Monday, September 11, 2017

Operasi Besaran 24 Ulama Arab Saudi Ditangkap Kerana..


Dari kiri, Abdulaziz, Salman al-Odah dan Awad al-Qarni.



Ditangkap kerana sokong usaha penyelesaian Arab Saudi-Qatar.
RIYADH, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Sekurang-kurangnya 24 individu, termasuk putera diraja Arab Saudi dan ulama terkenal ditangkap dalam operasi besar-besaran dalam tempoh seminggu lalu.
Putera Abdulaziz bin Fahd al Saud; ulama terkenal Arab Saudi, Salman al-Odah; dan Awad al-Qarni, ditangkap sejak 24 jam lalu, lapor pelbagai umber termasuk Tweeter oleh wartawan dan pertubuhan hak asasi manusia.
Putera Abdul Aziz adalah anak bekas Raja Arab Saudi, Raja Fahd
Keseluruhannya, kira-kira 20 individu ditangkap dalam tempoh itu, kata sumber.
Salman yang juga ahli Kesatuan Ulama Islam Sedunia, dikatakan ditangkap kerana mengeluarkan twit menyokong usaha penyelesaian diplomatik antara Arab Saudi dan Qatar, kata pertubuhan hak asasi Arab Saudi (AIQST)
Beliau ditangkap di rumahnya, malam semalam, oleh tiga anggota pasukan keselamatan berikutan twit yang mendoakan Arab Saudi dan Qatar menyelesaikan pertikaian demi negara masing-masing.
Twit itu dihantar bagi merujuk kepada perbualan telefon antara Putera Mahkota Arab Saudi dan Emir Qatar, yang akhirnya menyebabkan Arab Saudi menangguhkan semua perbincangan.
“Semoga Allah membuka hati mereka untuk mengatasi masalah ini demi kebaikan rakyat mereka,” kata Sheikh Salman dalam twitnya.
Sama seperti Salman, Awad juga menyatakan sokongannya kepada penyelesaian diplomatik antara Arab Saudi dan Qatar.
Kedua-dua ulama itu tidak menyatakan sokongan kepada langkah Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik serta mengenakan sekatan terhadap Qatar.
Sementara itu, laporan menyebut bahawa Putera Abdulaziz ditangkap berikutan beberapa siri kenyataan di dalam Tweeter yang mengecam hubungan rapat Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Beliau juga adalah penyokong kuat Putera Mohammed bin Nayef yang menjadi Putera Mahkota, sebelum digantikan oleh Mohammed bin Salman.
Pada 20 Jun, Mohammed bin Nayef, diperintahkan turun takhta Putera Mahkota oleh Raja Salman.
Raja Salman kemudian melantik anaknya, Mohammed bin Salman, 32 tahun, menduduki takhta Putera Mahkota dan dilihat sebagai jalan mudah bagi menjadi Raja Arab Saudi. – Agensi

Intai Isteri Jiran Mandi, Terkejut...

Lihat Isteri Jiran Mandi, Lelaki Mati TerkejutLihat Isteri Jiran Mandi, Lelaki Mati Terkejut


SEORANG lelaki dilaporkan mati terkejut apabila terjatuh semasa sedang asyik mengintai seorang wanita yang sedang mandi.

Lebih teruk lagi, wanita tersebut dikenali sebagai Dahlia dan merupakan isteri kepada jirannya. Insiden ini dilaporkan berlaku di Jawa Barat, Indonesia.
Menurut Dahlia, dia ternampak sepasang mata yang sedang mengintai di celah tingkap bilik mandi rumahnya. Apa yang mengejutkan lagi ialah lelaki tersebut hanya berseluar dalam sahaja.
Perkara itu membuatkan Dahlia terkejut dan terus menjerit memanggil suaminya.
Lelaki yang berusia 46 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri oleh isterinya di belakang rumah sewa mereka. Isterinya yang terdengar jeritan ketakutan tersebut terus bergegas ke belakang rumah untuk lihat apa yang berlaku.
Ajun yang ketakutan selepas perbuatannya terbongkar hilang kawalan dan terjatuh sehingga tidak sedarkan diri. Namun, dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Dalam pada itu, hasil bedah siasat menunjukkan Ajun mati mengejut akibat sakit jantung.
Walau bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan mereka masih giat mengumpul maklumat dan keterangan saksi serta beberapa orang lagi.
Hasil siasatan polis, mereka mendapati ini bukan kali pertama lelaki tersebut berpelakuan sebegini. Menurut penduduk di situ, Ajun memang dikenali dengan sikapnya yang suka mengintai orang mandi di kawasan tersebut.

Sedikit Mengenai Larangan Skoding, Mengintai Atau Tajassus Dalam Adab &Menghormati Jiran.


larangan mengintai

Ulama juga menghuraikan dengan jelas maksud akan ayat ini. Antaranya Al-Imam Al-Tabari: 
  • “wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: ‘Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain.'” Tafsir Al-Tabari.

Bentuk larangan mengintai yang dijelaskan menurut dalil di atas juga jelas mengenai kesalahan-kesalahan bersifat peribadi, keaiban individu, atau rahsia peribadi individu yang tidak berkaitan dengan maslahat (kepentingan) awam. Ini bermakna, apa-apa yang bersifat peribadi individu kita dilarang untuk intai atau bicarakan seperti tubuh badan, kelakuan dalam rumah, dan sebagainya.
Ramai yang keliru, apabila Islam melarang tajassus, ada pula yang akan kata “kita jangan dedahkan kesalahan seseorang kepada khalayak umum”. Sekiranya ia dimaksudkan dengan aib peribadi, ya Islam melarang keras sebagaimana dalil di atas. 
Namun sekiranya ia dimaksudkan dengan kejahatan seseorang yang melibatkan kepentingan awam seperti penyelewengan, rasuah, membunuh, dan sebagainya maka itu satu kekeliruan. Dalil di atas hanya dimaksudkan kepada larangan mengintai hal peribadi. Namun tidak dimaksudkan dengan larangan mendedahkan kesalahan jenayah yang akan mengakibatkan kemusnahan kepentingan awam.
Oleh itu, tindakan menyerbu ke bilik-bilik hotel, rumah, atau penginapan dengan alasan mencegah maksiat tetapi bertindak seperti mana yang dilarang dalam ayat di atas, ia dikategorikan sebagai tajassus. Ini bukan sahaja kerana larangan yang diperintahkan dalam Al-Quran malah banyak implikasi lain atas tindakan tersebut. Antaranya, serbuan berlaku dalam keadaan pelaku terbuka aurat. Atau tersilap melakukan serbuan kepada pasangan suami isteri yang sah atau pasangan bukan Muslim.
Islam meletakkan disiplin menghukum pelaku hanya apabila kesalahan itu nyata dan bukanya dicari-cari seperti mana penjelasan di atas. Nabi juga ada memesan kepada para sahabat bahawa baginda hanya menghukum sekadar apa yang nyata. Sedangkan Nabi tidak mampu mengetahui isi hati dan fikiran manusia. Begitu jugalah Nabi tidak akan melakukan tajassus seperti mana yang dilarang.
Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:
  • “Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”
Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: 
  • “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.
Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)
  • “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).
Maka ada seorang bertanya:
  • “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?
Jawab Nabi saw:
  • “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
Oleh itu, penguatkuasa hari ini perlu melakukan satu perubahan yang lebih menepati kehendak dalil di atas agar dapat memelihara imej agama yang bersifat rahmat dan pemaaf ini. Ia amat penting kerana dikhuatiri akan ditentang oleh masyarakat awam. 
Begitulah indahnya Islam dalam mengatur peradaban kehidupan berjiran. Al-hamdulillah! (IH)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

Sunday, September 10, 2017

Pesta Arak 2017: Jangan Jadikan KL Pusat Arak Terbesar Asia -Dr Riduan.


PENDEDAHAN sebuah portal, Portal Islam dan Melayu pada 6 September 2017 dengan isu sambutan pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ adalah sesuatu yang menggemparkan dan mengundang kemarahan umat Islam di negara ini. Ia berkaitan penganjuran pesta arak yang bakal diadakan pada pada 5 dan 6 Oktober 2017 di ibu kota Kuala Lumpur.
riduan1Pada tahun 2012, ketika ia julung kali diadakan, tujuannya sebagai merayakan pembuatan beer di Malaysia dan diadakan di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang dengan kehadiran 200 orang pengunjung. Ia diadakan sekali lagi pada tahun 2016 di Publika Shopping Gallery dengan menyediakan 150 jenama arak dan kehadiran mencecah 3,500 orang. Pada tahun ini pula, penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat arak (breweries) untuk memenuhi citarasa pengunjung dari serata dunia. Sasaran kali ini jauh lebih ramai dengan kehadiran 6,000 orang.
Melihat kepada penganjuran festival ini, tentunya tidak ada masyarakat khususnya umat Islam mampu berdiam diri dengan membiarkan penganjur sewenang-wenangnya mengadakan pesta maksiat buat kesekian kalinya di Kuala Lumpur. Adalah sesuatu yang memalukan buat negara Islam seperti Malaysia, apabila program mungkar mudah mendapat tempat di hati masyarakat dan dibiarkan penganjurannya tanpa halangan. Kita tidak sanggup jika Kuala Lumpur dikenali oleh dunia sebagai pusat maksiat terbesar di Asia.
Dalam penganjuran pesta arak ini, walaupun penganjur beralasan ia adalah aktiviti untuk bukan Islam termasuk mempromosikan pelancongan terhadap masyarakat, namun, yang paling dikesali kerana mereka memilih Malaysia sebagai lokasi pesta arak. Malaysia telah menjadi destinasi strategik untuk aktiviti bebas kepada masyarakat luar seperti tidak ada sekatan undang-undang dan peraturan. Walaupun umat Islam bukan menjadi sasaran penyertaannya, tetapi tiada had atau halangan jika ada orang Islam yang menyertainya, sekali gus menggamit sesiapa sahaja untuk hadir termasuk orang Islam.
Jika penganjuran tahun 2017 ini berjaya, tidak mustahil aktiviti yang berskala lebih besar akan diadakan pada tahun-tahun hadapan. Apakah jaminan keselamatan dapat diberikan kepada orang awam yang tidak terlibat seperti berlaku jenayah, seks bebas, rogol dan lain-lain. Walaupun penganjur dikatakan akan bekerjasama dengan Uber melalui pelancaran kempen ‘Don’t Drink & Drive’ di mana para pengunjung akan menerima kod pengangkutan Uber mereka untuk pergi balik ke pesta tersebut. Tetapi sesiapa boleh beranggapan mungkin banyak aksi lain yang berlaku sehingga terpaksa menempatkan anggota keselamatan berkawal di lokasi terbabit.
Pendedahan demi pendedahan mengenai kemungkaran oleh pelbagai pihak membuktikan telah banyak kepincangan berlaku di negara ini. Sama ada ‘Better Beer Festival 2017’ adalah aktiviti terlepas pandang oleh pihak kerajaan (mustahil kerajaan tidak mengetahui sesuatu aktiviti rasmi yang berlaku di ibu kota), atau sengaja dibiarkan bagi mengabui mata serta memenuhi kehendak segelintir masyarakat yang dahagakan budaya liar dan hedonisme. Namun bagi umat Islam yang prihatin, tidak ada suara yang dapat mengungkapkan perkataan terhadap penganjurannya melainkan bantahan keras dengan memastikan ia tidak diadakan di ibu kota.
Kebencian masyarakat terbanyak terhadap aktiviti maksiat juga perlu dipandang berat dan diraikan, bukan hanya meraikan keinginan segelintir manusia yang memuja nafsu. Hati masyarakat yang tidak redha terhadap kemungkaran berlaku, merasa tertekan dengan keadaan dan boleh mengundang kegiatan ekstremis.
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

PH Tersusun Selepas Dr M, PKR Krisis Besar.. -Amin Iskandar


Apa sebenarnya sudah jadi dengan PKR?
PKR kini berdepan krisis dalaman pemimpin sehingga membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa sudah jadi sebenarnya dengan PKR? – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 September, 2017. 

Apa sebenarnya sudah jadi dengan PKR?   -Amin Iskandar 

KETIKA Pakatan Harapan (PH) semakin tersusun selepas Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusi, parti komponennya PKR dilanda krisis besar. 

Krisis dalaman PKR ini dikatakan sudah bermula sebelum Ketua Umumnya Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 2015 akan tetapi meletus baru-baru ini selepas pemimpin-pemimpin kanannya berperang secara terbuka menggunakan media. 

Krisis dalaman PKR bermula apabila Langkah Kajang yang digerakkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution pada 2014 untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan menobatkan Anwar tergendala kerana akhirnya Mohamed Azmin Ali dilantik Sultan Selangor sebagai ketua negeri itu. 

Langkah Kajang ini juga dikatakan sebagai punca perpecahan Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai PAS sebelum ini. Ini kerana PAS mahu Khalid terus menjadi menteri besar Selangor dan alasan diberikan PKR untuk menyingkirkan Adun Pelabuhan Klang itu tidak meyakinkan mereka. Sementara DAP pula yang sebelum itu turut terkejut dengan pengumuman Langkah Kajang oleh PKR akhirnya akur dan menyokong langkah parti pimpinan Anwar itu. 

Selepas Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor perpecahan dalaman PKR semakin jelas dan wujudnya kem Rafizi-Saifuddin dan kem Azmin. Keadaan menjadi semakin buruk selepas Anwar dipenjarakan apabila pemimpin-pemimpin dari kem berbeza yang bertemu ketua umum PKR itu sama ada di penjara atau mahkamah membawa pulang maklumat berbeza-beza. 

Apabila Anwar dipenjarakan pada 2015, PKR turut kehilangan tokoh yang penyatu kepada pelbagai kumpulan di dalam parti itu. Perlu diingat, PKR merupakan satu-satu parti yang mempunyai pebagai kumpulan berbeza latar belakang ideologi seperti dari Umno, Parti Rakyat Malaysia (PRM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Jemaah Islah Malaysia (JIM), pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis reformasi. 

Selepas Anwar dipenjarakan, pemimpin-pemimpin PKR dari pelbagai latarbelakang ideologi tidak lagi mempunyai penyatu dan mereka mula bergerak mengikut kumpulan masing-masing. 

Siapa yang terlibat? 

Watak utama dalam perpecahan PKR ini ialah kumpulan Rafizi-Saifuddin dan kumpulan Azmin. 

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Rafizi menyenaraikan dua kem berbeza dalam PKR: Kem Azmin: Chua Tian Chang, Shamdul Iskandar dan Xavier Jeyakumar, Dr Shaharuddin Badaruddin, Zuraida Kamaruddin (ketua wanita), anggota biro politik Sivarasa Rasiah, Saifuddin Abdullah, Kamaruddin Jaafar, Fahmi Fadzil (pengarah komunikasi), N Surendren, serta pemimpin utama parti Elizabeth Wong, Hee Loy Sian, Siti Aishah Sheikh Ismail, Mohamad Nur Manuty, Latheefa Koya, Dr Afif Bahardin dan Haniza Talha. 

Kem Rafizi: Sim Tze Tzin (pengarah strategik), Fariz Musa (ketua setiausaha pengelola), Abdul Hadi Al-Khatab (pengerusi Lembaga Disiplin) dan Christina Liew (pengerusi Sabah), pemimpin exco negeri Abdullah Sani Abdul Hamid, Wong Chen, Rodziah Ismail, Fuziah Salleh, S Manivannan, Gooi Hsiao Loong, Azan Ismail, Dr Idris Ahmad, Dr Azman Ismail, Hassan Karim dan Aminuddin Haron. 

Kemelut dikatakan timbul selepas Langkah Kajang yang digerakkan Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution gagal sehingga meletakkan Azmin Ali di puncak kuasa Selangor.  – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 September, 2017.
Kemelut dikatakan timbul selepas Langkah Kajang yang digerakkan Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution gagal sehingga meletakkan Azmin Ali di puncak kuasa Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 September, 2017. 

Kesan perpecahan PKR Perpecahan dalaman PKR mendatangkan kesan besar kepada PH. 

Contohnya dalam isu senarai Majlis Pimpinan PH, pengumuman tertangguh selama dua bulan disebabkan berlakunya pertembungan antara dua kumpulan. Keduanya, dalam isu kerjasama bersama PAS, dua kem dalam PKR mempunyai pandangan berbeza. Kem Azmin mengatakan kerjasama dengan PAS dalam bentuk pakatan pilihan raya (electoral pact) penting bagi memastikan tiada pertembungan tiga penjuru pada PRU14, sementara kem Rafizi mahu segala kerjasama dengan PAS ditamatkan. 

Perdebatan berhubung kerjasama dengan PAS muncul kembali selepas Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Azizah dan Timbalan Presiden Azmin melawat Presiden PAS Abdul Hadi Awang di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Ini menyebabkan Rafizi mengeluarkan kenyataan menggesa PKR mengadakan kongres khas dalam isu kerjasama bersama PAS. 

Kenyataan Rafizi itu diselar Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin tetapi disokong pemimpin akar umbi parti. Anwar kemudiannya mengeluarkan kenyataan dari penjara, mengatakan rundingan bersama PAS dilakukan dengan pengetahuannya. Anwar juga berkata, Azmin dilantik untuk mengetuai rundingan dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRU14. Selain itu Anwar turut mempersoalkan keperluan mengadakan kongres khas. Bagaimanapun Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau mahu PKR menghentikan rundingan dengan PAS. 

"Kita akan hentikan rundingan tersebut. Saya harap kita akan dapat lakukan," kata bekas perdana menteri yang kini menjadi pemimpin utama pembangkang itu. – 9 September, 2017. (K)
Hasil carian imej untuk wan azizah

14 Perkara. BNM 1993 Rugi RM15.291B, Tetapi 'Sesumpah' Anwar..


WA Sengat Lu – 1. Sudah dijangka Anwar ‘Sesumpah’ pasti akan mengubah keterangan berbanding jawapan beliau sebagai Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada tahun 1994. Rujuk Hansard Parlimen 1994 Penggal kelapan ketika menjawab soalan Lim Kit Siang. Malah beliau menyindir lagi bekas Menteri Kewangan sebelum itu Tun Daim yang banyak bunyi berkaitan Forex seolah-olah dia tidak pernah terlibat!
2. Prosiding RCI Forex juga menunjukkan Anwar memberi keterangan berbeza ketika beliau sebagai ketua pembangkang pada tahun 2012. Perkara ini pernah dilaporkan dalam portal Theedgemarket pada tahun 2012.
3. Anwar ketika itu lantang berkata urusan dagangan pertukaran asing yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal tahun 1990an, yang menyebabkan bank pusat kehilangan RM5.7 bilion rizabnya, telah diluluskan oleh Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, dengan sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. Kenyataan ini Anwar tak berani ulang dalam prosiding RCI. Yang berani Anwar ulang ialah jumlah RM5.7b itu.
“Sepanjang sesi Parlimen tersebut saya telah menjelaskan bahawa Gabenor Bank Negara Tan Sri Jaafar Hussein berkata beliau tidak menerima maklumat penuh mengenai aktiviti perdagangan forex, seperti yang dilakukan oleh jabatan forex trading di bawah (kini) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
“Tan Sri Jaafar berkata kepada saya bahawa aktiviti perdagangan forex telah dijalankan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dengan kelulusan yang diberikan oleh Menteri Kewangan sebelum saya dan Perdana Menteri”.
4. Anwar dalam prosiding RCI jelas melakukan U-Turn untuk berpihak kepada Mahathir dengan menegaskan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga mata wang asing hanya berjumlah RM5.7 bilion. Ia katanya bersandarkan kepada Laporan Tahunan Kementerian Kewangan Tahun 1993.
5. Bagaimanapun kenyataan Anwar ini bercanggah dengan saksi dipanggil seperti bekas KSU MOF, Bekas Gabenor BNM dan pegawai BNM terlibat. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sendiri mengesahkan laporan “Accounting Treatment 1988-1984” bertarikh 18 April 2007, jumlah kerugian urus niaga terbabit ialah RM32.074 bilion.Bekas KSU MOF Tan Sri Sherif turut mengaku kerugian sehingga RM15.291 bilion pada tahun 1993.
6. Mengapa Anwar pertahankan RM5.7b sedangkan Gabenor BNM Tan Sri Jaafar sendiri mengaku ‘silap’ apabila amaun kerugian dihapus kira terhadap keuntungan bank pada tahun-tahun mendatang.Kerugian mencerminkan salah perkiraan kononnya atas kepentingan negara. Pengakuan ini disiarkan dalam media perdana tahun 1994.
7. Lim Kit Siang tahun 1994 turut mengecam BNM menggunakan Perakaunan yang ‘curang’ dan tidak beretika untuk memanipulasikan kunci kira-kira 1993 bagi menyembunyikan kerugian tukaran wang asing sebanyak RM5.7B.
8. Tun Mahathir sebenarnya sudah tahu lebih awal kerugian BNM. Lantaran itu ketika Tan Sri Clifford Francis bekas KSU MOF dan Anwar berjumpa Mahathir menjelaskan kerugian Mahathir hanya menjawab “Kadang- Kadang kita Untung, Kadang-kadang kita Rugi”.
9. Bagaimanapun Prosiding yang memanggil Anwar Ibrahim 7 September itu menjadi panas apabila Tan Sri Sidek Hassan Pengerusi RCI mempersoalkan kenapa Anwar tidak melaporkan kerugian sebenar kepada Kabinet?
10. Kenapa Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu hanya memaklumkan kerugian akibat Forex hanya RM5.7 bilion pada 1993 sedangkan kerugian sebenar pada tahun itu adalah RM15.291 bilion? Kenapa dimanipulasi? apa alasan? Pasti ramai mahu tahu! Pengolahan tipu inilah yang pernah menjadi soalan Lim Kit Siang 1994 di Dewan Rakyat dahulu.
“Soalan saya macam mana dengan pengolahan kerugian itu dilakukan. Anda tahu tentangnya tetapi tidak laporkan kepada Kabinet?,” Soal Tan Sri Pengerusi RCI.
11. Anwar memang sesumpah politik kenyataannya memang sentiasa berubah lain dari 1994 dan membuang kenyataan kerasnya kepada Tun M dan Daim tahun 2012. Anwar menggunakan nama tokoh yang sudah meninggal dunia Tan Sri Jaafar bahawa TS Nor Mohamed Yakcub melebihi mandat dan tidak beri laporan benar kepada mereka!
12. Jika laporan RM5.7b itu suatu penipuan dan kecurangan pegawai BNM dalam laporan BNM ia tidak sepatutnya berlaku dan pihak yang terlibat wajar disiasat SPRM dan tindakan tegas!
13. Hanya kerana Tan Sri Jaafar sudah meninggal dunia maka masing-masing memberi mesej yang salah adalah Gabenor BNM ketika itu. Jika begitu ramai pihak terlepas termasuk Mahathir selaku PM yang mengarahkan ketika itu.
14. Juga tidak mungkin kerugian BNM sehingga RM32B dilakukan oleh seorang manusia yang hanya pegawai BNM iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcub walaupun beliau mengaku bertanggungjawab. Pasti ada yang lebih berkuasa iaitu Mahathir, Daim dan Anwar! penipuan laporan BNM dan salah guna kuasa pastinya bakal menarik perhatian siasatan SPRM dikemudian hari. (Aidcnews)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.


Hina Agama: Nampaknya BN/Najib Dah Tak Mampu Jaga Agama.



Benar &Nabi Ismail Sebenarnya Anak Luar Nikah – Ahli Pembangkang Sabah 

KOTA KINABALU: Pemimpin politik pembangkang Sabah, David Orok mengakui bahawa terdapat kebenaran pada dakwaan kontroversi Siti Kasim dalam ucapan hari rayanya yang mendatangkan kemarahan umat Islam. 

Beberapa hari sebelum itu, ahli politik yang pernah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman mewakili Parti Reformasi Negeri (STAR) itu juga telah membuat kenyataan bahawa Nabi Ismail merupakan anak luar nikah Nabi Ibrahim. 

Beliau mendakwa umat Islam hanyalah terikut-ikut melakukan upacara korban Nabi Ibrahim tanpa memahami konteks dan pengajaran yang terdapat disebalik peristiwa tersebut sepertimana yang dihayati oleh bangsa Israel dan penganut-penganut agama Kristian. 

Beliau berkata, “Ada juga kebenarannya apa yang dikatakan oleh Siti Kasim ini. Upacara korban itu cuma dilakukan oleh Agama Yahudi bagi “melambangkan” apa yang bakal Tuhan lakukan nanti bagi memberikan “syafaat” (keselamatan) kepada bangsa Israel kelak.” 

Beliau meneruskan, “Bagi penganut agama Kristian pula, mereka tidak sudah melakukan upacara korban binatang sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim tersebut. Ini kerana mesej yang Tuhan mahu sampaikan melalui kisah peristiwa korban oleh Nabi Ibrahim dan anaknya itu, cuma “melambangkan” apa yang akan Tuhan lakukan melalui “pengorbanan Yesus” demi menebus terhadap “hukuman” Allah bagi dosa warisan yang semua manusia warisi dari Nabi Adam dan Hawa, isterinya.”  

“Bagi umat Islam pula, disebabkan yang mereka mengaku keturunan Nabi Ibrahim melalui Nabi Ismail, maka mereka mahu juga mewarisi upacara korban tersebut dengan merayakan upacara korban itu tadi sekadar merayakannya saja tanpa mengetahui apa maksud dan tujuannya.”  

“Di dalam Al-Qur’an sendiri pada Surah Al-Haji, ayat 37 menyatakan bahawa daging-daging korban itu tidak pun mendapat apa-apa keredaan dari Allah,” katanya lagi.  

Beliau kemudian memetik beberapa ayat yang didakwa terdapat di dalam al-Qur’an yang menurutnya membawa maksud bahawa al-Qur’an turut bersetuju dengan akidah Kristian — Nabi Isa menjadi korban agar dosa warisan dapat diampunkan.   

“Bukan setakat ayat-ayat pada surah di atas yang merujuk kepada upacara korban tadi, tetapi juga pada Qur’an Surah Al-Maa’idah, ayat ke 32, juga menerangkan lebih terperinci akan pertalian korban yang dibuat oleh Nabi Ibrahim dan korban yang disempurnakan oleh Yesus,” tegas beliau. 

Beliau juga menuduh Nabi Ismail tidak layak untuk dibinkan dengan Nabi Ibrahim kerana menurutnya, Nabi Ismail hanyalah merupakan anak luar nikah hasil perhubungan di antara Nabi Ibrahim dan hamba abdi isterinya.  

Beliau berkata, “Ibu Ismail adalah Hagar iaitu seorang wanita hamba abdi (budak) yang dimiliki oleh Sara yang merupakan isteri sah kepada Abraham. Abraham meniduri Hagar yang bukan isterinya yang sah, lalu Hagar melahirkan Ismail.” 

“Di sini bermaksud Ismail itu anak luar nikah dan tidak layak di binkan dengan Abraham,” tegasnya lagi. 

Tidak berapa lama dahulu, David Orok pernah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas dakwaan menyiarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad di laman Facebooknya pada Julai 2014.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya di dalam Islam mesti ada orang yang membela kebenaran sewaktu Allah, Rasul dan warisnya dihina. Maruah agamanya dicabar. Umat Islam tidak dayus. 

Apabila melihat suatu mungkar, apalagi dalam membela maruah Islam, hendaklah merubah 'dengan tangan' atau kekuasaan. Kalau tak boleh juga, perlu 'dengan mulut', dakwah, demontrasi dan lain-lain. Tak boleh juga, tanda teruk sangat, baru 'dengan hati', itupun termasuk dalam golongan yang paling 'lemah iman'nya.

Pernah terjadi di India sebelum tercetus pergaduhan umat Islam berpisah dari India menjadi Pakistan, seorang anak muda dari Pesyawar dari utara, menyeludup masuk mahkamah India di selatan, membunuh penghina Nabi depan hakim dalam mahkamah dengan pisau belatinya, cuma sekali rembat sahaja.. Mangsa terbongkang jatuh. 

Tapi dia tidak lari, dia menyerah diri sambil berkata, "Inilah hukuman kepada orang yang menghina Nabi orang Islam terang-terangan (mencabar Islam dalam mahkamah bukan Islam dengan hujah liarnya), hujah-hujah ilmiah sudah tidak berguna lagi.. Nah, hukumlah!" 

Akhirnya beliau itu dihukum mati secara bersembunyi.

Tetapi mayitnya dicuri oleh orang Islam, diarak, dan dijulang sebagai 'As-syahid', akhirnya ditanam di perkuburan Islam. Menyebabkan bertambah bencinya orang Islam kepada penjajah Inggeris di India waktu itu. 

Menghina kepercayaan Allah dan Rasul orang Islam, suatu jenayah besar yang perlu dihindari kalau ingin wujudkan toleransi beragama, walaupun di dalam negara bukan Islam sekalipun. Itu bukan fanatik atau ekstrem. Itu jugalah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) kepada penghina negaranya walaupun penghina itu berada di luar AS, bahkan bukan rakyatnya. 

Apa lagi kalau yang sudah dilebelkan pengganas, walaupun sebenarnya penentang itu bukan pengganas, yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah telus. 

BN/UMNO tak boleh diharap jaga agama?

Di Malaysia, tertulis dalam media hari ini..

"Tular di media sosial, screen shot yang memaparkan kebiadaban dan keceluparan seorang pimpinan DAP, menghina kuliah agama yg disampaikan oleh seorang ulamak secara LIVE di facebook hari ini.

Ronnie Liu, yang sebelum ini juga seringkali mencetuskan provokasi dan tidak sensitif dengan perasaan umat Islam dan orang melayu amnya seolah-olah tidak pernah menyesal apatah lagi serik dengan polemik perkauman yang kerap dia cetuskan.

Susulan daripada itu, para netizen meluahkan ketidakpuasan hati atas sikap pimpinan DAP tersebut dengan menghantar whatsapp kepadanya mengecam tindakan tidak beradabnya.

Mahu dikata si Ronnie Liu ini bukan islam dan tidak faham ttg islam, sebab itu dia menghina kuliah agama islam....mustahil dia tidak faham sedangkan selama bertahun-tahun sebelum ini dia berada bersama ulamak dalam PR bahkan dia juga menyatakan ATGNA dan ATGUFN adalah idola dan ulamak yang dia hormati. Kalau hormat, mengapa masih biadab?

Ronnie Liu sudah melangkaui batas agama dan cuba mencetuskan api perkauman di kalangan rakyat.

Jika ikut kapasiti kuasa yg kita ada, kita hanya mampu menghantar whatssap utk menegur sikap dia tetapi kuasa besar utk menghalang org² bukan Islam berterusan menghina Islam terletak pada kuasa pihak pemerintah, BN yg diterajui UMNO.

Masihkah UMNO boleh diharapkan untuk menjaga agama? Apakah tindakan mereka terhadap manusia spt Ronnie Liu ini?
Sama-sama kita tunggu dan lihat.... " (MC)

Pada saya sekarang, tukar BN dalam PRU 14 ini, gantikan dengan PAS dan kumpulannya! Undilah PAS!



Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

Ronnie Liu Hina Kuliah Jumaat Presiden PAS, Apa Patut Buat? -Dr Azman.


MERUJUK kepada penghinaan pemimpin DAP Ronnie Liu kepada kuliah pagi Jumaat Tuan Guru Presiden PAS, elok juga budak-budak kita buat ziarah kasih sayang kepada Ronnie Liu.
Mula-mula bagi nasihat bahawa tindakan menghina agama orang lain adalah amat bahaya dalam sebuah masyarakat berbilang agama di Malaysia. Lepas tu kalau tak makan nasihat, bagilah teguran. Tak makan teguran bagilah amaran. Kalau amaran pun tak dipedulikan, ada peruntukan undang-undang yang boleh diambil terhadap warga seperti Ronnie.
Demikian antara nasihat dari Dr Azman Ibrahim, AJK PAS Pusat melalui Harakah hari ini.
"Kita orang Islam jangan terpengaruh dengan provokasi. Kekadang bangsa lain terlupa bahawa Melayu Islam adalah majoriti dan teras politik Malaysia. Dapat sedikit kuasa mereka dah angkuh dan merendahkan orang Melayu Islam. Lebih kesian bila ada Melayu Islam yang merelakan diri jadi khadam mereka."
Namun katanya, "Jangan balas dengan hina agama lain. Islam tak ajar begitu. Perlakuan Ronnie tak mewakili agama yang dia anuti. Saya tahu agama Ronnie pun tak mengajar penganutnya menghina agama lain. Perlakuan Ronnie adalah bukti beliau jahil dengan agamanya sendiri. Ada hati nak campur hal agama orang lain.
"Juga jangan hina orang Cina kerana semua bangsa adalah makhluk ciptaan Allah. Walau menangis air mata darah sekalipun, tak ada orang yang boleh ubah bangsa mereka sebagaimana mereka dilahirkan. Betapa ramai lagi orang Cina dan bangsa lain yang tulus dan baik. Islam tak mengajar kita tangkap borong semua orang." Nasihat Dr Azman selnjutnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya di dalam Islam mesti ada orang yang membela kebenaran sewaktu Allah, Rasul dan warisnya dihina. Maruah agamanya dicabar. Umat Islam tidak dayus. 

Apabila melihat suatu mungkar, apalagi dalam membela maruah Islam, hendaklah merubah 'dengan tangan' atau kekuasaan. Kalau tak boleh juga, perlu 'dengan mulut', dakwah, demontrasi dan lain-lain. Tak boleh juga, tanda teruk sangat, baru 'dengan hati', itupun termasuk dalam golongan yang paling 'lemah iman'nya.

Pernah terjadi di India sebelum tercetus pergaduhan umat Islam berpisah dari India menjadi Pakistan, seorang anak muda dari Pesyawar dari utara, menyeludup masuk mahkamah India di selatan, membunuh penghina Nabi depan hakim dalam mahkamah dengan pisau belatinya, cuma sekali rembat sahaja.. Mangsa terbongkang jatuh. 

Tapi dia tidak lari, dia menyerah diri sambil berkata, "Inilah hukuman kepada orang yang menghina Nabi orang Islam terang-terangan (mencabar Islam dalam mahkamah bukan Islam dengan hujah liarnya), hujah-hujah ilmiah sudah tidak berguna lagi.. Nah, hukumlah!" 

Akhirnya beliau itu dihukum mati secara bersembunyi.

Tetapi mayitnya dicuri oleh orang Islam, diarak, dan dijulang sebagai 'As-syahid', akhirnya ditanam di perkuburan Islam. Menyebabkan bertambah bencinya orang Islam kepada penjajah Inggeris di India waktu itu. 

Menghina kepercayaan Allah dan Rasul orang Islam, suatu jenayah besar yang perlu dihindari kalau ingin wujudkan toleransi beragama, walaupun di dalam negara bukan Islam sekalipun. Itu bukan fanatik atau ekstrem. Itu jugalah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) kepada penghina negaranya walaupun penghina itu berada di luar AS, bahkan bukan rakyatnya. 

Apa lagi kalau yang sudah dilebelkan pengganas, walaupun sebenarnya penentang itu bukan pengganas, yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah telus. 

Masihkah UMNO boleh diharap menjaga agama?

Di Malaysia, tertulis dalam media hari ini..

"Tular di media sosial, screen shot yang memaparkan kebiadaban dan keceluparan seorang pimpinan DAP, menghina kuliah agama yg disampaikan oleh seorang ulamak secara LIVE di facebook hari ini.

Ronnie Liu, yang sebelum ini juga seringkali mencetuskan provokasi dan tidak sensitif dengan perasaan umat Islam dan orang melayu amnya seolah-olah tidak pernah menyesal apatah lagi serik dengan polemik perkauman yang kerap dia cetuskan.

Susulan daripada itu, para netizen meluahkan ketidakpuasan hati atas sikap pimpinan DAP tersebut dengan menghantar whatsapp kepadanya mengecam tindakan tidak beradabnya.

Mahu dikata si Ronnie Liu ini bukan islam dan tidak faham ttg islam, sebab itu dia menghina kuliah agama islam....mustahil dia tidak faham sedangkan selama bertahun-tahun sebelum ini dia berada bersama ulamak dalam PR bahkan dia juga menyatakan ATGNA dan ATGUFN adalah idola dan ulamak yang dia hormati. Kalau hormat, mengapa masih biadab?

Ronnie Liu sudah melangkaui batas agama dan cuba mencetuskan api perkauman di kalangan rakyat.

Jika ikut kapasiti kuasa yg kita ada, kita hanya mampu menghantar whatssap utk menegur sikap dia tetapi kuasa besar utk menghalang org² bukan Islam berterusan menghina Islam terletak pada kuasa pihak pemerintah, BN yg diterajui UMNO.

Masihkah UMNO boleh diharapkan untuk menjaga agama? Apakah tindakan mereka terhadap manusia spt Ronnie Liu ini?
Sama-sama kita tunggu dan lihat.... " (MC)
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails