Sunday, July 16, 2017

Ini, Kisah Sebat Di Khalayak Ramai..

Hasil carian imej untuk hukuman sebat di khalayak ramai
Penzina Di Kelantan Bakal Disebat Di Khalayak Ramai

(Diangkat, disaring dari https://plus.google.com)

[VIDEO] [SEBAT DI KHALAYAK] | BELUM APA-APA LAGI DAH KRITIK | KUNO |TARIKAN PELANCONG | HIBURAN | Inilah dia kalau dah dalam pemikiran tu liberal. Semua benda nak kritik. Tapi hari ni dah tak dengar sangat kritik pasal ni, mungkin dah sedar kot. Kalau nak kenal sapa geng-geng tu. nah baca ni. TAPI JANGAN LUPA BACA YANG BETUL-BETUL PUNYA
1. SIS kata sebat hukuman tak bertamadun
2. Zam kata tarikan pelancong
3. Nik Elin kata jadi hiburan

KALAU KORANG NAK TENGOK VIDEO PERBEZAAN HUKUMAN SEBAT KONVENSIONAL DAN CARA ISLAM. KORANG BULEH SCROLL DOWN. 

TAPI JANG LUPA BACA YANG ARTIKEL BAWAH NI, NANTI KORANG TAK PAHAM...

JANGAN SKEPTIKAL, BERI RUANG HUKUM ISLAM SELESAIKAN JENAYAH

  1. Keputusan Persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Kelantan yang meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) pada 12 Julai 2017 adalah suatu kejayaan buat umat Islam di negeri Kelantan khasnya dan Malaysia umumnya. Bagi umat Islam yang mencintai agamanya, ia adalah suatu khabar gembira dan kita semua wajar merasa bersyukur dengan usaha kerajaan Kelantan itu.
  2. Antara lain RUU itu nanti adalah pindaan yang membolehkan seseorang yang dihukum bersalah disebat di khalayak, penguat kuasa agama boleh menggunakan gari ke atas suspek dan video boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan.
  3. Seharusnya umat Islam memandang positif usaha Kelantan mendaulatkan undang-undang Islam. RUU ini adalah merupakan sebahagian daripada persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (yang dibentangkan) jika ia diluluskan di Parlimen kelak. Ia memberi gambaran bahawa Kelantan yang diterajui PAS benar-benar serius melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, sekaligus memadam tohmahan bahawa PAS sekadar beretorik dengan Undang-Undang Islam (Hudud), hanya janji politik kosong, politik meraih simpati, tidak berani melaksanakannya dan seribu satu lagi dakwaan liar.
  4. Dalam keadaan demikian, tidak kurang yang bersikap skeptikal dengan memberi pelbagai pandangan negatif terhadap usaha kerajaan Kelantan. Pandangan seorang peguam Nik Elin Nik Rashid yang disiar dalam sebuah portal dengan menganggap langkah kerajaan negeri itu “sangat terkebelakang” dan menyamakan hukuman sebat pesalah syariah di khalayak dengan “kegasaran” iaitu menyerahkan pesalah dan tahanan perang kepada singa lapar di zaman Rom purba. Beliau juga menganggap hukuman sebat kelak akan menjadi bahan hiburan rakyat Kelantan yang dahagakan hiburan di mana mereka boleh menonton wanita disebat kerana kesalahan moral seperti zina, minum arak dan liwat. Bahkan beliau mendakwa bukan sahaja kerajaan Kelantan terlupa “makna sebenar” Islam, ia memaparkan pula versi Islam yang “gasar dan mundur”.
  5. Tan Sri Zainuddin Maidin dalam suatu kenyataan pula dengan nada menyindir meminta Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz menjadikan hukuman sebat di Kelantan sebagai tarikan pelancong. Kumpulan Sisters Ini Islam (SIS) juga galak dengan kenyataan yang menyifatkan langkah terbaru kerajaan Kelantan sebagai selangkah lebih dekat kepada satu lagi bentuk hukuman “tidak bertamadun”.
  6. Bagi saya, pandangan mereka semua ini sangat dangkal dan tidak rasional. Sepertinya mereka takut dan gusar dengan hukuman sebat yang akan dilaksanakan seakan ‘takut dengan hantu di siang hari’. RUU ini baharu sahaja dalam proses kelulusan DUN Kelantan, tetapi mereka sudah bertempik mengkritik dan menghentam dengan penuh prejudis.
  7. Sedangkan jika mereka perhalusi dan mengkaji undang-undang dan pelaksanaan Islam bukannya bersifat menzalimi manusia, tetapi lebih kepada mendidik pesalah dan orang ramai. Tidak timbul ia mengaibkan pesalah dan menjadi bahan hiburan atau tontotan awam, kerana jika ia benar-benar dilaksanakan kelak, bakal membuatkan orang lebih gerun melakukannya. Jika kesalahan sebat dianggap mengaibkan, maka adakah pesalah rela diaibkan di khalayak ramai dengan sengaja mahu melakukan jenayah itu jika sedar kesan dan akibatnya? Justeru, Islam mengutamakan pendidikan daripada hukuman, dan dengan sebat di khalayak ini ia sebagai pendidikan paling ampuh agar tidak ada manusia bercita-cita mahu melakukan jenayah.
  8. Jika benar dakwaan mengatakan bahawa Kelantan menyaksikan kadar tinggi dalam pornografi, rogol dan sumbang mahram, maka RUU yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan itulah penyelesaiannya. Semoga dengan itu, kadar jenayah, rogol dan sumbang mahram dapat dikekang atau diturunkan. Bagi kerajaan Kelantan, itulah satu kaedah bagi mengawal keruntuhan moral di negeri itu dan banyak lagi kaedah lain yang sedang diusahakan.
  9. Sepatutnya, para pengkritik memberi ruang kerajaan Kelantan melaksanakan RUU ini bagi melihat keberkesanannya. Lihat kesannya dalam tempoh lima tahun, jadikan sebagai rujukan dan kajian, maka selepas itu buatlah suatu pandangan atau kritikan. Jangan mudah mengkritik sebelum sesuatu cadangan itu dilaksanakan.
DR Ustaz Riduan Mohd Nor
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

 Hukuman Sebat Konvensional
 Hukuman Sebat Di Mahkamah Syariah Tawau, Sabah
Hukuman Sebat di Acheh Hukuman Sebat di Acheh (Homeseksual)

Kalau korang tengok video-video tu korang dah tentu tahu mana satu yang lebih praktikal kan. korang akan tahu di mana Islam menghukum dan mendidik. Korang baca, dan korang pikirlah sendiri yer... nak peleceh Islam lagi ker?

(Diangkat dari https://plus.google.com)

Payung Berkreatif Ini, Dijamin Langsung Tidak Basah

Dengan Payung Ini Dijamin Langsung Tidak Basah

JOM KREATIF 


LAZIMNYA setiap kali hujan, mesti ramai akan buka payung namun ada juga tidak bernasib baik apabila masih lagi basah terkena tempias terutama jika hujan lebat dengan angin kencang!

Bagaimanapun satu rakaman video unik dari luar negara ini memperlihatkan sejenis model payung ‘pelik’ yang menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia apabila sudah ditonton lebih 15 juta kali.
Bayangkanlah dengan hampir 19,000 perkongsian sejak dimuat turun Rabu lalu, video amatur ringkas disiarkan Today KLIP 2.0 yang berdurasi hanya 18 saat itu memaparkan seorang wanita muda ‘memakai’ payung tersebut.
Individu berkenaan yang berbaju blaus lengan pendek warna merah jambu dan skirt mini hitam sambil menyandang tas tangan itu kelihatan menunggu bas di bahu jalan sebuah hentian pengangkutan awam darat di luar negara.
Tiada maklumat lengkap mengenai insiden ini berlaku di mana dan bila tetapi aksi bersahaja wanita tersebut ‘gagal’ dibasahi hujan akibat dilindungi payung istimewa berkenaan cukup mencuit hati ramai pengguna media sosial.
Pentadbir akaun Facebook itu yang cuma menulis tajuk berbentuk persoalan Payung model terbaharu 2017?  mungkin terkejut apabila video tersebut tular sehingga menerima 22,000 tanda suka dan lebih 4,000 komen.
Ramai meluahkan kekaguman dengan kehebatan payung itu mampu melindungi pengguna daripada percikan hujan malahan lapisan kain pelindung yang telus jernih membolehkan si pemakai boleh bergerak bebas tanpa masalah.
Apa yang menjadi tanda tanya, di manakah boleh didapati payung berbentuk ‘kelambu’ sedemikian dan berapakah harga jualannya atau mungkin juga rakaman ini cuma lakonan jenaka pihak tertentu. – Agensi
Lihat..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

M'sia: Ke 44 Dari 46 Negara Penduduk Paling Malas Berjalan..


Imej yang berkaitan
KUALA LUMPUR – Sikap terlalu manja rak­yat Malaysia merupakan antara faktor utama negara ini tersenarai dalam kedudukan ke-44 daripada 46 buah negara yang mempunyai penduduk paling malas berjalan di dunia.

Hasil kajian penyelidik dari Universiti Stanford, California mendedahkan, rakyat Malaysia secara puratanya hanya berjalan sebanyak 3,963 langkah setiap hari yang meletakkan negara ini dalam kelompok terendah di hadapan Arab Saudi dan Indonesia.

Arab Saudi berada di kedudukan ke-45 dengan rakyatnya secara purata berjalan sebanyak 3,807 langkah sehari manakala penduduk yang paling malas berjalan ialah Indonesia dengan 3,513 langkah sehari.
Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Salam Senawang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, rata-rata rakyat di negara ini kurang kesedaran akan pentingnya berjalan dalam membantu mengekalkan tahap kesihatan mereka.
“Selain kurang kesedaran, kebanyakan rakyat Malaysia berasa selesa dengan kehidupan sekarang sehingga menjadi malas untuk berjalan. Mereka sudah biasa menggunakan pengangkutan awam yang senang dinaiki atau milik persendirian untuk bergerak ke mana sahaja tanpa perlu lagi berjalan.
“Kalau boleh semua ingin mudah dan sikap terlalu manja ini sebenarnya sudah menjadi tabiat rakyat di negara ini sehingga ia menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan harian mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

PAS Letak Hasrat Jadi Kerajaan, Memerintah Dg Islam -SU PAS.

KANGAR : PAS mesti ada cita-cita untuk menjadi kerajaan yang akan memerintah negara dengan Islam, bukan sekadar berpuas hati sebagai sebuah parti politik Islam.
Demikian tegas YB Dato' Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS, ketika membentangkan kertas kerja pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS bertempat di Kompleks PAS Perlis, di sini baru-baru ini.
Sejak dahulu lagi menurut beliau, ada kemahuan yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat, untuk melihat negara ini diperintah menurut Islam.
Justeru, ujar beliau, para alim ulamak telah memulakan usaha mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi mencari kaedah yang sesuai ke arah merealisasikan hasrat tersebut dan akhirnya mereka telah bersetuju menubuhkan PAS sebagai sebuah parti politik yang akan memperjuangkan Islam di negara ini.
Tambah beliau lagi, sejajar dengan usianya serta kekuatan yang dimiliki, PAS tidak lagi boleh berasa selesa bergerak sebagai sebuah parti politik, sebaliknya perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemerintah (kerajaan) yang akan memerintah mentadbir negara mengikut panduan Islam, sekiranya diberi peluang oleh Allah S.W.T. memenangi pilihan raya umum nanti.
"Kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, daripada kita sekadar membawa mesej ini (Islam) secara dalaman melalui parti kita, kita juga mesti ada hasrat untuk menjadi badan siasah yang mampu untuk memimpin masyarakat di peringkat kerajaan, sama ada negeri mahupun di peringkat negara."
"Itu perancangan yang perlu kita ada, bukan setakat kita menjadi parti politik, kerana usia parti kita sudah menjangkau 66 tahun."
"Saya kira, bukanlah satu jangkamasa yang pendek (66 tahun), parti kita ini sudah berada dalam arus perdana politik negara kita, kita sudah memerintah beberapa buah negeri, membuktikan PAS merupakan satu wadah politik yang mampu memimpin rakyat lebih-lebih lagi kita memimpin berteraskan kepada Islam yang suci."
Pada akhir ucapannya, beliau turut menggesa agar seluruh pendukung dan penyokong PAS agar sentiasa berpegang teguh dengan aqidah Tauhid dan menolak sebarang bentuk fahaman (ideologi) yang bercanggah dengan Islam agar menjadi manusia yang sentiasa tunduk kepada Allah S.W.T. meskipun setelah diberi kekuasaan nanti.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Israel Haramjadah Tahan Mufti Baitulmuqaddis














GAMBAR fail Muhammad Ahmad semasa bergambar di hadapan Dome of Rock berdekatan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada 6 November 2015.- AFP

RAMALLAH, Palestin – Anggota keselamatan Israel menahan seorang ulama tertinggi Islam di Baitulmuqaddis susulan satu serangan kelmarin yang menyebabkan dua anggota polis berketurunan Yahudi terbunuh, kata anak ulama berkenaan.
Mufti Besar Baitulmuqaddis, Muhammad Ahmad Hussein sebelum itu berada di Kota Lama bersama-sama orang ramai dan mengutuk penutupan masjid Al-Aqsa untuk solat selepas serangan terbabit.
Polis Israel berkata, mereka tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung penahanan itu.
Anak lelaki Muhammad Ahmad, Jihad Hussein memberitahu AFP bahawa bapanya telah dibawa ke sebuah balai polis berhampiran Kota Lama.
Salah seorang pengawal peribadi mufti tersebut, Khaled Hamo pula berkata, polis menyerbu orang ramai dan menangkap mufti itu.
Dalam kejadian kelmarin, tiga orang Arab Israel melepaskan tembakan terhadap polis Israel dan mengakibatkan dua daripada mereka terbunuh sebelum melarikan diri ke kawasan suci itu.
Anggota keselamatan telah mengepung kawasan itu manakala masjid Al-Aqsa ditutup untuk solat Jumaat selepas serangan tersebut.
“Saya hanya mempunyai sedikit maklumat tentang kejadian itu, namun tidak bermakna kamu perlu menutup masjid itu untuk solat,” katanya kepada pemberita di pintu masuk Lions Gate di Kota Lama berhampiran kawasan suci itu. Lapor AFP


Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abd Hadi   mengecam tindakan tentera Israel haramkan solat Jumaat di Masjidil Aqsa.. 

  1. Kebiadaban rejim Israel mengharamkan warga Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk melaksanakan solat Jumaat semalam (14 Julai) merupakan tindakan melampau dan provokasi ke arah mewujudkan ketegangan baharu di bumi yang dijajah sejak tahun 1948 itu.
  2. Langkah agresif itu mengulangi tragedi melampau ektremis Yahudi yang pernah bertindak membakar sebahagian Masjid al-Aqsa dalam tahun 1969 hingga ditutup seketika yang kemudiannya mengundang reaksi kebangkitan kaum Muslimin di negara itu khususnya dan dunia amnya.
  3. Perbuatan tersebut berisiko meletuskan pertempuran ekoran tercabarnya maruah dan kesabaran umat Islam apabila Israel berterusan menceroboh kesucian qiblat pertama dan masjid ketiga terpenting bagi umat Islam itu. Kami khuatir sentimen berbangkit bakal meletuskan tragedi lebih besar yang membawa peperangan.
  4. Sehubungan itu, kami menggesa OIC dan Ketua-ketua Negara umat Islam untuk segera mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan tindakan tegas ke atas rejim Zionis Israel rentetan insiden tersebut. Masjid al-Aqsa mesti dibebaskan segera dan maruahnya dikembalikan secara aman dan damai.
  5. Malaysia juga dituntut menzahirkan tanggungjawab dan keprihatinan dengan segera mengangkat usul tergempar melalui Sidang Parlimen bagi mengutuk kebiadaban, keangkuhan dan penindasan berterusan yang dilakukan rejim Zionis Israel ini agar ia dapat dihentikan.
  6. Kami turut menyeru seluruh umat Islam bangun bersolidariti bersama warga Palestin bagi meningkatkan usaha pembebasan Masjid al-Aqsa menuju kemerdekaan hakiki Palestin. Kami berharap agar munajat memohon doa kesejahteraan dan keselamatan Palestin dapat dilaksanakan seluruh umat Islam.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Wahai Bank Islam, Selesaikan Kes Ini, Atau Jawab Di Akhirat!


KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd memenangi ‘Bank Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Islam Terbaik’ pada Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A 2017 baru-baru ini di sini.
Dalam kenyataan hari ini, Bank Islam berkata menjadi yang pertama dianugerahkan oleh The Asset publication, anugerah itu menekankan komponen ESG yang berpandukan kepada prinsip syariah.
“Satu penghormatan yang besar untuk diiktiraf oleh The Asset untuk tugas yang kami lakukan, dan bagaimana kami memastikan apa yang kami lakukan sentiasa betul oleh pihak berkepentingan kami dan memberi manfaat yang besar kepada mereka”, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin.
Bank itu berkata anugerah tersebut mencerminkan komitmennya ke arah menjadi entiti kewangan yang bertanggungjawab, selain mempertahankan tanggungjawab sosial dan alam sekitarnya.
“Antara lain, bank menyokong projek infrastruktur yang melibatkan perancangan dan mendapatkan sumber yang mampan bagi negara, seperti perniagaan pengurusan sisa yang mesra alam.
“Ia turut menyediakan pembiayaan hijau kepada projek yang layak seperti hidroelektrik dan ladang solar” katanya.
Bank itu turut memenangi anugerah ‘Best Islamic Fintech Deal’ bagi pembiayaan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Bhd.
Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A, anjuran The Asset publication, adalah antara anugerah utama bagi industri kewangan Kewangan Islam di Asia.
Anugerah tersebut, dengan pendekatan yang teliti dalam memilih transaksi dan firma dan bank Islam terbaik di pelbagai negara Asia, kekal sebagai penanda aras dalam industri tersebut. – BERNAMA
Wahai Bank Islam, Selesaikan Kes Ini, Atau Jawab Di Akhirat!
Sila lihat..

Thursday, July 07, 2011


Bank Islam Untung, Tapi Wang Lesap Tiada Ganti

PENGGUNA
KL 7 Julai 11: BANK Islam yang mencatatkan prestasi kewangan dan perkembangan memberangsangkan dalam tempoh tiga tahun lalu merancang membuka 32 cawangan baru yang menjadikan 150 cawangannya menjelang 2014, mencatat keuntungan begitu tinggi.

Tetapi seorang mangsa yang simpan duit dalam Bank Islam lesap RM6,000, tiada gantinya. Masing-masing saling menyalahkan antara Pihak Bank dan Pihak Polis. Kes ini berlaku hampir tiga tahun lalu. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Tapi pihak bank sampai sekarang tiada apa-apa tindakan diambil.

Weblog Ibnu Hasyim telah menerima pengaduan dari seseorang yang kami kenal rapat.. Begini pengaduannya..


“Ibu saya telah membuat satu report polis berkenaan kehilangan wang melalui mesin atm. Report polis tersebut dibuat Simpan Duit Di Bank Islam, Hilang. Bank Lepas Tangan. Di balai polis … .…., Selangor dan kes itu diambil oleh inspektor …… dari balai polis Batu Gajah (di Balai Polis Tanjung Malim). 

Mungkin kerana akaun Bank Islam tersebut di buka di Bank Islam cawangan Tanjung Malim. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Selepas itu, inspektor tersebut ada menyoalsoasiasat ibu saya dan pihak bank telah menghantar surat kepada semua bank di lokasi atm terbabit memohon untuk melihat cctv di permis berkenaan.

Salah satu daripadanya telah membenarkan kami melihat cctv tersebut dan ia terletak di Seremban. Kami mesti pergi ke sana bersama-sama dengan pihak polis yang menyiasat kes ini. Ibu saya telah menelefon inspector …….. memberitahu hal ini, tapi beliau mengatakan tidak dapat pergi dengan alasan tempat tersebut jauh. 

Beliau juga ada menyuruh ibu saya pergi sendiri ke sana dan menyuruh ibu saya meminta pada pihak bank supaya transfer video cctv itu ke dalam bentuk soft copy dan kemudian dia akan (…….) daripada soft copy tersebut.

Kesimpulannya, beliau tidak mahu pergi kerana tempat itu jauh dan menyuruh ibu saya pula melakukan kerja yg sepatutnya dia sendiri lakukan. 

Ibu saya menelefon kembali pihak bank mengatakan bolehkah kami pergi tanpa kehadiran pihak polis. Dan pihak bank tidak membenarkan kami melihat cctv tanpa kehadiran polis. Ibu saya memberitahu inspektor …….. berkenaan hal ini, tetapi beliau tetap tidak mahu pergi dan terus berdiam diri selepas itu.

Kami langsung tidak tahu apa perkembangan kes tersebut sehingga ibu saya menceritakan hal ini kepada saya. 2 hari lepas, sebelum mengetahui berkenaan perkara ini, saya menelefon inspektor …….. bertanyakan status kes ini, dan dia memberitahu saya bahawa pihak bank tidak memberikan jawapan kepada permohonan untuk melihat cctv tersebut. 

Bermakna, beliau tidak berterus terang tentang hal yang sebenar di mana pihak bank ada memberikan maklum balas tetapi beliau yang tidak mahu pergi ke sana bersama-sama dengan ibu saya. Dan hari ini, saya menelefonnya, baru dia mengaku salahnya.

Ini bermakna dia cuba menyembunyikan hal yang sebenar. Kami berasa amat kesal kerana anggota polis yang sepatutnya membantu rakyat tidak mahu menjalankan tugas yang telah diamanah kapadanya. Dan kini, pihak bank mengatakan, ini adalah salah kami dan inspektor tersebut kerana tidak mahu datang melihat cctv tersebut. Pengeluaran wang tersebut melibatkan jumlah hampir 6 ribu ringgit.

Hanya kerana sikap pegawai polis ini, peluang kami untuk menuntut kembali wang tersebut hilang begitu sahaja. Jadi, kami mahu inspektor tersebut bertanggungjawab di atas apa yang sepatutnya beliau lakukan.”

Segala surat-menyurat berhubung dengannya semua ada. Proses ini sudah berjalan setahun. Nak ambiln duit dah tak ada. Duit kami sudah lesap, tak tahu di mana nak mengadu? 
Masing-masing pihak bank dan pihak polis lepas tangan. 

Jadi siapa bertanggung jawab? Bagaimana hak penyimpan wang tiada jaminan dari bank? (IH)

Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...

P/Khas ADUN Ramas Dada, Kemaluan.. Tarbiah DAP.

GEORGE TOWN – Padah meramas dada dan kemaluan wanita muda, seorang pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Paya Terubong berjaya direman dua hari bagi membantu siasatan kes cabul.

Menurut laporan media tempatan, mangsa yang merupakan seorang pelayan di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini turut ditawarkan sejumlah wang setelah habis memuaskan nafsunya di kawasan parkir kereta di Lebuh Pantai.
Pembantu Khas ADUN DAP Ramas Dada, Kemaluan
Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun itu dibawa ke sebuah mahkamah pada pukul 10.45 pagi Jumaat. Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Majistret George Town, Ahmad Tajuddin.
Semalam, suspek itu berjaya ditahan selepas hadir bersama-sama tiga peguamnya untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes serangan seksual tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani di sini.
Dalam kejadian pada Khamis lalu, suspek dipercayai dalam keadaan mabuk akibat arak telah membawa mangsa yang merupakan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan berusia 21 tahun ke kawasan letak kereta.
Ini lagi tarbiah DAP?


ANAND dibawa ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes cabul seorang pelajar kolej bulan lalu.


Suspek kemudian dilaporkan memeluk erat tubuh si mangsa termasuk memegang bahagian dada dan kemaluan wanita berkenaan sebelum berjaya mencium serta memaksa gadis tersebut untuk melakukan pula seks oral.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar turut mengesahkan berita penahanan reman lelaki terbabit dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan.
Ia bakal memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan kesalahan di mahkamah. – Agensi
Daler Kesal Terpegang Dada Nelydia Ini lain tak sengaja kononnya. Berita hari ini.. Belumpun selesai lagi isu ‘terpegang’ dada Nelydia Senrose ketika berlakon bersama dalam drama Encik Suami Mat Saleh Celup, pelakon Daler Yusof hari ini memohon maaf secara terbuka kepada aktres itu. 
Insiden tidak disengajakan itu dapat disaksikan netizen menerusi video dimuat naik oleh Daler, pelakon berdarah kacukan Melayu-Uzbekistan ke laman sosial Instagranya sehingga viral dan hangat diperdebatkan peminat.

Tambahan: Ini lagi Tarbiah DAP..
AIDCNews – 08/03/17 –Adakah benar punca aktivis DAP, Dyana Sofya Mohd Daud merokok berpunca daripada tekanan perasaan kerana kecurangan YB Zairil Khir Johari, soal Hafizi Harris.
“Adakah benar Dyana Sofya? Stress dan merokok disebabkan oleh kecurangan Yb Zairil Khir Johari?,” soal Hafizi Harris dalam Facebook.
“Hanya Zairil sahaja boleh memberi jawapan sebenar,” katanya lagi.
Semalam, laman berbahasa Cina, enanyang.my mendedahkan tiga foto mirip Zairil yang dilaporkan sedang menari dan berpeluk dengan seorang gadis yang tidak dikenali identitinya. Namun, Zairil menafikan identiti lelaki itu adalah dirinya.
“Good evening YB Zairil Khir Johari. Tak ngaku clubbing ek?. Democratic Action Party members nie kantoi je, kata orang lain. Agaknya saka Zairil kot peluk gigirl tu.
“Patutlah Dyana Sofya stress sangat, YB orangnya jenis pakai buang,” sindir Hafizi Harris.
Bersetuju dengan pendapat Hafizi, seorang rakannya, Adam melampirkan rakaman lelaki mirip Zairil seperti di bawah.
“Kata Zairil Khir Johari lelaki dalam video ni bukan dia… Tak percaya? Tengoklah sendiri. Kan Hafizi Harris?,”katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails