Friday, December 30, 2016

Rasuah:Dituduh Seleweng RM61.48 Juta.


 Awang Mohd. Tahir (depan, kiri) dan Lam Beng (belakang kiri) menutup muka bagi mengelak wajah mereka dirakamkan di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU – Seorang bekas Pengarah Jabatan Air Sabah (JAS), isterinya serta Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap 37 tuduhan menyeleweng dana infrastruktur melibatkan wang tunai RM61.48 juta serta simpanan bank selain memiliki secara salah barangan mewah.
Bekas pengarah itu, Awang Mohd. Tahir Mohd. Talib, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 kesalahan melakukan pe­ngubahan wang haram berjumlah RM56.9 juta dan memiliki pelbagai jam tangan serta ken­deraan mewah yang menyalahi undang-undang.
Dia juga me­ngaku tidak bersalah bersama-sama isterinya, Fauziah Piut, 51, terhadap dua tuduhan memiliki secara salah barang kemas.
Fauziah turut dikenakan 19 tuduhan memiliki secara salah barang kemas dan beg mewah serta wang sebanyak RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.
Seorang lagi tertuduh, Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah, Lim Lam Beng, 62, yang digantung tugasnya menghadapi satu tuduhan memiliki secara salah sebuah kenderaan dan tiga tuduhan memiliki secara salah wang tunai berjumlah RM2.38 juta.
Sedikit Mengenai Rasuah..
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
  • "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." (Al-Baqarah : 188)
Disebutkan dalam hadis yang bermaksud: 
  • "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" (Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
 Takrif Rasuah dan Sogokan
 
1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

2)  Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

3)  Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

5) Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

6) Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

7) Apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian.

Lihat..Tawaran kerja di Korea Selatan & Australia.
  • Peluang Kerja Di Korea Selatan, Sila Hubungi Ibnu ...
  • Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...

  • Skandal Lendir Pula Landa Parti Cap Bunga, Betul Ke?

    Hasil carian imej untuk SKANDAL LENDIR" PARTI CAP BUNGA SE

    Nampak gayanya integriti PPBM kini mula menjadi persoalan hangat. Nak pulak bila timbulnya skandal seks yang turut melibatkan pemimpin tertinggi parti itu sudah pasti sedikit sebanyak mengundang persepsi negatif rakyat terhadap pembangkang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis Politik, Azmi Hassan berkata, walaupun ia tidak menjejaskan hubungan antara PPBM bersama Pakatan Harapan (PH) tetapi rakyat akan menilai prinsip yang diperjuangkan mereka.
     "Bukan saja ia boleh menjadi modal kepada kerajaan tapi sudah pasti rakyat akan menilai, di mana prinsip PH dan PPBM itu. Jadi sebab itu dikatakan skandal ini tidak akan merosakkan hubungan PPBM dan PH tapi penilaian rakyat itu kemungkinan akan jauh berbeza dan ia akan memberi satu persepsi negatif terhadap PH secara keseluruhannya," katanya kepada Antarapos.
    Menjelaskan dengan lebih lanjut, Azmi berkata pembangkang sebelum ini terutamanya Pakatan Haprak tu sering kali melaung - laungkan dakwaan bahawa mereka adalah parti yang 'BERSIH' dan 'SUCI' daripada melakukan sebarang skandal.
     "Ya betul, selama ni pembangkang terutama PH cuba menggambarkan mereka adalah bersih dari segala-galanya tapi dengan skandal ini pasti akan dikatakan membuat rakyat berfikir dua tiga kali tentang prinsip sebenar perjuangan pembangkang dan PH.
    Justeru katanya, walaupun skandal ini bakal menggugat kepercayaan rakyat tetapi Azmi percaya ia tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua parti berkenaan yang saling memerlukan dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

    Terdahulu, salah seorang bekas pemimpin PPBM turut menyelar tindakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hanya mendiamkan diri daripada menjawab isu berkaitan dengan skandal yang turut melibatkan dirinya sebelum ini.

    Khairuddin yang juga dianggap sebagai 'Ayam Tambatan Tun Mahathir' itu tampil membuat cabaran terbuka terhadap Muhyiddin Yassin agar membersihkan nama dan imejnya dari dikaitkan dengan tuduhan skandal seks yang melibatkan dirinya.
     "Akar umbi parti juga telah bertanya tentang dakwaan skandal presidennya ini ... Parti itu perlu dilihat bersih, adil dan saksama, tanpa terdapat seolah-olah ia mengamalkan pilih kasih."
     "Selama ini Muhyiddin mengambil pendekatan berdiam diri mengenai isu-isu yang timbul di sekeliling beliau," kata Khairuddin yang meninggalkan parti itu Oktober lalu.
    Secara kesimpulannya, pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak ni suka sangat nak mendabik dada dan mendakwa diri mereka 'Suci' dan 'Maksum' dari orang lain sedangkan hakikatnya, banyak skandal lendir yang menyelubungi kehidupan diorang selama hari ini yang cuba disembunyikan dari pengetahuan orang luar!!!  (http://semuthitam80.blogspot.my)



    Lihat..Tawaran kerja di Korea Selatan & Australia.

    Thursday, December 29, 2016

    Skandal: DAP Serupa BN.. Tidak K'tan. Ha Ha Ha..

    Hasil carian imej untuk projek dap

    Kalau UMNO ada MB rasuah spt Khir Toyo, DAP pun ada Ketua Menteri yg diheret ke Mahkamah dengan fakta kes rasuah yg serupa.

    Jika kita bercakap soal projek yg tidak telus dibuat oleh BN. DAP pun tidak telus dalam byk perkara dalam projek projek di Pulau Pinang. 

    BN yg memerintah negara dipersoalkan isu 1MDB dengan hutang berjumlah RM43 billion. Kos underwriting untuk pinjaman dikenakan oleh Goldman Sachs pada kadar tidak munasabah 10% berjumlah ratusan juta ringgit.

    DAP yg memerintah Pulau Pinang pula sedang mahu melaksanakan Pelan Pengangkutan bernilai RM46Billion. Untuk terowong sahaja RM6.3 billion dengan kos juruperunding dilaporkan RM300 juta.

    Yg bertenggek atas ehsan BN akan pertahankan segala2nya yg dibuat oleh BN. 

    Yg bertenggek atas ehsan DAP akan suci kan DAP, tiada yg salah dibuat DAP. 

    PAS sudah memerintah Kelantan lebih 20 tahun, belum sabit kes rasuah dan penyelewengan walau ditohmah macam2. PAS perintah terengganu dan Kedah. Juga bersih dari kes rasuah.

    PAS melawan BN kerana BN berterusan membiarkan unsur yg merosakkan masyarakat dan negara yg menyalahi syariat berkembang. Maksiat, judi, arak, hiburan melampau. 

     Hasil carian imej untuk lgbt &DAP

    DAP dan rakan mereka yg sealiran penganut sekular yg tegar mempromosikan penyakit yg sama konon atas nama kebebasan. Arak, Judi, kewujudan pusat maksiat. Kepentingan tokey tokey pedagang penyakit masyarakat ini, merekalah ke depan mempertahankan. Minta turunkan cukai arak. Mempromosi liberalisme, LGBT.

    BN sejak era Mahathir memperkecilkan fungsi Institusi Raja sehingga ahli politik menjadi terlalu berkuasa. Sehingga suatu hari jika bukan melayu yg mengawal politik negara sama ada secara terus atau kawalan secara boneka seperti Nizar di Perak, Institusi Raja perlu ketegasan luarbiasa untuk tundukkan ahli politik. 

    Hari ini, DAP dan rakannya paling ke hadapan dalam menyanggah apa saja isu jika membabitkan Institusi Raja. Dari soal seperti perlantikan MB di Selangor, hatta Mahathir tak dijemput ke istana pun dimainkan media mereka. 

    Tradisi fitnah pemimpin demi kepentingan diri subur dlm BN. Sama rosaknya fitnah rakan rakan DAP menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor yg berusaha selesaikan pertikaian isu air Selangor demi rakyat. 

    PAS tak terikat dengan sesiapa. Tidak tertakluk ehsan sesiapa. Membuat pendirian berpaksikan prinsip Islam. (http://www.themalaysianview.com)

    Oleh Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim

    Himpunan Ulama Aceh Nobatkan Habib Rezieq ‘Imam Besar Umat Islam’

    Himpunan Ulama Aceh Nobatkan Habib Rezieq ‘Imam Besar Umat Islam’
    Himpunan Ulama Dayah Aceh (HUDA) dan sejumlah Ormas Islam berbasis Dayah (Pesantren) menobatkan Imam Besar Front Pembela Islam (FPI), Habib Rezieq Syihab sebagai Imam besar Umat Islam Indonesia.   


    Himpunan Ulama Dayah Aceh  (HUDA) dan sejumlah Ormas Islam berbasis Dayah (Pesantren) menobatkan Imam Besar Front Pembela Islam (FPI), Habib Rezieq Syihab sebagai Imam besar Umat Islam Indonesia di acara Tabligh Akbar Maulid Nabi Muhammad SAW.
    Di hadapan lautan manusia Tgk Bulqaini Tanjungan (Tu Bulqaini), Sektaris Jendral HUDA menobatkan Habib Rezieq sebagai ‘Imam Besar Ummat Islam Indonesia’ di  Gampong Lam Pulo, Kecamatan Kuta Alam, Banda Aceh Isnin (26/12/16) malam.
    Acara ini disambut gegap-gempita serta pekikan takbir  dari ribuan jamaah  yang memadati lapanga terbuka Tempat Pelelangan Ikan (TPI) Nasional, Lampulo-Banda Aceh.
    “Penobatan Imam Besar Umat Islam Indonesia merupakan hasil musyawarah dari seluruh ulama Dayah Aceh, ujar  Tu Bulqaini dalam pidato singkatnya.
    Ulama Aceh ini juga menyampaikan semoga ulama Nusantara lainnya juga segera mengikuti jejak ulama Aceh dalam rangka  mendukung dan memperkuat  kemerdekaan ummat Islam dari kebangkitan ‘neo Komunis, liberal dan kafirin di NKRI,” seru Tu Buqaini dengan penuh semangat.
    (kiriman Tgk Mustafa Husen Woyla -Aceh)

    Lihat sebelum ini..
    E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
    E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

    Esok, 11 Kluster Dibahas Kongres Rakyat Kelantan

    Tidak 'Amanah', Mengapa 'PAN'? Menurut Iskandar


    AIDCNews -28/12/16 – Parti Amanah Negara tidak layak dipanggil Amanah kerana sikap pimpinan parti itu suka mencuri kerusi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.
    “Jadi sebab itu kami panggil mereka PAN, kami tak panggil Amanah” katanya ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.
    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad yang berkata, parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan PAS pada PRU depan.
    Menurut Iskandar, sekiranya PAN menghormati sekutunya dalam Pakatan Harapan, parti itu tidak akan sesekali akan menyatakan hasrat untuk merampas dan mencuri kerusi milik sekutunya, PKR.
    “PAN akan bertanding 40 kerusi dan dia nak bertanding kerusi PKR dan kerusi PAS. Ini dengan sendirinya menunjukkan sikap PAN.
    “Sebab mereka bersama dalam Pakatan Harapan. PAN dengan PKR. Tetapi sekarang ini mereka (PAN) nak curi kerusi PKR
    “Bermakna, segala apa yang kami cakap sebelum ini tentang PAN adalah benar sama sekali,”katanya lagi.

    Mengapa Tanya Gaji W/Azizah, Bukan K/Siang, Najib/Rosmah? Anwar Pula..

    wan-azizah

    Berapa Gaji Wan Azizah Sebulan ?

    AIDCNews  -27/12/16 –Facebooker pro PAS, Mohd Sobri membuka persoalan baharu dengan bertanyakan berapakah gaji bulanan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
    Persoalan Mohd Sobri dikupas seperti berikut :
    (A)Elaun (kerana kita tak ada slip gaji Azizah, elaun dia kita ikut slip gaji Rafizi)
    Elaun keraian Ahli Parlimen – RM 1,500
    Elaun tetap pemandu kereta – RM 1,200
    Elaun telefon Ahli Parlimen – RM 900
    Elaun tetap Perjalanan – RM 1,500
    Bayaran Khas Ahli Dewan Rakyat – RM 1,500
    ———————————————————–
    (B) Elaun Ketua Pembangkang – RM3,846.59.
    Total Elaun – RM 10,446.59
    (C) Ahli Parlimen Permatang Pauh – RM16,000
    (D) Adun Kajang – RM11,250
    Gaji keseluruhan – RM 37,696.59
    Hanya kerana dia bini Anwar, dia dapat gaji RM 37,696.59 sebulan.
    Maunya dia tak happy. Gambar dia memanjang senyum sampai ke telinga. Boleh la pergi stalk FB dia tengok.
    Pencen nanti pun dapatlah lebih kurang RM13,000.
    Sudahlah berdebat di dewan macam nenek tua tergagap-gagap.
    Kerja jadi adun di Kajang pun setakat ligat datang kenduri show off kipas ikut warna baju.
    Yang macai dok kasihankan Azizah tu, berapa gaji kamu sebulan?

    Dan Anwar Pula Layak Jadi PM?

     Pakatan Harapan tidak akan berputus asa untuk mengangkat bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri walaupun beliau kalah dalam rayuan kedua sabitan kes liwatnya.


    "Apa yang tidak, jangan sesekali katakan tidak," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah isterinya pada sidang media hari ini.

    Beliau ditanya sama ada Pakatan Harapan menerima hakikat Anwar tidak akan menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang susulan gabungan pembangkang bakal berbincang mengenai calon perdana menteri pada mesyuarat mereka.

    Beliau kemudian menyamakan isu Anwar dengan mendiang Nelson Mandela yang menjadi presiden Afrika Selatan selepas 27 tahun meringkuk dalam penjara.

    "Mandela jadi presiden..." katanya sambil menambah pembangkang akan membincangkan calon perdana menteri sementara.

    Mengulas lanjut, Ketua Penerangan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata, mereka akan berbincang mengenai calon perdana menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan dan layak untuk menerajui negara. 
    (TKO)

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails