Tuesday, April 10, 2018

‘Pesta Demokrasi! Tarikh Penamaan 28 April, Pengundian 9 Mei.




RASMI Malaysia bakal menyaksikan ‘pesta demokrasi’ terbesar apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei depan (Rabu).

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat khas bermula pukul 10 pagi di ibu pejabat suruhanjaya tersebut di Putrajaya hari ini.
Sementara itu, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April (Sabtu), manakala tarikh proses pengundian awal melibatkan 300,225 anggota tentera, polis dan pasangan mereka pula berlangsung pada 5 Mei (Sabtu) depan.
Seramai 14,940,624 pemilih yang diwartakan pada daftar Suku Keempat 2017 bakal digunakan dalam PRU-14 serta melibatkan 8,989 premis tempat pengundian dan 28,995 saluran pengundian dengan kos keseluruhan RM500 juta.
Mesyuarat yang menjadi tumpuan debaran warga Malaysia berlangsung kira-kira dua jam itu turut dihadiri oleh Timbalannya, Tan Sri Othman Mahmood serta Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dan lima anggota SPR.
Ia membincangkan tarikh notis writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian serta daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain diperlukan bagi melaksanakan PRU ke-14 tersebut.
Dalam pada itu, pihak media tempatan dan asing dilaporkan mula berkumpul di Menara SPR; yang baru berpindah ke Presint 2 tersebut, sejak jam 8 pagi lagi bagi membuat persediaan liputan sidang media khas berkenaan.
Kawalan keselamatan di perkarangan ibu pejabat SPR turut diperketatkan dengan penghadang besi diletakkan di sekeliling bangunan. Sepasukan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut kelihatan mengawal bangunan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat minggu lepas mengumumkan pembubaran rasmi Dewan Rakyat yang berkuat kuasa pada 7 April bagi memberi laluan kepada PRU ke-14. –Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Cairkan Kuasa Politik Melayu. 6 Perkara PH Tak Menang PRU14. – Dr Kamarul


pkr go to hell
Saya tertarik dengan dapatan kaji selidik Dr Junaidi Awang Besar di dalam Siri Wacana Cendiakawan ATMA bertajuk “Kelangsungan Kuasa Politik Melayu Di Pentas Sunda” di UKM hari ini yang mendapati majoriti orang Melayu yang dikaji dalam kajian beliau pada tahun lalu bersetuju bahawa kuasa politik Melayu itu penting, mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Melayu itu penting serta institusi Raja-Raja Melayu itu penting.
Pada pandangan saya, dapatan kaji selidik Dr Junaidi ini menguatkan lagi tanggapan banyak pihak bahawa Pakatan Harapan tidak akan menang dalam PRU 14 kerana jika Pakatan Harapan menang dalam PRU 14, maka kuasa politik Melayu akan menjadi cair kerana enam faktor berikut:
(1) Tiada mana-mana parti politik Melayu yang akan menjadi dominan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya yang akan menjadi dominan adalah parti politik bukan Melayu. Ini kerana parti politik Melayu dalam Pakatan Harapan berpecah tiga berbanding hanya ada satu sahaja parti politik bukan Melayu, iaitu DAP.
(2) Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan adalah bayangan kepada falsafah politik yang menjadi pegangan DAP, iaitu Malaysian Malaysia, yang mementingkan aspek meritokrasi dan kesamarataan antara semua kaum yang sekali gus akan mencairkan kedudukan Melayu dalam semua aspek.
(3) Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan cuba menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku benteng kuasa politik Melayu dengan menjadikan kuasa Yang di-Pertuan Agong di dalam pelantikan pegawai tertinggi kerajaan, khususnya Ahli-Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, tertakluk kepada kuasa parti politik.
(4) Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan akan membolehkan perjuangan DAP untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya berdasarkan kepada prinsip satu orang satu undi (one man one vote) terlaksana sekali gus akan melipatgandakan kerusi bandar berbanding kerusi luar bandar dan kerusi separa bandar.
(5) Di dalam jangka panjang, Kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP akan membuka jalan kepada bukan Melayu menjadi Perdana Menteri selaras dengan kenyataan Lim Guan Eng di Singapura pada 10 Disember 2014 bahawa jika Perlembagaan Persekutuan kekal maka bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri.
(6) Rekod Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, yang tidak baik dengan Raja-Raja Melayu sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri malah sehingga sekarang pun beliau menghadapi masalah dengan Sultan Kelantan, Sultan Johor dan Sultan Selangor menjadikan sukar untuk Pakatan Harapan menghormati Raja-Raja Melayu.
Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

DAP Berselindung Logo PKR Untuk (Tipu) Pengundi Melayu..




Biar jelas dan terang kenyataan ini.
DAP tidak gusar dan tidak berselindung lagi. "Kami (DAP) pilih logo PKR kerana pengundi Melayu akan terimanya".

Logo roket merah yang menjadi kebangaannya sejak tahun 1966 disorok dan digantikan dengan logo "mata" PKR.

Kata DAP roket dibimbangi orang Melayu bermakna jika mereka berkeras guna roket kali ini pengundi Melayu akan tolak mereka.

Lalu demi memenangi undi Melayu yang dijangka bergelombang bagai tsunami besar PRU ke 14 ini berselindunglah DAP dibelakang logo PKR, kerana nanti pengundi Melayu akan sangkakan mereka PKR sedang hakikatnya mereka roket yang dibimbangi.
Terpedayakah pengundi Melayu dengan muslihat DAP ini?

Sebelum ini Tun Dr Mahathir sendiri pernah tuduh DAP sebuah parti rasis atau perkauman. DAP juga sebagai pejuang idea sekularisma tegar menentang sebarang usaha memartabatkan Islam termasuklah nenentang RUU355 dahulu.

Ayuh jangan tertipu. Undi logo PKR hakikatnya undi DAP. Jangan gadaikan nasib dan masadepan kita.

FB

Roslan
Hasil carian imej untuk pkr/DAP
Melayu jangan ditipu DAP
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Himpitan Ekonomi Rakyat, Ini Jalan Selesai..




BANDAR TUN RAZAK: Menerusi Manifesto Gagasan Sejahtera, negara dan rakyat ditawarkan penyelesaian terhadap isu yang membelenggu kehidupan mereka, namun kekal memacu pembangunan.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam menyenaraikan, antaranya tawaran pendidikan percuma termasuk melupuskan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perkara itu dinyatakannya pada sesi Sembang Santai Teh Tarik di Restoran Rizkhan, Taman Tenaga, di sini kelmarin.
 Hasil carian imej untuk Sembang Santai Teh Tarik
Jelas beliau, PTPTN sepatutnya menjadi bantuan kepada mereka yang memerlukan yakni penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan kutipan hutang PTPTN juga tidak harus menjadi pendapatan negara.

Kerana itulah Gagasan Sejahtera ujarnya, akan melupuskan hutang PTPTN dan sekali gus menawarkan pendidikan percuma bagi penuntut ke IPT.

Begitu juga terang beliau, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang memberi pendapatan lebih RM32 bilion kepada negara, tetapi ianya membebankan setiap lapisan rakyat, maka komitmen Gagasan adalah memansuhkannya.

Sebaliknya jelas beliau, GST akan diganti cukai kepada golongan kaya yakni korporat dan transaksi saham yang akan menjana pendapatan lebih banyak iaitu RM52 bilion sebagai alternatif.

Tidak ketinggalan maklumnya, Manifesto Gagasan turut menawarkan untuk wanita antaranya bantuan RM2,000 bagi memulakan kerja dari rumah bagi membolehkan mereka memberi perhatian kepada keluarga.

Terangnya, hal itu kerana Gagasan memandang serius masalah meruncing masyarakat hari ini antaranya berpunca daripada ibu bapa yang sibuk bekerja hingga mengabai anak-anak. -HARAKAHDAILY 9/4/20

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Dr Tan Seng Giaw Digugurkan. Apa Katanya?


SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng (enam dari kiri) bersama sebahagian kepimpinan tertinggi DAP bergambar pada Majlis Pengumuman Calon DAP untuk Wilayah Persekutuan sempena Pilihanraya Umum ke 14 di Dewan Sivik MBPJ. - Foto Luqman Hakim Zubir


PETALING JAYA: Orang kuat DAP, Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen lapan penggal di Parlimen Kepong digugurkan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tempat Seng Giaw diganti oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.


Sehubungan itu, katanya, Hannah Yeoh di Parlimen Segambut manakala Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Teresa Kok kekal di Parlimen Cheras, Bukit Bintang dan Seputeh.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Calon DAP untuk Wilayah Persekutuan sempena PRU-14 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Sementara itu, Seng Giaw ketika diminta mengulas penggugurannya itu berkata beliau maklum mengenai perkara itu dan menerima keputusan parti.
“Saya terima keputusan parti dan akan terus berkhidmat untuk (kawasan) Kepong," katanya ketika dihubungi malam ini.


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Teh Yee Cheu Keluar DAP Semalam. Akan Tanding DUN S/Pinang Tiket PSM.



GEORGE TOWN: Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu akan bertanding di DUN Sungai Pinang atas tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada pilihan raya umum ke-14. (PRU14).
Teh, yang keluar DAP semalam, berkata beliau bakal bertanding di kerusi itu atas nama PSM dan akan menyertai parti itu sebaik sahaja memenuhi syarat keahlian yang ketat.

Katanya, beliau memilih PSM bagi meneruskan agenda “Reformasi 2.0” di Pulau Pinang bagi memperbaiki isu yang belum selesai sejak pakatan pembangkang nasional mengambil alih negeri itu pada 2008.

Teh berkata “reformasi” yang belum selesai termasuklah isu pemisahan kuasa dan kekurangan semak imbang di Dewan Undangan Negeri.

Katanya, di Sungai Pinang, beliau berharap dapat menyelesaikan isu banjir, yang mana beliau salahkan penggondolan bukit yang berlaku di huluan sungai.
Teh berkata manifesto untuk rakyat Sungai Pinang akan menumpukan kepada “jiwa alam, harmoni dan suara rakyat”.

“Ini peluang saya dan PSM untuk belajar sesuatu, dan juga memupuk sosialisme di Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat PSM Jelutong di Jalan Trusan hari ini.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat PSM, Choo Chon Kai berkata Teh diberi peluang bertanding atas tiket parti itu selepas memenuhi 4 set kriteria untuk pencalonan.

Kriteria yang tersenarai itu adalah pengisytiharan harta, penolakan politik kaum dan agama, penerimaan manifesto PSM dan ikrar membuka sebuah pusat khidmat jika menang.

Choo berkata Teh dialu-alukan menjadi ahli parti selepas berkhidmat di kawasan pilihannya dengan tempoh minimum selama 2 tahun.

Katanya, buat masa ini, Pulau Pinang mempunyai “30 hingga 50” ahli PSM.
“Teh antara 3 orang bukan ahli PSM diberikan peluang bertanding atas tiket PSM pada pilihan raya akan datang. Kita biasanya membenarkan aktivis yang kami fikir bersungguh-sungguh dengan perjuangan mereka untuk menggunakan logo parti kami.

“Kami berpendapat Teh seorang calon yang cemerlang untuk membawa ideologi kuasa rakyat dan agenda keadilan. PSM berbangga dengan pendirian teguh Teh dalam hal melibatkan rakyat dan perlindungan alam sekitar,” kata Choo.

Choo berkata PSM akan bertanding kerusi di Pulau Pinang buat pertama kali dan berharap dengan “faktor Teh Yee Cheu” akan berjaya menyebarkan ideologi sosialis dalam kalangan rakyat Pulau Pinang.

“Teh dan PSM akan membawa nafas politik baru di DUN Pulau Pinang, berbeza dengan parti politik arus perdana,” katanya.

Mengikut daftar pemilih terbaharu, Sungai Pinang mempunyai 24,480 pengundi, meningkat sedikit berbanding 23,501 pengundi pada pilihan raya lepas. Majoriti pengundi di sana adalah Cina.

Penyandangnya ialah Lim Siew Khim dari DAP.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dikatakan bakal bertanding dan antara DUN yang dijangka adalah Sungai Pinang.

Komen Weblog IbnuHasyim: Lagi DAP makin berat..
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

PRU14: 11 DUN Dibubar, P.Pinang Bubar DUN Esok


KUALA LUMPUR – Tiga lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Terengganu, Perak dan Selangor dibubarkan hari ini, menjadikan 11 DUN yang telah berbuat demikian bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pembubaran DUN Pulau Pinang berkuat kuasa esok dan ia tidak melibatkan Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2016.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat khas badan itu pagi esok di Putrajaya antara lain bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi PRU14 seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa Sabtu dan meminta kerajaan negeri, kecuali Sarawak, turut membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan PRU14 dilakukan secara serentak.
Susulan itu, Sabah, Perlis, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang dan Kedah membubarkan DUN masing-masing berkuat kuasa Sabtu (7 April).
Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pembubaran DUN negeri itu telah diperkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin selepas beliau menghadap baginda di Istana Syarqiyyah pagi tadi.
DI KUALA KANGSAR, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mengisytiharkan pembubaran DUN ke-13 Perak berkuat kuasa hari ini, pada istiadat menzahirkan pengumuman pembubaran itu di Istana Iskandariah di sini.
Di SHAH ALAM, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pembubaran DUN Selangor berkuat kuasa hari ini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baginda menandatangani watikah proklamasi pembubaran dalam satu istiadat ringkas di Istana Alam Shah di Klang, kira-kira 10.30 pagi tadi.
Di GEORGE TOWN, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau telah bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini bagi mendapatkan persetujuan pembubaran DUN.
Menurut Lim, Abdul Rahman telah memberi perkenan untuk membubarkan DUN berkuat kuasa esok. – BERNAMA
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails