Monday, January 08, 2018

TG Abdul Hadi, Mahathir &Najib, Siapa PM Pilihan Anda?

Hasil carian imej untuk abd Hadi , mahathir , najib

Assalamualaikum,,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,



Pilihan untuk menjadi pemimpin no 1 nampaknya di antara 3 pemimpin utama parti parti utama yang akan bertanding dalam PRU 14 iaitu, BN, PH dan PAS yang mengetuainya Gagasan Sejahtera. 

Najib pilihan dari BN, Mahathir yang dikatakan akan berpindah kepada DSAI adalah pilihan PH dan sudah tentu TGHH adalah pilihan PAS.Pengundi terlebih dahulu perlu memilih parti yang bakal memerintah dan mana mana parti yang menang itulah calon Perdana Menterinya yang merupakan pemimpin no 1 Negara.Antara ketiga tiga calon ini, siapa yang bakal dipilih? 


Mahu Najib terus menjadi PM bermakna pengundi setuju untuk terus dipimpin oleh penyamun.mahu Mahathir jadi PM bermakna pengungdi mahu kembali diperintah oleh bekas penyamun besar yang merupakan guru besar kepada Najib. Mahu TGHH pula bagaimana? TGHH bukan penyamun walaupun pernah dicop sebagai pengganas oleh Mahathir.Fakta dan bukti yang nyata, TGHH tidak pernah mengganas malah pernah menghentikan satu risiko keganasan pada tahun 2004 di Kuala Terengganu ketika hantu Derih Jusoh merasuk peti undi untuk merampas Terengganu dari PAS.

Majalah Time pula pernah meramalkan TGHH akan menjadi pemimpin negara satu hari nanti dengan artikal kalau tak silap bertajuk "Would one day, he will lead a country?".Siapa pilihan rakyat aka pengundi? Pilihan telah diberi antara penyamun, bekas penyamun atau pengganas yang tidak pernah mengganas.

Dari sudut penampilan dan karektor pula, Mahathir menampilkan dirinya dengan karektor jahil agama yang mulutnya celupar dan tak terkawal, boleh kata apa saja nampak perlu menapis apa apa, dia boleh kata apa saja walaupun kata katanya boleh kantoi sekelip mata tetapi dia akan tetap berkata kata dengan kata kata yang sama.

Najib pula lebih teliti, dia boleh terlajak cakap tetapi cepat membetulkan perkataannya walaupun dengan tujuan mempengaruhi orang ramai.Walaupun tujuannya untuk poket sendiri tetapi dia pandai memusingkan kata katanya dengan harapan orang tak perasan.

Tetapi TGHH seorang yang berkarektor pendiam, bercakap bila perlu tetapi banyak bercakap dengan Tuhannya menerusi zikir zikirnya.TGHH adalah satu diantara pemimpin yang boleh jadi imam solat jemaah berbeza dengan Najib dan Mahathir yang tak ada kelayakan langsung untuk jadi imam solat jemaah dan TGHH adalah juga antara pemimpin yang sering bangun malam untuk bertahajjud yang tidak ada pada kedua dua Najib dan Mahathir.

Mahathir dan pengikutnya hanya bercakap mengenai 1MDB, Felda dan rasuah kerajaan Najib tetapi tetap memberi laluan kepada LGBT dan golongan Athies untuk mendapatkan hak mereka yang tidak pernah ujud,pendek kata Mahathir dan partinya hanya berminat untuk menjadikan hal hal dunia sebagai dasar perjuangannya sedangkkan TGHH dan partinya PAS meletakkan perkara perkara akhirat sebagai keutamaan sementara hal hal dunia akan diperbetulkan dengan sendirinya apabila urusan akhirat diperbetulkan.

Itu beza antara TGHH dan Mahathir sebagai dua pihak yang melawan Najib yang juga berminat dengan hal hal dunia. Juga beza antara parti PAS dengan PH dan juga BN. Perbezaan inilah yang bakal menjadi perkara utama kepada pengundi khususnya yang beragama Islam.

Siapa pilihan anda? 
(TKO)


 Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

Berebut Kerusi. Dr Hatta Letak Jawatan Pengerusi Amanah WP..




KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Hatta Ramli didakwa bertindak meletak jawatan sebagai Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan selepas partinya tidak diberikan kerusi parlimen Titiwangsa.
Sumber dalaman Amanah Wilayah Persekutuan memberitahu Dr Hatta bertindak melepaskan jawatannya ketika rundingan akhir pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan sedang berlangsung pada Sabtu.
Namun, difahamkan Dr Hatta akan diberikan kerusi yang lebih selamat berbanding Titiwangsa yang dikatakan sukar untuk ditawan kerana pengundi di kawasan tersebut menerima baik khidmat penyandang sedia ada, Datuk Johari Abdul Ghani yang juga Menteri Kewangan II.
“Dr Hatta kecewa sebab dia sasar kerusi Titiwangsa dan sudah buat kerja di kawasan itu sudah lama.
“Tapi difahamkan Amanah akan beri dia bertanding di kawasan yang lebih berpotensi untuk menang,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.
Dr Hatta merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang tewas pada pemilihan parti itu pada 2015.
Ahli Parlimen Kuala Krai itu bersama dengan pimpinan lain yang disingkirkan bertindak menubuhkan Amanah.
Kerusi parlimen Kuala Krai dimenangi ketika masih bersama Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pada PRU14 nanti, Amanah diberikan tanggungjawab untuk bertanding di 27 kerusi parlimen.
Pakatan Harapan menyasarkan untuk bertanding di 165 kerusi parlimen pada PRU14 nanti dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding 52 kerusi, PKR (51) dan DAP (35) – Astro Awani

50,000 Pekerja Diberhentikan Pada 2018, Apa Tindakan Atasi?



PIHAK kerajaan digesa supaya melihat secara serius terhadap tren pemberhentian pekerja yang semakin meningkat sejak 2015.  Laporan berita bahawa dijangka 50,000 pekerja akan diberhentikan pada 2018 sangat mencemaskan kerana dalam sebuah negara yang bergantung kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, tren ini boleh menjejaskan kualiti hidup rakyat.
Demikian dinyatakan oleh Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden Teras Pengupayaan Melayu, bercakap mewakili TERAS (Pengupayaan Melayu) dan Mapim (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) melalui HARAKAHDAILY 7/1/2018 semalam.
Menurut beliau, laporan yang disiar dalam akhbar tempatan kelmarin melaporkan Pengarah Eksekutif Persukutuan Majikan Malaysia menyatakan sektor perbankan, insurans, pembinaan dan peruncitan juga dijangka mengalami pengurangan pekerja.
"Kami menggesa pihak kerajaan meneliti tren ini dengan terperinci agar suatu perancangan menukar kebergantungan kepada pekerja luar dikurangkan bagi memastikan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan yang lebih luas. Sementara itu pelbagai skim melindungi kebajikan pekerja hendaklah dinilai semula agar majikan tidak sewenang-wenangnya membuang pekerja tanpa melihat nasib mereka.
"Kami menyarankan supaya sektor pertanian diberi lonjakan baru terutama dalam sektor makanan agar ia dapat menyerap pekerja mencari pendapatan yang terjamin.
"Kami juga melihat pengangguran graduan tempatan juga suatu tren yang perlu diperhatikan. Meningkatkan kemahiran dan kemampuan menjadi usahawan yang berjaya perlu diusahakan. Pelbagai institusi kemahiran teknikal dan vokasional masih belum dapat melahirkan usahawan yang mencukupi dalam kalangan graduan universiti.
"Skim gaji minimum, sistem insurans pekerja, cuti bersalin serta pasaran pekerja yang tidak kompetitif adalah faktor yang perlu diberi perhatian. Akan tetapi kebajikan dan perlindungan pekerja tidak boleh dikompromi supaya pekerja tidak boleh dieksploitasi dengan mudah.
"Kami menyeru pihak kerajaan meneliti isu ekonomi negara yang berkait dengan soal menerima terlalu ramai pekerja luar. Daripada lebih 6 juta pekerja swasta, pekerja asing nampaknya mendominasi pasaran pekerja. Ini menandakan tren bekalan pekerja dari luar jauh lebih besar dari pekerja di dalam negara sendiri.
"Tren sektor pembuatan semakim malap sepatutnya sudah dapat dikesan. Pihak kerajaan perlu lebih proaktif melihat tren global ekonomi dunia." Jelas beliau.
Akhirnya beliau juga mencadangkan, "Kami masih berpendapat ekonomi negara yang terlalu bergantung kepada FDI (pelaburan langsung asing) perlu dinilai semula. Kini pembukaan pelaburan kepada negara luar dalam sektor hartanah juga bakal melihat profil pekerja luar akan terus meningkat di dalam negara ini." (IH)
 Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

Tun M Jadi PM "sekejap", Jika PH menang PRU14..

Post Pic


SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) hari ini  mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri "sementara" jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan. 

Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan hanya dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Dr Mahathir apabila gabungan itu mengusahakan pembebasan beliau, kata   Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah. 

Anwar dijangka dibebaskan dari penjara pada 8 Jun depan, selepas menjalani hukuman lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008. 

Bagaimanapun untuk dilantik terus menjadi Perdana Menteri sebaik saja keluar penjara, Anwar perlu mendapat pengampunan Yang diPertuan Agong. 
Justeru sifir politik PH berkemungkinan menyaksikan Dr Mahathir hanya menjadi perdana menteri untuk tempoh singkat jika pengampunan Di-Raja itu diperolehi cepat, dengan syarat PH memenangi PRU 14. 

PRU14 harus diadakan menjelang Ogos ini. 

Saifuddin memberitahu Konvensyen PH bahawa segala usaha akan dibuat untuk "menabal" Anwar sebagai perdana menteri menerusi pengampunan diraja. 

"Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan PH dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas PH akan mengambil alih pentadbiran negara, agar datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam kerajaan persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri Ke-8," kata Saifuddin.

Beberapa pihak sebelum ini membidas PH kerana mahu menggunakan pihak Istana untuk mencapai agenda politik menjadikan Anwar sebagai perdana menteri. 

Mereka berpendapat pihak Istana tidak harus diheret dalam percaturan sedemikian kerana ia melibatkan kewibawaan institusi diraja itu sendiri. (http://antarapos.com)

Cosplay Dewa Anime Adalah Haram -Mufti W/Persekutuan



Kuala Lumpur: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berfatwa adalah haram untuk mengenakan kostum adi wira anime sekiranya pakaian tersebut menyerupai dewa-dewa dalam agama atau kepercayaan lain atau rekaan seperti Beerus, Haruhi Suzumiya, Deus Ex Machina dan lain-lain.

Mufti berkata, “Sekiranya ada yang mempersoalkan kaitan pemakaian kostum dewa-dewa dengan akidah, kami katakan bahawa ia bukan isu tergugat atau rosaknya akidah tetapi ia adalah isu jati diri seorang Muslim.” 

Begitu juga dengan pakaian kostum yang menyebabkan aurat sang pemakainya terdedah, hukumnya adalah haram. Beliau juga mengatakan bahawa pakaian kostum yang memerlukan belanja yang besar sehingga membazir juga adalah haram. 

Beliau menukilkan pandangan Al-Maraghi sebagai penjelasan lanjut kepada kesimpulan fatwanya itu: “Al-Maraghi menyatakan Allah SWT menghendaki manusia bersikap sederhana dalam melakukan sesuatu kerana Allah dan tidak suka sama sekali mereka yang melampaui batas.” 

“Bahkan Allah SWT menghukum mereka atas sikap berlebih-lebihan ini sesuai dengan bahaya dan kerosakan yang mereka timbulkan. Ini kerana, mereka telah melanggar sunnah-sunnah fitrah dan berbuat jahat terhadap diri mereka sendiri serta harta mereka.” 

Berkenaan mereka yang memakai kostum pakaian adi wira dengan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, hukumnya adalah makruh menurut tokoh agamawan tersebut. Mengulas lanjut mengenai hukum kemakruhan tersebut, beliau berkata, “Memakai pakaian yang menyalahi adat kebiasaan orang ramai adalah makruh kerana ia membawa kepada menunjuk-nunjuk dan juga umpatan orang lain.” 

Nabi SAW juga melarang umatnya daripada sifat menunjuk-nunjuk dalam berpakaian. Hal ini kerana, sikap tersebut akan mendatangkan fitnah tidak hanya kepada pemakai malah turut kepada agama Islam,” katanya lagi. (menara.my/)

 Lihat sebelum ini..

Hasil carian imej untuk undi siapa

Populis: Janji PH 'Bodohkan Rakyat' Jika Menang PRU 14..



ANTARA contoh pendekatan populis dalam politik adalah apa yang ditawarkan oleh pemuda PH sebagai janji jika menang PRU14. Mereka mahu berikan hak penyiaran EPL kepada RTM. Dengan erti kata lain, siaran tersebut bakal diberikan percuma kepada rakyat.
Persoalannya,
  1. Apakah keperluannya anak muda dengan EPL? Apakah ianya satu perkara bersifat doruri? Apakah ia adalah masalah utama anak muda yang membawa kepada pengangguran dan ketirisan intelektualiti?
  2. Apakah berbaloi untuk membelanjakan sekurang-kurangnya 1 bilion ringgit untuk mengambil alih hak penyiaran EPL daripada astro? Apakah sudah tiada keperluan lain untuk dibelanjakan jumlah wang sebesar itu? Apakah rakyat sudah kaya raya?
  3. Apakah PH mampu melakukannya secara realiti? Ia terikat dengan kontrak dan pihak swasta.  Atau apakah ia hanya sandiwara PRU sebagaimana janji DAP untuk menghaluskan tol di Penang semasa PRU13 dahulu?
  4. Kenapa perlu menjanjikan hiburan kepada anak muda sebagai manifesto PRU? Adakah itu menggambarkan wawasan pemuda PH? Hedonisme? Bukan menolak hiburan, tetapi adakah ianya prioriti dan fundamental dalam membina generasi masa hadapan?
  5. Bukankah dalam PH ramai so called profesional, progresif, proton? Takkan ini sahaja tawaran untuk anak muda? Bukankah Pemuda PH ada armada, ada AMK, ada macam-macam lagi nama bombastik? Kenapa tidak ada langsung idea membina untuk generasi masa depan negara?


Inilah pendekatan politik populis yang ditentang oleh PAS. Asal sahaja satu perkara disukai oleh (sebahagian) rakyat, kita gunakan untuk raih sokongan tanpa ambil kira baik buruk untuk negara.
Inilah bentuk politik populis yang memperbodohkan rakyat. Mereka hanya menabur janji tetapi ia sangat kabur dari realiti. Sangat tak logik. Percayalah, ia hanya pembohongan sebagaimana yang selalu BN taburkan dalam kempen pilihan raya. Sama sahaja.
Inilah populis yang merosakkan negara. Menjulang demokrasi sampai hanyut dengan kehendak jahiliah. Sepatutnya pemimpin perlu memimpin, bukan mengikut trend pengikut.
Maaf. Populis bukan budaya politik Islam. Ia budaya politik barat yang sedang menuju kehancuran. Belajarlah dari keruntuhan yang sedang melanda Amerika.
Dunia sudah bercakap mengenai Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Dunia sudah berwacana mengenai Fourth Political Theory. Jangan bawa rakyat ke medan politik primitif lagi. – HARAKAHDAILY 7/1/2018

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

Berebut Kerusi, Amanah Johor Boikot Konvensyen PH..

Amanah Johor boikot konvensyen PH, pimpinan tagih kerusi DUN

SHAH ALAM: Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) akan cuba mendapatkan lebih banyak kerusi Dewan Undangen Negeri (DUN) Johor untuk diberikan kepada pimpinan parti negeri selepas kegagalan mereka mendapatkan bilangan kerusi parlimen yang diingini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Amanah Johor membuat keputusan untuk memboikot Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Idea (IDCC)l, berikutan ketidakpuashatian mengenai pengagihan kerusi di kalangan Pakatan Harapan Johor.


Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, memang risiko perkara seperti rasa tidak puas hati akan timbul, namun tegasnya, masih ada ruang perbincangan.
“Sebagai pemimpin nasional, kami melihat dari perspektif yang lebih luas demi kepentingan Pakatan Harapan. Di Johor memang jumlah kerusi (parlimen) untuk kami agak kecil, dan sebab itu kami bersedia untuk bekerja lebih keras bagi kerusi-kerusi DUN,” katanya kepada pemberita di IDCC, hari ini.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dilaporkan berkata, mereka hanya mendapat dua daripada lima kerusi parlimen yang diminta, iaitu Parit Sulong dan Pulai.

"Jadi kami rasa tak perlu datang. Semua pemimpin Amanah Johor tak datang,” katanya dalam laporan itu.

Mengulas pendirian Amanah Johor itu, Salahuddin berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menghargai pandangan dan tindakan mereka, namun beliau bertegas semua pihak harus memikirkan perkara yang lebih besar dan menuju ke hadapan.

“Saya tidak rasa ia melanggar konsensus Pakatan Harapan...dan perkara sebegini memang biasa terjadi,” katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, beliau akan berjumpa dengan pengerusi parti iaitu Mohamad Sabu sewaktu perjumpaan Amanah peringkat Wilayah Persekutuan bagi berbincang mengenai isu di Johor.

Di samping itu, kata Anuar, pihaknya juga akan turun ke Johor untuk berjumpa dengan pimpinan parti negeri untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut. (AA)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian parti Amanah, kononnya selepas terlepas dari mulut harimau, tiba-tiba berdepan pula dengan mulut buaya..

 Lihat sebelum ini..

Hasil carian imej untuk undi siapa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails