Tuesday, November 29, 2016

Penghapusan Bangsa, Suu Kyi Patut Diseret Ke Pengadilan.



RAKHINE: Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi patut diheret ke muka pengadilan atas kesalahan menghalalkan penghapusan bangsa etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine.
Pendakwaan terhadapnya perlu dibuat sebagaimana kekejaman oleh pemimpin Khmer Rouge sewaktu rejim Pol Pot antara tahun 1975 sehingga 1979 dan ketua tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic yang melancarkan perang pembersihan etnik Bosnia semasa perang 1992-1995.

Pengasas Pertubuhan Dictator Watch, Roland Watson yang dipetik oleh Arakan News Agency berkata, Suu Kyi perlu dipertanggungjawabkan kerana mengetuai pembunuhan Rohingya serta menanam sentimen dalam kalangan rakyat negara ini bahawa etnik Islam itu perlu dihapuskan.

Katanya, asas ideologi rejim Myanmar yang bersifat perkauman dan memperlihatkan penduduk Buddha diletak pada pe­ringkat paling tinggi masyarakat, membenarkan etnik minoriti lain diperlakukan sesuka hati dengan apa cara sekalipun.

“Bagi pembunuhan beramai-ramai, pihak berkuasa telah menghasut serta menggalakkan etnik Rohingya dihapuskan dan membuka jalan kepada serangan ke atas komuniti itu,” katanya.

Pada masa sama kata Watson, satu siasatan oleh pakar perundangan dari International State Crime Initiative di Universiti Queen Mary London merumuskan bahawa etnik Rohingya menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai dan Suu Kyi meningkatkan lagi penyeksaan me­reka.

Laporan siasatan itu menyatakan, Suu Kyi membisu tentang perkara itu sebaliknya menggunakan taktik penafian dan melarang sepenuhnya pemantauan antarabangsa, mengehadkan bantuan kemanusiaan selain menyenarai hitam dan mengusir aktivis hak asasi manusia dari Myanmar.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John McKissick pula berkata, tindakan Suu Kyi yang berdiam diri menguatkan cengkaman kuku besi tentera dan pengikutnya yang bersifat perkauman.

Ketika Myanmar mendapat desakan negara ASEAN untuk bertanggungjawab atas kekejaman Rohingya, Suu Kyi dilapor menangguhkan kunjungan ke Indonesia yang sepatutnya dibuat Rabu hingga Ahad ini.

Pegawainya, Aye Aye Soe tidak menyebut alasan keselamatan sebagai punca lawatan kerja itu dibatalkan, namun memetik tentang kekacauan di Rakhine dan negeri Shan sebagai faktor utama.

“Kunjungan ke Indonesia akan ditangguh ke satu masa yang akan diumumkan kelak,” katanya.

– AGENSI

Gadis Ini Guna Video Lucah Lariskan Perniagaan. Mengapa?


Sherry Gun
SEORANG gadis yang dikenali dengan nama ‘Sherry Gun’ telah dipenjarakan selama empat tahun selepas menyiarkan video lucah bertajuk ‘Foursome in Chengdu’ menerusi live-streaming. Video itu kemudiannya tersebar meluas di China.
Sherry berbuat demikian dengan merakamkan aksi lucah berkenaan bersama seorang wanita dan dua lelaki, dalam usaha menarik lebih ramai orang untuk menonton perniagaan live-streaming yang dijalankannya.
Video selama dua minit itu menjadi viral pada Mac lalu dengan ayat ‘foursome in Chengdu’ menjadi popular dalam carian di internet.
Ia kemudiannya berjaya menarik perhatian pasukan keselamatan internet dan mereka telah melancarkan siasatan dengan segera. Hasilnya pihak berkuasa mengenalpasti salah seorang wanita dalam video itu adalah Sherry Gun.
Sherry Gun bekerja sebagai pengacara dalam talian dan merekodkan aktiviti harian menerusi media sosial dan aplikasi telefon. Dia mempunyai 40,000 peminat.
Selepas ditangkap, identitinya dikenalpasti dan nama sebenar Sherry Gun adalah Lin, yang berasal dari bandar Deyang tetapi menetap di Chengdu.
Turut ditangkap ialah dua rakan Sherry Gun yang melakonkan aksi lucah berkenaan. Mereka berusia bawah 22 tahun dan berasal dari keluarga kaya. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begitu? Ianya bermula dengan menganut faham 'sekularisme'. 

Malaysia pun menganut faham 'sekularisme' adakah kemungkinan akan jadi begitu? Pasti jadi kalau tiada fahaman agama yang menyanggah. 

Kini pun sudah nampak ciri-ciri begitu samada yang tersirat, dan tersurat..

Israel, Keluar Dari Penempatan Haram. Api Sebagai Senjata Jihad!


Lelaki Tanpa Kaki Berjaya Tawan Kinabalu Dengan Merangkak

GUNA api sebagai senjata jihad. Seminggu selepas kejadian kebakaran yang melanda di wilayah Haifa, Israel, kumpulan Al-Qaeda tampil mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden yang memaksa lebih 10,000 penduduk Israel meninggalkan rumah mereka.

Lapor The Independent, kumpulan Salafi Palestin Ma’sadat al-Mujahideen mengakui terlibat dengan kebakaran di bandar ketiga terbesar itu, termasuk insiden pada 2010 yang melibatkan kebakaran hutan berskala besar di utara bandar Haifa.

Pihak polis Israel setakat ini telah menahan sebanyak 12 individu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan insiden tersebut. Setakat ini kebakaran adalah terkawal namun polis memberi amaran meminta agar rakyat bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Kumpulan militan berkenaan sebelum ini turut menuntut agar penduduk Yahudi keluar dari penempatan yang dibina secara haram di tanah Palestin dan mengancam untuk terus melakukan kemusnahan di Israel dan beberapa negara sekutu mereka.

Badan bertindak pemerhati jenayah dari Yayasan Jamestown memberitahu The Independent mengatakan dakwaan kumpulan Ma’sadat al-Mujahideen itu turut mengundang persoalan.

“Walaupun tuntutan yang dibuat oleh kumpulan tersebut menimbulkan persoalan, bagaimanapun, daripada rekod sedia ada menunjukkan mereka sering menggunakan api sebagai senjata jihad.

“Terdapat satu lagi kumpulan yang dikenali sebagai Gabungan Belia Intifada turut mengaku bertanggungjawab terhadap kebakaran ini pada Khamis lalu,” katanya.

Pada masa ini, penduduk yang dipindahkan dari rumah mereka tidak dibenarkan untuk kembali ke rumah mereka.

Sementara itu, Perdana Menteri Isreal, Benjamin Netanyahu mengatakan bahawa kebakaran ini berpunca daripada perbuatan khianat dan mendakwa orang-orang terlibat adalah bersifat pengganas.

Beberapa orang rakyat Palestin ditahan dalam cubaan menyalakan api berhampiran penempatan Israe di Kochav Yaakov di Tebing Barat manakala seorang lagi lelaki ditangkap di bawah tuduhan menghasut selepas menyiarkan mesej hasutan di laman Facebook.
Sumber: The Independent


Dendam Seorang Bekas Datin, Ini Dia..

Kisah Dendam Seorang Bekas Datin

Petikan: Facebook Viral Posts

SELALUNYA, jika berlaku kes perceraian – tidak kiralah selebriti ataupun orang biasa – pasangan yang terlibat kalau boleh tidak mahu media buat liputan. Kalau boleh, biarlah hanya pasangan dan keluarga sahaja yang terlibat. Masing-masing mahu pelihara aib dan jaga privasi keluarga.

Lain pula ceritanya dengan Bekas Datin yang baru-baru ini cetuskan kontroversi dengan video viral kejadian di mahkamah untuk tunjukkan bekas suami ‘bertindak kejam’.
Usaha Bekas Datin itu gagal apabila cerita sebenar mula tersebar, dan mereka yang sama-sama ‘share’ video tersebut mula insaf dan meminta maaf kepada bekas suaminya yang menjadi mangsa permainan persepsi si Bekas Datin.
Kita fikir mungkin Bekas Datin ini sudah insaf dan sedar tindakannya itu salah. Malangnya tidak. Bekas Datin ini masih menyimpan dendam yang tebal sehingga dia masih kerap aktif berjumpa ramai orang untuk sebarkan perkara-perkara yang tidak betul tentang bekas suaminya itu.
Salah seorang rakan yang terpaksa mendengar segala dendam Bekas Datin itu berkata dia mengakui akan sanggup lakukan apa saja untuk jatuhkan syarikat bekas suami. Begitu gelap sekali hati Bekas Datin ini sehingga sanggup memusnahkan empayar perniagaan yang dibina lebih 30 tahun ini kerana tidak dapat apa yang dimahukan.
Dendam itu satu hal. Tapi satu lagi hal yang kita tidak faham kenapa Bekas Datin ini sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan publisiti di media untuk tonjolkan namanya? Baru-baru ini, nama pasangan ini muncul dalam edisi terbaru sebuah majalah glamour dalam rencana tentang ‘Perceraian High Profile di Malaysia’.
Sebenarnya, Bekas Datin ini rapat dengan editor majalah tersebut. Dengar cerita dia sendiri yang mahu kes perceraiannya masuk dalam senarai. Asalkan dapat publisiti. Biarlah aib, asalkan popular!
Kita dapat tahu bahawa Bekas Datin ini mendapat nasihat daripada peguam-peguamnya untuk terus membuat penampilan di media dan untuk terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memburukkan bekas suami, keluarga dan syarikat. Peguam-peguamnya mahu Bekas Datin terus jadi viral, agar mendapat simpati dan sokongan dari orang ramai.
Masih Aktif Bersosial
Kisah Dendam Seorang Bekas Datin
Sebelum ini kita kerap baca luahan Bekas Datin ini di Instagram tentang keperitan hidupnya sekeluarga. Dia juga kerap mencanang kepada rakan-rakan rapat tentang keperitan hidup sehingga ramai yang hulurkan bantuan.
Tapi lain pula yang digambarkan dalam Instagram. Dia masih kerap ke majlis-majlis sosial yang high class, termasuklah ke majlis MostGLAM 2016 baru-baru ini. Gambar-gambar yang dikongsi Bekas Datin tidak langsung menunjukkan ‘keperitan hidup’ seperti yang digembar-gemburkan.
Lagi satu perkara kita harus persoalkan ialah bagaimana Bekas Datin ini menjaga anak-anak jika terlalu kerap bersosial? Kita tengok gambar anak-anak, sudah seolah-olah semakin kurus. Dia tak beri makankah? Jika masih lagi kerap bersosial, bagaimana kebajikan anak-anak boleh terjaga?
Bila bekas suami mahu berjumpa anak-anak, Bekas Datin ini tidak benarkan. Jika mahu jumpa, jumpa di mahkamah. Tapi bila tiba masa, Bekas Datin tidak hadir. Bila mahkamah keluarkan waran dan perintah contempt of court, dia datang tapi bawaentourage dan perakam video untuk viralkan perkara yang tidak betul!
Bila sudah kantoi, tidak mengaku pula. Lucu sungguh bila orang yang terang-terang merakam video tersebut menafikan bahawa dia yang merakam adegan ‘rampas anak’ tersebut.
Konflik Personaliti Bekas Datin
Kisah Dendam Seorang Bekas Datin
Tindakan-tindakan Bekas Datin ini seolah-olah menggambarkan dirinya sebagai seorang yang hadapi konflik dalam diri sendiri. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang dia mahu.
Pada satu sudut, Bekas Datin ini meminta agar Mahkamah Shariah menjalankan majlis sulh untuk menyelesaikan pertikaian bersama bekas suami. Ini satu tindakan yang baik, kerana eloklah pihak mahkamah menyelesaikan terus pertikaian antara bekas suami isteri ini.
Bekas Datin ini juga dengar ceritanya mahu buka perniagaan online menjual tudung demi menunjukkan kepada mahkamah bahawa dia mampu menjaga dan menanggung anak-anak yang masih kecil. Ini juga satu tindakan yang baik. Sekurang-kurangnya tidaklah lagi hidup hanya bergantung kepada kekayaan bekas suami.
Namun pada masa yang sama, dia juga kerap bertemu psikiatris di Kuala Lumpur dan mahu bayar psikiatris itu agar mengeluarkan laporan kononnya dia sangat trauma dengan segala yang berlaku agar mudah menang kes-kes mahkamah yang sedang berlangsung. Mungkin psikiatris itu patut follow akaun Instagram Bekas Datin ini. Baru boleh tahu dia trauma atau tidak.
Dengar cerita lagi bahawa ayah kepada Bekas Datin ini pun sudah masuk campur dengan cuba menggunakan pengaruhnya agar keputusan mahkamah menyebelahinya kelak. Kita dengar juga yang si ayah ini cuba meminta bantuan dari seorang menteri. Sampai begitu sekali. Tidak cukup dengan segala macam kerja yang menteri kena buat, kini kena masuk campur pula kes perceraian orang pula.
Jadi apa yang Bekas Datin ini mahu sebenarnya? Mahu selesai atau mahu terus bertelingkah?
Pindah Rumah Lagi
Sebelum ini sudah didedahkan yang Bekas Datin ini tinggal sebumbung dengan adiknya dan suami di sebuah kondominium mewah di Damansara Perdana. Namun, kita dapat tahu yang Bekas Datin sudah berpindah dan menyewa pula dua buah rumah di sekitar Damansara juga.
Punca dia pindah tidak diketahui, namun dengar cerita telah berlaku pertikaian antara dia dengan suami adiknya itu. Dengar cerita juga hubungan suami isteri adiknya itu turut terjejas.
Mungkinkah disebabkan duit? Ini satu kebarangkalian yang mungkin memandangkan keluarga ini sentiasa mahukan duit dalam jumlah yang banyak. Kerana duit juga, adik ipar itu diberhentikan kerja dari syarikat bekas suami. Kerana tidak lagi mendapat duit dari bekas majikan walaupun telah diberhentikan kerja, adik ipar ini mula menyerang bekas majikan dan keluarga.
Kita dapat tahu, si adik ipar itu kerap menjaja pelbagai cerita tentang bekas majikan sehingga kepada orang yang dia baru sahaja kenali. Mungkin dia lupa yang Kuala Lumpur ini kecil sahaja. Ada kemungkinan orang yang kita cuba hasut itu adalah kenalan atau saudara kepada mereka yang kita kecam.
Adik lelaki Bekas Datin ini (yang merakam kejadian di mahkamah tempoh hari) juga dikatakan terpaksa ‘bekerja’ dengan kakak demi melangsaikan hutang. Disebabkan dia tiada kerja tetap, maka si adik lelaki ini terpaksa ikut telunjuk kakak tanpa banyak soal. Macam-macam perkara dia sudah lakukan termasuk mencipta perbualan mesej teks palsu antara dia dan bekas abang iparnya itu. Semua ini dilakukan dengan rapi sebagai strategi untuk memburukkan nama bekas abang ipar dan syarikat.
Bila sudah terdesak, sudah pastilah keluarga ini akan lakukan apa sahaja untuk dapat apa yang mereka mahu. Dalam mencapai matlamat ini, tiga orang anak kecil menjadi mangsa.
Tidak kasihankan anak-anakkah?

Mencabar Keudara (Berhijab) -Ginella Massa Penyampai Berita Berhijab Kanada.

Hasil carian imej untuk Penyampai Berita Berhijab Pertama Di Kanada
GINELLA Massa, mencatat sejarah sebagai penyampai berita pertama di Kanada yang memakai tudung ketika membaca berita di televisyen.
DIA yang berusia 29 tahun, yang juga seorang wartawan, membaca berita untuk salah satu stesen penyiaran terkemuka di Kanada, CityNews pada pukul 11 malam, minggu lepas.
“Itulah penutupnya. Malam ini bukan sahaja penting kepada saya, malah saya rasa tiada wanita berhijab yang pernah membacakan berita di Kanada,” katanya dalam twitternya sebaik sahaja menamatkan tugasnya.
Massa berkata, dia juga menjadi satu-satunya pemberita penyiaran di Kanada yang memakai hijab pada 2015, ketika bertugas dengan CTV News di Kitchener, Ontario.
Dia berpindah ke Toronto pada Februari tahun ini dan berkhidmat di CityNews.
“Editor saya telah memuji saya sambil berkata “Hey, bagus. Adakah ia yang pertama di Kanada? Wanita memakai hijab’’. Dan saya pun berkata ya,” kata Massa yang hanya menyedari mengenainya selepas ditegur oleh editornya itu.
Walaupun menerima pujian ramai di media sosial namun tidak kurang juga yang memberikan komen negatif.
“Saya telah bercakap dengan ramai wanita yang menjadi wartawan di Amerika Syarikat , yang bekerja di belakang tabir, Mereka menyatakan ia sesuatu yang mencabar untuk keudara (hijab),” kata Massa.
Ini kerana , kata Massa, wartawan di Amerika Syarikat itu dimaklumkan bahawa disebabkan mereka memakai hijab maka mereka tidak akan dibenarkan keudara.
Keadaan itu katanya disebabkan ada yang berpendapat orang awam tidak akan dapat menerima situasi pembaca berita memakai hijab. (IH)


Siti Rahmah Tekad Buru Kejuaraan Dunia Kali Ke3.


Siti Rahmah (kiri) berazam untuk merangkul pingat emas buat kali ketiga berturut-turut pada Kejohanan Pencak Silat Dunia di Bali yang bermula 4 Disember ini. – Gambar hiasan


SUKAN
PESILAT negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir tidak menganggap cabaran pasukan tuan rumah, Indonesia menjadi penghalang buatnya untuk melengkapkan kemenangan hatrik pada Kejohanan Pencak Silat Dunia di Bali bermula pada 4 hingga 9 Disember ini.
Pesilat berusia 28 tahun itu menjadi sasaran utama apabila merangkul pingat emas dua kali berturut-turut pada kejohanan dunia di Chiang Rai pada 2012 dan Phuket, Thailand (2015).
Meskipun pernah berjumpa dengan wakil Indonesia sebelum ini, Siti Rahmah tidak pernah memikirkan soal lawannya malah hanya memikirkan soal maruah negara pada temasya berprestij di Asia Tenggara itu.
Katanya, selaku bekas juara, dia kini menjadi sasaran utama untuk ditumpaskan oleh pihak lawan namun dengan semangat serta latihan yang diberikan sudah cukup untuk menepis segala bentuk cabaran pada temasya itu nanti.
“Tekanan tentu ada namun itu tidak menjadi persoalan kepada saya. Apa yang penting adalah kekal fokus terhadap lawan. Selagi saya mewakili Malaysia, selagi itulah saya akan tetap berlawan sehingga tamat perlawanan.
“Meskipun menjadi sasaran utama untuk ditumpaskan, saya yakin dengan bimbingan jurulatih mampu menjadi senjata terakhir untuk melengkapkan kemenangan kejuaraan dunia buat kali ketiga,” kata Siti Rahmah yang kini sedang berlatih di Indonesia.
Dalam pada itu, pemegang pingat emas Sukan SEA 2015 ini juga menjelaskan dia tidak akan memandang rendah keupayaan mana-mana pesilat kerana setiap negara membawa atlet terbaik mereka.
“Saya tahu setiap kejohanan mereka pasti akan membawa atlet terbaik. Sudah pasti kejuaraan ter­sebut bukan mudah kerana saya semakin menjadi tumpuan pasukan lawan.
“Namun, ancaman utama pada perlawanan tersebut sudah pasti Vietnam yang dilihat mahu menebus maruah ketika saya menjulang pingat emas pada Sukan SEA di Singapura tahun lalu,” jelas Siti Rahmah.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 Bermula

pau


KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari.
Majlis perasmian serentak ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dijadual berlangsung pada 8 malam dan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO.
Ketiga-tiga sayap pergerakan parti telah sebulat suara mahu perasmian itu dilakukan Ahmad Zahid yang merupakan naib presiden yang kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden. Tahun lepas, perasmian perhimpunan sayap dilakukan oleh ketua pergerakan masing-masing.
Sepertimana lazim, presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanatnya dalam Taklimat Presiden pada 2 petang ini, yang dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.
Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,732 perwakilan.
Perdana menteri juga dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek pembangunan Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC KL), yang bakal menjadi mercu tanda baharu di ibu negara.
Selain itu, beberapa acara sampingan di luar perhimpunan turut diadakan iaitu Konvensyen Penerangan UMNO 2016, Majlis Anugerah Nadi Negara (Wanita) 2016 dan pelancaran Laman Media yang juga akan disempurnakan Ahmad Zahid. - Bernama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails