AKHIRNYA MATI... Jangka hayat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau turut digelar ramai penganalisis politik tempatan dengan panggilan Parti Bunga muktamad tidak akan bertahan lama.
Kemungkinan besar pada 30 Mac ini, tempoh hayat parti serpihan UMNO itu sudah lengkap berada di penghujung jika pucuk kepimpinannya masih lagi gagal mengikut segala peruntukan undang-undang pertubuhan di Malaysia.
Parti rekaan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu berdepan tindakan pembatalan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) kerana tidak menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki agensi itu.
Ia sepatutnya dikemukakan dalam masa 30 hari, berkuat kuasa 28 Februari lalu, waima keperluan minimum menurut Seksyen 14(3) Akta Pertubuhan 1966 sebenarnya adalah hanya tujuh hari bagi memberikan maklum balas.
Ironi Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim masih bertimbang rasa dengan memberikan parti bunga itu masa yang jauh lebih panjang, iaitu genap 30 hari. Malangnya, apa yang dipohon oleh RoS itu masih belum lagi diserahkan.
Dengan tempoh hanya seminggu sahaja lagi, maka kelihatan sudah hampir pasti PPBM akan dibatal pendaftaran. Jika berlaku, siapakah yang untung?
Sudah pasti ada pihak akan ‘berdrama’ konon simpati kepada parti berkenaan.
Puak ini tentu menganggap pihak kerajaan konon ada agenda tersembunyi, walhal kesalahan sebenar terletak pada pemimpin PPBM sendiri yang mustahil kalau mereka sendiri bodoh mengenai peraturan ditetapkan ROS selama ini.
Sedangkan pemimpin tertingginya iaitu Mahathir, pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula pernah menjawat posisi dalam jemaah Kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Bayangkan tiada cawangan dan bahagian buat mesyuarat, tiba-tiba boleh pula PPBM mengadakan Persidangan Agung Tahunan, malahan tiada laporan mengenai jumlah keahlian dan penyata kewangan parti didedahkan pun!
Disebabkan enggan ikut arahan, maka mereka ‘tuding jari’ kepada kerajaan. Apapun bagi Mahathir, tidak kelihatan risau jika pendaftaran PPBM dibatalkan kerana beliau pernah menyatakan sedia bertanding atas tiket DAP.
Bukan kerana Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mahu bersara dari politik, tetapi kerana sudah bersiap sedia untuk ‘salin kulit’ menjadi sebahagian dari darah daging DAP pada pilihan raya umum (PRU) akan datang ini.
Perkara ini tidak mustahil berlaku. Niat Mahathir membuat ‘come back’ ke arena politik bukanlah untuk perjuang nasib rakyat. Beliau sekadar mahu melihat anak kesayangannya, Mukhriz berjaya memanjat kuasa di Putrajaya.
Jika Mukhriz berjaya tawan Putrajaya, adakah harapannya untuk membawa pulang trilion ringgit Malaysia seperti yang didakwa menerusi Internet sebelum ini, akan tercapai? Dakwaan berkenaan bukan satu rahsia baharu lagi.
Taip sahaja perkataan `harta Mahathir’ dalam enjin carian siber, bersepah isu berkenaan diperkatakan netizen. Hanya menunggu masa Mahathir untuk tampil menjawab sahaja persoalan mengenai kekayaan anak-anaknya itu.
Apabila Mahathir bertanding menggunakan logo DAP sebagai calon ketika PRU ke-14 kelak, maka lenyaplah sudah segala perjuangan dan doktrinisasi tegar beliau selama puluhan tahun sewaktu dalam saf UMNO dan BN dahulu.
Hilanglah semua kecaman keras beliau terhadap DAP, iaitu parti yang dikatakannya sebagai rasis dan cauvinis anti-Melayu. Malah lenyaplah sudah dakwaaannya bahawa DAP mahu membina negara sekular anti-Islam di Malaysia.
DAP selepas ini di mata Mahathir adalah sebuah parti paling mulia. Apa yang pasti, orang Melayu telah berjaya ditipu oleh kelicikan Mahathir hipokrit kerana sanggup bekerjasama dengan DAP. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Timbul pertanyaan, pengikut-pengikutnya bagaimana? Kembalilah kepada realiti rakyat Malaysia yang majoriti Islam.
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?