Sunday, January 14, 2018

Terowong, Syarikat Fesyen Pegang Saham Terbesar.. DAP Bohong?


 Post Pic
MCA persoal syarikat fesyen pegang saham projek terowong dasar laut

SHAH ALAM: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan kewajaran syarikat fesyen tempatan, Voir Holding menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat kenderaan kegunaan khas (SPV) berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Wee berkata kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng itu mengumumkan pada awal 2013 bahawa saham dalam syarikat itu diberi kepada dua syarikat pembinaan gergasi China, dengan sokongan modal berbayar RM4.6 bilion.

“Tetapi hari ini, pemeriksaan kami mendapati kedua-dua syarikat gergasi dari China itu tiada lagi dalam senarai pemegang saham SPV manakala 39 peratus saham lagi dipegang individu lain.
“Apakah kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong kepada orang ramai dan cuba bermain umpan dan alih?” katanya dalam satu kenya­taan di sini, hari ini.

Tambah Wee, ini bermakna projek infrastruktur yang kononya dikatakan diberikan melalui persaingan terbuka itu adalah tidak sah sama sekali.
Beliau memberitahu, kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menjawab segala persoalan yang ditimbulkan kerana rakyat berhak mengetahui kisah di sebalik pemberian kontrak berbilion ringgit kepada syarikat yang majoriti sahamnya dipegang oleh syarikat fesyen.

Tender bagi pembinaan terowong bawah laut sepanjang 7.2 kilometer dan tiga lebuh raya itu diserahkan kepada Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. (Zenith) yang mengandungi beberapa anak syarikat. (-sh-)

Sama saja, DAP, UMNO, PAN..

Seks Bintang Porno-Trump: Bayar AS$130,000 Untuk Rahsiakan.


Stephanie Clifford dilaporkan dibayar AS$130,000 (RM516,130) untuk merahsiakan skandal hubungan seksnya dengan Presiden Donald Trump. – Gambar WikiMedia, 13 Januari, 2018.r

PEGUAM peribadi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membayar seorang bekas pelakon porno sebanyak AS$130,000 (RM516,130) sebelum pilihan raya 2016 bagi memastikan skandal hubungan seksnya dengan Trump tidak diketahui umum, lapor The Wall Street Journal (WSJ) semalam. 

Seorang pegawai di Rumah Putih menafikan laporan terbabit di mana Stephanie Clifford berkata dia bertemu Trump di sebuah acara golf selebriti pada 2006, iaitu setahun selepas Trump mengahwini isterinya, Melania. 

WSJ melaporkan Clifford yang menggunakan nama glamornya Stormy Daniels berkata, beberapa pertemuan berlaku selepas itu. Michael Cohen yang lama berkhidmat sebagai peguam telah membayar Clifford pada Okotber 2016 - sebulan sebelum pilihan raya - di bawah perjanjian termasuk perjanjian tertutup, lapor akhbar itu. 

"Ini laporan lama yang dikitar semula, diterbitkan dan telah disangkal sebelum pilihan raya," pegawai di Rumah Putih berkata. 

Ketika kempen presiden berjalan, muncul sebuah rakaman video memaparkan Trump dengan bangganya berkata dia boleh meraba wanita sesuka hati. Trump menafikan semua dakwaan itu sebagai pembohongan serta berkata komen yang dirakam itu palsu. 

Namun, bekas pengacara "Access Hollywood", Billy Bush berkata dia dan tujuh orang lain menjadi saksi kepada kenyataan lucah Trump itu. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah yang akan terjadi bila berkiblat kepada politik AS. Pemimpin umat Islam buang politik Islam, termasuk Malaysia, walaupun sudah ada parti Islam. 

Jangan lupa undilah PAS dalam PRU 14 ini, selamat dunia akhirat!

Siapa  pengampu PM?
Hasil carian imej untuk gambar lim guan eng najib
Hasil carian imej untuk gambar lim guan eng najib
Hasil carian imej untuk gambar lim guan eng najib


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

B/Hakim Negara Dipecat Tun M, Ziarah A/Hadi. M/Kini Tak Nak Wawancara.


Berita Tak ada dalam Malaysiakini, Bekas Hakim Negara dipecat Tun Mahathir ziarah Abdul Hadi

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, menerima kunjungan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas, di kediaman beliau di sini.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Hadi berkata, Salleh merupakan individu penting dalam krisis kehakiman 1988 ketika zaman Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau merupakan bekas Ketua Hakim Negara yang tidak asing lagi dengan sejarah hitam krisis kehakiman dan perlembagaan tahun 1988 sehingga beliau dipecat sewaktu ‘Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan’ memerintah negara," katanya sinis yang dipetik menerusi Facebooknya.


Salleh Abas seorang yang cukup dikenali sebagai ketua hakim Malaysia yang telah dipecat semasa krisis perlembagaan, sekali gus mengakibatkan beliau kehilangan pencennya.

Kejadian ini dianggap secara meluas sebagai peristiwa yang mencetuskan pengurangan yang ketara terhadap kebebasan badan kehakiman Malaysia, serta melahirkan sindiran terhadap apa yang dikatakan pengamalan pengasingan kuasa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia.



XOXO - Mahathir kata bukan dia nak pecat tapi Sultan, kerana Sultan sudah meninggal tak boleh bela diri. Malaysiakini pula tak nak wawawcara Tun Saleh kerana dia tahu apa sebenarnya berlaku. Wawacara Mahfuz supaya mudah hentam PAS.... Itu akhbar suka fitnah kini kena bayar sama 350k.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Tsunami Melayu: Ranapkan PH S'ngor, Beri Kelebihan Buat PAS Tadbir.


Abdul Hadi

TSUNAMI Melayu pada PRU14 ini bakal meranapkan impian Pakatan Harapan (Harapan) kekal di Selangor, sekali gus memberi kelebihan buat Pas mentadbir negeri.

Malah, pertemuan tiga penjuru yang dijangka berlaku di setiap Dun dan parlimen, sama sekali tidak menggugat peluang parti Islam itu menang meskipun tanpa PKR dan DAP.

Menurut Yang Dipertua Pas kawasan Puchong, Mohd Soffiean Ismail, Pas yakin strategi dan gerak kerja yang diatur di setiap Dun dan parlimen berupaya menambah baik kedudukan parti itu berbanding pada PRU13.

“Pilihan raya kali ini, pengundi teras kepada Pas adalah kalangan kaum Melayu dan kita rasa sudah ada syarat untuk berlaku satu perubahan besar.
“Jika PRU13 berlaku tsunami Cina tetapi pilihan raya kali ini kemungkinan berlaku tsunami Melayu berikutan perkembangan semasa yang berlaku dalam Harapan,” katanya.

Beliau menambah, soal calon di setiap Dun dan parlimen juga telah dimuktamadkan, dan jentera Pas Selangor kini bersiap sedia sepenuhnya, hanya menunggu masa pembubaran berlaku.

Tandingi semula kerusi Pas


Bagi Pas kawasan Kapar pula, kesemua kerusi akan ditandingi termasuk Dun dan parlimen yang sebelum ini diwakili oleh Pakatan Rakyat.

Yang Dipertua Pas Kapar, Noor Najhan Mohd Salleh berkata, ia bagi memastikan hasrat Pas mentadbir Selangor pada PRU14 menjadi realiti.

“Kalau PRU13 lalu, Parlimen Kapar dan dua Dun di Sementa serta Sungai Pinang adalah milik PKR dan DAP.

“Tetapi kali ini, Pas akan bertanding semua kawasan Dun Kapar atas dasar tiada tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP. Maka, kita akan bertanding semua kerusi di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata, kali terakhir Pas bertanding bagi kerusi Kapar adalah pada 1999 dan kemudian diserahkan kepada PKR. Menurutnya, matlamat Pas adalah kemenangan, maka jentera parti bergerak ke arah itu.

“Matlamat perjuangan kita tetap sama dan isu menang kalah itu telah kita lalui. Pastinya kita turun untuk menang, jadi jentera kita menggambarkan ke arah itu,” ujarnya.

Tambah Noor Najhan lagi, Pas Selangor akan pastikan sokongan padu rakyat terhadap Pas, termasuk pengundi bukan Melayu.

“Pastinya Pas tetap akan menjadi sebahagian daripada kerajaan. Kita dalam pilihan raya nak kuasa bagi membawa rakyat ke arah kebaikan.
“Akan datang kita akan mempertahankan kemenangan Gagasan Sejahtera, bukan Pakatan Harapan, bukan BN. Kita berdiri atas tiket kita sendiri,” tegasnya.

Ada kawan atau tidak, lawan tetap lawan Pas yakin dapat mengekalkan kemenangan di Selangor walaupun bersendirian dan tidak lagi  bersama parti pembangkang. PRU13 menyaksikan Pas ketika bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, menang 15 kerusi Dun di Selangor, PKR 13 dan DAP 14 kerusi.

Kedudukan ini, menurut Yang Dipertua Pas Kawasan Sungai Besar, Mohd Fadzin Taslimin, Pas positif dapat mengekalkan kedudukan di Selangor.


“Ada kawan atau tidak, siapa pun lawan kita, tidak timbul isu. Pas tidak ada masalah. Ya, matlamat kita mahukan kemenangan dan kita berusaha ke arah itu walaupun bersendirian.
 “Kerana itu, Pas meletakkan akan bertanding hampir di kesemua kerusi di Selangor walaupun berlaku pertembungan tiga kerusi,” katanya.

Katanya, perubahan politik di Selangor menunjukkan Pas mempunyai kekuatan sendiri.

“Bahkan Pas akan terus mendapatkan sokongan rakyat dan pengundi termasuk NGO di Sungai Besar.
“Ini menunjukkan rakyat mulai faham dengan matlamat dan perjuangan parti ini, dan Pas tidak perlu terlalu bergantung kepada isu semasa semata-mata," katanya.

Optimis kemenangan menjadi milik parti itu, Mohd Fadzin mendakwa undi Pas tidak pernah merosot malah bertambah walaupun Pas sudah berusia 60 tahun.
Tetap pertahankan Selangor walau badai melanda. Tidak dinafikan pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan dalam mana-mana pilihan raya.


Namun, tiga atau empat penjuru sekalipun, Pas mempunyai potensi  menang besar di Selangor, meskipun tanpa Harapan. Yang Dipertua Pas Kawasan Sepang, Ir Mohd Haslin Hassan berkata, pilihan raya adalah proses demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding. 

“Tetapi ia bergantung kepada kekuatan parti masing-masing, dan apabila tiba masa mengundi rakyat menilainya.
 “Bagi Pas, secara tradisi mana-mana kerusi yang diletakkan calon, kita akan hadapi sesiapa juga yang akan bertanding. Pas tetap lawan sesiapa sahaja, dan tidak mustahil Pas akan menang lebih banyak kerusi,” katanya.

Dalam usaha mengekalkan kerajaan negeri, Pas akan pastikan musuh politik iaitu BN dan parti lain tidak boleh menguasai Selangor.

“Pas akan pastikan Selangor tidak akan jatuh ke tangan musuh. Kita mahu pertahankan kerajaan sedia ada,” katanya.

Kerjasama tetap diteruskan. 
Sementara itu, kerjasama Pas dan Kerajaan Selangor tetap diteruskan walaupun Pas tidak bersama dalam Pakatan Harapan. Perbezaan matlamat dan perjuangan tidak bermaksud Pas perlu mengetepikan amanah rakyat untuk menerajui Selangor.


Sejak 2008, katanya Pas memberikan sumbangan besar kepada kerajaan negeri. Yang Dipertua Pas Kawasan Ampang, Khasim Aziz berkata, tekad Pas untuk mengekalkan kerajaan negeri, sekali gus menolak tohmahan bahawa Pas tidak pernah membuat sebarang perjanjian dengan Umno.

“Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersatu di atas pentas sama, kerjasama ini  demi kebajikan rakyat dan atas matlamat sama, bukan kerana politik atau ada perjanjian dengan Umno.
“Dakwaan itu hanya cubaan mencipta persepsi negatif dan propaganda buruk yang tidak selayaknya dan hanya mengelirukan  rakyat” katanya. (TKO)


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

Terowong: Satu Kata Bayar, Satu Bukan. Apa Ni LGE, Penin Kuut?


GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang didakwa mengeluarkan kenyataan yang bercanggah berhubung pembayaran laporan kebolehlaksanaan (feasibility) bagi projek mega melibatkan terowong dasar laut dan tiga lebuhraya di negeri ini.
Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, mengikut pencerahan yang dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng semalam, kerajaan negeri tidak membuat sebarang bayaran ke atas laporan kebolehlaksanaan bagi pembinaan terowong dasar laut di negeri ini.
Tambahnya, pembayaran RM208 juta secara pertukaran tanah itu dibuat untuk laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek tiga lebuhraya dan bukannya untuk laporan kebolehlaksanaan projek tersebut.
Chang Yeow berkata, walaubagaimanapun, dalam jawapan soalan bertulis dalam Sidang Dun pada 19 Mei 2017 oleh Exco Kerja Raya, Lim Hock Seng menyatakan, RM208 juta itu adalah hasil pemberian tanah kepada kontraktor sebagai bayaran bagi Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci bagi projek lebuhraya tersebut.
“Semalam (kelmarin) Guan Eng kata RM208 juta itu untuk laporan EIA tetapi jika kita lihat semula jawapan Hock Seng dalam Sidang Dun tahun lalu, lain pula. Hock Seng menyatakan bahawa RM208 juta itu adalah hasil pemberian milik tanah 1.49 hektar di Lot 702 dan 0.8 hektar di Lot 713 Bandar Tanjung Pinang kepada kontraktor, sebagai bayaran Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci tiga lebuhraya.
“Jadi, yang mana satu (kenyataan) yang betul? Satu kata bayar untuk laporan EIA dan satu lagi kata bukan. Ini amat mengelirukan, kita gesa kerajaan negeri atau Guan Eng sendiri jelaskan,” katanya kepada media tadi.
Kelmarin, Kerajaan Pulau Pinang mengesahkan tiada pembayaran dibuat olehnya ke atas laporan kebolehlaksanaan bagi pembinaan terowong dasar laut di negeri ini. – Sinar
Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails