Kuala Lumpur – “Tidak perlu kawalan ibu bapa. Mereka (anak-anak) boleh buat keputusan sendiri”. Cadangan tersebut diutarakan oleh Pengerusi Parent Action Group For Education (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim sebagaimana dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today (FMT).
Komentar tersebut diberikan apabila isu lagu ‘Despacito’ yang dikatakan berunsur lucah disekat oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Azimah turut menambah,
“Kita telah mengajar anak-anak kita tentang apa yang baik, jadi, perlukah kita mengawal mereka dengan memberitahu mereka lagu apa yang mesti dengar atau tidak?”
“Anak-anak menyanyikan lagu tersebut bukan disebabkan oleh apa yang dimaksudkan, tetapi kerana ia sedap di halwa telinga” katanya lagi.
Walaupun liriknya berunsur lucah, Noor Azimah Abd Rahim yang turut aktif sebagai Ahli G25 sebelum ini, turut menyatakan bahawa beliau turut menyukai ritma lagu tersebut tetapi bukan pada maksud lagu itu.
Angkatan Wanita Amanah (AWAN) sebelum ini mengeluarkan kenyataan tegas berkenaan isu lirik lagu lucah dendangan penyanyi dari Puerto Rico, Luis Fonsi yang turut memaparkan rapper Daddy Yankee.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pandangan di atas 'Tidak perlu kawalan ibu bapa. Mereka (anak-anak) boleh buat keputusan sendiri' itu adalah suatu ke'bebas'an yang ter'babas'.'
Terbabas dari ajaran Islam yang mendidik anak, kadang-kadang oleh kerana pentingnya suruhan itu, maka dibolehkan memukul anak-anak.
Contohnya, lihat sabda Rasulullah SAW
مرو الصبيّ بالصلاة ابن سبع سنين واضربوهم عليها ابن عشر
- “Perintahkan anak-anak untuk melaksanakan sholat ketika ia berumur tujuh tahun, dan pukullah (bila meninggalkannya) ketika ia sudah berusia sepuluh tahun.” (Shahih Lighairi, HR. Abu Dawud, at-Tirmidzi)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.