PARA pendaki bebas menunjukkan kerosakan alatan bersenam di puncak Bukit Relau hari ini.
GEORGE TOWN – Keadaan trek jalan tar berlubang, kemudahan tandas tiada bekalan air serta peralatan senaman usang di lokasi pendakian popular di Bukit Jambul di sini mengundang pelbagai risiko kepada orang ramai yang sering mendaki kawasan berkenaan.
Seorang pendaki, Ahmad Basri Abdullah, 51, berkata, keadaan kemudahan yang tidak diselenggara dengan baik bukan sahaja mengundang risiko keselamatan kepada pendaki pelbagai peringkat umur, malah turut menjejaskan imej lokasi bukit itu yang begitu sinonim dalam kalangan pendaki warga tempatan dan asing.
“Selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng merasmikan tempat pendakian ini pada 2010 melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), kawasan itu kini dibiarkan tanpa seliaan sehingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui di kaki bukit berkenaan. (Kosmo!)
ANTARA wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Noda dijalankan Pasukan D7 Selangor di sekitar Gombak awal pagi tadi. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Polis Selangor menahan 19 wanita warga asing dan tiga lelaki tempatan selepas menyerbu tiga pusat urut di sekitar Prima Sri Gombak, di Gombak, awal pagi tadi.
Serbuan serentak bermula pukul 1.15 pagi itu dijalankan pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada warga Vietnam, Thailand dan Kemboja.
“Wanita-wanita ini dipercayai bekerja sebagai tukang urut manakala tangkapan lelaki membabitkan tiga warga tempatan bekerja sebagai penjaga premis.
“Pemeriksaan terhadap ketiga-tiga premis turut mendapati ia beroperasi tanpa lesen perniagaan sah dan kita merampas peralatan mengurut serta wang tunai sebanyak RM1,088,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tambah Norhizam, semua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 serta Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiga rumah urut tanpa lesen diserbu, lagi menjadi bukti kerajaan BN gagal tadbir negara ini dengan baik.
Adakah gagal kerana 'rasuah' atau kerana sistem jenayah di Malaysia ini memberi ruang kepada perasuah, penjenayah atau pihak pegawai keselamatan bekerjasama mempertahankan maksiat dalam negara ini? Atau bagaimana?
Kembalilah kepada sistem perundangan Islam yang jelas mentarbiah ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Bukan sekurisme. Yakni dengan menolak parti-parti sekular, kecuali PAS dalam PRU 14 akan datang.
Zagreb: Sebuah kumpulan yang disokong oleh gereja menyelar inisiatif sebuah persatuan ibu bapa sejantina Croatia yang akan menerbitkan buku bergambar untuk kanak-kanak yang pertama di negara itu mengisarkan tentang “keluarga pelangi”. Demikian laporan Free Malaysia Today. Buku kanak-kanak berjudul “My Rainbow Family” itu disasarkan kepada kanak-kanak pra sekolah dan akan diberi secara percuma. Tetapi kumpulan Vigilare yang disokong oleh gereja Katolik mendakwa bahawa buku tersebut akan didermakan kepada sekolah-sekolah dan tadika-tadika. Bahkan mereka juga telah meminta menteri pendidikan Croatia untuk mempertimbangkan agar “kemasukan buku sastera kontroversi” itu disekat daripada “memasuki sekolah-sekolah di Croatia”. “Ianya satu tindakan menyembunyikan agenda politik dan ideologi yang jelas,” kata Vigilare dalam satu surat terbuka kepada menteri pendidikan. Perkahwinan sejenis semakin diterima di Barat dengan banyak kerajaan meluluskan undang-undang untuk membenarkannya. Terbaru Australia yang dikelilingi jiran-jiran Asia Pasifik juga sudah meluluskan perkahwinan sejenis. Taiwan pula merupakan negara Asia pertama meluluskan perkahwinan sejenis setelah Mahkamah Persekutuan negara pulau tersebut memutuskan bahawa definisi perkahwinan adalah antara lelaki dan wanita sebagai tidak sah. Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buku ini mula diterbitkan 2007, Pengarang: K. R. Vance. Sangat perlu diawasi samada sudah masuk ke Malaysia atau belum. Perlukah dilarang masuk ke negara ini? Pada saya, kerajaan Malaysia wajib haramkan kerana ia merosakkan generasi akan datang. (IH)
Hanipa sangat bodoh tentang mana yang benar, mana yang palsu. Jadi tak hairan dia boleh sesat tubuh parti Islam baru untuk tandingi PAS setelah tersingkir daripada pemilihan AJK PAS. Pasal agama lagi dia ni bodoh tak tahu mana cerita benar dan cerita palsu dan fitnah terutama dalam sirah sirah sahabat seperti saidina umar..
Hahahah..nabi x pernah mendedahkan mana2 keburukan para sahabat nya.. lebih-lebih lagi saidina umar yang digelar ahlu syaikun (sahabat paling kanan)
Org mngetahui sirah2 nabawi ni dr perawi n keturunan mereka yg disampaikan dan dikitabkn oleh tabien2.
Tanam ank perempuan budaya jahiliah yang digambarkn sebagai penyebab sesorang itu miskin dan papa..jd ramai arab mekah jahiliah yang miskin dan bdoh menanam bayi pompuan..
Saidina umar xpnh menanam ank2 perempuan nya krn dia org kaya dh..dia bangsawan bani adi..ayah nya al khattab peniaga kaya raya..jd dh kaya tanam ank buat ap lagi?😂😂😂..
Rujuk lah kitab sahih sirah dan hayatun sabahah maulana zakaria al kaldahwi rhm taala klu dok silap. Saidina umar memeluk islam bila dia mndengar surah taha yg dibaca ibnu khabab r.a..
Bila dia mndapat hidayah dia terus ke kaabah dan melaungkan syahadah.. Saidina umar jgk menjadi pelindung bagi org2 yg baru memeluk islam..di mana dia mndapat gelaran al faruk krn dia menjaga keselamatan org islam yg beribadat..
itu balasan saidina umar bila bertaubat..mnajdi pembela islam paling berani.. Ayah amru al as,al wail al as mngelarkan dia sebagai singa islam di padang pasir..
Jadi layak nk di bandingkan madey yg siang malam memerangi islam? eh bodooooo..
GS - Kesian kenapa Hanipa Maidin demi nak tunjukkan setia kepada HARAPAN dan bossnya DAP dia akan meneyrang pimpinan PAS dengan pelbagai tuduhan yang semuanya tidak menjurus kepada perbincangan ilmiah.
RIYADH: Seramai 11 putera Arab Saudi ditahan pihak berkuasa selepas didapati berkumpul di istana raja di sini, bagi membantah beberapa langkah kerajaan termasuk menggantung pembayaran bil utiliti mereka.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi enggan mengulas mengenai laporan media tempatan negara itu.
Arab Saudi yang juga pengeksport minyak terbesar dunia, sudah melaksanakan pelbagai pembaharuan, termasuk memperkenalkan Cukai Nilai Tambah (VAT), memotong peruntukan subsidi, selain perbelanjaan kepada ahli keluarga diraja.
Langkah itu diambil susulan penurunan harga minyak mentah, yang menyebabkan negara itu dilanda bajet defisit tahun ini dianggarkan sebanyak 195 bilion riyal (RM207.85 bilion).
Sementara itu, laman web berita dalam talian, sabq.org melaporkan, semua putera terbabit berkumpul di istana, Qasr a-Hokm bagi mendesak pembatalan perintah diraja yang dikeluarkan sebelum ini.
Perintah itu mengarahkan supaya pembayaran bil elektrik dan air kepada semua ahli keluarga diraja dihentikan.
Selain itu, sabq.org turut melaporkan bahawa semua putera itu menuntut bayaran pampasan terhadap hukuman mati yang dikenakan terhadap seorang ahli keluarga mereka.
"Mereka sudah dimaklumkan mengenai kesilapan dalam tuntutan itu, tetapi mereka enggan meninggalkan Qasr al-Hokm.
"Berikutan itu, satu arahan diraja dikeluarkan kepada pengawal diraja untuk campur tangan dan semua putera itu ditahan.
"Mereka kini ditempatkan di penjara al-Hayer sebelum dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan," lapor sabq.org yang memetik sumber.
Bagaimanapun, laporan itu tidak mendedahkan identiti semua putera itu tetapi ia diketuai individu dengan tanda nama S.A.S. - Reuters
KUANTAN – Lelaki yang menyamar sebagai anggota polis semasa melarikan remaja berusia 16 tahun di Sungai Ruan, Raub pada 27 Disember lepas, berjaya ditahan di hadapan sebuah hotel di Ipoh, Perak awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Othman Nanyan berkata suspek berusia 32 tahun yang beralamat di Taman Bukit Indah, Bentong itu ditahan pada pukul 2.05 pagi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Raub.
“Pihak polis turut merampas sepucuk pistol bersama kelopak peluru palsu, dua buah telefon bimbit, sebuah kereta jenis Proton Satria dan wang tunai berjumlah RM100 daripada suspek tersebut.
Siasatan awal mendapati suspek ada tujuh kes di Pahang, Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur membabitkan kesalahan tipu, cabul, curi, menyamar penjawat awam dan rogol,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Namun Othman menambah ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif dan kini direman hingga Selasa depan. Kes itu tular di media sosial apabila netizen digemparkan dengan suspek yang menyamar sebagai Sarjan Faiz.
Pada 27 Disember lepas, seorang wanita membuat laporan polis mendakwa anaknya, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi dilarikan anggota polis bernama ‘Sarjan Faiz’ yang dikatakan bertugas di Balai Polis Sungai Ruan.
Lelaki tersebut meminta izin untuk membantu anaknya membawa pulang sebuah motosikal yang baharu dibeli. Wan Maziah Wan Mat, 37, kemudian melihat mangsa menaiki kereta dipandu oleh suspek berkenaan.
Bagaimanapun pada pukul 3 petang hari sama, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya memberitahu berada di Gua Musang, Kelantan dan memintanya untuk tidak bimbang kerana akan pulang tidak lama lagi.
Mangsa pulang ke Raub pada 29 Disember lalu, dengan menaiki bas setelah suspek bertindak menghantarnya ke stesen bas Pekeliling, Kuala Lumpur sebelum itu, kata Ketua Polis Daerah Raub, Supt. Wan Mohd Zahari Wan Busu.
Beliau turut mengesahkan bahawa tiada anggota polis bernama Faiz di balai itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan individu dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam. – BERNAMA
ISRAEL merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, menghormati hak sama rata dan mempertahankan kebebasan beragama, puji seorang anak Malaysia, Muhammed Yusoff Rawther.
Tulisan si pemuda Melayu yang berasal dari Pulau Pinang ini diterbitkan Israel National News bertajuk ‘Seorang Anak Malaysia, Berdiri Bersama Israel tular dalam kalangan netizen seluruh dunia khasnya penyokong Zionis.
Ramai pengguna media sosial terutama aktivis Yahudi memuji keberanian warga Malaysia ini sanggup berdiri teguh mempertahankan rejim Israel yang memerintah negara haram itu termasuk misi suci untuk menawan Baitulmaqdis.
Muhammed Yusoff dalam penulisannya yang sebelum ini pernah diterbitkan oleh sebuah portal propembangkang tempatan, bagaimanapun telah dipadamkan hanya beberapa jam selepas dikongsikan meluas kepada umum.
Dalam artikelnya itu, beliau membuat dakwaan konon rakyat Palestin adalah pengganas yang tidak ingin proses keamanan dan pada masa sama memberi gambaran tindakan Israel dalam mempertahankan hak kedaulatannya.
Ini termasuk penggunaan kereta kebal moden dan senjata berat canggih untuk bunuh penduduk awam Palestin buat tunjuk perasaan bantahan sambil beliau merujuk langkah biadab Israel itu sebagai pihak yang cinta keamanan.
“Media secara tipikal memberi gambaran bosan bahawa serangan ke atas Palestin adalah “kekecewaan terhadap ketiadaan perkembangan ke arah keamanan” seolah-olah keamanan pernah menjadi matlamat pihak pengganas.
“Pada masa yang sama mereka (media anti-Israel) memberi gambaran bahawa tindakan Israel mempertahankan kedaulatannya adalah konon satu bentuk serangan ke atas penduduk awam yang menyokong keamanan.”
Pada masa yang sama, Mohammed Yusoff juga menyatakan bahawa konon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang munafik semula jadi kerana bersikap untuk pilih kasih dalam isu konflik Palestin-Israel ini.
“Ahli-ahli politik Malaysia termasuk Najib, telah membuktikan kemunafikan semula jadi mereka dengan pilih kasih dalam isu ini,” tulisnya merujuk kelantangan pemimpin negara pertahan kesucian Baitulmaqdis milik umat Islam.
Menurut Muhammed Yusoff lagi, Baitulmuqaddis konon merupakan kawasan majoriti penduduk Yahudi sejak lebih 200 tahun lepas dan tuntutan bangsa Arab Palestin ke atas kawasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
“Baitulmaqdis pernah menjadi ibu negara kepada tiga pemerintahan, kesemuanya Yahudi sejak 3,000 tahun lalu dan telah memiliki majoriti penduduk Yahudi yang baru semenjak pemerintahan Uthmaniyah pada dekad 1800-an.
“Bangsa Arab Palestin tidak pernah memerintah mana-mana bahagian Baitulmaqdis, menjadikan dakwaan mereka ke atas bandar itu sesuatu tidak masuk akal,” tegas Muhammed Yusoff sekali gus menafikan fakta sejarah lama.
Beliau dengan nada angkuh juga mendakwa bahawa konon hak sama rata di Baitulmaqdis hanya dapat dilaksanakan setelah kawasan itu ditawan oleh rejim Zionis pada 1967 walhal semua maklum apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Hanya setelah Israel menyatukan bandar itu terdapat hak sama rata dan laluan kepada kawasan suci itu untuk penganut semua agama,” tulis Muhammed Yusoff bagi menghalalkan pendudukan haram peneroka Yahudi di situ.
Israel ujarnya ada tuntutan sah ke atas kawasan yang ditaklukinya pada 1967 kerana tempat itu konon diperoleh dalam keadaan mempertahankan kedaulatan Yahudi dan perkara ini selari dengan undang-undang antarabangsa.
“Israel mempunyai tuntutan tambahan yang sah ke atas tanah diperoleh selepas 1967 kerana tanah ini diperolehi dalam peperangan defensif, selari dengan undang-undang antarabangsa,” kata Muhammed Yusoff lagi.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa Israel sedang cuba sedaya upada untuk memperbaiki keadaan dan sebenarnya umat Palestin yang enggan hidup dalam keamanan serta tidak bersedia untuk bekerjasama di meja rundingan.
“Pada dasarnya, apa yang Israel boleh buat adalah untuk mengurus situasi, dan perkara telah dilaksanakan dengan sebaiknya oleh negara itu. Bangsa Arab Palestin sebaliknya tidak berminat untuk merealisasikan keamanan.
“Mereka juga tidak bersedia pun untuk bekerjasama di meja rundingan,” kata Muhammed Yusoff. Setakat ini belum dapat dipastikan kesahihan maklumat pemuda ini sama ada memang betul atau sengaja direka atas tujuan tertentu.
Namun, baru-baru ini netizen tempatan pernah dikejutkan dengan artikel disiarkan oleh portal antikerajaan yang memuji Israel dan mengutuk Palestin termasuk mendakwa konon Yahudi lebih berhak ke atas tanah didudukinya.
Tahun lalu, beberapa bekas tokoh Melayu DAP pernah mendakwa parti tersebut menerima dana rahsia daripada Israel untuk misi khas menggulingkan kerajaan BN yang diterajui UMNO pada pilihan raya umum akan datang.
Setakat ini, DAP tidak berani menyaman pihak terbabit di sebalik umum maklum, parti berkenaan didakwa pernah berhasrat membuka Kedutaan Israel di Malaysia jika berjaya menawan negara ini. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada sekoq lagi ' Melayu Otak Israel' di Pulau Pinang.. Mungkinkah ini anak didik DAP?