yang mengajukan pelbagai persoalan berkaitan perkembangan terkini politik tanahair.

Donald Trump Sebut Israel Pembela Hak Asasi T/Tengah


Washington: Presiden Amerika, Donald Trump berkata, entiti Zionis yang dikenali dengan nama Israel merupakan satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah yang berjuang sendiri membela hak asasi manusia.
.
"Israel benar-benar menjadi mercu suar harapan bagi ramai orang," jelasnya seperti dikutip surat khabar "Israel Today" yang terbit di Amerika.

Trump melalui surat yang ditujukan kepada orang-orang Israel menyatakan dirinya mencintai Israel beserta warganya, dan Amerika Syarikat dan Israel selama ini telah banyak bertukar nilai-nilai kebersamaan seperti kebebasan bersuara dan kebebasan beribadah, seperti dikutip laman Palestin. safa.ps.

Donald Trump yang dikenali pro dengan Zionis Israel ini dinyatakan menang dalam pilihan presiden Amerika Syarikat. Ia berjaya memperoleh 276 suara elektoral, sedangkan pesaingnya, Hillary Clinton terkandas dengan hanya memenangi 218 suara elektoral. (Msy / dakwatuna)
Sumber: egyptwindow.net

Kampung Islam Rohingya Dibakar. Puak Mana Yang Bakar?


AGENSI - GAMBAR bertarikh pada 14 Oktober lalu menunjukkan sejumlah rumah terbakar di sebuah perkampungan Islam di negeri Rakhine.

YANGON – Beratus-ratus bangunan di perkampungan etnik Islam Rohingya di barat Myanmar telah dibakar, demikian menurut imej satelit yang disiarkan semalam ketika pertempuran baharu meletus di rantau bergolak itu.

Pihak tentera menutup kawasan Rakhine Utara yang didiami etnik Rohingya dan bersempadan dengan Bangladesh selepas sembilan anggota polis maut dalam serangan mengejut ke atas beberapa pos sempadan bulan lalu.

Tentera Myanmar didakwa membunuh berpuluh-puluh orang, menangkap ramai yang lain semasa memburu kumpulan penyerang itu. Pemerintah Myanmar berkata, siri serangan itu dilakukan oleh pejuang radikal Rohingya yang mempunyai hubungan dengan militan luar negara.
Menurut pihak tentera, pertempuran baharu meletus kelmarin dengan dua askar dan enam penyerang terbunuh. Tentera Myanmar juga mengerahkan beberapa helikopter tempur untuk mematahkan satu serangan hendap.
Imej satelit baharu yang disiarkan oleh kumpulan pemantau hak asasi manusia antarabangsa, Human Right Watch (HRW) menunjukkan bukti perbuatan membakar kediaman dalam serangan ke atas kampung-kampung yang didiami etnik Rohingya.
Berdasarkan analisis HRW, lebih 400 bangunan dibakar di tiga perkampungan Rohingya di mana pertempuran berlaku.
HRW berkata, kebakaran aktif dan kesan rentung menunjukkan kebanyakan bangunan musnah akibat pembakaran sengaja. Imej baharu itu dirakam pada 10 November lalu.
Pengarah HRW Asia, Brad Adams berkata, gambar-gambar itu memaparkan kemusnahan yang lebih meluas berbanding sangkaan sebelum ini.
“Pihak berkuasa Myanmar perlu menubuhkan siasatan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai langkah pertama dalam memastikan bahawa mangsa-mangsa mendapat keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kewujudan semula keganasan di negeri Rakhine menyebabkan krisis antara etnik Rohingya dan penduduk beragama Buddha kian meruncing. Krisis tersebut menjadi cabaran getir buat pentadbiran baharu Myanmar yang diterajui aktivis demokrasi, Aung San Suu Kyi.
Rakhine dibelenggu ketegangan agama sejak letusan keganasan antara populasi Buddha dan etnik Rohingya pada 2012 yang meragut lebih 200 nyawa.
Krisis itu dan laporan pencabulan hak asasi manusia secara berleluasa oleh pasukan keselamatan mendorong masyarakat antarabangsa meningkatkan terkanan terhadap kerajaan awam Myanmar di samping menimbulkan kesangsian tentang keupayaannya mengawal tentera. – AFP
Puak mana yang menyerang dan membakar, masih belum jelas lagi?

Wanita 1/2 Bogel Gunting Rambut, Teknik Baru Tarik Pelanggan..


Tukang Gunting Wanita Tayang Payudara Sambil Gunting Rambut

BEBERAPA keping gambar menunjukkan seorang tukang gunting rambut wanita separuh bogel tersebar menerusi laman sosial.

Foto yang dimuat naik oleh sebuah laman di Facebook memaparkan seorang wanita hanya memakai baju dalam leka menggunting rambut seorang pelanggan lelaki di sebuah salun bernama Hotcuts.
Salun berkenaan dipercayai terletak di Sydney, Australia dan dimiliki oleh seorang lelaki warga Poland iaitu Wojtek Wasilewski.
Difahamkan, wanita-wanita yang bekerja di situ akan mendedahkan payudara dan hanya memakai seluar pendek atau seluar dalam semasa mereka menggunting rambut pelanggannya.
Kewujudan salun itu pasti memberikan kepuasan tak terhingga buat pelanggan lelaki apabila ‘dijamu’ dengan pemandangan sebegitu.
Apa tidaknya, sambil rambut dipotong, mata sempat ‘meliar’ ke tempat lain.
Malah difahamkan, pelanggannya yang terdiri daripada kaum lelaki sanggup membayar A$60 (RM195) semata-mata untuk merasai pengalaman gunting rambut di kedai berkenaan.
Tayang Payudara Sambil Bertugas Gunting Rambut
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perkara begini boleh berlaku di negara ini. Kerana kerajaan sendiri mengajar rakyatnya buat kerja asal dapat duit tak kira 'halal-haram' dari sudut pelbagai agama, peradaban, kemanusiaan dan akhlak.
Kerajaan sendiri taja judi, kutip cukai hasil arak, pelacuran dan segala yang haram dari sudut kepelbagaian agama. Jadi, ada kemungkinan teknik begini baik dilaksanakan untuk meninggikan mutu perniagaan.. dan sekarang pun mungkin sedang berlaku tidak secara terang-terangan.. 
Bagaimana mengatasinya? Pilihlah parti yang memerintah negara ini, parti yang memperjuangkan agama. (IH)

Sunday, November 13, 2016

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails