Saturday, April 07, 2018

Pelajar Sekolah Rendah Dilarang Hijab Di Austria




TIDAK cukup ‘Punish A Muslim Day’ di Britain, maruah umat Islam di benua Eropah dicabar pula dengan pengharaman berhijab dalam kalangan murid tadika dan sekolah rendah di Austria.

Lapor Al Jazeera, larangan tersebut diumumkan oleh kerajaan Austria melalui Parti Kebebasan Austria (FPO) baru-baru ini kononnya atas alasan untuk melindungi kebajikan kanak-kanak perempuan di bawah usia 10 tahun.
Menteri Pelajaran, Heinz Fassmann mengatakan draf undang-undang perlindungan kanak-kanak akan disediakan pada musim panas sekali gus menjadi simbolik bagi melindungi budaya Austria daripada pengaruh Islam.
Pengumuman itu dibuat selepas Naib Canselor Heinz-Christian Strache mencadangkan pengharaman hijab demi melindungi gadis di bawah umur 10 tahun bagi membolehkan pihak kerajaan mengintegrasikan masyarakat Austria.




Timbalan Datuk Bandar Salzburg, Anja Hagenauer, 48, berkata, perbuatan menutup kepala menjatuhkan martabat anak perempuan dengan mengandaikan mereka adalah objek seks.
Serentak itu, kumpulan Islam di Austria menyifatkan undang-undang itu tidak produktif kerana hanya sebilangan kecil kanak-kanak di tadika dan sekolah rendah yang memakai tudung.
Daripada 8.75 juta orang penduduk di negara tersebut, kira-kira 700,000 orang dikenal pasti beragama Islam.FPO adalah salah satu daripada sayap kanan yang cuba menunggang gelombang populis, mendekati penduduk Yahudi negara itu dengan harapan pendirian anti-Islamnya dapat disambut baik.

Namun ia tidak sepatutnya mengandaikan perempuan yang berhijab sebagai tarikan seks kerana tudung bertujuan melindungi maruah wanita selain sebagai tuntutan syarak. (IH)

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Mahu RUU355 Dibahas? Undilah PAS. -Siti Zailah


Undi PAS supaya RUU355 dapat dibahas lulus

KUALA LUMPUR: Umat Islam negara ini diseru memberikan undian pada PRU nanti kepada PAS untuk memastikan RUU355 berpeluang dibahaskan pada sidang dewan rakyat akan datang ini.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof berkata, jika PAS dibenarkan untuk memerintah Malaysia, usul RUU355 akan dibahaskan sehingga berjaya menjadi undang-undang yang sah di negara ini.
"Kami (PAS) telah melakukan yang terbaik di mana Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai pembawa usul ini telah membacakannya pada 6 April tahun lalu.
"Usul ini diteruskan sehingga ke hari ini (semalam) dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS, Dato' Takiyuddin Hassan yang meminta penjelasan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa mungkinkah usul ini akan dibawa pada penggal sidang parlimen selepas PRU ke-14.
"Ujar Speaker Dewan ia terserah kepada kerajaan baru yang akan memerintah kerajaan selepas daripada PRU ke 14 ini," katanya kepadaHarakah selepas tamat sidang media Ahli Parlimen PAS di Parlimen semalam.
Katanya, usul RUU 355 tidak lagi di bawah bidang kuasa Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan sewajarnya usul tersebut diberi peluang kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk berbahas. -HARAKAHDAILY 6/4/2018

Anda mahu pemerintahan kerajaan Islam? Kali ini undilah PAS di seluruh Malaysia!
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Dr M Tak Hiraukan ROS, Ini Rahsia Disebaliknya..


PENGERUSI PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya, malam tadi. - Foto Rosdan Wahid  


PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan menghiraukan arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mematuhi arahan pembubaran sementara parti itu.
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa notis yang dihantar oleh ROS mengandungi istilah yang mengelirukan pihaknya. Beliau mendakwa ayat dalam surat ROS menggunakan bahasa yang lucu sehingga membuatkan ia sukar difahami.
"Dalam surat itu mengandungi istilah yang saya tak pasti sama ada (maksud) bubar atau batal.
"Jadi, kami anggap parti ini masih boleh berfungsi seperti biasa sehingga ROS batalkan (parti) secara rasmi.
Cawangan pun masih berfungsi seperti biasa.
"Memandangkan ROS sendiri tidak mematuhi Akta Penubuhan 1966, maka perintah sementara pembubaran itu belum lagi disampaikan dengan sah dan sempurna kepada kami sehingga kini serta dianggap sebagai tidak sah laku," katanya pada sidang media tergempar di ibu pejabat PPBM di sini, malam tadi.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata PPBM akan terus berkempen menggunakan pentas itu kerana pihaknya ada hak untuk guna nama dan logo berkenaan. Dalam sesi sidang media yang sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu terus menyalahkan ROS sebagai punca parti itu terus dirundung masalah pendaftaran. Antaranya, beliau mendakwa notis yang dihantar ROS ke alamat ibu pejabat lama di Damansara dan ia juga tidak ditujukan kepada pegawai yang sepatutnya.. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim
Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam mengarahkan pembubaran sementara PPBM berkuatkuasa serta merta. Menurut Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim PPBM diberi tempoh sehingga 30 hari untuk membuat rayuan dengan syarat parti itu menyerahkan semua dokumen-dokumen yang diminta sebelum ini. Jika PPBM gagal berbuat demikian, parti itu akan secara automatik terbubar, kata Surayati.
Soalnya sekarang, mengapa Dr M  tidak hirau arahan ROS? Masa 30 hari saya rasa cukup jika Dr M mahu laksakan arahan ROS. Ataukah ada rahsia strategi lain disebaliknya? Strategi memporak perandakan pakatan atau kumpulan pembangkang, dengan mengambil kesempatan ke atas 'tarik balik tahalluf siasi PAS/DAP', memperalatkan kumpulan 'serpihan PAS', meniupkan semula api perkauman, memecah belahkan PKR, cipta tuduhan selingkuh PAS/UMNO, dan lain-lain.

Bila pembangkang kucar kacir seperti yang berlaku sekarang, UMNO/BN membina kekuatan, gunakan politik wang dan projek, politik persempadanan, akta berita palsu dan lain-lain.  Saya yakin Dr M masih sayangkan UMNO, dia pernah mematikan UMNO dan menubuhkan semula. Pernah buang 3 Timbalannya Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar, bahkan mengheret Anwar ke skandal 'usung tilam', membunuh politik masa depan Tengku Razaleith..

Apa yang dia tidak boleh buat, 'politik sesumpah' mudah saja, sentiasa ada di hujung jarinya. Apakah akhirnya dia akan bersamaUMNO kembali?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS



Friday, April 06, 2018

Daging Lembu Bermutu, Lembut, Diperdengarkan Al-Quran Di K'tan?


JIKA lembu di Jepun diberi minum bir dan diurut untuk melembutkan dagingnya, maka di Kelantan mahu menggunakan kaedah memperdengarkan bacaan al-Quran kepada lembu.

Lapor Astro Awani, cadangan tersebut mahu dilakukan dengan harapan daging lembu tersebut akan bermutu tinggi sekaligus menjadi pengeluar daging lembu yang bertaraf tinggi seperti “Kobe” yang terkenal akan kelembutan dan berharga tinggi di pasaran.
Exco Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan sedang bertindak dalam Pelan Pembangunan Sistem Lembu Pedaging Hibrid atau dikenali sebagai pelan Naim Beef.
“Program Naim Beef ini merupakan program penyusunan sistem petani mengikut sistem dirancang ke arah mengeluarkan daging yang baik.
“Antara ciri-ciri untuk daging hebat lembu ini perlu dijinakan,” katanya selepas majlis perasmian Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2018 di Kelantan Trade Centre (KTC), disini petang semalam.
Menurutnya lagi, sehingga kini Kelantan mempunyai lebih 19 ribu penternak lembu dan kebanyakan penternak lembu di Kelantan mahir berurusan dengan ternakan mereka sehingga lembu menjadi lebih jinak.
Tambahan pula, Kelantan muncul sebagai negeri pertama mengeksport lembu Sado dari baka Charoleis yang bernilai tinggi dan merupakan negeri kedua tertinggi mengeksport lembu ke luar negara.
Lembu Sado yang diimport dan di bawa masuk dari benua Eropah mampu di jual dengan harga antara  RM12,000 – RM15,000  seekor. – MYNEWSHUB. CC/MIZE
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Thursday, April 05, 2018

PPBM Dibubarkan Sementara Serta-merta - RoS

Post Pic


PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini mengarahkan pembubaran sementara PPBM berkuatkuasa serta merta.

Menurut Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim PPBM diberi tempoh sehingga 30 hari untuk membuat rayuan dengan syarat parti itu menyerahkan semua dokumen-dokumen yang diminta sebelum ini.

Jika PPBM gagal berbuat demikian, parti itu akan secara automatik terbubar, kata Surayati.

"Perintah tersebut adalah suatu perintah pembubaran sementara ke atas PPBM menurut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966. Hal ini kerana PPBM gagal serahkan sepenuhnya dokumen yang diminta mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

"Menurut Seksyen 14 (6) Akta Pertubuhan 1966, sekiranya PPBM dalam tempoh tidak lebih dari 30 hari dari tarikh perintah pembubaran sementara ini dikeluarkan, menyerahkan butir-butir maklumat dan dokumen-dokumen seperti yang diperintah RoS, 28 Februari lalu," ujarnya.

Sementara itu, PPBM tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara, serta tidak dibenarkan melaksanakan aktiviti. (Antarapos)

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Panggung Wayang A/Saudi Dibuka 18 April Ini. Tak Hairan K'tan Pun Ada!

 Daerah Kewangan Raja Abdullah yang akan menempatkan panggung wayang pertama Arab Saudi yang dibuka pada 18 Julai ini. Foto Bloomberg

RIYADH – Panggung wayang pertama Arab Saudi dalam tempoh 35 tahun akan dibuka di ibu negara pada 18 April ini. Pengumuman itu dibuat selepas pihak berkuasa mencapai persetujuan dengan AMC Entertainment Holdings (AMC) yang akan membuka sehingga 40 panggung wayang dalam tempoh lima tahun lagi.

Kerjasama itu membabitkan AMC dengan Dana Pelaburan Awam (PIF), dana kekayaaan berdaulat Arab Saudi. Panggung wayang itu tidak akan mengasingkan antara kaum lelaki dan wanita bakal menayangkan  filem superhero Marvel, “Black Panther”.

Arab Saudi pernah mempunyai kemudahan panggung wayang pada tahun 1970an tetapi ditutup disebabkan oleh pengaruh Islam di rantau Arab ketika itu. Bagaimanapun pada tahun lalu, Arab Saudi melonggarkan tindakannya sebagai sebahagian daripada reformasi ekonomi dan sosial yang diterajui oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Pawagam pertama AMC akan ditempatkan di Daerah Kewangan Raja Abdullah di sebuah bangunan yang pada asalnya mahu dijadikan ebuah dewan konsert simfoni, menurut Ketua Eksekutif AMC, Adam Aron. Bahagian utama panggung wayang mempunyai kira-kira 500 kerusi kulit, orkestra dan balkoni serta tandas marmar, katanya.

Tiga lagi skrin akan ditambah pada pertengahan musim panas.

“Ia akan menjadi teater filem paling cantik di dunia,” kata Aron. 

Kemudahan yang dibangunkan untuk populasi lebih daripada 32 juta yang majoriti di bawah usia 30 tahun, Arab Saudi mahu memiliki 350 panggung wayang dengan 2,500 skrin menjelang tahun 2030. Tujuannya untuk menarik jualan tiket tahunan hampir AS$1 bilion.

“Kemudahan itu akan merangsang ekonomi tempatan dengan peningkatan perbelanjaan isi rumah dalam huburan serta menyokong pekerjaan di Arab Saudi,” menurut Menteri Budaya dan Maklumat, Awwad Alawwad. – MalaysiaGazette

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak hairan, memang hiburan ada dalam Islam. Cuma hiburan mesti mengikut peraturan, seperti peraturan hiburan di Kelantan. Di Kelantan pun ada panggung wayang khabarnya. 

Kecuali yang di bawah kuasa Kerajaan Pusat, seperti Magnum dan toto, tetap dipaksakan wujudnya di Kelantan. Seperti juga perlaksanaan perundangan Islam Hudud, walaupun rakyat Kelantan mengundi PAS mahu hudud, tetapi kerajaan Pusat tetap membodoh tidak beri. Hal ini berlaku semasa di bawah pemerintahan diktator Tun M.

Anda mahu pemerintan kerajaan Islam? Kali ini undilah PAS di seluruh Malaysia!
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

PH Gagal Satu Logo, Bukti DAP Berkuasa ‘Veto’ – Dr Kamarul



27 Februari lalu Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari itu memutuskan bahawa semua empat parti dalam Pakatan Harapan akan menggunakan logo sama dari salah satu logo parti di dalam PRU 14.


6 Mac lalu pula Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari itu memberi tempoh seminggu kepada semua empat parti dalam Pakatan Harapan untuk menentukan logo sama yang akan digunakan di dalam PRU 14.

Khabar terbaru adalah Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini, 3 April, akan mengumumkan logo sama ini di mana kononnya Pakatan Harapan akan menggunakan logo PKR tetapi DAP akan diberikan pengecualian khas untuk menggunakan logonya sendiri.

Jika benar DAP akan diberikan pengecualian khas untuk menggunakan logonya sendiri maka makin terbuktilah dominasi DAP di dalam Pakatan Harapan sehingga ia boleh membatalkan keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 27 Februari lalu.

Apa yang nyata ialah, berdasarkan perkara ini dan beberapa perkara lain seperti kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah semalam bahawa Tun Dr Mahathir juga turut terikat dengan Manifesto Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir telah hilang kawalan ke atas Pakatan Harapan.

Sudahlah tempoh seminggu daripada 6 Mac, iaitu 13 Mac, yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir untuk menentukan logo sama ini telah jauh dilangkaui, pada akhirnya, jika benar ia begitu, ia mundur ke belakang dengan memberikan pengecualian kepada DAP pula.

Sama-sama kita tunggu kebenaran spekulasi ini nanti, tetapi, jika benar ia begitu, terpaksalah kita akui kehebatan DAP berpolitik sehingga ia boleh membuatkan Tun Dr Mahathir yang saban hari melaungkan keperluan menggunakan logo sama ini terus tunduk kepadanya.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails