Monday, January 23, 2017

PAS Makin Mahal, Semoga Perjuangan Islamnya Tidak Berubah. -I/Hasyim

Imej yang berkaitan
Selepas perpisahan pahit antara DAP dan PAS akibat hudud 2 tahun lalu, Lim Kit Siang hari ini berkata beliau sanggup bergabung dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Lim yang juga ketua Parlimen DAP berkata mereka boleh bekerjasama sekali lagi jika presiden PAS itu sedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.
“Jika presiden PAS bersedia untuk memuktamadkan perjanjian yang keutamaan teratas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara gagal dan jahat, saya bersedia bekerjasama dengannya.
“Itu akan menjadi agenda negara bagi tempoh 5 hingga 10 tahun. Adakah Hadi sedia membuat komitmen itu,” kata Lim ketika melawat Bukit Gelugor.
PAS memutuskan hubungannya dengan DAP selepas parti itu berulang kali menyerang hasrat Hadi untuk melaksanakan Kanun Keseksaan Syariah di Kelantan pada 2015. Berakhirnya hubungan 2 parti itu menyebabkan Pakatan Rakyat terkubur.
PKR dan DAP kemudian membentuk Pakatan Harapan, gabungan baharu bersama Amanah, parti dibentuk oleh bekas pemimpin dalam PAS.  Kini, seluruh Rakyat Malaysia memahami bahawa PAS hanya diperlukan DAP kerana sumber tenaga dan undi Melayu Islam. 

Selepas PAS dipergunakan, sekali lagi PAS akan dipijak dan dihina seperti sampah. Begitu banyak pengkhianatan DAP terhadap PAS dan Islam. Begitu banyak kerosakan yang mereka lakukan terhadap gabungan pembangkang yang akhirnya menguntungkan Umno/BN serta merugikan Rakyat.

Sehingga berkatalah PAS melalui Harakah hari ini (HUZIR SULAIMAN | .)..

"Sayonara DAP. Sayonara PAN. Keputusan PAS sudah muktamad. Cukuplah PAS yang acapkali terpaksa berkorban untuk sediakan tangga kepada mereka untuk naik ke atas. 

Tiba sudah giliran PAS untuk naik ke atas melalui GAGASAN SEJAHTERA bersama-sama mereka yang ikhlas menghormati tiga prinsip asas tahaluf siyasi PAS, iaitu Islam dan PAS memimpin, kerjasama di atas dasar Islam semata-mata dan kerjasama yang menguntungkan Islam sahaja.

Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur dihujung dahan,
Setelah sekian lama bantuan diberi,
Selamat tinggal DAP kami ucapkan."

Ertinya, PAS makin mahal dalam politik tanah air masakini, dan telah membuktikan cita-cita Islamnya tidak berubah, dulu, sekarang, bahkan hingga hari kiamat.

Oleh  Ibnu Hasyim

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

Dr M Berjaya Jadi Ketua PPBM, PKR, DAP, PAN. -Dr Mohd Zuhdi


Hasil carian imej untuk Dr mahathir

Seorang wartawan Utusan Malaysia telah menghubungi saya bertanya tentang kenyataan Dr Mahathir dalam Malay Mail Online bertajuk "Dr M Says Does'nt Need PAS, Can Beat Islamist Party". Beliau bertanya; Apa pandangan Dr mengenai hal ini? Adakah Dr Mahathir sengaja membuat kenyataan begini untuk merendahkan PAS?



Saya memberitahu beliau; pada pandangan saya, memang Dr Mahathir sengaja mengeluarkan kenyataan ini, tetapi bukan kerana ia memandang rendah terhadap PAS, sebaliknya dia bimbang dengan pengaruh PAS. Kenyataan seperti ini adalah sebahagian dari strategi politik beliau.

Dr Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah beliau berkonfrantasi dengan semua Perdana Menteri yang berada di atasnya daripada Tunku Abdul Rahman sehingga Perdana Menteri sekarang. Kalaupun boleh dikecualikan ialah di zaman Tun Abdul Razak.

Dengan sifat diktator politik inilah Dr Mahathir mencantas semua pimpinan Umno dan Timbalan Perdana Menteri yang menggugat kedudukannya, dari Tengku Razaliegh sehingga Anwar Ibrahim. Malah beliau juga pimpinan politik yang berani menyanggah Raja-raja Melayu.

Sekarang beliau berada bersama blok pembangkang, dan dengan sifat diktator politik ini, beliau mahu kesemua parti dan pimpinan pembangkang untuk tunduk kepada gerakan politiknya. Sekarang beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua kepada PPBM, PKR, DAP dan PAN.

Anwar Ibrahim sudah berjaya beliau tenggelamkan. Lim Kit Siang telah berjaya beliau jinakkan. Mohamad Sabu telah berjaya beliau mandulkan. Mahfuz Omar telah berjaya beliau perbudakkan. Dengan pengertian lain, beliaulah sebenarnya ketua blok PH untuk melawan BN.

Yang boleh menggugat Dictatorship beliau dalam blok pembangkang ialah PAS, kerana PAS adalah sebuah parti politik yang paling besar selepas Umno. Sebab itu, Dr Mahathir sangat tidak mengalu-alukan PAS, meskipun Muhyiddin Yassin amat mengharapkan hubungan itu.

Pendirian PAS pula konsisten dalam isu mendaulatkan Syariah Islam dan mempertahankan hak orang Melayu, yang begitu bertentangan dengan strategi Dr Mahathir. Faktor ini juga menjadi faktor tambahan mengapa Dr Mahathir tidak mengalu-alukan hubungan dengan PAS.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
22 Januari 2017 / 24 Rabiulakhir 1438 

Iklan Sirup, Buat Gadis Bandung Ini Pilih Islam.


Hidayah bisa datang dari mana saja. Gadis ini masuk Islam gara-gara kepincut iklan sirup. Gimana pengalaman serunya?

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim, Jakarta-Bandung (2)

CATATAN perjalanan Ibnu Hasyim, Jakarta-Bandung(1)[RM350 Umroh Ke Mekah Atau Rp.1 Juta.. Lihat Progra...] lalu, mendapat reaksi beberapa pembaca. Ada yang menelefon dan beri komen. Antara komennya..
Anonymous said...
Tq Pak Ibnu. Kerana memperkenalkan, iklankan pakej umrah mudah. Boleh bayar ansuran, nak tanya, bolehkah orang warga Msia nak jadi ahlinya.

Bagaimana? ada peluang buat bisnes melaluinya?

Tolong jelaskan!

January 22, 2017 at 1:48 PM 
Sebelum saya jelaskan pertanyaannya, saya ingin jelaskan dulu berita mengenai kesan iklan. Kisah seorang gadis dari Bandung memeluk Islam kerana melihat iklan minuman sirup, tahun lalu.

Jakarta: Bulan Ramadhan 2016 disambut suka cita oleh seluruh muslim di dunia. Tak terkecuali di Indonesia. 

Untuk menambah kecintaanmu kepada agama samawi yang disebarkan oleh Nabi Muhammad SAW ini, bahagia rasanya mendengarkan kisah mereka yang mendapat hidayah Islam. 

Salah satunya gadis cantik bernama Gisella ini. Wanita asal Bandung tersebut jadi mualaf gara-gara sering ngeliat iklan sirup Marj*n di televisi. Cerita jadi mualafnya dimuat dalam situs daaruttauhiid.org. 

"Menjelang Ramadan, iklan-iklan sirup kan sering muncul di tv. Isi iklannya tentang kehangatan keluarga, berbuka puasa, mudik lebaran, dan itu membuat saya mulai menyukai Islam," ujar Gisella. 

Dari kehangatan tersebut dia menyukainya dan disitulah dia tertarik pada Islam. Apalagi banyak teman muslim Gisella yang menyenangkan.  Ini yang membuatnya mantap memilih menjadi muslim. 

Semoga istiqomah setelah jadi saudara baru. ya, Gisella.

 Gisella, gadis Bandung cantik yang putuskan jadi muslim gara-gara lihat iklan sirup di bulan Ramadan | Via: daaruttauhiid.org

Mengenai isi persoalan yang ditanya seperti di atas, akan dijelaskan pada tulisan akan datang. Insya Allah.

Bersambung...





La imagen puede contener: 1 persona, anteojos, barba y primer plano


Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
Tel 014 222 5865 (KL) 
22 Jan 2017  

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-113: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan.
E-Buku IH-113: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan..

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..


Sikit mengenai iklan Umroh mudah dan membuka peluang perniagaan dan menambah pendapatan.

Umroh Menambah Rezeki dan Cepat Kaya
Merindukan bisnis yg halal serta syariah?
Info bisnis terhangat akan BOOMING saat ini!!
Jadikan sampingan dari bisnis anda!! SBL solusinya…..

Inilah DIA (( SBL Network )) :::.
Setelah sukses PT SBL Travel umroh&haji
Bisa umroh dengan hanya 15,5juta dgn paket memuaskan kini hadir network SBL dengan DP 1 juta saja..!!! Modal 1 Juta!!

Ajaib!! Punya niat umroh 1, 2 atau belasan tahun kedepan??
Dengan DP 1juta? Anda mempunyai kesempatan berangkat Umroh!! dan berpenghasilan ratusan juta hingga milyaran serta reward yg sangat hebat bukan hanya basa basi semata!!

Waw!!! Perusahaan yg berdiri 2012 ini telah memberangkatkan ribuan jemaah dengan prestasi sangat memuaskan bahkan jemaah yg sdh berangkat umrah,selalu daftar kembali umrah&haji berkali2 serta mempunyai puluhan kantor cabang di Indonesia.
cek kesaksiannya disini :

Liputan Bandung TV Grand Launching SBL


Selebriti Terkenal Bantah Donald Trump.



HALAMAN HIBURAN
Washington: Berbaju merah jambu dengan topi tajam, jutaan wanita termasuk selebriti terkenal, meredah cuaca sejuk, termasuk di London dan Amerika Syarikat menyertai perarakan di seluruh dunia membantah Donald Trump sebagai presiden baru Amerika.
Lebih 600 perarakan diadakan di seluruh dunia dengan peserta membawa sepanduk termasuk bertulis ‘Wanita tidak akan mengalah’, mengecam Trump membabitkan pelbagai isu seperti pengguguran kandungan dan perpaduan.
Dianggarkan lebih 500,000 orang, sebahagian besarnya wanita menyertai ‘Perarakan Wanita’ di Washington yang turut disertai selebriti, termasuk Katy Perry, Madonna, Scarlett Johansson, Jake Gyllenhaal, Emma Watson, Ashley Judd, Cher, America Ferrera, Kristen Stewart, Charlize Theron, Whoopi Goldberg, Cynthia Nixon, Charlotte Church, Yoko Ono, Helen Mirren, Julia Roberts, John Legend dan Amy Schumer.

Kira-kira 2.2 juta orang, sebahagian besarnya wanita menyertai perarakan itu di seluruh dunia bagi menyokong hak wanita dan hak asasi manusia dengan 100,000 memenuhi jalan raya di London.
Perarakan dan tunjuk perasaan besar turut diadakan di Paris, Berlin dan Edinburgh, Rome, Prague, Amsterdam, Stockholm, Athens, Copenhagen, New Delhi, Brussels, Mexico City, Barcelona, Manila, Toronto, Madrid, Geneva, Cardiff dan Sydney, membantah Trump sebagai Presiden Amerika yang ke-45.
Selain itu, banyak tunjuk perasaan anti-Trump diadakan di Amerika, terutama di Washington, dengan sebahagiannya bertukar menjadi ganas, memecahkan tingkap kedai, membakar kereta dan melambakkan tong sampah di tengah jalan.
Sebahagian penunjuk perasaan yang bersekutu dengan kumpulan menggelar diri mereka ‘Disrupt J20’, ditahan polis. Nama ‘Disrupt J20’ itu diambil sempena tarikh pelantikan Trump . 

Sementara itu, Setiausaha Akhbar White House, Sean Spicer (gambar kecil) mengecam pemberita kelmarin kerana “menerbitkan laporan palsu” yang didakwanya berleluasa sejak 30 jam Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar DailyMail kelmarin.

“Ini merupakan jumlah penonton paling ramai menyaksikan angkat sumpah Presiden AS sama ada yang hadir sendiri atau menontonnya di kaca televisyen, Muktamad!,” kata Spicer pada sidang akhbar itu.
Beliau berang dengan media AS yang didakwa memperkecilkan majlis angkat sumpah Trump.
Spicer berkata, bilangan sebenar penonton yang hadir di Wa­shington bagi majlis ang­kat sumpah itu gagal diperoleh, namun beberapa agensi media melaporkan jumlah mereka sekitar 250,000 orang. (IH)
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

Demonstrasi Penduduk Arab Di Israel. Jahannam Israel!



AFP - PASUKAN keselamatan Israel menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Wadi Ara kelmarin.



TEL AVIV – Beribu-ribu penduduk Arab di utara Israel menunjuk perasaan kelmarin, sehari selepas seorang lelaki Badwi terbunuh semasa bertempur dengan polis di selatan Israel.
Penunjuk perasaan berarak di Bandar Wadi Ara kelmarin dengan ramai antara mereka membawa bendera Palestin dan sepanduk mengecam tindakan merobohkan kediaman penduduk Arab.
Polis menggunakan bom bunyi untuk menghalang mereka daripada menyekat jalan berdekatan.
Demonstrasi itu diadakan bagi membantah kematian lelaki Badwi, Yacoub Abu Al-Qiyan, 50. Dia meninggal dunia dalam situasi bercanggah apabila polis rejim Zionis menyerbu perkampungan Badwi, Umm Al-Hiran untuk merobohkan sejumlah kediaman.
Polis berkata, dia memandu kenderaannya ke arah pasukan polis yang memasuki kampung tersebut dengan menyebabkan seorang anggota polis rejim Zionis terbunuh.
Namun, menurut penduduk tempatan dan aktivis, mangsa ditembak sebelum dia hilang kawalan kereta yang dipandunya.
Penduduk Arab termasuk 300,000 orang Badwi merupakan keturunan warga Palestin yang tinggal selepas penubuhan Israel pada 1948.
Mereka merangkumi 17.5 peratus penduduk Israel dan sering menjadi mangsa diskriminasi rejim Zionis. – AFP
Jahannam Israel!

Lawatan/Dialog Dengan Dato Sabastian Francis. Uskop Gereja St Anne.



Lawatan dan dialog dengan Dato Sabastian Francis. Uskop wilayah Timur di Gereja St Anne. Bukit Mertajam


 

(IH)

'Revolusi Cinta' Madonna Bantah Trump



Madonna Sokong Perarakan Bantah Pelantikan Trump
HALAMAN HIBURAN

WASHINGTON – Ikon pop antarabangsa, Madonna, membuat penampilan mengejut pada Perarakan Wanita, yang membantah Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat, sambil memberitahu ini adalah masa untuk ‘revolusi cinta’.

Madonna Sokong Perarakan Bantah Pelantikan Trump
Selepas diperkenalkan pelawak Amy Schumer, penyanyi itu memberi ucapan pendek sebelum menyampaikan beberapa lagu popularnya.
“Kita rasa kebaikan akan menang pada akhirnya. Kita tidak menang pada pilihan raya ini, tetapi kebaikan akan menang akhirnya,” kata Madonna.
Beliau berkata, revolusi cinta akan terjadi dan wanita perlu menolak kezaliman zaman baharu yang bukan sahaja meletakkan wanita dalam bahaya, malah terpinggir. “Revolusi bermula di sini.
“Berjuang untuk hak mendapat kebebasan, menjadi diri sendiri, mendapat persamaan. Mari berarak bersama mengharungi kegelapan.
“Kita tidak sendiri dan tidak akan berundur,” katanya sambil disambut sorakan. Sementara itu, ribuan wanita membanjiri jalan raya di ibu kota negara Eropah untuk menyertai ‘perarakan saudara perempuan’ di Asia membantah Trump.
Di London, sambil mengibarkan sepanduk dengan slogan seperti ‘Hubungan istimewa, cuma katakan tidak’ dan ‘wanita nakal bersatu’, penunjuk perasaan berkumpul di luar Kedutaan Amerika di Grosvenor Square sebelum menuju ke perhimpunan di tengah Trafalgar Square. Di seluruh dunia, 670 perarakan dirancang.
Menurut laman sesawang penganjur, lebih dua juta penunjuk perasaan dijangka menyertai perhimpunan menentang Trump, yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45, Jumaat lalu.
Selebriti, termasuk Bianca Jagger, penyanyi Charlotte Church dan pelakon Ian McKellan turut menyatakan sokongan mereka kepada bantahan itu di media sosial.
Perhimpunan turut diadakan di Berlin, Paris, Rome, Vienna, Geneva dan Amsterdam. Di Afrika, ratusan penunjuk perasaan di Hutan Karura di Nairobi mengibarkan sepanduk dan menyanyikan lagu membantah Amerika. – Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails