Sunday, November 05, 2017

Ahli Politik PAS, Yang Kaya Dan Yang Miskin.


Rumah Presiden PAS yang telah menjadi MP semenjak 30 tahun lalu dan ada beberapa pencen tak termasuk harta peninggalan.

FIRMAN
 Allah SWT dalam surah al Mumtahanah ayat 5,


رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
  • "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Inilah zaman ketika kita sedang berdepan dengan mainan politik yang memualkan. Apabila kata-kata orang menyebut bahawa politik itu kotor, pada sesetengah keadaannya kemungkinan ia adalah benar.

Politik itu sendiri adalah satu keperluan masyarakat dan manusia yang pada asasnya berpolitik itu adalah sikap Islam dan akhlak seorang Muslim.  Ini kerana politik bertujuan kepada kebaikan dan menguruskan hal ehwal manusia. Tanpa politik banyak urusan manusia tidak berjalan dengan teratur dan tiada sistematik.  

Akan tetapi sering kali dikotori dan dipalitkan dengan perlakuan ahli dan penyokong politik tertentu yang tiada berpegang kepada panduan agama dan tindakan menghalalkan cara. Terdapat kebanyakan ahli politik yang menggunakan politik menabur fitnah, mengadu domba, melondeh keaiban yang dilarang dan juga menimbulkan persepsi buruk.

Tanpa dinafikan bahawa berpolitik ini mampu merebut peluang-peluang tertentu dengan cara yang salah terutamanya untuk beroleh kekayaan dengan cara yang salah. Dengan melalui politiklah, peluang akan terbentang luas di hadapan seorang ahli politik terutamanya peluang untuk beroleh sesuatu sumber kewangan dan kekayaan. 

Ini kerana orang politik ketika beroleh kuasa, merekalah yang memegang khazanah kewangan sesuatu organisasi, negeri atau negara. Mereka jugalah penentu polisi, mereka juga yang meluluskan satu-satu projek. Mereka sering dihimpit oleh pihak berkepentingan seperti ahli perniagaan, korporat dan perasuah serta golongan penjahat untuk dirasuah dan disogok untuk kepentingan urusan tertentu.

Pendek kata, orang politik yang berkuasa ialah orang yang memegang kunci peti harta karun.

Namun, hakikatnya tidak semestinya semua begitu. Ada ahli politik yang terpaksa hidup tidak semudah orang lain. Ada Ahli politik yang sepenuh masa bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap, tiada insuran kesihatan, tidak klinik dan hospital panel sekiranya ingin mendapatkan rawatan kesihatan. 

Mereka sibuk ke sana ke sini mengisi panggilan dan jemputan program ke seluruh ruang negeri hanya menggunakan duit sendiri, kenderaan sendiri, memandu kereta sendiri berseorangan setiap masa dalam perjalanan di tengah-tengah malam. Mereka memenuhi panggilan ceramah dan program ada kalanya tiada berbayar walaupun mereka tidak mengharapkan sumbangan mereka dibayar dengan duit. 

Makan dan minum mereka tidak menentu,  adakalanya makan mereka tolong dibayar oleh rakan-rakan yang memahami mereka. Tidak dinafikan ada ahli politik apabila ditaqdirkan menjadi Yang Berhormat samada ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen, tentulah disana ada sikit perubahan dalam diri mereka dari sudut kewangan. Ini kerana mereka sudah ada pendapatan bulanan atau gaji, elaun perjalanan, elaun kesihatan dan lain-lain.  

Namun tetap mereka tidak mampu bermewah, kerana pendapatan mereka juga dihabiskan untuk kerja-kerja politik mereka sekalipun bergelar YB dan kerja pula semakin bertambah. Lebih-lebih lagi YB ini pembangkang, sudah tentu peruntukan kepada YB ahli politik pembangkang tidak sama dengan YB ahli politik kerajaan. Malah pendapatan atau gaji YB ahli politik pembangkang digunakan untuk membantu rakyat. 

Penulis sendiri mengenali seorang YB PAS yang menjual barang produk orang kampung untuk menampung kerja tugasannya sebagai ahli politik dan wakil rakyat. Untuk melaksana programnya sebagai YB, beliau terpaksa merayu sumbangan derma orang ramai di surau dan masjid. Namun begitu, ada juga ahli politik yang kaya. Ini bukan kerana dia menjadi kaya dengan sebab berpolitik.  

Akan tetapi dia sudah merupakan seorang yang kaya samada kerana kerjayanya diluar bidang politik lalu perolehi hasil pendapatan yang lumayan ataupun dia memiliki perniagaan sendiri atau dia daripada keluarga yang kaya. Ahli politik yang kaya ini juga berjuang beriringan bersama rakan yang lain. Mereka kaya, tetapi kekayaan mereka digunakan untuk perjuangan Islam dan rakyat.

Sebagai contoh,  ahli politik di kalangan PAS yang kaya dan PAS berbangga dengan kehadiran mereka bersama perjuangan Islam dan PAS. Apakah PAS ini hanya disertai oleh ahli yang miskin sahaja?  Bukankah perjuangan Rasulullah SAW turut disokong dan dibantu oleh sahabat ra yang kaya? Apakah masyarakat nak melihat dan berharap PAS hanya di kalangan orang miskin sahaja.

Kita diajar bahawa kaya dan miskin bukan pada harta tetapi pada hati manusia. Sabda Nabi SAW,

ليس الغنَى عن كثرةِ العرَضِ ، ولكنَّ الغنَى
غنَى النَّفسِ

  • Maksudnya, ".. Tiadalah kekayaan itu pada banyak harta. Akan tetapi kekayaan itu adalah kekayaan jiwa.. "

Mutakhir ini, banyak sungguh tohmahan fitnah dan persepsi cuba direkayasa untuk menggambarkan PAS ini sudah lari daripada landasan perjuangan hanya kerana terdapat sebahagian pimpinan PAS dilihat berkereta baru kononnya tak layak dan makan duit haram atau dirasuah. Ahli politik dan pimpinan PAS sudah diakui olehl kawan mahupun lawan sebagai ahli politik yang jujur dan bebas daripada salahguna kuasa dan salah laku.  

Sekalipun pimpinan PAS diberikan kuasa dan diangkat memegang jawatan seperti YB atau pentadbir negeri, sejak dulu hingga kini tiada seorang pun dikalangan mereka pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan salahlaku atau penyelewengan. Walaupun di kalangan pimpinan PAS ada yang hidup sebagai orang yang kaya, tetapi kekayaan mereka diperolehi oleh usaha gigih sendiri, samada memiliki profesion diluar bidang politik atau perniagaan sendiri. 

Malah, kekayaan mereka pula digunakan untuk membantu perjuangan Islam dan PAS. Mereka berkereta selesa adalah hasil gaji mereka yang selayaknya, profesion mereka, perniagaan mereka. Bukan melalui rasuah, salahguna kuasa dan tanpa melakukan penyelewengan. Mereka berhak atas harta mereka sebagaimana orang lain selama ia adalah sah dan halal.

Masyarakat usah terpengaruh dengan idea sosialis. Idea ini tanpa disedari menyerap dalam pemikiran orang Islam yang jahil. Dengan beranggapan bahawa semua orang tidak layak menjadi kaya sekalipun hasil usaha mereka yang sah dan halal. Idea ini kononnya kelihatan betul. Tetapi hakikatnya bercanggah dengan prinsip Islam yang membenarkan sesiapapun memiliki harta selama ia sah dan halal serta melaksanakan tanggungjawab mengeluarkan zakat dan sedekah.  

Mentaliti orang politik dan juga dakyah orang politik yang berpegang bahawa orang politik mesti miskin adalah mentaliti yang tersasar. Dalam PAS sekarang ini sudah ada golongan pelbagai peringkat, ulamak, profesional,  aktivis,  rata-rata mereka berstatus kaya, sederhana dan miskin. Semuanya bermesra,  bersenada dan saling lengkap melengkapi. Ahli Politik PAS yang kaya tidak hanyut dengan kekayaan, mereka sering dilihat bersama ahli lain sekalipun berbeza status kewangan. 

Pimpinan dan ahli politik PAS yang memiliki status kewangan agak tinggi masih boleh dilihat di pasar malam, perkampungan, bersama rakyat marhein, dan pelbagai lapangan. Mereka menyelami hati dan degup nadi orang miskin serta memperjuangkan nasib mereka dalam politik.  

Lihatlah bagaimana di sekeliling Rasulullah SAW terdapat para sahabat yang kaya yang mereka langsung tidak pernah dilarang oleh Nabi saw untuk memiliki harta. Harta mereka pula diinfaqkan sebahagiannya kepada perjuangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri memiliki sebahagian daripada milikan peribadinya yang dianggap sangat berharga  dan juga lain daripada yang lain. 

Kuda Nabi saw adalah kuda yang terbaik, perisai, unta,  dan 9 pedang Baginda saw yang digunakan dalam peperangan antaranya ZulFiqar adalah pedang yang dibuat perak dan paling istimewa malah dianggap "precious" harta pada ketika itu.

Penulis mengenali secara peribadi beberapa ahli PAS yang miskin begitu juga yang kaya. Yang miskin, mereka tiada merungut dengan kesusahan malah mereka sanggup menyumbangkan sebahagian harta kecil mereka kepada PAS. Begitu juga ahli dan pimpinan PAS yang kaya, adalah hasil daripada usaha sendiri di luar bidang politik. Mereka tidak lokek untuk berbakti kepada PAS.

Tuduhan terbaru musuh politik terhadap beberapa pimpinan kononnya memiliki harta dengan dikaitkan RM 90 juta daripada Umno adalah liar dan jahat. Menjadikan idea bahawa pejuang Islam mesti miskin dan sekiranya mereka memiliki sedikit kekayaan,  selayaknya mereka ditohmah dan terus dianggap memperolehi kekayaan dengan cara yang salah. Kalau benar, sila buktikan. 

Silalah lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Muak dengan idea politik goblok dan jijik sebegini. Contohnya tuduhan ke atas Ustaz Khalil Abd Hadi hidup bermewah berasaskan bergambar dengan motorsikal berkuasa tinggi tanpa usul periksa amat tersasar sedangkan motorsikal berkenaan adalah milik sahabat dalam Exco Pemuda PAS Pusat. 

Begitulah mabuk dan gila fitnah tahap kronik ingin dilakukan terhadap PAS. Hentikan fitnah murahan dan sikap jijik tiada akhlak berpolitik sebegini.
Kami PAS yakin pada Allah SWT,  selagi panah-panah fitnah dikenakan keatas kami, kami semakin kuat dan semakin dekat hubungan kami dengan Allah SWT. 

Apabila kami dizalimi, kami ingin mengingatkan semua,  bahawa doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah SWT.

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM

HARAKAHDAILY 3/11/2017


giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

P/Pinang, S/Perai Sekali Lagi Banjir Kilat!


SEORANG peniaga apam balik tetap meneruskan jualannya meskipun Jalan Perak, George Town dilanda banjir kilat semalam.


GEORGE TOWN – Tidak sampai sebulan, beberapa kawasan di negeri ini sekali lagi dilanda banjir kilat untuk kali kelima dalam tempoh lima bulan berikutan hujan lebat turun sejak awal pagi Sabtu.

Jurucakap Pasukan Penyelamat dan Bomba negeri berkata, lebih 10 kawasan di bahagian pulau dan tanah besar Seberang Perai ketika ini dilaporkan telah dinaiki air dengan puluhan rumah penduduk di kawasan rendah terjejas.
Katanya, antara kawasan terlibat ialah di Bukit Tengah, Seberang Jaya, Sungai Pinang, Relau, Sungai Nibong, Balik Pulau, Teluk Bahang, Paya Terubong dan Bayan Lepas hingga menyebabkan banyak aktiviti penduduk terganggu.
Pulau Pinang, Seberang Perai Sekali Lagi Banjir Kilat!

Manakala sekitar bandar raya George Town pula antara kawasan terjejas ialah Jalan Masjid Negeri, Jalan P. Ramlee, Jalan Langkawi, Lebuh Carnavon, Lebuh Muntri, Lorong Kinta, Jalan Anson, Lebuh Kimverly dan Lebuh McNair.
Catatan stesen Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan hujan turun dari jam 2 petang hingga 6 petang sebanyak 115mm di Sungai Pinang, 127mm di Air Itam, 98mm di Sungai Dondang sementara tempat-tempat lain 70mm.
Menurutnya, selain taburan hujan tinggi, bencana banjir kilat turut berpunca daripada pertembungan air pasang besar di kawasan tepi laut sekali gus menyebabkan air di beberapa batang sungai melimpah ke tebing.
“Bagaimanapun buat masa ini, belum ada pusat pemindahan dibuka tetapi kita tetap sedang berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan buruk pada bila-bila masa sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam pada itu, hujan lebat pada amaran tahap jingga ini dijangka berterusan sehingga pagi Ahad dan kemungkinan besar menjejaskan semua empat negeri di wilayah utara semenanjung.



giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Exco PAS Pimpin Tahlil Jenazah K/Cawangan UMNO.



ADUN Templer Mohd. Zaidy Abdul Talib menziarahi jenazah Ketua Cawangan Umno Selayang Baru Almarhum Omar Manan.

Arwah yang juga merupakan dramatis dan bekas penerbit majalah meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.40 pagi akibat komplikasi penyakit kencing manis.


Di kesempatan itu Mohd Zaidy turut memimpin bacaan tahlil dan doa.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum," kata beliau. - HARAKAHDAILY 3/11/2017


 IKLAN:

giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Hotel Larang Pelanggan Hijab, Majlis Raja Sila Ambil Perhatian!


Kuala Lumpur: “Saya menyeru pihak berkuasa, Majlis Raja-Raja, pihak perhotelan Malaysia memandang serius perkara ini dan memastikan tiada hotel lain yang menggunakan papan tanda bersimbol yang mengelirukan sebegini,” demikian rayuan Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berhubungan isu larangan pemakaian burkini di kolam renang sebuah hotel di Kuantan baru-baru ini.
Prof Madya Dr Rafidah Hanim menzahirkan kebimbangan beliau di laman Facebook miliknya terhadap perbuatan ini kerana ianya jelas merupakan diskriminasi terhadap wanita yang menutup aurat dan ingin menggunakan kolam renang tersebut ataupun untuk bersama menjaga anak-anak mereka.
 ISU SENSITIVITI MENGGUNAKAN SIMBOL AGAMA DALAM PERATURAN LARANGAN PAKAIAN RENANG DI KOLAM RENANG
 Di sekitar tahun 2016, dunia dikejutkan dengan pengharaman pemakaian pakaian renang wanita atau Burkini atau pakaian renang Muslimah di pantai awam oleh negara Perancis. Insiden berbaur Islamfobia, dan pencabulan hak asasi manusia ke atas wanita Islam itu merebak ke negara-negara Eropah apabila terdapat aduan bahawa wanita Muslimah dilarang memakai Burkini, di kolam-kolam renang ...
Lihat Selengkapnya
“Papan tanda sebegini adalah satu bentuk diskriminasi kepada wanita Muslimah bagi menggunakan kemudahan kolam renang.”
“Larangan ini juga bermakna anak-anak Muslim terhalang menggunakan kolam renang kerana ibu mereka tidak dapat memantau dengan efektif.”
Selain daripada itu beliau turut khuatir perbuatan sebegini boleh mengganggu perpaduan kaum di negara ini kerana simbol yang digunakan merupakan simbol untuk Muslimah yang menutup aurat.
“Penggunaan simbol yang berkait agama sebegini boleh menggugat isu perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini, apabila hijab dan pakaian menutup aurat yang merupakan lambang spesifik kepada umat Islam, dijadikan bahan larangan,” tegas beliau lagi.
Sebelum ini seorang pengusaha dobi dicemuh seribu satu bahasa kerana mengkhususkan perkhidmatannya kepada umat Islam sahaja dan mengundang komen pelbagai pihak kerana dianggap tidak selari dengan nilai-nilai dan norma masyarakat majmuk yang wujud di Malaysia.
Pihak Menara.my akan berusaha mendapatkan penjelasan pihak hotel tersebut untuk memahami maksud sebenar di sebalik papan tanda kolam renang tersebut. (Sepatuputih)

giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Pura-Pura Tanya &Rogol.. Teknik Penjenayah, Mengapa Biar?



PETALING JAYA: Seorang gadis yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam menjadi mangsa samun dan rogol seorang lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan malam Khamis.

Menurut paparan skrin aplikasi WhatsApp yang tersebar di laman Facebook, mangsa dikatakan berseorangan ketika sedang menghala ke sebuah hentian bas sebelum didatangi suspek.

Menurut laporan sebuah portal berita, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat dipetik sebagai berkata, suspek berpura-pura bertanyakan arah jalan kepada mangsa sebelum mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam kereta.

Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7, Shah Alam dan dirogol sebelum ditinggalkan bersendirian.
Antara mesej yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp berhubung insiden itu.

Jelas Shafien, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.
Selain merogol mangsa, Shafien berkata suspek turut merampas wang tunai RM100 dan telefon bimbit pelajar wanita itu.

"Mangsa turut dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan satu pasukan khas kini sedang memburu suspek," katanya.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, Seksyen 392 dan 397 kanun sama, iaitu merompak dengan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah.

Mangsa dengan dibantu kakaknya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam selepas kejadian.

Malah, insiden berkenaan turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak malam Khamis.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kemenangan rakyat Kelantan dalam manifesto PASnya sebelum itu, telah bersetuju dengan perlaksanaan undang-undang Islam di Kelantan, termasuk hudud. Tetapi dihalang oleh pimpinan UMNO dari Pusat Tun M, PM waktu itu, dengan berbagai alasan yang tidak menasabah.

Pada saya, memang Tun M sebenarnya pengkhianat agama. Beliau menghalang perlaksanaan sisten jenayah Islam yang terbukti berjaya membendung jenayah di dunia, dulu (lihat sejarah kebangkitan Islam di Mekah), kini (Saudi, Brunei, dan beberapa lagi) dan selamanya (kerana ada jaminan dari Allah SWT.)

Maka mengapa dibiar sepi begitu saja? Mengapa masih dibiarkan 'undang-undang ciptaan manusia' yang gagal mentarbiah manusia berleluasa di negara ini? Kembalilah kepada Islam, termasuk parti dan politik matang Islam, satu jalan keluar ke arah penyelesaian sosial seperti rogol, perlecehan seksual, rompak, rasuah dan lain-lain.

Senang saja melaksananya, mudah, UNDILAH PAS dalam PRU 14 akan datang!


giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Berlaku 'keganasan' Lecehan Seks Perkauman Ke Atas Ambiga Pula.. -JAG


 ... Ambiga sebagai pendatang dan mengaitkannya dengan pelacuran..?


Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) menyelar gangguan pelecehan seks dan berbaur perkauman ke atas bekas ketua Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.


JAG merujuk kepada artikel di sebuah blog yang secara tersirat merujuk Ambiga sebagai pendatang dan mengaitkannya dengan pelacuran.
"Kenyataan ini sangat tidak menghormati wanita dan masyarakat India di Malaysia," kata JAG dalam satu kenyataan pada petang ini.

Gabungan itu merujuk kepada artikel di blog Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Raja Kamaruddin yang bertajuk "The tale of Indian and White women".

Artikel itu berhubung dokumen mahkamah yang difailkan oleh editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang menyebut Ambiga sebagai salah satu sumber laman web itu.

JAG berkata pembela hak asasi manusia wanita sering kali berdepan gangguan dan intimidasi, yang berdasarkan seksisme dan keganasan.

"Pelecehan tersebut mencerminkan corak keganasan yang lebih luas terhadap wanita dalam masyarakat kita.
"Kami menyeru semua pihak supaya henti cuba menutup mulut dan mengganggu pembela hak asasi wanita - dan menegakkan kesopanan serta menghormati masyarakat kita," kata gabungan itu.

Sementara itu, beberapa NGO dan parti pembangkang hari ini membuat laporan polis terhadap Raja Petra kerana didakwa membuat pelecehan seks dan kenyataan perkauman terhadap Ambiga.

Selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, aktivis hak wanita veteran, Ivy Josiah berkata artikel Raja Petra menunjukkan corak serangan terhadap aktivis wanita di negara ini.

"Setiap kali wanita mengkritik kerajaan, dia tertakluk kepada serangan seksual, ancaman dan gangguan," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dah cuba nak alihkan isu?


giant-hypermarket









5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails