Thursday, February 22, 2018

Selain K'tan-Tgnu, PAS Sasar Perlis, Kedah &S'gor.

#MalaysiaMemilih: Perlis, Kedah dan Selangor sasaran Pas

KUALA LUMPUR: Selain mengekalkan Kelantan dan merampas kembali Terengganu, Pas berhasrat menawan Perlis, Kedah dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Abdul Hadi, sasaran menawan lima negeri itu berserta dengan hasrat Pas yang mahu menang 40 kerusi parlimen dan seterusnya menjadi penentu kepada pihak yang ingin membentuk kerajaan.


"InsyaAllah kita tunjuk adilnya dan baiknya Islam ini khusus kepada orang bukan Islam dan menyedarkan orang Melayu sendiri wajibnya mereka balik kepada Islam," katanya dalam satu ceramah di Terengganu.

Jelas beliau, Pas berhasrat meneruskan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah di Terengganu yang pernah diluluskan ketika parti itu mentadbir negeri tersebut pada 2002.

Pas membentuk kerajaan di Kelantan sejak 1990 dan pernah memerintah di Terengganu pada 1999 dan Kedah pada 2008.

Namun di Terengganu dan Kedah, Pas hanya memerintah selama satu penggal sebelum dirampas kembali oleh Barisan Nasional (BN).



Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

DAP Rebut Kawasan PAS S'gor : Aziz Bari Calon MB?




AIDCNews -20/02/18 –Salah satu sebab pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor masih gagal disepakati kerana DAP berebut kerusi dengan Amanah di dua kerusi DUN yang dimenangi PAS pada PRU 13.


Dua kerusi DUN yang diminati DAP itu adalah DUN Paya Jaras yang sebelum ini dimenangi oleh ADUN PAS, Mohd Khairuddin Othman dan DUN Razaly Hassan yang dimenangi ADUN PAS, Razaly Hassan.
Sumber melaporkan Dr Aziz Bari dijangka bakal bertanding di DUN Paya Jaras, manakala Young Syefura Othman atau dikenali sebagai Rara bakal diletakkan di DUN Dusun Tua.

Dr Aziz dan Rara merupakan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor yang dilantik berdasarkan kouta Melayu.
Pada PRU 13, DAP meletakkan 15 calon di DUN Selangor dan kesemuanya menang, iaitu 

  • DUN Sekinchan (Ng Suee Lim), 
  • Kuala Kubu Baharu (Lee Kee Hiong), 
  • Teratai (Tiew Way Keng), 
  • Balakong (Eddie Ng Tien Chee), 
  • Seri Kembangan (Ean Yong Hian Wah), 
  • Kinrara (Ng Sze Han), 
  • Subang Jaya (Hannah Yeoh Tseow Suan),
  • Bukit Gasing (Rajiv Rishyakaran), 
  • Kampung Tunku (Lau Weng San), 
  • Damansara Utama (Yeo Bee Yin), 
  • Sungai Pinang (Teng Chang Khim), 
  • Pandamaran (Eric Tan Pok Shyong), 
  • Kota Alam Shah (Ganabatirau Veraman), 
  • Teluk Datuk (Loh Chee Heng) 
  • dan Sungai Pelek (Lai Nyuk Lan).
Dengan tambahan dua kerusi yang dituntut DAP itu menjadikan parti itu bakal bertanding 17 kerusi DUN di Selangor.

Pada PRU 13, DAP merupakan parti paling dominan dalam Kerajaan Negeri Selangor dengan memiliki 14 kerusi selepas ADUN DAP Teluk Datok, Loh Chee Heng dipecat keahlian parti.

Ia dikuti dengan PKR dan PAS yang masing-masing berkongsi 13 kerusi DUN dan Amanah, parti yang paling minoriti dengan 2 kerusi.

Difahamkan jika Aziz Bari menang DUN Paya Jaras pada PRU 14, beliau merupakan calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali menggugurkan nama Aziz sebagai Ahli Majlis Majlis Ampang Jaya (MPAJ) walaupun ia dicalonkan DAP.

Azmin dikatakan bimbang jika Aziz menjadi Ahli Majlis MPAJ ia bakal memberi kekuatan baharu kepada bekas calon PKR Parlimen Sabak Bernam tersebut.
Sebaliknya, Rara yang tidak dianggap saingan kepada Azmin dibenarkan menjadi Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Dalam masa sama, DAP turut melantik Rara sebagai penyelaras DAP untuk DUN Dusun Tua.Selain Rara, seorang lagi Ahli Jawatankuasa DAP Selangor yang dilantik berdasar kouta Melayu, Edry Faizal dilantik sebagai penyelaras DUN Taman Templer, yang sebelum ini juga telah dimenangi PAS.


Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

Wednesday, February 21, 2018

Saya Cabar MB S'gor, Dedah Isu Tanah Ijok. – Punithan


Shah Alam – Isu tanah Ijok, Selangor sudah berlarutan namun masih menjadi misteri berterusan.

“Walaupun Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu berterus-terang berhubung isu tanah Ijok namun pelbagai persoalan masih menular bukan sahaja di minda rakyat Selangor malah penduduk Ijok pun rasa terkejut dan terkilan dengan pembongkaran satu demi satu isu yang berlaku di tempat mereka,” kata Saudara Punithan Paramsiven, Ketua Penerangan, Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan.

“Isu tanah Ijok, Selangor yang dijual adalah berkeluasan 2,198.4 ekar dengan harga RM1.18billion. 981 peneroka yang terlibat hanya dibayar RM421.4 juta sahaja sebagai pampasan oleh dua syarikat swasta yang terbabit malah baki RM758.6 juta masih menjadi tanda tanya.”

Beliau turut berkata, sememangnya tidak rasional kenapakah Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor telah memfailkan penyelesaian untuk membatalkan kes berkenaan walaupun kebarangkalian untuk Kerajaan Negeri Selangor memenangi kes berkenaan adalah tinggi di Mahkamah Persekutuan *(memandangkan sebelum ini menang di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan)?

“Bukan itu sahaja, daripada membuat keputusan untuk menyerahkan tanah kembali kepada dua syarikat swasta berkenaan dan kemudiannya menjual tanah terbabit kepada syarikat awam kenapa tidak Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor menjual tanah itu secara terus kepada syarikat awam berkenaan? 

Sekiranya perkara ini berlaku dan dibiarkan perbicaraan selesai maka hari ini mungkin hasil jualan tanah iaitu RM1.18 billion berkenaan dapat dibayar sebagai pampasan kepada peneroka yang menunggu sejak sekian lamanya,” ujar beliau lagi.

“Malah cukup menghairankan bagaimana pampasan yang dibayar kepada peneroka adalah berdasarkan nilai tanah pada tahun 2000 walaupun tanah berkenaan hanya dijual pada tahun 2014. Adakah nilai pampasan yang diberikan kepada peneroka berkenaan adalah adil?”

“Justeru, saya mencabar Menteri Besar Selangor untuk mendedahkan senarai nama peneroka dan jumlah pampasan yang diterima oleh mereka. Nyatakan secara terbuka sekiranya pampasan yang diberikan kepada peneroka adalah RM421.4 juta maka dimana baki wang RM758.6 juta hasil penjualan tanah berkenaan.”
(kualalumpurpost.net)

Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321



PRU-14: Mahathir, Mukhriz Bakal Jadi Calon DAP?

Mahathir, Mukhriz Bakal Jadi Calon DAP?


BONGKAR… Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz didakwa bakal bertanding atas tiket DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika mendedahkan perkara tersebut mendakwa, tindakan itu terpaksa diambil berikutan masalah penerimaan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ini kerana parti terkecil pembangkang tersebut yang ibarat baru berusia setahun jagung dikatakan gagal mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu khususnya di kawasan yang mahu ditandingi dua beranak berkenaan.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, adalah tidak menghairankan apabila wujud usaha dalaman oleh pihak pro-Mahathir untuk sabotaj parti berlambang bunga itu supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dipersalahkan.
“Ini satu alasan yang diperlukan oleh Mahathir dan Mukhriz untuk bertanding dengan menggunakan logo DAP. Hingga ke hari ini, parti bunga itu masih lagi gagal mendapatkan kelulusan hitam putih rasmi daripada pihak ROS.
“Ia sama ada mesyuarat agung parti tersebut baru-baru ini sebagai sah atau pun tidak,” kata Mohd. Puad dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu persidangan tahunan PPBM tidak telus dan dibantah ahli parti itu sendiri.
Sehingga kini lebih 400 aduan dikemukan anggota parti itu dari seluruh negara kepada ROS yang mempertikaikan proses mesyuarat kebangsaan PPBM tersebut ekoran tiada pula persidangan di peringkat cawangan dan bahagian.
Ia sekali gus melanggar perlembagaan parti itu sendiri dan menyebabkan ratusan ahli mengadakan himpunan aman di pejabat ROS di Putrajaya esok untuk desak PPBM dibatalkan pendaftarannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

Betul Kata Nazri, Hati-hati Dengan PAS -Prof Madya Dr Salawati



SHAH ALAM: Gesaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar Umno Barisan Nasional (BN) lebih waspada terhadap PAS, ada benarnya, kata Penganalisis politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir.

Beliau berkata biarpun PAS kerap kali dilihat menyokong dasar yang dilaksana kerajaan Persekutuan, parti itu tetap berikrar untuk menentang Umno BN pada PRU14.
 
"Orang sentiasa nak lihat Pakatan Harapan (PH), nak porak perandakan PH, tetapi selalu terlepas pandang tentang PAS. PAS pula seolah berpura-pura nak berbaik dengan Barisan (BN) tetapi tak buat (berbaik) sebab dia tahu dia punya status quo pada Umno BN. 
 
"Jadi dalam diam-diam dia  (PAS)mengumpul pengaruh dan mungkin kita tidak duga, kalau kita tidak awasi dia (PAS) dia boleh menang. 
 
"Sebab ada banyak beberapa perkara berkenaan dengan Islamik, dengan agama Islam sebagainya, yang diputuskan mahkamah baru-baru ini banyak menyentuh sensitiviti umat Islam. Dia (PAS) boleh mengambil peluang disitu untuk memperkuatkan pengaruh PAS di kalangan pengundi," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Nazri sebelum ini berkata Umno BN harus lebih waspada kepada PAS dan bukan hanya memberi tumpuan kepada Pakatan Harapan (PH) sahaja.
 
Katanya, PAS mempunyai jentera pilihan raya dan akar umbi yang taat justeru parti itu tidak boleh dipandang sebelah mata.
 
Mengulas lanjut, Salawati berkata bukan sahaja Umno BN, malah PH juga perlu berhati-hati dengan PAS yang dilihat mampu menjadi 'kingmaker' pada PRU14 akan datang.  
 
"Nak kata dia kuat itu subjektif, kita tidak tahu macam mana besar kekuatan dia. Sebab semua orang takkan dedah dia punya kekuatan. Cuma, berwaspada sebab dia pandai mengambil kesempatan. 
 
"Perbalahan pembangkang dengan kerajaan, PAS di tengah-tengah sebab dia tidak bersama siapa-siapa. Jadi dia boleh buat keputusan. Jadi nampak dia cuba berbaik-baik dengan BN tetapi tidak menjadi. Dia banyak mengacah acah (untuk berbaik)," ujarnya.
 
Sebelum ini, PAS bukan saja menolak kerjasama politik dengan Umno tetapi juga enggan menyertai PH yang dibarisi dua musuh ketatnya iaitu DAP dan Amanah.  
 
Meskipun Umno-BN berkali-kali menghulurkan tangan untuk menjalinkan kerjasama politik, namun PAS tidak sesekali menyambutnya malah tanpa berselindung akan menjadi saingan utama parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak itu pada PRU14.

Pemikiran Politik Islam Warisan Para Anbia.

Pintu Ledeng TV - Melihat Jejak Aktifitas Politik Islam di Asia Tenggara
Minda Presiden PAS: Politik Warisan Para Anbia
Imej yang berkaitan

Sabda Rasulullah S.A.W:
كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ. قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: فُوا بِبَيْعَةِ الأَوَّلِ فَالأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللَّهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ (صحيح البخاري 4/ 169)
  • “Kaum Bani Israel pada zaman dahulu pemimpin siasah (politik) mereka ialah para Anbia. Setiap nabi wafat digantikan nabi selepasnya. Tidak ada lagi nabi selepasku (Muhammad S.A.W). Namun adanya para khalifah (pemimpin di kalangan umatku). Jumlah mereka ramai. Mereka (para sahabat) bertanya: Maka apakah perintahmu kepada kami (yang wajib kami lakukan?) Sabdanya: Tunaikan yang pertama dilakukan bai’ah dan yang berikutnya. Berikan hak yang wajib ditunaikan terhadap mereka. (Sebenarnya) Allah akan menyoal mereka (di Hari Kiamat nanti) daripada apa sahaja kewajipan yang diwajibkan supaya mereka menunaikannya).” (Sahih Al-Bukhari)
Hadis ini menafsirkan bahawa kewajipan khalifah yang bermaksud siasah (politik) adalah satu daripada tujuan manusia diciptakan oleh Allah dan kewajipan itu dimaterikan dengan baiah. 

Ditegaskan dalam firman Allah S.W.T:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً  قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ  قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ [البقرة: 30]
  • “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan melakukan kejahatan dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”.” (Surah Al-Baqarah: 30)
Inilah di antara peranan makhluk manusia dengan sifat fitrahnya boleh menunaikan kewajipan itu, kerana asal kejadiannya mempunyai jasad, roh, akal, bersendirian dan bermasyarakat. Ciri-ciri ini tidak ada pada makhluk lain, walaupun para malaikat yang paling mentaati Allah dan bersih daripada maksiat.

Apa yang dimaksudkan dengan khalifah itu adalah memimpin dan mentadbir iaitu daripada perkataan ‘siasah’ dalam Bahasa Arab dan maknanya ‘politik’ dalam bahasa yang lain. Mengikut istilah Islam, khalifah adalah siasah atau politik mentadbir urusan dunia dengan Islam.

Al-Quran memaparkan cerita benar, bahawa semua para rasul berdakwah dan berpolitik menghadapi rakyat dan kerajaan pada zaman masing-masing. Para rasul itu juga mengumpulkan pengikut bagi membentuk jamaahnya yang diikat dengan bai’ah kepada kumpulan yang berjuang bersamanya supaya rakyat menerima Islam dan meminta kerajaan memerintah dengan syariat Allah (Islam) di zaman masing-masing.

Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Hud, Nabi Soleh, Nabi Musa A.S dan lain-lain berdakwah, mengumpul rakyat dan berdepan dengan para pemimpin di zamannya supaya beriman kepada Allah sahaja dan menolak syirik dalam ibadat serta beramal dengan syariat Allah dalam urusan kehidupannya.

Nabi Daud A.S menjadi khalifah dan Nabi Sulaiman A.S pula menjadi raja yang memerintah dengan beriman kepada Allah dan beramal dengan syariatnya.
Firman Allah S.W.T menceritakan kisah Nabi Isa A.S:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ  قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ  فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ  فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ [الصف: 14]
  • “Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu para penolong agama Allah (Islam), laksana peristiwa apabila Isa bin Maryam berkata kepada Hawariyyin (para sahabatnya yang setia): “Siapakah yang bersedia menjadi penolongku dalam menegakkan agama Allah?” Berkatalah Hawariyyun: “Kamilah para penolong agama Allah”. Maka sebahagian daripada kalangan Bani Israel beriman dan sebahagiannya pula kufur (menentang). Lalu (akhirnya) kami memberi pertolongan kepada mereka yang beriman sehingga mereka mencapai kemenangan mengatasi musuh mereka”. (Surah As-Saff: 14)
Maka Rasulullah S.A.W, Nabi akhir zaman yang menerima Al-Quran secara wahyu melaksanakan dakwah bersama politik memerintah negara bermasyarakat madani dan majmuk, mengumpulkan para pengikut yang setia dengan ikatan perjanjian melakukan bai’ah dan melaksanakan Al-Quran itu bagi urusan politik dengan sempurna, serta melaksanakan hukum akal dan pengalaman yang diizinkan oleh Allah mengikut kemampuan manusia berdasarkan akidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dan berkonsepkan ibadah.

Semuanya ada perhitungan dosa dan pahala, sehinggalah dinyatakan fadilatnya yang pertama di Hari Kiamat nanti, mengikut sabda Rasulullah S.A.W:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلُّهُ: إمَامٌ عَادِلٌ، وَشَابٌّ نَشَأ في عِبَادَةِ الله – عز وجل – وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابّا في اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيهِ وتَفَرَّقَا عَلَيهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأةٌ ذَاتُ حُسْنٍ وَجَمَالٍ، فَقَالَ: إنِّي أخَافُ الله، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ، فَأخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ الله خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ
  • “Tujuh jenis orang yang dipayungi Allah pada Hari (Kiamat) yang tidak ada tempat bernaung melainkan naungan Allah: 1) Pemimpin  yang adil, 2) Pemuda yang hatinya bergantung ingatan kepada beribadah kepada Allah, 3) Orang yang hatinya sentiasa bergantung di Masjid, 4) Dua orang yang bersahabat dengan rasa kasih sayang yang ikhlas, kalau berjumpa kerana Allah dan berpisahnya juga kerana Allah, 5) Seorang yang diminta oleh perempuan cantik rupawan (supaya melakukan maksiat) lalu dia menolak dengan katanya: “Aku takutkan Allah”, 6) Seorang yang bersedekah secara sembunyi, di mana sifat pemurahnya laksana apa yang dihulur oleh tangan kanannya tidak diketahui oleh tangan kirinya dan 7) Orang yang berzikir (menyebut Allah dengan khusyu’) sehingga berlinangan air matanya” (Muttafaqun ‘Alaih)
Allah meletakkan politik memimpin negara di tempat pertama dan politik juga menjadi lapangan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar yang diletakkan senarainya dalam perkara pertama untuk mempertahankan jati diri umat Islam, sama ada berkuasa memerintah dan dapat melaksanakan syariat Allah yang Maha Adil atau tidak memerintah yang hanya sekadar menjadi penasihat kepada pemerintah supaya berlaku adil.

Firman Allah:
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ  يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ  أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ  إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ [التوبة: 71]
  • “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah: 71)
Allah juga menegaskan wajibnya diadakan kumpulan dalam kalangan orang-orang yang beriman yang melaksanakan kewajipan tersebut. Firman-Nya:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ  وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ [آل عمران: 104]
  • “Hendaklah ada di kalangan kamu satu ummah (jamaah) yang berdakwah kepada kebajikan (Islam yang sempurna), menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang mendapat kejayaan (yang sebenarnya).” (Surah Ali-Imran: 104)
Kemuncak bagi melaksanakan kewajipan tersebut adalah mewajibkan adanya negara yang diperintah oleh Islam yang dinamakan politik. Kewajipan ini termasuk dalam perjuangan para anbia A.S sama ada mengajak pemimpin negara di zamannya supaya menerima Islam atau rasul itu sendiri bersama para pengikutnya menukar kerajaan yang menjadikan Islam itu memerintah.

Umat Islam pada zaman kini yang menyambung urusan Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, hendaklah sedar bahawa betapa banyaknya hukum Islam yang disebut di dalam Al-Quran, Hadis Nabi S.A.W dan ijtihad para ulama khususnya yang berkait dengan kehidupan bermasyakat, dengan mensyaratkan wajib berpolitik dan ditegakkan negara yang mendaulatkan Islam itu sehingga berkuasa memerintah. 

Sama ada hukum yang telah dinaskan dan hukum Islam yang tidak ada nas, namun Islam wajib dijadikan dasar dan petunjuk.

Para ulama menegaskan kata-kata Khalifah Uthman bin Affan R.A:

إن الله يزع بالسلطان مالا يزع بالقرآن
  • “Sesungguhnya Allah menjadikan kuasa pemerintah (politik dapat menyelesaikan masalah manusia) apa yang tidak boleh diselesaikan melalui nas Al-Quran (yang dibaca sahaja)”
Hari ini terdapat kalangan manusia yang tidak ambil peduli. Mereka hanya sekadar mendengar perintah Al-Quran supaya melakukan kebaikan atau mencegah kemungkaran, sehinggalah mereka boleh ditundukkan dengan tindakan kerajaan yang memerintahnya. 

Selain itu juga, adanya perkara yang diserahkan kepada kebijaksanaan pemimpin kerajaan apabila tidak ada nas daripada Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W.

Kewajipan menegakkan kerajaan yang beramal dengan syariat Allah menjadi ijma’ ulama para sahabat generasi awal umat dan tabi’en di sepanjang zaman. Kewajipan ini disebut dalam kitab-kitab tafsir, hadis dan feqah yang muktabar.

Adapun kata-kata yang menyatakan politik tidak ada dalam ajaran Islam, sebabnya dipengaruhi oleh ajaran sesat yang berasal daripada penyelewengan penjajah yang berlaku dalam agama Nasrani (Kristian), sebagaimana disebut dalam Injil Mark:

  • “Render to Caesar the things that are Caesar’s and to God the things that are God’s” (Huraiannya dalam Injil Mark 12; 13-17) 
  • “Serahkan urusan kerajaan kepada raja (manusia) dan serahkan urusan Tuhan kepada Tuhan”
Kata-kata ini bermakna Allah tidak ada ilmu dalam urusan dunia yang diciptanya dan manusia itu lebih tahu daripada Allah dalam masalah dunia seperti urusan politik.

Penjajah telah menyebarkan kefahaman ini ke dalam masyarakat Islam sehingga ramai yang terpengaruh, sama ada dalam kalangan masyarakat umum yang buta Al-Quran atau yang mempelajari Islam tetapi hanya sebahagian kecil untuk urusan ibadat dan keluarga sahaja. 

Tujuan penjajah ini supaya umat Islam menyerah diri kepada kerajaan mereka atau mendukung para pemimpin kalangan umat Islam yang terpengaruh dengannya.

Maka berlakulah apa yang telah diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W:
لينقضن عرى الإسلام عروة عروة، فكلما انتقضت عروة تثبث الناس بالتي تليها، فأولهن نقضا الحكم وآخرهن الصلاة (المسند إمام أحمد بن حنبل)
  • “Demi sesungguhnya akan dirungkai ikatan ajaran Islam yang kukuh, satu demi satu. Setiap satu simpulan itu dirungkai, nescaya manusia berselerak dan terpaksa berpegang kepada simpulan yang masih ada berikutnya. Perkara pertama dirungkai ialah hukum hakam dan yang terakhir ialah solat” (Musnad Imam Ahmad bin Hanbal)
Para ulama dan cendekiawan Muslim di seluruh tanah air umat Islam menubuhkan jamaah atau parti Islam bagi menunaikan kewajipan menyatakan Islam yang sempurna dan menghidupkan ilmunya. Sama ada menentang penjajah di zaman mereka berkuasa menakluk umat Islam atau selepas kemerdekaan bagi menghadapi pihak yang berkuasa yang mewarisi ajaran penjajah itu.

Inilah tujuan ditubuhkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1951 oleh para ulama dan ilmuan yang berpendidikan barat yang menyedari hakikat ini, setelah diharamkan kumpulan Islam sebelumnya oleh penjajah.

PAS ditubuhkan bagi menyambung perjuangan para anbia yang tidak tamat dengan kewafatan Rasulullah S.A.W, menunaikan kewajipan beramal dengan Islam semuanya, dan menyahut perintah Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ  إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ [البقرة: 208]
  • “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Surah Al-Baqarah: 208)
Politik menegakkan negara yang mendaulatkan Islam adalah syarat wajib untuk dilaksanakan semua syariatnya bagi mencapai rahmat dan adil Allah.

Tidak beramal dengan Islam atau beramal dengan sebahagian sahaja seperti perkara yang berkait dengan diri masing-masing dalam urusan ibadat dan keluarga sahaja atau tidak mempedulikan hukum Islam dalam urusan bermasyarakat, politik, ekonomi dan lain-lain, adalah langkah syaitan yang telah dilihat keburukannya di dunia sebelum tiba Hari Akhirat.

Semua kalangan yang mahu mengheret PAS keluar daripada landasannya tersungkur dalam perjalanan. Hanya mereka yang terus beristiqamah sahaja bersama sehingga akhir hayatnya.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Jamadil Akhir 1439 / 19 Februari 2018

PAS Ancaman Utama BN, PRU14. Bukan Lagi PH -MKT UMNO



KUALA LUMPUR, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Barisan Nasional (BN) menganggap ancaman utamanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah PAS dan bukan pakatan harapan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, walaupun PAS menyokong beberapa dasar serta polisi yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan, hakikatnya parti itu tetap menjadi musuh utama BN setiap kali PRU.

“Kita mesti bekerja keras dan jangan fikir PAS bukan ancaman hanya kerana ia akan sendirian tanpa sokongan parti lain dalam PH.
“PAS mempunyai penyokong setia, yang melangkau banyak generasi,” katanya seperti dilapor NST.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun pertembungan tiga penjuru antara PH dan PAS memihak kepada BN, parti pemerintah tidak harus mengambil ringan.

“Pengundi Cina mungkin menyokong PKR kerana parti itu bukan hanya mewakili orang Melayu.
“Jadi ada masalah di sini, kerana orang Cina akan mengundi PKR, manakala UMNO dan PAS akan bersaing untuk mendapatkan undi Melayu,” katanya.


UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails