Wednesday, November 30, 2016

'Sanggup Kongsi Suami, Mengapa Tak Kongsi Isteri?' Carafikir Luar Pakej Islam.


Tweet Kongsi Lubang Isteri Viral Di Internet

INI berita yang diangkat dari MYNEWSHUB.CC..

STATUS laman mikro Twitter seorang wanita yang berbunyi, “Kalau wanita sanggup berkongsi batang suami (bermadu). Suami sanggup tak kalau kongsi lubang isteri?” menjadi viral beberapa hari lalu.

Menerusi status yang dimuat naik itu, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu seolah-olah cuba meluahkan rasa marah dan tidak puas hati apabila terpaksa berkongsi kasih dengan wanita lain.
Atau dalam erti kata lain wanita tersebut berang ‘dimadukan’ sehinggakan dia tergamak pula mempersoalkan hak seorang lelaki untuk berpoligami jika berkemampuan.
Malah pertanyaan “Suami sanggup tak kalau kongsi lubang isteri?” menunjukkan bahawa mentaliti individu itu sangat cetek sehingga cuba menghalalkan yang haram kerana hukumnya sudah jelas termaktub dalam ajaran Islam.
Pengharaman terhadap wanita untuk turut berpoligami (dibaca: berkahwin ramai suami) adalah demi menjaga keturunan dan keharmonian rumah tangga yang dibina.
Selain itu juga, ia demi menjaga taraf anak yang bakal dilahirkan dan sekiranya wanita dibenarkan bersuami lebih daripada seorang, maka akan timbul pertelingkahan dalam kalangan suami berkaitan status anak itu.
Tindakan wanita berkenaan membuat naik status berbaur lucah sedemikian ibarat menconteng arang ke muka sendiri dan seluruh kaum Hawa yang lain.
Status yang dimuat naik itu telah menerima respond yang memberangsangkan daripada pengguna laman mikro itu apabila ia diretweet lebih 400 kali dan lebih 1,000 favourites. – MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seseorang itu bebas memilih agama yang dia mahu. Boleh pilih pakej Islam, pakej Kristian atau sebagainya. Kalau pilih Islam, kena ikut peraturan pakej keseluruhannya. Tidak boleh ikut pakej Islam    tetapi mengamalkan peraturan agama lain.

Dalam Islam ada peraturan poligami. Kalau tak mahu poligami, jangan pilih pakej Islam. Orang Islam yang 'ingkar' tidak suka atau bantah suruhan solat contohnya, sudah terkeluar dari agama Islam. Lain, kalau dia tidak ingkar, cuma malas-malas saja, lain hukumnya.

Bagaimana boleh pilih pakej Islam, tapi tidak mahu ikut peraturan yang ditetapkan pakej tersebut?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Ulama Sedunia Bermesyuarat Di Qatar, Mana PAN?



Tuan Guru Hj Abd Hadi selaku Timbalan Ketua Ulama Sedunia bermesyuarat di Qatar bersama Dr Yusof Qardawi, timbalan2 & setiusaha agung. Sebelum itu beliau ke India bertemu ulama d sana, menaiki keretapi ke Lucknow. Smoga sukses dalam menunaikan tugas & misi perjuangan.







Kredit
Ustaz Saiful Bahri Mamat  


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana PAN atau Amanah, yang kononnya parti Islam dari Malaysia?

Bangladesh Pula Halau Rohingya Pulang Ke Myanmar


Hasil carian imej untuk Bangladesh halau etnik Rohingya pulang ke Myanmar
AGENSI - BEBERAPA parti politik dan pertubuhan Islam di Bangladesh melakukan protes menggesa kerajaan negara itu memberi perlindungan kepada pelarian Rohingya.


DHAKA – Beberapa buah bot yang dipenuhi pelarian Rohingya yang me­larikan diri daripada keganasan di Myanmar telah dipaksa berpatah balik oleh pengawal sempadan Bangladesh kelmarin.
Beribu-ribu etnik Rohingya dari negeri Rakhine, barat Myanmar telah membanjiri sempadan untuk memasuki Bangladesh minggu lalu, membawa bersama cerita menakutkan mengenai kejadian rogol, penyeksaan dan pembunuhan oleh pasukan keselamatan Myanmar.
Lapan bot yang cuba merentasi Sungai Naf yang memisahkan Rakhine dari selatan Bangladesh diarah pulang kelmarin selepas enam buah bot tidak dibenarkan memasuki sempadan negara itu pada Ahad, kata Ketua Pengawal Sempadan di bandar Teknaf, Kolonel Abuzar Al Zahid.
“Terdapat 12 hingga 13 orang etnik Rohingya di dalam setiap bot,” katanya.
Dhaka berkata, beribu-ribu lagi sedang berkumpul di sempadan dan mereka menolak rayuan antarabangsa yang mendesak supaya etnik Rohingya dibenarkan masuk. Sebaliknya, Dhaka menyeru Myanmar meningkatkan usaha menghentikan penduduk melarikan diri.
Dalam tempoh dua minggu lalu, pengawal sempadan Bangladesh telah menghalang lebih 1,000 penduduk Rohingua termasuk wanita dan kanak-kanak, kata seorang pegawai.
Pemimpin pembangkang utama Bangladesh, Khaleda Zia lewat Ahad lalu menyertai gesaan beberapa parti politik dan kumpulan pertubuhan Islam supaya memberi perlindungan kepada pelarian Rohingya.
Sekurang-kurangnya 30,000 etnik Rohingya telah menjadi pelarian di Rakhine dan ramai yang cuba memasuki Bangladesh sepanjang bulan lalu.
Samira Akhter memberitahu AFP melalui telefon, bahawa dia tiba di sebuah kem pelarian di Bangladesh pada Isnin lalu selepas melarikan diri dari kampungnya di Rakhine bersama tiga orang anak dan 49 penduduk yang lain.
“Pihak tentera membunuh suami dan membakar rumah kami,” kata Samira, 27, yang bersembunyi selama tiga ming­gu sebelum melarikan diri. – AFP

Liberalisme, Ekstremisme Cabaran Didepani UMNO -Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Zahid Janji 'Bisik' Tambah Calon Daripada 3 Sayap UMNO

KUALA LUMPUR – Ancaman liberalisme dan ekstremisme antara cabaran yang UMNO perlu menangani bagi mengekalkan kekuatannya, kata Naib Presiden parti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas timbalan presiden UMNO berkata parti itu menghadapi cabaran mendepani politik negara, liberalisme dan pentafsiran demokrasi, penentuan UMNO terus relevan, kesatuan memperkukuh parti, pengislahan radikalisme dan extremisme, kepedulian sosial, kesejagatan ummah dan penanganan digitalisasi.
Beliau berkata kejayaan negara bukan sahaja dicemburui pihak luar tetapi juga dari dalam kerana sedar hanya Malaysia satu-satunya negara di dunia yang maju, aman dan sejahtera yang diketuai kepimpinanan Islam serta bergandingan dengan bangsa terdiri daripada pelbagai agama.
“Keadaan ini ternyata telah mencetuskan rasa kecemburuan sehingga mereka merencanakan pelbagai asakan terhadap pemimpin parti dan kerajaan. Mereka tidak akan puas selagi tidak melihat negara ini menjadi huru-hara, tersungkur dan rakyat menderita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan bertajuk ‘Dasawarsa Politik Mencabar’ semasa merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini, malam ini.
Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata pembangkang menggula-gulakan rakyat dengan propaganda bahawa negara ini akan bankrap serta pelbagai lagi dakwaan dan cerita-cerita palsu yang digembar-gemburkan.
“Sesungguhnya, kita seharusnya merasa risau dan gayat apabila melihat perubahan seperti ini yang berlaku kepada masyarakat kita. Perubahan yang bukan sahaja melibatkan perubahan strata sosial malah lebih membimbangkan kita ialah perubahan dari segi pola dan kecenderungan pemikiran rakyat yang menjurus kepada timbulnya budaya politik kebencian,” katanya.
Ahmad Zahid berkata anggota UMNO dan rakyat keseluruhan juga tidak seharusnya mudah termakan dengan fahaman liberalisme yang semakin menghampiri dan mendekati negara ini.
Beliau berkata mereka perlu sentiasa jelas bahawa demokrasi bagi negara ini adalah suatu kebebasan yang beralaskan perlembagaan serta bersulamkan undang-undang.
“Maka, saya seru kepada semua sayap-sayap UMNO untuk bersama-sama berdiri teguh bersama presiden dan saya untuk terus memperbetulkan keadaan ini. Kita tolak Open Society yang membiayai negara-negara yang dihasratkan untuk dikuasai demi kepentingan pembiayanya,” katanya.
Beliau juga berkata pengislahan radikalisme dan ekstremisme perlu dilakukan bagi menangani semua elemen aliran negatif yang boleh menggugat keamanan negara.
Ahmad Zahid mengingatkan cabaran dalam mengekalkan kuasa yang dimiliki UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana dikhuatiri ramai pemimpin akan terbuai alpa sedangkan ‘rumah agam’ yang diduduki pada masa ini sedang berada di ambang cukup kritikal.
Beliau berkata 198 daripada 222 kerusi Parlimen yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum ke-11 merosot kepada 140 kerusi pada 2008 dan menurun kepada 134 kerusi pada 2013 sebelum tinggal 132 kerusi pada masa ini selepas Anggota Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Semporna) meninggalkan parti itu.
“Bagi rakan-rakan BN janganlah bergundah-gulana dengan semangat kesetiakawanan UMNO. Marilah kita bertekad untuk bersama-sama berjuang dan mempertahankan BN dalam menghadapi PRU14 akan datang,” katanya.
Dalam ucapan yang turut diselang seli dengan petikan ayat al-Quran itu, Ahmad Zahid juga menekankan kepentingan penyelesaian masalah kos sara hidup yang menghimpit masyarakat khususnya di kawasan bandar.
Beliau bimbang jika permasalahan itu tidak didepani dengan baik, ramai akan berjauh hati dengan kerajaan dan seterusnya boleh berubah menjadi ‘pembunuh senyap’ terhadap kerajaan.
“Oleh itu, dalam usaha merungkai permasalahan ini, kita sebagai parti yang menunjangi kerajaan, perlu sentiasa berusaha bagi memperjelaskan kepada rakyat bahawa agenda utama kerajaan begitu jelas dan berstruktur rapi dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini termasuk kehidupan rakyat di bandar,” katanya.
Ahmad Zahid meminta anggota sayap UMNO supaya bijak menguasai ruang siber dalam menangkis pelbagai fitnah, tohmahan, kritikan dan serangan daripada pihak seteru politik UMNO.
Katanya angkatan ‘cybertrooper’ atau ‘tentera siber’ perlu bersatu dalam menyusun strategi menentang musuh dan bukannya sering berbalah sesama sendiri.
Malah, beliau mendedahkan terdapat dalam kalangan mereka yang terjebak dengan agenda mempromosikan saudagar politik yang menjenamakan tokoh-tokoh tertentu, katanya. – BERNAMA


CNN Tayang Video Lucah 30 Minit. Ini Tak Sengaja?


CNN Tak Sengaja Tayang Video Lucah Selama 30 Minit

STESEN penyiaran Amerika Syarikat, CNN mendapat malu apabila pekerjanya secara tidak sengaja telah menayangkan sebuah klip video lucah selama 30 minit di saluran tv tersebut, baru-baru ini.

CNN sepatutnya menayangkan rancangan dokumentari penggembaraan yang dijayakan hos terkenal Anthony Bourdain yang berjudul Anthony Bourdain Parts Unknown ketika video lucah itu ditayangkan di seluruh Boston.
Namun begitu, jurucakap CNN menafikan perkara yang berlaku itu adalah di atas kesilapan mereka.
Sebaliknya, mereka mendakwa itu adalah kesilapan teknikal yang perlu ditanggung syarikat operater pengendali stesen tersebut di Boston iaitu syarikat RCN.
Tayangan video lucah selama 30 minit itu dipercayai memaparkan aksi seks seorang bintang porno transeksual, Riley Quinn.
Riley difahamkan ‘berterima kasih’ kepada CNN kerana telah memberikan publisiti percuma kepada dirinya di atas kesilapan teknikal tersebut.

Konon, apa yang dibuat puak-puak barat anti Islam dan kuncunya, semuanya di anggap betul, salah pun dikatakan tak sengaja.. (IH)

Tuesday, November 29, 2016

Warga Indonesia/M'sia, Ini Peluang Belajar Sambil Bekerja Di Australia -I/Hasyim


Hasil carian imej untuk bekerja sambil belajar di australia
Ini Peluang Belajar Sambil Bekerja Di Negeri Kanguru.  -I/Hasyim

Makassar (Kamis, 22 September 2016 11:00) Konsul Jenderal Australia untuk Makassar Richard Mathews mengajak pelajar tanah air untuk melanjutkan pendidikan kuliah di Negeri Kanguru. Australia disebut menawarkan berbagai perguruan tinggi yang termasuk di jajaran perguruan tinggi terbaik di dunia.

Menurut QS Top 100 University List 2015/2016, tercatat tujuh universitas di Australia yang masuk dalam jajaran 100 universitas terbaik di dunia.

“Orang Indonesia bisa belajar di universitas unggulan yang berada di negeri seberang, tidak jauh dari Indonesia,” kata Richard saat menghadiri pengukuhan Ikatan Alumni Mahasiswa Australia (IKAMA) Sulawesi Selatan di Makassar, Rabu (21/9) malam.

Menurut Richard, Australia merupakan salah satu negara tujuan yang banyak dipilih generasi baru pelajaran Indonesia. Pada tahun 2015, ada sekitar 19.300 pelajar Indonesia terdaftar di lembaga pendidikan Australia, yang diperkirakan akan terus meningkat. Bagi pelajar yang tertarik mencari tahu lebih lanjut tentang seputar pendidikan di Australia, bisa mengakses laman studyinaustralia.gov.au/indonesia. 

Selain standar kualitas pendidikan yang tinggi, ada beragam alasan Australia cocok bagi pelajar. Salah satunya, keadaan negara yang majemuk dengan banyak penduduk yang berasal dari negara asing. “Kota-kota di Australia itu nyaman dan sangat cocok sebagai kota pelajar,” Richard melanjutkan.

Untuk meringankan beban para pelajar, pemerintah Australia memberikan keringanan agar mereka bisa mendapatkan penghasilan. Mahasiswa asing yang memegang visa belajar di Australia boleh bekerja sebanyak 20 jam seminggu, selama kursusnya berjalan. Banyak jenis pekerjaan yang bisa dipilih, mulai yang ringan hingga yang berat.

“Biaya hidup di Australia juga tidak setinggi yang sering dibayangkan,” ujarnya.

Professor Jamaluddin Jompa, yang meraih doktor di bidang Ilmu Kelautan di Universitas James Cook, Townsville, Australia, menjabat Ketua IKAMA Sulsel periode 2016-2021. Saat ini dia menjabat sebagai Dekan Fakultas Ilmu Kelautan Universitas Hasanuddin.

“Pengalaman studi saya di Australia sangat membantu karir saya. Saya senang bisa merangkul alumni-alumni Australia di provinsi ini untuk bekerjasama di beberapa bidang untuk kemajuan bangsa dan negara Indonesia,” ujarnya.
(AP)

Peluang Warga Indonesia/Malaysia Belajar Sambil Berkerja Di Australia.
Info, sila hubungi:

Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Tel 014 222 5865 (KL)       

26 Nov 2016: Seminggu dari tarikh sekarang Ibnu Hasyim masih berada di luar negara.

Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

Sepakat RUU 355?


Hasil carian imej untuk Sepakat RUU 355?
BERIKUTAN isu pembentangan usul Rang Undang-undang (RUU) 355 baru-baru ini, banyak pihak telah menunjukkan penolakan dan pertentangan mereka terhadap usul tersebut.
Secara jelasnya, kebanyakan mereka dalam kalangan Ahli Parlimen (MP) bukan Islam sendiri seperti MCA, DAP dan AMANAH. Walaupun tidak dinafikan terdapat juga segelintir MP Melayu yang menolak.
Soalnya, mengapa perkara ini berlaku, sedangkan RUU 355 hanya dikhaskan hukumannya kepada masyarakat yang beragama Islam?
Hakikatnya, masih ramai dalam kalangan MP dan rakyat sendiri yang tidak memahami dengan jelas mengenai RUU 355 ini dan mereka sengaja mempergunakan isu ini bagi menyekat Islam terus berkembang di Malaysia.
Secara literalnya, menurut Timbalan Presiden Isma, Tuan Haji Aminuddin, “RUU 355 merupakan sebuah Akta Mahkamah Syariah bahagian Jenayah yang mana, ianya mengkhususkan kepada hal-hal yang berkaitan qazaf, zina, minum arak dan murtad.
“Ditegaskan bahawa ianya bukanlah berkaitan dengan hukum nikah cerai, hadhanah dan sebagainya yang sering disalah fahami oleh masyarakat kita hari ini. Bukan juga hukum hudud yang digembar-gemburkan oleh media massa.”
Justeru, ianya bukanlah suatu hal yang perlu ditakuti oleh orang bukan Islam malah ianya merupakan satu tuntutan yang wajar dibuat bagi memartabatkan Islam di negara ini.
Jika kita soroti pindaan RUU 355 yang telah dibuat 32 tahun lepas pada tahun 1984 menunjukkan, banyak kekurangan dan kelompongan yang berlaku dalam hukum kanun jenayah syariah.
Sebagai contoh, hari ini, statistik pembuangan bayi, murtad dan sebagainya berlaku semakin menular dalam masyarakat Melayu. Berdasarkan hukum yang sedia ada, kita melihat, kurangnya perlaksanaan dan hukuman itu sendiri terhadap sesuatu kes yang berlaku.
Apa yang kita bimbangkan, apabila isu ini terus menerus ditentang oleh bukan Islam, ianya akan menjejaskan ketinggian maruah agama kita sendiri.
Salah satu, faktor penting yang mengangkat akta ini untuk dibentangkan adalah bagi menjadikan akta-akta jenayah syariah diperakui dalam undang-undang persekutuan. Ianya supaya, sesuatu kes yang berkait dengan jenayah syariah tidaklah hanya terhad kepada kuasa di bawah negeri semata-mata.
Walaupun hakikatnya, menurut Datuk Zainul Rijal, Presiden Peguam Muslim Malaysia (PPMM), “RUU 355 yang diusulkan oleh MP Marang ini masih lagi belum mencapai peringkat bacaan pertama. Ianya masih lagi pada usul yang belum menerima apa-apa perbahasan dalam Parlimen.
“Jadi, penangguhnya adalah sesuatu yang wajar dan perjalanannya untuk dapat dilaksanakan amatlah panjang prosesnya.”
Tuntasnya, RUU 355 sememangnya merupakan akta yang wajar dan wajib disokong oleh masyarakat Islam dan bukanlah isu politik yang sengaja dibuat.
Sebagai umat Islam yang mencintai agamanya, hendaklah menyatakan sokongan yang padu terhadap usul RUU 355 ini bagi menjamin kemaslahatan umat Islam sejagat.
 Jika tidak mahu berbicara soal bangsa, apa yang kita bicarakan ini adalah soal agama Islam dan kedaulatan Islam di bumi Malaysia tercinta.
Sama-sama kita fikirkan, jika pada peringkat seawal ini, umat Islam sendiri tidak bersatu untuk bersepakat menyokong usul pindaan ini, bagaimana hukum-hukum Islam yang wajib dijalankan oleh sebuah negara Islam itu dapat dicapai?
Nurul Hajjar Attan
Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana dan Ismaweb.net

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails