Tuesday, March 28, 2017

Warga Emas Ini Sukar Dapat Bantuan Perumahan &Kebajikan. Mengapa?


MIRI – Nasib golongan warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan terus hidup dalam kesempitan dalam bandaraya Miri. Dengan harga barangan keperluan harian yang semakin meningkat dengan GST dan harga petrol yang tidak menentu menyebabkan kehidupan harian mereka terus tertekan.

Harga rumah dalam kawasan bandaraya memang terlalu mahal dan sukar untuk dimiliki oleh golongan yang kurang berkemampuan.  Walaupun kerajaan mempunyai Program Bantuan Rumah (PBR) untuk menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar yang tinggal di perumahan yang lebih baik dan selamat berbanding sebelum ini, tetapi tujuan program ini masih belum mencapai sasaran. 

Salah seorang penduduk di Tudan Phasa 5 Lutong Jalan Kuala Baram Miri mengadu masalah tempat tinggal mereka yang usang dan hampir roboh. En Maru Timin 61 tahun dan isterinya Pn Maliah Dris 63 tahun amat memerlukan bantuan segera membaiki rumah mereka yang usang itu. 

Maru bekerja sebagai pengawal keselamatan dan isterinya Maliah tidak bekerja hanya menjaga cucu mereka yang masih kecil dan tidak dapat bersekolah. Pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung pembelanjaan harian keluarganya dan kadang-kadang mereka terputus bekalan makanan disebabkan tiada wang untuk membeli makanan dan terpaksa meminjam wang dari rakan-rakan.

Maru pernah memohon bantuan dengan pihak yang berwajib tahun lepas untuk membina semula rumah mereka yang usang itu tetapi sehingga kini tiada sebarang jawaban diterima dari pihak yang berkenaan. Menurut isterinya Maliah terdapat pihak yang berkenaan datang ke rumah mereka untuk tujuan kaji selidik tetapi tiada bantuan diberikan seperti yang sepatutnya. 

Beliau merayu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal boleh memberikan bantuan bulanan kepada keluarga mereka kerana mereka juga menjaga cucu mereka yang berusia 9 tahun yang masih tidak bersekolah.

PAS amat simpati akan nasib yang ditanggung oleh keluarga ini dan memberi sedikit sumbangan untuk mengurangkan bebanan yang mereka tanggung. Pihak berkuasa, Jabatan kebajikan Masyarakat serta Baitulmal yang sepatutnya mampu memberi bantuan bulanan kepada keluarga ini.

Cucu mereka yang masih belum bersekolah sepatutnya diberi peluang untuk belajar di sekolah kerajaan. PAS mengesa pihak kerajaan yang mempunyai peruntukan untuk bantuan rakyat termiskin dan mereka yang kurang berkemampuan ini dapat memberi perhatian dengan masalah yang dihadapi oleh mereka yang amat memerlukan bantuan ini. 

Kita mengesa pihak yang berkenaan seharusnya turun padang dan apabila ada aduan yang dihadapi oleh golongan ini perlu diberi perhatian dan tindakan segera. Berilah bantuan sewajarnya kerana kami telah menerima aduan daripada kumpulan sasaran ini mereka sukar untuk mendapatkan bantuan yang sepatutnya kerana mereka perlu mengisi borang tertentu dan akan dirujuk dengan pelbagai istilah sehingga mereka merasa sukar untuk mendapatkan bantuan. 

Kita harap masalah rakyat yang sukar untuk mendapatkan bantuan ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya dari pihak berkuasa dan pihak yang berkenaan. Kerjasama dengan pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini amat dihargai. 
Jofri Jaraiee

Pesuruhjaya PAS, Sarawak

Rasuah, Inspektor &Koperal Polis..


 Seorang anggota polis berpangkat koperal (kanan) ditahan selepas disyaki meminta suapan RM4,000 daripada seorang pengedar daun ketum di Kodiang semalam.
KANGAR – Perbuatan seorang inspektor dan koperal polis meminta suapan berjumlah RM4,000 daripada seorang pengedar daun ketum memakan diri apabila kedua-duanya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kodiang, Kedah semalam.
Suspek berusia 30 dan 50 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Kedah itu ditahan pada pukul 1.30 petang di Kampung Sena, Kodiang selepas SPRM mendapat maklumat mengenai perbuatan haram mereka.
Difahamkan, pengedar daun ketum itu merupakan seorang lelaki tempatan.
Sumber berkata, siasatan awal mendapati, mereka dipercayai meminta wang suapan sebanyak RM4,000 daripada pengedar daun ketum yang ditahan kelmarin.
“Wang itu diminta sebagai dorongan supaya pengedar daun ketum itu tidak dikenakan tindakan di atas kesalahan tersebut,” katanya di sini semalam. (IH)

TV Agama Tertayang Filem Lucah?


tv
SEBUAH stesen televisyen di Senegal berdepan dengan kontroversi dan siasatan selepas ia tersalah siar filem lucah, selama 20 minit.
Ia mengakibatkan stesen Touba TV berdepan dengan tindakan undang-undang. Kesilapan itu berlaku ketika waktu tengahari, pada Rabu lepas, sewaktu program ceramah, Taxiru Juma Show sedang keudara.
Ia mengejutkan ramai kerana Touba TV selama ini sering menyiarkan program berbentuk keagamaan, ceramah dan perbincangan mendalam mengenai agama Islam. Pihak pengurusan Touba TV bagaimanapun mendakwa terdapat unsur sabotaj dalam insiden terbabit.
“Ia adalah sabotaj kerana imej itu datang dari luar,’’ kata pengurusan Touba TV.
Lebih 90 peratus penduduk Senegal beragama Islam. 
Lapor MYNEWSHUB.CC

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Monday, March 27, 2017

Tun M Trojan Horse.. Cuba Tukar PH Kpd Barisan Rakyat?

Hasil carian imej untuk dr mahathir trojan horse
oleh AHMAD AMZAD HASHIM 

Mungkinkah Tun Mahathir satu Trojan Horse?


TROJAN Horse dibina dari serpihan kapal Sparta, musuh Troy. Ia begitu hebat dan pemimpin Troy merasa kagum, lalu dibawa masuk ke dalam kota Troy dengan penuh keraian. 

Rupa-rupanya ia strategi penyusupan Sparta bagi memusnahkan Troy dari dalam.

Kepada yang memerhati, Tun M sedang jadi batu api melagakan penyokong pembangkang dengan PAS, meneruskan usaha memperlekehkan PAS yang telah dibuatnya sejak dalam Umno lagi. Misinya gagalkan PAS. Kerana hanya PAS ancaman sebenar Umno. Rebah Umno, rebahlah BN.

Beliau sudah meneutralkan gelombang "reformasi Anwar" dengan meletakkan dirinya sendiri sebagai idola baru pakatan pembangkang. Beliau telah secara terbuka minta PH jadikan BN sebagai contoh ikutan."  Begitu bunyinya.

Orang kepercayaan beliau Zaid Ibrahim menulis artikel bertajuk PAS bakal musnahkan BN tanpa sedar tulisannya adalah bayangan keresahannya dan seruan kepada pencinta BN supaya selamatkan BN. Beliau minta guna satu logo dalam pilihan raya untuk PH. 

Sedangkan untuk membolehkan rakyat kenal dan biasa dengan satu satu logo memakan masa bertahun-tahun. Ia akan mengelirukan rakyat lebih jauh lagi sedangkan PRU14 boleh berlaku bila-bila masa dan tidak lewat setahun dari sekarang.

Beliau minta tukar nama Pakatan Harapan kepada Barisan Rakyat. Sekali lagi pertukaran nama adalah beban baru penerimaan rakyat dan strategi halus. Seperti Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan disebut secara mudah sebagai  "Pakatan". Kecenderungan orang menyebut secara mudah "Barisan" hanya menguntungkan BN.

Terbaru beliau menuntut partinya menjadi ketua Pakatan Harapan pula.

Adalah munasabah untuk berjaga-jaga jika mereka sedang meraikan Trojan Horse yang punya agenda menghancurkan Troy. Jangan lupa Achilles pahlawan terbilang Sparta yang bersama dalam Trojan Horse itu juga bukan kepalang benci dan permusuhannya kepada Raja Sparta ketika itu. Tetapi tetap tindakannya memenangkan Sparta.

PAS lebih kenal Mahathir dengan segala dramanya sejak dulu. Drama 'pergaduhannya' dengan Nazri Aziz, ini bukan benda baru. Mereka mesra sejak dulu. – HARAKAHDAILY 27/3/2017


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



klik di sini....

Putus Hubungan Dengan PKR. -Usul Semua Kawasan P/Pg...


Hasil carian imej untuk pas pulau pinang

GEORGE TOWN: Selepas PAS kawasan Permatang Pauh dan Bayan Baru mencadangkan kepada PAS pusat agar memutuskan hubungan dengan PKR, 8 kawasan lain turut mengikut langkah sama.
Lapan kawasan itu ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera, Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, usul itu dikemukakan dalam mesyuarat agung PAS kawasan masing-masing dan diluluskan sebulat suara.

“Usul ini akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat untuk dibentang dan dibahaskan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, 3 PAS kawasan yang belum mengadakan mesyuarat iaitu Tanjung, Bagan dan Batu Kawan dijangka mengemukakan usul sama dalam mesyuarat agung mereka minggu depan.


Ertinya hampir semua kawasan di Pulau Pinang menggesa putuskan hubungan dengan PKR. Jangan ada orang yang menyangka, kononnya ada ahli PAS taat kepada pemimpin PKR yang sanggup membelakangkan parti sendiri. Itu fikiran orang bodoh yang tak faham PAS.

Muktamar PAS akan berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei ini di Kedah. (IH)

PKR Khianat Pakatan Pembangkang, Ini 3 Bukti..


MELIHAT berita ini, bertambah jelaslah, rupanya PKR sebenarnya pengkhianat pakatan pembangkang-pembangkang. Berita yang menyebutkan..
Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus mengemukakan tiga sebab kenapa tahaluf siyasi dengan PKR perlu dibatalkan.
Pertama; PKR tidak menghormati PAS sebagai rakan tahaluf apabila bersama DAP dan PAN dalam Pakatan Harapan untuk menyerang PAS dan pimpinan PAS
Kedua; Bekas calon PKR, DUN Sungai Besi, Mohd Shamsul Mat Amin mengheret Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke mahkamah berkaitan isu ‘Pil Kuda’ dan pimpinan tertinggi PKR seolah-olah merestui tindakan Mohd Shamsul itu apabila tiada sebarang tindakan disiplin diambil ke atasnya.
Ketiga; PKR mengkhianti tahaluf siyasi apabila menerima kemasukan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai ahli partinya, sedangkan Kamaruddin bertanding di atas tiket PAS pada PRU 13.
Hasil carian imej untuk mahathir khianat anwar
Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus yang bersidang pada 24 Feb mengusulkan supaya PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.
Mereka sebenarnya mula mengkhianati pakatan pembangkang-pembangkang. Sokong Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus! (IH)


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



klik di sini....

Sunday, March 26, 2017

Nik Abduh Jawab Azmin, 'Hujungnya.. ziarah Tok Lebai juga..'

Nik-Abduh

KUALA LUMPUR – “Hujungnya nanti keluarga mereka pun akan ziarah Tok Lebai juga. Siap bawa sekujur tubuh di kain putih. Tolonglah Tok Lebai solatkan dia” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau dipercayai membuat kenyataan itu bagi menyindir Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana memperlekehkan golongan Tok Lebai baru-baru ini.
Nik Mohamad Abduh menjelaskan, mereka yang memperlekehkan golongan Tok Lebai berpandangan lebai hanya layak menyampaikan khutbah di masjid atau mengetahui solat Jumaat.
“Tok lebai tahu sempadan kuasanya adalah masjid. Di luar masjid, Tok Lebai tahu khutbahnya tak laku. Jika Tok Lebai berkeras mahu berkhutbah dan bersyarah juga di luar masjid, bersedialah untuk rebah tersungkur. Tak kena gaya, ditertawakan saja.
“Jadi ingatlah, jika Tok lebai nak selamat hidup aman sentosa, Tok Lebai berkhutbahlah di masjid seberaninya. Jangan tunjuk berani di luar masjid. Rebah tersungkur lagi ditertawakan nanti,” sindirnya lagi dalam satu kenyataan semalam.
Mohamed Azmin sebelum ini mencemuh pemimpin PAS sebagai Tok Lebai yang sedang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.
Lebai adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.
Mohamed Azmin dipercayai mengeluarkan kenyataan itu gara-gara berang dengan pengumuman PAS mahu memenangi kerajaan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Tok Lebai tersungkur kerana nak sangat kacau orang politik. Angan-angan nak ambil negeri orang. Nak tawan Putrajaya la. `Last-last’ tersembam jatuh. Ditertawa lagi,” sindir Nik Mohamad Abduh lagi.
Justeru, beliau menyindir “Jangan jadi Tok Lebai seperti beliau jika mahu hidup aman damai, jaga masjid, jaga madrasah dan tunggu sahaja orang mati”
“Jangan sedih, orang politik akan ziarah tok lebai dengan senyum manis nanti pada hari Jumaat. Nasib diuntung ada wang RM100 masuk poket Tok Lebai hadiah daripada orang politik yang baik-baik,” katanya sinis. 
Lapor MYNEWSHUB.CC


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails