Monday, May 15, 2017

TS Khalid Ibrahim Nak Masuk PAS.. Tapi..


TS Khalid Ibrahim

Maka berkatalah ..
Sdr Adnan Ibrahim.


Khalid Ibrahim pernah berjumpa dengan TG Haji Abd Hadi beberapa kali untuk masuk PAS, tapi TGHH kata tunggu dulu... duduk dlm BEBAS dulu... 


Kenapa TGHH tak benarkan TSKI (Khalid Ibrahim) masuk PAS, sb nak jaga tahaluf dan jaga hati PKR, kerana TSKI bekas PKR... tetapi PKR dgn mudah mudah terima MP PAS masuk PKR.... 


Setelah putus tahaluf dgn PKR, insyaAllah permohonan TSKI masuk PAS akan menjadi realiti....

SUMBER DARI SU AGUNG DATO TAKIYUDDIN HASSAN, SEMASA CERAMAH SEMALAM 11 MEI 2017 DI RESIDEN INN, CHERATING KUANTAN. (IH)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Sunday, May 14, 2017

Kepada Parti Cinta Malaysia Yang Dihormati.. -IH

TERIMA kasih kepada PCM atau Parti Cinta Malaysia yang dihormati.

Terima kasih kerana kematangan PCM ingin 'berkongsi musuh' bersama PAS. PCM menghormati perjuangan PAS. Bahkan PCM tidak keberatan untuk menjadi sahabat baik kepada PAS bagi memperjuangkan kebenaran dan membina sebuah negara yang sejahtera. 

Satu gabungan antara "Multi Racial Party" iaitu PCM bersama PAS "Islamic Party" adalah amat sesuai diwujudkan. 

Weblog ini mengalu-alukan anda! Ini kenyataan media PCM pada 13 May 2017..

Kerjasama PAS dan PCM?

1. Kita semua tahu bahawa PAS adalah diantara sebuah parti yang lama selain UMNO, kewujudan PAS didalam landskap politik Malaysia boleh dianggap mereka sebuah parti yang matang dan mempunyai kekuatan politik tersendiri.

2. Kekuatan PAS terbukti apabila mereka mampu mengekalkan negeri Kelantan sehingga ke hari ini dibawah pentabiran PAS yang terbukti mampu mentabir negeri dengan mengikut acuan sendiri.

3. Kita semua sedia maklum dengan kerja kerja kerakusan DAP di Negeri Pulau Pinang dan Pemimpin Utamanya juga telah didakwa di Mahkamah sedangkan kalau di banding dengan DAP, PAS adalah sebuah Parti yang jauh lebih bersih tiada masalah Rasuah dikalangan pemimpin nya.

4. Selain itu PAS jugak antara parti yang mempunyai kemampuan jentera parti yang baik apabila tiba setiap kali musim PRU atau PRK, tanpa PAS pakatan umpama patah kaki sebelah dan ini terbukti serta kita dapat lihat dengan jelas dalam perkembangan setahun dua ini.

5. PAS sememangnya sebuah parti islam dan PAS jika tidak bercakap dan memperjuangkanya apa yang PAS hendak perjuangkan kerana ianya adalah asas penubuhan PAS namun PAS tidak tertutup untuk kerjasama dengan mana-mana parti lain yang berbilang bangsa ini terbukti dengan adanya kelab penyokong PAS yang terdiri daripada bukan islam, hari ini PAS cuma mempertahankan perjuangan parti mereka dan kita harus menghormati objektif itu.

6. Yang bermasalah adalah DAP yang tidak mampu menghormati PAS dengan baik dan mereka mahu PAS ikut terlunjuk DAP dan itu tidak mungkin terjadi kerana PAS mampu berdiri diatas kaki sendiri, jadi kerjasama yang baik hendak lah dijalinkan atas rasa hormat menghormati yang tinggi terhadap fundamental parti masing-masing.

7 PCM tidak seperti DAP yang suka ambil kesempatan terhadap sesiapa sahaja, PCM adalah sebuah parti bebas yang tidak terlibat dalam mana - mana perikatan mahupun gabungan parti politik dan PCM terbentuk atas dasar cintakan negara kita Malaysia yang aman dan makmur seperti hari ini dan PCM menghormati perjuangan PAS.

8. Jadi kenapa PCM tidak boleh bekerjasama dengan PAS?. Sudah pasti PCM boleh kerana kami ada rasa hormat menghormati pada asas perjuangan parti masing-masing, malah PCM dan PAS mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh memberi kelebihan kepada kedua - dua pihak.

9. Sementara itu PCM dan PAS berkongsi musuh yang sama iaitu DAP malah sebenarnya sikap DAP yang rasis chauvinis dengan jelas dan terang menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.


10. Sesuatu yang pasti PCM tidak bersikap hipokrit seperti DAP. Justeru itu kami PCM tidak keberatan untuk menjadi sahabat baik kepada PAS bagi memperjuangkan kebenaran dan membina sebuah negara yang sejahtera. Maka satu gabungan antara "Multi Racial Party" iaitu PCM bersama PAS "Islamic Party" adalah sesuai

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia.





Dari..
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Negeri asal Pulau Pinang.
14 Mei 2017 (bukan 13Mei1969)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Tekan Loceng Keluar Gadis Urut 'geli-geli'


Warga Vietnam yang ditahan.

Cheras: Tekan loceng untuk dapatkan khidmat tukang urut ‘geli-geli’. Itu antara taktik digunakan sindiket pelacuran di Jalan Pudu yang berselindung di sebalik premis urutan refleksologi.
Kegiatan pelacuran itu bagaimanapun dibongkar pihak polis jam 11 malam kelmarin, selepas mereka menyamar sebagai pelanggan untuk memasuki premis itu.
Serbuan dilakukan sepasukan anggota polis Unit Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras itu, turut menahan lelaki tempatan terbabit berusia 45 tahun serta empat wanita warga Vietnam.
Sumber berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan berhubung kewujudan pusat urut yang beroperasi tanpa lesen di premis itu.
“Premis berkenaan dikawal ketat dan pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat urut perlu membunyikan loceng pintu terlebih dulu sebelum pintu dibuka penjaga premis.
“Ketika serbuan dilakukan, tiada pelanggan di dalam premis dan penjaga pusat urut itu gagal mengemukakan lesen perniagaan ketika diminta polis.
“Pemeriksaan lanjut mendapati premis itu dilengkapi enam bilik urut dengan setiap bilik dilengkapi tilam, tuala dan minyak urut,” katanya.
Sumber itu berkata, sekumpulan empat wanita warga Vietnam berusia 26 hingga 39 tahun yang disyaki bekerja sebagai tukang urut dikumpulkan dalam satu bilik di belakang premis, dipercayai sedang menunggu pelanggan.
Artikel ini disiarkan pada: Rabu, 26 April 2017 @ 7:17 AM (Harian Metro)

Hasil carian imej untuk urut premis
Hasil carian imej untuk urut premis
Hasil carian imej untuk urut premis

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beginikah negara umat Islam Malaysia? Negara begini yang diredhai Allah SWT?(IH)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Serangan Siber Jejas 100 Negara, Guna Agensi Keselamatan AS.













KENDERAAN polis turut berada di Hospital Southport, Britain berikutan serangan siber yang menjejaskan operasi rangkaian organisasi di bawah NHS kelmarin.- AGENSI

SETTLE – Hampir 100 buah negara dan syarikat multinasional terkemuka dilanda serangan siber ransomware yang dipercayai menggunakan peralatan perisikan Agensi Keselamatan Negara, Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).
Serangan siber pertama dilaporkan dari Sweden, Britain dan Perancis, tetapi negara-negara seperti Rusia dan Taiwan dikatakan berdepan serangan yang teruk, lapor media AS.
Pasukan Kesediaan Kecemasan Komputer AS (USCERT) di bawah Jabatan Keselamatan Negara memberitahu, ia me­nerima beberapa laporan virus perisian tebusan WannaCry dari beberapa negara di seluruh dunia. Ia bagaimanapun tidak menamakan negara terlibat.
Di Britain, kesemua 45 hospital dan organisasi di bawah rangkaian Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) lumpuh malam kelmarin akibat serangan siber itu.
Rusia dipercayai menjadi negara paling teruk terkesan terhadap serangan virus tersebut dengan komputer di Kementerian Dalam Negeri dan syarikat rangkaian telefon kedua terbesar, Megafon turut menjadi sasaran.
Serangan itu turut melumpuhkan operasi syarikat logistik antarabangsa, FedEx selepas sistem Windows mereka dicerobohi, manakala gergasi teknologi, Microsoft memberitahu, pihaknya menyedari laporan virus tersebut dan masih mengkaji sejauh mana keadaannya.
Malah, mesin tiket dan komputer di stesen kereta api di Jerman turut terjejas termasuk syarikat-syarikat di Sepanyol se­perti Telefonica, Iberdrola dan Gas Natural.
Ransomware adalah sejenis malware berbahaya yang me­nyerang komputer, ia akan meminta wang bayaran antara AS$300 (RM1,304) hingga AS$600 (RM2,608) kepada pemilik komputer tersebut sekiranya ingin mendapatkan semula akses.
Bagaimanapun, USCERT memberitahu organisasi yang terlibat agar tidak membayar wang tebusan kerana sukar dijamin mereka mendapat akses semula selepas pembayaran dibuat.
“Perisian WannaCry mungkin mengeksploitasi kelemahan dalam Server Message Block 1.0,” ujar kenyataan USCERT.
Pakar mengatakan, penyerang siber menggunakan kod yang dibangunkan oleh Agensi Ke­selamatan Negara AS yang bocor di dalam talian bulan lalu oleh kumpulan misteri yang digelar Shadow Brokers. – Agensi

3 Exco Pas Nafi Akan Dipecat. Azmin Akan Jumpa Presiden PKR.


Hasil carian imej untuk pas pkr Azmin
SHAH ALAM – Nasib tiga Exco Pas di dalam kerajaan ne­geri Selangor hanya dike­tahui setelah perbincangan di peringkat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilakukan dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan berjumpa Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan isu tersebut.
“Setakat ini pihaknya belum menerima sebarang keputusan sama ada perlu kekal atau keluar daripada barisan Exco kerajaan negeri.
“Kami ikut keputusan Pas Pusat yang mengarahkan kami kekal (sebagai Exco),” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Lapor Kosmo! Sebentar tadi.

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Rogol Bergilir-gilir &Rompak Di Puchong.




PUCHONG: Polis sedang menyiasat video kejadian rogol dan rompak yang tular di media sosial dan didakwa berlaku di Bandar Kinrara, Puchong.
Dalam kejadian itu, dua individu yang tidak dikenali masuk  ke sebuah pusat hiburan di sini dengan niat untuk merompak premis tersebut. Tidak berpuas hati dengan hanya merompak, mereka juga bergilir-gilir merogol seorang juruwang di satu sudut tersembunyi di pusat perjudian tersebut.
Rakaman kamera litar tertutup dua lelaki terbabit mengambil giliran merogol mangsa telah tersebar di media sosial, bersama gambar lelaki yang didakwa suspek. Sehingga jam 11 pagi, rakaman itu telah dikongsi lebih 7,000 kali di media sosial.
Video empat minit juga menyaksikan netizens marah dan menggesa suspek dikenakan hukuman berat atas jenayah yang dilakukan mereka. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias ​​berkata beliau masih belum menerima laporan mengenai kejadian itu.
"Sementara itu, kami akan mengkaji kesahihan video itu," katanya.
Megat berkata pasukan petugas juga telah ditubuhkan untuk mengenal pasti mangsa, suspek dan tempat kejadian.
"Kami berharap mangsa dan pemilik premis akan tampil untuk membantu siasatan," katanya.
Megat juga menasihatkan orang ramai untuk menghentikan semua spekulasi dan berhenti menyebarkan sebarang video.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai jenayah itu perlu menyalurkan maklumat kepada kami di mana-mana balai polis," katanya.
Lapor mStar.
Hasil carian imej untuk jenayah rogol
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jenayah menjadi-jadi, kembalilah kepada sistem perundangan Islam yang paling sesuai untuk manusia bertamaddun. Kegagalan sistem perundangan ciptaan manusia semakin jelas membuktikan. (IH)

Sebanyak 24,635 kes rogol direkod oleh negara ini dari tahun 2003 hingga 2011, kata Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen.

Datuk Seri Hishamudin Husein memaklumkan perkara ini ketika menjawab soalan anggota Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

Kes rogol ini pula meningkat dari tahun ke tahun dengan tahun 2009 mencatat rekod tertinggi iaitu 3,626 kes untuk tahun tersebut.

Pada tahun 2010 pula, kes rogol yang direkodkan adalah sebanyak 3,595 manakala tahun 2011 3,301 kes dicatat.

Mohd Nasir dalam soalannya bertanya Menteri Dalam Negeri statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011.

Dalam jawapannya, menteri memaklumkan, keseluruhan kes rogol dari tahun 2003 hingga 2011 adalah 24,635 kes.

Pada 2003, jenayah rogol mencatat 1,479 kes, 2004 (1,765), 2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301).

"Sedih saudara.. Inilah statistik jenayah rogol 2003 hingga 2011 di Malaysia," kata Mohd Nasir ketika mengulas jawapan menteri ini kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, umat Islam perlukan undang-undang Islam yang objektifnya bukan sekadar menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi mendidik, mengajar, mencegah, menghukum dan mengamankan dunia.

Namun, Timbalan Menteri KDN Datuk Wira Abu Seman ketika menjawab soalan beliau tentang memperkasakan Undang-undang Jenayah Islam menjawab "Kita akan kekal dengan sistem yang ada. Beliau menyambung kehendak Tun Mahathir." -HD




Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Artis Haqiem Rusli, Tutup Aurat Peminat, Suatu Pendekatan Dakwah?


HALAMAN HIBURAN
PENYANYI baharu, Haqiem Rusli yang menjadi tular tempoh hari kerana tutup aurat peminat dengan edit gambar sebelum dikongsi di media sosial menafikan tindakannya itu adalah kerana dirinya ingin meraih populariti.
Sebaliknya, penyanyi berusia 19 tahun ini memberitahu, dia melakukan perbuatannya itu kerana ingin berdakwah selain tidak mahu mendapat dosa.
“Selalunya, saya kongsi gambar peminat akan dapat beribu-ribu likes. Jadi, berpuluh ribu pengikut yang tengok aurat itu, saya yang dapat dosa.
“Media sosial ini sebenarnya sarang dosa. Jadi lebih baik saya tutup aurat peminat yang nampak dalam gambar saya. Saya pun tak dapat dosa.
“Perkara ini juga merupakan satu dakwah dan boleh buka minda remaja seperti saya untuk lebih berjaga-jaga tentang dosa,” katanya yang ditemui Mynewshub pada majlis fashion show Fenomena Aidilfitri 2017, di Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Segalanya ini akui dia mengamalkan prinsip tidak bersentuhan dengan peminat perempuan.
“Saya kalau peminat nak salam, saya letak tangan kat dada dan saya tunduk. Alhamdulilah mereka faham.
“Saya juga tidak kisah pandangan orang terhadap saya. Janji saya buat benda baik,”katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Haqiem baharu sahaja melancarkan lagu single keduanya yang berjudul Tergantung Sepi di Youtube dan telah pun mendapat tontonan lebih 3.6 juta pendengar. 
Lapor MYNEWSHUB.CC
Adakah itu suatu pendekatan dakwah Islam? (IH)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails