Tuduhan 'pengganas' hanya kerana Abdul Hadi mempunyai hubungan dengan Qaradawi... Bangi, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang tidak memberi ancaman kepada negara. Mengulas pengharaman Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) oleh empat negara diketuai Arab Saudi, beliau berkata, pihak polis mengambil maklum mengenainya dan sentiasa mengikuti perkembangan itu. “Setakat yang kita tahu, pembabitan Abdul Hadi dalam kesatuan itu tidak memberi sebarang ancaman,” katanya memetik laporan The Star, hari ini. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang adalah Naib Presiden IUMS, yang diketuai ulama terkenal Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi. Kelmarin, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, menyenaraihitam IUMS dalam senarai yang dianggap pengganas di rantau Teluk, bersama Majlis Islam Antarabangsa ‘Massaa’ dan 11 lagi individu. Jun lalu, empat negara itu menyenaraikan Qaradawi sebagai antara 59 individu dan 12 entiti ke dalam senarai pengganas. Pada masa sama, The Star turut melaporkan PAS menolak laporan berita Arab yang mengaitkan Abdul Hadi dan kumpulan pengganas. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, perbuatan itu adalah satu taktik semata-mata supaya Abdul Hadi ‘dilihat seakan-akan pengganas’ apabila IUMS diisytihar menyokong keganasan. Katanya, sesetengah tuduhan itu adalah tidak berasas sama sekali, hanya kerana Abdul Hadi mempunyai hubungan dengan Qaradawi. “Laporan itu tidak berasas dan dilihat sebagai satu konspirasi. Jika berita itu benar, sudah tentu Abdul Hadi ditangkap sejak lama dulu,” katanya. Sementara itu, akhbar sama juga melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, kerajaan Malaysia tidak menyenaraikan IUMS sebagai pertubuhan pengganas. “Adalah jelas bahawa ia adalah laporan yang berniat jahat untuk membusukkan nama kesatuan yang dipimpin Dr Yusof, seorang yang dicop sebagai pengganas hanya kerana beliau tinggal di Qatar,” katanya.
Lihat sebelum ini..
|
Monday, November 27, 2017
Abd Hadi, Presiden PAS Pengganas.. Apa Kata K/Polis?
Datuk Ir Amiruddin, ADUN PAS Sertai PPBM Tidak PAN.
ALOR SETAR, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sidang media, hari ini.
“Saya dengan sukacita mengumumkan menerima permohonan untuk menjadi ahli dari Yang Berhormat Datuk Amiruddin Hamzah, ADUN Anak Bukit.
“Beliau juga merupakan ketua pembangkang di negeri Kedah. Ini perkembangan yang sangat-sangat dialu-alukan oleh kami di Bersatu,” kata Mukhriz.
Amiruddin yang juga bekas pimpinan Jemaah Islam Malaysia (JIM) berkata, faktor beliau memilih Bersatu adalah kerana mahu memastikan Pakatan Harapan berjaya mengalahkan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) nanti.
“Ini keputusan yang saya buat dengan penuh sedar dan dengan konsultasi rakan-rakan, dan juga dalam kawasan dan sebagainya.
“Saya rasa ini adalah satu keputusan yang terbaik yang dapat saya buat bagi memastikan perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrat, yang telah memberi kesengsaraan kepada rakyat dapat dilakukan dengan baik dan jayanya,” katanya.
Amiruddin dilihat memilih jalan berlainan dengan rakan-rakannya yang menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
Sementara itu di Shah Alam, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian, hari ini. “Beliau masih mempunyai beberapa tanggungjawab dalam bai'ah yang beliau lafazkan,”
Tuan Ibrahim membuat kenyataan itu selepas diminta mengulas mengenai tindakan Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang mengambil keputusan menyertai Bersatu.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun terkejut dengan tindakan Amiruddin, namun Pas menghormati keputusan tersebut.
“Saya secara peribadi terkejut dengan tindakan beliau, kerana beliau bukanlah golongan yang bermasalah dengan parti dan seorang yang mudah berbincang.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Polis 'larikan' Isteri Orang. Astaghfirullah!
PEMILIK akaun yang menggunakan nama Azam Sniper mendakwa isterinya, Ariyani atau Lily dilarikan anggota polis berpangkat sarjan mejar yang bertugas, di sebuah balai polis di Selangor.
IPOH: Polis menyiasat laporan seorang lelaki yang mendakwa isterinya dilarikan anggota pasukan itu yang bertugas di sebuah balai di Selangor.
Dakwaan lelaki itu menjadi viral di media sosial selepas dia memuat turun gambar isterinya dan anggota polis berpangkat sarjan mejar sejak Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Gan Tian Kee, berkata pihaknya menerima beberapa laporan polis dibuat suami wanita berusia 31 tahun itu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dekat sini.
Katanya, hasil semakan turut mendapati laporan polis turut dibuat anggota polis terbabit dan wanita berkenaan.
"Siasatan dalaman akan dijalankan terlebih dahulu atas salah laku anggota polis berkenaan dan sekiranya terbukti tindakan diambil oleh jabatan berkaitan.
"Polis juga akan meneruskan siasatan jika ada keterangan atau bukti kesalahan jenayah dalam kes ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jumaat lalu, pemilik akaun yang menggunakan nama Azam Sniper mendakwa isterinya, Ariyani atau Lily dilarikan anggota polis berpangkat sarjan mejar yang bertugas, di sebuah balai polis di Selangor.
Dalam status dimuat naik pemilik akaun terbabit, meminta orang ramai yang mendakwa melihat isterinya yang kini menyewa di sebuah bilik di beberapa lokasi di Pahang, agar menghubunginya.
Dia turut memaparkan gambar anggota polis berkenaan serta gambar isterinya. (IH)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Sunday, November 26, 2017
Pembalakan Di Merapoh, K'jaan Pahang Perlu Jawab -Tuan Ibrahim
Kerajaan Pahang perlu memberikan penjelasan berhubung kegiatan pembalakan di Merapoh, Kuala Lipis, yang kini hangat diperkatakan di media sosial, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau merujuk kegiatan pembalakan di hutan tersebut yang dilaporkan melibatkan kawasan seluas 668.79 hektar berhampiran Gua Hari Malaysia, yang dianggap sebagai 'syurga hidupan liar' di kalangan pencinta alam semula jadi.
"Keindahan alam ini telah dicabuli. Ia dikhuatiri akan lenyap apabila aktiviti pembalakan mula dikesan di kawasan berkenaan sejak bulan lalu.
"Kerajaan Pahang perlu mempertahankan dan mengutamakan khazanah ini yang boleh membawa pendapatan berpanjangan daripada industri pelancongan, berbanding pembalakan yang (mendatangkan hasil) sekali lalu.
"Industri pelancongan dapat menambahkan pendapatan penduduk sekitar manakala pembalakan hanya menguntungkan segelintir yang kaya dan berkuasa," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Terletak berhampiran Taman Negara Pahang, terdapat lapan kampung di sekitar kawasan itu.
Justeru selain menjejaskan kawasan pelancongan, kegiatan pembalakan di sana juga mengancam sumber rezeki penduduk tempatan dan bekalan air bersih yang selama ini dinikmati lapan kampung di sekitarnya.
Memetik laporan Freemalaysiatoday semalam, setakat ini dianggarkan 200 hektar hutan telah ditebang.
"Ramai pelancong membatalkan kunjungan ke sini. Mereka ingat dapat tengok hutan hijau tapi apa yang dapat ialah lumpur, bukit digondol. Malah, jalan masuk ke Gua Hari Malaysia juga rosak teruk," menurut wakil penduduk Sabri Zoo, seperti dipetik.
Presiden Peka Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil pula mendakwa pihak terbabit tidak memberikan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), selain berlaku juga kegiatan perlombongan emas yang turut mengganggu bekalan air.
Ia disebalik arahan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin kepada Jabatan Perhutanan Pahang agar memantau pembalakan di sana secara menyeluruh, seperti dilapor Berita Harian pada 2 November lalu.
Dalam laporan sama, Pengarah JAS Pahang, Rosli Zul juga berkata pihaknya akan bekerjasama dengan jabatan perhutanan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara itu, namun pada masa sama berkata EIA hanya perlu jika membabitkan pembalakan berskala besar.
Tuan Ibrahim berkata, PAS menyokong penuh kempen menyelamatkan hutan Merapoh yang dijalankan NGO.
"Apakah hasil pemantauan (jabatan perhutanan)? Apakah berlakunya pembalakan haram, atau lesen diberikan tanpa EIA untuk mengenalpasti apakah khazanah yang ada di sana?
"Atau wujud salah guna kuasa untuk sengaja memecah kawasan pembalakan dan memberi lesen secara kecil-kecilan hanya untuk mengelakkan adanya keperluan untuk EIA?
"Diharap kerajaan Pahang dapat memberikan jawapan dengan kadar segera," katanya lagi. (TKO)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Tragedi M/Raudah, 2 Sebab Komplot As-Sisi-Israel..
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Sekali lagi Islamfobia melanda dunia dengan serangan di tempat suci Islam pada hari mulia Islam dan di negara Umat Islam.
Sekali lagi seluruh dunia dengan kekuatam media Barat menunding ke arah kumpulan Islam yang menyerang Masjid Rawdah. Presiden As Sisi dengan pantas mengadakan sidang akhbar dan berjanji untuk bertindak balas.
Marilah kita lihat beberapa perkara tentang pakatan Zionis untuk burukkan imej Islam:
1) Lokasi Sinai dekat dengan Israel. Ini adalah komplot Israel untuk menghalang Mesir dari rapat kepada pihak Palestin. Mesir adalah memainkan peranan usaha damai HAMAS-FATAH.
Dengan serangan yang dilakukan pihak Israel yang menyamar dengan berjanggut dan bawa bendera Daesh maka Mesir akan menumpukan perhatian kepada isu ini dan juga barangkali menuduh pihak HAMAS juga terlibat.
Lihat apabila serangan berlaku, border Gaza ditutup kepada Palestin.
2) Presiden As Sisi mempunyai rekod buruk jenayah terhadap rakyat sendiri. Apakah kita lupa bagaimana As Sisi mengarahkan tentera Mesir menyerang rakyatnya sendiri di masjid dalam Peristiwa Rabiah dalam bulan Syawal empat tahun lalu?
Jika mangsakematian yang dibunuh rejim As Sisi di Rabiah mencapailebih 2000 orang apalah sangat dengan 300 orang yang barangkali As Sisi berkomplot dengan regim Zionis dalam serangan itu.
Seteruk mana Gerakan Islam,mereka tidak menyerang orang Islam di masjid.
Tetapi tidak kepada Israel yang membunuh ribuan Palestin dan memusnahkan masjid di Gaza. Juga tidak kepada Presiden As Sisi yang membunuh ribuah umat Islam dalam masjid dalam Peristiwa Rabiah. (TKO)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Jumpa RM13J Ada Kaitan Pelacuran &'profil tinggi'.
KOTA KINABALU: Niat asal Jabatan Imigresen untuk melakukan serbuan bagi menyelamatkan mangsa pelacuran bertukar kepada penemuan mengejutkan di dua lokasi yang terlibat. Sejumlah wang bernilai RM13 juta ditemukan pada serbuan tersebut.
Sumber berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai tiga wanita Filipina yang disembunyikan di sebuah hotel di sini dan mahu diselamatkan segera.
Pegawai jabatan itu menjumpai wanita terbabit di spa sebuah hotel dan ketika memeriksa beberapa buah bilik lagi, seramai 17 wanita Filipina lain turut disembunyikan di lokasi tersebut.
Selain tiga ditahan ketika serbuan tersebut dijalankan, Jabatan Imigresen turut menjumpai timbunan wang tunai di bilik berkenaan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafar Ali berkata, sebanyak RM11.88 juta dijumpai di hotel tersebut dan RM1.17 juta lagi di sebuah apartment di sebelah hotel berkenaan.
"Terdapat wang tunai yang dimasukkan ke dalam sampul surat, beg plastik dan bakinya dibiarkan 'terbuka' memandangkan jumlahnya yang terlampau banyak," kata Mustafar.
Kata beliau, pihaknya akan menyiasat sumber wang tersebut dan tujuan ia digunakan. Menurutnya, wanita-wanita yang diselamatkan itu terdiri daripada remaja hingga yang berumur 30-an. Seorang lagi wanita Filipina yang disembunyikan tidak memiliki sebarang dokumen, tetapi tidak terlibat dengan sindiket terbabit.
Mustafar berkata, dua daripada suspek adalah penduduk tempatan manakala yang lain adalah orang Filipina. Beliau berkata jabatan itu menghantar satu pasukan dari ibu pejabatnya untuk menyelaraskan kes yang digambarkan sebagai "profil tinggi."
Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan 2007.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Dr. M, Muhyiddin Sembunyikan Rekod Kewangan?
KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pucuk kepemimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa menyembunyikan rekod kewangan parti yang antara lain menghuraikan sumbangan atau derma yang diterima daripada pihak luar.
Pengasas PPBM, Kamarul Zaman Habibur Rahman yang tidak lagi bersama parti itu mendedahkan, berdasarkan Perlembagaan PPBM, parti sepatutnya mengisytihar sumbangan dana atau derma kepada Majlis Pimpinan Tertingginya, namun setiap kali beliau hadir ke mesyuarat parti perkara itu tidak dibuat.
Dakwanya, keadaan itu amat mengelirukan beliau serta ahli-ahli PPBM kerana parti selama ini begitu melaung-laungkan soal ketelusan dan mengkritik musuh politik yang didakwa tidak mengamalkan integriti tinggi.
“Saya ingin melihat PPBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) kerana mahu ahli-ahli mempersoalkan perkara ini. Saya harapkan ada ketelusan untuk mengisytihar berapa jumlah dana yang dikumpul daripada ahli dan derma yang diterima.
“Selama ini PPBM mengkritik pihak luar kononnya ada berlaku penyelewangan, tetapi mereka sendiri tidak pernah isytiharkan kewangan sendiri (kepada ahli parti),” katanya semasa menjadi seorang daripada ahli panel bual bicara bertajuk Krisis Perlembagaan PPBM: Apa Kesudahannya? di sini Khamis lalu.
Beliau mendakwa, terdapat kemungkinan AGM sengaja tidak mahu diadakan oleh PPBM kerana terdapat beberapa individu yang kini memegang jawatan tinggi di dalam parti tidak mahu kedudukan mereka tergugat.
Beliau juga percaya sekiranya AGM PPBM diadakan, satu malapetaka boleh berlaku terhadap parti itu memandangkan ahli-ahlinya sendiri mempunyai banyak perkara mahu yang dipersoalkan terutamanya mengenai kedudukan dan perjuangan parti.
“Sikap pucuk kepemimpinan PPBM mengecewakan dan membuatkan ahli-ahli parti yang selama ini bertungkus-lumus mencari ahli baharu, menghabiskan wang ringgit dan tenaga untuk menggerakkan parti menjadi mangsa keadaan,” katanya.
Pada masa sama, kata beliau, kegagalan PPBM mematuhi Perlembagaannya untuk mengadakan AGM dalam tempoh setahun atau meminda Perlembagaan tanpa mendapat persetujuan perwakilan sudah dijangka sewaktu parti itu belum ditubuhkan lagi kerana mendapati pimpinan tertingginya tidak mengambil tahu usaha menggerakkan parti di peringkat negeri dan bahagian.
“Mungkin ada perkara lain bermain di fikiran mereka yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi kerana tidak mempedulikan soal parti, PPBM semakin lama semakin bermasalah,” katanya.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Subscribe to:
Posts (Atom)