Tuesday, February 20, 2018

Azmin Bakal Tersungkur Disebabkan Isu Tanah Ijok



aalam.aabidullah – Untuk mereka yang belum baca mengenai isu ini, saya terangkan dengan ringkas.
1. 981 peneroka di Ijok telah memberikan tanah mereka kepada 2 syarikat swasta, tetapi mereka tidak mendapat pampasan yang dijanjikan.
2. TSKI merampas tanah tersebut selepas PRU12 kerana 2 syarikat terbabit gagal menunaikan pampasan dan juga tidak membayar cukai premium tanah. Beliau kemudian menyatakan akan memberikan pampasan yang lebih tinggi kepada peneroka kerana nilai tanah semakin meningkat.
3. Syarikat swasta tersebut kemudian talah mengheret kerajaan negeri Selangor ke mahkamah untuk mendapatkan kembali tanah tetapi keputusan memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
4. TSKI digulingkan melalui Kajang Move Rafizi. Azmin Ali menjadi Menteri Besar.
5. Syarikat membuat rayuan terakhir kepada Mahkamah Persekutuan.
6. Sebelum perbicaraan bermula, Azmin bersetuju membuat penyelesaian luar mahkamah dan menyerahkan kembali tanah tersebut kepada 2 syarikat swasta terbabit.
7. Syarikat swasta terbabit telah menjual tanah yang mereka dapat kembali itu kepada syarikat awam pada harga pasaran RM1.18 billion! RM421 juta mereka bayar pampasan kepada peneroka.
8. Yang menjadi isu adalah untung atas angin yang diperoleh oleh syarikat terbabit iaitu RM757 juta. Kenapa mereka menjual tanah pada harga pasaran kepada syarikat awam terbabit, tetapi peneroka diberi pampasan pada harga 18 tahun dulu?
9. Inilah yang dipersoalkan oleh TSKI, adakah terdapat penyelesaian tepi? Di mana wang RM757 juta itu pergi?
10. Azmin dan kuncu2nya sekarang gusar dengan serangan bertalu-talu mengenai isu ini. Malah setiausaha Politik Azmin, Suhaimi menjawab dengan tidak profesional, beliau menuduh “adakah TSKI mahu memenuhi KPI UMNO dengan menyerang Azmin untuk menyertai BN?” (https://www.malaysiakini.com/news/412676)
11. Ketika kajang move dulu, PKR telah mengeluarkan laporan setebal 91 ms di mana diantaranya mereka menuduh TSKI bersekongkol dengan UMNO. TSKI telah mengheret mereka ke mahkamah yang berakhir dengan permohonan maaf oleh setiausaha agung PKR ketika itu, Saifudin Nasution. Nampaknya fitnah memang menjadi darah daging mereka dengan menuduh sekali lagi TSKI bekerjasama dengan BN dalam menyerang Azmin dalam isu tanah Ijok ini.
Isu ini sepatutnya dijawab terus oleh Azmin Ali . Kenapa beliau hanya menyuruh macainya yang jawab? Sudah goyangkah?
Lampiran adalah temuramah TSKI di Berita Harian 19 Februari 2018.
UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini. -Pres..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki. 

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

Monday, February 19, 2018

Lim Kit Siang Akui Skandal IMDB Tidak Wujud



Rozmi Mokhtar – PENULIS sebelum ini telah memaparkan kegagalan rayuan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJ Utara), Tony Pua berhubung saman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadapnya.
Pua yang gagal menyekat saman Najib tersebut bakal berhadapan proses mahkamah setelah Najib berjaya mendapatkan “interim injunksi” menghalang Pua dari terus membuat tohmahan dan memfitnah Najib sementara proses saman fitnah Najib ke atasnya selesai.
Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menulis di blog beliau; “Sebagai seorang Anggota Parlimen, saya terkejut dengan ‘notis perundangan’ itu. Bagaimanakah mahkamah boleh mengeluarkan ‘notis perundangan’ ke atas sesuatu yang tidak wujud?”
Dalam usaha membela Pengerusi DAP Selangor itu, pemimpin de facto DAP tersebut sebenarnya telah melakukan dua perkara;
(i) Beliau mengakui skandal 1MDB tidak wujud
(ii) Beliau telah menghina keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang telah membersihkan Najib dari sebarang salahlaku dan/atau penyelewengan terhadap apa yang didakwa sebagai “skandal 1MDB”.
Selain dari itu, Kit Siang juga menulis; “Saya mencabar Pengerusi PAC, Datuk Seri Hassan Arifin untuk mengisytiharkan bahawa PAC telah membersihkan Najib daripada semua dakwaan berkaitan skandal 1MDB.”
Ternyata, bekas Setiausaha Politik kepada Lee Kuan Yew itu tidak berpuas hati selagi mahkamah atau Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) atau mana-mana pihak berkuasa tidak mensabitkan Najib dengan “skandal 1MDB.”
Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw (DAP) sebelum ini telah menyatakan bahawa Najib tidak terlibat samada secara langsung atau tidak atas “salahtadbir dan tatakelola 1MDB” setelah pelbagai siasatan dilakukan.
Malah, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) setelah dua tahun berlalu, masih gagal membuat sebarang pendakwaan jenayah ke atas mana-mana individu yang dikaitkan dengan “skandal 1MDB”.
Ia sekaligus memberi gambaran bahawa usaha merekayasa pelbagai bukti-bukti dan dokumen untuk dikaitkan dengan “skandal 1MDB” masih menemui jalan buntu.


Imej yang berkaitan

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Seorang Wanita Bertudung 'kau cim' Di Tokong ..



SHAH ALAM: Tindakan umat Islam yang melakukan perbuatan menyerupai agama lain bukan sahaja ditegah bahkan hukumnya haram.

Pendakwah, Datuk Hassan Mahmood berkata, Islam melarang umatnya menyerupai agama lain dan budaya mereka, terutama melibatkan unsur kepercayaan.


"Benda ini berkaitan akidah, jadi kita tidak boleh melakukan sesuatu mengenai kepercayaan agama lain. Sebab apa? Sabda Nabi, barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.

"Tetapi kalau hal-hal sosial dan kemasyarakatan boleh. Contohnya, mereka jemput kita makan, itu semua boleh," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai respons selepas tular video seorang wanita bertudung dipercayai berada di tokong Buddha.

Dalam video berkenaan, wanita itu dilihat sedang mencampak bongkah dan kemudian menggoncang bilah buluh yang dipercayai salah satu amalan biasa dalam menilik nasib.

Mengikut kepercayaan masyarakat Buddha, ia disebut juga 'kau cim', yang mudah ditemui di kebanyakan tokong.

Meskipun disebarkan tanpa diketahui lokasi berlaku sama ada dalam atau luar negara, tindakan itu mengundang kritikan dalam kalangan netizen.
-Sinar Harian

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini. -Pres..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Dah 2 Tahun, DAP Tidak Berani Saman Razali &Dr Zuhdi.. Mengapa?



AIDCNews -17/02/18 –Walaupun DAP pernah berjanji mahu menyaman bekas aktivis parti itu, Mohamed Razali Abdul Rahman dan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dua tahun lepas, namun sehingga ke hari ini parti itu tidak mempunyai keberanian untuk menyaman kedua-dua tokoh berkenaan berkaitan isu janji dana Israel RM 1.2 bilion dan persetujuan DAP membenarkan Israel membina Pangkalan Tentera Laut di Port Dickson.


Menurut aktivis PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen jika DAP tidak berani menyaman berkaitan dengan dakwaan hubungan parti itu dengan Israel bermakna apa yang didedahkan Razali sebelum ini adalah adalah benar semata-mata.

“Hingga ke hari ini….dah 2 tahun, DAP masih membisu mengenai hubungan parti itu dengan Israel. Sikap membisu dan keengganan DAP untuk menyaman Razali dilihat masyarakat seolah-olah satu pengakuan bahawa benarlah DAP dilatih oleh ejen Israel untuk tawan Putrajaya bersama Pakatan.

“DAP tidak boleh salahkan masyarakat jika menganggap parti itu bekerjasama dengan Israel. Kerana mereka pun tidak menafikan yang mereka ada menerima latihan dari ejen Israel,”kata Herman dalam Facebook.

Menurutnya, pendedahan Razali mengenai perancangan-perancangan sulit DAP untuk menawan Putrajaya melalui bantuan ejen Israel adalah sangat mengejutkan.

Razali yang mendakwa dirinya adalah Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, turut mendedahkan bahawa Lim Guan Eng (LGE) mewujudkan kumpulan G17 untuk merangka strategi untuk DAP menguasai Putrajaya mengunakan Pakatan.

Beliau mengatakan bahawa kumpulan G17 yang diketuai oleh Tony Pua ini dilatih selama 3 tahun oleh ejen Israel dan pernah mengadakan sesi latihan sulit di Pulau Pinang, di Hotel Shangg, Johor dan di Hotel Quality Shah Alam, Selangor. Tidak cukup dengan latihan mereka juga diberikan bantuan kewangan dari Israel ketika PRU-13.

Sehingga kini DAP hanya menafikan yang mereka tiada menerima wang 1.2 bilion dari Israel. Tapi bila disemak semua kenyataan Razali memang beliau tidak kata DAP terima wang 1.2 bilion masa PRU-13, tapi itulah nilai yang dijanjikan Israel jika mereka berjaya tawan Putrajaya dan benarkan Israel bina Pangkalan Tentera Laut di Port Dickson. Namun DAP hingga kini masih gagal mencapai apa yang dikehendaki oleh Israel.

LGE juga enggan memberikan respon bila ditanya mengenai kebenaran dakwaan Razali yang kumpul G17 dilatih oleh Israel. Beliau mengelak dan tidak menjawab soalan wartawan mengenai hal ini.

LGE hanya fokus untuk mendedahkan kedudukkan Razali yang dikatakan hanya ahli biasa dan bukan Pengarah Strategik seperti yang didakwa Razali.

Pada 2 Januari 2016, Lim Kit Siang berkata, DAP akan mengemukakan saman terhadap Razali atas pendedahan yang dibuat. Namun pada 4 Januari 2016 Kit Siang mengubah fikiran dan menjelaskan bahawa DAP tidak jadi saman Razali. 

Kit Siang menyifatkan Razali tidak layak untuk disaman dan dibawa ke mahkamah tetapi lebih sesuai untuk dimasukkan ke hospital mental. Jawapan dan tindakan Kit Siang ini sangat tidak masuk akal.

DAP kemudian menyerang dan mengugut untuk menyaman pemimpin PAS Dr. Zuhdi Marzuki kerana menyebarkan pendedahan yang dibuat oleh Razali. Namun hingga kini DAP tak berani kemuka saman pada beliau kerana tulisan Zuhdi tidak memberikan locus standi yang kuat untuk DAP bawa ke mahkamah. Zuhdi hanya mengulas kenyataan Razali, bukannya mencipta apa-apa yang boleh disabitkan sebagai fitnah.
Imej yang berkaitan


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini. -Pres..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Zaman Mahathir Lagi Banyak Skandal Mega -Abd Hadi.



Ramai yang tertanya-tanya seolah-olah saya tidak berminat untuk membuat perubahan kerana 1MDB. Apabila banyak pihak menjadikan isu ini senjata besar untuk melakukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara.

Saya tidak termasuk dalam kalangan Melayu yang mudah lupa terhadap isu yang wajib berlaku di setiap zaman Perdana Menteri bermula sejak tahun 80-an. Semuanya ditinggalkan tanpa penyelesaian, bahkan dilupakan khususnya kepada Melayu yang mudah lupa.

Sekiranya kita kembali kepada Al-Quran dengan kajian politik (kecuali mereka yang menolak adanya politik di dalam Al-Quran), Al-Quran mengulang beberapa kali ayat yang menyebut perubahan tehadap sesuatu kaum dalam negaranya. Di antaranya, firman Allah:

  • “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Anfal: 53)
Firman Allah: 

  • “Bagi setiap orang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawasi dan menjaganya (dalam segala tindakannya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (Surah Ar-Ra’d: 11)
Al-Quran menegaskan kepada perubahan sikap, perangai atau akhlak, bukannya mengubah tokoh atau orang-orangnya sahaja. Islam mengekalkan sesiapa yang bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Kalau hanya sekadar mengubah orangnya sahaja sedangkan perangainya sama, maka perubahannya juga membawa rebah yang sama.

Al-Quran juga melaporkan, dakwah semua para Rasul A.S. adalah seruan kepada perubahan aqidah yang benar, hukum syariat yang adil dan akhlak yang mulia tanpa meminta-minta jawatan. Akhirnya menerima perubahan, sama ada bertaubat kembali kepada kebenaran atau dijatuhkan jahiliyah di dalam dirinya dan ditegakkan Islam, bukannya sekadar mengubah pemimpin yang sama juga sifatnya atau lebih buruk keadaannya.

1MDB adalah mata rantai masalah yang belum diselesaikan secara adil dan menjadi salah satu daripada mata-mata rantai isu yang tiada penyelesaian. Dahulunya BMF, PERWAJA, KWSP, PETRONAS, Tabung Haji, pertukaran wang asing, Skyhawk, Maika Holdings dan PKFZ. Kini muncul 1MDB dan rumah banglo di Pulau Pinang dan mungkin lain-lain lagi. Semuanya dalam tuduhan tanpa tindakan yang seadil-adilnya.

Puncanya adalah ideologi bertuhankan kebendaan dalam segala urusan hidup yang mencipta banyak lagi penyakit yang wajib dihapuskan seperti salah laku, salah urus dan rasuah yang menjadi wabak di seluruh dunia sehingga mencetuskan peperangan sesama keluarga, bukan sahaja dalam satu bangsa, bahkan satu kemanusiaan dalam satu negara. Kebendaan menjadi matlamat kehidupan di dunia tanpa wawasan akhirat. Hidupnya untuk makan, bukan makan untuk hidup dan menunaikan amanah Allah.

Saya tetap tidak bersetuju dijemput campur tangan asing terhadap penyelesaian dalaman kita kerana mengundang akibat yang lebih buruk dan tiada keikhlasan kuasa asing dalam dunia hari ini. Langkahnya laksana menebuk kapal untuk mendapatkan air secara mudah.

Saya tertarik dengan sekawan anjing dalam satu kampung yang berkelahi berebut tulang, mereka tidak menjemput anjing luar datang bersama, sebaliknya bersatu mengejar anjing luar yang datang menyertainya.

Kita juga tidak boleh menunggu apa yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran tentang bagaimana semua penyangak di dunia ini akan mengutuk sesama sendiri di Hari Akhirat.

Firman Allah: 


  • Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. 
Allah berfirman: 

  • Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir: (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan (39) (Surah Al-A’araf: 38-39)

Ayat-ayat ini menyatakan tentang peristiwa di Hari Akhirat sekiranya tidak diselesaikan atau tidak bertaubat di alam dunia ini. Akhirat adalah kehakiman Allah, tidak ada lagi kehakiman dalam negara atau luar negara atau mahkamah antarabangsa seperti di alam dunia ini. Namun, Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya, sehingga nyawa sampai ke kerongkong dan matahari naik dari arah barat. Seterusnya menggalakkan taubat dan melakukan islah lebih baik daripada dibawa ke mahkamah.

PAS tidak boleh menjadi gerabak kereta api yang disangkut kepada kepala yang menuju ke arah yang salah, sekadar membawa perubahan pemimpin yang berkonsep ‘2 x 2’ atau ‘2 + 2’, di mana jawapannya sama.

PAS tidak boleh mengikut sunnah mereka yang melahirkan saudara-saudara 1MDB dan saudara maranya yang akan lahir selepas ini kerana sunnah yang sama acuannya.

PAS tetap tegas dan teguh beristiqamah mengikut penyelesaian Islam daripada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. walaupun banyak liku dan jauh perjalanannya. 


Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:
  • “Sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang baik nescaya dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikut contuh baiknya tanpa dikurangkan pahalanya sedikit pun dan sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang jahat nescaya dia memikul dosanya dan dosa orang mengambil teladannya selepasnya tanpa dikurangkan dosanya sedikit pun” (Hadis riwayat Muslim)
1MDB adalah ciptaan tema “Kepimpinan Melalui Teladan”. Apakah teladannya? Lakukan muhasabah politik dan ekonomi sebelum ini dan kembali ke pangkal jalan. Saya tidak menafikan adanya perkembangan positif dalam negara di sepanjang perjalanannya sehingga diberi gelaran Harimau Asia, tetapi tiba-tiba bertukar menjadi kucing kurap yang dibejati penyakit-penyakit.

Khalifah Umar R.A. menegaskan:

  • “Sesungguhya kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan”
Ahli-ahli dan pemimpin PAS, jangan ikut menari bersama mereka yang memalu gendang dan meniup serunai lagu lama, yang hanya mengubah senikata dan rentaknya sahaja, sehingga lalai dalam khayalan atau menerkam secara leka tanpa hidayah yang betul. Tidakkah kita berpandukan Al-Quran yang benar daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya?

Ingatlah firman Allah SWT yang menceritakan tentang ucapan Nabi Syuib A.S. yang menghadapi kaumnya yang rosak aqidah dan secara khusus melaksanakan sistem ekonomi yang diharamkan oleh Allah:

  • “Aku hanya bertujuan hendak melakukan islah (memperbaiki) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali” (Surah Hud: 88)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
 


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini. -Pres..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Tahun Baru, Cina Larang Rakyatnya Muslim Hui, Ikuti Pelajaran Agama.


BAGI sesetengah minoriti etnik Cina Muslim Hui, larangan baru untuk belia untuk terlibat dalam pendidikan agama di masjid adalah pencerobohan yang tidak diingini dalam menjalani kehidupan mereka.

Ketakutan terbesar mereka adalah bahawa kerajaan China mengambil tindakan serupa di Provinsi Gansu di barat laut China, khususnya tindakan keras terhadap kaum Muslim Uighur di wilayah besar Xinjiang di barat China.

Diintegrasikan ke dalam masyarakat dan terbiasa dengan dekad hubungan baik dengan pemerintah, banyak masyarakat etnik Hui diawasi oleh detasmen, ketika pihak berwenang telah membuat Xinjiang menghadapi undang-undang militer.

Tetapi pada bulan Januari, pegawai pendidikan dari kerajaan tempatan di rantau Guanghe, yang merupakan kawasan dengan penduduk Islam yang besar, melarang kanak-kanak daripada menghadiri pendidikan agama semasa cuti Tahun Baru Cina. Ia berlangsung selama beberapa minggu di sekitar cuti umum yang bermula pada hari Khamis.

Tidak jelas sama ada pengharaman itu, sama seperti yang digunakan oleh pihak berkuasa Uighur, akan diteruskan selepas cuti. Walau bagaimanapun, nampaknya sejajar dengan peraturan baru yang berkuatkuasa pada 1 Februari, yang bertujuan meningkatkan pengawasan keagamaan.

Penduduk di Linxia City, ibukota wilayah Gansu yang dipanggil wilayah "autonomi" untuk penduduk Hui, kira-kira 50 kilometer di barat Guanghe, mengatakan larangan yang sama ada di sana. "Kami rasa ini tidak masuk akal dan mengejutkan," kata Li Haiyang, seorang paderi etnik Hui dari wilayah timur Henan yang, dalam sebuah artikel dalam rangkaian yang beredar, mengecam dasar melanggar perlembagaan China.

Larangan itu telah dinyatakan secara lisan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kata Li, tetapi permohonannya tidak sekata dan sering diabaikan. Langkah yang lebih tegas pada tahun ini menunjukkan pihak berkuasa sangat serius terhadap penguatkuasaan undang-undang, katanya.

Kerajaan Prefektur Linxia, ​​yang mengawasi bandar-bandar Linxia dan Guanghe, tidak memberikan butiran mengenai dasar itu, tetapi mengatakan undang-undang China memerlukan pemisahan antara agama dan pendidikan.

"Pengurusan urusan agama ... mematuhi arahan Sinofication agama, dan tegas menolak dan melindungi penyebaran dan penyusupan ideologi agama ekstremis. Mengekalkan pengurusan undang-undang adalah konsep terbesar perlindungan agama, "jabatan perhubungan awam kerajaan Linxia dalam faks untuk menjawab pertanyaan dari Reuters.

Panggilan telefon berulang kepada jabatan propaganda Biro Pendidikan Guanghe tidak dijawab. Kementerian Hal Ehwal Agama China tidak menjawab permintaan untuk memberi ulasan, tetapi Pejabat Penerangan Majlis Negeri China mencukupi untuk menjamin hak rakyat untuk kebebasan beragama di bawah undang-undang, termasuk kanak-kanak.

"Walaupun melindungi semua kebebasan agama dari kumpulan etnik dan kepentingan undang-undang lain di bawah undang-undang, China juga akan menghalang dan menahan penggunaan agama untuk melakukan kegiatan yang tidak sah," katanya. (IH/Eramuslim)









Bawah: Gambar Ibnu Hasyim semasa berada di Turfan Zinjiang beberapa tahun lalu..
Bekakang.. kincir angin sebagai janakuasa letrik.

Antara restoran Islam di kawasan ini.

Sunday, February 18, 2018

2 Anak Raja &Ratu Dangdut Ditangkap Kes Dadah.


Hasil carian imej untuk Rhoma Irama dan Elvy Sukaesih
HALAMAN HIBURAN 

MASALAH artis-artis di dunia, termasuk Rhoma Irama dan Elvy Sukaesih mungkin mempunyai masalah yang sama. Anak raja dan ratu dangdut ditangkap oleh polis kerana kes dadah.

Ridho Rhoma pertama kali ditahan Unit Dadah Polis Jakarta Barat, pada 25 Mac 2017 yang lalu. Dia menyimpan 0.7 gram dadah jenis shabu di sekitar kawasan hotel Tanjung Duren.

Oleh hakim Pengadilan Negeri Jakarta Barat, dia dijatuhi hukuman 10 bulan penjara. Hakim juga mengharuskan Ridho menjalani pemulihan medis atau sosial RS Ketagihan Obat (RSKO) Cibubur selama 6 bulan 10 hari.
Penampilan Terbaru Sang Raja Dangdut Bikin Kaget: 'Melihatnya Ku Langsung Bercucuran Air Mata'
Rhoma Irama & Anaknya.
anak Umi Elvy 

Hampir setahun kemudian giliran anak Umi Elvy pula telah diambil. Tiada separuh hati, separuh lagu penyanyi lagu 'berbisik' lagu kanak-kanak itu dilancarkan polis. Elvy diketahui mempunyai enam orang anak.

"Pada mulanya mendapat maklumat masyarakat bahawa suspek Muhammad sering lakukan transaksi dadah di seputaran Cawang," kata Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Argo Yuwono, Jumaat (16/2).

Penangkapan dilakukan di depan laman rumah Elvi, Jalan Usaha No.18 Rt.01 / 05, Dewi Sartika, Cawang, Jakarta Timur, awal hari tadi. Operasi ini diketuai oleh Kepala Sub Bagian I Drug Polda Metro Jaya AKBP Jean Calvijn Simanjuntak.

Mereka yang dicicuk Dhawiya Zaida, Muhammad (teman wanita atau tunangan Dhawiya), Syehan (kakak Dhawiya), Ali Zainal Abidin (kakak Dhawiya) dan Chauri (isteri Syehan). Keadaan Chauri adalah 6 bulan mengandung dan sudah mempunyai bayi.

Tambahan pula, Argo berkata, pasukan itu menjalankan pemantauan dan melihat sifat-sifat yang disebutkan di atas. Selepas penangkapan, pihak polis juga melakukan pencarian. Menemui 0.38 gram sabu dalam seluar yang diubah suai pinggang. Ia dibawa oleh Muhammad.

"Dilanjutkan penyusunan semula ke bilik tersangkak Dhawiya yang sedang bersama suspek Syehan dan Chauri sedang menggunakan sabu bersama dan didapati barang bukti," katanya.

Dari bilik Dhawiya diamankan dompet 'Manggo' silver berisi shabu 0.45 gram, satu klip mengandungi sabu 0,49 gram, dua buah alat isap sabu, satu alat isap sabu bekas pakai, peralatan Sabu serta selang plastik dan satu kotak berisi alat isap.

"Dari Syehan, polis mengamankan dua timbangan digital, satu alat isap sabu, satu iPad serta dua buah handphone," tambahnya.

Selain itu, suspek dan keterangan diamankan di Polda Metro Jaya untuk siasatan. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah bahaya arak, didalamnya termasuk dadah yang diubahsuai dengan pasaran dan suasana setempat. Yang kita hairan masih lagi Kerajaan umat  Islam tidak mahu melaksakan perturan agamanya sendiri. 

Bagaimana jalan selesainya? Kalau di Malaysia, pilihlah Parti Islam..

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini. -Pres..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails