Monday, October 23, 2017

Sedikit Pertembungan, Wisma Tok Guru Di Salor Siapa Punya, PAS/PAN?


ANGGOTA polis cuba menenangkan penyokong PAS dan PAN di hadapan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor di Kota Bharu. - Foto ihsan pembaca


KOTA BHARU: Pertembungan di antara PAS dan serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) di negeri ini semakin panas dan tegang, apabila penyokong kedua-dua parti itu berebut untuk menguasai Wisma Tok Guru dekat Kampung Pendek, Salor di sini, malam tadi.
Kira-kira 9 malam, 150 penyokong PAS berhimpun sambil memasang bendera di sekitar bangunan terbabit sebelum disusuli ucapan oleh Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadzli Shaari, pada jam 9 malam tadi.
Sebaik saja ucapan itu selesai, ketegangan berlaku apabila seorang penyokong PAS tidak mengizinkan Ketua Pemuda PAN negeri, Hazmi Hassan, yang dikatakan mahu menggunakan pembesar suara bagi menyuraikan penyokong parti berkenaan.
Berikutan daripada tindakan itu, pertengkaran tercetus di antara penyokong kedua-dua parti itu sehingga mereka terpaksa ditenangkan oleh pasukan anggota polis yang turut berada di lokasi kejadian.
Sebelum bersurai, Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, yang turut hadir membaca doa penutup perhimpunan penyokong parti itu.
Ahmad Fadzli dalam menyampaikan ucapannya, berkata tindakan mereka memasang bendera PAS di situ adalah sebagai permulaan dan petanda awal bahawa tanah serta bangunan terbabit adalah hak milik parti terbabit.
 AHMAD Fadzli memberikan ucapan di hadapan lebih 150 penyokongnya yang berkumpul di Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor di Kota Bharu. - Foto ihsan pembaca 
 KECOH PAS, PAN berebut Wisma Tok Guru di Salor. - Foto ihsan pembaca
"PAS sudah memberikan notis sebulan kepada pihak yang menduduki bangunan ini untuk mengosongkannya selewat-lewatnya pada 14 November depan.
"Kita sekadar meletakkan bendera di bahagian luar saja sebagai penghargaan kepada penyokong yang menyumbang untuk kita mencipta sejarah melihat bangunan ini kembali menjadi milik PAS," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan PAN mungkin terpaksa mencari bangunan baharu untuk menempatkan pejabat mereka selepas menerima notis mengosongkan wisma berkenaan.
Selain menempatkan pejabat PAN Kelantan, bangunan itu turut menjadi pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa Husam, bekas Naib Presiden PAS yang sebelum ini dilaporkan bertegas untuk mempertahan pemilikan bersamanya terhadap tapak bangunan itu.
Husam dilaporkan mahu memfailkan kes terbabit di mahkamah dan meminta penyokongnya terus menggunakan bangunan itu sehingga perintah dikeluarkan mahkamah. (BH)
IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Betul Kata ADUN DAP Yee Cheu, Ada 10 Projek Lagi.



GEORGE TOWN: Ketika negara digemparkan dengan tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah yang meragut tiga nyawa pekerja dan 11 lain yang belum diketahui nasib mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, Teh Yee Cheu berkata, masih ada 10 projek pembangunan yang sedang dijalankan.

Namun, rayuannya untuk menyelamatkan kawasan bukit di negeri itu sering diabaikan.


Sebahagian projek akan dibina berhampiran lereng bukit dan lebih banyak lagi pembinaan di sepanjang pantai sedang dirancang. Kata Yee Cheu, beberapa projek yang dicadangkan tersebut adalah antara 50 hingga 60 tingkat.


Yee Cheu.
"Saya menentang setiap pembinaan itu. Saya selalu menggunakan kata-kata 'saya membantah sekeras-kerasnya' dan beberapa ahli majlis bandaraya mentertawakan saya lalu berkata 'menyokong sepenuhya'.

"Tengoklah sekarang apa yang dah jadi," katanya kepada The Star.

Beliau menujukan kenyataan tersebut kepada pusat sehenti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang bertanggungjawab meluluskan pelan pembangunan hartanah di pulau itu.

Yee Cheu yang bergegas ke lokasi kejadian tanah runtuh sejurus kejadian yang berlaku sekitar pukul 8.30 pagi Sabtu itu tidak berselindung tentang perasaan kesalnya terhadap projek-projek pembangunan di kawasan itu.

"Tidak semua permohonan pembangunan itu sudah mendapat kelulusan.
"Tetapi selepas pilihan raya umum, saya menjangkakan kelulusan akan meningkat," katanya.

Tanjung Bungah merupakan antara kawasan perumahan di pulau itu yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah. (TKO)


IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
Hasil carian imej untuk pembangunan di australia

Sunday, October 22, 2017

PAS Wajar Berunding Dengan Umno -Mustafa Ali. (B/Pengarah P'raya PAS)


 Veteran PAS, Mustafa Ali berkata parti itu wajar berunding dengan Umno demi kepentingan negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Oktober, 2017. 

VETERAN PAS, Mustafa Ali hari ini meminta parti itu menyambut cadangan rundingan yang dibuat oleh Umno demi kepentingan negara ini. Dalam satu sidang media khas di Kuala Terengganu hari ini, bekas pengarah pilihan raya PAS itu berkata, PAS wajar berunding dengan Umno. 

"PAS wajar menyambut tangan yang dihulurkan Umno," katanya merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Umno Annuar Musa sebelum ini.

Bagi beliau, PAS tidak semestinya masuk Barisan Nasional (BN) selepas berunding tetapi perlu berunding secara rasmi untuk bekerjasama dengan Umno. Menurut Mustafa yang selama ini berusaha agar PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), cadangan ini diberikan selepas presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyifatkan PAS dan PH tidak ada 'chemistry' lagi.

Bagi beliau, pendekatan PAS yang mahu menjadi 'king maker' sebelum ini tidak sesuai kerana sistem pilihan raya di negara ini tidak akan membolehkan PAS berjaya.

"King maker hanya boleh berperanan apabila negara dalam keadaan 'hung parliament' (parlimen tergantung) tetapi kita sekarang mahu menyertai pilihan raya yang ada kerajaan dan pembangkang," katanya.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), veteran pilihan raya PAS yang tidak lagi disambung perkhidmatannya itu yakin parti itu boleh menambahkan undi popular dalam pilihan raya ini.

"Tetapi ia tidak semestinya penambahan kerusi untuk PAS," katanya.

Oleh itu, katanya, melalui kerjasama dengan Umno, PAS boleh menambahkan kerusi dalam pilihan raya nanti.

"Atas dasar itu, saya mahu lihat PAS bekerjasama dengan Umno kerana kedua-dua parti ini mewakili undi Melayu yang menjadi pengundi tunggak dalam negara ini," katanya yang bercakap atas pendapat peribadi beliau bukan atas nama PAS.

Mustafa yang memimpin PAS sejak 1974 selepas menang kerusi parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum tahun itu tidak memegang sebarang jawatan selepas Muktamar PAS di Alor Setar beberapa bulan lalu.
Namun, selepas itu beliau dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat PAS ketika Tuan Ibrahim Tuan Man memangku jawatan presiden ketika Abdul Hadi bercuti rehat selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum ini, Annuar Musa berkata, PAS dan Umno mempunyai DNA yang sama.

"Oleh kerana daripada DNA yang sama, maka saya berkeyakinan ada titik pertemuan. Maka, bagi kita marilah kita meraikan titik persamaan ini.

"Ini tidak bermakna PAS masuk Umno, Umno masuk PAS, tidak bermakna PAS semestinya menyertai BN (Barisan Nasional)… tetapi titik kebersamaan ini, matlamat perjuangan itu menjadi lebih penting," kata ahli parlimen Ketereh itu. 

Menurut Mustafa, beliau akan memberikan kenyataan kedua selepas ini apabila kedua-dua pihak iaitu PAS dan Umno memberikan pendirian masing-masing berkaitan kenyataan beliau ini.

Ketika ditanya wartawan bahawa Umno yang kelihatan beria-ia mahukan kerjasama ini manakala PAS pula tidak berminat, beliau bersetuju dengannya.
"Sebab itu bagi saya PAS perlu jelaskan perkara ini," katanya.

Bagi beliau, jika kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding, orang tengah tidak diperlukan.

"Orang tengah, tidak perlu. Umno dan PAS kena runding terus saja dengan lantik wakil masing-masing," katanya. – 22 Oktober, 2017.




IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
Hasil carian imej untuk pembangunan di australia


Tutup Muka: Tiada Hak Tentukan Cara Wanita Berpakaian. - PM Kanada,

 Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata akan terus memastikan hak dan kebebasan semua rakyat Kanada dilindungi. - Foto REUTERS

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, menegaskan kerajaan tiada hak menentukan cara wanita berpakaian.
Beliau dengan jelas merujuk kepada larangan dikeluarkan Quebec ke atas pemakaian menutup muka yang diluluskan ahli perundangan negeri itu, Rabu lalu.
Menurut laporan The Guardian, Trudeau berkata kerajaannya meneliti implikasi undang-undang itu.

"Sebagai kerajaan persekutuan, kami mengambil tanggungjawab secara serius dan meneliti implikasinya," kata Trudeau.
Kumpulan hak berkata, larangan penduduk menutup muka ketika memberi dan menerima perkhidmatan awam menyasarkan wanita Islam yang memakai burqa atau niqab di wilayah itu.
Walaupun undang-undang yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2018 itu tidak menyatakan bentuk penutupan muka dilarang, perdebatan memberi tumpuan kepada niqab dipakai wanita Islam, yang menutup keseluruhan muka kecuali mata.
Mereka yang menerima kesan undang-undang itu termasuk kakitangan sektor awam seperti guru, pegawai polis, pekerja hospital dan pusat jagaan harian.
Ditanya di Parlimen sama ada Trudeau akan mencabar undang-undang itu, beliau berkata akan terus memastikan hak dan kebebasan semua rakyat Kanada dilindungi.
Trudeau sebelum ini bercakap mengenai hak wanita dan kesaksamaan jantina, selain menulis artikel bulan ini mengenai sebab beliau membesarkan anak lelakinya sebagai feminis. - Reuters
IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
Hasil carian imej untuk pembangunan di australia

Tanjung Bungah, Lagi Mayat Ke5 &6 Dikeluarkan. Mengapa KM Bisu?


 Dua lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah ditemui, awal pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM
GEORGETOWN: Mayat mangsa kelima dan keenam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah dikeluarkan pasukan penyelamat, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar, berkata kedua-dua mayat dikesan anggota penyelamat yang melakukan pemantauan permukaan di lokasi kejadian.
"Mayat kelima adalah warga Indonesia dikenali sebagai Erwin.
"Mangsa dikesan pasukan penyelamat dalam keadaan tertimbus sebelum mayatnya dikeluarkan pada jam 2.45 pagi, manakala identiti mayat keenam belum dikenal pasti.

"Kita turut mengeluarkan mayat warga Indonesia dikenali sebagai Hosrin pada jam 11.30 malam tadi, sekali gus menjadikan bilangan mangsa tertimbus berbaki lapan orang.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan jam 8 pagi ini," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Seramai 14 pekerja pembinaan yang melakukan kerja mengikat konkrit terperangkap dalam kejadian runtuhan tanah pada jam 8.50 pagi semalam.
Susulan kejadian itu, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikerahkan bagi membantu operasi SAR mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah terbabit. (BH)
lim-guan-eng-landslide-penang-1
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa hingga pagi ini KM Pulau Pinang masih membisu? Kena pada negeri dan diri sendiri diam. Kalau mengenai negeri Kelantan dan lain-lain cabul sangat mulutnya..

Pagi Sabtu, kejadian tanah runtuh berlaku di sebuah tapak pembinaan di Tanjung Bungah dengan sekurang-kurangnya 20 buruh binaan dikhuatiri tertimbus.

Bukan hendak salahkan sesiapa... tapi pembangunan melampau dan tidak dirancang di Pulau Pinang akhirnya mengundang padah. Apa yang membimbangkan berbagai pihak sebelum ini ketika membangkitkan soal 'hilangnya kehijauan' di kawasan berbukit sekitar Tanjung Bungah dan Balik Pulau terbukti benar.

Sebelum ini berbagai pihak mengkritik dasar pembangunan tidak dirancang dengan teliti oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyebabkan banyak berlaku banjir kilat di negeri itu. Bagaimanapun Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata banjir kilat itu berlaku kerana hujan.

Ertinya masih menyalahkan hujan. Kes inipun begitu juga?


Vieo: Dua lagi mayat ditemui


IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Masih Tidak Aman M'sia, Ada Bahagian Negara Diperintah Gangster?


 INILAH Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang tempat mangsa diserang.
PASIR GUDANG – Seorang pemandu lori mendesak polis supaya segera menangkap sekumpulan 15 gengster yang dipercayai terlibat memukul dan menetak anaknya dengan senjata tajam hingga menyebabkan remaja itu parah dan tidak dapat berjalan.
M. Gengatharan, 43, berkata, tindakan ganas dan tidak berhati perut gengster tersebut telah mengakibatkan anaknya yang berusia 17 tahun cedera pada belakang badan dan kepala akibat ditetak dengan pisau dan parang selain tulang paha kanan dan belakangnya dikhuatiri patah.
Katanya, desakan itu dibuat kerana dia hanya mahukan keadilan kepada anak­nya yang kini masih terlantar di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
“Saya sangat sedih melihat anak sulung daripada tiga beradik itu teruk dipukul dan ditetak dengan senjata tajam. Walaupun keadaannya telah stabil namun dia masih belum dapat berjalan. (Kosmo!) 

IKLAN: 
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
Imej yang berkaitan

Imej yang berkaitan

Rasuah Seks Kepada Polis Pula, Tapi Tak Jalan.. Syabas!

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan berusia 51 tahun didenda RM4,000 atau empat bulan penajara oleh Majistret di sini hari ini kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis di kaki lima sebuah kedai pakaian di sini, dua hari lepas.
Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Tang Moy Lan selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada Lans Koperal Mohamad Yusoff Abdullah, 56, dengan bayaran RM100 untuk sekali perkhidmatan itu, lapor Bernama.  
Kesalahan itu dilakukan di kaki lima kedai pakaian Hari-Hari, Jalan Petaling, di sini, pada jam 10.40 malam, Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.  
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, gagal membayar denda itu.    
Terdahulu, ketika diminta mengemukakan rayuan oleh Zuhair, tertuduh hanya menggelengkan kepalanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.  (Suara Tv)

IKLAN: 
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails