Sunday, November 12, 2017

Polis Wanita Korea Utara Ceria &Seksi, Ada Kait Dengan Islam?


Sebagai negara komunis tertutup  dan  menerapkan sistem pemerintahan yang kejam seperti Perang Dingin, setiap lelaki serta wanita di Korea Utara adalah anggota tentera.
Demi menjadikan negara kententeraan yang selalu bersedia untuk berperang sejak kanak-kanak lagi, anak-anak Korea Utara sudah terbiasa dengan permainan perang-perang menggunakan senjata  tiruan sambil melaungkan slogan ‘’Ayuh kita bunuh orang Amerika!’’.
Bukan hanya anak-anak lelaki, anak-anak perempuan juga dibiasakan dengan permainan perang-perang dan diasuh untuk selalu bersedia membela pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un.
Selepas sahaja lulus persekolahan, kanak-kanak perempuan Korea Utara memang diharuskan untuk mengikuti latihan ketenteraan.
Perkara Ini dilakukan supaya lahirnya prajurit wanita Korea Utara yang siap sedia berperang.
Mereka mendapatkan latihan yang sama dengan prajurit lelaki, termasuk kemampuan mengendali senjata berat seperti kereta kebal dan meriam artileri.
Selain perlu mengikuti latihan ketenteraan, para wanita Korea Utara terutamanya yang berusia 17 hingga 26 tahun juga diwajibkan menjadi polis wanita yang bertugas di jalan Korea Utara, terutamanya di Ibu kota Pyongyang.
undefined
Tapi ada syarat tersendiri bagi para wanita muda untuk menjadi seorang polis wanita, terutama yang bertugas di Pyongyang.
Untuk menjadi polis wanita, seseorang perlu memiliki tubuh tinggi lampai, seksi, ceria dan cantik jelita.
Tujuan utama kenapa para polis wanita di Pyongyang perlu kelihatan seksi dan cantik jelita hanya satu iaitu, Kim Jong Un yang suka berada di jalan -jalan sekitar  Pyongyang  akan membuatkan dia berasa senang hati dan bahagia melihat para polis wanita yang selalu kelihatan seksi dan cantik jelita.
Terutama bagi anggota polis wanita Korea Utara yang merupakan wanita pilihan, kerajaan Korea Utara menyediakan bajetnya sendiri supaya mereka ini boleh kelihatan seksi dan glamor.
Malah untuk memastikan polis wanita yang bertugas di Pyongyang untuk sentiasa kelihatan ‘awet muda’ sebaik sahaja mereka memasuki usia 26 tahun, mereka akan bersara dan digantikan dengan polis remaja.
Korea Utara mempunyai banyak cara untuk menunjukkan dirinya sebagai negara komunis yang makmur. Itu adalah melalui kemunculan polis wanita yang seksi dan cantik. (SuaraTv)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Halatuju dan tarbiah negara Korea Utara adalah untuk menjadikan negara kententeraan yang rakyatnya selalu bersedia untuk berperang sejak kanak-kanak lagi. Anak-anak mereka sudah terbiasa dengan permainan perang-perang menggunakan senjata tiruan sambil melaungkan slogan ‘’Ayuh kita bunuh orang Amerika!’’ yakni musuh mereka.

Mari kita lihat, adakah pentarbiahan begini sudah ada di zaman awal kebangkitan Islam pimpinan Muhammad Rasulullah SAW lagi?

Pentarbiahan Gaya Korea Utara Sudah Ada Sejak Zaman Rasulullah SAW?

Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda: 
  • “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Banyak hadis menyebut mengenai acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW seperti memanah, menunggang kuda serta berenang.
Sabda Rasulullah SAW: 
  • “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Sukan dan permainan yang mengarahkan ke arah pembinaan tentera dan pertahanan negara yang kuat. Individu yang kuat sihat menuju ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang kuat sihat. Bermula dari peringkat awal pembinaan kanak-kanak. 

Hasil carian imej untuk memanah bermain pedang tunggang kuda suruh nabi


1. Memanah: 

Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah atau sukan.

Bersabda Rasulullah SAW, 
  • “Kamu perlu belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: 
  • “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu tidak bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)
Kebaikan memanah, antaranya termasuk melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.



Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.



Imej yang berkaitan


2. Berkuda:

  • Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)
  • “Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)
Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.

  • Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram. (Riwayat Ahmad).
Dan Rasulullah SAW bersabda: 

  • “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim
Kebaikan dari segi kesihatan. Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya. Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.



Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.



Baik bagi seluruh anggota, tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. 



Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.


3. Berenang
Hasil carian imej untuk berenang muslimah


Rasulullah SAW bersabda, 



  • “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: 



  • Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular)



Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

Hasil carian imej untuk bergusti

4. Gusti 



Malah, ada riwayat menyatakan Rasulullah SAW pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy bernama Rukanah Bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya.



Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukanah akan memeluk Islam. Keputusannya, Rasulullah SAW dapat mengalahkan Rukanah dan memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu. Akhirnya, ahli sukan Quraisy itu memeluk Islam.



5. Berlumba Lari
Hasil carian imej untuk lkumba lari

Dalam satu kisah lain, Rasulullah SAW pernah bertanding berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aisyah ketika bermusafir. Ada ketikanya Baginda menang dan ada ketikanya Rasulullah SAW kalah dalam perlumbaan itu.

Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’. Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.

Kesimpulan:

Didik dan tarbiah negara Korea Utara adalah untuk menjadikan negara yang rakyatnya selalu bersedia untuk berperang sejak kanak-kanak lagi. Biar anak-anak terbiasa dengan permainan perang-perang menggunakan senjata tiruan. Bersukan ke arah mengukuhkan kekuatan pertahanan negara. Permainan-permainan zaman itu perlu ditaarifkan sesuai suasana masakini.


Contohnya, 'kuda' zaman itu, bolehkah ditaarifkan dengan 'kenderaan perang' zaman ini? Begitu juga 'panah', 'berenang' dan lain-lain.

Seperti sabda Rasulullah SAW 


  • “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Adakah di situ persamaannya antara tarbaih Islam di zaman Rasulullah dengan didikan Korea Selatan masakini? Atau Korea Utara yang meminjam ilmu Islam? Wallahu 'aklam.



IKLAN:







Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.


Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Pengurusan Kewangan Terbaik..

 Gambar MB Kelantan (kiri sekali) walaupun hanya duduk di kerusi buruk saja (tidak sombong), tetapi kerajaan pimpinannya mendapat pengiktirafan Prestasi Pengurusan Kewangan dengan memperoleh markah sebanyak 99.0 peratus.

Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim telah mendapat pengiktirafan berhubung dengan Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Pejabat Menteri Besar dan SUK Kelantan dengan memperoleh markah sebanyak 99.0 peratus.

Kejayaan yang diperoleh ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa slogan Membangun Bersama Islam yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan merupakan satu penghayatan kerja berlandaskan prinsip Islam yang menekan aspek ke bertanggungjawaban, ketelusan, amanah dan kecekapan.

Skor yang diperoleh ini merupakan yang tertinggi dan ini secara langsung telah menidakkan tohmahan dan fitnah daripada musuh-musuh politik Kerajaan Negeri Kelantan dengan tuduhan melulu dan tersasar dari kenyataan yang sebenar.

Semoga usaha Kerajaan Kelantan ini dapat menjadi contoh tatacara kerja yang berintegriti tinggi yang secara langsung akan dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. (TKO)

IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Paderi Kutuk Gadis Dirogol 'berenang di tangki pirana’. Arak..

Paderi


ROME – Seorang paderi di sini, menimbulkan kemarahan orang ramai, selepas memuat naik kenyataan menerusi Facebook yang menyalahkan seorang remaja perempuan mangsa rogol kerana minum arak dan berkawan dengan imigran.

Menurut media tempatan, dalam mesej di laman media sosial, Lorenzo Guidotti yang bertugas sebagai paderi di Bologna berkata: “Saya bersimpati, tetapi jika kamu ‘berenang di dalam tangki ikan pirana’, kamu tidak boleh mengadu jika kamu kehilangan anggota badan.”
Dalam kenyataannya, Guidotti turut dilapor mengejek gadis bawah umur itu yang memberitahu pihak polis bahawa dia dirogol seorang lelaki dari Afrika Utara yang ditemuinya ketika minum di kawasan bandar.
Mengikut remaja perempuan itu, dia diserang lelaki terbabit dan mendapati dirinya dalam keadaan separuh bogel sebaik sahaja sedar tidak lama kemudian, manakala begnya pula hilang.
Sementara itu, biskop Bologna enggan dikaitkan dengan kenyataan itu sambil berkata, pandangan paderi terbabit ‘tidak menggambarkan pendirian mereka, yang mengutuk sebarang tindakan keganasan’.


Akhbar La Repubblica pula melaporkan, Guidotti mendakwa kenyataannya itu bukan satu serangan peribadi kepada mangsa, sebaliknya bertujuan menyedarkan lain-lain remaja dan ibu bapa mereka.
Menurut akhbar itu, paderi itu kemudiannya mengemukakan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarganya dengan alasan tidak sengaja mengeluarkan kenyataan itu. – AFP/BH ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada saya betul juga kata paderi itu, 'kenyataannya itu bukan satu serangan peribadi kepada mangsa, sebaliknya bertujuan menyedarkan lain-lain remaja dan ibu bapa mereka.'

Cuma saya nak tambah, ada lagi satu puncanya maksiat itu terjadi, ialah kerana gadis itu membuang atau menghilangkan akal dan fikirannya. Akal adalah mahkota kecerdikan kestabilan seseorang, tiba-tiba dihilangkan, dibuang dengan meminum arak, maka begitulah jadinya.

Betullah kata Nabi Muhammad SAW, 'Arak Punca Kejahatan'. Kerajaan orang Islam atau yang berkeperibadian tinggi sepatutnya mengharamkan arak. 

IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Rumah Siapa Ini? Rumah MB?



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau saya (Blog IH) menafsirkan 3 kumpulan utama bertarung dalam PRU14 akan datang? Tidak termasuk calon bebas, kumpulan ini ialah..
  1. Kumpulan kerajaan dan rakan-rakan, UMNO/Melayu &BN.
  2. Kumpulan pembangkang DAP dan Melayu serpihan.
  3. Kumpulan Islam, PAS dan beberapa gabungannya..
Kalau kumpulan ke1 menang, biasa. BN perintah, Najib jadi PM. 
Kalau kumpulan ke2 menang, DAP akan menguasai pemerintahan, walau Melayu jadi PM. Termasuk Dr M, ('Lama dah..'), kerana DAP (rejim Lim) kuasai tadbiran. Contohnya sekarang, walaupun ramai pemimpin DAP Melayu tetapi nyata, dalam DAP Kit Siang/Guan Eng yang berkuasa.
Bagaimana kalau kumpulan ke3 ini pula yang menang atau separuh menang? Tentu ada peranan PAS atau kumpulan kepimpinan Islam (berbeda dengan kumpulan Melayu atau 'kaki rasuah' walaupun Cina pembangkaang atau tidak) dalam menentukan PM negara. 
Atau dari mereka dilantik sebagai PM.. PAS tentu akan mencalonkan Abd Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Tidak ada rekod rasuah di kalangan pemimpin PAS semasa memerintah negeri-negeri yang pernah dikuasainya. Contohnya mengenai rumah kediaman. Tidak ada MB-MB (Menteri Besar)nya yang seperti Khir Toyo di Selangor) atau Guan Eng di Pulau Pinang.  Sekian.
Nak Tahu Rumah Di Atas Ini Siapa Punya? Lihat tulisan ini..

Antara Khir Toyo, Guan Eng, MB K'tan Terbaik..

khir2

Khairul Ahmad Firdaus – Jika siasatan SPRM mendapati tiada kes rasuah dalam pembelian rumah Lim Guan Eng. Bermakna SPRM terlibat dalam merancang dan menyusun bukti bagi mensabitkan Dato’ Seri Mohd Khir Toyo dahulu.

– Jika siasatan SPRM mendapati tiada kes rasuah dalam pembelian rumah Lim Guan Eng. Bermakna SPRM terlibat dalam merancang dan menyusun bukti bagi mensabitkan Dato’ Seri Mohd Khir Toyo dahulu.

Kerana kedua-dua kes adalah sama iaitu membeli rumah bawah harga pasaran kepada individu yang rapat dan dikenali mempunyau hubungan rasmi kepadanya.

Dengan asakan kesnya. Lim Guan Eng yang berlagak “cool” tidak dapat menahan diri untuk terus menjawab isu pembelian rumahnya. Sekali lagi Lim Guan Eng hari ini 19 Mac 2016 mengadakan sidang medianya dan mencabar SPRM menyiasatnya dengan kadar segera.

Dan LGE terus diselubungi rasa takut apabila membangkitkan kenyataan media SPRM pada 18 Mac 2016 yang menyebut;

Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian. Pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini”.

Ternyata kenyataan itu berlegar dikepala Lim Guan Eng dan menyatakan kekesalannya Sebagai “sesuatu yang menghairankan, SPRM negeri ada menyatakan pernah menjalankan siasatan sebelum ini berkaitan penyewaan rumah saya pada 2009”.

Ya Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dalam Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) Pulau Pinang, 1980. – mempunyai kelayakan istinewa sebagai Ketua Menteri untuk kemudahan rumah sama ada menyewa, membeli secara pinjaman atau tinggal di rumah kediaman rasmi kerajaan. Dan dia memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu.

“Jerat tidak pernah melupakan pelanduk” Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”.

Dulu Lim Guan Eng menjadi benar semasa beliau menyewa rumah itu selama 7 tahun dengan kelayakannya sebagai Ketua Menteri dan anggota pentadbiran kerajaan. Tetapi keputusan membeli rumah dan tanah yang disewanya (rumah kediaman rasminya) itu pada ogos 2015 adalah satu tindakannya yang silap. Ibarat ramai yang menunggu kesilapan Lim Guan Eng.

Hartanah yang LGE mempunyai hubungan dengan pemiliknya sejak sekian lama sebagai “penyewa” dan dalam masa sama pernah mendapat projek kerajaan negeri. Tentu versi siasatan kali ini berbeza.

Menambah kesan buruk bila pengakuan Lim Guan Eng bahawa urus niaga jual beli rumahnya dibuat secara rela hati”, pada harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak; ‘willing buyer willing seller’ tanpa sebarang paksaan atau tekanan adalah satu Pengakuan Eksklusif LGE yang boleh dikaitkan dengan Seksyen 165 Kanun Keseksaan sebagaimana pertuduhan kepada Kes pembelian rumah Dato’ Seri Mohd Khir Toyo.

Jadi ke manakah lagi Lim Guan Eng mahu lari? Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti berlaku unsur rasuah Ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi.

Adalah jelas dalam kes ini Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang penjawat awam yang mempunyai hubungan istimewa dengan Ms Phang Li Koon ahli perniagaan yang menyewakan rumahnya kemudian menjualnya kepada Lim Guan Eng dengan harga yang murah tidak masuk akal. Ia boleh ditafsirkan sebagai “special discounted deal”.

Apakah ini satu balasan kepada Ms Phang yang dikaitkan dengan projek penjualan tanah di Jalan Zainal Abidin, George Town kepada satu syarikat KLIDC untuk pembinaan hotel dan hospital pada 2012?

Bukan itu sahaja Ms Phang Li Koon yang rapat dengan Lim Guan Eng juga yang juga AJK Penang Chinese Chamber of Commerce ( PCCC) adalah sepupu kepada Pee Boon Poh Exco Terkaya di Pulau Pinang dikatakan mendapat projek asrama pekerja asing di Batu Kawan.

Memandangkan SPRM telah membuka kes dan menyiasat kes ini disamping Lim Guan Eng sendiri mendesak SPRM kalau berani siasatlah dia. Maka mari kita sama-sama mendesak SPRM menyiasat dan meneliti kes ini di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

Kita juga berharap SPRM menghantar siasatan kes segera kepada Peguam Negara Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi Bin Haji Ali bagi pendakwaan segera terhadap Lim Guan Eng.

Harap-harap tiada saksi yang mati terjun keluar dari tingkap bangunan SPRM sepanjang sessi soal siasat berlangsung.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya, bab kewangan DAP sama dengan UMNO/BN. Setakat ini, rekod Menteri Besar Kelantan terbaik, tiada masalah skandal rasuah rumah dan lain-lain. al-hamdulillah.
 Rumah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Alor Pasir, Wakaf Bharu…walaupun sudah 9 tahun menjadi Timbalan MB Kelantan, dan jadi MB sekarang..


Kediaman Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan sebelum Ahmad Yakob

Rumah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, bekas MB Terengganu.

Bekas rumah bekas MB Kedah  Allahyarham Azizan Razak dari PAS.
Sila rujuk.. 
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails