JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia kini dilaporkan dalam keadaan dilema menerima kehadiran VietJet Air yang berhasrat terbang ke pelbagai destinasi utama di negara terbesar Asia tenggara itu.
Ini bukan kerana bimbang isu monopoli laluan oleh operator udara kos rendah antarabangsa Vietnam ke Indonesia yang ketika ini tiada penerbangan terus antara dua negara berkenaan tetapi lebih kepada isu pakaian pramugarinya.
SEORANG isteri trauma sepanjang hayat apabila suami yang diharap melindunginya tergamak melacurkan dirinya kepada rakan sebanyak dua kali dengan bayaran RM20.
Dalam kejadian yang berlaku di Padang Sanai, Kedah itu, mangsa yang berusia 63 tahun mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suaminya, 61, yang merupakan seorang pengawal keselamatan pada 21 Mac kira-kira jam 11 malam.
Lebih menyedihkan, suami mangsa yang berusia 69 tahun turut menyaksikan aksi persetubuhan itu tanpa menghiraukan pula keengganan isterinya.
Kejadian itu bagaimanapun tidak terhenti di situ, sebaliknya mangsa dirogol sekali lagi oleh rakan suaminya pada 2 April lalu.
“Mangsa pada mulanya enggan menuruti arahan suspek namun disebabkan suaminya bersifat panas baran dan akan memukulnya jika enggan mengikut arahannya menyebabkan dia akur dan kali terakhir dirogol pada Ahad lalu,” kata seorang sumber kepada Harian Metro.
Tidak tahan dijadikan hamba seks, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Nerang, pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan sudah pun menahan suami mangsa dan rakannya.
Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama seminggu dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 372B Kanun Keseksaan.
DALAM Kamus Lisanul ‘Arab disebutkan bahawa Ar-Rabbani adalah hamba yang mempunyai pengetahuan tentang Tuhan. Dia adalah ulama yang mengajarkan ilmu yang ringan-ringan sebelum ilmu yang sulit-sulit. Dia adalah seorang ulama yang mantap ilmu dan agamanya.
Dari segi pengertian istilah pengertian kepada rabbani sebagaimana dikatakan oleh Abu Hamid al-Ghazali ialah orang yang dekat dengan Allah ataupun hamba paling rabbani adalah hamba yang hampir dengan Allah.
Imam al-Qurthubi dalam tafsir al-Jami’ liahkamil-Quran menulis, maksud Ar-Rabbani adalah penisbatan kepada ar-Rabb. Dia adalah orang yang mengajarkan ilmu yang ringan-ringan sebelum yang berat. Dia adalah ulama ahli agama yang mengamalkan ilmunya.
Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Tuan Guru Sidek Mohd Nor menjelaskan demikian ketika menyampaikan ucaptama "Ulamak Rabbaniyun Memimpin Jihad Siyasi" sempena Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak ke-41 di Markaz Tarbiyyah PAS Negeri Perak, di Air Kuning, 8 April.
Beliau turut membacakan ayat 15 dari Surah al-Hujurat yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”
Tuan Guru menyatakan beberapa jenis pembahagian jihad yang perlu diketahui oleh seluruh ahli gerakan supaya mendapat gambaran sebenar jihad untuk dilaksanakan.
Tambahnya jihad tersebut adalah Jihad Al-Amwal, Jihad An-Nafs, Jihad At-Ta'limi, Jihad As-Siyasi dan Jihad Al-Ma'rifah.
"Jihad politik atau jihad siyasi ialah menegak kalimah yang hak, membetulkan penyelewengan penguasa bersifat zalim dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan untuk menegakkan Islam dalam negara," tegasnya. – HARAKAHDAILY 8/4/2017
LEBIH 7.1 juta penduduk Syria hilang tempat tinggal akibat perang saudara sejak tahun 2011.
MOSCOW – Rusia memberi amaran bahawa tindakan Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan serangan ke atas sebuah pangkalan tentera udara Syria bakal membawa kesan buruk terhadap hubungan kedua-dua negara.
Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev berkata, serangan itu meletakkan AS kini hanya berada ‘selangkah’ sahaja lagi untuk berperang dengan tentera negaranya.
“Bertentangan dengan kenyataan mengenai peperangan bersama menentang musuh terbesar, Islamic State (IS), pentadbiran Presiden AS, Donald Trump telah membuktikan negara itu akan menentang pemerintah sah Syria.
“Sebagai cara untuk melaksanakan matlamat itu, AS kini bertindak bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan tanpa kebenaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan melancarkan serangan itu,” katanya menerusi akaun Facebooknya kelmarin. (IH)
Penduduk kampung Cherang Melintang dan beberapa kampung sekitar hadir menunaikan solat hajat dan tahlil. - Sinar Online
TUMPAT: Penduduk kampung Cherang Melintang dan beberapa kampung sekitar hadir menunaikan solat hajat dan tahlil di Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal memohon kerahmatan dan keampunan Allah susulan kejadian penduduk mendengar suara aneh dari kubur.
Kira-kira 200 penduduk kampung Cherang Melintang, Kampung Ana, Kampung Jal Besar, Kampung Padang Mandol dan Tok Oh hadir solat hajat itu yang diimamkan oleh Guru Pondok Jal Besar, Fadhil Zakaria.
Pengerusi Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar, Che Husien Che Soh berkata, tahlil, solat hajat dan diadakan juga solat dhuha ini sudah lama dirancangkan dan ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna pagi Jumaat.
"Tentang suara ghaib yg didengari penduduk itu, jika benar itu semua kuasa dan hikmah Allah.
"Ianya boleh ditafsirkan sebagai satu mesej dan peringatan kepada hamba Allah yang masih hidup agar mencari keredhaan, menggandakan amal soleh serta sentiasa mendoakan keampunan ibu bapa dan ahli keluarga yang telah kembali kerahmatullah," katanya kepada Sinar Online.
Menurutnya, apa yang berlaku itu ada hikmah kerana pagi ini ramai ahli keluarga menziarahi pusara, luar biasa pada kelazimannya.
"Saya juga ada umumkan tentang tapak perkuburan yang baru, ianya nanti dapat memuatkan lebih banyak jenazah dan lebih tersusun untuk urusan pengkebumian jenazah di tanah perkuburan ini," katanya.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan, suara aneh seperti lelaki bertempik dari kubur yang didakwa didengar seorang pekerja Majlis Daerah Tumpat dua minggu lalu, berkemungkinan besar adalah gangguan daripada iblis dan syaitan.
Menurutnya, iblis dan syaitan mengganggu anak-anak Adam dan tujuannya tiada syak lagi mahu menakut-nakutkan manusia.
“Tidak boleh menolak kewujudan makhluk halus ini. Mereka boleh meniru suara atau menyerupai sesiapa sahaja yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
“Begitu pun keadaannya, manusia tidak seharusnya takut, sebaliknya hantu yang perlu takut pada manusia kerana iblis adalah ‘kuli’ manusia. Jika kita takut, macam kita pula ‘kuli’ mereka,” katanya ketika mengulas mengenai dakwaan Mahadi Mat Salleh, 45, yang mengakui mendengar suara aneh dari kubur yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Mohamad Shukri berkata, sebagaimana disebutkan dalam Surat Al-Baqarah ayat 30, Allah memilih manusia sebagai tuan di muka bumi dan bukan pula malaikat mahupun iblis atau syaitan.
Tuan atau khalifah bermaksud penguasa yang mengatur segala isi di bumi, seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, hutan, air, sungai, gunung-ganang, lautan dan sebagainya untuk kesejahteraan semua.
Merujuk kepada firman Allah itu, manusia diangkat darjatnya melebihi makhluk lain dan seharusnya tidak perlu takut kepada perkara ghaib di sekeliling terutama pada iblis serta kaum kerbatnya.
"Suara itu pula janganlah dikaitkan dengan sesiapa yang sudah meninggal dunia kerana bimbang akan menimbulkan perbalahan sesama manusia. Tugas manusia yang masih hidup ini adalah mendoakan perkara yang baik-baik kepada Allahyarham.
“Gunakan kaedah dalam Islam yang mewajibkan kita menyelidik kesahihan sesuatu berita, tidak cukup hanya satu saksi, paling kurang perlu dua yang mengalami perkara sama dan jangan kita terima bulat-bulat sahaja perkara yang disampaikan.
“Sekiranya mahu mengaitkan suara itu dengan seksa kubur, memang wujud, namun taraf nabi sahaja yang boleh mendengarnya dan setara mana sekalipun kekuatan orang biasa, tidak akan boleh hingga dapat mendengar jeritan seksaan kubur,” katanya. (mStar)
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menyokong pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).
Kenyataan itu sangat bercanggah dengan pendirian yang dipamerkan ramai Ahli Parlimen PKR dalam membantah pembentangan RUU 355 oleh PAS di Parlimen kelmarin.
Anwar dalam satu kenyataan dari dalam penjara sekonyong-konyong mendakwa kononnya beliau berpandangan pembentangan RUU 355 oleh pemimpin PAS di Parlimen kelmarin sebagai berjaya dan semata-mata untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.
“Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Ahli Parlimen Kota Baru) menerangkan di Parlimen bahawa RUU 355 bukanlah percubaan untuk melaksanakan hudud dan jaminan diberi RUU 355 ini tidak terpakai kepada yang bukan Islam sebab dilakukan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
“Yang ditekankan adalah pemerkasaan Mahkamah Syariah yang wajar dipersetujui secara prinsipnya oleh semua,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Komunikasi PKR hari ini
Kenyataan Anwar itu bagaimanapun dilihat ramai pihak sekadar menyerlahkan lagi politik bermuka-muka dan hipokrit PKR yang boleh berubah nada dengan sekelip mata andai kepentingan politik mereka tergugat.
Anwar dipercayai membuat kenyataan itu bagi menyelamatkan kedudukan partinya yang sedang dikecam umat Islam kerana secara jelas menentang usaha untuk memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia.
Anwar dalam pada itu seolah-olah cuba memutarbelit realiti penentangan pemimpin PKR ke atas RUU 355 di Dewan Rakyat dengan mendakwa kononnya kerajaan yang wajar dipersalahkan kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak keberatan meneruskan perbahasan RUU 355.
“Saya percaya Abdul Hadi tidak keberatan untuk meneruskan perbahasan. Kegagalan speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat) dan kerajaan Barisan Nasional bertindak serius dalam perkara tersebut memperkukuhkan persepsi bahawa kerajaan sengaja melengahkan dan mengharapkan agar kontroversi akan berlarutan,” dakwanya.
Ironinya, pemimpin tertinggi PAS dalam satu kenyataan semalam dan hari ini menegaskan bahawa parti itu menyokong keputusan Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan RUU 355 berikutan gelagat Ahli Parlimen Pakatan Harapan sewaktu membantah pembentangan rang undang-undang tersebut.
“Keputusan menangguhkan itu adalah terbaik, justeru PAS masih mempunyai banyak lagi masa untuk terus memberi kefahaman kepada ahli parlimen, pemimpin politik dan pelbagai pihak supaya mereka memahami kenapa Akta 355 ini perlu dipinda,” kata PAS Pusat.
Malah, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan mendedahkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang terdiri daripada wakil rakyat DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) marah perbahasan RUU 355 ditangguhkan kerana hasrat mereka menggagalkan RUU 355 melalui undi menolak dalam `belah bahagian’ kelmarin tidak kesampaian.
Presiden PAS membentangkan RUU 355 di Parlimen yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah termasuk meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang berzina dan minum arak.
Perbahasan RUU 355 yang sepatutnya diadakan selepas pembentangannya terpaksa ditangguhkan pada sesi akan datang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ekoran provokasi melampau Ahli Parlimen Pakatan Harapan dalam membantah RUU 355.
Parti sekular DAP pernah mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan tidak bertamadun di negara ini.
PKR dan PAN pula mendakwa RUU 355 tidak boleh dibenarkan kerana ia mengelirukan dan menimbulkan keresahan umat bukan Islam.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengumumkan akan menyertai Pakatan Harapan.
GARA-GARA kecoh berita tular calon pramugari Malindo Air kononnya diarahkan berbogel ketika proses temuduga, dua syarikat penerbangan lawan mula membuat iklan parodi berbaur sindiran.
Operator udara kos bajet, AirAsia semalam mengeluarkan iklan kekosongan jawatan anak kapal, dilaporkan tidak pula melepaskan peluang terbaik berkenaan untuk ‘mengenakan’ Malindo Air yang ditubuhkan sejak 2013 itu. Bersambung ..Klik