Monday, October 23, 2017

'Telinga Pekak' &Tragdi 21 Okt. Henti Segera. -Penang Forum.




KENAPA perlu suatu tragedi berlaku di Pulau Pinang sebelum kerajaan negeri Pulau Pinang dan kerajaan tempatan sedar tentang bahaya pembangunan berleluasa dan tidak mampan, terutamanya di lereng bukit? Atau adakah mereka akan sedar?
Dua tahun yang lalu, pada Disember 2015, Penang Forum, yang bimbang dengan pembangunan negatif seperti ini telah menganjurkan acara setengah hari bertajuk "Selamatkan Bukit-Bukau Kami" di mana pakar-pakar kejuruteraan, perancangan dan undang-undang telah membentangkan bahaya pembangunan di lereng bukit. (Pembentangan boleh didapati di laman web Penang Forum.) 
Seterusnya Penang Forum telah meminta kerajaan untuk mengkaji semula dan menghentikan projek-projek pembangunan yang baru di lereng bukit. Kami amat dukacita kerana permintaan tersebut jatuh pada telinga pekak dan akibatnya adalah tragedi yang amat teruk berlaku pada 21 Oktober yang mana dijangkakan kira-kira 14 nyawa hilang dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan projek lereng bukit di Tanjung Bungah.
Penang Forum telah memulakan Penang Hills Watch (PHW), suatu inisiatif rakyat untuk memberikan maklumat mengenai pemotongan bukit yang dikumpulkan daripada orang awam kepada kerajaan negeri. Pada Januari 2017, PHW telah bertemu dengan kerajaan negeri. Kawasan di mana tragedi ini berlaku adalah kes pertama yang diketengahkan PHW kepada kerajaan negeri. (Sila layari laman web PHW.) Gambar-gambar pembinaan dan pemotongan bukit di laman web ini telah dibentangkan kepada kerajaan negeri yang mana jawapannya adalah "kerja tanah sedang dipantau."
Ketua Menteri Pulau Pinang dalam Garispanduan Keselamatan Pembangunan Lerang Bukit (Safety Guidelines for Hillside Development), menulis “Pihak Berkuasa Tempatan di Pulau Pinang (MPPP dan MPSP) perlu memperkasa unit Geoteknikal yang memproses dan meluluskan permohonan untuk pembangunan di lereng bukit, diikuti dengan penguatkuasaan tegas. Suatu pasukan pengawasan akan ditubuhkan untuk memastikan pematuhan dalam pembinaan dan pemantauan prestasi cerun.”
Persoalannya ialah apa yang telah berlaku selepas ini? Adakah Kerajaan Negeri dan Tempatan mengikuti garispanduan mereka sendiri? Atau adakah berlaku kecuaian?
Tragedi seperti ini seharusnya dihindari. Penang Forum menggesa suatu Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat apa yang berlaku dan bagaimana insiden seperti ini boleh dielakkan pada masa hadapan. Semua pihak, bermula daripada Jawatankuasa Perancang Negeri yang memberi kelulusan semua projek di lereng bukit, kepada Jawatankuasa One Stop Centre (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang juga meluluskan projek itu, para jurutera yang sepatutnya memantau projek-projek itu, para pemaju dan kontraktor yang menjalankan projek itu perlu disiasat dan bertanggungjawab.
Dalam pada itu, Penang Forum sekali lagi menyeru pihak berkuasa untuk:
  1. hentikan semua projek di lereng bukit dengan segera;
  2. segera meminda garis panduan 2009 tentang 'projek khas' agar dengan jelas melarang semua pembangunan di atas tanah bukit, kecuali jika ia adalah untuk tujuan awam yang penting;
  3. membaikpulih semua cerun dan kawasan terdedah dan gondol yang sedia ada untuk mencegah hakisan tanah lebih lanjut;
  4. menjalankan penguatkuasaan yang tegas, memberikan hukuman yang berkesan dan menghalang mereka yang membersihkan tanah secara haram atau tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan untuk mencegah hakisan tanah;
  5. pihak berkuasa tempatan memantau dengan kerap dan berkesan semua lereng bukit;
  6. mengisytiharkan dan memberi amaran kepada orang awam mengenai semua lereng bukit dan kawasan yang tidak selamat.
Penang Forum
Sahabat Alam Malaysia
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Malaysian Nature Society, Penang
Women for Change
Penang Heritage Trust
Friends of Botanical Gardens
Persatuan Penduduk dan Jawatakuasa Pengurusan Pulau Pinang yang mewakili 25 pertubuhan masyarakat.

IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Lagi Serangan Dekat Mogadishu..









MOGADISHU, 3 Safar 1439H, Isnin – Tatkala bumi Somalia masih berkabung susulan kejadian letupan bom trak di ibu kota negara itu minggu lalu, satu lagi serangan dilaporkan berlaku berhampiran Mogadishu semalam, lapor Al Jazeera.
Menurut sumber agensi berita berkenaan, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh membabitkan wanita dalam serangan ke atas sebuah bas mini yang membawa penumbang dari bandar pesisir.
Dilaporkan, kesemua mangsa terkorban adalah petani.
Saksi kejadian, Mohamed Hasan berkata, beliau percaya mangsa yang terkorban adalah orang awam. Malah katanya, beliau melihat kenderaan tentera Somalia melepasi tempat kejadian.
“Saya melihat mayat-mayat bergelimpangan selepas letupan itu, dan tidak menolak kemungkinan serangan itu menyasarkan kumpulan tentera,” katanya.
Sementara saksi lain, Harun Osman berkata, bas yang diletupkan itu dalam perjalanan menuju ke bandar Balad di rantau Middle Shabelle.
Sehingga kini, tiada pihak yag bertanggungjawab atas serangan itu, sebagaimana yang berlaku di ibu negara berkenaan sebelum ini.
Minggu lalu, sejumlah 358 orang terbunuh dan 288 yang lain cedera parah dalam kejadian letupan bom trak di Mogadishu.- Agensi

Tapak Projek T/Bungah Tak Lulus, K/Negeri Degil.. -JAS



BANGI, 3 Safar 1439H, Isnin – Susulan tanah runtuh yang berlaku di Tanjung Bungah kelmarin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) tampil memaklumkan, pihaknya sebelum ini telah menolak permohonan kelulusan pembinaan daripada pemaju tapak projek itu.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata, JAS telah menolak permohonan pembinaan pangsapuri di lereng bukit di Tanjung Bungah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh sehingga mengorbankan nyawa 11 pekerja di situ.
Katanya, JAS menerima ‘Permohon Kebenaran Merancang’ pada 9 Januari 2015 dari pemaju perumahan itu, Taman Sri Bunga Sdn Bhd dan memberi jawapan penolakannya pada 23 Januari 2015.
JAS menolak permohonan itu dengan mengatakan bahawa ia tidak selamat untuk orang ramai tinggal berhampiran dan juga disebabkan oleh kuari sejak tahun 1960-an yang masih aktif melakukan letupan terletak terlalu hampir dengan tapak projek.
“Tapak pembinaan itu terletak bersebelahan dengan kuari granit yang dimiliki Teik Granite Quarry yang merupakan kuari kekal di situ dan sudah beroperasi sejak 1960.
“Syarikat kuari itu melakukan letupan dua kali sebulan dan terakhir adalah pada 9 Oktober 2017. Apabila batu diletupkan dan pecah dari lereng bukit itu, ia kemudian dihantar ke tapak penghancuran di kawasan kuari yang sama bagi dihancurkan untuk kegunaan sektor pembinaan,” katanya.
Kementerian itu menambah, dari awal pihaknya memaklumkan projek itu tidak selamat dan persekitaran yang tidak aman untuk penempatan manusia.
Malah, pembangunan itu melibatkan cerun curam dan ini memerlukan kajian terperinci kejuruteraan yang memerlukan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar.
Bagaimanapun, nasihat tidak diendahkan dan mereka meneruskan pembinaan dengan tidak menghiraukan keselamatan pekerja.
“Kementerian sangat kecewa dengan kesilapan Kerajaan Pulau Pinang terhadap projek ini. Di sebalik bantahan JAS terhadap projek ini sejak awal lagi, pemaju berkenaan tetap memulakan kerja pembinaan tanpa mengambilkira kesan yang akan berlaku.
“Apa yang mengejutkan apabila tiada langsung campur tangan dari kerajaan negeri yang turut menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan,” kata kenyataan itu.
IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Siaplah! Fesyen Jean Koyak Rabak Bakal Menyerang Remaja M'sia!

Hasil carian imej untuk jean koyak rabak

FESYEN jean koyak rabak. Sanggupkah anda pakai jean seperti ini? Namun inilah fesyen rekaan baru jenama Thibaut dari Jepun. 

Fesyen jean pelik yang menjolok mata ini dipersembahkan ketika Amazon Fashion Week di Tokyo minggu lepas. 

Dikatakan, ia masih belum boleh diperolehi di pasaran dan hanya akan dijual mulai tahun depan. Fesyen ini diperkatakan ramai oleh netizen dan pastinya sesiapa juga yang memakai jean ini akan mendapat perhatian.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan kainnya telah digunting, hanya tinggal bahagian tepi kaki dan sekitar pinggang serta punggung.
Imej yang berkaitanImej yang berkaitan
Apa fungsinya jean tersebut direka, sudah tentu untuk menarik perhatian, dan mudah meneroka pasaran. Kerana wang tidak perlu menjaga agama dan adat bermoral masing-masing. Asal dapat duit tidak peduli halal-haram, itulah kuncinya. 
Itulah trend fasyen yang menjajahi fikiran anak muda dunia masakini. Anak isteri anda ingin ikut ditarbiah begitu? Bermulalah dengan memberi kelonggaran mereka berfesyen begitu atau ke arah itu.. Bersiaplah dengan serangan itu? (IH)

IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Mai Rasa Makan Daging Kanguru!

Sebelum beli lihat dulu tanda halalnya..

SETELAH pemberitahuan saya mengenai kerja di Australia, informasi baru mengenai peluang kerja di sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia, yang kebetulan saya paparkan gambar kanguru.. Kawan saya telefon berseloroh..

"Hang tak tau ka, la ni Australia pun tak suka binatang kanguru? Kangaroo dikenali sebagai haiwan endemik dari Australia. Walau bagaimanapun, kewujudan mamalia ini sebenarnya dianggap ancaman.

"Kini Australia diminta untuk memburu lebih kerap dan menggunakan daging kanggaru. Oleh itu Australia dianggap menindas penduduk haiwan marsupial." Kata kawan saya itu.

Memang betul, dilihat dari laman ABC News, Selasa 12/9) lalu, menurut rekod kerajaan Australia sejak tahun 2016 sehingga kini penduduk penduduk haiwan marsupial 45 juta kepala. Hampir dua kali ganda manusia penduduk Australia. 

Manakala enam tahun lebih awal, jumlah penduduk kanggaru kira-kira 27 juta ekor. Diduga bahawa kenaikan itu disebabkan oleh faktor semula jadi, iaitu berimbas curah hujan yang tinggi berupaya menyediakan makanan untuk kanguru. 

Hasil carian imej untuk kanguru
Imej yang berkaitan
Foto: iStock

Profesor David Paton dari University of Adelaide meminta orang Australia tidak teragak-agak untuk makan daging kanggaru. Ia tidak sia-sia jika jika kanguru adalah sasaran.

"Sekiranya kita mahu menyingkirkan haiwan ini, ia mesti dilakukan secara kemanusiaan, tetapi kita juga perlu memikirkan apa yang akan kita lakukan seterusnya jika kita membunuh kangaroo. Kita tidak boleh membiarkan mayat mereka rosak dalam sangkar atau penangkapan," kata Paton.

Saya pula bersetuju..

"Bagaimana kalau penduduk-penduduk Islam atau badan dakwah di Australia cuba cari jalan mengagih daging kanguru tersebut kepada orang-orang miskin di Australia atau di luar negara?" Saya beri pandangan.

"Nanti saya fikirkan dan berbincang dengan kawan-kawan dari persatuan di sini!" Katanya, apalagi kerana dia warga Australia. 



Imbas sedikit dari sudut Syari'ah Islam, 
bolehkah orang Islam makan daging kanguru?

Daging kanguru dijual di Australia. Terdapat diproses sebagai steak untuk sosej. Dilaporkan daging kanguru rendah lemak dan protein tinggi. Bagaimana hukumnya dalam Islam?

Dalam laman halalmui.org (10/08) disebutkan bahawa setakat ini tidak ada nash Al-Qur'an maupun As-Sunnah atau Al-Hadis yang menjelaskan secara khusus tentang undang-undang pengambilan daging kanggaru. Kerana pada zaman Nabi Muhammad SAW binatang itu tidak diketahui dan tidak ada dalam bahasa Arab.


Berkaitan dengan itu, dapat dilihat sisi halal peraturan umum. Jika kanguru termasuk kategori haiwan herbivor (pemakan tumbuhan), bukan karnivor (pemakan daging), tidak termasuk binatang buas, tidak bertaring, tidak mencengkam, tidak memangsa, tidak memakan bangkai, tidak menjijikkan, dan tidak ada faktor atau unsur penyebab haram, maka hukumnya halal digunakan.

Sementara nash-nash yang menjelaskan keharaman haiwan dalam Al-Qur'an diantaranya ada dalam ayat ini: 

  • "Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tecekik, yang dipukul, yang terjatuh, dan binatang itu menyerang, kecuali kamu menyembelihnya. " (A.S. Al-Maidah [5]: 3).
  • Sedangkan dari Hadis Nabi Muhammad SAW: Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, "Setiap binatang buas yang bertaring, maka memakannya adalah haram." (Muslim).
  • Dari Ibnu 'Abbas, beliau berkata, "Rasulullah saw melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring, dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam." (Muslim).
  • "Rasulullah saw dilarang memakan hewan dan susu jalalah yang dihasilkan darinya." (Abu Dawud, dan At-Tirmidhi). Haiwan jalalah sendiri yang menjijikkan haiwan untuk makan kotoran.
Menurut laman halalmui.org, peruntukan yang lebih rojih (kuat) mengenai status undang-undang pengambilan daging kanguru akan dibincangkan secara menyeluruh oleh Suruhanjaya Fatwa MUI (Indonesia). Kerana itu perlu maklumat dan pengesahan yang lebih tepat dari pakar atau ahli binatang ini. Terutama berkaitan dengan haiwan yang jatuh ke dalam kategori kanguru. 

Sekian secara ringkas.

IBNU HASYIM
KL:22/10/17

Sila hubungi.. 
018 2018342 (Muaz) atau 
011 33111321 (IbnuHasyim)
Klik juga..
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Opick Tinggalkan Rock, Jadi Artis Dakwah, Buka Tahfiz &Jelajah Kemanusiaan..

Opick Kisah Hijrah Penyanyi Asal Rock Diberi Hidayah
HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Pemilik nama Aunur Rofiq Lil Firdaus, mungkin tidak begitu dikenali. Tetapi apabila disebut Opick, terus yang dibayangkan adalah susuk tubuh sederhana insan berusia 43 tahun itu yang sering berjubah dan berserban, melantunkan zikrullah dan lagu-lagu berunsurkan Islam. 

Dia kini sudah meninggalkan lagu-lagu rock. Opick, penulis dan penyanyi kepada lagu-lagu itu adalah satu jenama besar dalam kalangan peminat lagu-lagu nasyid dan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan baik di Indonesia mahupun Malaysia.

Beliau yang ditemui Bernama selepas program Tazkirah Usrah Khas Selebriti – Opick Bersama Nazira Noran di stesen Radio Bernama hadir mempromosikan album terbaharunya – Allah Bersamamu.
Ia buah tangan ke-19 dari Opick yang diterbitkannya sendiri dan menjalin kerjasama dengan Monkey Bone sebagai pengedar digital. Manakala PNP Entertainment selaku pengedar album di Malaysia. 

Menurutnya, album sarat dengan mesej kemanusiaan itu dilahirkan kerana ingin memberi semangat kepada mereka yang diuji agar sentiasa ingat Allah dan Allah sentiasa ada bersama setiap hambaNya.


“Allah tidak pernah melupakan hamba-hambaNya walau apapun keadaan mereka,”sambung beliau yang pernah menghasilkan lagu Aku Bukan Malaikat nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.


Berdakwah Melalui Nyanyian?

“Saya hanyalah seorang penyanyi yang terinspirasi dengan lagu-lagu berbentuk ketuhanan.
“Saya juga sering memotivasikan rakan-rakan yang menyanyikan lagu-lagu kerohanian agar tidak mudah putus asa dengan situasi turun naiknya dunia muzik.
“Kerana bagi saya, setiap bidang memerlukan individu yang sentiasa mengajak orang lain mengingati dan menceritakan kebesaran Allah,” katanya dalam tutur kata yang serba sederhana.

“Menurut saya muzik adalah pakaian kita. Muzik itu bajunya dan isinya adalah manusia. Kalau ia melalaikan, saya fikir banyak juga perkara lain yang melalaikan. Semua perkara dan pekerjaan boleh melalaikan.
“Jadi guru juga boleh melalaikan, menteri dan keluarga juga boleh melalaikan. Apabila pekerjaan itu melalaikan kita dari Allah, maka ia tidak bagus. Tetapi jika ia mendekatkan kita pada Allah, tidak salah pada saya.”
Bagaimanapun saran beliau, terbaik dalam mencari hiburan ialah banyak membaca dan mendengar ayat-ayat Al-Quran, mendengar ceramah dan tazkirah daripada para ustaz.
“Jika ingin mencari hiburan menerusi muzik, carilah muzik yang mendekatkan diri dengan Allah,” sarannya yang tidak mahu berbalah mengenai isu khilafiyah.

Tahfiz Dan Jelajah, Al-hamdulillah!

Selain mencipta lagu dan menyanyi, Opick turut membuka sebuah pusat tahfiz yang dinamakan Baitul Umah Tombo Ati (bermaksud ubat hati), khusus buat anak-anak yatim dan anak jalanan. Menurut beliau ada 20 hingga 30 pelajar yang tinggal bersamanya dan kira-kira 300 pelajar harian. Selain itu, beliau aktif dalam aktiviti kemanusiaan.

Beliau bakal mengadakan Jelajah Kemanusiaan ke beberapa negara antaranya Palestin (Gaza), Syria, Lubnan dan juga Rohingya bermula Disember ini. Siri Konsert itu mengambil masa setahun bertujuan mengutip dana untuk disumbangkan kepada pelarian di sana.

“Hasil konsert setahun itu akan kami serahkan sendiri ke kem-kem pelarian, bersama bekalan ubat-ubatan dan makanan. Ia adalah kerjasama dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia dan Turki,” jelasnya.

“Walaupun tidak banyak yang dapat dibantu, tetapi kita cuba setakat yang mampu. Apa lagi yang kita boleh lakukan untuk membantu saudara-saudara kita yang teraniaya?

“Jika kita tidak berusaha merebut peluang untuk membantu, Allah akan kirim orang lain untuk membantu mereka,” katanya dalam nada yang agak emosi.

Beliau yang pernah mengadakan persembahan di beberapa negara Islam seperti Mesir, Qatar dan Gaza sebelum ini berkata akan terus kekal menyanyikan lagu-lagunya di dalam bahasa Indonesia.

“Saya pakai bahasa Indonesia, biar mereka tahu bahasa Nusantara ini boleh menyentuh hati. Tidak perlu ubah diri kerana saya yakin mesejnya sampai,” jelas Opick.

Beliau malah berpendapat ada bahasa yang tidak dapat ditangkap oleh telinga, tetapi dapat ditangkap oleh hati. (IH/Bernama)


IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
Hasil carian imej untuk ibnu hasyi

Kumpulan Gengster Ini, Masih Bebas, Lemahkah Pihak Polis?


Lokasi kejadian 15 samseng membelasah dan menetak seorang remaja di Flat Jalan Tasek 64, Pasir Gudang pada Khamis lalu.


PASIR GUDANG – Kisah seorang remaja lelaki yang menjadi mangsa serangan sekumpulan 15 gengster di sebuah flat di Jalan Tasek 64 di sini pada Khamis lalu menakutkan bukan sahaja kepada keluarga mangsa malah penduduk lain di sekitar kawasan tersebut.
Akibat kejadian pada pukul 2.05 pagi itu, mangsa G. Yvanasan, 17, terpaksa menerima 45 jahitan di belakang badan dan kepala. Selepas tiga hari ditahan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, anak sulung daripada tiga beradik itu dibenarkan keluar hospital pada pukul 3 petang semalam.
Selepas empat hari insiden itu berlalu, sehingga semalam polis belum menemu bual mangsa atau ahli keluarga remaja itu. Selain itu, samseng-samseng yang bertindak ganas terbabit juga belum ditangkap.
Yvanasan semasa ditemui memberitahu, dirinya takut dan trauma dengan kejadian menimpanya lebih-lebih lagi kumpulan suspek itu dikatakan belum ditangkap.
Mengimbau kejadian itu, remaja yang sudah tidak bersekolah itu memberitahu, dia mengalami luka paling teruk di belakang pinggangnya iaitu sedalam 15 sentimeter (sm) diikuti di kepala dan beberapa anggota badan lain sehingga terpaksa menerima 45 jahitan kesemuanya.
“Kecederaan teruk akibat serangan itu boleh meragut nyawanya jika dia lambat dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” kata remaja itu semasa ditemui di rumahnya semalam.
IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails