Monday, February 06, 2017

Thengar Char Pulau Tempat Buangan Pelarian Etnik Islam Rohingya?




“JIKA pelarian etnik Islam Rohingya benar-benar ditempatkan di Pulau Thengar Char yang terpencil itu, ia adalah satu perbuatan yang teruk serta tidak masuk akal,” ujar seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya kepada stesen berita Amerika Syarikat, Cable News Network (CNN), Selasa lalu.
Tambah sumber itu lagi, keadaan pulau itu yang jauh dari pekan-pekan kecil selain sering dilanda banjir menyebabkan ia bukanlah tempat tinggal yang sesuai buat manusia.
Pada Oktober tahun lalu, seramai 69,000 pelarian etnik Islam Rohingya melarikan diri dari keganasan yang berlaku di Rakhine, barat Myanmar ke Dhaka, Bangladesh. Mereka menetap di kem-kem pelarian selepas tidak diakui sebagai rakyat Myanmar.
Mengharap kasih di bumi orang, pelarian etnik Islam Rohingya itu juga tidak diterima di Bangladesh kerana kerajaanya bimbang ketenteraman akan tergugat apabila golongan pelarian itu bergaul dengan masyarakat tempatan.
Minggu lalu, kerajaan Bangladesh memberitahu, mereka bercadang untuk menempatkan kumpulan etnik Islam Rohingya itu di sebuah pulau yang dikenali sebagai Thengar Char.
Bangladesh pertama kali mengusulkan untuk menghantar kumpulan pelarian etnik Islam Rohingya ke Pulau Thengar Char yang dibanjiri air laut ketika air pasang sekali gus mencetuskan kemarahan kumpulan hak asasi manusia pada tahun 2015.
Berita itu menimbulkan rasa marah dalam kalangan orang ramai kerana pulau penuh becak itu cukup terasing dari dunia luar, malah ia sering dilanda banjir teruk lebih-lebih lagi pada musim hujan.
Etnik Islam Rohingya yang disifatkan sebagai golongan paling teraniaya di dunia itu berdepan ‘pengasingan’ apabila bakal dihantar untuk menjalani kehidupan di pulau terpencil itu.
Thengar Char
Pulau Thengar Char terletak sejauh 60 kilometer dari ibu negara Bangladesh, Dhaka dan merupakan sebuah pulau yang dipenuhi paya.
Dalam bahasa Sanskrit, ‘Thengar’ bermaksud sejenis kayu, manakala ‘Char’ pula bermaksud kepelbagaian.


SEORANG pelarian dilihat sedang menangis dan memujuk penguat kuasa Bangladesh supaya tidak menghantarnya pulang ke Myanmar.



Menurut sejarah, ia merupakan sebuah pulau baharu dan terbentuk di kawasan Teluk Benggala berdekatan Pulau Hatiya kira-kira lapan tahun lalu.
Memiliki keluasan sekitar 30,000 hektar, ia secara rasminya tidak berpenghuni ekoran keadaannya yang tidak selamat untuk diduduki.
Menurut seorang pegawai perhutanan Dhaka, Amir Hossain Chowdhury, Thengar Char langsung tidak memiliki sistem kawalan banjir mahu pun jalan raya.
“Biarpun satu per tiga daripada tanahnya sudah ditanam dengan pokok-pokok bakau sebagai benteng semula jadi yang baik, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk tumbuh dan buat masa ini, ia masih tidak selamat untuk dihuni.
“Menempatkan mereka di sana seperti ‘membuang’ golongan tersebut,” katanya.
Selain itu, pulau tersebut juga dikatakan amat sukar untuk dijejaki sepanjang tahun. Lokasinya juga tidak dilabelkan dalam kebanyakan peta dunia, menyebabkan ia dikenali sebagai pulau terbuang oleh masyarakat tempatan.
Lebih buruk lagi, Thengar Char akan tenggelam serta-merta setiap kali dilanda ribut taufan. Tanahnya juga telah terhakis sejak beberapa tahun lepas dan ia memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun untuk pulih dan kembali stabil.
Pihak polis di Pulau Hatiya yang merupakan pulau paling hampir dengan Thengar Char juga memberitahu, proses memindahkan begitu ramai pelarian Rohingya ke sana juga sukar dan tiada jaminan mereka akan selamat tiba ke destinasi memandangkan pulau itu mudah tenggelam.
Menurut wakil agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Dhaka, Stina Ljungdell, golongan pelarian itu tidak menyambut baik cadangan penempatan mereka ke Thengar Char kerana tidak diberitahu tentang tempat tinggal mereka di sana.
“Kerajaan Bangladesh tidak memaklumkan secara terperinci di manakah penempatan mereka di Thengar Char sekiranya mereka benar-benar ditempatkan di sana kelak,” ujarnya.
Penuh sengsara
Tiada sesiapa pun dapat membayangkan keperitan hidup sebagai pelarian Rohingya. Biarpun sudah menetap di Myanmar begitu lama, golongan itu tidak dianggap sebagai warganegara dan perkampungan mereka di Myanmar dibakar tentera tanpa belas kasihan.


PERKAMPUNGAN etnik Muslim Rohingya yang dibakar tentera Myanmar di daerah Rakhine.



Zafor Alam yang merupakan seorang pelarian Rohingya kini hidup sebatang kara selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa, isteri serta dua orang anak lelakinya yang mati lemas selepas bot yang dinaiki mereka dari Myanmar menuju ke Bangladesh tenggelam Disember tahun lalu.
“Saya cukup sedih setiap kali memikirkan insiden tersebut.
“Saya sudah tiada sesiapa lagi dalam dunia dan terpaksa melalui hidup begini (sebagai pelarian). Kadangkala saya fikir lebih baik mati sahaja,” ujar Zafor.
Sitara Begum, 21, pula terpaksa melarikan diri selepas suaminya dibunuh di depan matanya sendiri.
“Suami saya dibunuh oleh tentera kerajaan Myanmar dan saya bersama dua anak terpaksa lari menyelamatkan diri. Saya benar-benar tidak mahu mengingati insiden tersebut,” ujarnya yang kini menetap di kem pelarian di Cox Bazar, Bangladesh.
Penganut agama Buddha di Myanmar menganggap lebih satu juta pelarian etnik Muslim Rohingya sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh, biarpun mereka sudah begitu lama menetap di Myanmar.
Golongan tentera Myanmar mengambil langkah mengusir etnik Islam Rohingya dari negara itu bagi tujuan ‘pembersihan etnik’. Kerakyatan mereka tidak diakui di kedua-dua negara menyebabkan mereka kini hidup terpinggir di kem-kem pelarian di Bangladesh. (Kosmo)


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Indonesia Mahu Sekat & Zalimi FPI.














 AFP - GAMBAR pada 23 Januari 2017 menunjukkan penyokong FPI berhimpun dekat ibu pejabat polis di Jakarta bagi membantah tindakan polis memanggil ketua mereka, Rizieq Shihab untuk soal siasat.
JAKARTA – Indonesia cuba mengekang sebuah kumpulan Islam yang mengetuai tunjuk perasaan membantah Gabenor Jakarta beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama, namun pakar-pakar memberi amaran bahawa cubaan menundukkan rangkaian itu sukar kerana hubungannya dengan pemerintah.
Kumpulan itu, Barisan Pembela Islam (FPI) menjadi wadah pergerakan Islam radikal di Indonesia sejak beberapa tahun lalu, manakala pengaruhnya kian meningkat walaupun pandangannya ditolak oleh kebanyakan orang Islam di negara itu.
FPI bertanggungjawab menyerbu bar-bar menjual arak pada bulan Ramadan, memaksa pembatalan konsert Lady Gaga di Indonesia dan mengetuai bantahan pertan­dingan ratu cantik Miss World.
Diketuai ulama bersuara lantang, Rizieq Shihab, FPI membantu menganjurkan demonstrasi besar-besaran terhadap Ba­suki yang dikenali dengan gelaran Ahok.
Gabenor Jakarta daripada etnik Cina itu kini dibicarakan kerana menghina Islam.
Bantahan terhadap Ahok membantu melonjakkan nama FPI dalam arena politik Indonesia dan kini, pihak berkuasa mahu mengekang pengaruh kumpulan Islam itu.
Perkembangan itu menyaksikan polis menggiatkan siasatan terhadap Rizieq dalam langkah yang dilihat mendapat sokongan Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan pentadbirannya.
“Perkembangan ini di luar jangkaan, ini kali pertama pemerintah mencabar FPI secara terbuka,” kata penganalisis Pusat Strategik dan Kajian Antarabangsa di Jakarta, Tobias Basuki.
Pada minggu lalu, polis menamakan ulama itu sebagai suspek kerana memfitnah pengasas Indonesia, Sukarno dan prinsip negara, Pancasila dalam ucapannya beberapa tahun lalu sekali gus bermakna pihak berkuasa mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwanya.
Tobias berkata, peme­rintah terdahulu keberatan bertindak ke atas FPI kerana bimbang dituduh menye­rang agama Islam tetapi pentadbiran Jokowi memutuskan sebaliknya.
FBI mendakwa mempunyai seramai empat juta ahli tetapi seorang penganalisis berkata, kumpulan itu mempunyai anggota maksimum 200,000 orang. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menuduh Barisan Pembela Islam (FPI) menjadi wadah pergerakan 'Islam radikal' di Indonesia adalah tidak tepat. Menuduh pengaruhnya kian meningkat walaupun pandangannya ditolak oleh kebanyakan orang Islam di negara itu, itu pun tidak tepat.


Menuduh FPI (Sebenarnya bukan FBI saja bahkan seluruh umat Islam wajib) bertanggungjawab menyerbu (Sebenar bukan menyerbu tapi 'mengislah' yang tidak bertentangan dengan undang-undang negara itu) bar-bar menjual arak pada bulan Ramadan, memaksa pembatalan konsert Lady Gaga di Indonesia dan mengetuai bantahan pertan­dingan ratu cantik Miss World... Itu bukan 'radikal', itulah tuntunan Islan sebenar.
FPI membantu menganjurkan demonstrasi besar-besaran terhadap Ba­suki atau Ahok bukan kerana orang itu berbangsa Cina atau Kristian, tetapi kerana menghina agama Islam.
Maka kerana itulah, timbulnya fitnah ini, 'Pada minggu lalu, polis menamakan ulama itu sebagai suspek.. 
  • kerana memfitnah pengasas Indonesia, Sukarno dan prinsip negara, Pancasila dalam ucapannya beberapa tahun lalu 
  • sekali gus bermakna pihak berkuasa mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwanya.'
Dan akan dikorek-korek macam-macam lagi, seperti 'Lihat artikel, Bahan Bukti Kes Skandel Rizieq Shihab/Firza Husein..., ' dan lain-lain.'


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Bahan Bukti Kes Skandel Rizieq Shihab/Firza Husein. Linen & Bantal!!




Liputan6.com, Jakarta - Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Raden Prabowo Argo Yuwono berkata, pada masa ini pihaknya seang memeriksa dan mensesuaikan barang bukti yang dikumpulkan dengan isi dari foto chat seks yang didakwa dilakukan pimpinan Ormas FPI Rizieq Shihab dan suspek kes dugaan makar Firza Husein .

"Ada beberapa lagi ya barang bukti yang sudah kita semak dari rumah Firza. Kita akan lihat kesesuaian di tempat asal dengan gambar itu sama ada yang sesuai di situ," tutur Argo saat disahkan di Jakarta, Sabtu (4/2/2017).

Argo menyebut, sejumlah foto yang beredar menunjukkan keadaan tempat dan barangan di sekitarnya. Untuk itu, keseluruhan dari kediaman Firza Husein dan barang bukti yang diperolehi terus disiasat dan dipadankan.

"Nanti penyiasat yang menilai. Ada beberapa yang dibawa. Linen dan bantal. Kemudian ada televisyen terlihat di foto itu. Kemudian ada foto-foto tempat bilik mandi dan gambarnya yang ada di situ. Tentunya semua itu bahagian dari penyelidikan pihak polis untuk membuktikan kes itu , "jelas dia.

Menurut dia, ada juga beberapa barang bukti dalam bentuk digital. Berkaitan laman web dan yang sejenisnya pun kini masih dalam proses pembangunan lebih lanjut.

"Tentunya penyiasat sudah bekerja hingga saat ini. Mulai dari polis kita menerima ada barang bukti di sana. Ya berupa kandungan maupun keping CD, ya di situ ada terkandung. Ada khabar juga ada tulisan yang perlu kita dalami," pungkas Argo.

Salinan chat seks yang didakwa melibatkan Rizieq Shihab dengan Firza Husein tersebar luas di dunia maya. Laman baladacintarizieq.com diduga yang pertama kali menyebarkan screenshot tersebut.

Di dalam laman web itu, juga terdapat foto-foto syur yang diduga Firza Husein. Hasilnya, masyarakat melaporkan kes itu kepada polis berkaitan kandungan pornografi.  (IH/L6)


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Sunday, February 05, 2017

Misi Food Flotilla For Myanmar, Najib Razak Bersama Tuan Ibrahim..


Misi Food Flotilla For Myanmar PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man beberapa Menteri Kabinet bersama-sama melepaskan Kapal Nautical Aliya bagi misi kemanusiaan, Food Flotilla For Myanmar yang memulakan pelayaran di Boustead Cruise Centre. - Foto Osman Adnan.

UCAPAN PRESIDEN PAS KEPADA MISI KEMANUSIAAN FOOD FLOTILLA FOR (ARAKAN) MYANMAR


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Firman Allah:
وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا
  • Apakah yang menghalang kamu sehingga kamu tidak keluar untuk berjuang pada jalan Allah (menegakkan agama kamu) padahal di sana ada orang-orang yang lemah ditindas di kalangan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang merayu kepada Allah. "Wahai tuhan kami selamatkanlah kami daripada negeri yang penduduknya berlaku zalim terhadap kami, wujudkanlah dari sisi-Mu pembantu dan penolong".(An-Nisa': 75)
Bersama dengan ayat ini, saya mengucap selamat kepada rombongan NGO dan lain-lain yang menyertai misi bantuan ke Myanmar, mudah-mudahan mereka dapat menyempurnakan perintah Allah yang terkandung di dalam ayat ini, mereka diberi fadhilat dan kelebihan oleh Allah SWT bukan sahaja selamat dalam perjalanan di laut bahkan mendarat, mendapat pahala dan berkat daripada Allah SWT.

Saya iringi dengan doa, iringi dengan dukungan yang sepenuhnya, mudah-mudahan langkah yang diambil ini dapat menggerakkan hati-hati umat Islam khususnya dan pejuang perikemanusiaan di seluruh dunia, supaya memberi perhatian kepada mereka yang tertindas di Myanmar. Mudah-mudahan diselamat semua. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu'alaukum. - HARAKAHDAILY



PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

DAP Dibidas Konon Hospital Patuh Syariah Pertama -Dr. Hilmi


hilmi

GEORGE TOWN – Semua hospital, klinik serta fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negara ini adalah patuh syariah, tegas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Tambah beliau lagi, begitu juga dengan segala apa dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hampir sepenuhnya mematuhi kehendak syariah sejak sekian lama.
Justeru, kata Dr. Hilmi yang juga Anggota Parlimen BN Balik Pulau, beliau agak terperanjat dengan kenyataan kerajaan DAP Pulau Pinang yang konon mahu membina sebuah hospital patuh syariah pertama di Malaysia.
“Nampaknya exco itu tidak tahu atau sengaja hendak menafikan usaha yang telah dibuat KKM selama ini untuk memastikan semua hospital, klinik, fasiliti kesihatan kerajaan patuh syariah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang dilaporkan berkata hospital itu dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di Bayan Baru.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, Dr. Hilmi menjelaskan, susulan kenyataan exco PKR pada November lalu itu, beliau mendapatkan pandangan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung maksud patuh syariah.
Berdasarkan pencerahan Jakim, beliau berpandangan semua yang dibuat oleh KKM hampir sepenuhnya mematuhi kehendak syariah merangkumi pakaian seragam staf serta amalan standard di wad pesakit termasuk wad bersalin.
Bagi wad bersalin, Dr. Hilmi berkata kini si bapa yang beragama Islam dibenar untuk mengazankan atau qamat anaknya yang baharu dilahirkan.
“Cuma kalau hendak pilih doktor perempuan untuk kendali ibu bersalin belum boleh lagi kerana kita belum capai jumlah cukup doktor perempuan,” katanya menambah doktor perempuan kurang berminat bidang sakit puan kerana ia amat mencabar.
Selain itu Dr. Hilmi berkata semua ubat dan vaksin yang digunakan oleh KKM juga adalah halal.
“Yang tidak halal cuma rotavirus untuk pencegahan penyakit cirit-birit dan itu pun ia tidak dibeli oleh KKM. Ia hanya terdapat di hospital atau klinik swasta tertentu sahaja.
“Untuk pastikan sesuatu vaksin benar-benar bebas daripada ada unsur khinzir, bahagian farmasi KKM buat pemeriksaan DNA dan pastikan tidak ada DNA khinzir,” katanya.
Katanya jika ubat dan vaksin dikeluarkan dalam negara, pengeluar wajib mendapatkan pensijilan halal Jakim dan pengeluaran pula dilakukan oleh kilang berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Dr Hilmi juga mendedahkan ramai pakar pembedahan beragama Islam melaksanakan amalan dianjur Islam iaitu menunaikan solat sunat sebelum memulakan pembedahan selain menjamak solat fardu jika pembedahan dijangka mengambil masa lama.
Selain itu, beliau berkata KKM juga telah melancarkan Kempen Hospital Mesra Ibadah tiga tahun lalu dengan pembimbing ditempatkan di hospital tertentu bagi mengajar cara sembahyang kepada pesakit walaupun dalam keadaan terlantar.
“Oleh itu, jika exco kerajaan negeri mahu mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP adalah yang pertama akan membina hospital patuh syariah di Malaysia, tengok-tengoklah dahulu apa yang telah kami buat di KKM,” katanya.
Media melaporkan hospital patuh syariah dikenali Hospital Islam Pulau Pinang yang akan dibina oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dengan kos RM280 juta itu dijangka beroperasi pada 2020. – BERNAMA

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.


Farra Artis 'Bagaikan Puteri' Berhijrah, Bakal Jadi Guru Mengaji.


Hasil carian imej untuk Farra / Farihah Mohd. Arshad

HALAMAN HIBURAN

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Bagaikan Puteri sekitar dekad 1990-an, Farra tidak mahu memandang ke belakang mengenai kisah hidupnya dalam dunia hiburan selepas berhijrah.

Farra atau nama sebenarnya Farihah Mohd. Arshad kini lebih selesa jika karier seni nyanyian diabadikan sebagai kenangan sahaja serta mahu berdakwah dan menyebarkan ilmu pendidikan.
Menerusi temubual penyanyi tersebut bersama Media Hiburan baru-baru ini melaporkan, dia kini sedang mendalami ilmu pembacaan Al-Quran dan ingin mengajar jika berkelayakan.
“Sesorang itu perlulah layak untuk mengajar jadi ada prosesnya dan saya kini dalam proses belajar sekarang,” katanya yang kini terlibat dalam perniagaan pakaian Muslimah.
Jelasnya, ilmu adalah penyelamat untuk manusia yang hidup di dunia semantara ini dan lebih banyak ilmu agama yang dipelajari, ia akan membawa perubahan dalam diri untuk menjadi lebih baik.
Farra Bagaikan Puteri Bakal Jadi Guru Mengaji
Menyentuh mengenai kehidupannya sebagai penyanyi sebelum ini, dia menjelaskan semua perkara tersebut tidak boleh dipadam dan tiada kekesalan apabila melibatkan diri dalam dunia hiburan.
“Saya tak boleh padam apa yang telah ditetapkan dahulu dan itu adalah kehidupan masa lalu.
“Itu adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan namun apa yang boleh dikatakan sekarang saya harap Allah ampunkan dosa saya,” kata penyanyi berusia 46 tahun itu.
Jelasnya, tidak pernah marah apabila lagunya menjadi halwa telinga dan dimainkan di corong radio dan televisyen kerana rentak lagu yang catchy itu cukup senang diingati. (IH)

Pesantren Sukamiskin, Pesantren Tertua Di Bandung

Hasil carian imej untuk Pesantren Sukamiskin,

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim Jakarta Bandung (4)


TIDAK sedikit ulama-ulama dan para Kyai yang sekarang di Indonesia mempunyai nama serta berpengaruh besar dalam masyarakat priangan khususnya dan masyarakat daerah Jawa Barat umumnya, adalah hasil gemblengan dan godogan ilmu, di Pondok Pesantren Sukamiskin.

Banyak yang tidak menyangka Pesantren Sukamiskin telah berdiri cukup lama, dan banyak menghasilkan para kyai yang akhirnya mendirikan pesantren-pesantren di kota Bandung. Pondok Pesantren Sukamiskin berada di bawah pimpinan KH.R. Muhammad Alqo selama kurang lebih 29 tahun yakni dari tahun 1881 M sampai dengan 1910 M atau tahun 1300 H sampai dengan 1329H. 

Dalam jangka waktu sekian ini beliau berhasil mendidik siswa-siswanya sehingga menjadi ulama besar, sebagai salah satu dari pada murid beliau adalah yang menjadi Pahlawan Nasional K.H. Zainal Musthofa almarhum.
Hasil carian imej untuk Pesantren Sukamiskin, Pengasuh Ponpes Sukamiskin..
 Lubang pasca pengeboman oleh tentara jepun.
 Pesantren Sukamiskin, Pesantren Tertua Di Bandung
Mahasiswa Fakultas Hukum Universitas Muhammadiyah Jakarta“Pesantren Ini cukup berperan dalam sejarah perkembangan pesantren di Bandung. Selain itu juga menghasilkan lulusan yang juga menjadi pahlawan nasional. Semisal KH. Zainal Mustofa yang gugur sebagai 'Syuhada' ketika melawan penjajah” tutur Fiqi, putera dari pimpinan pesantren ini.

Dalam periode ke II, iaitu setelah K.H.R. Muhammad Alqo mengakhiri hayatnya, pimpinan Pondok Pesantren beralih pada puteranya K.H.R.A Dimyati beserta menantunya R.H.S. Anisah. Sebelum memimpin Pondok Pesantren pengalaman yang pernah ditempuh oleh K.H.R.A. Dimyati antara lain menuntut ilmu di Pesantren Kresek Garut yang kemudian bermukim di Mekah kurang lebih selama sembilan tahun, bersama –sama dengan K.H.A Sanusi almarhum (Pendiri dan Pembina Pesantren Gunung Puyuh Sukabumi). 

Pada masa beliaulah (periode ke II tahun 1910 M sampai 1946 M atau 1329 H sampai 1365 H) harum dan cemerlangnya nama Pesantren Sukamiskin di daerah Jawa Barat. Pada periode ke II ini sebagai pembantu pimpinan K.H.R. Muhammad Chalil, saudaranya sendiri. Kurang lebih 36 tahun lamanya, Pondok Pesantren Sukamiskin mengalami kejayaan dan pada masa ini pula siswa Pesantren banyak orang yang datang dari berbagai pelosok daerah Jawa Barat.

Baru setelah beliau wafat, Pondok Pesantren mengalami kepakuman selama kurang lebih dua tahun, krana terhambat dengan adanya peperangan menjelang kemerdekaan Indonesia. Setelah negara aman kembali dan kemerdekaan pun sudah diproklamirkan, maka K.H.R Haedar Dimyati, putera dari K.H.R.A. Dimyati mulai merintis kembali ke Pondok Pesantren yang semula sudah mengalami kepakuman itu dan berhasil memulihkan kembali seperti keadaan semula walaupun dalam jangka waktu yang agak lama.

Pondok Pesantren Sukamiskin pada periode ke III ini, keadaannya cukup baik walaupun tidak sebaik periode ke II. Periode ke III berakhir karena K.H.R. Haedar Dimyati mengakhiri hayatnya iaitu pada tahun 1967 dalam usia yang masih muda kerana menderita penyakit yang mengakibatkan beliau pulang ke Rahmatullah. 

Sepeninggalnya, pimpinan Pondok Pesantren dipegang langsung oleh isterinya R.H. Siti Romlah Binti K.H.R. Muhammad Burhan (Pendiri dan Pimpinan Pesantren Cijaura Buah Batu Bandung), dan adiknya K.H.R. Sofwan, sementara putera K.H.R. Haedar, iaitu R. Abdul Aziz menuntut ilmu pengetahuannya di Pesantren Lirboyo Kediri yang dipimpin oleh K.H. Makhrush Ali. 

Tetapi sebelum selesai masa belajarnya R. Abdul Aziz, kakaknya (Puteri sulung K.H.R. Haedar) menikah dengan salah seorang siswa yang terkemuka  KH Imam Shonhaji  (juga siswa Pesantren Lirboyo Kediri, sebelum menimba ilmu di Pesantren Sukamiskin). Maka sejak itulah pimpinan Pondok Pesantren beralih kepadanya KH. Imam Sonhaji.(T2/Gilang Abimanyu)
Sejarah Sukamiskin.

Demikian catatan perjalanan kali ini, ke tempat sumber kekuatan Islam. Kerana banyaknya pesantren-pesantren beginilah maka kekuatan umat Islam dapat dipertahankan. Sebenarnya di situlah sumber kekuatan Indonesia.

Ibnu Hasyim

Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
Tel 014 222 5865 (KL) 
25 Jan 2017  

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-113: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan.
E-Buku IH-113: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan..

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails