Friday, February 24, 2017

Misteri Bahan Haram Kes Jong-nam Masuk M'sia..


Kes Jong-nam: Misteri Bahan Haram Masuk Malaysia

SEPANG – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menyiasat bagaimana bahan kimia jenis ‘Agen Saraf VX’ yang diharamkan, berjaya dibawa masuk ke Malaysia.

Bahan kimia berbahaya yang dikategorikan sebagai senjata kimia itu disahkan pihak Jabatan Kimia Malaysia digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
“Bahan kimia ini adalah bahan kimia diharamkan kerana ia senjata kimia. Kita akan siasat bagaimana ia masuk (bolos ke dalam negara) tetapi kalau yang masuk dalam jumlah yang sedikit agak sukar untuk siasat,” katanya.
Khalid menyatakan demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Ia mencetuskan spekulasi kemungkinan bahan larangan itu mampu dibawa masuk ejen perisikan asing.
Ditanya sama ada bahan kimia tersebut dihasilkan dalam negara atau diseludup masuk dari luar negara, beliau menjelaskan bahawa perkara berkenaan masih tidak dapat dipastikan lagi buat masa ini.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Bukit Aman pada pagi Jumaat, analisis oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan bahan yang ditemui ialah jenis ‘Agen Saraf VX’ atau VX Nerve Agent.
Ia malah dikategorikan sebagai senjata kimia dalam Jadual 1, Akta Konvensyen Senjata Kimia Malaysia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia 1997 anjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Mesir, Korea Utara dan Sudan Selatan tidak menandatangani konvensyen antarabangsa itu yang disahkan 192 buah negara manakala Israel belum mengesahkan perjanjian tersebut meskipun menandatanganinya.
Dalam pada itu, Khalid menafikan dakwaan bahawa waris Kim Jong Nam konon berada dalam negara dan pihak berkuasa bahkan masih menunggu waris terdekat untuk proses siasatan bedah siasat.
“Kami tidak akan menghantar pasukan ke Macau, China. Kami hanya akan menunggu waris mangsa untuk mengecam mayat dan mengambil DNA waris untuk pengesahan,” katanya.
Ditanya sama ada pembunuhan berprofil tinggi itu memang bermotif politik, ujar beliau masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan berkenaan. – Agensi.
Kes Jong-nam: Misteri Bahan Haram Masuk Malaysia

Bahan yang digunakan dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam atau Kim Chol dikenal pasti sebagai ‘VX Nerve Agent’ yang disenarai senjata kimia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan di sini Jumaat berkata, ini dinyatakan dalam laporan awal analisis daripada Jabatan Kimia Malaysia yang diterima Polis Diraja Malaysia.
Bahan Kimia Pembunuh Dijumpai Di Muka Jong-nam
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Beriman Kpd Perkara Di Alam Sempadan. Kuliah Jumaat Abd Hadi 14 Rejab..


Hasil carian imej untuk masjid rusila
Masjid Rusila, Terengganu.
Hasil carian imej untuk alam barzah, alam sempadan
Video -21/37: Kuliah Jumaat 14 Rejab 22 April 2016 
Kuliah Jumaat 14 Rejab 1437 / 22 April 2016

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikutilah kuliah selanjutnya..

Pelakon Lindsay Terkejut Diarah Buka Tudung Di London


Lindsay Terkejut Diarah Buka Tudung Di London

HALAMAN HIBURAN

BARU sahaja berjinak-jinak mempelajari ilmu agama Islam, pelakon Lindsay Lohan diduga apabila dia mendedahkan pengalamannya ditahan di Lapangan Terbang Heathrow di London hanya kerana dia bertudung.

Menerusi satu program bual bicara, Good Morning Britain Selasa lalu, pelakon Mean Girls itu menceritakan pengalamannya ditahan semasa dalam perjalanan ke New York oleh seorang kakitangan lapangan terbang.
Menurutnya, dia diperiksa beberapa kali dan apabila melihat nama ‘Lindsay Lohan’ pada pasport, kakitangan lapangan terbang itu meminta maaf tetapi mengarahkannya untuk menanggalkan tudung yang dipakainya.
“Saya diperiksa beberapa kali sebelum dia menyedari nama Lindsay Lohan dalam pasport.
“Ini sesuatu yang menakutkan dan pelik. Saya dari New York dan dilahirkan serta dibesarkan di sini,” katanya.
Lindsay Terkejut Diarah Buka Tudung Di London
Jelasnya, perkara yang menakutkannya adalah bagaimana perasaan wanita lain yang akan berasa tidak selesa apabila diminta untuk menanggalkan tudung.
Kejadian itu dialami ketika dia baru sahaja kembali dari Turki, selepas melawat kem-kem pelarian Syria dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Lohan mendakwa tindakannya memakai tudung semasa berada di negara tersebut untuk menghormati masyarakat di sana.
Lindsay Terkejut Diarah Buka Tudung Di London
Sebelum ini, tercetus spekulasi Lohan akan menukar agamanya kepada Islam, selepas gambarnya berjalan sambil membawa al-Quran menjadi tular selain postingnya di laman Instagram yang mencetuskan persoalan mengenai agama yang diamalkannya.
Lohan juga sebelum ini dilaporkan bimbang untuk kembali ke Amerika Syarikat kerana suasana politik semasa di sana.
Ini berikutan perintah eksekutif yang dikeluarkan presiden baru Amerika, Donald Trump yang melarang rakyat daripada tujuh negara majoriti Islam memasuki republik itu.
Sementara itu, The Guardian melaporkan jurucakap Lapangan Terbang Heathrow berkata; “Heathrow menghormati keperluan budaya dan agama semua penumpang yang menggunakan lapangan terbang. Kami bekerja keras untuk menyediakan perkhidmatan yang hebat di samping memastikan semua orang kekal selamat dan terjamin.” – (IH)

M'sia Yang Salah, Atas Kematian Abang Tiri Pemimpin Korea Utara..

AP - IMEJ fail menunjukkan kombinasi gambar Jong-nam (kiri) di Narita, Jepun pada 4 Mei 2001 dan Jong-un di Pyongyang, Utara Korea pada 9 Mei 2016.


SEOUL – Korea Utara menyalahkan Malaysia semalam berhubung kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dan menuduh kerajaan Malaysia bersikap ‘tidak mesra’ menangani kes berkenaan.
Malaysia pada mulanya memaklumkan Korea Utara bahawa seorang individu yang membawa pasport diplomatik meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pada 13 Februari lalu, lapor agensi berita Pyongyang, KCNA.
KCNA yang memetik seorang jurucakap jawatankuasa negeri berkata, Malaysia kemudian me­ngubah pendirian dan mula merumitkan perkara itu selepas laporan di Korea Selatan mendakwa lelaki berkenaan diracun hingga mati.
KCNA dalam laporan pertama media rasmi tentang pembunuhan itu langsung tidak menamakan individu yang mening­gal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital atau mendedahkan beliau adalah abang tiri pe­mimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Sebaliknya lelaki itu hanya dirujuk sebagai seorang rakyat Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).
“Tanggungjawab terbesar untuk kematiannya terletak pada kerajaan Malaysia kerana rakyat DPRK meninggal dunia di negaranya,” kata laporan tersebut.
Kelmarin, polis Malaysia menamakan seorang diplomat Korea Utara dan seorang kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara dikehendaki untuk disoal siasat berhubung pembunuhan Jong-nam.
Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua pegawai tersebut masih berada di Malaysia, namun tidak dapat disahkan jika mereka berada di Kedutaan Korea Utara.
Setakat ini polis telah mengenal pasti sejumlah lapan warga Korea Utara yang disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.
Malaysia juga menolak permintaan Korea Utara agar mayat Jong-nam diserahkan terus kepada kedutaannya dengan berkata, pihaknya akan menyerahkan kepada ke­luarga terdekat, namun sehingga kini tiada seorang pun tampil ke hadapan.
KCNA turut menuduh Malaysia melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan bedah siasat ke atas seorang individu yang memegang pasport diplomatik.
– Reuters





Kereta yang keluar dari pejabat kedutaan Korea Utara menjadi tumpuan pengamal media untuk mendapatkan perkembangan mengengai kes kematian abang pemimpin negara itu, Kim Jong-nam. FOTO: BERNAMA.
Kereta yang keluar dari pejabat kedutaan Korea Utara menjadi tumpuan pengamal media untuk mendapatkan perkembangan mengengai kes kematian abang pemimpin negara itu, Kim Jong-nam. FOTO: BERNAMA.

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Wartawan Kongsi Pengalaman Kunjungi Rumah Suspek


Wartawan Kongsi Pengalaman Kunjungi Rumah Suspek

KUALA LUMPUR – “Rumah itu sangat terpencil, jauh dari Kota Jakarta. Hendak sampai rumah itu, kena masuk kampung keluar kampung.

“Masuk kota keluar kota, ada lorong yang kecil (hingga) kereta masuk lumpur. Saya seorang sahaja yang memandu di kawasan itu,” kata Azeman Ariffin, koresponden Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Jakarta, Indonesia.
Bertugas di Jakarta sejak 2015, Azeman berkongsi pengalamannya sepanjang perjalanan ke kampung Siti Aishah, wanita warga republik itu yang menjadi antara suspek pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam, minggu lalu.
Namun, perjalanan berliku selama sembilan jam dari Jakarta ke kampung Siti Aishah di Kampung Rancasumur, Sindangsari Pabuaran, Serang, tidak menghalang beliau untuk bertemu dan menemu ramah anggota keluarga wanita itu.
Azeman yang ditemui selepas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di sini hari ini, berkata walaupun Kampung Rancasumur tidak pernah dikunjunginya sebelum ini, tetapi sebagai seorang wartawan, sikap sentiasa bertanya akan memudahkan perjalanan.
Siti Aishah ditahan polis Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) minggu lalu.
Jong-nam berada di klia2 dekat sini pada 13 Februari untuk menunggu penerbangannya ke Macau apabila beliau diserang dua wanita yang menyapu mukanya dengan apa yang dipercayai cecair beracun.
Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Sementara itu, Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Khairdzir Md Yunus yang turut menerima anugerah APC, berkata sepanjang tempoh 32 tahun bertugas di Bernama, banyak tugasan yang telah dilaksanakannya sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Oleh itu, katanya, wartawan yang baru menceburi bidang kewartawanan perlu bekerja dengan gigih, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas.
“Selain itu, mereka hendaklah menimba ilmu sebanyak mungkin dan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari menyampaikan anugerah APC berupa sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium kepada 530 penerima daripada lapan agensi di bawah KKMM termasuk 33 kakitangan Bernama.
Antara petugas Bernama yang menerima anugerah itu ialah Penolong Pengarang Mohd Shukri Ishak dan Muna Khalid; Timbalan Ketua Penyunting Bahasa Melayu Noor Hammad Wariman; Ketua Penyunting bahasa Inggeris Berita Ekonomi S.Durga Varma; serta Ketua Unit Bernama.com Ahmad Kamil Mohamed Tahir. – BERNAMA


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Suspek Pembunuhan Kim Jong-nam, Pernah Uji Bakat Vietnam Idol?

Suspek 'LOL' Pernah Uji Bakat Vietnam Idol?

HALAMAN HIBURAN

WANITA warga Vietnam yang dipercayai merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, pernah menyertai satu program realiti pencarian bakat di negara asalnya.

Doan Thi Huong, 29, menyertai rancangan televisyen ‘Vietnam Idol‘ pada Jun tahun lalu tetapi dia dilaporkan tidak menggunakan nama asalnya, sebaliknya menggunakan nama samaran “Dinh This Khuyen” ketika uji bakat.
Menerusi rakaman video yang kini tular di media sosial, Doan yang berpakaian agak seksi serta merupakan calon bernombor penyertaan ‘67816’, hanya sempat menyanyi kira-kira 10 saat kemudian terus disuruh berhenti oleh juri.
Suspek 'LOL' Pernah Uji Bakat Vietnam Idol?
Gambar suspek yang disebarkan polis turut menunjukkan persamaan dari segi ekspresi dan raut wajah, namun pihak penganjur masih enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu.
Doan ditahan pada Rabu ketika keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pukul 8.20 pagi. 



PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Turki Akan Hapuskan Larangan Tentera Wanita Pakai Tudung.



AGENSI - ANGGOTA tentera wanita Turki akan dibenarkan memakai tudung sama seperti anggota polis wanita yang diberi kebenaran sama sebelum ini.


ISTANBUL – Turki akan menghapuskan larangan bersejarah yang mengharamkan pegawai wanita memakai tudung dalam pasukan tentera, lapor media tempatan kelmarin.
Pasukan tentera merupakan ins­titusi terakhir Turki yang melarang wanita memakai tudung, selepas pembaharuan oleh kerajaan berlandaskan Islam di bawah pentadbiran Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Larangan bertudung sebelum ini telah dihapuskan dalam sektor pendidikan, politik dan polis.
Agensi berita Anadolu melaporkan, arahan oleh Kementerian Pertahanan itu melibatkan pegawai tentera wanita yang bekerja di bahagian am, ibu pejabat dan cawangan.
Mereka boleh memakai tudung di bawah topi atau beret yang sama warna dengan pakaian seragam tetapi tidak menutup wajah.
Pembaharuan itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja disiarkan dalam warta rasmi negara. Kebenaran itu turut melibatkan kadet wanita tetapi tidak dapat dipastikan sama ada peraturan baharu tersebut turut diguna pakai dalam pasukan misi pertempuran.
Kerajaan berteraskan Islam di bawah Parti Keadilan Dan Pembangunan (AKP) yang diasaskan oleh Erdogan telah lama ditekan untuk menghapuskan larangan memakai tudung terhadap golo­ngan wanita.
Bercakap kepada pemberita di Ankara, Perdana Menteri Binali Yildirim memberitahu bahawa beliau percaya penghapusan larangan tersebut adalah sesuatu yang sa­ngat postif, lapor akhbar Yeni Safak. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutunya sudah lama dihapuskan saki-baki peninggalan penjajahan pemimpin perosak agama Islam di Turki Mustapha Kamal Atartuk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails