Friday, November 25, 2016

Terbakar, Israel Tebal Muka, Ketakutan Tuduh Palestin..


Hashtag 'Israel Terbakar' Trending Di Media Sosial Arab
Hashtag 'Israel Terbakar' Trending Di Media Sosial Arab

TEL AVIV – Rejim Israel terpaksa ‘tebal muka’ meminta bantuan negara jiran untuk menangani krisis kebakaran hutan yang kini memasuki hari ketiga pada Khamis, menyaksikan banyak kawasan musnah akibat bencana itu.

Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan susulan rejim Zionis meminta negara luar untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.
Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara beberapa buah negara asing yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Turki melakukan perkara sama.
Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan angin kencang bakal memburukkan lagi kebakaran untuk merebak ke kawasan yang lebih luas.
Pesawat milik polis Israel setakat Rabu cuba memadamkan berpuluh-puluh kawasan yang dimamah api tetapi keadaan dijangka lebih buruk susulan ramalan cuaca itu, sekali gus melangkaui keupayaan rejim Zionis menangani krisis tersebut.
Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk kawasan penempatan haram Yahudi di Nataf selain kawasan Karkom berdekatan Tiberias.
Sejumlah besar rumah pendatang dilaporkan musnah dalam kebakaran itu tetapi tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.
Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.
Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.
Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Sebahagian penduduk terperangkap di kediaman mereka, manakala pihak tentera terpaksa mengerahkan askar simpanan untuk membantu menangani bencana itu yang masuk hari ketiga semalam. Pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa kebakaran itu dilakukan dengan sengaja.
Jurucakap Dewan Bandar Raya Haifa, Or Doron berkata, seramai 50,000 daripada sekitar 250,000 penduduk Haifa telah dipindahkan.
Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld pula memberitahu, penduduk di lapan kejiranan telah diarahkan berpindah ekoran enam kejadian kebakaran ber­asingan.
“Sebanyak empat pusat penempatan sementara telah didirikan bagi menempatkan mereka,” katanya.
Beberapa penduduk berkata, mereka bertungkus-lumus untuk memindahkan golongan warga emas ke kawasan selamat.
“Kebakaran ini tidak dapat dikawal lagi dan merebak dari rumah ke rumah,” kata ketua operasi menyelamat di kejiranan Carmel, Naftali Rottenberg.
Seorang penduduk Haifa, Yael Hame memberitahu bahawa situasi kini amat menakutkan selepas dia melarikan diri dari rumahnya.
“Kebakaran ini menelan ba­ngunan pencakar langit. Api menjulang setinggi bangunan 20 tingkat,” katanya.
Menurutnya, kebakaran itu lebih berbahaya daripada bencana serupa pada 2010 di Haifa yang mengorbankan 44 orang sekali gus kebakaran paling dahsyat dalam sejarah Israel.
Dalam perkembangan berkaitan, seramai 30 orang dimasukkan ke hospital akibat cedera ringan dalam kebakaran semalam.
Setakat ini, sebilangan negara berjanji untuk menghulurkan bantuan termasuk menghantar pesawat bagi memadamkan api.
Agensi kaji cuaca Israel pula meramalkan kebakaran hutan kali ini akan berterusan selama beberapa hari lagi.
Israel dilanda banyak kebakaran hutan sejak beberapa hari lalu akibat musim luruh yang kering dan tiupan angin kuat. Selain Haifa, kebakaran belukar berlaku di serata negara Yahudi itu. – mStar Online


Wednesday, November 23, 2016

Bantah Kekejaman Di Myanmar, Harimau Malaysia Perlu Tarik Diri.

Gesa Harimau Malaysia tarik diri

SUKAN

KULIM - Pas Kulim-Bandar Baharu menggesa pasukan bola sepak negara, Harimau Malaysia menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala AFF di Myanmar sebagai solidariti membantah kekejaman rejim Junta terhadap orang Islam di sana.

Naib Yang Dipertuanya, Mohd Khairi Salleh berkata, rejim Junta bertindak kejam dan melampaui norma kehidupan apabila mencabuli hak etnik Rohingya yang beragama Islam, termasuk membunuh.


"Junta terlalu melampau, sepatutnya kerajaan yang dipilih secara demokrasi mengutamakan hak semua termasuk etnik Rohingya. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam juga sepatutnya menggunakan saluran Asean untuk menekan pentadbiran Yangoon secara politik.

“Langkah menarik diri daripada terlibat dalam sukan berprestij itu adalah pengajaran buat Myanmar yang menindas etnik Rohingya,” katanya.

Mengikut laporan media, beribu-ribu penduduk Rohingya di Rakhine, yang berdekatan dengan sempadan Bangladesh, meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang dikatakan melibatkan pasukan keselamatan Myanmar. (IH)

Pengakuan Muslimah Rohingya Yang Dirogol Tentera Myanmar

Pengakuan wanita Muslim Rohingya yang diperkosa tentara Myanmar









 Mereka diperkosa, kampung mereka dibakar..

Tentera Myanmar tidak hanya membakar kampung yang dihuni Muslim Rohingya di wilayah Rakhine. Mereka juga memperkosa atau merogol puluhan wanita di sana.

Lapan wanita Rohingya menceritakan mimpi buruk mereka pada pejabat berita Reuters. Tiga melalui wawancara langsung, manakala lima lagi melalui sambungan telefon.


Tentera Myanmar mulai masuk ke daerah Maungdaw tarikh 3 Oktober 2016 dengan tujuan mencari militan yang mereka tuduh bertanggung jawab atas sejumlah serangan yang menewaskan polis dan tentera.

Seorang wanita berusia 40 tahun dari Kampung U Shey Kya mengaku diperkosa 4 orang tentera Myanmar. Tentera itu juga memperkosa anak perempuannya yang baru berusia 15 tahun.

"Mereka membawa saya masuk ke rumah dan memperkosa saya," kata dia pada Reuters. 

Wanita itu juga bercerita tentera Myanmar merompak barang kemas dan wangnya.Wanita lain bercerita diperkosa beramai-ramai oleh tentera Myanmar. Pada masa itu di desa U Shey Kya, para lelaki umumnya sudah meninggalkan kampung kerana yakin akan dituduh sebagai militan. 

Wanita memilih tinggal kerana mendengar khabar rumah yang kosong akan dibakar oleh tentera.Namun mimpi buruk terjadi saat 150 tentera Myanmar memasuki kampung mereka. Wanita berusia 30 tahun tersebut dirogol berkali-kali. 

"Mereka bilang pada saya 'Kami akan membunuhmu! Kami tidak akan membiarkanmu hidup di negara ini!'," Katanya menirukan ucapan perogol.

Tentera Myanmar membakar habis desa. Mereka juga sengaja mencampurkan pasir kepada perlindungan beras warga Rohingnya.

"Kami tak boleh ke desa lain untuk meminta pertolongan perubatan. Saya tak punya makanan, pakaian dan wang. Saya merasa malu dan takut," kata wanita lain berusia 32 tahun. 

Kerajaan dan tentera Myanmar membantah semua pengakuan mangsa itu. Mereka menyebutnya sebagai karangan yang tak masuk akal.

"Ini cuma propaganda yang dibuat kumpulan Muslim," sanggah Ketua Polis Wilayah Rakhine Kolonel Sein Lwin. (IH)

Felda: Isa Samad Jawab Laporan Ketua Audit Negara..

Mohd Isa Abdul Samad
Isa Samad.

SHAH ALAM - Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad (gambar) berkata isu yang dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara siri dua sebelum ini telahpun diambil tindakan pihaknya.

Menurutnya, diantara perkara yang dibangkitkan itu di dalam pengetahuan Felda juga telah mengambil tindakan dengan menghentikan operasinya dan individu yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib.

“Langkah-langkah pembetulan sedang dilaksanakan. Terdapat perlaksanaan dan perjalanan operasi syarikat subsidiari yang tidak dilaporkan serta tidak mendapat kelulusan pengarah syarikat serta Ahli Lembaga Felda.
"Ini menyebabkan berlakunya ketidakpatuhan dan pelanggaran tataurus syarikat dan peraturan-peraturan Felda,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, Felda dilaporkan mengalamai kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar serta tiga projek lain.

Dalam laporan itu,  turut menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Katanya lagi, Lembaga Felda dan juga lembaga pengarah subsidiari tersebut merupakan dua entiti yang berbeza.

“Lembaga Felda ialah pihak yang mengawal seluruh Felda dan dipengerusikan oleh saya sendiri.
“Syarikat subsidiari pula menjalankan perniagaan dan dianggotai dan dipengerusikan individu yang berbeza,” tambahnya.

Jelasnya lagi, hanya tiga projek yang terlibat berdasakan laporan audit tersebut iaitu Pengurusan Projek Lidar, Pengurusan Projek Jalur Lebar dan Pengurusan Projek Syarikat Subsidiari Felda.

“Felda juga  telah melantik juru audit luar untuk melaksanakan kajian ‘position view’ ke atas ketiga-tiga projek tersebut.
“Susulan itu, Lembaga Felda telah meluluskan perlantikan firma guaman untuk melaksanakan ‘legal review’
“Justeru, penemuan ‘positon review’ serta ‘legal review ‘ ini akan dibentangkan ke Lembaga Felda untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya lagi.

Beliau juga turut melantik ahli lembaga pengarah yang baru di syarikat subsidiari yang terlibat menggantikan orang terdahulu dalam meneruskan hala tuju dan kesinambungan syarikat tersebut.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa Felda sentiasa berpegang kepada tadbir urus yang baik dan mana-mana individu yang terlibat dalam salah laku (sekiranya ada) akan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya. (SH)

Lihat sebelum ini..

Orang PAN Suka Lihat Amoi Seksi Begini.. Seperti Dimaksudkan Suhaizan Kaiat?

bersih4j

Tak Suka Tengok ‘Amoi’ Seksi, PAN Gesa Duduk Dalam Hutan

KL: Parti Amanah Negara (PAN) meminta mana-mana umat Islam negara ini yang tidak suka melihat `amoi’ memakai seluar pendek supaya tinggal di dalam hutan.

Setiausaha Organisasinya, Suhaizan Kaiat berkata, memakai seluar pendek dalam kalangan wanita muda Cina bukan satu kesalahan pada mereka.
Justeru, katanya, adalah salah mempertikaikan `amoi’ berseluar pendek menyertai demonstrasi anti kerajaan Bersih 5 baru-baru ini maka umat Islam tidak boleh menyertainya.
574450_420319611311685_161086313901684_1629867_1335432520_n
“Tak boleh hadir Bersih sebab ada `amoi’ pakai seluar pendek. Sedangkan `amoi’ tu semua tempat pun pakai seluar pendek. Bukan kita suka dia pakai seluar pendek tapi itu perkara biasa pada mereka.
“Kalau kita tak boleh pergi tempat dimana `amoi’ ada memakai seluar pendek di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Ipoh dan Pulau Pinang maka kita kena tinggal di dalam hutan Endau Rompin sahaja lah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PAN merupakan sebuah parti Islam baharu (sebenarnya belum jelas lagi dasar Islamnya -editor) bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan sejak tahun lalu.
PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah yang dianggap boleh menyusahkan pembangkang. – MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita ini, 'Parti Amanah Negara (PAN) meminta mana-mana umat Islam negara ini yang tidak suka melihat `amoi’ memakai seluar pendek supaya tinggal di dalam hutan.' ....
Ertinya 'Orang Islam (mungkin orang PAN) yang tidak 'tinggal di dalam hutan' (tinggal di bandar seperti KL dan lain-lain), suka melihat `amoi’ memakai seluar pendek.. 
Bermakna, suka buat apa yang Tuhan larang yakni melihat aurat amoi.. Moga-moga berita ini tidak tepat atau tidak betul..

Tuesday, November 22, 2016

Ternak Ikan, Felda Rugi RM45 Juta. Pengerusi Felda Perlu Diambil Tindakan Segera...

Hasil carian imej untuk Felda rugi Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad membidas desakan timbalan presiden PAS supaya beliau dipecat daripada terus menerajui anak syarikat milik ...


HARI ini Laporan Ketua Audit Negara 2015 mendedahkan Felda mengalami kerugian lebih RM45 juta dalam usahasama penternakan ikan dengan salah sebuah anak syarikatnya.

Demikian kenyataan Naraza Muda, pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat pada 21 November 2016 melalui HARAKAHDAILY hari ini. 

"Dalam tempoh dua tahun ini kami dilabelkan penyangak dan penghasut kepada warga Felda. Kami juga dihalang memasuki kawasan projek 'Felda Caviartive Blue Dream Park' di Kuala Tahan, Pahang.

"Alasan kami membantah projek ini sangat mudah, Felda tiada kepakaran mengenai penternakan ikan sturgeon dan penggunaan dana dari Felda. Projek ini sudah tersasar dari perniagaan teras Felda." Kata beliau lagi.

Menurut laporan itu, Felda Caviartive Sdn Bhd (FCSB) membelanjakan RM47.61 juta dalam projek ternakan ikan tetapi pulangannya termasuk dari penternakan sturgeon dan pemindahan teknologi tidak disedari susulan penggantungan projek tersebut.

FCSB menandatangani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah Felda.

"Syarat perjanjian perkhidmatan pemindahan teknologi dan perjanjian kontrak reka bentuk binaan yang ditandatangani antara FCSB dan syarikat yang dilantik tidak melindungi kepentingan FCSB," kata Ketua Audit Negara.

Menurut Naraza Muda lagi..

"Apapun bentuk Laporan Ketua Audit Negara berkait kegagalan dan kerugian projek ini, kami mengucapkan terima kasih kerana mengesahkan dakwaan kami selama ini. Projek yang didakwa mampu menjana  hasil RM360 juta setahun ini akhirnya menemui kegagalan dan pastinya kerugian berpuluh-puluh juta ini memberi kesan kepada kewangan Felda dan peneroka.

"Felda pernah memanggil wartawan dan ketua-ketua peneroka untuk memberi keyakinan keuntungan dari projek ini. Felda juga berhasrat memperluaskan projek ini di 11 buah Wilayah Felda di seluruh negara dengan menyasarkan 30 tan metrik kaviar yang didakwa bernilai RM12,000 sekilogram.

"Felda juga berjaya mengumpul kira-kira 100 penduduk mengadakan perhimpunan aman di Felda Sungai Rentang untuk mendesak projek ini diteruskan walaupun ada bantahan dari perbagai pihak. Hari ini terjawab apa yang kami bimbangkan selama ini.

"Banyak lagi isu besar yang sedang kami ketengahkan agar Felda dapat kembali pulih dan berada di landasan yang betul serta mengekalkan kegemilangan mereka. Walaupun usaha kami ini difitnah sebagai apa jua gelaran yang menyakitkan halwa telinga. 

"Antaranya isu pembelian apartmen mewah Grand Plaza Servis di Bayswater London pada harga yang tidak munasabah RM538 juta. Dakwaan ini pada mulanya dinafikan oleh pihak pengurusan Felda. 

"Pembelian sebuah hotel 4 bintang di kawasan mewah Kensington juga di London pada harga RM330 juta dan lain-lain hotel menjadi tanda tanya. Felda sewajarnya menjawab dan memberi taklimat perancangan pembelian hartanah kepada awam kerana melibatkan dana yang besar.

"Alasan untuk menambah pendapatan kumpulan dengan pembelian aset dengan harga lebih tinggi dari pasaran sememangnya tidak boleh diterima."

Kebimbangan PAS

Menurut pengerusi Hal Ehwal Felda PAS itu lagi..

"Kami bimbang pelaburan gajah putih ini semata-mata untuk mencari keuntungan anak beranak orang besar yang memimpin Felda akan memusnahkan satu nama yang gah sebelum ini. Kerajaan juga perlu menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat semua pelaburan Felda yang berskala besar dalam dan luar negara.

"Susulan Laporan Ketua Audit Negara ini, kami mendesak kerajaan segera mengambil tindakan untuk membawa mana-mana pihak pengurusan yang menyebabkan kerugian kepada Felda termasuklah Pengerusi Felda itu sendiri perlu dipertanggungjawabkan."  (IH)

TV3 Masuk Neraka? Biasalah. Bila Kerajaan Dianggap Zalim, Jenteranya Tempias Sama..

Hasil carian imej untuk najib penzalim

Biadap! Netizen Doa Pembaca Berita TV3 Masuk Neraka

NETIZEN hari ini sudah berada di tahap hilang pertimbangan diri dan melampaui batas apabila lantang mencaci dan mengeji sesama manusia.

Lebih biadap, ada pula yang sanggup mendoakan kecelakaan seseorang meskipun bersaudara sesama Islam.
Demikian yang menimpa kepada seorang personaliti TV3, Izwan Azir Salleh apabila kerjayanya teruk dikritik dan disifatkan berdosa.
Walhal, netizen langsung tidak mengetahui skop kerja yang dilakukannya sehingga sanggup membuta tuli melemparkan tuduhan sedemikian.
Ini susulan, gambar miliknya yang tertera dengan ayat, “Muka ini paling dibenci rakyat Malaysia. Menyampai berita FITNAH Insya’Allah NERAKA TEMPATNYA NANTI” tersebar menjadi viral.
Biadap! Netizen Doa Pembaca Berita TV3 Masuk Neraka
Tidak sekadar itu, netizen turut menyifatkan gaji yang diterimanya haram.
Difahamkan, netizen melemparkan cacian itu berikutan tidak berpuas hati dengan laporan Bersih 5 yang disifatkan hambar oleh Buletin Utama TV3 itu.
Dek kerana itu, Izwan selaku pembaca berita untuk laporan itu teruk dikecam selain ada yang menyelarkannya sebagai binatang.
Biadap! Netizen Doa Pembaca Berita TV3 Masuk Neraka
Sedangkan Izwan hanyalah pembaca dan bukanlah individu yang menulis laporan berkenaan.
Dalam hal seumpama ini tidak sepatutnya Izwan dipersalahkan mahupun dikeji kerana dia hanyalah indivdu yang menerima arahan daripada pihak majikan.
Oleh itu, berhentilah daripada mengaibkan dan mendoakan kecelakaan orang lain, kerana takut kelak anda pula yang merangkak di akhirat meminta maaf kepada Izwan. (Diangkat dari.MYNEWSHUB.CC)  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasalah! Bila kerajaan dianggap zalim, menghabiskan wang rakyat tanpa penjelasan yang sewajarnya, maka jentera dan talibarut-talibarut yang setongkol dengan kerajaan pasti terlibat sama. Apalagi jentera kempen penerangannya pasti diserang sama.
Kalau Malaysia negara yang bermain dengan kekerasan dan bersenjata seperti ISIS, mungkin Tv3 dulu yang akan diletupkan.
Pada weblog ini, erti zalim atau 'kezaliman' ialah 'meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya.' Islam yang sepatutnya diletakkan di atas sekali dan tertinggi dari semuanya di dunia ini. Islam yang memerintah bukan diperintah. Islam sepatutnya mentadbir, bukan ditadbir. Tidak meletakkan Islam yang Maha Tinggi pada tempatnya, itulah kezaliman yang paling besar.
Kalau Islam yang memerintah, barulah rakyat miskin tertindas akan terbela. Keadilan dan kebenaran akan terserlah wujud. Negara jadi aman makmur dalam keredhaan Allah, di dunia dan akhirat, samada kepada yang Islam dan belum Islam..
Allahu Akbar!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails