Sunday, February 04, 2018

Perlu Tambah Enakmen Pentadbiran Agama Negeri -PGSM


Post Pic
KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa semua Kerajaan Negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri masing-masing dengan memasukkan peruntukan tambahan di bawah enakmen berkenaan.

Presidennya, Musa Awang berkata, peruntukan tambahan itu adalah peruntukan yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi Majlis.

Ujarnya, ia susulan keputusan mengejutkan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini bersabit kes penukaran agama sepihak anak pasangan guru tadika, M Indira Gandhi dan bekas suaminya yang beragama Islam, Mohd Ridhuan Abdullah.

Menurut Musa, kes itu sepatutnya dijadikan “wake-up call” kepada pihak Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama negeri untuk segera memperkemaskan undang-undang syariah masing-masing.

“Peruntukan baru tersebut agar dapat melindungi kepentingan orang-orang Islam dan tidak memberi sebarang ruang untuk dibawa ke mahkamah sivil, dalam memutuskan perkara berkaitan orang Islam.

“Pindaan sedemikian telah pun dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor pada Mei 2015 dengan memasukkan peruntukan baharu Seksyen 66A dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan 2015) Seksyen 66A-Bidangkuasa Mahkamah Tinggi syariah bagi semakan kehakiman,”katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada minggu lalu memutuskan penukaran agama tiga anak Indira kepada agama Islam adalah tidak sah dan terbatal.

Dalam pada itu Musa berkata, Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran dan mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah Enakmen ini.

Dalam masa sama, kata Musa, PGSM sedar bahawa dalam kes berkenaan, Mahkamah Persekutuan menggunakan kuasa semulajadinya (inherent power) untuk melakukan “judicial review” bagi menentukan keesahan (legality) Perakuan Memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Pendaftar Muallaf, Jabatan Agama Islam Perak, di bawah Majlis Agama Islam Perak.

“Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Perakuan Pemelukan Islam itu tidak sah atau batal di sisi undang-undang, lantaran “anak-anak tersebut” tidak melafazkan dua kalimah syahadah sebagaimana dikehendaki oleh Seksyen 96 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perak) 2004.
“Oleh itu, PGSM berpandangan bahawa apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tersebut adalah disebabkan Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa untuk membuat semakan kehakiman terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh mana-mana Jawatankuasa atau institusi di bawah Majlis Agama Islam,” ujarnya.

Musa berpandangan, disebabkan itu, apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mana-mana institusi Islam, kebanyakannya akan dibawa ke mahkamah Sivil.

“Maka, di situlah berlakulah campur tangan mahkamah sivil terhadap perkara-perkara yang sepatutnya didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Syariah,” ujarnya.
-sh-

12 Maut, Makan Daging Lembu Beracun Ular Berbisa. Ini Tafsirnya!

12 maut makan daging lembu yang mati dipatuk ular


JOHANNESBURG: Sejumlah 12 orang dilaporkan mati setelah memakan daging seekor lembu yang mati dipatuk ular tedung selar.

Mangsa terdiri daripada lima kanak-kanak dan tujuh warga emas, lapor portal All Africa.


Mangsa adalah antara 60 penduduk kampung Mpoza di Afrika Selatan yang dikejarkan ke hospital pada Jumaat akibat keracunan berpunca daripada daging tercemar itu.

Dalam kejadian itu, kesemua mangsa termasuk 16 kanak-kanak dari kampung tersebut mengalami cirit-birit dan muntah-muntah dan kini dirawat di Hospital Wilayah Mthatha dan Hospital Akademik Nelson Mandela.

Menurut kenyataan pihak hospital, daging lembu yang dimakan mangsa masih mengandungi racun ular berbisa itu walaupun ia telah dimasak.

Pihak berkuasa tempatan dalam pada itu dikatakan telah mengeluarkan arahan agar penduduk tidak memakan haiwan yang ditemukan mati tanpa mengetahui puncanya. (AA)

Hasil carian imej untuk ular beracun dalam daging lembu
Hasil carian imej untuk politik DAP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam politik pilihan raya di negara ini, bolehkah peristiwa di atas ditafsir begini?

Kerana ada sebahagian dari orang Islam yang memakan 'dedak DAP'  (contohnya seperti 'lebai celop DAP', tukang canang upahan DAP, Ustaz celop &tak celop upahan DAP, Anak Cina yang di'melayu'kan DAP, orang Melayu di'Cina'kan, bekas pemimpin negara tertolak dll).... 

Kerana adanya mereka, berperanan sebagai racun ular berbisa dalam daging lembu yang asalnya bersih halal, sudah menjadi virus yang merosakkan sendi-sendi agama Islam itu sendiri. 

Apa rosaknya? 

Negara yang sejak merdeka diperintah berketuakan  umat Islam, boleh bertukar kepada 'kuasa yang bukan Islam'.. Kalau ini berlaku, bahayanya lebih besar berkali-kali-kali ganda dari tragedi '12 maut makan daging lembu..' itu.

Sekian, acah-acah aje.

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Misi Tawan Perak, Taikun Cina Suntik RM200,000 Kepada PPBM.




AIDCNews -03/02/18 -Taikun Cina Koon Yew Yin telah menyuntik dana sebanyak RM200,000 kepada PPBM Perak dalam menjayakan misi menawan negeri itu pada PRU 14.
“Baju putih itu ialah seorang Cina yang telah menyumbang RM200 ribu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Perak dalam majlis amal malam tadi.
“Kata beliau,parti ini mesti sama-sama kita sokong untuk menumbangkan BN di Perak !,”kata aktivis PPBM Perak, Herman Haassan dalam Facebook.
Sebelum ini, taikun Koon itu pernah menaja dana terhadap Amanah untuk merampas Perak daripada BN dan pernah membiayai DAP untuk menawan Putrajaya pada PRU 14.
Dalam laman peribadinya, koonyewyin.com, Taikun Koon mengaku memberi sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan matlamat untuk menawan Perak.
“Saya datang ke sini malam ini untuk membantu Dr Mahathir memenangi Perak pada pilihan raya umum akan datang.
“Di bawah Kerajaan BN, Perak adalah negeri kedua termiskin selepas Kelantan seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia ke-11,”katanya.
Dalam agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) Perak sebagaimana yang didedahkan Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), DAP telah mendominasi pembahagian kerusi DUN Perak; DAP (18), PPBM(14), PKR (14) dan Amanah (13).
“Berdasarkan hasil pemilihan 2 pilihan raya umum lalu, saya yakin Pakatan Harapan dapat memenangi 28 kerusi (di Perak). Oleh kerana parti Dr Mahathir PPBM diberi 13 kerusi untuk bertanding dalam PRU akan datang, saya yakin mereka (PPBM) boleh memenangi sekurang-kurangnya 2 kerusi untuk mengawal Perak.
“Berdasarkan rekod PRU lepas, Pakatan Harapan berjaya memenangi Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Saya cadangkan Dr Mahathir bertanding di salah satu daripada 13 kerusi yang diperuntukkan kepada PPBM bagi memastikan kemenangan Perak.
“Saya ingin menyumbangkan RM200,000 yang akan digunakan di Perak untuk memastikan kemenangan Perak,”kata taikun Cina itu lagi.

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?



Amaran Kepada Datuk RS Mohan, Jangan Masuk Campur Ehwal Orang Islam..



Keputusan Tukar Agama Anak: NGO Islam Jangan Masuk Campur 

Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) Datuk RS Mohan Shan dalam satu portal tempatan mendakwa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tidak patut masuk campur dalam keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes penukaran agama tiga orang anak M Indira Gandhi dan tidak patut mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keharmonian agama.

Mengulas kenyataan Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk RS Mohan yang juga merupakan Presiden Hindu Sangam Malaysia mendakwa, PUM sebagai badan Islam tidak sepatutnya mengugut polis dan masyarakat bukan Islam. 

“Mahkamah paling tinggi dalam negara sudah pun buat keputusan. Jadi, keputusan mereka tidak patut dipertikaikan.” 
“Bagaimana mereka boleh keluarkan kenyataan yang cenderung untuk bertentangan dengan undang-undang dan badan kehakiman.” 

PUM sebelum ini menjelaskan bahawa, mereka menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan semalam dalam kes Indira Ghandi vs Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Namun, PUM meminta jasa baik pihak polis supaya tidak memburu bapa tersebut dan anak-anaknya sehingga satu penyelesaian bersama dapat dicapai kerana jika tidak, ada kemungkinan akan berlaku konflik antara penganut agama di negara ini. 

Peguam Indira, M. Kula Segaran pula mendakwa, pihak berkuasa patut meneruskan kerja seperti yang diarahkan mahkamah dan mengikut apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan. 

Dakwanya lagi, isu itu diserahkan kepada bidang kuasa mahkamah berperlembagaan, jadi mereka terikat dengan undang-undang. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan pengislaman ketiga-tiga anak M Indira Gandhi baru-baru ini telah menyebabkan umat Islam kecewa dan terluka. 
(https://www.menara.my/keputusan-tukar-agama-anak-ngo-islam-jangan-masuk-campur/)

Komen Weblog Ibnu HasyimPresiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) Datuk RS Mohan Shan yang sepatutunya diberi amaran supaya tidak masuk campur dalam hal ehwal orang Islam terutama dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Jenice Lee Tinggalkan DAP, Sertai PRM, Tumpu S'gor.




AIDCNews -03/02/18 -Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Teratai, Selangor, Jenice Lee yang mengumumkan menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 20 Januari berazam untuk memberi tumpuan kepada Negeri Selangor.
Menurut Jenice, turut menyertai PRM adalah bekas ADUN DAP Telok Datuk, Philip Tan Chun Swee yang telah dilantik sebagai Setiausaha Penerangan PRM Selangor.
Catatan Jenice Lee adalah seperti berikut :
Kenyataan Akhbar oleh Setiausha Parti Rakyat Malaysia (PRM) Koh Swe Yong (012-2766551) mengalu-alukan kemasukan Saudara Philip Tan Choon Swee dan 50 orang ahli baru ke dalam PRM
Hari ini istimewa bagi PRM. PRM bergiat biasa di KL dan Petaling Jaya. Penyertaan Saudara Philip Tan Chun Swee dan 50 orang ahli baru termasuk aktivis politik dan sosial ke dalam PRM , menandakan PRM mula melangkah keluar dari kawasan KL-Petaling Jaya ke kawasan lain di Selangor!
Saudara Philip Tan Chun Swee merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Datuk penggal 2008-2013. Beliau merupakan seorang ahli politik yang bertanggungjawab, prihatin terhadap rakyat dan bercampur-gaul dengan masyarakat tempatan. Oleh itu, Sdr Tan dapat menang kerusi Telok Datok semasa bertanding di kubu kuat BN pada 2008.
Beliau mengamalkan sikap jujur, amanah dan tidak pilih kasih ketika melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat. Ini jauh berbeza dengan ADUN lain sekarang yang terbukti menyalahgunakan kedudukan dan peruntukan seperti perbuatan wakil rakyat BN .
Saudara Philip Tan turut dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) iaitu salah satu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Dewan Undangan Negeri Selangor untuk memantau 12 Pihak Berkuasa Tempatan yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Beliau selalu memberi cadangan yang bernas dan turun padang untuk memastikan dasar-dasar kerajaan Selangor dapat dilakasanakan dengan serta merta.
Walau bagaimanapun Saudara Philip Tan tidak dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum lepas iaitu PRU-13 walaupun prestasinya bagus. Namun demikian, beliau tidak berputus asa dan terus berkhidmat untuk rakyat secara sukarela. Ini merupakan minatnya sejak beliau masih di pangku sekolah.
Apabila kita menyebut mengenai perihal ketelusan dan integriti, perilaku pemimpin dan ahli-ahli, kita harus menjadi teladan rakyat iaitu “put into action”. PRM telah mengamalkan prinsip sebegini sepanjang perjuangannya.
Bagi PRM, pemimpin tempatan yang jujur dan ikhlas sepatutnya diberi peluang untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Maka dengan ini saya bagi pihak PRM Selangor mengumumkan Saudara Philip Tan disahkan sebagai Setiausaha Penerangan PRM Selangor dan parti telah bersetuju mencalonkan beliau untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Datuk pada PRU-14.
Selain Sdr Philip Tan Chun Swee, 9 orang anggota juga dilantik sebagai penyelaras parlimen di Selangor, iaitu Sdr Tan Chun Swee penyelaras untuk Kuala Langat, Sdr Muhamad Nur Amin Abdullah untuk Subang, Sdr Santhok Singh Sepang, Sdr Li Thiam Chai Ampang, Sdr Mano Segambut / Kepong, Telaiamblam a/l Mariappan Klang, Uthayakumar a/l Maruthakavi Kota Rajah, Steven KH Tan Selayang dan Sdri Jenice Lee Ying Ha Pandan.

Sekian. 

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Aurat, AirAsia Masih Angkuh? -Ustazah Nuridah.


PERKEMBANGAN dan kemajuan yang ditonjolkan syarikat penerbangan Air Asia seringkali mendapat perhatian umum. Namun begitu, kini ia bertukar kepada berita yang memalukan apabila syarikat penerbangan tersebut berdiam diri terhadap arahan menutup aurat bagi pramugari.
Terbaru Rabu lalu, akhbar tempatan Malaymail Online telah menyiarkan artikel bertajuk “AirAsia, Firefly Crew Must Now Wear Tudung for Aceh Landing”.
Melalui artikel tersebut, satu arahan telah dikemukakan oleh Kerajaan Aceh supaya semua Syarikat Penerbangan yang mendarat di Aceh mestilah mengenakan pakaian menutup aurat bagi Muslim dan pakaian sopan bagi pramugari beragama selain agama Islam.
Walaubagaimanapun, kami Dewan Muslimat PAS Malaysia agak kesal dengan respon balas yang dikeuarkan AirAsia dengan menyatakan pihaknya akan memastikan hanya anak kapal lelaki yang akan ditugaskan membuat penerbangan ke Aceh. Apakah AirAsia masih angkuh menolak permintaan menutup aurat?Adakah menambahkan lagi liabiliti serta kos-kos tambahan yang besar untuk mengikut arahan tersebut? 
Kami menggesa supaya hal ini dipandang serius. Ini bukan pertama kali syarikat penerbangan ditegur mengenai etika pemakaian menutup aurat bagi pekerja Islam, malah sebelum ini sudah banyak isu ini dibangkitkan. Namun, ia bagai air yang mengalir begitu sahaja tanpa dihiraukan.
Sesungguhnya menutup aurat adalah perintah Allah S.W.T yang wajib dituruti. Al-Quran menegaskan melalui firmanNya yang bermaksud:

  • "Hai anak adam, sesungguhnya kami telah turunkan kepadamu pakaian untuk melindungi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan" dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Oleh yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". [Surah Al-A'raf (7):26]
Oleh itu, kami DMPM berharap kesemua syarikat penerbangan memandang isu ini dengan hati yang terbuka. Usahlah kita mengejar kemajuan dengan mengikut gaya hidup yang terpesong dari aqidah umat Islam dengan meletakkan dasar Islam di tempat yang hina. Semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah S.W.T dengan mengamalkan arahan dan meninggalkan semua larangan-Nya.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 Jamadil Awal 1439/2 Februari 2018
HARAKAHDAILY 3/2/2018


Tidak Sesekali Benarkan Anak Murtad -Mualaf Izwan Abdullah Pula.


sumber:menara.my
Berkaitan isu penukaran agama anak-anak M Indira Ghandi, suaminya Mualaf, Izwan Abdullah, 35, yang sebelum ini pernah terlibat dalam pertikaian penjagaan anak dengan bekas isterinya, S Deepa yang beragama Hindu berkata bahawa, dia tidak akan sesekali membenarkan anak-anaknya murtad dan menegaskan isu yang dihadapinya berbeza dengan M Indira Ghandi.
“Ia (sesuatu yang) tidak boleh diterima langsung untuk menjadikan anak lelaki saya murtad.” “Kami (Izwan dan Deepa) masing-masing sudah mempunyai keluarga (baru) dan saya harap masyarakat tidak akan mengaitkan kes kami dengan kes Indira.
Menurut sumber, Deepa juga baik dengan isteri yang saya nikahi pada tahun 2014. Mereka kerap berhubung melalui WhatsApp dan bercakap dengan satu sama lain.” Kata Izwan yang menukarkan agama anak-anaknya kepada Islam tanpa pengetahuan isterinya pada tahun 2013, anak-anaknya, Nurul Nabila, yang kini 12 tahun dan Nabil, 10 tahun perlu dibenarkan untuk memilih agama yang mereka mahu anuti.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Md Raus Sharif sebelum ini memutuskan bahawa hak penjagaan anak lelaki diberi kepada Izwan Abdullah manakala anak perempuan diserahkan kepada S Deepa, selepas mendengar sendiri kemahuan kedua anak itu.
Menyentuh topik mengenai anak-anaknya, Izwan berkata bahawa beliau dan Deepa saling melawat anak-anak yang dijaga seperti yang telah diperintahkan mahkamah.
Tambahnya lagi, anak lelakinya, Nabil yang duduk bersamanya dan mempraktikkan cara hidup Islam sudah hampir khatam Al-Quran.
Beliau juga kerap berhubung dengan Nabila, yang dijaga bekas isterinya walaupun kali terakhir mereka berjumpa adalah tahun lepas kerana Nabila kemudiannya berpindah ke Johor Bahru bersama Deepa.
“Saya dan Deepa akan sentiasa menjadi ibu dan bapa kepada Nabil dan Nabila. Kami amat menyayangi anak-anak kami. (Oleh itu) saya tidak mahu anak-anak saya melalui proses mahkamah sekali lagi.”
Umat Islam meluahkan kekecewaan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini membatalkan pengislaman ketiga-tiga anak M Indira Gandhi oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah. (PRU14.TV/IH)

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails