Sunday, November 26, 2017

Bandar Raya Islamabad Lumpuh


ISLAMABAD – Seorang anggota polis terbunuh dan lebih 100 orang cedera semalam apabila pihak berkuasa Pakistan menembak peluru getah dan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan.



Menurut AFP, ribuan penunjuk perasaan daripada kumpulan pelampau dikenali sebagai Tehreek-i-Labaik Ya Rasoll Allah Pakistan (TLYRAP) telah meng­halang lebuh raya utama sejak 6 November lepas menyebabkan ke­sesakan lalu lintas berjam-jam dan melumpuhkan ibu negara selama seminggu, lapor Kosmo.
Asap dan gas pemedih mata me­menuhi udara ketika kira-kira 8,500 anggota polis elit dan se­para tentera lengkap dengan pakaian seragam antirusuhan berusaha menyuraikan lebih 2,000 perusuh.
Wartawan AFP di lokasi berkata, lebih ramai penunjuk perasaan menyertai kumpulan terbabit menyebabkan sukar untuk dianggarkan bilangan mereka. Pokok-pokok telah ditebang untuk menyekat jalan dan perusuh membakar tayar-tayar.
Sekurang-kurangnya 110 orang yang cedera telah dibawa ke Institut Sains Perubatan Pakistan di Islamabad, kata jurucakap hospital memberitahu AFP, sambil menambah bahawa 66 daripadanya merupakan anggota keselamatan.
Jurucakap polis Islamabad mengesahkan bahawa seorang anggota polis terbunuh dalam pertempuran selepas sebiji batu mengenai kepalanya. Rakaman televisyen menunjukkan van polis dan khemah perusuh terbakar.
Penunjuk perasaan menuntut Menteri Keadilan Pakistan, Zahid Hamid meletak jawatan selepas membuat pindaan undang-undang mewajibkan calon pilihan raya mengangkat sumpah.
Mereka telah mengaitkan tindakan itu sebagai kufur, satu isu perbalahan Muslim Pakistan dan menuntut sumpah itu diringankan bagi membolehkan penyertaan Ahmadis, mazhab minoriti Islam yang telah lama dianiaya.

Pengurusan Bergantung Maslahah..K/Pengajian Nik Amar (1)

Hasil carian imej untuk nik amar mengajar


Video: NIK AMAR berkuliah di Medan Ilmu... 

Jumaat 10 November 2017


Serangan Tun M Terhadap Anwar Jejas Sokongan PH. - Dr Kamarul



SHAH ALAM: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkenaan kes liwat Ketua Umum PKR itu hanya akan menjejaskan kerjasama mereka di dalam Pakatan Harapan (PH).
Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata situasi itu ‘tidak baik’ untuk gagasan pembangkang itu di kala sedang bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

“Bukan setakat menjejaskan sokongan terhadap PKR, malah akan menyebabkan PKR sendiri sukar menyokong Dr Mahathir dan calon-calon PPBM.

“Sebelum ini saya pernah sebut antara Dr Mahathir dan Anwar hanya indah di permukaannya sahaja sedangkan yang di dalamnya masih lagi terdapat pelbagai pertikaian, kecelaruan, dendam mendalam,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Kamarul berkata demikian sebagai respon terhadap dialog ‘town hall’ bersama anak muda di Petaling Jaya, dua malam lalu di mana Dr Mahathir diajukan pelbagai soalan daripada peserta berhubung pegangannya terhadap dakwaan Anwar sebagai peliwat.

Pengerusi PH itu bagaimanapun menjawab kesemua soalan berkaitan perkara itu secara samar malah mendakwa dirinya tidak terlibat dengan tindakan polis yang menyiasat kegiatan salah laku seks Anwar pada tahun 1998.

Bagaimanapun ketika sidang media selepas sesi dialog itu tamat, Dr Mahathir menjelaskan beberapa perlakuan seks luar tabie yang didakwa dilakukan Anwar.

Dr Mahathir berkata dirinya tidak dapat menerima seorang peliwat menjadi pemimpin negara, selepas dirinya mengetahui Anwar bukan sahaja meliwat bahkan turut ‘melancapi’ mangsanya.

“Mencerminkan bahawa Dr Mahathir sekadar mahu menggunakan Anwar untuk kepentingan politiknya. Sedangkan pada masa yang sama tidakkah beliau tidak tahu apabila beliau mengatakan begitu ini akan menjejaskan sokongan rakyat.
“Selepas ini saya rasa akan ada lagi kenyataan lagi akan keluar dan akan menjejaskan peluang PH,” kata Kamarul lagi.

Kenyataan Dr Mahathir pada Selasa malam itu turut mengundang reaksi bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa Dr Mahathir sengaja menggunakan sesi dialog itu untuk terus menghina Anwar.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa hubungan baik bekas perdana menteri itu dengan Anwar pada ketika ini sekadar untuk menyelamatkan dirinya dan ahli keluarga.

Kamarul dalam pada itu berpendapat sikap Dr Mahathir yang kerap mengitar hal Anwar dengan kegiatan seks luar tabie itu akan mengurangkan sokongan orang ramai terhadap dirinya, malah menjejaskan rasa hormat di kalangan pemimpin-pemimpin PH.

“Beliau adalah Pengerusi PH, sepatutnya pengerusi kena menasihati orang lain. Namun apabila pengerusi perlu dinasihati pemimpin-pemimpin lain, maka kena letak jawatanlah. Kerana tidak ada lagi aura sebagai pengerusi,” ujarnya – AP

Lihat sebelum ini..


Jet Mesir Baru Dapat Musnahkan Kenderaan Yang Digunakan..


Imej ambil diambil dari rakaman video menunjukkan orang berkumpul di luar masjid di Sinai, Mesir. - Foto EPA-EFE


KAHERAH: Pesawat penggempur tentera udara Mesir memusnahkan kenderaan yang digunakan dalam serangan masjid di Sinai dan lokasi dipercayai depot simpanan senjata dan peluru 'pengganas', kata seorang jurucakap tentera semalam.
Pesawat berkenaan memusnahkan beberapa kenderaan yang digunakan dalam serangan itu," kata jurucakap, Tamer el-Refai.
Tambahnya, tentera turut 'menyasarkan lokasi simpanan senjata dan peluru pengganas'. - AFP
Lihat sebelum ini..


A/Hadi K/Islam Sedunia Tersenarai Pengganas? Ini, Jawab Beliau.



TINDAKAN negara-negara yang memutuskan hubungan dengan Qatar serta mengeluarkan 'senarai baru pengganas' bukanlah perkara yang mengejutkan. Negara-negara tersebut turut menyenaraikan organisasi-organisasi Islam yang lain seperti Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dan Majlis Islami. 

Selain itu, beberapa orang tokoh yang terkenal dengan sikap sederhana mereka terhadap pemahaman Islam juga turut disenaraikan sebagai pengganas. Negara yang mengeluarkan senarai pengganas ini telah mengamalkan politik peneutralan hubungan dengan Israel dan negara-negara dalam rangkaian Mason - Zionis Antarabangsa. 

Pendekatan politik sebegini sebenarnya ibarat kapal yang berlayar sesat di lautan samudera yang luas. Mereka tidak mempunyai jatidiri untuk membuat keputusan secara bebas berpandukan nilai-nilai mulia walaupun sudah lama melalui zaman-zaman kegelapan dan penindasan yang sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka.


Walaupun negara-negara ini terkenal dengan kekayaan dari sudut sumber buminya, namun mereka miskin integriti serta sahsiah. Mereka turut hilang keagungan serta kemuliaannya. Lebih malang, mereka juga mengubah pendirian mereka mengikut hawa nafsu sehingga menjadi lemah di hadapan orang-orang kafir, namun bersikap keras ke atas orang-orang beriman dan memuliakan 'tetamu-tetamu' Zionis melebihi saudara seagama. 

Bahkan lebih parah, mereka telah bertindak keras ke atas negara yang seagama dengannya hanya kerana berbeza pendapat. Bangsa Arab asalnya menjadi mulia kerana Islam akan tetapi kini bakal hancur dengan kejahatan mereka sendiri yang mengiktiraf rejim Zionis serta mengabaikan Palestin dan kesuciannya. 

Mereka didorong rasa percaya dan kagum kepada penguasa-penguasa Yahudi Zionis melebihi kepercayaan kepada Allah, Islam dan umat Islam. Justeru, inilah sebagaimana difahami daripada firman Allah S.W.T yang bermaksud:

وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم (38)
  • "Dan, jika kamu berpaling nescaya Allah akan mengganti(mu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)." (Muhammad: 38)

Allah juga membuat penegasan mengenai kuasa pemerintahan melalui firman-Nya dalam Surah Al-Imran:

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ
  • Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Imran: 26)

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 
Bertarikh: 6 Rabiul Awal 1439 / 25 November 2017 



Lihat sebelum ini..

Pembaca Berita Di M'sia Pakai Baju Buka Dada..


SEPERTI yang kita sedia tahu, pada kebiasaannya hos atau pengacara mahupun penyampai berita di stesen luar negara akan tampil dengan berpakaian seksi setiap kali bersiaran.

Mungkin ini adalah salah satu selling point yang digunakan dalam usaha mereka untuk meningkatkan jumlah penonton atau juga rating bagi setiap rancangan disiarkan.
Bagaimanapun budaya berkenaan adalah tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana kita dikenali sebagai sebuah negara yang mementingkan kesopanan dan kesusilaan.
Akan tetapi, tidak sangka pula bahawa konsep budaya Barat itu diterapkan di salah sebuah stesen televisyen tempatan negara ini.
Baru-baru ini, netizen dikenali sebagai Ekyn Rosny telah mengkritik seorang pembaca berita yang dikatakan mengenakan pakaian menjolok mata untuk tatapan umum ketika sedang bersiaran.
Menerusi perkongsian berkenaan, pembaca berita tersebut dilihat mengenakan blazer hitam dan baju berwarna biru yang agak seksi di dalamnya sehingga mendedahkan sedikit lurah ‘berahi’.
“Sepuluh kali aku dok zoom benda nie sama ada baju ka memang lurahhh dia?? Aku nie jenih suka tengok berita tengah malam walaupun bahasa Inggeris bangang sikit.
“Tapi aku rasa tak sesuai sungguh pemberita baca berita dengan pakaian macam nie. Macam nie dipertontonkan dekat rakyat 1 Malaysia kaaa??????
“Pakai yang lebih sopan boleh kot. Erghhhh harap ada yang boleh tegoq suruh pemberita dia jangan terlalu seksa sangat,” tulisnya menerusi posting berkenaan.
Perkongsian yang mendapat lebih daripada 500 tanda likes itu dilihat telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen tempatan.
Rata-rata antara mereka mengecam teruk pembaca berita berita berkenaan kerana beranggapan pemakaian tersebut agak ‘keterlaluan’.
Hmmm… Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah patut perkara sebegini dibiarkan? Bukankah kita ada etika dan kod pemakaian yang perlu dipatuhi?
Renung-renungkan ya… – MYNEWSHUB.CC/AM
Hasil carian imej untuk lambang pas
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana acuan begitulah kuehnya. Negara beracuankan sekular barat, bagaimana boleh melahirkan manusia membangun yang bertakwa kepada Allah SWT, atau insan yang berakhlak mulia.. 
Kalau tidak dibendung, perkara-perkara begini akan menjadi biasa sahaja. Memang itulah matlamat mereka untuk menghancurkan kehidupan beragama kepada seluruh warga dunia. 

Bagaimana mengatasinya?
Pilihlah parti Islam di mana-mana saja kamu berada seantero dunia. Kalau belum ada usahakan sampai ada. Tetapi kalau di Malaysia sudah ada. Mudah saja undilah parti Islam dalam PRU 14 akan datang..
Lihat sebelum ini..



“Suami Larang Saya Bertudung” – Siti Hasmah


Siti Hasmah

TUN Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali mendedahkan bahawa beliau tidak bertudung kerana dilarang oleh suaminya sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Siti Hasmah berkata demikian ketika ditanya pemberita berkaitan isu kontroversi larangan bertudung terhadap pekerja kaunter depan oleh sesetengah hotel di negara ini.
“Saya fikir puan bertanya kepada orang yang salah.
“Saya tidak bertudung, daripada mula sampai sekarang ini saya tak bertudung,”katanya ketika ditanya dalam sidang media.
Beliau kemudian mendedahkan dirinya tidak bertudung kerana tidak mendapat keizinan suaminya.
“Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami.
“Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya,” katanya.
Beliau sebelum itu merasmikan simposium “Siti Hasmah: Wanita pencorak masa depan negara” di Bukit Damansara anjuran Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Sementara itu, ditanya sama ada wajar atau tidak larangan biadab hotel itu, Siti Hasmah menjawab:
“Hotel ada dia punya undang-undang dan peraturan. Dia nak jaga juga dia punya perusahaan. Bagaimana dengan yang lain juga, ada yang mereka bertudung, ada tempat-tempatnya.
“Kalau dalam hotel banyak pelancong datang, tengok orang bertudung mungkin ada perasaan lain sebab dalam negara dia mungkin ada sesuatu perkara yang berlaku berkenaan orang pakai tudung, terutamanya di Eropah.
“Tengok macam Perancis,” kata Siti Hasmah lagi. – www.malaysiakini.com


Lihat sebelum ini..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails