Sunday, February 26, 2017

Wanita Cina Langgar Mati 8 Remaja Melayu Diberi Perlindungan?


Persoal Kes Remaja Basikal, DAP Kecam Zulkifli

JOHOR BAHRU – DAP Johor menyelar peguam, Zulkifli Noordin kerana mempersoalkan adakah seorang wanita Cina yang melanggar mati 8 remaja Melayu berbasikal pada 18 Februari diberi perlindungan istimewa oleh pihak berkuasa.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, persoalan itu kemudian dilaporkan di laman sesawang pertubuhan Melayu-Islam (ISMA) dengan tajuk “Kes rempuh basikal: Adakah pemandu wanita Cina diberi perlindungan istimewa?”
“Kuasa-kuasa jahat cuba menjadikan semua isu sebagai isu kaum dengan niat untuk menakut-nakutkan rakyat supaya lari berselindung di sebalik tembok kaum masing-masing,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chin Tong dalam pada itu membidas tindakan pihak berkuasa menyerbu kedai alat tulis di seluruh negara semata-mata mahu merampas berus bulu babi.
Beliau mendakwa ada yang tidak kena dengan tindakan tersebut kerana kononnya ia dilakukan pada waktu sama berlaku kenaikan harga petrol di negara ini.
“Mereka sengaja berbuat demikian agar kita tidak dapat bersama menumbangkan kerajaan,” dakwanya.
Chin Tong seterusnya melahirkan keyakinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP akan menang di Pasir Gudang, Pulai, Tebrau dan Johor Bahru dalam pilihan raya umum akan datang.
Kata beliau, UMNO akan turut tumbang di Labis, Segamat, Ledang, Muar, Sekijang, Tanjong Piai dan Pagoh bagi membolehkan Johor diperintah Pakatan Harapan. –MYNEWSHUB.CC 

Suspek Wanita Indo Diupah RM400 'Gurau' Terhadap Mangsa. Diplomat K/Utara Terlibat?


Hasil carian imej untuk kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah

PETALING JAYA: Suspek wanita Indonesia dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah mendakwa dia diupah oleh dua lelaki untuk melakukan 'gurauan' terhadap mangsa.

Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Andreano Erwin berkata, Siti Aisyah mendakwa, dua lelaki berkenaan yang dinamakan sebagai James dan Chan, memiliki paras rupa seperti rakyat Korea atau Jepun.

Andreano yang dibenarkan bertemu Siti Aisyah selama setengah jam di lokap balai polis Cyberjaya pada Sabtu, berkata, suspek dibayar sebanyak RM400 untuk melakukan aksi tersebut sebagai sebahagian program realiti di Malaysia.

Beliau berkata, Siti Aisyah mendakwa dia tidak tahu jenis cecair yang diberikan dan menyangka cecair itu merupakan minyak bayi.

Mengulas tentang hubungan Siti Aisyah dan suspek warga Vietnam, Doan Thi Huong, Andreano berkata, wanita tersebut mengakui tidak mengenalinya.

"Siti Aisyah berada dalam keadaan sihat," kata beliau sambil menambah pihak kedutaan menunggu perkembangan lanjut siasatan polis.

Jong-nam, 45, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Sementara itu, Polis Malaysia akan mengeluarkan waran tangkap untuk seorang diplomat Korea Utara yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam jika suspek enggan bekerjasama dengan polis secara sukarela.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat, tempoh yang munasabah akan diberikan kepada diplomat tersebut untuk tampil sebelum polis mengambil tindakan lanjut.

Pada Rabu, pihak berkuasa Malaysia berkata, Setiausaha Kedua di Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Hyon Kwang Song, dikehendaki untuk membantu siasatan ke pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. (IH)
Hasil carian imej untuk Guna pembesar suara sebar berita kematian Jong-nam
Hasil carian imej untuk Guna pembesar suara sebar berita kematian Jong-nam
 Korea Selatan didakwa menggunakan pembesar suara gergasi di sempadan antara negaranya dan Korea Selatan. Memetik laporan New York Post.com, penggunaan pembesar suara itu dibuat bagi memastikan butir-butir pembunuhan dramatik rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) minggu lalu disampaikan secara jelas, merentasi sempadan mereka.

Lihat sebelum ini..

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Siapa Siti Aisyah Pembunuh? Ayahnya Kenduri Doa Selamat. I/Hasyim

Pengajian di kediaman Siti Aisyah. (Foto: Rasyid Ridho/Sindonews)
CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM

SEMASA saya di Indonesia sari-dua hari ini, nama Siti Aisyah warga Indonesia asal Serang, Banten, menjadi begitu melonjak naik jadi perbualan awam. Kerana dia dituduh rerlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, kakak Tiri Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Polis Indonesia menyerah kes ini kepada Kepada Kementerian Luar Negerinya untuk menanganinya.. 

"Semua maklumat (Siti Aisyah) tanyanya Ke Kemlu saja. Ini biar maklumat yang mengobati satu pintu penjelasannya. Kita harus memahami tupoksi (tugas pokok fungsi) lembaga pemerintahan. Harus kerja sejalan dengan meja-nya," ujar Kepala Bahagian Penerangan Umum Divisi Humas Mabes Polri Martinus di Kantor Divisi Humas Mabes Polri, Jakarta Selatan, Jumaat (23/2/2017).

Sebelumnya, Siti ditangkap oleh pegawai pemerintah Malaysia pada 16 Februari 2017, selepas 3 hari kejadian kematian Kim Jong-nam di Lapangan Terbang KLIA Kuala Lumpur.

Siti Aisyah ditahan di penjara Malaysia sejak Khamis, 19 Februari 2017. Awalnya, perempuan tersebut ditahan di Penjara di Selangor. Namun, pada Sabtu, 18 Febuari 2017, Tempat penahanan Siti Aisyah dipindahkan dari Selangor Ke Kuala Lumpur.
Berharap Anaknya Bebas, Keluarga Siti Aisyah Gelar Pengajian

Hasil carian imej untuk Keluarga Siti Aisyah Gelar Pengajian 7 Hari
Hasil carian imej untuk Keluarga Siti Aisyah Gelar Pengajian 7 Hari
Hasil carian imej untuk Keluarga Siti Aisyah Gelar Pengajian 7 Hari

Keluarga Siti Aisyah Buat Kenduri.


Keluarga Siti Aisyah dan warga sekitar rumahnya mengadakan majlis kenduri dan doa  selamat di kediamannya di Kampung Rancasumur, Desa Sindangsari, Kecamatan Pabuaran, Kabupaten Serang, Banten. 

"Sudah 3 kali, ini kepada malam ketiga." Kata ayah Siti, Asria (55), ditemui di kediamannya, Selasa (21/2/2017). Majlis tersebut akan diadakan 7 hari berturut-turut.

"Saya berharap pengkomplemen anak saya tidak dihukum, tidak bersalah, itu juga harapan warga lainnya," Katanya.

Sampai saat ini kepada, pihak Keluarga Siti Aisyah belum mengetahui perkembangan terbaru kes anaknya, janda anak satu itu.

(Ibnu Hasyim.)

Ini rumah orang tua Siti Aisyah di kampung, Lebak, Banten.

Pengajian di kediaman Siti Aisyah. (Foto: Rasyid Ridho/Sindonews)
Majlis pengajian dan Doa selamat..



PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Oh, Ini Luahan Hati Melayu Singapura..


komiMuslim Cyber Army – PELAJARAN BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA : Artikel kiriman pembaca ini boleh ditafsir dari berbagai sudut mengikut tahap pemikiran dan haluan politik pembaca. 
Ia dikongsikan sebagai mengulas ucapan PM Singapura menjelang Pilihanraya Umum negara Singa itu yang tersiar baru-baru ini. Kami tidak berminat mengulas apa yang berkaitan dengan scenario politik Malaysia walaupun isi penulisan ini kelihatan ada kaitannya.
□ Sebenarnya apa yang diluahkan oleh rakyat Singapura ini sememangnya ‘berdetik’ di hati kami sewaktu menonton video itu. Terasa kasihan juga melihat wajah-wajah ‘MELAYU SINGAPURA’ yang sedang ‘digula-gulakan’. Sama sahaja situasinya dengan ragam ‘gula-gula’ pilihanraya di negara kita atau di mana sahaja di dunia ini. Tetapi situasi di Singapura ini kelihatan lebih menyedihkan.
□ Kami padankan isi surat ini dengan luahan hati beberapa rakyat Melayu Islam Singapura yang merasa amat tertekan lalu memohon kerakyatan Malaysia. Ada lebih 60,000 orang Melayu Singapura memohon kerakyatan Malaysia katanya. Perbualan dengan rakyat Singapura itu amat panjang dan ada rakaman videonya.
□ Kemudian kami tanyakan pula dengan beberapa warga Johor yang ‘biasa’ dengan situasi ini, samada kerana mereka bekerja di sana atau mempunyai ramai sanak saudara di Singapura.
#Noted : Walau siapapun kita, mari sama-sama kita nilai dan pertimbangkan betul salahnya. Bersyukur kita menjadi Rakyat Malaysia. Mari sama-sama kita renung dan cari jalan untuk menjadikan Malaysia lebih makmur dan aman selepas ini.
□ Selama ini Singapore tidak galakkan sesiapa cakap bahasa lain kacuali bahasa IBUNDA SINGAPORE iaitu bahasa INGGERIS. Tahun ini orang Melayu Singapore pun terperanjat dan ‘confused’.
□ Untuk pengetahuan semua, Singapore mahu cuba tarik pengundi Melayu dalam pilihanraya akan datang ini. Ramai Melayu dan anak2 muda di sana telah mengundi pembangkang.
□ Yang PM Lee kata pasal 2 orang PILOT, itulah saja pilot Melayu yang mereka ada di RSAF. Selama ini RSAF tidak boleh ambil pilot Melayu. Melayu hanya boleh jadi tukang masak, maintenance atau pencuci kapal terbang sahaja. Army dalam ‘Special Force’ pun Melayu tidak boleh masuk.
□ Kenapa saya boleh kata begitu? Saya berkerja di NATIONAL SAFETY COUNCIL OF SINGAPORE selama 6 tahun. Kami yang menjaga semua urusan Singapore Security Forces termasuklah, Army, RSAF, Polis, JPJ dan Traffic Police.
□ Pasal masjid, Mendaki etc, yang disebut oleh PM Lee, ingin saya beritahu semua bahawa SEMUA warga Melayu/Islam Singapura di WAJIBkan menyumbang dengan potongan gaji setiap bulan ke tabung Mendaki, Masjid etc. Jadi, semua pembinaan atau jagaan masjid di tanggung oleh orang Melayu / Islam sendiri.
□ Orang sering cakap Singapore negara terkaya di dunia. Jawapannya Singapore di’control’ oleh PAP. Bahasa mudah bagi kami rakyat Singapore, PAP bermaksud, “PAY AND PAY”.
□ Mana ada government clinic atau hospital lagi. Semua telah di‘privatise’kan. Warga Singapore WAJIB ada Insuran Medisave dan Medishield sebelum masuk hospital. Dah pergi check doktor, dapat prescription ubat, kena pergi beli sendiri ubat2 itu di farmasi.
□ Semua pekerja kena potong gaji setiap bulan untuk biaya rawatan. Bagi orang tua-tua yang tidak mampu, anak-anak kena tanggung bayar. Kalau tidak, sakit sampai mati pun mereka tidak perduli.
□ Berbeza di Malaysia. Pergi klinik kerajaan hanya bayar RM1 dan SEMUA TANGGUNG BERES.
□ ‘Carpark’ di HDB (rumah mampu milik), rumah kerajaan, bayaran bulanannya sekarang ialah S$120 untuk open space atau $180 untuk ‘multi story carpark’. Duit tong sampah wajib bayar ikut saiz rumah setiap bulan. Belum lagi bil api, air, cable vision, cukai pintu dan cukai tahunan. Rumah flat lama yang mahu di perbaharui harus ditanggung sendiri oleh rakyat.
□ CPF hanya boleh dikeluarkan 10% sahaja bila genap usia 65. Setiap orang mesti ada duit simpanan dalam CPF kerana kerajaan tidak mahu tanggung orang Singapore. Setiap bulan pula hanya boleh keluarkan $280-$450 sahaja bergantung berapa banyak kita ada simpanan dalam akaun CPF itu.
□ Untuk beli kereta kena beli COE (Certificate of Entitlement). Selepas 1 tahun, WAJIB pergi inspection untuk baharui roadtax. Singapore tidak boleh ada kereta buruk atas jalanraya. Sebelum 10 tahun kereta mesti dijual. Kalau tidak, selepas 10 tahun ia hanya laku $2,000 sebagai besi buruk saja kerana sudah dianggap tidak harga jualan lagi. Kalau mahu maintain pula kena bayar tambahan road tax 50% lebih tinggi.
□ Ketika saya tinggal di Singapore (sebelum 1997), road tax 1000cc ialah $1300 setahun dan insurance premium $1300. Jumlahnya $2600 setahun untuk 1000cc. Road tax tinggi kerana rakyat dipaksa membiayai ‘maintenance’ jalanraya sendiri.
□ Pernah ke orang Malaysia terfikir, apabila membeli rumah HDB di Singapore, semua yuran guaman harus dibayar kepada “Lee & Lee Associate”, iaitu Syarikat PM Lee dan family. Dari zaman bapanya Lee Kuan Yew hingga ke hari ini. Kalau S&P dan legal dibayar atas syarikat Perdana Menteri Malaysia, tentu teruk PM Malaysia kena belasah dengan pembangkang.
□ Sekarang PAP nak pengaruhi rakyat Malaysia pula. Mereka mahu beritahu jika DAP menjadi Kerajaan baru di Malaysia, DAP juga mampu ubah Malaysia menjadi seperti Singapura. Di Gelang Patah, Johor, PAP lah yang membantu DAP Lim Kit Siang untuk menang.
□ Kenapa saya cakap begitu? Kerana sebagai pekerja kerajaan di Singapore, saya diwajibkan masuk PAP, dan saya juga terlibat dalam politik PAP. Atas sebab keahlian PAP jugalah saya boleh bekerja di National Safety Council of Singapore. (AIDCNEWS)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-113: Perjalanan Ke Pulau Singa.

E-Buku IH-113: Perjalanan Ke Pulau Singa.

J Rukimin Ikan Todak

Saturday, February 25, 2017

Wanita Arab Bersukan, Iklan Cetus Kontroversi. Malaysia??


Post Pic
SUKAN

RIYADH: Satu iklan komersial dalam talian disiarkan pengeluar jenama sukan terkenal, Nike, menunjukkan wanita Arab bersukan mencetuskan kontroversi berhubung usaha menghapuskan stereotaip mengenai kehidupan wanita yang dikongkong.

Antara aksi yang dipaparkan adalah lawan pedang, bertinju dan meluncur ais.

London Olympics Athletics Women
muslmiah berjubah bola keranjang
muslimah wushu berhijab
Ia bermula dengan seorang wanita meninjau menerusi pintu rumah dan membetulkan tudung sebelum berlari di jalan raya, manakala suara perempuan bercerita dalam dialek Arab Saudi: 

"Apa yang mereka akan katakan mengenai kamu? Mungkin mereka akan berkata kamu melepasi semua jangkaan."

Dalam masa 48 jam video itu dikongsi 75,000 kali di Twitter dan ditonton lebih dua juta kali di YouTube.

"Iklan yang menyentuh soal tidak yakin wanita dalam masyarakat meneroka lebih dalam dan menjadi alat memperkasakan golongan itu berbanding sekadar produk," kata jurucakap Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa di Iraq, Sara al-Zawqari, di akaun Twitter. Namun tidak semua memberi ulasan positif.
"Saya rasa iklan ini gagal sepenuhnya. Ia bukan wakil sebenar wanita Arab, Islam. Kami tidak memakai hijab dan berlari di jalan raya.
"Nike memalukan," kata seorang pengguna, Nada Sahimi, di akaun Instagram syarikat berkenaan.

Dirakam di bandar lama di pinggir Dubai, iklan itu mencerminkan pergelutan yang dihadapi bukan hanya oleh wanita seluruh rantau itu tetapi juga sebahagian bintangnya.

Atlet parkour Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amal Mourad, 24, yang ditunjukkan melompat di atas bumbung, memberitahu, bapanya enggan membenarkan beliau berlatih dalam gimnasium pada mulanya kerana ada lelaki di situ.

"Meyakinkan bapa saya adalah paling sukar. Tegas jika anda benar-benar mahukan sesuatu dan anda pasti boleh melakukannya," kata Mourad.

Kelibat wanita bersenam secara terbuka amat jarang kelihatan di rantau itu dan gimnasium untuk wanita juga tidak banyak, malah tidak dilengkapi peralatan berbanding gimnasium lelaki. (IH)

Ini wanita Malaysia bersukan.. He he he, bandingkanlah..
Na'auzubillah..

Hasil carian imej untuk wanita malaysia bersukan
Hasil carian imej untuk wanita malaysia bersukan
Hasil carian imej untuk wanita malaysia bersukan


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Jom Selami Realiti Masyarakat Gelandangan Kota..














 Pegawai-pegawai PPZ-MAIWP dan Baitulmal MAIWP berserta Sahabat Zakat mendekati seorang gelandangan wanita di Jalan Perdana, baru-baru ini.

“Tolong mak cik, nak. Mak cik takut. Semalam mak cik tidur di kaki lima (di Jalan Hang Lekiu), sedar-sedar esoknya seorang lelaki gemuk tidur berdekatan.
“Bahayakan? Malam ini mak cik terpaksa beralih ke sini pula.”
Itu luahan seorang wanita berusia 49 tahun yang ditemui bergelandangan bersendirian di ibu kota kepada sekumpulan anggota Sahabat Zakat, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) baru-baru ini. Ditemui di Jalan Perdana, Kuala Lumpur, wanita yang kelihatan sugul itu agak terasing daripada puluhan gelandangan lelaki lain.
Wanita berasal dari Kedah itu memberitahu, dia telah berkeliaran di ibu kota sejak hujung Januari lalu. Dia mendakwa sebelum ini bekerja di Johor. Setelah mendapat tahu adanya kerja kosong sebagai pembantu rumah di Kuala Lumpur, dia mencuba nasib.
Namun, dakwanya, malang menimpa, kerja yang dikatakan itu tidak wujud. Wanita itu mahu pulang ke Johor namun tidak mempunyai wang yang cukup lalu dia bergelandangan.
Wanita itu amat berterima kasih kepada kumpulan Sahabat Zakat bersama pegawai-pegawai PPZ-MAIWP dan Baitulmal-MAIWP kerana menyantuni golongan gelandangan sepertinya. Pegawai-pegawai Baitulmal menyarankan wanita itu ke kaunter Baitulmal berhampiran untuk mendapatkan bantuan tiket bas.
Begitulah secebis daripada kisah masyarakat di kota Kuala Lumpur. Di saat kita tidur lena di dalam rumah, ada sebahagian manusia yang kesusahan tidur di kaki-kaki lima atau di jalanan berbumbungkan langit malam.
Orang awam
Dalam program Jejak Gelandangan Bersama Sahabat Zakat PPZ-MAIWP itu, seramai 34 orang menyertainya yang terdiri daripada Sahabat Zakat, pegawai-pegawai PPZ dan Baitulmal MAIWP.
Sahabat Zakat terdiri daripada orang awam yang menyertai Pogram Sahabat Zakat PPZ-MAIWP. Ia mengumpulkan seberapa ramai prospek zakat dari pelbagai lapangan dan umur agar bertukar menjadi pembayar zakat.
Antara objektif program jejak gelandangan itu bagi memberi peluang Sahabat Zakat memahami fungsi dan matlamat penubuhan PPZ-MAIWP yang berperanan mengutip zakat dan Baitulmal-MAIWP yang berperanan dalam pengagihannya.
Kumpulan ini mendekati golongan gelandangan ibu kota dengan menyelami permasalahan mereka serta memberikan sumbangan peralatan pembersihan diri seperti ubat gigi, berus gigi dan tuala.
 Pemandangan di sebatang kaki lima yang menyaksikan beberapa gelandangan lelaki bermalam di ibu kota baru-baru ini.



Seorang pegawai Baitulmal MAIWP, Mohd. Zulhilmi Mohd. Zamberi menerangkan, pihaknya turun menyantuni gelandangan untuk mengesan golongan asnaf dua kali atau lebih dalam sebulan.
“Selain itu, kami mengedarkan makanan tengah hari setiap hari kepada gelandangan. Kami juga memberikan bantuan tambang dan keperluan diri untuk mereka yang terkandas di jalanan. Ia merupakan waran tiket bas yang membolehkan mereka menukarkannya kepada tiket bas di kaunter-kaunter syarikat bas selain wang poket maksimum RM50,” katanya.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias dan Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan.
Selain membina ikatan ukhuwah,Mohd. Rais berkata, program ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada Sahabat Zakat untuk mengetahui lebih dekat isu gelandangan.
“Kita lihat ada antara mereka golongan gelandangan sebenar yang perlu dibantu, yang sengaja memilih hidup bergelandangan dan gelandangan yang membantu gelandangan yang lain,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd. Rais berpandangan, perspektif isu gelandangan perlu diperhalusi memandangkan bukan semua gelandangan ibu kota melakukannya kerana desakan hidup. Ia dikhuatiri bagai memperlihatkan sikap mengambil kesempatan atas kebaikan manusia.
Simpati
“Saya juga nampak rata-rata mereka sudah menerima bantuan, tetapi mereka masih berada di situ. Mereka sudah menjangka ada pihak yang akan memberi sumbangan pada waktu tertentu, jadi mereka bergelandangan,” katanya.
Seorang Sahabat Zakat yang merupakan suri rumah, Noriah Surgi, 50, berasa simpati kepada mereka yang benar-benar terpaksa menjalani hidup bergelandangan.
“Saya ingin mengingatkan masyarakat jangan mudah untuk menularkan tentang isu gelandangan kerana saya lihat ada juga sebilangan gelandangan yang telah mendapat bantuan namun berada di jalanan. Mungkin jiwa mereka suka hidup begitu,” katanya.
Sahabat Zakat yang baru menganggotainya beberapa hari lalu, Mohd. Hairi Alias, 34, merasakan program itu mencetuskan keinsafan kepadanya.
“Kita mungkin selama ini alpa bahawa ada sebilangan orang yang tidak ada tempat tinggal. Ia membuatkan saya lebih bersyukur,” katanya. (Kosmo!)

Maka Dinobatkan Gadis KL Ini Sebagai Miss Universe 2017


Samantha Dinobatkan Miss Universe Malaysia 2017

MAKA hari ini bahawa kerajaan negara umat Islam Malaysia yang berperlembagaan Islam sebagai agama bagi Persekutuan  telah mengumumkan seorang gadis dari Kuala Lumpur, bernama Samantha Katie James muncul sebagai Miss Universe Malaysia 2017.

Samantha, 23, yang merupakan seorang model dan pelakon berwajah kacukan Cina-Brazil menerima gelaran itu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, Samantha yang berjaya menewaskan 16 peserta lain sekali gus membawa pulang wang tunai RM52,000 dan barangan lain berharga lebih RM150,000. Selain itu, kemenangan itu turut membawanya untuk mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe edisi ke-66 akan datang.
Tempat empat kedua, ketiga, dan keempat masing-masing disandang oleh Dana Low, Ollemadthee Kunasagaran, dan Laura Simon. Menerusi pertandingan ini, peserta dinilai dalam beberapa pusingan iaitu sesi pakaian renang, gaun malam dan soal jawab.
Tujuh juri yang mengadili peserta adalah selebriti terkenal tempatan, Datuk Hans Isaac dan Debbie Goh; Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka; pereka fesyen, Rizman Ruzaini,; pemilik salon Shawn Cutler, Shawn Loong; pemilik Ceres Jewels, Datuk Sri Navneet Goenka; dan Pengarah Pemasaran Rangkaian Antarabangsa NBCUniversal, Judriena Jamaludin.
Maka inikah yang disebut-sebut sebagai Malaysia mempelupori negara Islam moden?? 
Rupanya, pemimpin-pemimpinnya jahil terlampau...


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails