Sunday, October 15, 2017

Demo Anti Kleptokrasi Adalah Demo Pembangkang Paling Gagal – Beruang Biru


Malam tadi telah berlansungnya demo anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya. Pada mulanya, demo berkenaan disasarkan sejumlah 100,000 orang walaupun ikut lojik, padang itu hanya mampu memuatkan 10,000 orang sahaja.
Malaysiakini lapor 1,500 orang sahaja hadir, manakala Kelab Che Det pula menghentikan siaran facebook live bila mendapati padang kosong dan tiada orang.
Namun pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad dalam kenyataan kepada media sebelum ini yakin demo berkenaan akan mampu menarik perhatian ramai, apatah lagi beliau beria-ia kononnya mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Malangnya hasrat Mahathir itu tidak kesampaian apabila himpunan tersebut tidak mendapat sambutan. Walaupun ramai pemimpin besar Pakatan Harapan hadir namun penyokong mereka tidak teruja untuk hadir bersama-sama dengan pemimpin mereka.
Meskipun macam-macam acara disediakan termasuk persembahan muzik dan jualan makanan menerusi food truck, tapi ia tidak berjaya menggamit orang ramai. Hanya tujuh food truck yang datang walaupun sebelum ini ada 100 buah truck dijanjikan penganjur.
Pengurusan himpunan juga tidak bagus, tiada jualan baju-t seperti himpunan-himpunan yang diadakan oleh pembangkang sebelum ini. Sampai Kit Siang sendiri kena promosi jualan baju.
Malah Mahathir Mohamad sendiri tidak mampu menjadi daya penarik untuk menarik orang ramai menyertai himpunan berkenaan. Ketika beliau berucap pada waktu petang, sekutunya Lim Kit Siang telah meninggalkan himpunan itu lebih awal.
Waktu Mahathir berceramah pada waktu malam pula, ramai yang sudah beredar meninggalkan padang. Kit Siang pula dilihat tertidur dan bermain telefon ketika Mahathir sedang berceramah.
Ini bukan kali pertama, Kit Siang tidak layan ceramah Mahathir. Dalam program Nothing To Hide 2.0 pada Ogos lalu, Kit Siang turut meninggalkan majlis sebaik sahaja Mahathir berucap. Selepas Kit Siang beredar, terus kerusi dan selipar terbang datang.
Melihat kepada peserta yang hadir yang tak sampai pun 5,000 orang, maka sudah pasti ia mengecewakan Mahathir. Beliau pasti rasa terhina kerana himpunan anjurannya itu adalah paling gagal, sejak Bersih 1 hingga Bersih 5.
Ketika Hadi Awang ketuai Bersih 1 iaitu menjelang PRU12, ramai yang hadir. Begitu juga ketika Anwar Ibrahim ketuai Bersih 3 menjelang PRU13, ramai yang hadir. Kini, bila Mahathir ketuai demo kleptokrasi menjelang PRU14, hanya 2,000 orang yang hadir.
Bayangkan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hampir, himpunan yang diadakan pula gagal. Dah tentu pembangkang hilang punca, momentum yang mereka mahukan tidak menjadi.
Sudah bermacam-macam cara dilakukan tapi gagal. Mahathir juga gagal menarik perhatian ramai sedangkan beliau dianggap sebagai “aset utama” oleh pembangkang. Demo kleptokrasi ini adalah demo pembangkang yang paling gagal sekali.
Tulisan :
Beruang Biru
BB615, Sabtu
14 Oktober 2017

Ahli Veteran PAS, Teruskan Perjuangan Ini Bersama Assabiqun...



Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Hari ini mencatatkan satu lagi sejarah dalam perjuangan PAS yang telah ditubuhkan sejak tahun 1951 iaitu dengan pembentukan satu jawatankuasa yang dipanggil sebagai ASSABIQUN yang mana dahulunya dikenali sebagai KELAB VETERAN PAS.

 Tuan Haji Subki Latif yang telah dilantik sebelum ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Assabiqun yang dihadiri oleh wakil-wakil Assabiqun daripada negeri/wilayah dan telah berjaya mengadakan perbincangan awal bagi mencetuskan idea dan pandangan melalui pelbagai pengalaman masing-masing di pelbagai peringkat.

Tuan Haji Subki adalah seorang assabikun PAS yang pernah dilantik sebagai AJK PAS Pusat, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dan banyak jawatan yang lain yang sarat dengan pelbagai pengalaman seiring dengan perkembangan PAS.



Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi bin Awang telah berkesempatan untuk menyampaikan taujihad kepada semua yang hadir manakala Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah memberikan penerangan matlamat dan tujuan Assabiqun diwujudkan oleh PAS Pusat.

Pertemuan yang bersejarah ini turut dihadiri oleh Dato' Takiyuddin bin Hassan yang berperanan untuk menguruskan majlis mesyuarat ini. Saya hadir sebagai Setiausaha Sementara bagi tujuan untuk membantu menyelaraskan pergerakan Assabiqun.

Beberapa perkara telah dipersetujui untuk dilaksanakan dan akan dibawa kepada pimpinan tertinggi untuk tindakan lanjut.

Kepada semua Ahli PAS yang berusia 60 tahun ke atas, marilah sertai ASSABIQUN :-)
Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha Assabiqun Pusat
0132565530

#sejahterabersamaislam
#assabikun

Pastikan Rohingya Selamat Pulang -Kofi Annan. Boleh Percaya Ke?



REUTERS - SEBAHAGIAN pelarian beratur dalam hujan untuk menerima bantuan kemanusiaan di kem Kutupalong, Cox’s Bazar, Bangladesh pada Khamis lalu.
PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (Pbb), New York – Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan menggesa Majlis Keselamatan memastikan beratus-ratus ribu etnik Islam Rohingya yang melarikan diri susulan kempen tentera dapat kembali semula ke Myanmar.
Annan yang mengetuai Suruhanjaya Penasihat untuk kerajaan Myan­mar berkata, kuasa-kuasa dunia perlu berunding dengan tentera dan pemimpin awam untuk menamatkan krisis pelarian terbabit.
Majlis Keselamatan sedang me­nimbang tindakan tegas dan kemungkinan membentangkan satu resolusi di PBB tetapi diplomat berkata, China yang menyokong bekas pemimpin junta Myanmar dan Rusia menentang langkah itu.
“Saya harap resolusi yang diputuskan mampu memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar bagi membenarkan pelarian kembali secara bermaruah dan selamat.
“Rohingya tidak sepatutnya kembali ke kem. Mereka patut membantu membina semula kehidupan pelarian terbabit,” kata Annan selepas satu mesyua­rat tertutup di sini.
Lebih 500,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos lalu apabila tentera Myanmar melaksanakan operasi tentera di Rakhine yang disifatkan PBB sebagai pembersihan etnik.
Pihak berkuasa Myanmar berkata, mereka sedang menghapuskan militan Rohingya susulan serangan ke atas pos polis pada Ogos lalu.
Isu masyarakat Rohingya mahu kembali ke negara asal kini menjadi halangan utama.
Satu laporan oleh pejabat hak asasi manusia PBB baru-baru ini menuduh Myanmar mahu menyekat penduduk Rohingya daripada kembali dengan menanam periuk api di sempadan Bangladesh.
“Komuniti antarabangsa kini mula memberikan tekanan kepada tentera,” kata Annan. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Boleh percaya ke?

Komen Untuk Penyokong Himpunan Sayangi M'sia..



Perhimpunan yang mereka telah berusaha keras untuk dijadikan sebagai perhimpunan terbesar pada tahun ini hanya berjaya menarik  10,000 orang (termasuk bonus 5,000 tambahan) – 90% di bawah sasaran asal mereka seramai 100,000 orang dan 66.7% kurang dari sasaran terakhir 30,000.

Dan tiada hujan hari ini untuk mereka jadikan alasan.
Saya fikir Pakatan Harapan sudah tahu bahawa permainan sudah berakhir.

Kalau di sekolah, apabila mendapat markah 10% atau 33.3% maka dapat lah tanda gagal merah besar.

Mahathir berada di sana dan begitu juga Kit Siang, Guan Eng, Mat Sabu, Wan Azizah, Muhyiddin, Tony Pua, Ambiga, Maria Chin – namun mereka tidak dapat menarik kehadiran ramai orang.

Kegagalan yang amat memalukan.

Apabila terlalu banyak sangat berbohong dan anggota gabungan mereka berterusan melanggar prinsip sendiri bekerjasama dengan kleptokrat terbesar, akan menyebabkan kehilangan sokongan.

Siapa boleh terima apabila mesej “Ubah” telah tiba-tiba berubah daripada menghapuskan Mahathir dari berkuasa kepada “Selamatkan Malaysia” dengan meletakkan semula Mahathir berkuasa untuk “Selamatkan Malaysia”?

Tanda-tanda sudah ada sebelum ini. Kehadiran BERSIH tahun lepas menurun berbanding 2015 dan 2012. Perhimpunan anti-GST Mei tahun lalu amat menyedihkan mereka sehingga tidak berani mengadakan perhimpunan yang sama tahun ini.

Semua ini juga cerminan. kejatuhan drastik dalam kecenderungan terhadap Pakatan di mana populariti BN di FB kini meningkat sekali ganda berbanding pembangkang:

Ia bertukar menjadi kesilapan strategik yang serius untuk mengadakan perhimpunan hari ini yang begitu dekat dengan Pilihan Raya Umum – di mana kelemahan dan kekurangan sokongan untuk Pakatan kini amat menyakitkan dan sangat memalukan yang dapat dilihat dengan jelas oleh semua orang didunia ini.  (TKO)





Berikut adalah analisa seorang netizen:


HIMPUNAN KAKI KLEPET TOLAK KLEPTOKRASI (KKTK) GAGAL - APAKAH PUNCANYA?

Ketika sy menulis artikel ini, himpunan KKTK yg dianjurkan Pakatan Harapan di Padang Timur PJ pastinya sudah tiba ke penghujung. berdasarkan laporan rasmi oleh portal2 berita pro PH dan juga gambar2 daripada orang perseorangan, kehadiran hanyalah 5,000 orang daripada sasaran 100k yg ditetapkan penganjur, atau 5% sahaja yg hadir.

sepatutnya himpunan KKTK ini mudah mencapai sasaran. ini atas beberapa faktor antaranya 

- kedudukan lokasi himpunan yg amat strategik dan mudah dari segi pengangkutan awam dan logistik

- lokasi himpunan diapit oleh 3 parlimen yg dipegang PH iaitu Shah Alam, PJ dan Lembah Pantai

- PH sering mendabik dada sokongan terhadap mereka di Lembah Kelang adalah amat baik dan banyak, terutamanya oleh anak muda

- PH sendiri merupakan gabungan 4 parti iaitu Dap, Pkr, PPBM dan Pan. seharusnya 4 parti ini jika digabungkan akan jadi seperti Voltron, 5 singa kecil bergabung membentuk satu robot perkasa. benar?

namun hakikatnya kehadiran seperti yg sy sebutkan di atas amatlah menyedihkan. cuaca pula amat baik pada hari ini. tiada hujan tiada ribut dan tidak panas sgt. namun kehadiran masih amat mengecewakan. lebih mengecewakan, kehadiran anak muda amatlah teruk sehingga menyebabkan Ketua Pan Batu iaitu Cikgu Ishak Surin mengeluarkan kenyataan "berdosa jika tidak bersama kami".

wah. Pan pun dah pandai main dosa pahala?

mengapakah sambutan amat menyedihkan sedangkan sepatutnya himpunan ini lebih berjaya berbanding mana2 himpunan yg dianjurkan Pas?

bagi sy, ada beberapa faktor utama - 

1) anak muda muak dgn politik PH. mereka mencanangkan tolak kleptokrat, namun mereka sendiri terpalit dgn pelbagai skandal. lepas satu, satu.

2) ramai yg menzahirkan protes atas keberadaan Tun Mahathir dalam line up PH. bagi mereka, selama ini perjuangan mereka ialah menentang kebobrokan Tun dan ini seringkali disemarakkan oleh pimpinan2 PH dahulu. namun kini, pimpinan2 itulah yg tidak segan silu menjilat habis2an kaki Tun.

3) anak muda dan khalayak tidak lagi mahu berpolitik semata2. mereka mahu mencari "cause of life" - matlamat hidup dan perjuangan - dan tiada matlamat lain yg lebih bagus melainkan Islam.

4) tiada sokongan drpd non partisan terhadap PH. seperti yg kita tahu, beberapa pihak berhaluan kiri tidak menyokong PH seperti SAMM, PSM dan pelbagai lagi. ketiadaan mereka sebenarnya memberikan impak walaupun sekecil atau sebesar mana pun.

5) ketiadaan Pas selaku pulling power. kita tidak dapat nafikan kehebatan tarbiyyah Pas ke atas ahli2nya utk menzahirkan kebersamaan dalam perjuangan - sesuatu yg gagal ditarbiyyah oleh parti2 lain termasuklah Pan.

adapun, pastinya pimpinan PH akan buat post morterm terhadap kegagalan ini. buat ahli Pas, teruskan perjuangan kita. insya Allah akhirat matlamat kita, dan dunia perjuangan kita.

Fais Al-Hajari 2335hrs, 14 Oktober 2017 

(http://naimnikmat.blogspot.my)

Himpunan Sayangi M'sia Meleset Dari Sasaran..




Himpunan anjuran PH akhirnya melabuhkan tirai pada pukul 11.00 malam.
Penganjur umumkan kehadiran seramai 25,000 orang manakala Malaysiakini anggarkan jumlah paling tinggi seramai 8,000 orang.



Untuk hapuskan kleptokrasi perlukan ikon yang dilihat bersih daripada kleptokrasi. Rekod Dr Mahathir selama menjadi PM telah terbukti keburukannya, bukan boleh dilupakan begitu sahaja.

Sewaktu Anwar Ibrahim menggerak massa menentang Dr Mahathir di atas isu korupsi, nepotisme dan kronisme satu ketika dahulu, rakyat telah didedahkan dengan pelbagai kesalahan dan keburukan atas tindakan beliau. Sebahagian daripada kita yang berjuang pada waktu itu masih belum lupa.

Najib, UMNO dan BN mesti kita jatuhkan tetapi bukanlah Dr Mahathir menjadi ikonnya kerana tidak banyak bezanya Dr Mahathir jika dibandingkan dengan Najib.

Wassalam
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
#gagasansejahtera
#sejahterabersamaislam


Himpunan anjuran Pakatan Harapan (HARAPAN) berlangsung hari ini dengan mengambil slogan antikleptokrasi – Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi – bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.
Himpunan berkenaan adalah susulan reaksi terhadap saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan isu 1MDB selain merupakan langkah pemimpin HARAPAN memberi kefahaman kepada orang ramai berkenaan skandal yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perhimpunan itu akan dihadiri oleh pemimpin dari parti komponen HARAPAN iaitu PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Penganjur sebelum ini menyasarkan 100,000 penyertaan. Himpunan itu dijangka bermula pukul 4 petang ini sehingga lewat malam. - Malaysiakini .

 ORANG ramai yang hadir di Perhimpunan Rakyat Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi di Padang Timur MBPJ. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali




Tetapi Menurut BH Online, kehadiran peserta himpunan yang sedang berlangsung di Padang Timur di sini, jauh berkurangan daripada sasaran awal penganjur yang menyasarkan 100,000 hadirin.
Setakat jam 7.30 malam, jumlah kehadiran dianggarkan kurang daripada 4,000 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan Harapan, selain orang awam. (IH)

Ini, Demo Kleptokrasi Jadi Demo Maksiat.


Haji Mat Sabu Kata Selepas Bola, Padang akan penuh, Tapi rupanya penuh dengan ini

Pengarah Sekretariat Himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’, Mohamad Sabu menyifatkan kurangnya penyertaan belia pada himpunan itu berkemungkinan kerana adanya perlawanan bola sepak pada malam ini. Mat Sabu Kata sebelah malam nanti mereka akan hadir.


Rupanya bila masuk sebelah malam, DEMO KLEPTOKRASI JADI "PADANG MAKSIAT"

Kredit
Putera Naseem




Lihat juga artikel ini...
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.






Pelajar Pintar Pakar Bom K'tan Ditahan Polis.. S'pura Dilanggar Todak?

 KEADAAN ketika suspek seorang pelajar dibawa anggota polis untuk menaiki helikopter di Padang Awam dan Astaka Majlis Daerah Pasir Puteh pada Selasa lalu.


PASIR PUTEH – Remaja berusia 19 tahun yang ditahan polis pada Selasa lalu setelah dipercayai memiliki kepakaran membuat bom merupakan seorang pelajar pintar di sebuah sekolah di daerah ini.
Menurut sumber, suspek yang masih menuntut di Tingkatan Enam di sekolah berkenaan dikatakan tidak pernah menimbulkan masalah displin.
“Penduduk kampung serta mereka yang me­ngenali remaja tersebut agak terkejut dengan berita penahanan pelajar itu.
“Malah kehadiran ramai pihak polis dengan kawalan ketat semasa menahannya menggemparkan penduduk sekitar,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teringatku akan kisah, Singapura Dilanggar Todak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails