Sunday, November 12, 2017

6 Askar Filipina Terbunuh Di Tangan Pemberontak Marawi.


GAMBAR bertarikh 30 Ogos lalu menunjukkan pasukan tentera memburu saki-baki kumpulan pemberontak di Mapandi, Bandar Marawi, selatan Filipina.- AFP


MANILA – Militan-militan pro-Daesh membunuh enam askar dan mencederakan empat yang lain di selatan Fili­pina, kata seorang jurucakap tentera semalam ketika pihak tentera berusaha untuk menghapuskan saki-baki kumpulan pemberontak selepas mena­wan semula Bandar Marawi.
Tentera Filipina mengubah corak operasi di Pulau Basilan selepas menamatkan kempen ketenteraan selama lima bulan di Marawi yang berakhir dengan kematian ketua militan utama di Asia Tenggara, Isnilon Hapilon.
Isnilon Hapilon Isnilon Hapilon.
“Kami sedang memburu anasir Abu Sayyaf yang terus berada di Basilan dan sehingga waktu ini, kami menerima laporan bahawa beberapa pertempuran kecil berlaku,” kata jurucakap tentera, Mejar Je­ne­ral Restituto Padilla kepada saluran berita ANC.
Menurutnya, seramai 10 ang­gota tentera cedera, namun enam orang meninggal dunia ketika dibawa ke hospi­tal pada Rabu lalu selepas pasukan tentera bertempur dengan kumpulan militan se­masa memburu seorang ko­mander Abu Sayyaf, Furiji Indama di bandar Sumisip.
“Dua batalion askar telah dihantar bagi membantu rakan mereka yang berdepan bedilan sengit kumpulan militan,” kata seorang lagi jurucakap tentera, Kapten Jo-Ann Petinglay kepada pemberita sambil menambah, dua helikopter tempur turut menyediakan bantuan udara jarak dekat.
“Sebilangan anggota militan Abu Sayyaf terbunuh atau cedera tetapi jumlahnya tidak dapat dipastikan.
“Kami akan terus membu­ru kumpulan ini dan menghapuskannya sama sekali,” tambah Petinglay. – Reuters
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Pesta Bunuh Ikan Paus Sepatutnya Bantu Rakyat Kelaparan Se Dunia.




COPENHAGEN, Denmark – Beratus-ratus ikan paus dan lumba-lumba dibunuh dan ditarik hidup-hidup ke tepi pantai semasa pesta pembunuhan kejam yang berlangsung di Kepulauan Faroe di sini setiap tahun.
Aktivis daripada pertubuhan alam sekitar, Sea Shepherd Global merakam kejadian tersebut di kepulauan Denmark yang terletak antara Norway dan Iceland.
Apabila melihat kumpulan paus pandu dan ikan lumba-lumba sisi putih melakukan penghijrahan, nelayan-nelayan akan membuat konvoi bot untuk mengepung ikan-ikan tersebut sebelum menghalau ke kawasan cetek dan dibunuh secara beramai-ramai.
Kejadian tersebut menyebabkan laut bertukar merah apabila ikan-ikan itu dikelar menggunakan tombak pada bahagian leher sehingga ke tulang belakang.
Sukarelawan yang menyamar sebagai pelancong menyaksikan sendiri sembilan aktiviti pembunuhan kejam itu bermula Julai hingga September lalu dan mendakwa sejumlah 198 ekor ikan lumba-lumba dan 436 paus dibunuh.
Pemburuan yang masih dibenarkan di Denmark terhadap hidupan laut itu telah berlaku sejak beratus-ratus tahun lalu dan diadakan beberapa kali dalam masa setahun. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pesta membunuh ikan paus dan lumba-lumba di Pulau Faroe sepatutnya ditukar kepada pesta program membantu rakyat miskin dan kelaparan di seluruh dunia. Ikan-ikan itu boleh diproses dan dihantar ke negara-negara miskin dan kebuluran di serata dunia.


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

201 Ditahan. Rasuah & Memoden A/Saudi?


GAMBAR pada 5 November lalu menunjukkan Hotel Ritz Karlton di Riyadh di mana sebahagian individu terbabit kes rasuah dilaporkan ditahan.- AFP


RIYADH – Arab Saudi menahan dan menyoal siasat seramai 201 orang termasuk putera raja serta ahli perniagaan berhubung rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kerugian berjumlah AS$100 bilion (RM419 bilion) kelmarin.
Perkembangan itu susulan penyingkiran terbesar golongan elit dalam sejarah Arab Saudi pada hujung minggu lalu.
Penyingkiran tersebut menyaksikan sebilangan putera raja, menteri dan seorang bilionair perniagaan, Putera Al-Waleed bin Talal ditangkap ataupun dipecat ketika Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengukuhkan kuasanya.
Situasi tegang di dunia Arab juga makin meruncing dengan Arab Saudi dan Iran berbalah berhubung serangan peluru berpandu dari Yemen dan krisis politik Lebanon berikutan peletakan jawatan Perdana Menterinya, Saad Al-Hariri dari Riyadh.
“Seramai 208 individu dipanggil untuk disoal siasat setakat ini tetapi tujuh telah dibebaskan,” kata Kementerian Maklumat Arab Saudi yang memetik kenyataan Peguam Negara, Sheikh Saud Al-Mojeb.
Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa juga membekukan akaun bank 201 individu berkenaan dan memberi amaran bahawa aset mereka akan dirampas dan dijadikan harta negara.
“Gejala rasuah yang dibongkar amat besar. Berdasarkan siasatan sejak tiga tahun lalu, kami menganggarkan sekurang-kurangnya AS$100 bilion telah diseleweng menerusi penyalahgunaan dan rasuah yang berlaku secara sistematik selama beberapa dekad,” tambah kenyataan sama.
Kesemua mereka ditangkap selepas Arab Saudi menubuhkan sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah diketuai oleh Putera Mohammed.
Beliau yang merupakan anak lelaki Raja Salman, 81, dilihat sebagai pemerintah negara itu dan mengawal semua kedudukan dalam kerajaan.
Penyingkiran berani tetapi berisiko itu membolehkan Putera Salman, 32, mengukuhkan kuasanya ke tahap yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Arab Saudi.
Putera Mahkota itu kini giat memacu program modenisasi Arab Saudi, Wawasan 2030, manakala Riyadh turut mengambil pendekatan lebih agresif di dunia Arab. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah benar Arab Saudi menahan dan menyoal siasat seramai 201 orang termasuk putera raja serta ahli perniagaan itu benar-benar berhubung rasuah dan salah guna kuasa? Atau ada kaitan dengan peralihan pemerentahan oleh puak-puak tertentu? Mungkin juga ada dalang kuasa besar di belakangnya?

Kita tunggu dan lihat..
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Halang Sholat Di Atas Jalan, Kerana Pemimpinnya Bukan Islam?


CLICHY, Perancis – Kira-kira 100 orang Ahli Parlimen Perancis cuba menghalang orang Islam daripada menunaikan solat di atas jalan di utara Paris kelmarin.
Mereka turut menggesa kerajaan supaya mengenakan larangan terhadap orang Islam itu dengan menyifatkan ibadah tersebut tidak dapat diterima dilakukan di kawasan awam.
Kumpulan itu diketuai oleh seorang ahli politik wanita yang juga ahli pihak berkuasa tempatan di Paris, Valerie Pecresse.
Mereka cuba mengganggu kira-kira 200 orang jemaah lelaki yang menunaikan solat dengan menya­nyikan lagu kebangsaan Perancis di pinggir bandar Clichy yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.
“Tempat awam tidak boleh diambil alih dengan aktiviti se­perti ini,” kata Pecresse semasa mengetuai demonstrasi bersama-sama Datuk Bandar Clichy, Remi Muzeau.
Solat di atas jalan itu diadakan pada setiap hari Jumaat di Clichy sejak Mac lalu bagi membantah penutupan sebuah masjid ter­kenal tempatan yang sebelum ini ber­operasi di dalam sebuah bangunan kerajaan.
“Kementerian Dalam Negeri perlu menghalang solat di jalanan. Saya bertanggungjawab untuk memastikan ketenangan dan kebebasan semua orang di bandar saya,” kata Muzeau kepada pemberita.
Bekas masjid yang dikendalikan oleh Persatuan Muslim Clichy Bersatu (UAMC) itu biasanya digunakan oleh 3,000 hingga 5,000 orang Islam setiap hari sebelum pejabat Datuk Bandar mengambil alih bangunan itu dan menukarkannya menjadi sebuah perpustakaan.
Muzeau berkata, masyarakat Islam tempatan telah diminta untuk menggunakan masjid baharu dengan keluasan 1,500 meter persegi yang terletak berhampiran, namun ramai yang enggan pergi ke situ.
Seorang penduduk Islam, Abdelkader berkata, dia mahu tempat solat umat Islam turut dihormati seperti yang dinikmati oleh orang Kristian dan Yahudi, malah tiada yang suka untuk menunaikan solat dengan dikelilingi polis pada setiap hari Jumaat. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sholat Jumaat di jalanan tidak dibenarkan, ada masjid tempatan ditutup. Untuk ibadat sendiri di negara sendiri pun tak boleh. Untuk dapatkan tempat sholat umat Islam seperti yang dinikmati oleh orang Kristian dan Yahudi pun tak dapat. Malah semasa solat sentiasa dikelilingi polis pada setiap hari Jumaat.

Apakah hal ini berlaku kerana negara diperintahkan oleh pemimpin yang bukan Islam? Atau yang diperintah oleh yang mengaku Islam, tetapi tidak mendaulatkan syariat dan perundangan Islam? Atau yang bukan dari parti Islam, juga 'parti orang Islam'  kalau di Malaysia?


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

Masalah Pekerja Australia, Inikah Formula Menang Dua-dua Pihak'?


Hasil carian imej untuk Masalah Pekerja Di Australia
'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia'
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Pendedahan mengenai nasib rakyat Malaysia yang menjadi buruh haram di ladang buah-buahan dan sayuran di Australia bukannya untuk menutup periuk nasi mereka.

Sebaliknya ia untuk membantu membuka mata tentang eksploitasi yang buruh haram berkenaan hadapi sekali gus membuka jalan ke arah penambahbaikan. 

Kerana itu, apabila Parlimen Australia menjemput penulis dan peguam yang membantu Kumpulan Utusan secara pro-bono (percuma), Vicknaraj Thanarajah memberi keterangan dalam pendengaran awam, kami berdua tidak melepaskan peluang mengemukakan permintaan dan cadangan.


Hal ini kerana cadangan berkenaan menjadi sebahagian daripada input yang digunakan dalam penggubalan Akta Perhambaan Moden di negara itu.

Berikut adalah intipati cadangan dan permintaan yang dikemukakan:

* Pengampunan kepada rakyat Malaysia yang kini berada di Australia sebagai buruh haram dengan kebenaran untuk bekerjasecara sementara mengikut musim sebelum balik ke tanah air.
* Hak untuk masuk semula ke Australia tanpa berdepan masalah senarai hitam imigresen.
* Rakyat Malaysia diberikan permit khas untuk bekerja dalam sektor perladangan mengikut musim.
* Memohon agar kuota Visa Percutian dan Bekerja Sub Clas 462 yang pada masa ini hanya dihadkan sebanyak 100 setahun ditambah kerana jumlah itu terlalu kecil berbanding seramai 18,000 ke 20,000 buruh haram yang berada di Australia.
Ia merupakan satu formula menang-menang bagi kedua belah pihak.
Keterangan kepada jawatankuasa Parlimen Australia juga menjadi indikator ketabahan, keyakinan dan komitmen Utusan Malaysia sebagai akhbar perjuangan dalam membela nasib rakyat.-UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sedap bunyinya, dikatakan 'pendedahan mengenai nasib rakyat Malaysia yang menjadi buruh haram di ladang buah-buahan dan sayuran di Australia dikatakan bukannya untuk menutup periuk nasi mereka'.

Tak tutup periuk nasi mereka apanya? 

Cadangan untuk memohon agar kuota Visa Percutian dan Bekerja Sub Clas 462 yang pada masa ini hanya dihadkan sebanyak 100 setahun, ditambah. Bahkan jumlah itu pun terlalu kecil berbanding seramai 18,000 ke 20,000 pekerja tanpa izin yang berada di Australia, menurut lapor mereka.

Kalau mereka itu pulang ke Maalaysia, apa jalan selesainya, untuk mengelak dari masalah pengangguran? Banyak kilang-kilang di Malaysia telah tutup atau mengurangkan operasinya. Itukah 'formula menang-menang bagi kedua belah pihak'?

Video oleh SAIFUL HAIZAN HASAM


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails