Sunday, August 27, 2017

Mak Cik K'tan Ini ‘Speaking’ Fasih, Walau Jual Sayur..


Tular di media sosial seorang mak cik peniaga sayur di jalanan dapat berbahasa Inggeris dengan baik.
Menerusi satu video yang dikongsikan di aplikasi WhatsApp, mak cik tersebut telah menjawab pertanyaan daripada perakam video dengan cara bersahaja dalam bahasa Inggeris dengan cukup lancar.
Difahamkan, mak cik yang tidak dinamakan itu merupakan seorang penjaja dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
Ini membuktikan usia tidak menghalang seseorang untuk hebat dalam komunikasi sekali gus memudahkan komunikasi peniaga dengan pelancong asing yang rata-ratanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan.- SuaraTV

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

SPRM Masuk Pejabat MB Kelantan




YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad di Pejabat Menteri Besar Kelantan awal pagi tadi. Turut bersama, Timb. Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM dan Pengarah SPRM Kelantan.


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat 

Guan Eng Berdepan Tindakan Jika Enggan Mohon Maaf – SPRM


JELEBU: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan tindakan sivil atau jenayah sekiranya beliau tidak memohon maaf secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh yang ditetapkan.
Ini berikutan kenyataannya yang menyifatkan tindakan menahan exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzuklifli Ahmad.Beliau berkata setakat ini, SPRM masih belum menerima sebarang permohonan maaf daripada Guan Eng.
 “Sebagaimana saya kata sebelum ini, kita minta Guan Eng tarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh yang kita tetapkan.“Jika tiada (permohonan maaf secara terbuka), baru kita tengok apa tindakan yang patut diambil sama ada bersifat sivil atau jenayah,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih SPRM siri 3 di Sekolah Menengah Triang Hilir, Simpang Durian di sini, hari ini.
SPRM, dalam kenyataannya semalam, meminta Guan Eng membuat permohonan maaf itu secara terbuka tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam daripada kenyataan itu dikeluarkan atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.
SPRM berkata kenyataan Guan Eng yang menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’ adalah kenyataan berunsur fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan nama baik serta mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM. –BERNAMA


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

PKR K'tan Tolak Undur 'kerjasama dengan PAS' ..


AIDCNews -26/08/17 –Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir menolak desakan dari dalam partinya supaya beliau berundur susulan dakwaan lebih cenderung bekerjasama dengan PAS yang bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).
Sebaliknya, untuk membuktikan kebenarannya, dia turut hadir dalam Majlis Perasmian PH Kelantan di Machang, yang dirasmikan oleh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Ab Aziz berkata demikian susulan memorandum supaya dia melepaskan jawatannya, kerana dituduh mesra PAS Kelantan.
Memorandum mendesaknya meletak jawatan disokong Pengarah Pilihan Raya PKR Kota Bharu, Ahmad Syauqey Abdul Ghani.


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Sebar Idea Liberal Sesat, Melalui Dakwaan Al-Quran Era Mesopotamia..


Dakwaan Al-Quran Turun Era Mesopotamia Sesat - Jakim

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan kenyataan kakitangan University of Notre Dame, Dr Mun’im Sirry yang mendakwa al-Quran tidak relevan dan diturunkan pada era Mesopotamia sebagai satu percubaan untuk menyebarkan idea liberal yang sesat.

Difahamkan, kenyataan itu dibuat pada sesi dialog ‘Scriptural Polemics: The Quran and Other Religions’ anjuran dua pertubuhan bukan kerajaan, Islamic Renaissance Front dan G25 di ibu negara pada 20 Ogos lalu.
Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha dalam satu kenyataan di sini, berkata tindakan individu berkenaan itu juga sangat bahaya dan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
“Ini suatu kenyataan yang nyata adalah salah dan bercanggah dengan ajaran Islam. Beliau juga seolah-olah cuba untuk mempromosi tafsiran baharu kepada kebenaran kitab suci al-Quran,” katanya.
Mengulas lanjut, Othman berharap jabatan agama Islam negeri serta agensi berkaitan membuat satu penyelarasan berhubung isu berbangkit supaya tiada pihak sewenang-wenangnya membuat kenyataan sedemikian.
Apatah lagi yang jelas menyalahi undang-undang dan amalan Islam diamalkan di negara ini. Katanya, Jakim juga akan mendapatkan penjelasan penganjur dan mengambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang sedia ada.
“Semua pihak perlu ingat bahawa negara ini majoritinya adalah umat Islam yang berpegang teguh kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kedudukan Islam tetap dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Malah, kita juga perlu tegas bersama-sama menjaga keharmonian beragama di samping memelihara kedaulatan agama Islam di Malaysia,” kata Othman lagi. – Agensi


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Demonstrasi Aman Kutuk Kekejaman Ke Atas Etnik Rohingya.

 ETNIK Rohingya berarak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini bagi membantah kezaliman yang berlaku ke atas etnik Rohingya di Myanmar. - Foto Abdullah Yusof
KUALA LUMPUR: Hujan lebat tidak menghalang lebih 600 etnik Rohingya beragama Islam bersama gabungan 42 Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya di negara itu.
Perarakan kumpulan itu bermula dari Masjid Menara Tabung Haji, sejurus selesai solat Jumaat dan berjalan lebih dua kilometer menuju ke pejabat Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir, di sini.
Bagaimanapun, berlaku sedikit kekecohan apabila cubaan mereka untuk masuk ke perkarangan pejabat kedutaan dihalang anggota polis malah, ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat menahan emosi dan cuba merempuh sekatan tetapi, berjaya dihalang.
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama empat lagi wakil daripada kumpulan NGO lain turut menghantar satu memorandum kepada pejabat kedutaan bagi mendesak kerajaan Myanmar menghentikan penindasan terhadap etnik Rohingya.
 WARGA Indonesia turut melakukan tunjuk perasaan bagi membantah kekejaman kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya di luar kedutaan Myanmar di Jakarta, Indonesia, hari ini. - Foto Reuters
"Saya amat sedih dengan apa yang berlaku di sana (Myanmar) apabila umat Islam dibunuh dengan begitu kejam.
"Justeru, saya selaku wakil kepada rakan-rakan NGO dan umat Islam Rohingya yang turut bersama pada demonstrasi hari ini, mahu kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Myanmar," katanya.
Selain kumpulan NGO itu, turut dilihat menghantar memorandum sama adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang mewakili pergerakan Pemuda UMNO.
Kumpulan demonstrasi itu bersurai pada jam 3 petang tadi.
 AKTIVIS Malaysia dan etnik muslim Rohingya berarak di depan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto EPA
Sementara itu, di Jakarta, ratusan rakyat Indonesia, yang berang dengan kekejaman terhadap penduduk Islam Rohingya di Myanmar, membuat bantahan hari ini di luar Kedutaan Myanmar di ibu kota Indonesia itu.
Jurucakap polis ibu kota ini, Awi Setiyono, berkata sekurang-kurangnya 200 orang menyertai bantahan itu. Mereka berarak dalam tiga kumpulan ke kedutaan, yang dikawal berpuluh anggota polis serta melancarkan bantahan aman namun bingit.
Penunjuk perasaan memegang sepanduk besar bertulis, "Hentikan pembunuhan orang Islam di Myanmar" dan melaungkan "Selamatkan Rohingya."
Indonesia, negara paling ramai penduduk Islam di dunia, adalah penyokong kuat Rohingya, etnik minoriti Islam dalam kalangan majoriti penduduk Buddha Myanmar.
Satu bantahan anti-Myanmar turut dirancang esok oleh kumpulan belia Islam di Malaysia malah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut menggesa negaranya menarik diri daripada perlawanan bola sepak Asia Tenggara yang disertai Myanmar.
ANTARA rakyat Indonesia yang membuat bantahan di luar Kedutaan Myanmar di Jakarta, hari ini. - Foto AP
Kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai rakyatnya, walaupun mereka hidup di negara itu selama beberapa generasi.
Penindasan ke atas Rohingya memuncak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan mereka berdepan keganasan dihasut penganut tegar Buddha dan diskriminasi institusi.
Imej satelit definisi tinggi dianalisis pertubuhan hak asasi Human Rights Watch (HRW) menunjukkan kemusnahan 1,250 kediaman di lima perkampungan Rohingya di Rakhine, di mana tentera menjalankan operasi anti-keganasan.
Ko Ko Linn, seorang aktivis daripada Pertubuhan Nasional Arakan Rohingya berkata, lebih 100 orang terbunuh dan lebih 1,000 rumah dimusnahkan dalam tindakan keras itu. - AP

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

GRO & Pelacur Masih Bergerak Di K'tan... 'Taktik pindah hotel'


Hasil carian imej untuk pelacur taktik pindah hotel

KOTA BHARU - Berpindah dari satu hotel ke hotel lain, itu taktik dikesan digunakan dalang yang menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur di sekitar hotel di bandar ini, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar hasil pemantauan dilakukan Imigresen Kelantan yang mendapati aktiviti persundalan itu dijalankan dia dua lokasi berasingan, termasuk di sebuah hotel di Jalan Tok Guru dan restoran Jalan Kebun Sultan di sini, malam Sabtu lalu. 

Operasi yang dijalankan itu turut diketuai, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kelantan, Tuan Hassan Tuan Abdullah.

Hasil serbuan di sebuah hotel bajet di sini, pihaknya berjaya menahan empat GRO warga asing yang terdiri daripada warga dua  Vietnam,  seorang Laos dan seorang Thailand.

Pengarah Imigresen Kelantan, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, melalui pemeriksaan dilakukan, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan turut mengemukakan saman saksi terhadap pemilik hotel berkenaan.

Sementara itu, di lokasi berasingan di sebuah restoran, enam wanita warga asing turut ditahan kerana menawarkan khidmat GRO. Kesemua warga Thailand itu ditahan ketika sedang asyik melayan pelanggan dalam restoran berkenaan.

Wan Saupee berkata, kesemua pendatang asing tanpa izin (Pati) terbabit ditahan dan dihantar ke depot Tahanan Tanah Merah sebelum dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa melakukan operasi bermula dengan Ops Ikrar (Mahir dan Gegar) dalam usaha mengekang jenayah kemasukan Pati dan mengesan dalang terlibat.

“Kita amat memerlukan kerjasama semua pihak dalam usaha memastikan dalang yang membawa masuk Pati gerun dan tidak terus berleluasa dan terus mengaut keuntungan berlipat kali ganda melalui perkhidmatan yang menyalahi undang-undang negara,” katanya. (SH)

Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan
Adakah pelancong luar negara suka datang Malaysia kerana mudah mendapatkan perkhidmatan seks daripada pelacur yang berbilang bangsa? Adakah kita mahu Malaysia menjadi hub atau pusat pelacuran utama dunia yang dapat menarik pelancong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails